Novel : Suami Aku Ustaz?! 21

15 April 2011  
Kategori: Novel

50,512 bacaan 54 ulasan

Oleh : aku_dia

Mata yang kelat aku pejam kelipkan dua tiga kali. Mengantuknya! Malam tadi sempat aku melayan cerita Full House dua tiga episod sebelum tidur. Bila Abang Hafiz tanya dah siap kerja sekolah ke belum, aku angguk je. Iyalah, petang tadi kan aku balun siapkan sambil mata tengok televisyen. Janji siap. Drama Korea yang aku dapat, semuanya Joe yang bagi. Kesian betul aku ni. Orang lain dah tengok cerita Boys Over Flower, aku baru nak tengok cerita yang dah bertahun orang tengok.

Tengah-tengah tengok sambil teman Abang Hafiz tengah buat kerja, sempat jugak aku dapat tazkirah. Hah, siapa suruh duduk serumah dengan Ustaz? Memang dapat tazkirah free ajalah. Orang lain sanggup bayar cua tiga ratus minta Ustaz datang sekolah bagi ceramah. Huh!

***

Malam tadi…

“Tak habis lagi dengan cerita Korea?”
Aku sengih je bila kena tegur. Mata masih leka pandang Lee Young Jae yang tengah duduk bersedih hati dalam gereja.

“Kalau Lisa perasankan, diorang hanya tunjuk part agama masa ada babak sedih je.”

Aku hanya angguk je walaupun apa yang dia cakap macam angin lalu dekat tepi telinga. Aku tengah duk telek kekacakan Lee Young Jae, sibuk pulak Ustaz ni nak kacau. Buat ajelah kerja awak. Kata banyak benda nak settlekan sebelum pergi kursus.

“Lisa, dengar ke tak ni?”
Aku pandang dia. “Apa abang cakap tadi?” Aku tanya dengan senyuman di bibir. Nak tak nak, mengaku jugaklah yang aku tak dengar apa yang dia cakap tadi.
Abang Hafiz menggeleng. “Leka betul!”

Tangan dia dah cubit pipi aku. Kureng! Kalau sikit tak apa jugak! Kebas sekejap pipi ni. Kalau makin lebar pipi aku ni, aku cancel plan mak nak buat kenduri lepas SPM nanti!

“Abang cakap, sepanjang abang duk perhati Lisa tengok cerita ni, part yang diorang tunjuk agama tu, masa sedih je. Sebab masa tu baru diorang pergi gereja.” Dia menjelaskan.

Dahi aku dah berkerut. “Lah? Abang tak perasan ke? Kan ada part diorang kahwin buat dekat gereja?”

Dalam hati aku rasa nak guling-guling je dapat kenakan Ustaz ni. Nasib tak kena luku je kepala aku dengan Abang Hafiz. Walaupun duduk bukan dekat sebelah dia, tapi bila-bila masa je tangan dia boleh sampai dekat kepala aku ni.

“Memanglah. Tapi maksud abang, ada nampak diorang pergi sana selain masa ada masalah dengan sedih je? Sedih pun masa putus cinta. Kalau kita, tak rasa malu ke dengan Allah sebab cintakan makhluk Dia melebihi rasa cinta kepada Dia?”

Aku menjuihkan bibir. “Iyalah… iyalah. Ustaz ajelah yang betul. Saya ajelah yang salah. Isk! Dengan budak kecik pun nak menang sangat.” Aku merungut. Tapi masa masih melekat pada skrin laptop.

“Bukan sebab nak menang, Lisa. Abang tak nak Lisa jadi macam tu. Hanya bersungguh buat solat hajat semua bila nakkan something, bila tengah sedih baru ingat Allah.”
Aku diam je.

“Jangan bila dah nak SPM baru bersungguh beribadat sebab nak minta Allah perkenankan hajat kita. Hah, abang tak pernah nampak Lisa solat hajat ke, qiam ke. Kenapa?”

“Nanti-nantilah.” Tak ada rasa nak buat semua tu lagi. Mungkin betul agaknya apa yang Abang Hafiz cakap. Bila dah nak SPM baru bersungguh nak ‘dating’ dengan Allah.

“Kalau boleh mulakan dari sekarang. Allah lagi suka kalau Lisa doa, minta tiap-tiap hari. Lagi satu, jangan sibuk nak minta itu ini, tapi tak minta Allah maafkan dosa-dosa kita. Kalau boleh, buat solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur. Kalau rasa susah, cuba sikit-sikit dulu. Seminggu sekali ke…”

Aku dah garu kepala aku. Panjang pulak cerita Abang Hafiz malam ni. Kerja dah siap ke, Ustaz? “Tapi, kalau kita buat solat sunat taubat, lepas tu esok buat dosa pun tak guna jugakkan?”

“So?”

“So?” Aku dah blur sekejap.

