Cerpen : Kasih yang hilang

29 May 2011  
Kategori: Cerpen

6,075 bacaan 13 ulasan

Oleh : KIBUM 93

1

Kenapa hati aku ini rasa macam berdetar – detar saja ini.Adakah aku sudah semakin meyukai adif? Perkenalanku dengan adif ketika waktu di library sekolah aku.

“Opss,sorry!” sambil mengutip buku yang terjatuh untuk dipinjam olehku.”Tak mengapa” turut juga membantuku mengutip buku – buku yang terjatuh.”Awak tak ada apa – apa ke?”tanyanya.Lalu aku mengangkat wajahku untuk memandang kearah wajahnya dan aku terpana.Ya Allah,hensem gila mamat ni.Mak ai,senyuman dia,bagi aku cair je tengok dia.

“Awak! Awak! Awak tak ada apa –apa ke?”tambahnya lagi sambil melambai – lambaikan tangannya di hadapan wajah aku..”Oh,ya! ya! Tak ada apa – apa.”jawabku dengan wajah yang menggelabah.”Nah,ini buku awak yang terjatuh tadi.Nama saya Adif Ammar.Nama awak ?”wajah dalam keadaan tersipu malu.”Ai,belum ada apa – apa lagi dah Tanya nama.alah jawab je la.”Aina edora”lalu terus berlalu ke kaunter.

“Aina! Aina! Woi,engkau berangan ke apa ha?”sergah murni.”Kenapa! engkau ni kacau daun la.”balasku.

“Hish,berangan je la kerja engkau ni.Kacau daun?Daun apa?Daun duit?Daun emas?”repeknya.”Apa engkau merepek ni?Dah la aku malas la nak layan engkau.Buat sakit hati saja”. sambil menjeling ke arahnya.

“Ala,aku gurau saja dengan engkau,itu pun nak cepat tangkap leleh kenapa?guraunya.Aku keluar dari kelas tanpa mempedulikan kata – kata gurau murni itu.Tiba – tiba aku terlanggar seseorang lalu terjatuh ke lantai.”Aduh,sakitnya!”.aduku.

Setelah itu dia menghulurkan tangan untuk membantu aku berdiri.”Tak mengapa la,kita bukan muhrim nak pegang – pegang la.”omelku tanpa memandangnya.

“Okey aina!”suara dengan nada kecewa.Eh,macam kenal saja suara itu.Tapi dimana ya?lalu aku mengangkat wajah aku.”Adif!”

“Aina,kenapa awak pandang muka saya macam nampak hantu?”Saya hantu ke awak? Tapi hantu tak ada waktu siang la”dengan meletakkan jarinya di bibir.Wah comelnya dia.

“Mana ada,biasa – biasa saja.”dengan wajah yang tersipu malu.”Aina,saya minta maaf ya sebab langgar awak tadi.Kita balik sama – sama nak tak?”tanyanya.

Aku tanpa fikir panjang,”okey! Boleh juga.”

“Jom aina! Lalu kami keluar dari sekolah.Tiba – tiba ada seorang perempuan datang meluru ke arah kami.”Woi perempuan,asal engkau keluar dengan adif? Engkau tahu tak adif ini bakal boyfriend aku?marah perempuan tersebut kepada aku.

“Sejak bila pula aku nak jadi boyfriend engkau,Amira? Aina ini girlfriend aku okey bukan engkau jadi jangan nak perasan la.”bidasnya

“Adif,kenapa u buat i macam ini? I cintakan u. I nak sangat u jadi boyfriend i.”

Mak ai,banyaknya peminat mamat ini,awek macam ini pun sampai tergila – gilakan dia.siap minta couple pula tu.Perempuan zaman sekarang ini macam ini ke?Hish,hish,manusia memang begitu.Tapi bukan semua la.

“Tapi aku tak nak dengan kau,cukup la selama ini engkau tipu aku.Sudah la, jom sayang!”.marahnya lalu menarik tangan aku.Aku dengan membuat muka blur kerana terkejut dek perkataan “SAYANG”yang disebut oleh adif kepada aku.

Mendidih saja hati perempuan itu bila adif pergi begitu saja dan berkata perkataan itu kepadaku.

Dalam bas aku terdiam seribu bahasa,adif juga begitu.Akhirnya dia pun mula bersuara.”Aina.” panggilnya.”Ya”,jawabku.

“Maafkan saya ya sebab sudah menyusahkan awak tadi dalam masalah saya.Dan…….emmm..”gugupnya.

“Ala tak mengapa lah,saya tak kisah pun dan tak ambil kisah sangat la.Lagipin saya tahu awak memang ramai peminat sampai semua orang sangka awak itu pakwe saya.memang tak masuk akal langsung.”jawabku.

“Aina,boleh tak awak bagi saya habiskan cakap dulu baru awak cakap?”katanya dengan nada tidak puas hatinya.”Okey!”reaksi mengezip bibir aku.

Dan…Dan..Dan..gugupnya lagi.Aku jadi semakin bosan lalu,”Dan apa!”marahku. “Dan sebab panggil awak sayang tadi! “.latahnya.

Aku gelak bagaikan tidak mahu berhenti rasa seperti mahu terguling – guling gelak di situ juga memandangkan tempat tidak mengizinkan.Aku melupakan niat tersebut.”Adif,kelakar la awak melatah,setahu saya lah perempuan saja melatah tapi lelaki pun sama juga la.”sambil mengelap air mata yang meleleh dek kerana gelak terlalu banyak.

“Oh,gelakkan saya ya.Nah ambil nie!” lalu mencubit pipi aku dengan agak kuat.

“Sakit la awak.lepaslah,please!”rintihku.

Lalu dia melepaskan cubitannya dan aku mencubit pipinya pula.Nah ambik kau! Dia mencubit sekali lagi pipi aku dan kami saling mencubit pipi antara satu sama lain. “Oh, cubit saya balik ya? Nah rasakan.Tapi sakitlah ,lepaskan la awak!”rintihku.

“Awak yang lepaskan dulu baru saya lepaskan tangan saya”jawabnya pula.Kami meleraikan tangan kami dan memegang pipi masing – masing.Akhirnya kami tergelak di situ tanpa memperdulikan pandangan orang di sekeliling terhadap kami.

2

Aku termenung sehingga aku tidak perasan yang abang aku berada di sebelah aku.”Adik!Adik!”dipanggil abangku. Lalu aku memandangnya dalam keadaan terpinga – pinga.”Ya…ya..abg”.gugupku.

Hai,sejak bila pula la adik kesayangan abang ni dah pandai termenung ni?Ada pakwe ya kat sekolah?”tambahnya.”Mana ada abg man..mana ada”jawabku.

“Kalau tak ada tak apa la,kalau ada pun jangan la nak berahsia dengan abg”.Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Ketika aku bersama rakanku,Murni.Sedang sibuk kami bersembang,tiba – tiba amira elina datang ke arahku.

“Oh,jadi ini la AINA EDORA yang menjadi pujaan adif ammar tu ya?sinisnya.Aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata – kata.Seketika itu,murni yang terkenal dengan pendebat di sekolah aku,”Woi perempuan,kau nak apa ha?sibuk je kacau kami.”bidasnya.

“Eh perempuan,aku tak cakap dengan kau pun.So i think you should better shut up your mouth”.gedik lagaknya.

“Kau nak apa mira dari aku?”

“Memandangkan kau dah tanya aku,biar la aku berterus terang ya”bicaranya.”Aku nak kau tinggalkan adif dan bagi dia pada aku.Senang je kan?”tambahnya lagi dengan gaya gediknya itu.

“Woi amira elina baik kau berambus dari sini.Dari tadi aku tengok lenggok kau macam tergedik – gedik naik muntah aku tengok.Pergi cepat sebelum aku muntah betul – betul”.lawak murni lagi.

“Aku punya la cantik kau kata nak MUNTAH?”marah amira elina.Seinginnya dengan hati yang panas ingin menarik tudung murni tetapi sempat lagi adif menghalangnya ketika adif ingin berlalu di kawasan tersebut.

“Apa u nak buat ni mira?Cukup la u nak buat kecoh kat sini.Berapa kali i nak cakap kat u yang i dah tak mahu dengan u lagi dan tak mahu mempunyai hubungan dengan u”cakapnya panjang lebar.

“Tapi i mencintai u adif.Terimalah cinta i adif.I sanggup buat apa saja untuk u.”rayu amira elina.

“Walaupun u cintakan i tapi hati i untuk aina bukan untuk u, amira”.jujur adif.

Aku semakin teringat dengan kata – kata adif tadi.Kepala aku ligat memikirkan tentang luahannya tadi.Tiba – tiba telefon bimbitku berdering berkumandang lagu Super junior.

“Adif nak apa dari aina?”

“Assalamualaikum dulu la,aina petang kita jumpa nak tak?Adif ada perkara nak bincang dengan aina ni,boleh tak?tanya adif.

“Boleh”.

Aku bertemu dengan adif di taman berdekatan dengan rumahku.

“Adif nak apa jumpa aina ni?”tanyaku.

“Kalau adif bagitahu ni aina jangan marah ya?Janji dengan adif ya?”bicaranya seperti membuat aku rasa berdebar – debar.

