Cerpen : Cinta, Dendam & Kasih sayang

29 May 2011  
Kategori: Cerpen

43,583 bacaan 78 ulasan

Oleh : Afifah Yusof

Fakhrul memandang wajah walid dan uminya yang sedang duduk di sofa dengan wajah yang masam. Uminya yang selama ini menyokong segala perbuatannya kini seperti sudah berpaling tadah.

“Dah tak ada perempuan lain ke selain si Zarina tu?”soal Hajah Faridah kesal.

“Kenapa dengan Zarina? Dah lama Rul kenal dengan dia tau. Kenapa umi dengan walid tak suka dia?”soal Fakhrul agak keras. Dia perlukan penjelasan.

“Kalau dia budak baik kami takkan bangkang. Masalahnya Rul kenal ke dengan keluarga dia? Dah betul kenal ke hati budi dia? Jangan pilih sebab dia cantik je. Kecantikan tak bawa ke mana. Rul nak tanggung dosa dia? Tak tengok ke cara pakaian dia macam mana.”Haji Arsyad cuba membuka mata anak keduanya itu.

“Lepas kahwin dia berubahlah.”Fakhrul masih membela buah hati kesayangannya.

“Kalau berubah. Kalau dia tak berubah juga macam mana? Rul yakin ke boleh bimbing dia? Umi tengok Rul pun solat entah ke mana,ada hati nak merubah anak orang.”sindir Hajah Faridah.

Terdiam Fakhrul. Kata-kata umi dan walidnya itu memang benar. Tapi masalahnya dia terlalu cintakan gadis bernama Zarina itu. Sudah hampir setahun dia bercinta dengan gadis berkulit putih dan tinggi ala-ala model itu. Kalau mereka berjalan bersama banyak suara yang mengatakan mereka pasangan yang bagai pinang dibelah dua. Dia bangga bila bergandingan dengan Zarina.

“Tapi Rul cintakan dia. Walaupun walid dengan umi tak setuju Rul tetap nak kahwin dengan Zarina.”Fakhrul bangun dan berura-ura hendak beredar. Maafkan Rul umi,walid.

“Fakhrul!”jerkah Haji Arsyad garang. Langkah Fakhrul terdiam.

“Bawa budak tu ke rumah.”hanya itu yang diucap Haji Arsyad sebelum dia beredar naik ke atas diikuti si isteri. Fakhrul tahu ibu bapanya itu kecewa dengan keputusannya.

…………………………..

“I tak nak. I belum bersedia nak jumpa parent you. I harap you faham situasi I ni.”manja Zarina bersuara.

“Tapi walid dan umi I memang nak jumpa you. Kalau you tak datang lain kali dah tak ada peluang tu. Mereka macam dah setuju nak kahwinkan kita.”Fakhrul mencapai tangan si kekasih hati.

“Err..bila I kena jumpa mereka?”

“ASAP! Kalau esok boleh? Lagi cepat you jumpa mereka lagi cepat kita dapat restu dan boleh kahwin.”Fakhrul tersenyum gembira. Sudah terbayang di mata perkahwinan yang bahagia bersama Zarina.

“Hmm..yalah.”malas sahaja Zarina menjawab. Sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berkahwin. Dia masih mahukan kebebasan untuk lakukan apa sahaja. Kalau dah kahwin nantikan semuanya kena minta izin suami. Dia tak nak hidupnya dikongkong! Fakhrul yang beria sangat nak kahwin awal. Katanya tak nak terus melakukan dosa dengan berpegang tangan tanpa ikatan yang sah.

“I nak you pakai baju kurung esok masa jumpa family I. No skirt and tube okey.”

“Apa you ni! Belum kahwin dah nak kongkong hidup I. You kan tahu yang I tak suka pakai baju kurung. Kenapa nak paksa-paksa. I tak nak jadi hipokrit.”Zarina menarik muka masam.

“Please….Untuk esok je. Lain kali I tak suruh you pakai baju kurung dah. Just tomorrow. Please sayang..”Fakhrul mencium tangan Zarina.

“Yalah. I buat untuk you tau. Err..I dah penatlah. You hantar I balik ye.”Zarina meletakkan kepalanya di atas bahu Fakhrul.

“Okey sayang. Tak sabar I nak tengok you berbaju kurung. Mesti makin cantik.”

“Selama ni tak cantiklah ye.”Zarina pura-pura merajuk. Kepalanya sudah diangkat.

“Mana ada. You sentiasa cantik di mata I. Youlah wanita paling cantik yang pernah I jumpa.”puji Fakhrul. Zarina makin mengeratkan pelukan di pinggang lelaki itu. Bahagianya! Syaitan sudah ketawa suka!

“You tak nak masuk ke?”soal Zarina manja ketika kereta Fakhrul sudah berhenti di depan rumah sewanya.

“You kan tahu yang I tak suka macam ni.”Fakhrul bersuara agak serius. Dah banyak kali dia terangkan kepada gadis itu yang dia tidak suka sampai bab-bab masuk rumah ni. Lainlah kalau gadis itu tinggal bersama keluarganya. Zarina menarik muncung.

“Bukannya masuk lama. Just minum-minum sekejap. You tak pernah nak masuk rumah I. Kenapa? I tahulah yang rumah I ni tak semewah rumah family you. Sebab tu you tak sudi agaknya.”

“Janganlah cakap macam tu sayang. I tak kisah pun pasal rumah you ni. Kitakan bukan muhrim jadi tak elok kalau I masuk rumah you. Nanti apa kata jiran-jiran you.”

“Argh!! Alasan you je tu. Kalau tak nak masuk sudah!”Zarina terus membuka pintu kereta tetapi cepat sahaja tangan Fakhrul menariknya. Zarina tersenyum dalam diam.

“I minta maaf sayang. I takut nak masuk rumah you sebab I takut tak dapat kawal diri I. I harap you faham sayang. Sebab tu I nak kita cepat kahwin.”Fakhrul mencuit pipi Zarina.

“Yalah. You drive carefully tau. Malam ni jangan lupa mimpikan I. Bye sayang. Love you.”Zarina terus melangkah keluar. Fakhrul menunggu sehingga gadis kesayangannya selamat masuk ke dalam rumah.

……………………

Zarina tunduk menyalami wanita yang ada didepannya. Kemudian dia mahu bersalam pula dengan walid Fakhrul tetapi cepat sahaja Fakhrul menariknya. Haji Arsyad berdehem sedikit.

“Jemput duduk Zarina.”pelawa Haji Arsyad. Hajah Faridah berlalu ke dapur untuk membancuh air.

“Asal orang mana?”

“Perak uncle.”Zarina menjawab sambil memandang wajah Haji Arsyad di depannya. Wajah lelaki itu agak mirip dengan Fakhrul. Nampak masih muda. Masih kacak!

“Ooh..keluarga masih ada?”

“Err…ada uncle.”Nak tak nak je Zarina menjawab. Bila bab keluarga dibangkitkan dia agak bosan. Keluarganya tidak sekaya keluarga Fakhrul. Dia malu bila hal keluarganya disebut.

“Ayah kerja apa?”

“Err..postman uncle. Tapi dah pencen sekarang.”perlahan sahaja Zarina menjawab.

