Novel : Suami Aku Ustaz?! 22

23 April 2011  
Kategori: Novel

50,157 bacaan 45 ulasan

Oleh : aku_dia

22

“Ustaz, saya pernah terdengar perkataan baitul muslim. Boleh Ustaz explain tak apa maksud dia?” Nisa tiba-tiba bersuara.

“Oh! Nisa dah tak sabar nak kahwin!”Budak lelaki dah sakat mengusik. Aku tengok Nisa dah tersipu-sipu. Segan agaknya. Tak faham aku kenapa budak-budak ni excited sangat dengan perkataan kahwin ni.

Abang Hafiz aku tengok dah menggeleng kepala je. “Kelas, tak ada salahnya kalau kamu fikir pasal perkara ni. Masa sekarang ni pun, kamu dah prepare diri kamu dan berdoa untuk dapat jodoh yang baik-baik. Cuma, belajar tu jangan pulak kamu abaikan. Pelajaran tu tanggungjawab utama kamu sekarang ni.”

Abang Hafiz kembali memandang Nisa. “Apa yang awak tahu pasal baitul muslim, Nisa?”

“Perkahwinan cara Islam? Cara-cara untuk pilih pasangan dengan betul?”

“Lagi?”

“Err…” Nisa tergagap sekejap.

“Kalau dia tahu, tak adalah dia nak suruh Ustaz explainkan,” spontan aku bersuara.

“Lisa!” Wati dah menegur tindakan aku tadi.
Erk! Satu kelas memandang aku. Manalah pernah aku jadi macam ni dekat kelas. Selalunya aku kan suka mendiamkan diri je. Aku dah meraup muka dengan tangan kanan. Aduh! Rasa nak menyorok balik pintu. Kenapalah mulut ni laju sangat nak menjawab? Alisa, kau dekat sekolah sekarang ni, Alisa. Bukan dekat rumah! Mata Abang Hafiz dah tajam menikam. Kenapa aku terasa macam ada aura membunuh je ni? Aduh! Mati aku… mati!

“Alisa?” suara tu memanggil.
Wati menyenggol tangan aku bila aku tak menjawab. Last-last aku angkat jugaklah muka pandang ke arah Ustaz di depan.

“Sorry Ustaz!” kata aku dengan senyuman di tampal. Memang sengaja cari pasal betul aku hari ni. Nasib baiklah Abang Hafiz buat tak kisah sangat. Kalau dia pekena aku lagi, aku rasa aku skip je kelas dia next time.

“Sebenarnya, soalan Nisa tu dah keluar topik belajar kita hari ni.” Abang Hafiz melihat jam di pergelangan tangan dia. Jam hantaran aku bagi tu! Walaupun sebenarnya dia guna duit dia sendiri, beli.
“Kita pun ada sikit masa lagi sebelum kelas habis. Jadi, sempat rasanya kalau saya nak berkongsi sedikit.” Dia menyambung.

Masing-masing dalam kelas memberikan perhatian.

“Bila bercakap tentang baitul muslim sebenarnya tak semestinya tentang perkahwinan, percintaan atau apa pun yang kamu semua fikir pasal lelaki dan perempuan. Baitul itu maknanya rumah dan muslim itu pula mereka yang mengucap dua kalimah syahadah ataupun orang Islam. Jadi, baitul muslim pun boleh dimaksudkan dengan keluarga Islam.” Abang Hafiz memulakan mukadimah dia.

“Pembentukan keluarga Islam itu bermula daripada individu itu sendiri. Sebab itu saya katakan tadi, bermula daripada sekarang kamu dah boleh prepare untuk mendirikan baitul muslim. Didik diri sendiri untuk menjadi yang soleh dan solehah, barulah mencari yang solehah dan soleh untuk menjadi pasangan kita.”

Terangguk-angguk aku mendengar. Betul betul betul! Yang aku tak faham, kenapa Ustaz ni setuju je terima aku walaupun aku tak sesolehah mana.

“Daripada individu yang hebat, pasangan yang hebat, barulah boleh melahirkan generasi yang hebat jugak. Baitul muslim bukan hanya untuk pembinaan keluarga, tetapi ia juga untuk membina ummah.”
Abang Hafiz dah menulis sesuatu di papan hitam.

“Bermula daripada pembentukan individu muslim, akan lahir baitul muslim iaitu rumah tangga muslim. Kemudian naik ke step seterusnya sehinggalah kepada penyebaran Islam ke seluruh dunia.”
Aku membaca satu per satu tangga yang dilukis Abang Hafiz. Ada tujuh semuanya.

