Novel : Suami Aku Ustaz?! 23

30 April 2011  
Kategori: Novel

51,865 bacaan 52 ulasan

Oleh : aku_dia

23

Aku menekan remote Astro untuk menukar ke channel lain. Tak sampai seminit tengok, aku tekan sekali lagi untuk menukar ke channel lain. Setelah buat benda sama lebih sepuluh kali, akhirnya button merah aku tekan. Terus skrin TV yang tadinya bercahaya kembali gelap. Aku menyandarkan badan ke kerusi malas. Jam di dinding aku jeling. Baru pukul sepuluh malam. Baru sejam Abang Hafiz keluar rumah. Tapi kenapa aku terasa macam sunyi gila ni?

“Sebab tak ada kawan gaduh!”

Spontan aku duduk tegak. Gila apa sampai terdengar suara… err… Alisa, dia dah keluar rumah sejam lepas, Alisa! Ilusi je suara yang kau dengar tu. Ke sebab… rindu? Isk! Tak kuasa. Aku melangkah malas masuk ke dalam bilik. Nak buat apa eh? Study? Malas. Tengok kdrama? Malas jugak. Keluar pergi lepak mamak? Lagilah malas. Tapikan… macam best jugak idea last tu.

*Kdrama: Korean drama

***

“Tak nak lepak rumah ke aku malam ni?”

Wati pandang muka dengan dahi berkerut. “Kau demam apa? Lagipun, taknaklah aku kacau orang dah kahwin!”

Laju aku mengutil Wati. Dah jadi tabiat pulak aku mencubit budak ni. Nasib baiklah tak pernah lagi mak dia call aku tanya kenapa badan Wati ni lebam-lebam.

“Kau ni! Sejak kahwin ni, kerjanya mencubit aku je. Kesian betul dekat Ustaz!”

Aku buat muka garang. Dia yang kena cubit, Ustaz jugak yang dia kesiankan.

“Kau sebut lagi statement tu, lagi kuat aku cubit kau.” aku mengugut.

Wati ketawa. Langkah diatur ke koperasi. Semenjak dua menjak ni, Joe dah tak nak pergi koperasi dengan aku. Pa’an pun ikut ajelah tiap kali Joe ajak dia, tak ajak aku. Pa’an dah boring agaknya tengok Wati je. Hahaha! Kalau Wati dengar ni, confirm aku kena balun. Tapi kalau dia dengar bagus jugak. Asyik aku je yang kena dengan minah ni.

“Eh, jomlah lepak rumah aku malam ni?” aku buat muka kesian.

“Apahal? Kau gaduh dengan dia ke?”

Nasib baik Wati pandai tukar kata ganti nama masa dekat tempat public macam ni.

“Mana… Diakan pergi kursus!”

Mulut Wati melopong. “Ha’ah! Lupa pulak dia cakap masa dekat kelas haritu!”

“Kata presiden kelab peminat dia. Apa ni?”

“Eh! Tak apa. Benda kecik je yang aku lupa. Sekurang-kurangnya kisah perkahwinan dia aku tahu!”

Spontan kaki terhenti melangkah. Aku mengetap gigi. Geramnya bila Wati tayang muka selamba. Aku rasa, tindakan aku awal-awal dulu tu bagus sebenarnya. Tengoklah! Semenjak dia tahu ni, ada saja idea dia nak kenakan aku.

“Nak tunggu apa dekat situ? Takkan nak berdiri tiga hari dekat sana tunggu ada orang datang sambut!” dia dah menjerit sedikit.

Aku mengecilkan mata yang tak berapa nak besar ni. Karang kalau aku lebih-lebih, bukannya boleh jangka apa yang minah ni buat. Isk!

“Bisinglah kau. Kalau aku tahu memang tak adanya aku nak cerita dekat kau.”

Wati menayangkan gigi dia. “Dah nama lagi kalau. Tapi… apa yang penting, aku dah tahu sekarang ni.”