“Apa dia adif?tanyaku lagi.

“Kalau adif nak buat aina ni jadi pengarang jantung adif,aina nak tak?katanya jelas di telingaku.

“Pengarang jantung?lapok la adif ni.”.Aku gelak semahu – mahunya bagi menutupi rasa gemuruhku.Lalu adif menutup mulutku dengan tangannya supaya aku berhenti ketawa lalu..

“Aina,jangan gelak saja,adif nak kan jawapan aina sekarang,please sayang!”.bicaranya dengan nada manja.

“Ish,mengada la adif ni dan satu lagi kita ni belum official lagi jadi jangan panggil aina dengan perkataan itu lagi.”

“Bagi aina masa untuk menjawab permintaan adif tadi.”tambahku lagi.

“Okay la”,dengan nada kecewa.Tapi tiba – tiba timbul akal adif untuk mengenakan aina.

“Aina”.Aku sekadar mengangguk bila di tanya.

“Apa perkataan itu lagi yang aina cakap tadi?adif tak faham la”dengan lagak bodohnya.

“Ala perkataan yang itu la,takkan x ingat kot?”gugupku.

“Apa?Tak ingat la.”guraunya lagi.

“Ala saja je adif ni kan memang nak kena ni dengan aina”, lalu aku memberikan sebuah cubitan kepadanya.

“Aduh,alamak bakal awek adif ni suka mencubit la.takutnya!”guraunya lagi.

“Okey la,adif terlalu sayangkan aina sebab itu la adif panggil aina sayang”.dengan memandangku dengan mata redupnya.

Aku menjadi tertawan apabila mendengar kata – katanya.

3

Seminggu aku memikirkan tentang permintaan dan luahan adif kepadaku dan akhirnya…..

“Assalamualaikum sayang!” adif menelefonku.

“Waalaikummussalam adif.”jawabku kepada adif.

“Adif rindu la dengan Aina,bila agaknya kita boleh jumpa ya?”tanyanya lagi.

“Entah la adif,Aina pun tak tahu,Adif nanti bila exam nanti buat betul – betul ya? Aina akan sentiasa akan sokong dan mendoakan adif dari belakang ya.”tambahku lagi.

“Okey la Aina,Adif akan sentiasa ingat pesanan aina sebab aina juga merupakan sumber inspirasi adif untuk Berjaya dalam pelajaran adif”.tambah adif pula.

Adif akan menghadapi STPM tidak lama lagi.Aku berdoa agar dia sentiasa Berjaya dalam hidupnya sampai bila – bila.

Bulan berganti bulan dan hari berganti hari,akhirnya masa yang di tunggu – tunggu tiba.Aku meminta kebenaran daripada mama untuk keluar ke sekolah untuk bagi semangat kepada adif sebelum dia menjawab peperiksaan.

“Adif!”jeritku.Setelah terlihat kelibat adif di situ dan…aku lihat adif bersama dengan amira elina.Rasa cemburuku mula timbul.

“Eh Aina,mari sini sayang!”Jawabnya .Aku sekadar mengikut sahaja kehendaknya itu walaupun hatiku mendidih melihat dia dan amira di situ.

“Aina datang sini mesti nak bagi semangat pada adifkan?”tambahnya lagi tapi dia mula perasan akan perubahan wajahku dan melihat amira elina di situ dan…

“Mira boleh tak u pergi tempat lain? I nak cakap berdua dengan sayang i ni.Okey?”tambahnya pada amira elina.Amira terus pergi meninggalkan kami dengan perasaan marah dan sakit hati.

“Jaga la korang,aku akan pastikan korang berdua takkan bahagia sampai bila – bila tahu tak?Adif tu selama – lamanya milik aku.Milik aku!”setelah meninggalkan adif dan aina.

“Aina,adif minta maaf ya?Maafkan adif ya?Adif memang tak suka pun dia duduk sebelah adif tapi nak buat macam mana dah tempat ni hak sekolah jadi adif tak boleh nak halau dia la.Maafkan adif ya?”jawabnya panjang lebar.

Aku masih lagi tidak memandang ke arahnya walaupun hatiku sudah reda marahnya sebab hatiku sudah bertaut kepada adif.

“Aina!Aina!”panggilnya lagi.”Aina pandang la adif,please! please!”rayunya lagi

Lalu dia duduk mencangkung sambil bergurau denganku seperti aku ni budak kecil saja.

“Aina! Cak! Cak!”guraunya.

Hish,adif! Adif! Ingat aku ni budak kecil ke nak layan aku macam ini lalu aku menolak mukanya dengan tangan.Aku Cuma tersenyum melihat telatahnya terhadapku.

“Adif.dah la tu.pergi belajar kejap lagi nak ambil examkan?”

“Ala, adif dah belajar dah kat rumah,sekarang ni adif belek – belek je buku la.”jawabnya padaku.

“Aina!”panggilnya.

“Adif nak apa?”

“Aina tahu tak adif terlalu sayang dan rindukan adif sekarang ini?”tambahnya lagi.Aku sekadar tersipu malu apabila dia mengatakan begitu tetapi aku melihat adif asyik memandang saja kiri dan kanan kami dan tiba – tiba..

“Cup!”sebuah ciuman dari adif di dahiku.Aku menjadi semakin tidak keruan dan adif sekadar tersenyum melihat telatahku.

“Itu adalah hadiah buat adif buat aina sebab aina dah sudi dating jumpa adif hari ini.Adif takkan lupakan kenangan adif bersama aina hari.adif harap aina pun begitu ya.”jawabnya lagi panjang lebar.Lalu dia duduk di sebelahku untuk menyambung mengulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan sebentar lagi.Aku sekadar melihat sahaja.

Setelah itu,”Aina tolong doakan adif ya supaya adif boleh jawab peperiksaan nanti ya.Doakan adif ya sayang”.

“Adif,aina akan sentiasa mendoakan adif ya,adif jangan risau okey?”jawabku.

“Aina,adif nak ucapkan terima kasih sebab menyokong adif selama ini dan adif nak aina ingat yang adif sentiasa akan sayang dan cinta pada aina sampai bila – bila”.katanya membuat aku tergamam di situ.

Tiba – tiba timbul di akal adif untuk bergurau dengan aina.”Aina!”panggilnya.

“Ya adif,ada apa lagi ni?pergi la cepat kang lewat pula ambil exam pula.”bebelku.

“Hai sayang sekarang ni sayang dah pandai ya membebel tadi ada orang tu cemburu tengok abang dengan amira duduk berdua.Comel abang tengok sayang cemburu”.guraunya.

“Hah! Abang! Sejak bila pula la adif bahasakan diri abang ni,buang tabiat ke?”jawabku dengan perasaaan pelik.

“Sampai hati aina cakap macam tu.Nah ambil ni!”katanya dengan nada geram lalu mencubit pipiku sekuat hatinya.

“Sakit lah!”jawabku dan berniat untuk membalasnnya balik tetapi adif terus berlari dan masuk ke dalam dewan peperiksaan.Aku sekadar tersenyum melihat gelagatnya

4

Beberapa tahun kemudian,aku telah Berjaya menjadi seorang mahasiswi di sebuah institusi pengajian tinggi dan adif juga begitu.Dan adif bakal menamatkan pelajaran di sini.

“Aina!”Adif melambai – lambai ke arahku.Hari ini adif sudah berjanji denganku untuk menjemputku dari universiti.Lalu aku datang ke arahnya untuk pulang bersama – sama.

“Aina,adif ada perkara nak beritahu aina ni?”Aku menjadi pelik dengan sikap adif.”Apa dia adif?”Lama adif terdiam baru la dia menjawab,”Sudi tak aina menjadi suri hidup adif?”Aku tergamam.Betul ke si adif cakap ni atau sekadar main – main sahaja.Dia ajak aku kahwin.Apa aku nak buat ni?

“Aina! Aina!”panggilnya beberapa kali setelah aku lama terdiam dan sesekali memandangku kerana dia sedang memandu kereta miliknya.

“Ya..ya..adif..”gugupku.

“Macam mana dengan permintaan adif tu? Aina sudi atau tidak?”Aku menjadi semakin tidak keruan lalu aku terfikir untuk meminta persetujuan ibu bapaku.

“Untuk permintaan adif itu,Adif kenalah jumpa ibu bapa aina dulu.Aina perlukan restu mereka tentang hubungan kita.Bolehkan adif?”jawapanku kepada adif.

“Boleh saja,bila adif boleh jumpa dengan ibu bapa aina?Adif nak bagitahu mereka yang adif nak sangat buat anak dara mereka jadi milik adif.Adif jumpa mereka hari ini boleh tak?Lagipun adif sudah bagitahu tentang niat adif ini pada parents adif.”

“Nanti dulu adif,biar aina cakap dengan mereka dahulu ya?Lepas tu baru la aina bagitahu adif ya bila boleh dating okey?”Aku melihat wajah kekecewaan pada muka adif dan dia sekadar mengangguk mendengar penjelasanku.

“Okey la kalau macam itu,Adif ikut saja la cakap aina ya.”lalu dia tersenyum manis kepadaku.