Hajah Faridah datang membawa sedulang minuman. Disusun di atas meja sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Wajah Zarina yang cantik berbaju kurung ungu muda dipandang. Dah cantik tetapi sayang! Baju yang sepatutnya menutup tubuh tetap terdedah kerana baju kurung itu kainnya jarang. Nampak tube yang dipakai gadis itu.

“Dah lama kenal dengan Fakhrul?”

“Err..dah dekat setahun auntie.”

Fakhrul hanya diam memerhati walid dan uminya menemubual Zarina. Dia nak menyampuk pun tak boleh sebab dah awal-awal lagi umi beri warning. Zarina menguis perlahan tangan Fakhrul supaya membantunya.

“Boleh kami nak jumpa ibu bapa Zarina? Kalau nak kahwinkan mestilah kena jumpa keluarga takkan nak main redah je.”Haji Arsyad bersuara. Kalau itu pilihan anaknya nak buat macam mana lagi. Terima ajelah!

“Err..keluarga saya tak ada dekat Malaysia sekarang. Mereka duduk di rumah mak cik di Australia. Mereka kata kalau saya nak kahwin mereka restu je. Sebab mereka lama dekat sana.”jawabnya penuh berhati-hati takut pembohongannya itu terkantoi. Dia tidak mahu keluarganya berjumpa dengan keluarga Fakhrul. Alasannya dia malu!

“Tak bolehlah macam tu. Kalau nak kahwin kenalah ada wali.”Hajah Faridah bersuara laju. Ada nada lega di situ! Zarina memandang Fakhrul meminta pertolongan.

“Bukan boleh guna wali hakim ke umi,walid?”soal Fakhrul. Bulat mata Hajah Faridah.

“Wali hakim tu bila pihak perempuan tak ada wali. Zarina takkanlah tak ada pak cik ke,sedara lelaki yang lain?”

“Err..”Zarina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak jawab apa.

“Kamu balik bincang dulu. Nanti dah sedia baru beritahu uncle dan auntie.”akhirnya Haji Arsyad bersuara memberi kata putus.

“Jemputlah minum. Asyik berbual je dari tadi.”Hajah Faridah mempelawa.

Semua diam melayan perasaan masing-masing. Fakhrul pun tak tahu nak bantu apa sebab dia dan Zarina tidak pernah berbincang langsung pasal keluarga gadis itu. Yang mereka tahu mereka berdualah pasangan paling bahagia. Uweek! Orang memberi salam membuatkan semua mata memandang ke arah tuan empunya suara. Adik bongsu Fakhrul melangkah ke arah mereka dengan tangan membawa beg shopping.

“Oohh.. ada tetamu rupanya. Ini ke kak Zarina?”soal Farisha sambil tersenyum-senyum. Banyak dia dengar pasal gadis itu dari uminya. Semalam pun dia tahu umi dan walid bergaduh dengan abangnya gara-gara wanita itu. Zarina hanya mengangguk.

” Umi,Sha ada bawa balik kawan. Umi ingat tak dengan Amna? Kawan baik Sha tu?”

“Ha..ajaklah Amna tu masuk. Kenapa biar dekat depan.”pelawa Hajah Faridah.

Farisha berlalu ke depan sekejap sebelum dia kembali bersama seorang gadis yang sebayanya. Rakan Farisha tu bersalaman dengan Hajah Faridah sebelum bersalam pula dengan Zarina. Zarina mengangkat wajah. Matanya membulat. Wajahnya sudah merah.

“Eeh..kak Rina. Buat apa dekat sini?”soal Amna riang.

“Kau kenal ke dengan kak Zarina ni?”Farisha bersuara laju.

“Mana tak kenalnya. Inikan kakak saudara aku. Yang aku cakap macam model tu. Pak Long dengan Mak Long apa khabar kak? Ayah kata minggu ni kami nak pergi Perak nak lawat keluarga akak.”Amna bercerita tanpa sedar yang Zarina sudah menunduk malu. Kantoi! Amna duduk di sebelah kakak saudaranya itu manakala Farisha duduk di sebelah uminya.

“Bukan Zarina cakap tadi yang keluarga Zarina sekarang ada di Australia?”soal Hajah Faridah tak puas hati. Dia menghidu sesuatu pembohongan di situ. Amna memandang pelik Hajah Faridah sebelum memandang Zarina semula.

“Bila pak long dengan mak long pergi Australia?”soalnya tanpa mengetahui apa-apa.

“Kau diamlah Amna. Dari tadi bercakap je.”marah Zarina. Amna terdiam.

“Biar dia bercakap. Kalau dia tak datang tadi kami dah kena tipu hidup-hidup dengan kamu. Kenapa kamu bohong?”soal Hajah Faridah bengang. Amna dan Farisha yang tak tahu apa-apa hanya terkedu. Uminya tidak pernah segarang itu.

“Maafkan saya auntie,uncle.”tergagap Zarina menjawab. Wajah Fakhrul di sebelah dipandang meminta sokongan tetapi lelaki itu juga seperti temangu.

“Kenapa kamu tipu? Sebenarnya kamu ni betul ke nak kahwin dengan Fakhrul ke saja nak main-main?”marah Haji Arsyad pula.

“Ss..aya minta maaf.”hanya itu yang mampu diluahkan.

“Jom! I hantar you balik.”Fakhrul bangun dan terus menarik tangan Zarina. Wajahnya sudah merah.

Pintu kereta dihempas. Fakhrul terus memecut keretanya menuju ke rumah Zarina. Dia malu! Sampai hati Zarina menipu tadi.

“Kenapa you bohong? You sebenarnya ikhlas ke tak nak kahwin dengan I ni?”marah Fakhrul sambil mengetuk stereng keretanya.
“I ikhlas cuma I belum bersedia. You nak kahwin cepat sangat. I masih belum nak pikul tanggungjawab seorang isteri tu. I malu bila hal keluarga I dibangkitkan. Mereka tu tak kaya. Rumah pun rumah kampung je…”belum habis Zarina bercakap Fakhrul sudah menamparnya.

“Tak baik you cakap macam tu. Macam mana kalau mereka dengar you cakap macam ni? Kecil hati mereka. I dan keluarga I tak pandang harta benda tau. Walid dan umi I ikhlas nak jumpa family you untuk masuk meminang tapi kenapa you tipu? ”

“Sampai hati you tampar I! belum kahwin you dah naik tangan dekat muka I macam mana bila dah kahwin nanti? You memang lelaki dayus! I tak suka lelaki yang kasar! Nasib baik kita belum kahwin lagi. I benci you Fakhrul. Mulai hari ni kita over! I nak putus. You kahwinlah dengan perempuan lain yang sanggup ambil lelaki dayus macam you ni untuk dibuat suami.”lepas bercakap Zarina terus keluar.

“Sayang!”panggil Fakhrul.

“Don’t call me sayang! I’m not your sayang anymore.”Zarina terus melangkah masuk ke rumahnya. Fakhrul mendengus geram. Sekali lagi stereng keretanya dihentak kuat.

…………..