Aku menjulingkan mata. Malas nak layan. Elok sampai depan koperasi, mata laju meng’spot’ bangku kosong. Selalunya, ada je orang yang duduk lepak.

“Kau pergi masuk belikan aku makanan. Aku lepak dekat luar je. Lagi satu, kau belanja eh? Asyik mengenakan aku je.” Sengaja aku cakap macam tu. Tapi, tak sangka pulak Wati ikutkan je.

Sambil duduk membuang masa, aku memerhatikan gelagat adik-adik yang tengah duduk dekat bangku depan. Macam-macam gaya. Kalau aku, aku cop je terus budak-budak ni stok budak gedik! Ahah! Macam bagus ajekan aku ni? Tapi rasanya better lagilah daripada diorang. Huh, perasan jugak aku ni rupanya. Ialah, cuba tengok tu? Bercakap dengan lelaki pun aku tengok dah gedik semacam. Belum yang tengah couple. Siap dating dekat bus stop lepas sekolah. Macam tak ada tempat lain yang lagi best nak dating agaknya? Restoran lima bintang ke. Aku pulak yang berbulu mata tengok.

Tapi, oklah jugak daripada dating dekat tempat tersorok. Buat menambahkan lagi statistik kelahiran anak luar nikah tahun depan. Aku yang tinggal lagi setahun ni pun tak pernah declare dengan siapa-siapa. Suci lagi murni hati aku ni. Takut tak kahwin? Kalau aku duk sakat-sakat budak-budak yang couple ni dengan ayat, ‘nanti kau kahwin dengan pakwe kau tu…’ laju je diorang balas ‘bukannya aku nak kahwin dengan dia’. Isk! Tak faham aku.

“Alisa.”

Aku menoleh ke arah suara lembut yang memanggil. Tergamam terus aku. Hilang suara dibuatnya.

“Lepas ni, pergi bilik guru sekejap ye?”

Laju aku mengangguk. Faham. Cikgu Liana senyum kemudian melangkah pergi. Bila masa dia dekat sebelah aku? Mata setia memerhatikan Cikgu Liana berjalan pergi. Kenapa dia nak jumpa? Nak attack aku ke? Nak basuh aku? Nak kantoikan aku dengan cikgu-cikgu lain? Nak… err… tak terfikir dah aku bila Wati menepuk bahu ajak pergi.

“Berangan!” Sempat dia menyakat.

Aku buat muka. Tapi roti dengan air yang dia hulur aku sambut jugak.

“Wati, kau pergi dulu. Aku ada hal sekejap.”
Berkerut dahi Wati. “Sejak bila kau pandai berahsia? Pasal rahsia besar kau tu pun kau cerita dekat aku walaupun lambat?”

“Nak pergi bilik guru. Ambil barang.” Ringkas aku menjawab. Wati angguk je. Nak ajak dia? Tak payah!

Otak aku ligat berfikir sebab Cikgu Liana nak jumpa. Takkanlah kes dia dapat tahu suami aku tu Ustaz, dia tak puas hati lagi? Aku tengok masa dekat kelas, dia lepak je. Tak nampak gaya marah ataupun dendam atau apa pun? Kenakan aku dekat kelas? Lagilah tak ada. Macam biasa jelah cara dia mengajar. Cuma satu perubahan dia yang aku nampak. Dia dah tak ada nak menggedik dengan suami aku tu. Hahaha! Dah boleh mengaku suami dah, Alisa?

Pintu bilik guru aku tolak perlahan. Mata melilau mencari Cikgu Liana. Jumpa! Kaki teragak-agak melangkah ke arah dia yang tengah bercakap dekat telefon. Terpaksalah aku tunggu dia habiskan perbualan dia. Jantung ni dah rasa macam lepas lari marathon. Ya Allah, janganlah kau biarkan Cikgu Liana ni buat bukan-bukan.Ramai cikgu lain dekat sini. Amin ya rabbal a’lamin. Tangan aku raupkan ke muka.