“Jadi baitul muslim ni bukanlah perkara kecil. Perkahwinan pun bukan perkara main-main sebab ia melibatkan pembinaan ummah. Ia perkara besar yang sepatutnya kamu boleh berfikir mulai sekarang.”
Abang Hafiz kembali memandang ke seisi kelas. Aku rasa semua dah tayang muka blur. Kecuali budak-budak baik macam si Hanif, Irfan dengan Zulaikha.

“Err… Macam tak faham je apa yang saya cakap? Saya pun rasa topik ni berat sikit untuk kamu semua,” ujarnya dalam ketawa. Kemudian dia memadam kembali apa yang dia tulis.

“Apa-apa pun, memandangkan kamu semua belum berkahwin, jadi tak semestinya hanya selepas kahwin baru boleh membina baitul muslim. Jangan lupa yang kamu masih ada keluarga dekat rumah. Keluarga kamu itulah kamu kena terapkan ajaran dan nilai-nilai Islam. Sebabnya, kita hendaklah menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada api neraka.”
Sebelum Abang Hafiz menamatkan penjelasan dia, lancar dia membacakan sepotong ayat Al-Quran sebelum menamatkan kelas. Makna ayat tu adalah sikit sikit pasal menyelamatkan keluarga daripada api neraka. Kalau tak silap aku dia sebut tadi Surah At-Tahrim ayat enam puluh enam. Tak apalah, balik nanti aku bukak balik tafsir yang dah berhabuk atas almari tu. Itupun kalau aku ingat.

***

“Kenapa senyum sorang-sorang ni?”

Tersentak aku bila kena tegur dengan Ustaz seorang ni. Dia ni, nak bagi aku sakit jantung ke muda-muda ni? Aku tayang muka nak makan dia. Tapi tak lama, tak sampai 3 saat, hidung aku dah kena tarik. Aku pun apa lagi, menjeritlah.

“Apa datang dekat orang main tarik-tarik hidung ni?” aku dah nak marah.

Dia tayang muka selamba. “Dah dekat pukul satu dah ni. Kenapa tak tidur lagi ni?” aku nampak dia mengerling ke arah skrin laptop aku. Bila masa entah dia tersedar aku tak ada.
Aku buat muka selamba. Tolonglah jangan kacau. Last episode ni.

“Sekejap. Nanti Lisa masuk bilik tidur.”
Tadi ingatkan dia dah tidur. Aku pun keluarlah dalam 30 minit baring atas katil. Ini episod last Full House. Tinggal lagi 15 minit je lagi nak habis ni.

“Orang tidur awal. Lepas tu boleh bangun awal, qiam.” Abang Hafiz dah menegur.

“Hrm… abang nak bangun qiam eh? Pergilah tidur dulu. Nanti tak sedar pulak!”
Baik punya jawapan aku bagi. Iyalah. Dia yang nak qiam aku pulak yang kena tidur awal sekali. Aku nampak Abang Hafiz menggelengkan. Alisa, tengok Full House tu. Bukannya tengok reflection Abang Hafiz dekat skrin tu. Isk!

“No. Abang nak Lisa pun bangun sekali nanti.”

“Abang, kalau Lisa bangun sebab kena paksa nanti niat dah lain. Bukan bangun sebab Allah, tapi sebab abang paksa bangun.” Alasan lain aku bagi.

“Tak apa. Sebab masa mula-mula belajar solat pun sebab kena paksa kan? Lepas tu baru sedar sendiri kan solat kerana Allah? So, if Lisa rasa kena paksa pun tak apalah. Tapi Lisa kenalah ingat, penat je Lisa bangun awal-awal, solat malam tapi sia-sia sebab abang paksa. Jadi ikhlaskan hati, solat malam kerana Allah.”

Aku dah rasa nak tertidur terus bila dia mula bersyarah.

“Ok… ok! Just give me 10 minutes. Then, I’ll go to sleep.”

“Abang tunggu.” Abang Hafiz duduk di sebelah.
Aku menghela nafas perlahan. Haila… nampak gayanya terpaksalah aku sambung tengok esok lagi 10 minit terakhir ni. Mana feel beb tengok cerita Korea ni depan Ustaz. Sudahlah cerita ni banyak part yang buat muka aku panas kalau dia ada sekali. Kalau dia tak ada? Tak kuasa darah ni nak menyerbu dekat muka. Aku tengok Abang Hafiz tersenyum menang masa aku tekan pangkah dekat VLC media player. Sukalah tu. Ngeee…. dia ini kan. Cepat-cepatlah pergi kursus esok! Dia kata esok awal malam nak bergerak. Lega sikit aku kalau dia tak ada dekat rumah. Barulah rasa macam rumah ni mak ayah aku yang punya!