“So, bila solat taubat tu, tanamkan niat tak nak buat dosa. Bukannya buat dosa je, lepas tu solat taubat. Tak ke manalah kalau macam tu. Kan taubat nasuha tu kena berazam tak nak ulang lagi kesalahan kita?”
Aku terus stopkan cerita yang aku tengah tengok. Hilang terus fokus aku. Fokus dengan mood nak tengok sebenarnya.Apa taknya, baru nak baca substitle je, dah ada suara yang kedengaran. Kacau betul! Lagipun, hilang feel tengok cerita kalau tak dengar apa yang diorang cakap.

***

“Hai, Ustazah!”
Bulat mata aku dengar Wati tegur masa aku sampai kat kelas. Kureng punya budak! Ini yang aku geram ni. Kalau aku tahu, memang tak ada aku nak cerita dekat makcik ni. Tak agak-agak betul! Pa’an yang tengah berjalan dekat sebelah Wati pandang aku dengan Wati silih berganti. Muka dia nampak sangat tengah pelik dengan kitorang.

“Apahal tiba-tiba panggil Lisa, Ustazah?” dia bertanya.
Aku mengetap gigi. Wati ini kan… betullah. Geramnya aku! Kalau aku ni boleh berjalan sepantas kilat, memang aku dah pergi dekat taman dekat dengan bengkel kemahiran hidup tu. Aku curik cili dua tiga biji, untuk cilikan mulut Wati ni.

“Eh? Kau tak tahu ke? Lisa ni kan…”

“Nak ambil Usuluddin lepas SPM. Ok tak, Pa’an?” Laju aku memintas.
Aku tengok Wati dah tersengih jahat. Hampeh!

“Apa-apalah korang ni.”
Pa’an menggelengkan kepala je tanda malas nak melayan. Nasib baik dia ni lelaki. Kalau perempuan, mesti dah sibuk tanya itu ini sebab tak puas hati. Bila dah berjalan dekat sebelah Wati, laju tangan aku mencubit pinggang dia. Balas dendam!

***

“Eh? Lepas ni masa suami kau kan?”
Wati! Ya Allah….! Aku dah meraup muka dengan tapak tangan. Budak ini memang tak boleh simpan rahsia betul!

“Senyaplah! Kan aku suruh kau rahsiakan?”

“Aku cakap slow ajelah. Bukannya ada orang lain dengar!” kata Wati dengan membuat muka tak bersalah.
Aku mencebik. Modul Fizik aku masukkan ke dalam beg. “Tak ada orang dengar konon. Yang pagi tadi tu apa?” aku mengungkit.

“Lah… pagi tadikan aku, kau dengan Pa’an je yang ada?”

“Memanglah kau dengan Pa’an je. Tapi, Pa’an mana tahu benda ni?”
Mata Wati membulat. “Weh? Serius? Kau ni Lisa, teruk betullah. Benda baik ni pun kau nak rahsiakan. Dengan kawan baik sendiri pulak tu. Isk! Kau ni… Bukannya kau kahwin dengan perompak ke, penyamun ke, perogol ke sampai nak berahsia bagai? Kahwin dengan pencuri, ialah!”

Aku terpinga-pinga sekejap dengar ayat Wati. “Pencuri?” Kening aku dah bertaut.

“Iyalah! Pencuri hati gadis Melayu! Kan Ustaz tu jejaka idaman Malaya! Jangan tak tahu siap ada kelab peminat Ustaz Hafiz dekat sekolah ni. Presiden dia? Akulah!” Wati dah buat cerita karut. Payah betul berkawan dengan tukang karut macam dia ni.

Aku mencebik. Rasa nak termuntah sekejap bila dengar pujian Wati yang tinggi melangit tu. Jejaka idaman Malaya? Jejaka idaman Korea tak apalah jugak. Ceh! Aku pun dah terkena badi drama Korea dah ni.

“Ustaz je pun. Bukannya CEO ke, manager ke yang gaji ribu-ribu.”

Wati dah tampar bahu aku. “Kau ni, mata duitanlah!”
Aku ketawa. Iyalah, berapa sangatlah gaji Ustaz tu kan? Pulak tu baru dua tahun kerja. Duit itu sangat perlu tahu? Zaman sekarang, tak ada duit payah. Kalau hidup berdua ok lagi. Kalau ada anak? Susu setin dan dekat seratus. Belum masuk pampers dengan lain-lain lagi. Eh? Aku dah terfikir pasal anak ni apahal? Ngeee.

“Hidup tak ada duit, payah oh!”

“Iyalah. Tapi bersederhana pun dah ok apa? Lagipun, bukannya kecik sangat gaji dia. Kau ingat senang ke kalau duit banyak ni? Kalau tak betul cara kau guna, boleh masuk neraka tahu?”
Aku diam je mendengarkan kata-kata Wati. Aku rasa dia ni lagi sesuai jadi Ustazahlah. Baru nak meletakkan kepala dekat atas meja, Wati tiba-tiba jadi kelam kabut.