Setelah sampai di rumah,abang Aiman melihat kelibatku dan…”Adik,kenapa tersenyum – senyum ini.Boleh abang tahu?”Sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

“Adalah!”jawabku bersahaja.

“Oh,tak nak bagitahu abang ya?Lalu abang Aiman datang mengeletekku.”Abang sudah la tu,adik geli la.Abang!Abang!”terjerit – jerit aku di situ.Lalu mama dan papaku mendengar suaraku dan keluar melihat apa yang berlaku.

“Apa kamu berdua buat ini?laung puan Faridah kepada aina dan aiman.Kamu berdua ini sudah besar jangan buat perangai macam budak – budak la.”

“Ala mama,relax la”.Kami bergurau saja.jawab aiman.

“Eh man,kamu tu dah nak kahwinlah,dewasa la sikit man”bebel puan faridah.Encik Zainal sekadar tersenyum melihat gelagat mereka anak beranak.

“Mama,aina ada perkara nak bagitahu mama ini?”Puan Faridah sekadar mengangguk.

“Aina nak kahwin.”pengakuan aina membuatkan keluarganya terkejut besar.

“Dengan siapa?Adif ke adik?”Abang sudah lama mengetahui tentang perhubungan kami sejak kami di bangku sekolah lagi.Aku sekadar mengangguk.

“Adif,anak kepada encik farid dan zaridah itu ke?Oh,rupanya adik bercinta dengan adif ya selama ini?”pertanyaan mama membuatkan aku tersipu malu.

“Abang memang suka dengan budak tu idah.Baik budaknya,hormat orang tua lagi.Tak sangka papa yang adik nak kahwin dengan dia.Adik ini diam – diam berisi juga ya.Macam mama la.”tambah papa panjang lebar tetapi mendapat sebuah cubitan daripada mama.

“Sayang,kenapa cubit abang?Dah memang betulkan apa abang cakap?”Aku dan abang aiman sekadar tersenyum melihat kemesraan mama dan papa walaupun mereka semakin dimamah usia.

Aku telah mempertemukan adif kepada ibu bapaku dan mereka merestui hubungan kami.Ibu bapa kami telah bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan kami sehari sebelum majlis perkhawinan abangku,Aiman Ashraf.

Selang beberapa minggu kemudian hari yang dinanti pun tiba.Kini aku,secara rasminya telah menjadi tunangan kepada adif dan majlis perkhawinan abangku dilakukan dengan meriah.

“Aina” aku sekadar mengangguk apabila adif memanggilku.”Mulai sekarang adif nak aina panggil adif dengan panggilan abang ammar boleh?”Aku sekadar mengiakan permintaan adif kepadaku tapi..

“Kenapa aina kena panggil adif..opss..abang..ammar..macam itu?Janggal la”.tanyaku kepadanya.

“Sebab kitakan dah nak kahwin so abang nak aina panggil abang macam itu tapi bila dah kahwin nanti panggil abang saja la nama ammar itu buang okey?”Aku mengangguk lalu..

“Okey abang ammar!”Sambil tabik spring kepadanya.”Macam itu la bakal isteri abang sebab dengar cakap abg”lalu mencuit hidungku.

“Eh,bukan muhrim la mana boleh sentuh – sentuh.Haram la.Kita ni masih ajnabi tahu?Abang ammar membuat muka geram lalu dia mencubit bahuku.

“Oh,saja nak kenakan abang ya.Sakitkan?

“Sakit la.lepas lah abg am”,aduku.

“Hmm,yela tak sampai hati pula abang tengok muka comel sayang buat reaksi sakit.”lalu dia mengusap lembut bahuku.

5

“Apa aina dengan adif dah bertunang! Kau jangan berani nak tipu aku ina? Aku tarik balik semua yang aku bagi pada kau selama ni.”

Amira elina berasa seperti batu menghimpap dirinya setelah mengetahui berita tersebut melalui kawan – kawannya.

“Betul la amira apa yang aku cakap ni,aku tak tipu kau lagipun buat apa la lagi kau nak tunggu si adif itu.Kan sekarang kau da bertunang dengan Aidil.Anak orang kaya pula itu dan satu lagi spare part kau kan ramai kenapa kau masih perlu kejar si adif itu lagi?Masih tidak cukup ke pedamping kau selama ini?”

Ina berasa hairan dengan sikap amira elina yang masih mengejar lelaki yang pernah menjadi pujaan hatinya itu.Setia betul perempuan ini pada adif itu ya.

“Alah,ina , aku dengan aidil itu kena paksa dengan parents kami.Aku tak nak dia tu,mummy aku yang nak sangat ambil dia buat menantu.Aidil pun bukan suka sangat dengan aku.Bosan la aidil itu.Tak habis – habis dengan kerja kat pejabat.”adunya.

“Habis itu kau nak buat apa sekarang? Kau jangan buat yang bukan – bukan amira.Kalau aku lah dapat aidil itu,aku dah tak pandang dah si adif itu”.

Kau boleh tolong aku tak?tanyanya.Kalau kau nak ambil lah.

Aku da tahu dah.tolong diamkan.0key!

“Adif!”sapa amira elina.

Lalu adif menoleh ke belakang selepas keluar dari bank.”Amira!”

“Hai,lama i tak jumpa you.Dengar cerita sekarang you dah bertunang dengan aina kan? Tahniah!”

“Thanks mira! You pun apa kurangnya sekarang i dengar cerita you dah bertunang dengan anak ahli korperat.Hmm..tak silap i anak Datuk Rahman,Aidil kan?”

“Yup,sekarang you kerja dekat mana ya?Dah lama dah you bekerja? Lama i tak dengar cerita pasal you selepas kita di sekolah dulu.”Meluat amira elina mendengar apabila nama aidil disebut oleh adif.

“Hmm,baru lagi i bekerja.Sekarang i bekerja di UKM sebagai pensyarah di sana.”

“Bila you dengan aina kan berkhawin?” Satu lagi nama yang membuat amira elina berasa meluat.

.”Akhir tahun ini”.jawab adif sambil tersenyum

Adif,kau tahu tak aku sangat merindui senyuman kau,wajah kau tetapi kenapa kau lebih memilih aina berbanding aku.Aku ini sempurna di mata semua lelaki.Apa lagi yang cacat celanya?

“Mira! Mira!”Adif pelik melihat Amira elina tiba – tiba terdiam.Adakah amira elina masih seperti dahulu?Ya Allah! Jika benar tanggapan aku itu lindungilah insan yang aku kasihi Ya Allah.

“Oh,sorry adif.Aina sekarang study dekat mana?”

“UKM juga,i tak mahu berjauhan dengan dia.Rezeki i lah dapat kerja dekat situ”.Tiba – tiba telefon bimbit adif berkumandang lagu Super Junior.Sebenarnya adif tidak suka akan lagu – lagu Korea tetapi demi insan yang tercinta dia sanggup melakukan apa sahaja.

Ini mesti aina.Ingat aina,aku akan pastikan adif ini akan jadi milik aku kembali.Jika aku tidak dapat cara baik.Cara kotor akan aku lakukan.Biar kita sama – sama putih mata sebab tak dapat adif.Lalu amira elina tersedar dari lamunannya.

“Okeylah,i pergi dulu.I kena ambil aina dekat kampus.Assalamualaikum”.Kemudian adif berlalu pergi meninggalkan aina.

Amira sekadar memandang sahaja kelibat adif yang semakin menghilang.Adif aku rindukan kau,aku cinta akan kau dan akan aku pastikan kau jatuh ke tangan aku kembali.

“Hai sayang,”tegur adif kepada kekasih hatinya.

Aina sekadar tersenyum melihat tunangnya lalu masuk ke dalam kereta milik tunangnya.

“Abang ammar dari mana?”tanyaku.

“Abang dari bank tadi,Aina, tadi abang terjumpa dengan amira elina.”Berdesing telinga aina mendengar nama tersebut tetapi aina tetap tenang di hadapan tunangnya.

“Oh yeker?Dia macam mana sekarang?tanyaku lagi.

“Yelah,entah la yang.Dia macam dulu juga.Masih seksi.Tetapi bagi abang,aina lagi seksi tau”.guraunya.

“Ada – ada sahaja abang Am ni.Nak mengayatlah tu”.perliku.

“Apa pula abang nak mengayat?Betul la.Abang terlalu sayangkan aina.Walaupun abang dah tiada di muka bumi ini nanti kasih abang pada aina tak akan pernah pudar.Percayalah sayang!”

“Ya aina percaya tetapi kenapa abang Am cakap macam itu?Abang nak tinggalkan aina ke?Aina tak boleh hidup tanpa abang.”air mata aina secara tiba – tiba mengalir kerana sebak tunangnya berkata sedemikian.

Adif yang mula rasa resah memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk memulihkan keadaan kekasihnya.”Sayang,,tadi abang Cuma cakap sahaja.Abang masih hidup sayang.”Lalu dia meletakan tangan aina ke pipinya dan mengelap air mata aina.

“Aina jodoh,ajal dan maut kita ditentukan tuhan.Abang minta maaf ya.Senyum sikit aina”.Bagi menghilangkan rasa resah tunangnya itu,Aina tersenyum hambar.