Sudah seminggu sejak Fakhrul terputus hubungan dengan Zarina. Banyak kali dia menelefon gadis itu tetapi semuanya tidak berangkat. Nampaknya gadis itu serius mahu memutuskan hubungan. Dia mahu penjelasan dari gadis itu. Lepas dia hantar gadis itu pulang dari rumahnya minggu lepas Amna ada beritahu yang sebenarnya Zarina sudah bertunang dengan pilihan keluarganya. Dari orang kampung gadis itu sendiri. Fakhrul rasa tertipu.

“Rul masih harapkan Zarina tu ke?”soal Haji Arsyad sambil duduk di sebelah anaknya. Fakhrul hanya mengeluh.

“Rul nak penjelasan dari dia. Kenapa dia sanggup tipu Rul? Selama ni dia ikhlas ke tidak cintakan Rul?”

“Itu walid tak tahulah. Agaknya memang Zarina tu bukan jodoh yang terbaik untuk Rul. Walid rasa ada perempuan yang lebih layak untuk jadi isteri Rul. Isteri yang boleh bimbing Rul ke jalan yang benar.”

“Apa maksud walid?”

“Jujur walid katakan walid takut bila Rul kata Rul nak kahwin dengan Zarina. Ada sebab kenapa walid dan umi tak restui pilihan Rul tu. Kami nak Rul dapat isteri yang baik yang boleh bimbing Rul bukannya yang sama sosial macam Rul. Kalau isteri Rul pun macam Rul habis siapa yang akan bimbing siapa? Walid takut sangat kalau Rul semakin jauh bukannya semakin dekat dengan Allah.”

“Rul minta maaf sebab dah kurang ajar dengan walid dan umi hari tu.”Fakhrul bersalaman dengan walidnya. Air mata lelakinya tumpah jua. Dia sedar yang dia sudah jauh tersasar sebagai seorang muslim. Masanya lebih banyak dihabiskan di luar berbanding di atas tikar sejadah. Ya Allah ampunkan hambamu ini.

“Alhamdullilah kalau Rul dah sedar. Rul cubalah lupakan Zarina tu. InsyaAllah ada seseorang yang lebih baik yang Allah dah takdirkan untuk Rul.”

“Rul dah malaslah walid. Rul dah penat nak mencari. Rul takut perempuan yang Rul jumpa lepas ni sama je perangainya macam Zarina. Biarlah masa yang menentukan.” Haji Arsyad hanya tersenyum tawar.

“Apa yang abang bualkan dengan Rul petang tadi?”soal Hajah Faridah ketika masuk ke kamar tidur.

“Tak ada apa. Abang cuma nasihatkan dia sikit dan beri kata-kata semangat. Dia kata dia dah malas nak mencari. Dia kata biarlah masa yang menentukan.”

“Apa yang abang cakap ni? Malas nak mencari apa?”

“Jodoh dialah. Dia takut kalau jumpa perempuan yang salah lagi.”

“Kalau macam tu biar saya jelah yang carikan. Saya ada berkenan dengan salah seorang budak dekat rumah anak yatim tu. Sekarang budak tu dah kerja sebagai setiausaha. Cantik budaknya. Nampak pandai menjaga diri dan insyaAllah akhlaknya pun baik. Dah beberapa bulan saya kenal budak tu sejak saya selalu berkunjung dekat rumah anak yatim Seri Kenanga.”Hajah Faridah tersenyum-senyum.

“Entah-entah budak tu ada teman lelaki ke? Kalau kita setuju Rul pula setuju tak?”luah Haji Arsyad.

“Tak. Budak tu tak ada teman lelaki pun. Saya berani jamin. Pasal Rul abang pujuklah dia. Saya nak sangat tengok Rul tu kahwin dengan perempuan baik-baik.”

“Hmm…yalah. Esok saya cakap dengan Rul. Awak bincanglah dengan budak yang awak cakap tu. Apa namanya?” Hajah Faridah tersenyum lebar.

…………………

“Nurin Jannah.”ujar Fakhrul perlahan. Kata walidnya gadis itu uminya yang calonkan untuk menjadi isterinya. Tengkuknya yang terasa lenguh diurut-urut.

‘Walid rasa pilihan umi tu adalah yang terbaik. Lepas kahwin Rul boleh kenal-kenal dulu. Bercinta lepas kahwin ini lebih manis.’ Kata-kata walidnya semalam terngiang-ngiang di kepala. Fakhrul buntu. Boleh ke berkahwin kalau tak cinta? Tapi kalau bercinta bagai nak rak pun belum tentu kahwin. Akhirnya lepas berfikir sebaiknya dia bersetuju sahaja dengan pilihan walid dan uminya. Biarlah cintanya terhadap gadis bernama Zarina itu terkubur sedikit demi sedikit.

“Umi,walid,Rul ada benda nak cakap ni.”ujar Fakhrul ketika mereka sekeluarga baru selesai makan malam. Farisha hanya menjeling abangnya.

“Kenapa? Rul ada masalah dekat pejabat ke?”Haji Arsyad menyoal prihatin.

“Bukanlah. Rul nak cakap pasal calon yang umi dengan walid nak kenalkan tu. Rul terima je. Rul tahu umi dengan walid tentu nak yang terbaik untuk Rul.” Hajah Faridah terus memeluk Fakhrul. Air mata gembiranya tumpah saat itu juga.

“Terima kasih sayang. Umi tahu Rul tentu takkan kecewakan kami. Umi dah tanya Jannah dia pun setuju.”

“Tahniah angah.”ucap Farisha gembira.

“Walid bangga dengan Rul. Walid sentiasa doakan Rul bahagia dan dapat menjadi seorang suami yang baik.”

“Terima kasih walid.”Fakhrul hanya tersenyum hambar. Bukan perkahwinan sebegini yang diharapkannya. Tapi tak apalah. Berkorban untuk ibu bapa bukanlah apa sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dibuat ibu bapa kita.

Majlis persandingan baru selesai berlangsung. Fakhrul dan Jannah masing-masing kelihatan cantik dengan pakaian bewarna putih susu. Kali pertama Fakhrul melihat wajah gadis yang telah selamat menjadi isterinya adalah beberapa jam lepas. Kalau nak dibandingkan Jannah dengan Zarina memang bagai langit dan bumi. Walaupun bagi Fakhrul Zarina lebih cantik tetapi Jannah dirasakan lebih ayu dengan tudung di kepala dan berbaju menutup aurat. Sejuk mata memandang.

“Apa yang angah menungkan tu?”tegur Farisha sambil tersengeh-sengeh. Tetamu sudah ramai yang beransur pulang. Fakhrul mengusap perlahan kepala adiknya.

“Tak ada apalah.”sangkal Fakhrul.

“Tipu. Entah-entah angah tengah fikirkan pasal kak Jannah kan. Cantikkan kak Jannah tu. Tertawan Sha tengok.”puji Farisha. Fakhrul hanya tersenyum tanpa membalas apa-apa.

“Untung angah dapat isteri cantik macam tu. Dahlah menutup aurat. Err..angah memang dah tak ada apa-apa dengan Kak Zarina kan?”soal Farisha sambil berdiri. Matanya menghala ke pintu pagar.

