Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 23

3 April 2011  
Kategori: Novel

19,744 bacaan 22 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 23

Runsing, sedih , keliru, terpinggir, geram, marah, semua ada dalam fikiran Abang Is. Membuatkan emosinya sungguh tidak stabil. Abang Is yang biasanya tenang-tenang sahaja itu, sudah tidak dapat mengawal perasaan lagi. Sudah tidak boleh lagi menjadi ‘cool’ sebagaimana yang dianggap oleh semua orang.

Runsing dan sedih dengan perlakuan emak yang nampak seperti amat melampau. Sekembali dari pejabat Peguam Yahya , emaknya mengamuk dengan dasyat sekali.

” Kau ni Is, sama saja dengan ayah kau. Jantan tak guna.Tak guna punya anak! Emak dan bapak sama sahaja. Pentingkan perempuan lain! Aku benci Puteri tu. Kalau aku dapat, aku bunuh dia . Aku bunuh dia. Tak guna…tak guna. Emak dan anak sama sahaja. Tak guna.

Kau tu bodoh Is. Bini kau bersekongkol dengan peguam cabuk itu pun kau tak tahu. Hidup-hidup kau ditipunya. Kau tengok anak bodoh, kenapa tanah bini kau termasuk dalam senarai, tapi nama aku tak? Peguam tu sudah tahu dari awal. Sebab itu dia bagi aku bahagian yang tak dapat pampasan. Kau tak nampak lagi hati bini kau yang busuk tu. Balik ni bela lagi elok-elok betina tak guna tu….

Kalau aku dapat si Puteri tu sekarang, aku bunuh dia! Aku tak pernah ngaku dia tu menantu. Busuk hati, Perampas! Macam emak dia jugak! Aku dapat, aku bunuh kau! Betina sundal!

Kalau kau mengaku aku ni mak kau Is, kau biarkan dia digantung tak bertali sampai lima tahun . Biar padan muka dia tak dapat kahwin lain. Ingat Is, pegang dengan cakap mak ni. Mak bagi tempoh dua minggu kau buat benda ni. Jika tak, mak pergi bunuh Puteri tu. Bunuh dia, kau tahu tak ?”

Emak memukul-mukul Abang Is sambil terjerit-jerit. Marahnya meluap-luap. Apa boleh Abang Is buat ? Cuma menahan kesakitan . Kerana dia sendiri merasa amat takut dengan setiap perkataaan yang keluar dari mulut emak. Abang Is gugup. Emak terus menggila. Abang Is tak dapat berbuat apa-apa.

“Kau ingat Is….aku nak kau tinggalkan betina celaka tu. Jika tidak, kau bukan anak aku. Aku tak main-main. Samada kau tinggalkan betina tu, atau kau tinggalkan aku sebagai mak kau.

Selagi kau tak tinggalkan, aku seksa dia cukup-cukup Is. Aku benci. Aku benci sangat!.

Ayah kau pun sama. Sanggup dia tinggalkan aku sebab perempuan lain . Dia gilakan perempuan lain. Tak pa, biar dia pergi. Lama mana sangat dia boleh hidup tanpa aku ni. Aku benci. Aku benci”

Hah! Sudah! Ayahpun buat hal juga ke? Patutlah tiada di rumah dari semalam. Dia yang menelefon Abang Is supaya balik, tetapi batang hidungnya pun tiada. Pening. Bertambah pening! Sikap ayahpun membuatkan Abang Is bertambah geram.

Setelah puas mengugut Abang Is, emaknya mengurungkan diri di dalam bilik. Abang Is mengetuk bilik Isma . Adiknya itu dari tadi mengurungkan diri. Malas hendak campur dengan urusan emaknya yang dianggap tidak masuk akal itu. Hanya Rina yang setia itu, berada berhampiran emaknya, semasa Abang Is di belasah. Dia juga puas hati dengan apa yang diperkatakan emak.

“Kakak, abang nak tanya ni, ayah ke mana ?”

Abang Is bisik-bisik bertanya Isma. Walaupun muka adiknya pahit semacam, dia tetap memberanikan diri.

“Entah. Agak-agaknya dak kahwin lain di Siam. Masa mak ke rumah abang hari tu. Kakak dengar-dengar gitu saja. Emak menggamuk dari semalam. Pantang nampak rupa ayah, puting beliung dia menjadi”

Isma juga menjawab secara berbisik-bisik.

“Kakak tension sangat-sangat ni . Tak tau macam mana nak buat lagi. Tanah tu dapat jual abang ?”

Abang Is sekadar mengangguk. Kemudian dia mengeluh. Tidak tergambarkan betapa berserabutnya kepala dia dengan masalah keluarga. Sangat Kucar kacir.

Badan Abang Is sungguh letih. Dia bertahan sahaja apabila dibelasah emaknya. Banyak juga lebam-leban terpamer di kulit putihnya itu.