6

Sedang sibuk mengulangkaji pelajaran,telefon bimbit aina berdering menandakan ada panggilan untuknya.Lalu diangkatnya..

“Malam ini datang ke Hotel Hilton Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.Aku nak kau datang malam ini melihat kecurangan tunang kau Adif Ammar.”

“Awak ini siapa?”tanyaku.Lalu si pemanggil yang tidak dikenali meletakkan telefon tanpa menjawab pertanyaan aina.

Aku menjadi semakin resah akan panggilan tersebut dan mengambil keputusan untuk ke tempat tersebut.

Sampai sahaja aina di hotel tersebut,aina mencari kelibat adif di sana dan aina ternampak kelibat adif bersama amira elina makan berdua di situ.Untuk mendapatkan kepastian,aina terus meluru ke meja mereka dan..

“Abang buat apa di sini?”Mata aina mula berair.

“Aina..Buat apa kat sini?tanyanya pula.

“Aina Tanya abang,jawab la?”marah aina pada adif dan seinginnya menjerit di situ juga.

“Abang cuma keluar makan sahaja dengan mira,kenapa sayang menangis?”tanyanya lagi dan semakin resah apabila aina mula salah faham.

Amira Elina merasa keputusannya dengan memutuskan tunangnya dengan aidil adalah keputusan yang sangat tepat melihat hubungan adif dan aina semakin retak.Dan seingatnya rancangannya tidak akan Berjaya kerana adif membawa abangnya.Tetapi sebalinya yang terjadi .Yes,adif akan menjadi milikku semula.Padan muka kau aina.Amira sekadar tersenyum melihat pertelingkahan mereka.

“Sampai hati abang Am buat aina macam ini”Air mata aina semakin galak mengalir.

“Abang buat apa aina?Aina sudah salah faham ini.”lalu dia memegang bahu aina tetapi aina pantas menepisnya.

“Mira baik you cakap dekat aina yang kita tidak ada apa – apa hubungan.Tolong i mira.Tolong cakap perkara yang sebenarnya sekarang.”rayunya pada amira.

“Memang kami ada hubungan,adif curang dengan you aina.Dia lebih memilih i dari you sebab i sahaja yang mampu untuk memuaskan nafsu adif.Tak macam you,tak ada yang menarik langsung.”Lantas satu penampar Jepun dari adif buat Amira Elina.

“Seumur hidup i tak pernah tampar perempuan tahu tak! Tapi you dah keterlaluan. Sampai hati you fitnah i! Apa dosa i pada you Amira?Dan satu lagi i tak pernah berzina tahu tak?”tengking adif.

“Sayang tolonglah percaya pada abang,sayang?Abang mohon.”Air mata adif pula mula mengalir.

“Abang tipu,Abang Am tipu! Aina benci abang Am.”jerit aina.”Abang Am curang…”tiba – tiba…

“Adif,apa yang berlaku ni?Kenapa abang tengok adif dengan aina bergaduh ini? ” Kebetulan abang Adam datang setelah melihat kekecohan antara adif,aina dan amira.

“Abang…tolong adif abang…ceritakan apa yang berlaku..aina sudah salah faham dengan adif,dan amira fitnah adif ,abang.Ceritakan apa yang berlaku abang..Adif merayu pada abang…” adif tersengguk – sengguk menahan nangis.

“Aina dah salah faham,dik.Adif datang sini dengan abang tadi.Kebetulan amira ini ajak adif keluar makan malam di sini dan bagi mengelakkan fitnah dia ajak abang sekali.Tadi pun kebetulan abang pergi menjawab panggilan dan meninggalkan adif dan amira berdua.Itu sahaja,adif tak curang dengan aina.Percayalah adik.”jelas abang adam.

Aina tergamam dan tidak dapat berkata – kata.Mulutnya bagaikan terkunci untuk berkata – kata.Dan amira elina pula semakin menggelabah sambil memegang pipinya yang terasa sakit akibat ditampar oleh adif.

“Sampai hati aina tak percaya pada abang?Sampai hati aina mengatakan abang mengkhianati cinta kita?Abang tak sekejam itu aina.”Adif berasa kecewa dengan aina dan.,

“Dan kau amira,selepas ini aku tak nak jumpa lagi dengan kau.Aku benci kau.Kau memang perempuan tidak berguna.Kau tahu tak hukum menfitnah itu dosa?Sebab kau hubungan aku dan aina musnah.”Lalu adif berlalu meninggalkan dua orang wanita itu di situ.Dan abang adam…

“Aina,sabar ya! Nanti abang pujuk adif.Beri dia masa ya?Abang pergi dulu”.Kemudian abang adam menjeling kearah amira elina dan terus berlalu mengikut adiknya.

Dalam kereta,”abang sampai hati aina tak percaya adif,abang.Sampai hati dia.”Abang adam mengusap bahu adiknya yang tidak berhenti menangis.

“Adik,banyak bersabar ya,abang tahu aina tak sengaja maksud begitu.Adik maafkan dia ya kalau adik sayangkan dia.Abang sudah bagitahu dia bagi adif masa untuk maafkan dia.Mari kita balik ya adik!”

Sampai sahaja aina di rumah,abang aiman Nampak adiknya dalam keadaan sedih lalu dia mengajak adiknya duduk di luar rumah untuk mengetahui masalah adiknya.

“Adik abang ini kenapa sedih?Adik bergaduh dengan adif ya?tanyanya.lama aina terdiam barulah dia menjawab..

“Adik lukakan hati dia abang,adik kata dia curang dengan adik.Adik kata dia seorang penipu.Adik buat jahat pada dia abang.Adik jahat ke abang?”

“Tidak! Adik tak jahat cuma adik salah faham dengan dia.Bersabarlah adik.Abang harap lepas ini adik lebih pandai mengatasi masalah adik.Ingatlah adik,abang percaya adif terlalu sayangkan adik.Sudahlah berhenti menangis intan payung abang ini.Eh macam upin ipin pula.”Lalu abang adam mengelap air mata aina dan sempat bergurau dengan aina bagi mengembirakan adik kesayangannya.

7

Semenjak kejadian tersebut,adif sentiasa mengelakkan diri daripada berjumpa dengan amira elina.Sehinggalah..

“Boleh tak kau jangan ikut aku lagi,aku dah tak mahu jumpa dengan kau lagi,berambus kau dari sini.Berambus!”tengking adif.

“Tapi i cintakan u adif,sangat mencintai you sayang.I sanggup buat apa saja untuk you asalkan you tinggalkan aina.Please sayang!”rayu amira elina.

“Tapi aku benci kau dan berhenti panggil aku sayang!Aku jijik jika panggilan tersebut dipanggil oleh kau.Untuk pengetahuan kau,aku hanya mencintai aina sampai bila – bila.”Lalu adif menolak amira elina keluar dari pejabatnya.

Adif,kau ingat kau boleh lepas dari aku.Aku bersumpah kau dengan perempuan jahanam tu takkan pernah bersatu sampai bila – bila.

Sejak kejadian itu juga,adif juga menjauhkan diri daripada aina,Berpuluh – puluh mesej dan panggilan daripada aina kepada adif tapi satu pun tidak berbalas.Aina mengambil keputusan untuk ke rumah adif tetapi keputusannya hambar,adif belum pulang ke rumah lagi .Kemudian aina pergi mencari di pejabat adif dan tempat biasa mereka pergi bersama juga tiada .Setelah itu,aina pergi ke rumah abang adam dan kebetulan abang adam ada di rumah.Abang adam seakan terkejut dengan kedatanganku.Adif juga begitu dan dia terlalu merindui aina tapi demi egonya dia cepat berlalu ke biliknya.

“Adif tak ada di sinilah aina…”gugup adam.

“Abang tipu! Sudah macam – macam tempat aina pergi,dia langsung tak ada.Abang tolong la,aina merayu pada abang kalau sampai abang suruh aina melutut pun aina buat”Baru aina ingin melutut,adam pantas menghalang perbuatan tersebut.

“Adif ada di dalam,marilah masuk.jemput abang adam.

“Assalamualaikum kakak Melissa”,lalu dia menyalam bakal birasnya itu sebagai tanda hormat.

“Mari sini abang tunjukkan biliknya”aina sekadar menurut sahaja..

“Abang Am keluarlah!Abang Am! Please keluar sayang! Aina merayu ini!”Tetapi adif tetap mendiamkan diri.

“Aina minta maaf ya abang pasal hari itu,Aina janji dengan abang yang aina akan sentiasa percaya abang dengan cinta abang.Percayalah!”adif tetap juga berdiamkan diri.

“Abang please keluar!”Tetapi adif tetap dengan pendiriannya.

Tak mengapalah abang,Aina balik dulu.Assalamualaikum abang Am.Baru dia ingin melangkah keluar.Sejurus itu,Adif membuka pintu dan..

“Aina”panggilnya adif.

Dengan cepat,aina terus menoleh.Dia melihat sekujur tubuh yang semakin kurus dan tidak terurus.Muka yang semakin cengkung dan jambang tumbuh meliar.