“Yalah. Angah dah cuba lupakan dia. Dia sendiri yang minta putus. Kenapa Sha tanya?”

“Habis kenapa dia datang?”soal Farisha sambil menunjuk ke pintu pagar. Fakhrul turut menoleh. Kelibat Zarina sedang berdiri memandang ke arahnya.

“Entah. Angah pun tak tahu. Sha pergilah bercakap dengan dia. Angah nak masuk.”Fakhrul menepuk bahu adiknya sebelum dia berlalu masuk ke dalam rumah. Farisha sedikit merengus. Perlahan kakinya melangkah ke arah pintu pagar.

“Boleh akak jumpa abang Fakhrul?”soal Zarina mengharap.

“Err..angah tak nak jumpa akaklah. Lagipun angah dah kahwin sekarang.”

“Tipu! Fakhrul cintakan akak. Dia tak boleh kahwin dengan orang lain. Tolong benarkan akak jumpa dia. Sekejap je. Please Farisha.”pohon Zarina.

“Baiklah. Akak masuklah dulu.”Farisha membuka pintu pagar. Dia berjalan bersama Zarina masuk ke dalam rumah.

Kelibat Fakhrul sedang duduk menonton tv bersama walid,pak cik-pak ciknya dan beberapa orang sepupu mereka. Farisha menghampiri untuk memanggil angahnya. Abang sulung mereka menetap di luar negara bersama keluarganya.

“Angah,kak Zarina nak jumpa.”bisik Farisha. Fakhrul memandang sekilas ke arah pintu dan dia memandang semula tv seperti tak ada apa-apa berlaku.

“Jemputlah masuk. Kenapa duduk dekat luar.”terdengar suara lembut Jannah mempelawa Zarina masuk. Semua mata sudah memandang ke arah pintu. Nak tak nak Fakhrul bangun dan menghampiri pintu bila walid memandangnya pelik.

“Duduk dulu. Saya buatkan awak air.”Jannah tersenyum manis ke arah Zarina sebelum dia mahu beredar ke dapur tetapi tiba-tiba lengannya ditarik. Jannah memandang Fakhrul yang sudah berdiri di sisinya.

“Tak payah buat air. Awak duduk di sini dulu.”arah Fakhrul sambil menyuruh isterinya duduk di sisinya. Zarina hanya memandang dengan hati yang bernanah. Fakhrul tidak melepaskan langsung lengan isterinya. Jannah hanya membiarkan walaupun dia keliru.

“You nak cakap apa sampai datang sini?”soal Fakhrul.

“Boleh kita bercakap berdua je.”pinta Zarina sambil memandang Jannah. Dia mahu Jannah beredar. Jannah yang seperti mengerti mahu bangun tapi sekali lagi lengannya ditarik.

“Awak nak pergi mana? Kan saya suruh duduk sini. You kalau nak cakap baik cakap sekarang. By the way,ini isteri I namanya Jannah.” Zarina hanya tersenyum tawar memandang Jannah.

“I nak minta maaf. I tahu I salah sebab putuskan hubungan kita. Tapi masa tu I tengah marah sebab you tampar I. I masa tu cuma nak test you je. I tahu you masih cintakan I sebab hari-hari I terima miscall you. Please sayang,kita mulakan balik. I janji I akan berubah.”pujuk Zarina sambil menggenggam tangan Fakhrul. Jannah yang mendengar terkedu. Dia rampas teman lelaki orang ke? Air muka Jannah terus berubah.

“Please Rina. Semuanya dah terlambat. I dah kahwin sekarang. Memang bukan jodoh kita agaknya. I rasa baik you setia je dengan tunang you tu. Tak baik you curang.”Fakhrul menarik tangannya. Muka Zarina terus berubah. Mana Fakhrul tahu yang dia sudah bertunang?

“Please sayang. Kita mulakan balik. I sayang sangat dengan you Fakhrul. Jangan buat I macam ni. I tak boleh hidup kalau tak ada you. Jadi isteri nombor dua pun I sanggup.”

“Apa you merepek ni Rina? I tak boleh terimanya. You sedar tak yang I ni dah kahwin. I dah ada isteri. Jannah ni isteri I.”Fakhrul cuba mengawal nada suaranya. Zarina terus memandang Jannah yang hanya diam membatu.

“Jannah,Fakhrul ni teman lelaki I sebenarnya. Kami dah rancang nak kahwin pun. Sebab ada salah faham kami bergaduh. You tentu faham perasaan I sebagai perempuan kan. Please,lepaskan Fakhrul. Dia hak I. I…”belum habis Zarina bercakap Fakhrul sudah menamparnya. Terkejut Jannah. Dia terus memeluk Zarina.

“Stop it! You tak boleh cakap macam tu pada isteri I. Walauapapun I takkan kembali pada you. Please respect my wife. Kita bukan pasangan kekasih lagi. You yang putuskan hubungan kita dulu dan you dah tipu I. You tipu I pasal tunang you tu. I rasa baik you balik Rina. Hubungan kita dah tamat.”kasar suara Fakhrul. Saudara maranya yang lain semuanya sudah memandang ke arah mereka.

“Sampai hati you tampar I. Tepilah!”Zarina menolak Jannah yang memeluknya.

“Ingat Fakhrul. You takkan bahagia. Kalau I tak dapat you orang lain pun tak boleh. You takkan bahagia dengan perkahwinan you ni. You akan menyesal Fakhrul.”Zarina terus melangkah pergi dengan kemarahan yang meluap-luap. Dendamnya membara buat pasangan suami isteri itu. Dia akan menyeksa mereka berdua.

“I’m sorry Jannah.”ucap Fakhrul kesal. Dia kahwin tak sampai pun 24 jam lagi tetapi jadi begini pula. Jannah yang terkejut hanya mampu menggeleng. Air matanya seperti mahu gugur. Dia bangun dan terus melangkah naik ke bilik.

“Pergilah naik pujuk dia.”saran walid. Fakhrul hanya memandang lesu. Dia meminta diri sebelum melangkah naik ke atas. Fikirannya benar-benar kacau dengan kedatangan Zarina. Dahlah ini malam pertamanya!

Pintu bilik ditolaknya. Kelibat Jannah tidak kelihatan. Fakhrul masuk dan duduk di atas katil. Bunyi percikan air memberitahu yang isterinya itu sedang mandi. Fakhrul membaringkan badannya yang penat. Seharian hari ini melayan tetamu. Tidak lama kemudian dia terlelap.

“Awak,bangun.”suara seseorang mengejutnya. Fakhrul membuka mata sedikit. Jannah sedang berdiri di tepi katil.
“Kenapa?”soal Fakhrul dengan suara yang serak.

“Pergi mandi lepas tu solat isya’,”ujar Jannah lembut. Dia perasan Fakhrul memandangnya tidak berkelip. Jannah rasa tak selesa. Tengkuknya dipegang. Dia terus menjauhi katil dan menyarung tudung untuk turun ke bawah.

“Jannah,saya minta maaf pasal tadi.”Fakhrul sudah bangun berdiri. Isterinya yang sedang membetulkan tudung dipandang.

“Tak apa. Saya turun dulu ye. Awak lepas mandi jangan lupa solat isya’ tau.”

