Novel : Suami Aku Ustaz?! 18, 19

1 April 2011  
Kategori: Novel

57,780 bacaan 43 ulasan

Oleh : aku_dia

Jarum jam belum pun menunjukkan ke angka sepuluh aku dah keluar rumah. Semalam sebelum tidur, awal-awal dah minta izin dengan Abang Hafiz nak pergi rumah Wati. Payah betul mana pergi nak kena minta izin semua ni. Dulu masa aku duduk dengan mak dan ayah, selamba je aku keluar mana nak. Abang Hafiz yang memang tiba-tiba jadi tak banyak cakap sekarang hanya mengangguk bila aku bertanya. Isk! Payah betul bila lelaki merajuk. Buruk! Tapi aku rasa kira ok lagi lah dia tak buat muncung macam kalau perempuan merajuk.

Malam tadi, aku terus tidur bila dah tak ada idea nak buat apa dekat rumah. Nak duduk dekat luar bilik, tiba-tiba duk berbual dengan Abang Hafiz aku rasa macam apa pulak. Rasa macam terhegeh-hegeh je dengan orang. Isk! Parah-parah. Bila tersedar pukul empat sebab cahaya lampu, aku tengok dia tengah qiam. Rajin sungguhlah ustaz ni qiam tengah-tengah pagi. Kalau tak silap aku, last aku qiam masa nak PMR dulu. Doa nak mintak dapat straight A’s. Tapi tak dapat jugak. Boleh pulak agama dapat B. Huhuhu.

Slow je aku bawak motor pagi-pagi ni. Nak pergi mana ek? Kenduri rumah Wati sebenarnya buat lepas Zohor. Kira macam makan lunch lah. Ni ada lagi berapa jam nak tunggu Zohor masuk. Takkan aku nak menempel dekat rumah dia lama sangat? Bukannya tolong buat kerja, tolong tengok orang buat kerja adalah.

Sedar tak sedar, aku dah masuk kawasan tambak. Lepas tu, sengaja aku bawak motor menghala ke kedai mamak yang dulu aku selalu lepak dengan budak berdua tu, Pa’an dengan Joe. Tiba-tiba rindu masa zaman muda-muda. Cis! Dah kahwin tak bermakna aku dah tua ok? Baru nak cari tempat parking, mata terpandangkan motor yang selalu aku nampak. Terkelu aku dibuatnya sampai tak sedar ada kereta dekat belakang. Free-free je kena hon.

JHR XXXX.

Aku baca nombor plat motor berwarna hitam tu. Confirm! Ini petanda tak baik. Lagi bagus aku cari tempat lepak yang lain daripada nanti aku datang, Joe buat tak kenal macam aku ni daripada planet Marikh. Tapi aku park jugak motor aku dekat sebelah motor dia. Kaki aku hayun ke tepi laut. Malaslah aku nak masuk kedai mamak tu.

***

Tengah leka mata memerhatikan laut, tiba-tiba ada benda yang disuakan di depan muka aku. Terus aku terkebelakang. Tangan laju mengurut dada. Terkejut! Dengan slow motion, aku menoleh ke kanan. Joe setia berdiri dengan ais krim Cornetto di tangan.