“Abang Am!”Sejurus itu juga aina berlari lantas terus memeluk kekasih hatinya itu sambil menangis.

“Abang Am,maafkan…aina..ya..”adif turut memperkemaskan lagi pelukan kerana terlalu merindui aina.

“Aina janji dengan abang,aina tidak akan buat abang macam itu lagi dan sentiasa setia dengan abang.Aina…”belum sempat aina habis cakap..

“Sudahlah itu sayang,abang dah maafkan sayang.Abang tak boleh hidup tanpa sayang.Janji dengan abang jangan buat macam itu lagi ya?”Aina sekadar mengangguk dan abang adam serta isterinya Melissa sekadar tersenyum dan meninggalkan pasangan kekasih itu bersendirian.

“Aina nak makan apa hari ini? Abang akan belanja apa sahaja.”

“Aina tak kisah abang,apa – apa pun boleh”aina sekadar tersenyum.Abang Am seperti ingin mengeluarkan sesuatu dari poketnya.”Aina”panggilnya.

“Hmm..apa dia?”tanyaku.Adif memberikan aina satu keychain yang ada gambar anak patung dan satu strap Super Junior.

“Maaflah hadiah ini tak seberapa sangat.Yang satu ini abang ada pasangannya.Tada!”sambil menunjukkan keychain miliknya.

“Dan satu lagi ini,kan sayang suka sangat dengan apa itu suju ya?”aku sekadar mengangguk saja.

“Terima kasih abang”lalu aku senyum padanya.

“Sayang”panggilnya.

“Ya abang Am?”

“Aina tunggu sini ya,abang nak pergi beli aiskrim dekat seberang sana itu ya.Tunggu tau!”Aku tidak tahu kenapalah aku tidak sedap hati ketika itu.

“Sayang tunggu abang ya?”Dia memberikan senyuman yang cukup istimewa,aku rasa seperti aku tidak pernah melihat senyuman seperti itu darinya.

Tiba – tiba ada sebuah kereta laju dan hilang kawalan lalu kereta tersebut melanggar abang ammar dan melarikan diri setelah melanggar abang ammar.Aku tergamam dan air mataku mengalir mencurah – curah.Dan..

“ABANG!”lalu aku berlari mendapatkan abang ammar dan keadaan abang ammar parah dan separuh sedar lalu aku memangku kepala abang ammar.

“Abang kenapa ini abang?”Abang..jangan tinggalkan Aina…Aina merayu pada abang..”Tersedu – sedu aina menahan tangis.

“Sa..yang..a..bang..tak..la..rat..a..bang..min..ta..ma..af..abang..rasa..abang dah..tak..boleh..jaga..aina lagi.”suara adif tersekat..

“Abang jangan cakap macam itu.Aina bawa abang pergi hospital ya?abang janji dengan aina,abang mesti bertahan ya?”aina masih tidak lagi berhenti menangis.

“Sa..yang jangan nangis.Sa..yang,ingat..a..abang sentiasa sa..yang dan cin..ta pada sa..yang sam..pai bila – bila.”adif menguatkan juga tangannya untuk mengelap air mata aina,kekasih hatinya.

“Sa..yang..a..abang penat,a..bang dah tak larat..Sa..yang pesan..pada semua..orang..yang a..abang min..ta maaf..Sa..yang jaga diri baik baik ya.A..bang sa..yangkan sayang..”Keadaan adif semakin lemah dan aina melihat bibirnya terkumat kamit mengatakan sesuatu dan adif menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan kekasih yang dicintainya.

Aina menangis semahu – mahunya di situ dan akhirnya aina terus rebah dan tidak sedarkan diri.

8

Abang,kenapa abang tinggalkan aina sorang – sorang.Abangkan tahu aina tak boleh hidup tanpa abang.Aina sayangkan abang.

Aina seperti orang yang hilang arah selepas kematian adif ammar.Arwah adif ammar selamat disemadikan selepas asar dan ahli keluarganya sedih akan pemergiannya teutama sekali aina edora.Puan zaridah meminta kebenaran ibu bapaku supaya membenarkan aina tidur di rumahnya buat sementara waktu.

“Aina,kenapa tak tidur lagi nak?”tanya Puan Zaridah.

“Aina tidak boleh tidur auntie.Berserabut fikiran aina sekarang ini selepas abang sudah tiada.”jawab aina dengan air mata yang mula bertakung.

“Sudahlah tu nak,jangan nangis lagi.Mari tidur sini sayang!”Aku tidur di atas tilam,tempat jenazah abang ammar dibaringkan tadi dan diselimutkan dengan kain pelekat yang kali terakhir abang ammar pakai sebelum dia meninggal.Aku tidur dengan lena malam itu.

“Aku dekat mana ni?”Tiba – tiba aina ternampak kelibat adif dengan berpakaian serba putih dan wajahnya bersih.

“Abang Am”adif sekadar tersenyum melihatnya dan kemudian berlalu pergi meninggalkannya.

“Abang jangan tinggalkan aina.Abang jangan pergi!”Aina berlari mengejar kelibat adif yang semakin menghilang.Tiba – tiba..

“Aina bangun sayang!”Ada satu suara mengejutkan aina lalu aina tersedar dari tidurnya.

“Auntie,tadi aina Nampak abang Am.Aina Nampak abang!”tetapi Puan Faridah sekadar mengeleng dan menangis apabila melihat keadaanku dan ketiadaan anak kandungnya.

“Aina sayang,ammar sudah tiada sayang.Dia dah tinggalkan kita”.sambil mengusap –usap kepala aina lalu dia memeluk aina.Aina turut sama menangis,dia bagai tidak percaya dan tidak boleh menerima hakikat bahawa adif ammar sudah tiada.

Ahli keluarga yang lain sedih melihat keadaanku setelah ketiadaan ahli keluarga mereka.

“Aina,mulai sekarang panggil auntie mama ya?Bila mama lihat aina,mama seperti melihat adif juga.Dan mama sudah anggap aina sebagai anak kandung mama sendiri walaupun aina tidak dapat jadi menantu mama.”sayu suara puan Zaridah.

“Mama!”lalu mereka saling berpelukan.

“Puas hati aku sekarang,adif sudah mati.Akhirnya segala masalah aku dah selesai ,ina.”Ina sekadar menggeleng melihat perangai gila kawannya itu.

“Mira,kau tak patut rasa macam itu.Apa punya manusia la kau ni,tak berhati perut.”

“Kau diam ina,nanti aku ambil semua yang kau dapat dari aku”ugutnya.Tapi ina tidak berasa gentar akan ugutan itu.

“Kau ingat aku takut dengan ugutan kau?Memang aku datang sini sebab nak pulangkan semua benda yang kau bagi pada aku selama ini.Aku tak sanggup lagi berkawan dengan orang hati syaitan macam kau.”marah ina.

“Kau berambus dari sini sekarang!”tengking amira elina.

“Sebelum kau suruh aku berambus memang aku dah lama nak keluar pun dari rumah macam sarang tikus ini.Dan satu lagi,aku rasa kematian adif ini bukan kemalangan tapi pembunuh.”tambah ina.

“Pergi lantak la,asalkan hati aku puas bila adif mati.Sekurang – kurangnya pesaing aku tengah sengsara sekarang ini.Dah kau keluar sekarang”Amira elina menolak ina ke luar dan menutup pintu rumahnya dengan kuat.

“Padan muka kau aina edora!.”Amira elina tersenyum sinis.

Selepas setahun arwah adif ammar meninggal,barulah aina mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupannya dengan sokongan keluarganya dan keluarga adif ammar juga.

Selepas membaca surah Yaasin dan menyedekahkan Al – Fatihah,”abang,aina nak minta maaf lepas ini susah buat aina untuk menjenguk abang lagi kerana aina akan menyambungkan pelajaran aina ke Korea Selatan.Abang..akan sentiasa di hati aina selamanya.Aina sayang sangat pada abang.Terima kasih ya abang sebab selama ini abang sentiasa menyokong aina dan menyayangi aina.”sebak hati aina apabila menjenguk kubur kekasihnya.

“Walaupun aina tak lawat abang tapi aina akan sentiasa mendoakan abang di dalam setiap solat aina dan kenangan kita akan sentiasa akan aina kenang sampai bila – bila serta satu lagi,aina sentiasa simpan pemberian abang pada aina.”dan digenggam pemberian adif pada padanya dahulu.

“Aina balik dulu ya abang! Nanti ada rezeki,aina datang jumpa abang lagi ya. Assalamualaikum.”Sedih hati aina setelah meninggalkan kubur adif.

“Aina,sebelum aina pergi mama nak bagi aina diari ini.Baca diari ini ya.”Puan zaridah menyerahkan diari berwarna hitam milik adif kepada aina.

Setelah aina bersalam dan berpelukan dengan ahli keluarga serta keluarga bekas tunangnya.Dia terus berlalu dan sudah terbang berada di awan biru.

“Abang,aina rindukan abang Am.”lalu dia memeluk diari adif dalam tangisan.

9

Aina gembira setelah tiba di Incheon Airport.Dia perlu jumpa dengan seseorang untuk menjadi perundingnya apabila tiba di sana.Tiba – tiba aina terlanggar seseorang dan..