Jannah terus melangkah keluar. Segan dia nak berhadapan dengan Fakhrul. Lelaki itu memandangnya macam nak telan. Fakhrul diam terkedu. Dah agak lama dia tidak bersolat. Kerdilnya rasa dirinya saat ini. Selepas mandi dan bersolat Fakhrul melangkah turun. Ahli keluarganya semuanya sedang duduk melepak di ruang tamu. Kelibat Jannah berada di dapur bersama uminya dan Farisha.

Jam 11 malam semuanya meminta diri untuk naik ke bilik masing-masing. Ada juga dua tiga orang yang masih ralit menonton tv. Jannah dan Fakhrul melangkah naik ke bilik. Badan mereka benar-benar keletihan. Fakhrul awal-awal lagi sudah memanjat katil. Selepas menutup lampu bilik Jannah membuka tudungnya dan mula membaringkan diri. Bantal peluk di tengah ditepuknya perlahan. Kedua-duanya hanya diam. Jannah memandang siling bilik yang nampak gelap. Terdengar deruan nafas Fakhrul dalam kesunyian malam itu. Mereka juga tak ada berbincang apa-apa lagi. Jannah turut memejam matanya dan terus terlelap.

Sudah seminggu Fakhrul dan Jannah melayari bahtera rumah tangganya. Dua hari lagi mereka akan berbulan madu di Cameron Highland hadiah daripada walid dan umi. Hubungan keduanya masih hambar. Tidak lebih daripada hubungan antara kawan.

“Saya minta maaf sebab tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan erti kata sebenarnya. Saya perlukan masa.”luah Fakhrul perlahan. Wajah Jannah di sebelah dipandangnya.

“Tak apa. Saya faham. Awak ambillah sebanyak mana masa yang awak perlukan. Saya juga baru belajar untuk mencintai awak.”terang Jannah dengan senyuman manis.

Rambutnya yang panjang disepit agak tinggi. Nampak lehernya yang putih melepak itu. Fakhrul menarik nafas dalam. Sepanjang seminggu duduk sebilik tipu kalau dia katakan yang dia tidak pernah tergoda. Tetapi entah kenapa dia rasa seperti ada sesuatu yang menghalang.

“Erm..tidurlah. Esok kita jalan-jalan dekat sekitar Cameron ni.”Fakhrul mula membaringkan kepalanya. Selimut ditarik sehingga paras dada. Jannah juga melakukan perkara yang sama.

“Arghh!!”tiba-tiba Fakhrul menjerit dan meracau-racau dalam tidur. Jannah bangun dan membuka lampu bilik. Tidak pernah lagi terjadi begini sepanjang dia tidur dengan Fakhrul. Wajah Fakhrul yang berpeluh-peluh dilap dengan lengan baju tidurnya.

“Panas! Panas!”hanya itu yang terluah dari bibir Fakhrul. Jannah panik. Tidak tahu mahu melakukan apa. Dia bangun dan terus menguatkan penghawa dingin.

“Fakhrul! Fakhrul!”panggil Jannah sambil menggoncangkan badan suaminya yang sudah basah dengan peluh.

“Fakhrul!”panggil Jannah lagi. Fakhrul membuka mata perlahan.

“Kenapa?”soal Fakhrul sambil bangun. Wajah Jannah yang pucat dipandangnya pelik.

“Awak tu yang kenapa? Risau saya dibuatnya tau. Awak mimpi buruk ke?”soal Jannah. Air mata yang mahu mengalir diseka. Betapa dia takutkan kehilangan.

“Tak adalah. Saya okey je. Eeh.. kenapa baju saya basah ni?”Fakhrul terus bangun berdiri. Baju yang basah terus dibukanya. Jannah berpaling memandang ke arah lain. Malu melihat badan lelaki itu. Selepas menukar baju lain Fakhrul kembali membaringkan diri.

“Sejuknya. Kenapa awak kuatkan air cond? Panas ye.”Fakhrul memandang Jannah yang sudah berbalut dalam kain selimut. Dahlah cuaca di Cameron ni sejuk.

“Awak yang cakap awak panas tadi. Saya kuatkanlah air cond.”

Fakhrul mengerut dahinya. Kakinya melangkah untuk menutup suis air cond. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Jannah terus memejamkan matanya bila Fakhrul memandangnya tidak berkelip.

“Awak tak nak sambung tidur ke?”soal Jannah tidak selesa.

“Err..rasa sejuk sangatlah ni. Boleh saya peluk awak?”tanya Fakhrul selamba.

Wajah Jannah sudah merah menahan malu. Jannah hanya diam sambil menunduk. Takkanlah nak jawab ‘boleh,saya pun rasa sejuk sangat ni’.malulah den. Kerana tiada bantal peluk yang disediakan Fakhrul terus baring rapat dengan Jannah. Tubuh isterinya itu dipeluk rapat ke dada. Terasa habanya menyerap. Jannah hanya membiarkan. Lampu bilik ditekan membuatkan suasana kembali gelap dan sunyi. Hanya deruan nafas keduanya yang kedengaran. Jannah memegang dadanya yang terasa seperti mahu tercabut.

Perlahan-lahan Jannah merasakan ada sesuatu yang suam di pipinya. Terpana dia seketika. Kulit mukanya dapat merasakan deruan nafas Fakhrul yang begitu hampir. Dari pipi jatuh ke bibirnya. Lama melekap di situ. Kemudian nafas Fakhrul terasa di lehernya. Dia terjerit bila Fakhrul menggigit lehernya. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Fakhrul tiba-tiba berhenti dan menjarakkan tubuh mereka. Jannah terpana!

“I’m sorry Jannah. Sambunglah balik tidur.”selepas bercakap Fakhrul terus sambung kembali tidurnya. Jannah terus menarik selimut menutup seluruh mukanya. Kecewa! Ya,dia kecewa. Mungkin Fakhrul masih belum bersedia. Jannah menyedapkan hatinya. Dia memegang lehernya yang sakit dan tidak lama kemudian dia terus terlelap.

Jannah bangun untuk solat Subuh. Selepas mengambil wuduk dia mengejutkan Fakhrul pula. Lelaki itu bangun seperti biasa dan mereka bersolat berjemaah bersama. Alhamdullilah,Fakhrul sudah kembali ke tikar sejadah dan bersujud kepada Allah s.w.t. Selepas bersalam Fakhrul kembali menyambung tidurnya. Jannah pula terus ke bilik air untuk membersihkan badannya. Air pancutan dibiarkan jatuh bebas di atas batang tubuhnya. Jannah melihat mukanya di depan cermin bilik air. Lama tangannya memegang kesan merah di lehernya. Ada senyuman terbias di bibirnya.

Fakhrul sedang mandi ketika Jannah mengemas katil. Mereka akan bersarapan di luar kemudian bersiar-siar di sekitar kebun strawberry dan beberapa tempat menarik. Fakhrul keluar hanya dengan memakai tuala di badan. Jannah yang sedang menyikat rambut sekali lagi tergamam. Mukanya kembali disimbah darah merah. Selepas menyimpul rambutnya Jannah bangun untuk mencapai tudung di birai katil. Dia perasan gerak langkahnya diperhatikan oleh Fakhrul. Mata Fakhrul tertancap pada leher Jannah yang putih. Ada kesan yang ditinggalkannya semalam. Satu keluhan dilepaskan.