“Tak nak ke?” Dia bertanya bila aku buat bodoh dengan aiskrim dekat tangan dia.
Aku gigit bibir. Bukan tak nak tapi… Akhirnya aiskrim bertukar tangan.
“Kau ada prob?” nada suara Joe macam biasa bila bertanya.
Aku masih leka tengok laut yang sikit berombak. Kertas yang membalut aiskrim coklat tu aku koyakkan.
“Kau marah lagi?” Soalan di jawab dengan soalan.
Joe hanya diam. Bila tengok dia tak jawab, aku pun malas tak tanya lebih-lebih.
“Kenapa tak masuk dalam?”
Aku menoleh bila dia bersuara. “Saja nak lepak sini.” Lagipun aku takut dekat kau. Aku menyambung dalam hati.
“Panas-panas macam ni?”
Aku diam. “Macam mana tahu aku dekat sini?” Tak adalah dekat sangat kedai mamak tu dengan tempat ni sampai dia boleh nampak.
“Nampak kau park motor tadi. Pelik jugak kau tak nak masuk dalam tadi.”
Suasana kembali senyap.
“Kau marah lagi ke?” Aku tanya soalan tadi balik. Serius aku pelik kalau dia dah tak marah. Semalam berapi-api aku tengok mata dia masa dia pandang aku.
“Marah.” Joe menarik nafas. “Tapi still, aku tak boleh nak stop sayang kau. Jadi aku rasa bercampur baur. Marah, frust… semua ada. Sampai malam tadi pun tak tenang aku nak tidur. Entahlah Lisa.”
Nasib baik tak terjatuh ais krim ni masa dia cakap part sayang tu. Aku buat-buat tak dengar bila cakap macam tu.
“Wati tahu ke benda ni?”
Aku angguk.
“So, aku orang lastlah?”
Aku pandang Joe. Ek eh dia ni. Masa aku beritahu Wati, dia ingat dia yang last. Yang Joe ni pulak, bila tahu Wati tahu, dia pulak ingat dia yang last tahu. Macam-macam lah diorang ni.
“Taklah. Orang first.”
“Bila kau beritahu dia?”
“Malam tadi. Terpaksa.”
“Terpaksa? Risau aku yang beritahu dia dulu ke?”
Aku menggeleng. Ais krim yang tinggal sedikit aku habiskan. Kertas sampah tadi aku kumpulkan. Nantilah baru buang dalam tong sampah.

“Aku nak minta tolong dia. Ada orang merajuk dengan aku.”
“Aku ke?” Joe tersenyum tawar.
Aku menggeleng. Perasan! Ceh! Siapa agaknya ya yang risaukan pasal Joe sampai tersalah-salah masa mengaji?
“Ustaz.” Pendek aku menjawab.
Joe tak bagi komen apa-apa.
“Aku harap kau happy.” Tiba-tiba dia bersuara.
Aku mengalih pandang ke arah dia.
“Sebab kalau kau happy, aku pun happy.” Joe senyum tak berperasaan.
Angin laut masih tak berhenti menghembus. Walaupun matahari dah semakin meninggi, terasa panas tu hilang bila badan kena angin. Segar. Macam hati aku yang terasa segar sikit bila satu masalah dah selesai.
“Lagi satu, try to be a good wife. Kalau aku jadi suami pun, aku harapkan isteri yang dengar kata.” Joe tersenyum nipis.
“Lisa, walaupun ilmu aku bukan tahap suami kau…” aku rasa nak tersenyum bila dia sebut perkataan ‘suami kau’ tu. Rasa macam lawak.
“Tapi aku ingat lagi masa sekolah agama, Ustazah aku cerita kisah Siti Fatimah yang dok keliling Saidina Ali sebab tidak sengaja dah kecikkan hati Saidina Ali. Kalau Ustaz terasa hati sebab semalam, aku rasa kau tahu apa yang kau patut buat.”
Aku rasa nak tercekik. Memang aku tahu. Tapi macam mana?