Bila keadaan emaknya sudah nampak stabil sedikit, Abang Is harus pulang ke Kuala Lumpur juga. Hari ini dia mengambil cuti kecemasan. Esok wajib bekerja. Kebetulan , dia juga mempunyai masalah di tempat kerja. Tidak boleh bercuti lagi.

Memikirkan terpaksa pulang, dia mula teringat kepada Puteri. Dari petang semalam dia tidak menghubungi isterinya itu. Pagi tadi, dia rasa amat kecewa dengan Puteri. Juga rasa terpinnggir, marah, geram dan keliru .

Kenapa Puteri tidak pernah menceritakan mengenai harta yang dia ada pada Abang Is? Sedangkan Abang Is adalah suaminya. Melayannya dengan baik. Bukan Abang Is tamak sangat harta Puteri . Abang Is pun mampu menyara keluarga, tanpa menggunakan wang isteri.

Sampai hati Puteri membuat Abang Is begini. Apa yang hendak dirahsiakan sangat. Jahat sangat ke Abang Is, sehingga sanggup merampas hak Puteri ? Tiba-tiba Abang Is merasakan kasih sayangnya terhadap Puteri selama ini seperti tidak dihargai….

Peguam Yahya memberitahu bahawa Puteri ada mendapat wang pampasan, tetapi pengeluaran wang tunai masih di kawal oleh pihaknya. Puteri tidak boleh mengeluarkan wangnya sesuka hati, sehinggalah ke suatu masa yang sesuai, iaitu Puteri dilihat mampu mentadbir hartanya sendiri. Itu di antara wasiat dari datuk Puteri.

Masalah bagi Abang Is, Puteri bukan budak lagi, dia telah dimaklumkan semuanya oleh Peguam Yahya, tetapi kenapa tidak mahu berkongsi maklumat dengan suami sendiri? Sekali lagi rasa kecewa menghantui diri Abang Is. Dia kesal dengan sikap Puteri, yang membelakangkan perasaannya. Dia kecil hati.

Apabila tiba ke apartmen mereka, Abang Is terus ke biliknya yang dahulu. Tidak masuk lagi ke bilik utama mereka. Dia buat-buat tidak kisah sahaja kepada Puteri.

Puteri terpinga-pinga. Kenapa Abang Is begini ? Puteri ada buat salahkah? Puteri cukup gembira bila melihat wajah Abang Is kembali di muka pintu tadi. Dia hendak memeluk Abang Is, tetapi muka serius suaminya menghalang Puteri dari berbuat demikian.

Malam itu, Abang Is tidur seorang di bilik kerjanya, Puteri juga seorang di bilik utama. Tetapi Puteri lansung tidak dapat melelapkan mata. Puas dia berfikir kenapa Abang Is berubah dengan mendadak.

Dua hari lepas dia mengucapkan sayang. Sayang yang teramat sangat kepada Puteri. Takkan pula hari ini boleh bertukar benci pula ? Sehingga memandang pun tidak sudi lagi ? Puteri sungguh keliru .

Keesokan hari, pagi-pagi lagi Abang Is sudah terkocoh-kocoh bersiap. Puteri yang bengkak mata akibat tidak boleh tidur walaupun sesaat, mampu melihat Abang Is yang masuk ke biliknya mengambil pakaian kerja yang telah siap di seterika yang bergantungan di dalam almari.

Puteri menggagahkan diri mendekati Abang Is, tetapi kehadirannya di sisi lelaki itu seperti tidak nampak di mata. Dia tidak diendahkan lansung. Membuatkan mulut Puteri yang tadinya ingin menyuarakan rasa hati menjadi terkunci terus. Dia tidak dapat memulakan kata-kata, walaupun satu patah perkataan!

Sedih hati Puteri sepanjang hari itu. Kenapalah Abang Is ini ? Apa yang telah berlaku semasa dia balik ke Ipoh ? Apa yang membuatkan dia marah kepada Puteri?

Namun Puteri juga menyedari, Abang Is memang mempunyai sikap begitu. Jika ada perkara yang merunsingkan hati, dia tidak akan berterus terang pada Puteri. Dia lebih rela berahsia dan mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap dan menegur. Puteri sudah mengalaminya dahulu, membuatkan Puteri mengenali sikap Abang Is yang satu ini.

Bersabar sahajalah Puteri…..nanti Abang Is akan baiklah tu….

**********

Wan Marini terus mengasak Abang Is. Tidak cukup dengan deringan telefon yang bertalu-talu, SMS yang tidak berhenti-henti, dia mengejutkan Abang Is di pejabat pula. Tergamam Abang Is, apabila masuk sahaja ke dalam bilik, Wan Marini sudah menunggu. Dia ada mesyuarat tergempar di bilik bosnya sebentar tadi.

Melihat sahaja kelibat Abang Is, Wan Marini mulalah merengek-rengek dan merayu-rayu.

“Is… I dah resign . I nak dekat dengan you. I tak nak balik Indonesia lagi. Boleh Is kan ?”

Dengan suaranya yang cukup manja, Wan Marini cuba untuk memujuk Abang Is lagi.