Sepanjang tiga hari di Cameron,Fakhrul sering terjaga malam dan mengadu sakit-sakit badan. Katanya badannya terasa mencucuk-cucuk dan badannya terasa bisa. Setiap malam juga Jannah menemani Fakhrul takut lelaki itu meracau-racau lagi. Bila pulang ke rumah kejadian yang sama berulang lagi. Kata Fakhrul badannya selalu terasa panas. Setiap malam juga mereka akan bersolat sunat selepas mengerjakan solat isya’. Jannah juga suruh Fakhrul membaca ayat Kursi sebelum tidur sebagai pendinding.

“Jannah bawa Fakhrul pergi hospital ye. Risau Jannah tengok keadaan Fakhrul macam ni. Selalu sangat terjaga malam-malam lepas tu mengadu sakit badan.”luah Jannah selepas seminggu keadaan Fakhrul tetap sama. Cuma sekarang dah kurang sedikit Fakhrul mendapat mimpi yang buruk selepas dia mengamalkan membaca ayat Kursi dan rajin membaca Al-Quran.

“Tak apalah. Ni pun dah rasa okey sikit. Jannah tidurlah ye.”Fakhrul tersenyum melihat isterinya. Hari ni Jannah cantik memakai gaun tidur paras lutut. Gadis itu kelihatan comel.

“Kenapa Fakhrul pandang Jannah macam tu?”soal Jannah gugup. Sudah seminggu lebih sejak kejadian di Cameron tempoh hari.

“You look so beautiful dan sexy.”Fakhrul tersenyum. Muka Jannah merah.

“Hmm..ye ke. Jannah nak tidurlah. Selamat malam Fakhrul.”cepat-cepat Jannah menarik comforter menutup seluruh tubuhnya. Jannah merasakan comforternya ditarik perlahan. Lampu bilik sudah dipadam.

“Jannah..”panggil Fakhrul romantic. Jannah pura-pura tidur.

” Sayang..”panggil Fakhrul dekat di telinga Jannah. Meremang bulu roma dibuatnya. Dalam diam Jannah tersenyum sendiri.

“I love you so much sayang.”ucap Fakhrul perlahan sambil memeluk erat pinggang Jannah dari belakang. Mukanya disembamkan di leher Jannah. Hanya deruan nafas keduanya yang kedengaran. Kali ini Fakhrul bertindak lebih jauh. Baju tidur Jannah sudah melurut jatuh. Baru ingin melangkah adegan seterusnya sekali lagi Fakhrul berhenti. Mukanya berpeluh-peluh. Dia terus menjarakkan badannya. Rambutnya dilurut kebelakang. Jannah bangun dan memakai kembali baju tidurnya. Tangan Fakhrul dipegang erat.

“Kenapa ni Fakhrul?”runsing Jannah melihat muka Fakhrul yang berpeluh. Walaupun kecewa Jannah tetap menyabarkan hatinya. Mungkin Fakhrul ada alasannya sendiri.

“Abang minta maaf sayang.”hanya itu yang terucap dari bibir Fakhrul. Dia terus memeluk Jannah. Lelaki itu seperti menangis. Jannah bingung! Rambut Fakhrul diusap perlahan. Tertanya-tanya juga kenapa Fakhrul jadi begini. Ini kali kedua perkara yang sama terjadi. Fakhrul seperti tidak boleh meneruskan hubungan intim mereka.

“Abang dah mula cintakan Jannah. Abang dah mula sayangkan Jannah. Tapi abang minta maaf sebab buat Jannah kecewa.”tangis lelaki itu.

“Tak apalah. Fakhrul tidur ye. Jannah tak apa-apa.”jawabnya perlahan. Tipu! Tak mungkin kau okey selepas kejadian yang sama terjadi dua kali. Agak kekok dia nak memanggil lelaki itu abang walau hakikatnya dia juga menyintai lelaki itu. Beberapa minit kemudian Fakhrul tertidur dalam pelukan Jannah. Fakhrul seperti anak kecil.

Selepas bersarapan Fakhrul pergi ke pejabat bersama walid manakala Farisha ke kampusnya. Sejak berkahwin Jannah sudah berhenti kerja dan duduk bersama umi di rumah.

“Jannah bahagia dengan perkahwinan ni?”soal umi bila melihat menantunya itu banyak termenung.

“Alhamdullilah umi. Fakhrul pun dah mula belajar sayangkan Jannah. Jannah bahagia sangat.”Hajah Faridah tersenyum lebar.

“Kenapa umi tengok yang Fakhrul tu nampak lesu. Nampak macam tak bermaya. Umi rasa macam dia makin kurus pula. Dia sakit ke?”

“Entahlah umi. Setiap malam Fakhrul selalu terjaga. Dia kata badannya sakit dan rasa berbisa. Dia kata dia panas. Lepas tu dia selalu meracau mimpi benda tak baik. Jannah pun risau tengok dia macam tu. Sebelum tidur Jannah suruh dia baca ayat Kursi dan beberapa surah untuk jadi pendinding. Alhamdullilah taklah seteruk masa mula-mula dulu.”terang Jannah.

“Dah lama ke dia jadi macam tu?”Hajah Faridah mula risau.

“First time jadi masa kami pergi berbulan madu hari tu. Jannah takut sangat kalau jadi apa-apa pada Fakhrul.”Jannah bersuara lirih. Hajah Faridah terus memeluk menantunya.

“Umi rasa ada orang dengki pada kamu berdua ni.”teka Hajah Faridah. Jannah mengerutkan dahinya.

“Apa maksud umi?”

“Umi tak tahulah betul ke tidak telahan umi ni. Apakata kita pergi jumpa ustaz. Umi ada kenal seorang ustaz yang pandai dalam hal-hal macam ni. Kita pergi ye.”

“Jannah ikut je. Janji Fakhrul sembuh.”

“InsyaAllah. Pergi siap-siap. Kejap lagi kita pergi.”arah Hajah Faridah. Jannah hanya menurut. Sempat dia menelefon Fakhrul untuk memberitahu yang dia akan keluar dengan umi.

“Assalamualaikum.”Hajah Faridah memberi salam di luar sebuah premis. Nampak macam rumah kedai. Seorang lelaki dan seoranbg perempuan keluar dari dalam. Jannah dan Hajah Faridah bersalaman dengan si perempuan.

“Waalaikummusalam. Kak Faridah. Jemput masuk.”pelawa si suami. Mungkin ini ustaz yang dimaksudkan umi.

“Ini menantu saya,Jannah. Jannah,ini ustaz Ikram dan isterinya ustazah Suraya.”Hajah Faridah memperkenalkan. Jannah hanya tersenyum.

“Ini ke menantu barunya? Manis orangnya.”puji ustazah Suraya.

“Tak adalah ustazah. Biasa-biasa je.”Jannah merendah diri. Tidak suka dipuji kerana dari pujianlah akan timbulnya riak.