***

“Apa yang dia suka?”
Aku menggeleng. “Mana aku tahu…” Buah tembikai aku potong dengan berhati-hati.
Dahi Wati dah berkerut. “Hey! Dia hubby kau tau!”
“Syyy!” aku menyuruh dia memperlahankan volume. Kuat sangat! Ada semua orang dengar nanti. Huh! Hubby tak hubby. Euw… Geli pula nak berhubby-hubby ni. Bunyi dia, manja yang teramat! Suami je sudah.
“Manalah aku pernah ambil kisah pasal dia. Yang aku tahu, dia suka makan dekat rumah and dia suka makan gula-gula Choclairs.”
Jenuh aku nak mengingatkan balik apa yang dia suka. Itu ajelah dua benda yang memang aku arif pasal dia. Itu pun kalau tak iya-iya satu benda pun aku tak tahu!
Wati dah menepuk dahi. “Teruk betullah kau ni jadi bini dia. Malang betul Ustaz tu tau!” Wati dah bising. Dia kemudian menuangkan air gula yang dah siap ke bekas lain. Periuk tadi kembali diisi dengan air.
Aku buat muka bila Wati mengutuk. Gaya aku memang terhegeh-hegeh gila nak mak dengan ayah kahwinkan aku dengan Ustaz tu. “Eleh. Kalau kau kesian sangat, kau kahwinlah dengan dia!” Erk! Amboi mulut, sanggup ke nak bermadu? Ada karang bini tua lagi muda daripada bini muda.
“Serius?” Dia menyoal ala-ala serius.
“Lepas tu, Pa’an kau tu nak letak mana?” Aku bagi alasan. Ceh! Sepatutnya dia yang bagi alasan untuk mengelak. Ini terbalik pulak.
“Ah, kalau antara Ustaz dengan Pa’an, lagi baik Ustaz!”
Aku membulatkan mata. “Banyaklah kau!”
Wati tergelak-gelak. Dia menuang gula perlahan-lahan ke dalam periuk yang airnya dah mula nak panas.

“Eh, tadi aku jumpa Joe!”
Laju Wati menoleh. Plastik gula diletakkan ke tepi. “Bila?”
“Kat tepi laut. Kan aku cakap aku lepak sana tadi sebelum datang sini.”
“Tapi kau tak cakap kau jumpa dia?”
“Bukan sengaja nak jumpa. Terjumpa.”
“Dia ok?”
“Macam ok.”
“Oklah tu. Siapa yang tak terkejut dengar pasal benda tu.”
“Itu orang yang dengar. Aku yang alami sendiri ni pun terkejut tak hilang lagi.” Ceh! Ayat tak boleh blah sungguh.
Wati menggeleng. “Apa perasaan kau lepas kahwin?”
Aku diam sekejap sebelum menjawab. Berfikir. Perasaan? Perasaan apa? Tak ada apa pun aku rasa. “Neutral.”
“Weh, betul-betul lah!” Wai dah mula nak marah.
Aku mengerutkan dahi. “Betullah! Bila masa aku nak menipu?”
“Takkan kau tak rasa apa-apa dekat dia?”
Oh! Cakaplah perasaan aku dekat Ustaz tu. Ini tanya perasaan aku lepas kahwin. Soalan tak clear betul. Walaupun jawapannya sama.
“Neutral jugak!”
“Serius?”
Aku mengangguk.
“Aku nampak dia macam abang je. Kadang tu macam Ustaz.”
“Sikit pun tak ada rasa sayang dekat dia?”
Aku mengiyakan.
“Betullah kau ni Lisa. Memang patut Ustaz tu merajuk dengan kau. Jawab tak cover-cover langsung! Kalau dia tahu ni…” Sengaja Wati tak cakap habis. Nak suruh aku fikir sendiri akibat dia lah tu.
Ah, akibat dia macam apa yang jadik semalam itu lah. “Sebab dia tak ada aku berani jujur,” kata aku. Cuma semalam je tak bernasib baik.
“Belajar-belajarlah sayang dekat suami kau tu. Ustaz Hafiz lagi tu. Kalau aku kat tempat kau. Hrm… Tak lama dah aku bercinta dengan dia!”
Aku mencebik. Gaya macam aku dapat kahwin dengan angkasawan je cakap macam tu. Walhal Ustaz kelas sendiri je.
“Anak dara buat kerja… lambatnya! Boleh pula bercakap pasal suami semua. Cepat buat kerja tu! SPM tak ambik lagi dah berangan fikir bukan-bukan!”

Kak Fatin, kakak Wati dah bising bila masuk dapur tengok kita orang. Memang lambat pun kita orang buat kerja. Buat kerja sambil berbual, memanglah! Aku pun tak adanya nak terasa hati dengan dia. Kak Fatin tu dah macam kakak aku jugak sebenarnya. Sebab semua ahli keluarga Wati dah kenal aku ni.