Aku tersedar bila terasa badan kena gerak macam tengah gempa bumi. Langsung tak berhenti. Nak tak nak, aku bukakan jugaklah mata walaupun terasa kelat. Cahaya lampu yang terang membuatkan aku rasa macam nak pejamkan balik mata ni. Tapi apakan daya, Ustaz dekat sebelah dah lebih sepuluh kali aku rasa dia kejutkan aku.

“Bangunlah.”
Tiba-tiba terasa hendak menguap. Laju aku mentup mulut. Rasa mengantuk tak hilang lagi ni.

“Mengantuklah.” Sebenarnya, malas yang lebih ni.

“Lisa, sehari kita sibuk dengan urusan dunia, Lisa. Takkan setakat 2 rakaat tahajud, 2 rakaat taubat, 2 rakaat hajat, 3 rakaat witir untuk Allah pun nak berkira?”
Kening aku dah bertaut. Lagi dia cakap macam tu, lagilah aku rasa nak tidur. Apa taknya, siap sebut lagi bilangan rakaat minimum yang dia nak aku buat. Cuba kalau tambah satu per satu. Banyak tu! Aku cuba pujuk hati aku. Iyalah… sehari dengan dunia, takkan langsung tak ada masa untuk Pencipta kita, iya tak? Tak apalah Alisa. Esok kau free! Ceh, gaya macam kena cerai je esok. Free sangatlah konon. Aku menggagahkan kaki untuk menampung berat badan. Nasib baik lah kaki tak paralyse tengah-tengah pagi yang sejuk ni. So, apa kita nak kena cakap? Alhamdulillah! Ceh, ada gaya jadi cikgu tadika ni.

“Lisa ambil wudhu’ sekejap.”

Abang Hafiz tersenyum. “Good girl. Cuci muka, gosok gigi sekali. Penuh air liur basi dah tu.” Dia mengusik.

Aku pandang dia geram. Laju tangan mengesat pipi dan aku lap dekat baju dia. “Nah!” Lepas tu laju aku lari masuk bilik air. Segar terus mata dibuatnya.

“Lisa!” dia dah menjerit terkejut.

Aku sengih jahat. Hah! Nak sangat! Walhal tak ada pun air liur basinya. Aku tidurkan bertertib. Saja je bikin kecoh.

Abang Hafiz menjadi imam solat sunat tengah-tengah pagi ni. Satu perkara yang aku respect dekat dia ni, bacaan dia yang sangatlah sedap. Kadang tu rasa segan jugak bila berdiri sebelah dia. Dia tu sudahlah baik yang amat. Aku ni, perangai macam setan tu banyak yang amat. Macam langit dengan bumi. Teringat kata Wati lepas syarahan baitul muslim masa kelas tadi. Boleh dia cakap, kalau aku kena kahwin dengan orang kaya, mungkin selamat hidup aku yang tak berapa nak kaya ni. Kaya tak kaya, aku rasa tak adalah aku ni hidup melarat. Mak ayah dua-dua kerja.Tapi kalau kahwin dengan orang yang kaya iman, selamat hidup aku dekat akhirat nanti.Ceh. Cuma, yang aku risaukan satu je, takut elok-elok Ustaz ni dapat peluang masuk syurga, aku yang tarik dia masuk neraka. Nauzubillah!
‘Kalau macam tu, sama-sama saling menarik masuk syurga.’

Erk!

“Lekakan apa?” Abang Hafiz menyoal bila aku masih menadah tangan berdoa sedangkan dia dah habis berdoa. Cepat-cepat aku mengaminkan doa yang entah bila habis untuk menutup malu. Isk!

“Dah habis kan? Nak tidur kejap eh? Mengantuklah.” Laju aku bangun sambil tangan membuka telekung.

“Mengantuk? Abang tengok muka segar je?”
Dahi aku dah berkerut. Segar? Hrm… Masa ambil wudhuk tadi segarlah sekejap. Macam manalah ek orang boleh tahan qiam selalu? Nampak sangat aku ni tak kuat iman. Campur pulak pemalas tu. Kena cucuk pulak dengan nafsu dan kawan baiknya, setan. Makinlah malas nak buat. Tapi tang benda lain rajin pulak ye, Alisa?

***

“I’m leaving.”

“Ok.”

“Tak nak hantar abang ke?”
Aku berdiri tegak. Peti ais yang aku buka tadi kembali aku tutup. Abang Hafiz tengah berdiri di tengah-tengah pintu masuk ke dapur.

“Coming.” Aku bersuara.

“Sikitnya barang?” Aku tengok dia bawak satu beg baju dengan satu beg sandang belakang.