“Alisa.”

Aku menelan air liur. Muka Cikgu Liana nampak serius. Isk! Kenapa pulak ni?

“Saya ada meeting lepas ni. Jadi tak dapat masuk kelas. Kebetulan ternampak awak. So…tolong paskan latihan ni dekat kelas.” Cikgu Liana bersuara selepas meletakkan handset dia ke atas meja. Tangan dia mencapai dan kemudian menghulurkan sebundle kertas yang berwarna putih.

Spontan kening aku terangkat. What? Hahaha! Aku rasa dah nak terguling-guling dekat atas lantai ni. Hari inilah berlakunya perkara paling lawak yang pernah terjadi dalam hidup aku. Salah aku jugak! Lain kali cubalah bersangka baik. Macam yang Ustaz pernah cakap dekat kelas, husnu zhon.

“Err…” Teragak-agak aku nak mengambil kertas di tangan Cikgu Liana. Sempat telinga menangkap kata-katanya yang sedikit merungut.

“Sekolah ni, semuanya last minit. Pukul sepuluh setengah nak meeting, lagi setengah jam baru saya dapat tahu.”

Aku hanya diam berdiri disebelah meja dia.

“Oh ya! Saya nak semua siapkan hari ni. Habis waktu nanti saya nak ada atas meja. Suruh Irfan kutip and hantar. Ok?”

Aku hanya terangguk-angguk macam burung belatuk. Tak tahu apa nak jawab. Isk! Kan boleh je cakap, yes ke… ok ke… iya ke. Kena sampuk apa kau ni, Alisa?

“Kenapa awak nampak cuak sangat tadi?” soal Cikgu Liana bila dia dah sedikit relaks. Tadi aku tengok dia macam kelam kabut je. Sekarang, aku pulak yang gelabah balik. Cis! Jantung dah laju mengepam darah ke muka.

“Err… tak ada apa, cikgu!” Tergagap aku menjawab. Habis? Takkan aku nak jawab, ‘saya takut cikgu serang saya?’

Aku dapat rasakan mata Cikgu Liana tajam pandang aku. Aku menelan air liur. Rasa macam dia tengah telek baca riak muka aku yang cute ni. Terus aku menunduk.

“Alisa…”

Aku mengangkat muka.

“Tak perlulah awak risaukan hal itu, kalau itu yang buat awak risau. Insya Allah, saya masih berpegang pada janji.”

Aku hanya senyum nak tak nak. Sekali dia tembak, memang mengena!

“Awak antara pelajar kesayangan saya, Alisa. Pelajar yang sekolah aim akan dapat straight A’s. Saya takkan buat benda yang bukan-bukan kalau itu yang awak risaukan.”

Aku terdiam. Terasa terharu sekejap bila Cikgu Liana cakap macam tu. Cuma belum sampai tahap mata aku berairlah. Aduh… Baiknya dia! Walaupun dia bukanlah guru yang termasuk dalam kategori guru paling aku hormati atau sayangi atau minati, eh sekejap! Dia perempuan dan aku perempuan, maka kategori last itu, aku batalkan. Tapi memang aku terharu bila aku, Nur Alisa ini dijadikan sebagai pelajar kesayangan dia. Ke… sebab aku dah menikah dengan lelaki yang dia sayang? Ah, Alisa! Baru tadi kau ingatkan diri kau, jangan bersangka buruk. Lagipun, apa ke halnya dia nak sayang aku sebab menikah dengan Ustaz? Lagi perang dingin ada. Isk!

“Saya tahu awak mungkin expect saya jadi jahat macam dalam cerita-cerita dekat televisyen tu. Saya ada maruah, Alisa. Walaupun saya sebenarnya terkejut jugaklah bila dapat tahu Ustaz pilih awak, tak adalah sampai saya terniat nak hancurkan hidup awak.” Ujarnya dalam senyuman.