***

Lepas habis kenduri, sempat aku singgah kedai bunga dekat bandar. Itu pun pusing keliling aku nak mencari kedai bunga. Orang jarang pergi kedai bunga, memang macam ni. Lepas masuk ke dalam kedai tu, aku terus mintak amoi tu sekuntum bunga ros. Huh, melayang duit aku kalau Ustaz merajuk tiap-tiap hari. Sementara menunggu amoi tu ambil, aku belek-belek kad yang ada dekat situ. Kad berwarna kuning cair aku ambil. Cis! Tak pasal-pasal aku jadi romantik buat benda ni semua. Artikel semalam punya pasallah. Tapi, macam mana nak bagi Abang Hafiz ni?

Tombol pintu aku pulas. Selepas salam diberi, aku masuk ke dalam rumah. Abang Hafiz ada kat dapur agaknya. Kereta dia ada, takkan dia keluar rumah jalan kaki pula? Bila nampak dia tak ada, laju aku berlari masuk ke dalam bilik. Malunya kalau dia nampak bunga ni semua! Bunga tadi pun aku letak dalam goodies bag kenduri tadi. Nasib baik tak tanggal kelopak dia sebab bawak naik motor.

Lepas settlekan perkara dalam bilik dan salin baju, aku melangkah keluar dengan nasi bungkus kenduri tadi. Langkah di atur ke dapur. Abang Hafiz tengah membasuh pinggan. Baru lepas makan agaknya.
“Ada nasi kenduri tadi.” Aku memberitahu.
“Hrm…” Itu je jawapan dia.
Aku dah rasa nak berpeluh. Ini kalau minta maaf macam mana pulak dia react? Itu satu, lagi satu bila masa nak bagi dia bunga tu? Aduh! Lama-lama ada pulak layu bunga tu dalam beg sekolah!

***

Aku intai Abang Hafiz yang tengah tengok tv sambil membaca buku apa entah. Kepala yang tak gatal aku garu. Aduh! Macam mana ni? Nak kena buat apa? Macam mana nak start first step ni? Nanti masa nak mintak maaf nak kena menangis ke? Ah! Ke situ pulak yang aku fikir. Tangan laju membuka zip beg sekolah. Bunga ros merah yang dah tak berapa nak segar aku keluarkan. Kad kuning tadi aku ambil dan aku baca sekilas.

-I know I’m bad, and I’m sorry.-

Simple gila ayat aku guna. Kan aku dah cakap aku bukan sasterawan. Kalau tak, tak ada cukupnya kad kecik ni untuk aku tulis. Kad kembali ditutup. Nafas aku tarik dalam-dalam. Erk! Tak boleh! Rasa cuak tu tetap ada. Alamak, tak ada talian hayat ke untuk selamatkan diri? Sekali lagi aku menarik nafas. Semangat aku kumpul. Rasa macam orang nak pergi jawab first day SPM pulak dah. Aduh!

“Abang!”
Abang Hafiz menoleh. Buku di tangan diletakkan ke tepi.
“Lisa mintak maaf pasal semalam.” Bunga dan kad aku hulur ke arah dia.
Abang Hafiz pandang aku tak berperasaan. Bunga dan kad dia ambil dan terus letak atas meja kopi. “I don’t need these.”
Aku dah rasa nak menangis bila dia buat macam tu. Kalau tadi aku fikir kena nangis ke tak, sekarang ni automatik pulak aku nak menangis.
Abang Hafiz pandang je aku. “Kadang-kadang tak semua benda boleh diselesaikan dengan hanya maaf Lisa.”
Aku menunduk bila terasa pipi aku basah. Laju tangan mengesat pipi. Dada dah rasa sebu semacam.
“Mungkin Lisa dah lupa kata-kata tu kan ibarat pedang. Luka dia Lisa, bukan nampak dekat badan kita. Tapi boleh rasa dekat sini,” dia letak tangan dia dekat dada.
Aku diam je dengar dia bersuara.