“Woi! Buta ke tak Nampak orang!”tengking lelaki itu.

“Maafkan saya.Saya tak sengaja langgar tadi”Meluat aina dengan lelaki berlagak itu.

“Kau tengok?Habis barang mahal aku pecah! Kau kena ganti balik!”marahnya lagi.

“Ya saya ganti balik!Berapa harganya?Nak suruh orang ganti cakap la baik – baik bro!”

“Eh,mak bapak kau tak ajar ke cara berjalan yang betul?”sebaik sahaja lelaki itu menghabiskan kata – katanya,aina melempang lelaki tersebut.

“Woi,mak bapak aku tak ada kena mengena dalam hal ini! Kalau nak marah,marah saja la kat aku,tak payah babit nama mak bapak aku.Untuk barang yang boleh beli kat tepi longkang macam ini pon nak marah – marah kenapa?”tengkingku.

“Kau ini datang dekat Negara orang,perangai itu baik – baik la sikit.Memalukan Negara saja kau ini!”lalu aina membalingkan wangnya di depan lelaki itu dan berlalu pergi.

“Jaga baik kau perempuan,aku akan balas balik pada kau nanti”.Tiba – tiba ada orang menegurnya dari belakang.

“Woi aidil! Aku baru pergi kejap saja dah marah – marah macam ini kenapa?”Tanya aidil pada rafi azhar.

“Nantilah aku cerita,jom blah!”ajak aidil.

“Annyeonghaseyo! Welcome to South Korea,Miss Aina!”sambil tersenyum pada aina.

“Kamsahamnida!What is your name?”Tanya aina.Betul ke cakap aku tadi.A,bedal saja la.

“My name is Kim Sujin.”ramahnya.

“Sujin,can we go now?”

“Yes,of course.Let me help you”lalu dia mengambil barang – barang aina untuk di masukkan ke dalam kereta.

“Thanks Sujin because you help me.”gadis itu sekadar tersenyum kepada aina.

“Sujin!”

“Yes miss!”jawab gadis Korea itu.

“I don’t want u call me miss,just call me aina.Its makes me feel more comfortable.”gadis itu sekadar tersenyum sahaja.

“Can you be my guide to show the best place in this country?”tanyaku.

“Kenapa tidak aina,boleh sahaja”.Aina tercengang apabila gadis tersebut fasih bertutur dalam bahasa melayu.

“Aina terkejut ya sebab saya boleh berbahasa melayu?Dulu saya pernah menjadi pelajar pertukaran antara Malaysia dan Korea Selatan.Dan saya mempelajari bahasa Melayu.”Aina mengangguk mendengar jawapan gadis itu.

“Jadi Sujin ini kawan kepada Murni di sinilah ya?”Gadis itu mengangguk dan..

“Kami sangat rapat dan Murni selalu bercerita tentang Aina tau.”Aina tidak sangka Sujin ini begitu baik dan ramah dengannya.Dia ingat dia tidak akan ada mempunyai rakan yang dapat berkomunikasi dengannya kerana masalah bahasa.Ternyata tidak.

“Lepas ini saya bolehlah belajar dengan Sujin untuk bertutur bahasa Korea ya?”Gadis itu tersenyum.

“With my pleasure my dear”Aina berasa gembira apabila dapat berkenalan dengan teman barunya yang berwarganegara Korea itu.

“Aina!”Sebaik sahaja sampai di tempat tinggal barunya,rakannya Murni Kasih sudah menunggunya di depan pintu rumah mereka dan mereka saling berpelukkan seperti rancangan jejak kasih pula.

“Kau sihat murni?”tanyanya kepada sahabat karib itu.

“Seperti yang kau lihat sekaranglah sihat walafiat.Ya Allah aina rindunya aku pada kau.Mari masuk Aina,Sujin.”jemput murni.

“Aina,aku ada dengar pasal adif itu.Takziah ya!Sabar ya kawan.”Aina sedih apabila nama adif disebut oleh Murni.

Murni menjadi serba salah apabila melihat perubahan reaksi muka aina.Dia rasa menyesal apabila menceritakan hal itu.”Aina,aku minta maaf ya!Aku tak bermaksud nak buat kau sedih.”

“Tak apa la murni.Murni bila kau cerita pasal abang Am,aku jadi rindu pada dia.Berat hati aku nak meninggalkan Malaysia dan berjauhan dengannya.”Murni menjadi sedih melihat keadaan rakannya yang kehilangan insan yang paling disayanginya.

“Kalaulah abang Am masih hidup mesti sekarang ini aku sudah kahwin dan bahagia dengan dia Murni.”Sebak hati aina menceritakan tentang impiannya yang tidak akan menjadi kenyataan itu.

“Aina,bersabarlah.Allah lebih sayangkan dia.Kita yang hidup mesti teruskan hidup seperti biasa aina.Insyaallah,Allah akan mempertemukan jodoh yang terbaik buat kau satu hari nanti”Tetapi aina tidak dapat menerima kenyataan murni.

“Murni,tiada orang lain di hati aku selain abang Ammar.”Begitu kuat setia cinta aina pada insan yang telah tiada di muka bumi ini iaitu adif ammar.

“Sudahlah itu aina,yang pergi tak akan kembali lagi.Dah aku tak mahu kau sedih – sedih lagi.Esok aku akan kenalkan kau dengan teman istimewa aku yang aku cerita pada kau dulu.”Aina menjadi tertanya tentang siapakah gerangan yang telah menambat hati rakannya itu.

10

“Aina,cepatlah!”Murni sudah menarik – narik tangan temannya itu kerana dia tidak sabar lagi ingin memperkenalkan aina edora kepada kekasihnya.

“Hai Murni! Sinilah.”Rafi memanggil kekasih hatinya setelah ternampak kelibat murni.

“Lambat la sayang ini.Rafi merajuk baru tahu”.Rafi dengan perangai manjanya apabila bertemu Murni.

“Mengada – gadalah Rafi ini.Tadi murni tunggu kawan murni,lambat sangat.Perkenalkan ini aina dan aina ini la lelaki yang aku cakap semalam,Rafi”mereka sekadar saling bertukar senyuman.

“Apa murni cerita pada aina fasal rafi hah?Baik bagitahu cepat kalau tidak,Rafi nak baliklah”.

“Rafi,murni cerita yang baik – baik sahaja pasal rafi pada aina.Janganlah nak merajuk.Rafi,aidil mana?Semalam rafi cakap,rafi nak bawa aidil hari ini?”Tanya murni pada rafi.

“Tadi dia kata dia pergi tandas sekejap,sekejap lagi dia datanglah itu.Murni inikan asyik tanya pasal aidil sahaja,tanyalah pada rafi pula.Rafi sihat ke tak?Rafi makan apa hari ini?Rafi buat apa semalam ke?Ini tak boleh pula Tanya pasal aidil itu.”Muncung sedepa mulut rafi bila teman wanita tidak bertanya khabar dirinya.

“Ala rafi ini,Murni minta maaf.Ish,Ish buruknya muka rafi buat macam itu.”Murni mendekatkan mukanya dengan rafi.Terpujuk juga rafi apabila melihat wajah ceria kekasihnya.

“Eh,comelnya awek rafi ni bila tengok dekat – dekat.kyiopta! Comel! Comel! Comel!”lalu dia menarik tangan murni dan mengeselkan tangan murni dengan pipinya berulang kali seperti kucing.Aina tersenyum melihat gelagat pasangan kekasih di depannya seperti kebudak – budakkan.

“Murni,aku pergi restroom sekejap ya?”

Murni meminta agar tangannya dilepaskan oleh rafi,”Okey tapi jangan lama – lama ya sayang!”Murni sengaja ingin mengusik rafi.Rafi paling tidak suka apabila murni memanggil sesiapa pun sayang selain dirinya.

“Oh,dengan rafi tak nak pun panggil sayang,dengan aina boleh.Tidak mengapalah!”Rafi sudah mula dengan sifat mengada – gadanya.Aina terus berlalu meninggalkan Murni dan Rafi.

Sedang sibuk aina menglihat telefon bimbit miliknya,tiba – tiba ada seseorang melanggarnya dan orang itu..

“Engkau lagi!” jawab Aidil.

“Kau ini buta ke apa?Tak Nampak ke orang lain berjalan?”kasar aina.

“Eh,kau yang langgar aku.Cakap aku pula yang langgar kau”.Aidil dan Aina bertengkar dan saling menyalahkan antara satu sama lain.Murni dan Rafi pula terdengar pertelingkahan antara aidil dan aina lalu bergegas ke tempat mereka bagi memulihkan keadaan.

“Woi,asal korang gaduh ini?Jangan gadih kat sini la malu orang tengok la.”nasihat rafi.

“Aina,kau kenal ke dengan aidil ini?”Tanya murni kepada aina.

“Hantu ini la yang kurang ajar dengan aku masa dekat lapangan terbang hari semalam”.Terbeliak mata aidil apabila aina berkata sedemikian kepadanya.Dia ingin lagi bergaduh dengan aina tetapi cepat – cepat dihalang oleh rafi.