“Kami datang ni ada hajat. Nak tanya pendapat ustaz dengan ustazah.”

“Ada apa kak Faridah?”soal ustaz Ikram sambil memakai cermin mata.

“Cuba Jannah cerita.”Hajah Faridah memandang Jannah.

“Suami saya selalu terjaga bila lewat malam. Dia kata badannya sakit dan rasa berbisa. Dia kata dia panas. Lepas tu dia selalu meracau mimpi benda tak baik.”terang Jannah ringkas.

Ustaz itu kelihatannya mengangguk mendengar butir bicara Jannah. Dia mencatat sesuatu di dalam bukunya.

“Dia ada bermusuhan dengan sesiapa?”soal ustaz Ikram.

Jannah memandang Hajah Faridah. Baru dua minggu lebih dia mengenali Fakhrul jadi dia tidak berapa tahu tentang masa lalu lelaki itu. Tiba-tiba dia teringatkan perempuan yang datang pada hari perkahwinannya tempoh hari. Wanita itu cakap Fakhrul tu teman lelaki dia. Jannah cuba mengingati amaran yang diberi wanita itu dulu. Takkan dia kot.

“Saya tak tahulah ustaz. Rasanya tak ada.”terang Jannah. Tidak mahu menuduh melulu.

“Kenapa dengan anak saya tu ustaz?”

“Dari kesan yang diberitahu Jannah tadi,anak kak Faridah mungkin dah terkena sihir orang. Mungkin ada yang dengki dan iri hati. Mungkin juga dendam. Allahualam.”
Jannah beristighfar di dalam hati. Terkejut menerima khabar itu. Tidak menyangka suaminya terkena perbuatan jahat orang. Hajah Faridah kelihatan lebih tenang. Mungkin uminya awal-awal lagi sudah menyangka.

“Kalau boleh bawa suami Jannah tu datang sini. Kita berubat. InsyaAllah kita boleh buang. Janganlah kita meninggalkan solat. Baca Al-Quran. Sebelum tidur jangan lupa baca ayat Kursi,surah Taha ayat 69 dan surah Al-Falaq ayat 1 hingga 5.”terang ustaz sambil mencatat surah yang disebutnya itu di atas kertas beserta beberapa surah yang lain.

“Terima kasih ustaz,ustazah.”ucap Hajah Faridah dan Jannah hampir serentak.

“Umi tak sangka ada juga orang yang nak buat macam tu pada keluarga kita. masyaAllah. Dah tak ingat Tuhan agaknya.”Hajah Faridah meluahkan kekesalan hatinya. Jannah hanya mendengar.

‘Adakah ini juga penyebabnya kenapa setiap kali dia dan Fakhrul mahu melanjutkan perbuatan, Fakhrul pasti akan berhenti dan berpeluh-peluh?’detik Jannah sendiri. Kalau betul dia harus membantu suaminya itu.

“Nanti Jannah pujuk Fakhrul untuk pergi jumpa ustaz tu ye.”ujar umi mengharap.

“InsyaAllah. Jannah naik atas dulu nak salin baju. Nanti Jannah bantu umi masak tengahari.”Jannah tersenyum memandang ibu mentuanya.

“Yalah. Terima kasih Jannah sebab terima anak umi tu.” Jannah hanya tersenyum.

Seperti biasa selepas pukul 10 Jannah dan Fakhrul akan naik ke bilik untuk berehat. Jannah perasan yang uminya memberi isyarat mata supaya memberitahu Fakhrul perkara sebenar. Selepas menutup pintu bilik Jannah menanggalkan tudungnya. Dia memang sudah terbiasa memakai tudung bila keluar bilik lebih-lebih lagi lehernya ada kesan lovebite. Malu kalau dilihat umi,walid dan Farisha. Fakhrul sudah bermalas-malasan di atas katil.

“Fakhrul,saya ada benda nak cakap dengan awak ni.”ujar Jannah sambil melabuhkan punggung di birai katil. Fakhrul hanya diam memandang Jannah. Kemudian dia tersenyum kecil. Tangannya mula menyentuh kesan merah di leher Jannah.

“Kuat sangat ke saya buat semalam?”soal Fakhrul bodoh. Jannah sudah menunduk malu.

“Hmm..saya ada benda nak cakap dengan Fakhrul ni.”ucap Jannah lagi. Perasaan malunya ditolak tepi.

“Mulai hari ni Jannah panggil saya abang dan saya akan panggil Jannah sayang.”terang Fakhrul sambil merenung anak mata isterinya.

“Tak naklah. Tak biasa saya nak panggil macam tu.”tolak Jannah.

“Kalau tak nak saya kiss. Tak ada kompromi.”tegas Fakhrul. Jannah semakin keliru. Kalau bab ringan-ringan ni laju je Fakhrul buat tetapi bila bab dalam dia selalu berhenti. mungkin betul ini angkara sihir yang dikenakan ke atas Fakhrul.

“Sayang nak cakap apa tadi?”Fakhrul membetulkan duduknya.

“Err..Jannah nak cakap pasal awak selalu….”belum habis Jannah bercakap bibirnya sudah dikucup. Dia terkedu. Fakhrul hanya membuat muka selamba.

“Awak..”geram Jannah bersuara dan sekali lagi bibirnya menjadi mangsa.

“Abang! Cuba dengar Jannah nak cakap apa ni?”marah Jannah. Orang serius dia boleh pula main-main.

“Okey,okey. Sayang nak cakap apa tadi?”

“Jannah cerita dekat umi pasal ab..abang selalu terjaga lewat malam dan mengadu sakit badanlah,panaslah. Lepas tu umi bawa Jannah jumpa ustaz dan ustazah. Mereka tu kenalan umi dan walid. Ustaz tu cakap abang terkena sihir orang. Kesan yang abang alami tu kesan dari perbuatan sihir.”terang Jannah dengan berhati-hati. Dia memandang Fakhrul yang turut memandangnya.

“Ustaz tu beritahu ke jalan penyelesaiannya?”soal Fakhrul perlahan.

“Ustaz tu nak jumpa abang. Dia nak ubatkan abang. Buat sementara ni dia ada bagi nama-nama surah yang kita boleh baca sebelum abang tidur. Abang pergi jumpa ustaz tu ye? Jannah tak sampai hati tengok abang menanggung sakit setiap malam.”

“InsyaAllah. Nanti sayang bagi alamat ustaz tu ye. Abang akan pergi. Terima kasih sayang sebab sentiasa di sisi abang waktu abang susah dan senang.”

“Itulah gunanya isteri di sisi.”Jannah tersenyum lebar. Tak sampai hati pula nak tanya masalah suaminya yang satu itu!

“Sayang ingat siapa yang hantar sihir tu pada abang?”soal Fakhrul tiba-tiba.

“Allahualam. Jannah tak nak menuduh. Nanti bila dah jumpa ustaz tu mungkin abang akan tahu. Okeylah,Jannah nak tidur ni. Terima kasih abang sebab percayakan Jannah.” Fakhrul hanya tersenyum. Dia mencium dahi isterinya lama.

“Err..sayang.”panggil Fakhrul perlahan. Jannah memandang suaminya yang seperti gelisah.