“Do you really mean it?”
Aku blur. Sama blur dengan mata yang berair. “Apa dia?”
“Semua yang Lisa cakap pada Johan?”
Aku menahan kepala daripada mengangguk. “Tak.” Laju bibir menuturkan.
“Mungkin masa tu rasa nak menangkan diri sendiri sampai tak sedar tercakap semua tu dengan Johan.”
Bohong sunat. Tak apalah, bohong untuk mengelakkan Ustaz ni terus-terusan terasa hati. Walhal aku sedar je apa yang aku cakap. Dan aku bercakap benda yang aku rasa. Ya Allah, kenapalah susah sangat nak terima Ustaz ni?
Abang Hafiz pandang aku tak percaya. Gaya dia macam nak tengok aku menipu ke tak. Akhirnya dia tersenyum nipis.
“Lain kali, fikir sebelum bercakap.” Tangan kanan dia mengesat pipi aku.
Aku malas nak mengelak.
“Dahlah. Jangan nangis. Next week abang dah nak pergi kursus dah. Abang tak nak Lisa tinggal dengan muka macam ni.”
Aku cuba tersenyum. Tangan dia aku capai dan aku cium. Tak pernah-pernah aku buat macam ni kecuali lepas sembahyang. Manalah tahu terbukak sikit hati ni nak terima dia. Isk! Kalaulah hati ni ada suis, memang dah lama aku tekan biar dia boleh masuk.

————————————————

Abang Hafiz mengusap kepala aku sebaik sahaja aku melepaskan tangan dia. Baru aku nak angkat kepala, terasa hidung dia dah melekap dekat dahi aku. Spontan darah menyerbu ke muka. Teringat masa lepas nikah dekat masjid dekat Melaka dulu. Laju aku angkat muka aku. Cis! Dia ni, bikin muka gua panas je.

Abang Hafiz dah capai balik buku yang dia baca tadi. Tapi, eh? Kenapa dia ambil sekali bunga dengan kad tu? Dia nak buang ke? Aku buat-buat macam nak pergi masuk bilik. Malas nak tengok dia nak buat apa dengan benda alah tu. Kalau nampak dia buang depan mata aku, tu namanya menyakitkan hati sendiri. So, lebih baik aku masuk bilik kan?

Dari hujung mata aku tengok Abang Hafiz bukak kad tu. Ceh, Alisa! Kata tadi tak nak tengok. Tapi sempat jugak mata tu mengintai dia, ye? Aku nampak Abang Hafiz tersenyum sedikit masa baca kad tu. Aku termalu sekejap. Masa hari guru pun aku tak pernah tau bagi dia kad. Hadiah apatah lagi. Tak terasa pulak nak appreciate dia sebagai Ustaz aku. Hahaha! Aku dah membuka langkah untuk ke bilik. Bila terdengar dia memanggil, aku menoleh.
“Tolong letakkan kat dalam bilik.”
Bunga dengan kad dia hulurkan. Aku pandang dia pelik.
“Nak buat apa?”
“Simpan.”
Dahi aku dah berkerut. “Tadi kata tak nak? I don’t need these…” laju mulut menuturkan. Isk! Cik mulut, tuan awak ni baru nak berdamai dengan suami dia. Cuba jangan cakap lepas sangat!
“Hah? Lisa cakap apa?”
Nasib baiklah perlahan dan suami tuan awak ni tak dengar! Laju aku menggeleng.
“Tak ada apa.” Elok habis ayat tu, terus aku masuk bilik. Tak nak aku duduk dekat Ustaz ni lama-lama. Nanti entah apa pulak yang jadi.