“Suami kau dah datanglah!”
Laju tangan aku mencubit pinggang dia. Ambik kau! Mulut tu, lepas sangat!

“Hari ni belajar ibadat! Bab kahwin!” tambah dia lagi.
Sekali lagi dia kena cubit. Wati ketawa mengekek. Kena cubit pun suka. Tak faham aku.

***

“Sebelum saya mula kan kelas, saya nak ingatkan semua yang saya tak pernah mengajar kamu membenci poligami. Lebih-lebih lagi buat pelajar perempuan, ya?”
Budak-budak dah buat bunyi bising mendengarkan statement tu. Aku pulak membuang pandang keluar tingkap. Seganlah nak tengok Abang Hafiz masa dia tengah mengajar.

“Ustaz lelaki. Lainlah!” Nisa membantah.
Aku menarik senyuman segaris. Lelaki, senanglah cakap. Cuba kalau jadi perempuan, baru dia faham macam mana rasanya di dua, tiga dan empatkan. Eh, yang aku jadi emosi ni, kenapa?

“Lelaki atau perempuan sama saja. Yang lelaki kena ingat, jangan fikir seronok je kalau berpoligami. Kalau tak adil, ada senget awak nanti masa berjumpa dengan Allah. Lagipun, kita kena ingat ada hikmahnya kenapa Allah membenarkan poligami.”

“Ceh!” Kalau dua ayat pertama tadi kelas semua diam mendengar, ayat terakhir membuatkan semua pelajar perempuan bersuara. Aku rasa, budak lelaki tengah excited menggila belajar topik ni.

“Ustaz, kalau Ustaz ada terfikir nak kahwin dua, tiga atau empat tak? Kalau ada, boleh saya jadi yang kedua!”

Spontan aku menoleh ke sebelah. Wati tengah tayang muka selamba. Relax Lisa. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Kalau kau buat reaksi spontan yang pelik-pelik dekat sini, memang kantoi dekat satu kelas. Lagi malang, satu sekolah terus.

“Kenapa kedua? Kenapa tak pertama? Ustazkan tak kahwin lagi?” terdengar suara sumbang lain.

“Ustaz dah kahwin agaknya! Hah! Ustaz? Jawab… jawab?” suara lain yang menyampuk. Mata aku terpandangkan Joe yang tersenyum tawar. Kemudian aku memandang ke arah Abang Hafiz dekat depan. Dia hanya ketawa. Tangan aku laju mengutil pinggang Wati. Memang tak serik budak ni kena cubit dengan aku. Wati tergelak-gelak. Tapi, teringin jugak nak dengar jawapan Abang Hafiz. Manalah tahu tiba-tiba aku bermadu dengan Cikgu Liana ke… Opps! Mintak simpang!

“Afrina, bagi saya isteri seorang pun tak terjaga. Apatah lagi nak berpoligami. Tak begitu, Alisa?”

“Ehhhh…..” satu kelas dah bising.

“Ustaz dengan Alisa ni, ada apa-apa ke?” Terdengar suara nakal Khairul mengusik.
Kureng betullah Abang Hafiz ni. Kalaulah aku ada bawak binding tape, memang aku dah tapekan mulut dia malam tadi masa tidur. Biar dia ambil MC hari ni. Aku mengalih pandang ke arah Abang Hafiz di hadapan. Terasa darah menderu-deru turun daripada muka. Oh suamiku, janganlah buat isterimu serba tak kena di sini. Kasihanilah saya yang masih belajar ini

“Alisa? Jangan leka masa saya tengah mengajar ya? Awak buat apa dekat Afrina?” Abang Hafiz bersuara. Aku rasa dia sengaja nak cover balik apa yang dia buat tadi.

Dia ni, aku ingatkan masa aku langgar cakap dia je kenakan aku dekat kelas. Bila aku jadi Lisa yang baik lagi mendengar kata pun, dia nak kenakan aku. Sabar sahajalah. Kalau tak kerana dah daftar untuk ambil SPM dekat sini, memang aku dah suruh mak dengan ayah pindahkan sekolah dah. Aku tersengih tak berperasaan. Senyum lebih kepada nak menutup kesalahan diri sendiri. Gila betullah hari ni. Semua orang buat benda gila!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

54 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 21”
  1. Nur Arina says:

    best la cerita ni.. rase nak kawin dgn ustaz la.. hahaha.. XD
    please cepat2 terbitkan buku ni! jgn lupe discount! :)

  2. cahaya kegembiraankami says:

    waaaa… best laaa cerita nieee…. cos, ada unsur2 islamik.. sukee sangat.. lagi pon ,dapat banyak ilmu… terbaek

  3. najwa says:

    best la cerita ni…. novel ni ada lgi x kat pasaran….????

  4. norazian binti mahmud says:

    Novel ni best…. Puas cari kat kedai buku, tapi tak de… dah habis… Tak de jual secara on line ke? kalau ade saya naklah…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"