“Dah cukup itu,mari kita duduk.Kita datang sini untuk makan bukan bergaduh.”celah rafi.

Aina dengan Aidil masih lagi dingin.Dan dari tadi hanya suara murni dan rafi sahaja yang kedengaran tapi tidak bagi aina dan aidil.

“Korang berdua ini sampai bila nak bergaduh hah?Cubalah bawa berbaik sikit”Setelah rafi melihat mereka tidak berkata apa – apa.

“Aku nak baik dengan mak nenek ini?Jangan harap la”Sambil menunding jari ke arah aina.

“Eh,aku lagi tak rela nak berbaik dengan hantu SAJI ini.Tak kuasa aku, lebih baik aku berbaik dengan pokok daripada dia.”Jawab aina pula.

“Hantu SAJI itu apa,aina?”tanya murni.

“Hantu SAJI itu singkatan daripada hantu SAKIT JIWA.Macam dia ini lah.”Semakin galak lagi kemarahan aidil.

“Hoi,suka suki kau saja nak panggil aku sakit jiwa.”

“Habis yang kau cakap aku mak nenek boleh la pula kan?”marah aina.

“Habis itu,mak nenek memang sesuai sangat dengan kau ini”.balas aidil.

“Sudah – sudah la itu,janganlah bergaduh lagi.Semak kepala otak aku tengok korang bergaduh.”Marah rafi.

Murni dan Rafi sibuk berbual sambil memandang kami tetapi aina dengan aidil tidak faham dengan apa yang mereka cakap kerana mereka bertutur dalam bahasa Korea.

“Rafi,kau cakap apa dengan murni?Aku tak fahamlah.Kau kutuk aku ya?”Tanya aidil.Aina sekadar dengar dan diam sahaja tetapi dia mengiakan apa yang dikatakan oleh aidil.

“Mana boleh bagitahu korang,RAHSIA kan sayang?”Murni tersenyum dan mengangguk sahaja dengan kata – kata rafi.

Naik meluat aina dan aidil apabila murni dan rafi berahsia dengan mereka dan sempat lagi bermadu kasih di depan mereka.Macam budak – budak.

11

Murni sering tertanya – Tanya tentang diari yang sering dibawa kemana sahaja oleh aina.Penting sangat ke diari itu buat aina?Atau diari itu milik adif?Aina,sampai bilalah kau nak berpijak di bumi yang nyata?Adif dah tiada di dunia ini lagi aina.Carilah orang lain yang mampu mengubati hati kau itu.Mungkinkah aidil yang mampu mengubati hatinya?Murni berfikir sendirian.

“Aina,aku nak Tanya sikit pada kau boleh?”Tanya murni.

“Apa dia murni?”

“Kenapa kau selalu bawa diari itu kemana sahaja?Penting sangat ke diari itu?”tambahnya lagi.

“Ini diari milik adif,murni.Hanya diari ini sahaja yang mampu untuk aku lepaskan rindu aku pada dia.Sampai sekarang aku tak pernah membaca isi kandungannya.Aku tak sanggup murni.”jawab aina dengan hati yang semakin sebak.

“Aina,sampai bila kau nak jadi macam ini?Carilah orang lain aina.Kalau kau nak aku boleh kenalkan kau dengan kawan – kawan aku.”

“Tiada siapa yang mampu mengantikan abang ammar di hati aku.”bidasnya.Aina tidak suka apabila murni berkata sedemikian.Murni semakin berang dengan sikap aina.

“Tapi aina,adif dah tiada.Bukalah pintu hati kau itu untuk orang lain.Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa adif itu sudah tiada.Terimalah kenyataan aina.”marah murni.

“Kau jangan paksa aku murni.Aku tak suka faham tak!”marah aina pula.Dan aina terus berlalu meninggalkan murni keseorangan di ruang tamu rumah mereka.

“Rafi!”

“Ya sayang,kenapa?”

“Apa kata kalau kita buat satu rancangan untuk satukan aidil dengan aina nak tak?”pendapat murni.

“Boleh juga itu,lagipun mereka berdua itu sama – sama solo lagi.Kira molek la kalau kita satukan mereka.Tapikan sayang macam mana caranya ya?”tanya rafi.

“Itu la yang murni tengah fikirkan itu,”Murni semakin pelik apabila melihat rafi yang seperti mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

“Rafi buat apa itu?”Tanya murni.

“Tarar! Ini untuk murni dari rafi.”rafi memberikan kepada murni sebuah kotak dan berisi cincin di dalamnya.

“Sudi tak kalau murni jadi isteri rafi?Dah lama rafi menantikan saat ini.Boleh tak murni?”Rafi melamar murni.Kedengaran alunan muzik lembut yang menjadikan suasana romantik.

Murni menjadi tambah terharu bahawa tidak lama lagi dia akan berkhawin dengan rafi.Perkenalan mereka selama lima tahun akhirnya berakhir dengan perkahwinan.

“Ya!”jawab murni.Rafi melompat kegirangan seperti orang tidak betul sahaja.”Murni tak bergurau ke ini?”Tanya rafi sekali lagi.

“YA,murni bergurau sahaja.Murni tak nak kahwin dengan rafi”murni sengaja ingin mengusik rafi.Rafi yang pada awalnya ceria semacam berubah muram.

“Tapi kenapa murni?Apa kurang pada rafi ini?”Wajah rafi seakan mahu menangis dan memandang ke bawah tanda kecewa lamarannya ditolak.

Mamat ini nak menangis ke?Baik aku terus terang sekarang.Nanti salah faham pula dia.

“Rafi,murni tipu rafilah.Saja nak mengusik rafi tadi.Murni terima lamaran rafi itu la.”Rafi yang tadi merajuk,berubah wajahnya.

“Murni,sampai hati murni mempermainkan perasaan rafi.Rafi sakit hati tahu tak?Cepat ubati balik kelukaan pada hati rafi ini.Kalau murni tak percaya cuba murni rasa hati rafi ini.Sakitkan?”Lalu rafi menarik tangan murni dan diletakkan ke dadanya.

“Tak ada pun!”

“Cuba murni rasa betul – betul.”Tangan murni masih lagi di dada rafi,kemudian rafi menyarungkan cincin ke jari manis murni.Murni sekadar tersenyum melihat rafi,begitu juga rafi.

Sudah hampir tiga tahun aina berada di bumi Korea Selatan,rindunya terhadap Malaysia semakin membuak- buak.

“Murni,aku dah tak sabar nak balik Malaysia.”Sambil mengemaskan begnya untuk pulang ke tanah air setelah menimba ilmu di sini.

“Aku pun,tapi tak sampai hati aku tinggalkan Sujin.Sujin,jangan lupa pada kami ya?Aku akan rindu pada kau.Insyaallah,aku akan kembali semula ke sini tapi bila itu aku tak tahulah.”Sebak hati murni ingin meninggalkan temannya,Sujin.

“Tak mengapalah Murni,aku akan baik – baik sahaja di sini.Nanti bila aku dan Taehyun datang Malaysia pasti kami akan lawat kalian berdua.”Sujin telahpun berkhawin dengan jejaka pilihannya dua tahun yang lalu.

“Sujin!Aku pun pasti akan rindu pada kau.Aku takkan lupa jasa baik kau semasa aku di sini.Jangan lupa datang Malaysia tau?”Lalu mereka bertiga saling berpelukan,tanda perpisahan mereka.

“Aina,kau bila nak berbaik dengan Aidil itu?Korang ini dari mula kita dekat sini sampai la kita nak balik.Tahu nak gaduh saja.Macam anjing dengan kucing.Tak boleh bertemu.”Sujin sekadar mengangguk sahaja menandakan dia mempersetujui kata – kata murni itu.

“Entahlah!Malas aku nak ambil tahu.”Aina bersikap acuh tak acuh sahaja tentang perkara tersebut.

12

“Aina!”panggil aidil.Aina sekadar memadang ke arah aidil.

“Aku nak minta maaf atas perbuatan aku selama ini pada kau.Aku dah jahat pada kau.Jadi sebelum kita balik ke Malaysia,manalah tahukan kita tak akan jumpa lagi.”

“Yelah,aku maafkan kau,lepas ini jangan buat lagi okey.Aku pun nak minta maaf juga pada kau sebab selama ini aku kasar dengan kau.”Aidil sekadar mengangguk sebagai menerima tanda maaf dari aina.

“Eh,aku ada hadiah untuk kau sebagai untuk tanda maaf aku.”Aidil menghulurkan sebuah kotak berwarna merah jambu kepada aina.

“Eh,tak perlulah.Aku tak perlu semua ini.”jawab aina.Tetapi aidil tetap memaksa aina untuk menerima hadiah tersebut.Dengan berat hati,aina tetap menerima pemberian aidil.

“Bukalah.”pinta aidil.Lalu aina membuka kotak tersebut dan berisi katak permainan di dalamnya.Aina membaling hadiah tersebut pada aidil dan aidil tergelak terbahak – bahak seperti tidak mahu berhenti.

“Apa kau buat ini?”tengking aina.Sekarang aina tidak peduli dengan pemandangan orang lain terhadapnya.Dia tidak tahan lagi dengan perangai aidil yang seperti kebudak – budakkan.