***

Bangun pagi itu tiba-tiba aku terasa bersemangat nak pergi berjogging. Hari tu, masa cuti hujung tahun form four, aku rajin jugak pergi jogging pagi-pagi dengan Wati. Pagi-pagi lepas Subuh kita orang jumpa dekat padang dekat bandar tu. Masa hari kerja, tak ramai sangatlah orang. Tapi adalah jugak pak cik dengan mak cik yang dah pencen tu pergi berjalan. Rajin pun bukannya apa, risaukan badan naik. Cuti masa tu dekat dua bulan jugak beb! Iyalah, masa tu budak form five nak SPM kan, kita orang pun pengetua bagi cuti. Bergembira betul aku duduk dekat rumah.

Lepas solat Subuh, aku dah bersiap-siap dengan baju dengan seluar untuk ke padang. Pagi-pagi pergi jogging, best! Udara fresh, sejuk, nyaman… semualah! Kadang-kadang hujung minggu, dapat jugak aku cuci mata. Hahaha! Laju aku merapikan tudung sebelum keluar bilik. Elok aku nak melangkah keluar, pintu dibuka daripada luar. Abang Hafiz melangkah masuk dengan muka pelik tengok aku.
“Nak pergi mana ni? Kat luar pun gelap lagi?” Dia bersuara bila aku buat tak faham dengan pandangan dia.
Teringat untuk mengambil stokin. Laju aku berpatah balik ke almari baju. “Lisa nak pergi jogging. Nak ikut?” Isk! Ni ajak-ajak ayam je ni. Jangan dia cakap, ‘nak’ sudah.
“Boleh jugak.”
Nasib tak tersungkur je aku depan almari ni dengar jawapan dia. Dah agak dah. Mesti dia nak punyalah kalau aku ajak! Iyalah, kalau dia ajak keluar berdua, manalah aku nak layan dia. Baik aku duduk rumah sorang-sorang.
“Serius?”
Aku bertanya masa Abang Hafiz tengah salin baju. Aduh! Lain kali cuba beritahu dulu kalau nak salin baju, segan aku tahu?
Abang Hafiz menoleh. “Apa yang serius?”
Kain pelekat dah berganti dengan seluar. Memang seriuslah ni. Aku menggeleng.

***

“Waahhh!” Aku dah merenggangkan badan sebaik sahaja turun daripada kereta. Langit dah mula hendak terang. Aku tengok orang pun dah mula nak ramai waktu-waktu macam ni. Ramai tu tak adalah ramai mana. Kalau lebih sepuluh tu, kira ramailah jugak kan?
“Lisa!”
Aku menoleh.
“Warming up dulu baru jogging.” Dia mengingatkan.
Aku mencebik. Macamlah aku ni budak kecik sangat nak diingatkan benda simple macam tu.
“Iyalah, Ustaz!” Entah sejak bila entah dia ni jadi cikgu Pendidikan Jasmani entah!
Abang Hafiz hanya menggeleng melihat aku. Kemudian kami bergerak ke padang. Sebelum mula berjogging, aku dengan dia sama-sama berdiri di tepi padang. Aku mula mengira daripada nombor satu hingga ke nombor lapan di dalam hati semasa memanaskan badan. Tiba-tiba aku terdengar ada orang berzikir dekat sebelah. Perlahan je bunyi dia. Siapa lagi kalau bukan Ustaz dekat sebelah ni Aku menoleh ke arah Abang Hafiz. Dia ni nak bersenam ke nak apa?
“Kenapa?” Abang Hafiz terhenti daripada buat kerja dia bila perasan aku dok ralit mengusha.
Laju aku menggeleng tanda tak ada apa-apa.
Oh! Ustaz ni tak kira satu sampai lapan rupanya. Patutlah tiba-tiba ada orang berzikir dekat sebelah. Aku ingat aku dah tersesat masuk dekat masjid tadi. Hahaha! Aku mengangkat kaki kanan sebelah. Bibir aku turut mengikut alunan suara Abang Hafiz di dalam hati.
“Subhanallah walhamdulillah walailaha ilallah wallahu akbar!”
Siapa kata berzikir masa lepas solat je? Masa bersenam pun boleh apa? Ceh! Aku lah tu yang cakap berzikir lepas solat je.
“Lisa, kita jogging sekali ye?” Abang Hafiz mencadangkan idea yang tak berapa nak best di dengar. Aku tersengih je. Nak cakap tak? Ada tak pasal-pasal aku tolong mengkayakan lagi kedai bunga semalam, hari ni. Ngee.