Muka aku terasa panas. Bukannya panas sebab malu atau marah. Tapi panas sebab terasa rendah diri gila bila Cikgu Liana tak sangka Ustaz pilih aku walaupun aku tahu Cikgu Liana tak berniat apa-apa masa cakap tadi. Aku hanya tersenyum sumbing. Apa boleh buat cikgu, dah elok-elok saya menolak… Abang Hafiz pula yang dah terima dulu. Ceh! Gaya ayat macamlah aku ni anak dara pingitan sampai Abang Hafiz beriya setuju.

“Macam mana awak dengan dia boleh… err…” soalan Cikgu Liana tergantung bila ada orang tengah lalu dihadapan kami.

Tanpa menunggu dia sambung soalan dia pun, aku boleh agak apa yang dia nak tanya. Tak tahu nak menjawab apa, aku hanya menggeleng. Abang Hafiz pun tak cerita, malaslah pulak aku nak bukak cerita.

“Cikgu tanyalah dia.” Aku tersenyum nipis. Last-last Cikgu Liana mengalah jugak. Nak tanya Ustaz? Of course Abang Hafiz akan tanya aku dulu nak cerita ke tak. Nanti, pi mai pi mai tang tu jugak. Hahaha.

Aku minta diri bila terasa nak mengelakkan diri daripada kena tanya macam-macam. Walaupun aku rasa Cikgu Liana ni ok je, tapi tak adalah sampai nak cerita semua benda dekat dia. Dahlah tadi bilik guru dah mula nak ramai orang.

***

Buat kesekian kalinya aku membelek telefon yang masih tak menunjukkan apa-apa simbol telefon ataupun sampul surat. Ah! Kenapa langsung tak ada berita daripada malam tadi? Aku dah mula cuak. Haraplah semuanya selamat. Abang, kalau iya pun busy, bagi mesej satu pun Lisa dah lega!

“Hoi! Berangan!”

Nasib tak luruh je jantung aku bila kena sergah dari belakang. Wati pandang aku tersengih-sengih. Laju aku simpan handset dalam kocek baju kurung. Nanti ada pula cerita yang dia bawa nanti.

“Kenapa kau macam tengah resah gelisah? Rindukan orang jauh ke?” nakal je Wati bertanya.

Aku mencebik. Malas mahu melayan. Perhatian kembali diberikan kepada soalan latihan di atas meja. Tak lama, fikiran dah kembali teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Abang Hafiz.

Habis kelas petang tu, dengan masih berpakaian sekolah, dengan beg yang berisi buku, dengan tak ada membawa sehelai pakaian harian pun, aku terus balik ke rumah Umi. Nasib baik ada jugak dua tiga helai baju aku memang sengaja aku tinggalkan dekat sana. Kenapa entah perasaan aku kuat sangat nak balik rumah Umi. Walaupun jauh sikit, tapi tak apalah. Balik rumah sendiri pun, sunyi je sebab tak ada kawan. Aish! Alisa, sejak bila dah pandai nak berteman dekat rumah ni?

Membebel panjang Umi bila aku sampai dekat rumah dia. Risau betul dia sebab aku bawak motor dari sekolah. Dia tanya jugak kenapa tak suruh Walid je yang ambil. Aku senyum ajelah. Aku terus menuju ke bilik Abang Hafiz lepas bersalam dengan Umi. Bilik ni aku tengok bersih, tak berhabuk. Mesti Umi selalu kemaskan bilik ni. Baru pasang niat nak salin baju, Umi mengetuk pintu bilik.

“Nanti pasanglah cadar ni. Lisa balik tak cakap. Kalau tak, sempat jugak Umi kemas apa yang patut.” Umi bersuara.

Aku hanya menggeleng. “Tak apa, Umi. Nanti Lisa pasangkan.” Ringkas aku menjawab dengan senyuman di bibir.

Umi hanya mengangguk. “Buatlah apa yang patut. Umi turun dulu.”