“Abang nak minta maaf sebab tak dapat nak buat lebih-lebih. Abang hanya boleh kiss dan peluk sayang je. Nak lebih abang tak berani. Abang tak tahu kenapa tetapi bila abang nak mulakan abang jadi macam stuck. Abang tak tahu apa masalah abang sebenarnya. Abang nak buat tetapi macam ada sesuatu yang menghalang abang dari teruskan. Abang harap sayang faham.”malu tetapi Fakhrul terpaksa mengaku jujur. Jannah tersenyum lebar.

“Jannah faham. Sebab tu Jannah nak abang pergi berubat dengan ustaz tu. Mana tahu masalah abang ni juga adalah disebabkan sihir tu. Jannah akan tunggu abang.”jawabnya sambil memeluk Fakhrul.

“Terima kasih sayang.”selepas membaca beberapa surah barulah mereka tidur.

……………………

Fakhrul pulang dengan bernyanyi-nanyi kecil. Alhamdullilah,perubatannya selama 3 hari bersama ustaz Ikram membuahkan hasil. Dengan izin Allah s.w.t. sihir itu dapat dibuang dari badannya. Memang ada yang dendam dan dengki melihat kebahagiaan rumah tangganya. Tak beritahu pun korang semua mesti dah dapat agakkan siapa orangnya. Ya betul! Bekas kekasihnya Zarina yang menghantar sihir itu untuk menyiksa zahir dan batin Fakhrul suami isteri. Biarlah Allah yang membalas perbuatan khianat itu.

“Amboi! Seronok nampak.”tegur Haji Arsyad melihat Fakhrul asyik tersengih-sengih.

“Tak adalah walid. Err..Rul nak minta cuti dalam seminggulah walid. Boleh tak?”

“Rul nak pergi mana?”Haji Arsyad mengerutkan dahinya.

“Nak honeymoon.”jawab Fakhrul gembira.

“Ait! Baru beberapa minggu lepas kamu honeymoon ni nak honeymoon lagi.”

“Biarlah abangnya. Pengantin baru katakan.”suara Hajah Faridah kedengaran.

“Yalah. Walid izinkan. Jannah dah tahu ke belum ni?”

“Belum. Nak buat surprise. Rul naik atas dulu ye.” Fakhrul terus berlari naik ke biliknya. Kelibat Jannah tiada. Pintu bilik air dipandang. Rasanya isterinya sedang mandi. Fakhrul tersenyum nakal. Jannah yang tidak menyedari kepulangan Fakhrul hanya keluar bilik air dengan berkemban. Waktu begini biasanya Fakhrul ada di pejabat.

“Argh!!”Terjerit Jannah bila terlihat Fakhrul sedang baring di atas katil dan sedang memandangnya tajam.

“Bila abang balik?”soal Jannah sedikit ketar. Dia sekarang terdedah dari segala mahabahaya.

“Baru je. Sayang yang tak perasan.”Fakhrul tidak berkelip memandang Jannah. Jannah pula terus membuka almari baju dan mengambil pakaian yang hendak dipakainya. Baru ingin beredar ke bilik air lengannya ditarik ke belakang.

“Abang!”marah Jannah. Habis bajunya jatuh ke lantai.

“Hmm..apanya?”Fakhrul mencium leher Jannah. Jannah pula menolak muka Fakhrul. Dia geli.

“Jannah nak pakai baju sekejap ni.”

“Pakailah. Abang tak larang pun.”

“Kalau macam tu lepaskan Jannah. Macam mana nak pakai baju kalau abang pegang Jannah macam ni.”

“Abang ada sesuatu nak cakap dengan sayang. Tomorrow kita akan pergi honeymoon di Langkawi.”jerit Fakhrul girang. Tubuh Jannah dipeluknya.

“Betul ke? Tapi bukan ke hari tu dah honeymoon?”

“Yang hari tu honeymoon yang tak berapa nak honeymoon. Kali ni betul-betul honeymoon sebab abang dah sihat.”bisik Fakhrul.

“Alhamdullilah. Betul ke abang dah sihat?”

“Aah..yes. Totally sihat zahir dan batin.”selamba Fakhrul bercakap. Muka Jannah sudah merah. Tiba-tiba datang idea nakal untuk mengenakan suaminya.

“Tapi kesian pula abang nanti.”keluh Jannah.

“Kenapa kesian pada abang pula?”

“Sebab Jannah tengah ehem..ehem..sekarang ni.”Jannah tersenyum lebar melihat wajah bingung suaminya.

“Sayang period ke? Dah hari ke berapa? Melepaslah abang macam ni. Tak bestlah bulan madu kita kalau sayang period.” Jannah ketawa melihat rungutan Fakhrul. Tak sangka suaminya sudah terkono!

“Sayang main-mainkan abang ye. Sebab tu gelak macam ni sekali.”Fakhrul dapat menangkap bahasa tubuh isterinya.

“Sorry bang. Sengaja je nak kenakan abang.”Jannah masih ketawa.

“Ooh..pandai ye isteri abang ni sekarang ni. Cakap betul-betul. Sayang period ke tak ni?”

“Taklah. Jannah baru mandi wajib semalam. Sorry again abang.”

Fakhrul pura-pura merajuk. Jannah tiba-tiba menjerit bila Fakhrul mencempungnya dan diletakkan di atas katil.

“Tertanggal nanti towel ni.”marah Jannah. Fakhrul sudah tersengih lebar.

“Biarlah. Lagi cepatlah kita dapat baby sebab sayang baru habis uzurkan.”Fakhrul sudah tersenyum meleret. Jannah sudah menyembamkan mukanya di dada Fakhrul. Malunya! Fakhrul hanya ketawa senang.

‘Terima kasih Ya Allah kerana Kau menyembuhkan penyakit suamiku dan terima kasih Ya Allah di atas kebahagiaan yang dikecapiku saat ini. Kau lindungilah aku dan keluargaku dari panahan jahat manusia dan Kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.’doa Jannah.

[p/s : Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.]

Sumber rujukan : http://www.rawatanislam.com/muqadimmah.html

————–
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

78 ulasan untuk “Cerpen : Cinta, Dendam & Kasih sayang”
  1. leen says:

    best but sure not for ‘adek2′

  2. jiji says:

    hahaha…. Adek2 dh pon terbce….Ha

  3. siti najerah says:

    sweetnyer.! Best baca crpen ne,,hiihi gud job.;)

  4. nora says:

    besty!tpi x sesuai utk bdk bwah umrla..klau bt nvel best gak..lg menarik nk bca..
    apa2 pun gud job..hope bakat anda trus bkembang

  5. Natasya says:

    Saya suka baca cerpen ni . Teruskan berkarya ..

  6. wiwin widaningsih says:

    i like your short story very much,bnyak pesan moralnya yang mengajarkan kita ,kembali ke kaidah2 islam,pokoknya the best,tidak menggurui tapi menyeru kpd kt sekalian yg telah khilaf n jauh dr Allah tuk kembali kepdanya mumpung belum terlambat n masih dikasih nyawa spt fakhrul.

  7. erna wati says:

    good job….

  8. marius says:

    mungkin untuk judul cukup dua atu tiga kata saja:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"