Laju aku berjogging meninggalkan Abang Hafiz dekat belakang. Tak kuasa aku nak jogging dengan sebelah-sebelah! Buat orang pandang pelik je dekat kitorang nanti. Segan aku. Isk! Dapat 2 round jogging, aku dah terasa mengah. Abang Hafiz relax menghabiskan lagi setengah round. Sementara menunggu dia, aku buat cooling down dulu. Lepas tu terus aku berjalan ke kereta. Nasib baik Ustaz ni tak kunci tadi. Aku dah rasa macam dekat Sahara dah ni.
“Jogging ke masuk marathon tadi?”
Aku tersengih bila dia menegur. Agak-agak dia perasan tak aku sengaja lari daripada dia. Aduh, jahat sungguh kamu ya, Alisa? Aku menghulurkan botol air di tangan. Dia menggeleng. Botol berisi air masak itu aku letak kembali ke dalam kereta.
“Nak pergi mana lepas ni?” Aku bertanya.
Abang Hafiz diam sekejap sebelum mejawab. “Abang nak pijak batu sekejap.”
Aku hanya mengangguk. Nak cakap apa lagi? Takkan aku nak bawak kereta, tinggalkan dia dekat sini pulak kan? Abang Hafiz dah berjalan ke tempat refleksiologi. Aku pula duduk dekat bangku yang ada dekat tepi tu. Sementara duk menunggu Abang Hafiz, aku memerhatikan suasana sekeliling. Ada yang tengah bertaichi. Ada yang tengah bermeditasi.

“Hai! Boleh saya mengurat awak?”
Aku menoleh ke arah suara yang menegur. Spontan bibir menguntum senyum bila kami berbalas pandang.
“Eh! Lama tak jumpa. Abang sihat?”
Abang Mirul hanya mengangguk. Dia ni abang angkat Wati sebenarnya. Jumpa pun dekat sini masa berjogging tahun lepas. Entah macam mana entah boleh jadi abang-adik angkat ni. Aku yang anak tunggal ini pun tak ada sibuk berabang-adik angkat ni.
“Sihat je. Lisa? Seorang je ke dekat sini? Tak nampak Wati pun?” Abang Mirul dah pandang sekeliling.
Aku tersengih. Malas rasanya nak menjawab soalan tu. Mata terpandangkan Abang Hafiz yang tengah memandang ke arah kami.
“Abang sorang je ke?”
Abang Mirul menggeleng. Kemudian dia mengesat peluh di dahi. “Boleh duduk sebelah?”
Aku tersengih. Dalam pada masa yang sama, aku mengesot ke tepi memberi dia ruang untuk duduk.
“Wati apa khabar?”
Aku pandang Abang Mirul pelik. “Apahal tanya orang? Bukan ke dia ‘adik’ abang?” aku mengusik.
Abang Mirul ketawa. “Memanglah. Tapi abang dah lama tak contact dia. Abang busy sikit semenjak dua menjak ni.”
Aku tumpang senyum. “Dia sihat je. Makin sihat!”
“Masih dengan Farhan lagi ke, dia tu?”
Aku mengangguk.
“Patutlah makin susah nak dengar cerita dia,” Abang Mirul memberi komen.
Aku ketawa. Agaknya memang orang tengah bercinta ni, dah lupa orang lain ke? Nasib baik si Wati ingat lagi dekat aku. Mata aku tercari-cari Abang Hafiz. Aku tengok dia tengah berjalan ke arah kami. Muka dia? Biasa ajelah. Apa, ingat dia tengah jelous ke?
“Siapa?” Abang Hafiz bertanya bila dah berdiri dekat sebelah aku.
Aku bangun daripada duduk. “Ni Abang Mirul.” Aku memperkenalkan Abang Mirul dekat Abang Hafiz.
“Abang Mirul, ni err…” aku terdiam. Mata memandang sekilas Ustaz dekat sebelah. Nak kenalkan sebagai apa ni? Ustaz? Abang sepupu? Suami? Err… tak nak!
“Hafiz.”
Aku dah terasa ada tangan dekat pinggang aku elok lepas dia orang berdua bersalam. Muka aku dah panas. Lagi-lagi bila terpandangkan muka Abang Mirul yang dah pelik. Cis! Nasib baik Kak Intan dengan Amani tiba tepat pada masanya.