Aku mengangguk. Memang kurang komunikasi betul aku dengan Umi ni. Tapi oklah jugak. Manalah tahu Umi tak suka menantu yang bising. Ahah!

Elok pasang cadar, terus aku baring atas katil size queen ni. Ah! Hilang sekejap penat sehari dekat sekolah. Jam di dinding aku pandang. Asar belum lagi ni. Kalau ada Ustaz, memang dah kena bebel dah aku. Ustaz!

Aku mencapai handset di dalam beg sekolah. Eh? One missed call? Amboi… dah petang baru ingat dekat orang sini ya? Aku cek baki kredit sebelum buat keputusan nak call ke nak mesej je Ustaz ni. Belum sempat nak tekan button hijau, nama Abang Hafiz dah terpampang dekat skrin.

“Assalamualaikum.” Dia terlebih dahulu memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab mendatar. Ceh! Walhal tadi aku jugak yang beriya-iya tunggu dia contact.

“Lisa tengah buat apa?”

“Tak ada apa.”

“Baru sampai rumah ke?”

“Kat rumah Umi.”

“Lah iya ke? Kenapa tak cakap?”

Diam.

“Makan dah?”

“Belum.”

“Dah Asar?”

“Baru nak siap.”

Tension agaknya dengar jawapan aku, last-last dia bertanya.

“Ni kenapa ni abang tanya sepuluh patah dia jawab sepatah? Tak nak tanya abang apa-apa ke?”

Aku mencebik. Dia yang baru ingat nak call aku, aku pulak yang dia bising tak banyak cakap.

“Tak ada apa.”

“Abang tak percaya.”

Aku menghela nafas perlahan.

“Abang baru teringat nak call Lisa ke petang ni?” Entah semangat apa entah yang datang sampai aku tercakap macam tu.

“Lah? Kan Lisa dekat sekolah satu hari? Takkan abang nak call masa Lisa dekat kelas pulak?”

Aku mengetuk kepala dengan handset. Nasib tak kantoi je aku bawak phone pergi sekolah sebab nak tunggu mesej dia.

“If abang sampai tengah pagi pun malam tadi, kan boleh je kalau mesej cakap dah sampai? Susah sangat ke? Buat orang risau ajelah abang ni!” aku dah mula marah.

Abang Hafiz terdiam sekejap. Baru rasa bersalah agaknya. Huh!

“Lisa?”

Aku diam. Terasa hati dengan dia. Cis! Sejak bila aku terkena aura-aura touching, senang merajuk ni?

“Lisa… I’m sorry. Sorry sangat sebab buat Lisa risau.”

Aku diam lagi. Tiba-tiba terdengar suara dia ketawa perlahan. Dahi aku dah berkerut.

“Abang ingat Lisa dah baca mesej abang malam tadi. Sebab Lisa pun reply. Agaknya Lisa baca tengah mamai kut. Sebab itu mesej Lisa abang baca pelik!” Rancak dia ketawa. Lawak sangat agaknya.

Muka aku dah terasa panas. He did? Dia mesej? Kenapa aku tak ingat langsung! Ya Allah… Kenapalah boleh tak terfikir nak tengok call list ke… inbox message ke? Aduh… malunya aku! Elok lepas berbual, terus aku masuk ke inbox message. Memang betul. Mesej terakhir yang aku terima, adalah daripada dia. Panas sekejap aku baca mesej dia. Aku pergi pulak dekat sent items. Makin panas muka aku baca mesej aku.

-K. Mjirss u c2-

Walaupun berterabur sebab reply masa tengah mamai, tapi aku rasa Abang Hafiz faham je apa yang aku taip. Argh! Kenapa aku suka buat benda yang memalukan je dengan dia?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

52 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 23”
  1. Nur Ain Bt Ahmad Tarmidi says:

    penulisan 2u the bez lah !! moga dapat cungkil bakat-bakat penulis yang istimewa

  2. tiey says:

    kah3 klakar la,mamai2 rply msj….haha

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"