Entah kenapa, dia begitu tercabar apabila melihat cirri-ciri penolakan Abang Is padanya sekarang ini. Iskandar nampaknya lebih menyukai budak perempuan mentah itu dari Wan Marini yang sempurna segala-galanya ini. Budak itu bukan saingannya. Dia tidak boleh kalah!

Abang Is memandang muka wajah Wan Marini dengan bersahaja. Dia tidak ada sebarang perasaan sekarang. Dia tidak ada lansung emosi berkasih sayang. Fikirannya berserabut dengan berbagai permasalahan. Tekanan demi tekanan. Di setiap segi. Ahh…Iskandar Hafiz, bukan lagi sentiasa bernasib baik seperti mana yang diselalu diwar-warkan Khalif!

Dia merasakan diri terlalu kecil untuk dihempapkan tekanan oleh semua manusia sekeliling! Permasalahan ayah, Puteri , adik-adik, dan lebih-lebih lagi Wan Marini dan emak! Juga dengan tugasan pejabat yang baru sahaja dipertanggungjawabkan. Semuanya datang serentak, menyebabkan Abang Is seolah-olah menjadi seperti orang gila!

Seorang jurutera senior di pejabatnya telah berhenti dengan notis dua puluh empat jam. Dan semua kerja-kerjanya terpaksa digalas oleh Abang Is! Menambahkan rasa tertekan lelaki itu.

Emak pula, sama sahaja seperti Wan Marini. Asyik mendesak sahaja. Cuma cara sahaja berbeza. Wan Marini dengan rengek dan pujuk rayunya, emak pula dengan ugutan dan barannya.

Kenapa saat ini, satu dunia menzaliminya ? Sungguh dia amat tertekan ! Abang Is sudah tidak boleh bertenang lagi! Abang Is sudah tidak dapat mempamerkan wajah yang ‘cool’ lagi. Abang Is sudah tidak mampu melindungi emosi dalamannya lagi!

“Is, I dah lama duduk di sini tau. Dan you pun dah lama duduk kat kerusi you tu. Tapi sepatah pun you tak bagi respon pada I. Is jangan buat I macam ni. I dah hilang segala-galanya demi you. You kena bertanggungjawab atas perasaan I”

Abang Is mengeluh. Kalau diikutkan fikirannya yang tengah berserabut ini, mahu sahaja dia menghalau Wan Marini . Tetapi, Abang Is tidak pernah berkasar dengan perempuan. Jika bahasa tubuhnya sahaja membayangkan dia tidak suka, tidak mengapa, jangan sekali-kali meninggikan suara atau berkasar dengan perempuan. Itu prinsip diri yang dipertahankan sejak remaja lagi. Sifat jati diri yang di ajar gurunya dahulu.

“Is….”

“Hhmm …… Wan. Boleh tak you tak ganggu I masa office hours? Susah sikit kalau bos atau kawan pejabat nampak”.

“Is….I datang sini pun sebab terpaksa tau! Sebab I nak kata putus dari you. Dah banyak hari I cari you. You macam nak biar I saja. You macam nak lepaskan I….”

“Please lah Wan….I betul-betul tak boleh berfikir sekarang ini. Please…”

Tidak sangka pula Wan Marini boleh marah dengan permintaan lembut Abang Is itu. Dia terus bangun dengan kasar dari tempat duduknya. Sebelum melangkah keluar, dia memberi amaran pada Iskandar

” I tak kira Is, walau macam manapun I mesti bersama dengan you. Sebab you dah mainkan perasaan I selama lima tahun ini. You jangan nak lari. I akan kejar you walau ke lubang cacing. You jangan main-main dengan I Is. I juga akan pastikan you tak akan bersama dengan budak mentah tu.

Ingat……kalau I tak dapat you, dia pun tidak akan dapat bersama you lagi. I akan buktikan….dan you kenal Wan Marini kan ? I tidak pernah kalah. Jauh sekali dengan budak kecik macam tu “.

Abang Is termenung di kerusi empuknya. Cuba menghadam akan kata-kata Wan Marini itu. Adakah ini juga ugutan untuk Puteri ? Ahhh…. Puteri lagi. Kenapa kaum perempuan ini tidak habis-habis untuk menyakiti sesama sendiri ?

Hisshh…..’tension’ nya…

Tuk..tuk…tuk.. Abang Is memandang ke muka pintu.

“Encik Iskandar , big bos nak jumpa sekarang ! Very-very urgent, katanya.”

Abang Is mengangguk. Ini apalah lagi ini……..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 23”
  1. Syazan says:

    Tensionnyer jadi Is… kalau dia jauhkan diri drp Puteri, lagilah teruk… saper yg nak bagi motivasi dan sokongan kat dia yg tgh byk masalah ni? diserang semua sudut… takut silap buat percaturan, puteri yg jadi mangsa seperti selalu..

  2. isabella says:

    ermm…. terasa lama plak nk tgu smbungan nye…
    umie… smbg la cptt…. :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"