“Tiga hari je Lisa. Bukannya tiga tahun. Kalau tiga tahun, dengan Lisa Lisa abang bawak.”
Aku menahan bibir daripada tersenyum. Kalau dia nak bawak, aku kena ikut ke?

“Ok.” Aku dah tak tahu nak jawab apa.

“Pergi dengan siapa lagi?”

“Cikgu Liana.”

“Hah?!” Aku rasa mata aku dah membulat.
Spontan Abang Hafiz ketawa bila tengok aku. Kureng! Boleh dia pekenakan aku lagi. Muka aku dah panas. Cis! Mesti dia ingat aku cemburu. Bukan cemburu ye Encik Mohd Nor Hafiz! Saya terkejut je tahu?

“Sorry sorry. Abang gurau je.”

“Zzzz.” Aku buat muka. Malas aku nak tanya lagi. Nanti aku yang kena lagi. Panas kat muka beransur kurang. Hampeh betul.

“Oklah. Abang gerak dulu.” Dia berkata apabila enjin kereta sudah dihidupkan dan beg diletakkan di dalam kereta.

“Ok.”

“Ok je? Salam?”
Aku hulur jelah tangan dekat dia. Selama ni kalau pergi sekolah tak pernah kisah pulak salam ke tidak. Elok je lepas salam, dia cium dahi aku. Sekali lagi darah menyerbu ke muka. Aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal. Nak cover malu sebenarnya.

“Kalau boleh, Lisa baliklah rumah Umi. Abang risau…” dia tak menghabiskan ayat dia. Aku tunggu jugak kalau dia nak sambung. Tapi last-last dia buat cerita lain.

“Apa-apa abang call. Take care. Jaga diri. Jaga iman.”
Aku senyum je dengar pesanan dia. Tiba-tiba terasa sayu sekejap. Semalam beriya-iya betul nak dia pergi cepat. Isk. Kacau!

“Janganlah sedih. Insya Allah, tiga hari lagi kita jumpa. Hrm?”
Aku membesarkan mata. “Bila masa pulak Lisa sedih?!” nada aku meninggi. Nampak sangat kalut bila tembakan dia mengena.
Abang Hafiz ketawa.

“Iyalah… iyalah. Tak sedih. Ok, abang gerak dulu.” Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Sekali lagi perasaan sayu muncul. Ah! Perasaan je tu. Bukannya apa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 22”
  1. wani says:

    s0 sweet la ustaz nie…hehehe..crita yg penuh pengajaran n nasihat..best!!!TERBAIK!!!

  2. Nadhirah says:

    Salam, tahniah kepada penulis yg berjaya menghasilkan satu novel yang cukup terkesan pada diri ini. Semoga Allah memberkati kehidupan penulis dan permudahkan segala urusan. Mengharap agar penulis keep on menulisan novel2 islamic yang boleh diambil iktibar dunia dan akhirat. Jazakallah =)

  3. A.S. says:

    Byk pngajaran:)Jalan cerita menarik.Bercirikan islamik amat masuk dgn jiwa saya.Bukan aje masuk,tapi menusuk kalbu.Tahniah!!

  4. lili says:

    terbaik lah novel ni pnuh dgn pengajaran lain kali buat lah novel macam ni banyak2 kan bagus

  5. ILA says:

    alhamdulilah kerana dapat habiskan baca novel sau nie.mcj islamic yang disampaikan sanggat bagus.banyak pelajaran yang saya dapat daripada novel nie contoh ustaz hafiz menegur nisa kerana nisa merungut untuk memakai tudung dengan mengatakan nisa kena bersyukur menjadi perempuan kerana perempuan kerana senang masuk syurga dengan menjaga tiga perkara pertama jaga solat yang kedua jaga aurat dan yg ketiga taat pada suami.taksilap saya kalau salah saya minta maaf.jadi bersyukurlah kita menjadi seorang perempuan kerana mudah masuk syurga.nak masuk syurga kenalah buat apa yg allah suruh buat dan tinggal apa larangannya.kepada penuis teruskan dengan minat awak untuk menulis novel.awak boleh pergi lebih jauh dalam bidang dunia penulisan kalau awak tidak berputus asa kerana orang yang berjaya orang yang tidak mengenal erti berputus asa untuk membaiki kesilapannya.saya akan tunggu novel awak lepas nie.tak sabr nk saksikan felim ni di pawagam.semoga awak boleh menulis novel lain yg lebih baik dari novel nie n semoga awak dpermudahkan segala urusan amin.kepada pembaca teruskan membaca di karya seni:)

    #DOANHARAPAN#

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"