***

“Kenapa tak cakap Mirul tu dah kahwin?” soalan Abang Hafiz buat aku rasa nak tercekik.
“Perlu ke? Takkan masa kenalkan dia tadi nak cakap, ni Abang Mirul. Dia dah kahwin dah. Tak ke pelik tu?” laju aku menjawab.
Merepek betul Ustaz ni. Agaknya kalau Kak Intan dengan Amani tak datang tadi, mesti dia ingat Abang Mirul tu nak mengayat aku.
Mata masih memerhatikan langkah mereka sekeluarga pergi. Sempatlah berbual sekejap dengan Kak Intan dengan main-main dengan Amani. Dah besar dah budak tu. Dulu masa baru-baru kenal Abang Mirul, terkedek-kedek je Amani berjalan.
“Tak adalah sampai macam tu…”
Aku mencebik. “Cemburulah tu. Abang Mirul tu abang angkat Wati lah,” aku bercerita tanpa disuruh.
“Oh? Lisa pulak?”
“Lisa apa?”
“Tak ada abang angkat?”
Tergelak sekejap aku dengar soalan dia.
“Ada abang sepupu seorang pun dah pening nak melayan. Nak cari abang angkat? Tak payahlah…”
Siapa lagi abang sepupu kalau bukan dia. Tapi sebenarnya, ada suami seorang pun dah pening nak melayan baru betul ayat tadi. Sebab, masa Abang Hafiz sebagai abang sepupu rasanya aku dengan dia pun payah nak berbual. Kalau jumpa masa raya pun, aku lagi banyak lepak dengan sepupu perempuan daripada sepupu lelaki. Ahah!
“Amani tu anak sulung diorang ke?”
Aku mengangguk.
“Comel!” Abang Hafiz memuji.
Aku tersengih mendengarkan pujian tu. Jarang lelaki nak puji-puji macam tu sebenarnya. Lainlah kalau, dia tu budak pandai, budak baik, budak bagus ke… ni comel?
“Tengoklah mak bapak dia. Cantik dan kacak apa?”
Aku dah mula berjalan menuju ke kereta diikuti Abang Hafiz di sebelah.
“Iya ke? Nanti kalau kita, mesti comel jugak kan?”
Aku buat-buat terbatuk bila mendengar usikan Abang Hafiz. Tak agak-agak betul! Anak? Isk! Relax Alisa… dia saja nak menyakat kau je tu. Bukannya dia serius pun!
“Hrm… betul! Tapi kalau dia ikut muka Lisa lah. Kalau ikut muka abang, mesti comot!” Hah, nak menyakat aku sangat ye?
Abang Hafiz diam tak menjawab. Ah, sudah? Merajuk lagi pulak ke? Aku menoleh ke belakang. Tiba-tiba terasa pipi kebas sebab kena tarik. Kureng!
“Sakit lah!” aku dah jerit. Tapi tak adalah kuat mana sampai boleh tarik perhatian orang.
Abang Hafiz dah ketawa jahat. Ngee… geramnya aku dengan dia ni. Tak apa, ada ubi ada batas!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 18, 19”
  1. Shima says:

    Terbaek subbanallah….!!!! ^_^

  2. lili says:

    so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet………

  3. saja saja je says:

    wah… romance nyer……:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"