“Ala rilek la aina,aku main – main je.”Adil masih tidak habis – habis lagi dengan gelaknya.

“Woi aidil,kau ingat aku ini permainan ke boleh dibuat main –main.Aku ingat kau ikhlas minta maaf tapi tidak.”marah aina.

“Memang pun aku anggap kau mainan aku pun dan satu lagi aku nak minta maaf pada kau?Mimpilah.”jawab aidil.Lalu aina melempang aidil.Aidil tergamam.

“Eh aidil,aku takkan maafkan kau sampai bila – bila melainkan Allah menarik balik kata – kata aku.Faham tak?Kau memang melampau.Aku benci kau!”Aina terus berlalu meninggalkan aina sehingga aina terlupa untuk membawa diarinya bersamanya.

“Eh,perempuan tinggalkan diari dia lah.Baca saja la.”Baru sahaja dia ingin membuka diari tersebut,dia terdengar akan pengumuman bahawa penerbangannya akan tiba untuk pulang ke Malaysia.

Tak mengapalah,lagipun tak baik baca diari orang.Nanti aku bagi sajalah pada murni suruh bagi pada mak nenek itu.

“Murni,kau bagi diari ini pada aina ye? Tadi dia tertinggalkan dekat bangku tempat duduk.Mungkin diari ini penting buat dia.Kau bagi jelah ya?”Pinta aidil.Mereka selamat sampai ke Malaysia pada petang itu.

Aina berasa gembira apabila dapat berjumpa dengan keluarganya.Kini,Abangnya,Aiman bakal menimang cahaya mata yang pertama dan abang adam pula kini telah memiliki seorang anak dan bakal memiliki lagi seorang anak.Murni dan Rafi pula akan berkhawin tidak lama lagi.Aina berasa gembira apabila orang yang dicintainya akan mengecapi bahagia tidak lama lagi.Dan dia sehingga kini masih lagi setia dengan cintanya terhadap arwah adif ammar.

“Assalamualaikum abang Am!”Selepas sarapan pagi itu,aina tidak melepaskan peluangnya untuk melawat kubur adif kerana rindunya terhadap insan yang dicintainya itu.

“Aina dah balik abang Am.Abang nak tahu tak?Semasa aina di sana,aina selalu ingat pada abang dan aina tak sabar nak jumpa abang.Abang,cinta aina pada abang tetap utuh sampai sekarang ini.Aina terlalu rindukan abang dan aina tidak sabar untuk bertemu dengan abang di alam sana.Aina minta maaf sebab aina dah lama tidak lawat abang.”Sebak hati aina demi insan yang dicintainya sudah tiada di dunia ini.

Setelah pulang daripada kubur,Aina ternampak kereta Murni terpakir di depan rumahnya.Lalu dia masuk ke dalam rumah.

“Murni,kenapa datang tak bagitahu aku?”Lalu dia memeluk Murni.

“Saja.Aku dah lama tak datang rumah kau.Dan aku datang rumah kau sebab nak hantar kad jemputan kahwin aku pada mak kau.”Jawab murni.

“Aina!”Panggil murni.Aina sekadar memandang ke arah murni.

“Hari masa kita balik sini,kau tertinggalkan diari kau dekat airport.”Aina terkejut,diarinya itu pada aina.Patutlah dia cari diari tersebut tidak jumpa.Puas dia mencari di dalam begnya.

“Ya Allah,terima kasih Murni.Aku sayang kau.Kalau hilanglah mahu melalak aku karang.”gurau aina.

“Kau tidak patut ucap terima kasih pada aku tetapi pada…AIDIL.”Aina bertambah terkejut apabila orang yang menjumpai diarinya adalah orang yang paling dibencinya.

“Aina,mama ada benda nak bagitahu pada aina ini?”pinta Puan Faridah.

“Apa dia mama?”Tanya aina.

“Mama nak aina berkahwin dengan anak kawan mama.Aina setuju tak?Mereka dah hantar rombongan merisik aina tau.Tanya Puan Faridah pada anaknya.Aina tersentak apabila ibunya meminta dirinya untuk berumahtangga.

“Boleh tak mama bagi aina masa untuk memikirkan perkara ini?

“Mama tak kisah,seberapa lama aina nak.Tetapi mama harap keputusan aina itu akan menyenangkan hati kami ya sayang.Mama tahu aina masih mencintai adif,tapi aina kita yang hidup ini terpaksa meneruskan hidup kita dan memiliki zuriat sayang.Fikirlah semasak – masaknya ya aina?”pesan Puan Faridah pada anaknya.

“Yelah mama.”jawab aina.

13

“Apa mama?”Aidil tersentak apabila mamanya,Puan Rismah telah menyunting seorang gadis yang tidak dikenalinya untuk dijadikan peneman hidupnya.

“Kenapa mama tak Tanya aidil dulu mama?Jangan buat macam ini pada aidil.Papa tolonglah aidil,pa.”Aidil tidak puas hati dengan keputusan mamanya itu.

“Papa tak boleh buat apa – apa aidil,mama yang beriya – iya nak aidil kahwin dengan gadis itu.”jawab Encik Rahman.Tiba – tiba Puan Rismah mencelah..

“Mama nak aidil kahwin dengan gadis pilihan mama itu.Lagipun aidil itu bukan muda lagi.Dah 28 tahun.Jadi dah tiba masa untuk aidil kahwin.Lagipun mama tahu aidil itu masih tiada kekasih hati lagi.Jadi memang patut mama carikan isteri buat anak mama.”Aidil tidak mahu menentang ibunya tetapi dalam pada masa yang sama dia juga tidak ingin perkara lama berulang kembali.Ketika dia masih lagi tunang dengan amira elina,tunangnya menyukai lelaki lain dan sanggup meninggalkannya.Lagipun dia berasa bernasib baik,dia tidak berkahwin dengan amira elina.

“Ikut mama sajalah,Aidil tak kisah.Tapi aidil harap calon isteri kali ini lebih baik dari sebelum ini ya mama.”Puan Rismah senang hati mendengar penjelasan dari ibunya.

“Hai sayang!”sapa amira elina pada bekas tunangnya,aidil.

“Ha,you nak apa?Jangan ganggu I la.Lagipun kita tak ada apa – apa lagi hubungan jadi you tak payah panggil I sayang.Jijik I mendengarnya.”Berdesing telinga amira elina apabila mendengar penjelasan aidil itu tetapi dia masih tenang dihadapan aidil,lalu dia menarik kerusi berdepan dengan aidil di sebuah restoran.

“Sayang,kenapa dengan you ni?You dah tak sayang I ke? I datang sini semata – mata nak jumpa you.Aidil,I nak bersama dengan you balik.I cintakan you,sayang.Lepas ini I janji dengan you yang I akan selalu setia dengan you dan sanggup buat apa sahaja untuk you,sayang.”Rayu amira elina.Aidil tidak peduli dengan itu semua.Baginya,amira elina tidak layak menjadi sebahagian dari hidupnya.Dasar perempuan jahat dan tak berhati perut.

“You cintakan i?Boleh pergi matilah dengan cinta you itu.Mana lelaki yang you tergila – gilakan sangat itu?Dia dah tinggalkan you ke?Memang patut pun lelaki itu tinggalkan you.Dan satu lagi dari mula kita masih menjadi tunangan sampai sekarang,I tak pernah sayangkan you,so cerminlah muka you itu sikit.”Aidil terus menyambung pembacaannya tanpa memperdulikan amira elina di hadapannya.Amira elina semakin berang dan ingin mengajar lelaki seperti ini.

“You memang dah melampau,aidil.”sebaik sahaja amira elina mengangkat gelas di depannya dengan pantas aidil merampas gelas tersebut.

“You ingat,senang you nak malukan I ke?tidak semudah itu ya”Amira berasa berang dan menghentakkan kakinya sebagai tanda geram dan kesal dengan sikap aidil.Aidil tersengih kerana dapat menyakitkan hati amira elina.

“Aina,apa keputusan kau sekarang ini?”Tanya murni kepada aina.

“Entahlah,ikutkan hati aku,aku nak tolak tetapi aku tak sanggup melukakan hati mak aku.Macam mana ini murni?”Aina meminta pendapat murni.

“Aina,aku cadangkan kau setuju sahaja dengan peminangan ini.Lagipun takkan kau masih nak menunggu adif,aina.Dia dah tak ada dalam dunia ini.Seperti yang aku cakap dulu pada kau.Kita yang hidup ini tetap akan meneruskan hidup ini.Tetap kena mempunyai sebuah keluarga.Aku berani jamin,insyaallah.Kau akan bahagia bersama lelaki ini.Aku pasti lelaki yang akan menjadi suami kau adalah seorang yang baik.”Aina bertambah pelik dengan penjelasan murni.Murni kenal ke lelaki itu?

“Murni kau kenal ke dengan lelaki itu?”Tanya aina.

“Memang kenal pun.”

“Siapa murni?”Tanya aina lagi.

“Kau tunggu sajalah.Kau akan tahu juga nanti.Aku tak nak bagitahu kau.”tambah murni lagi.

“Sampai hati kau tak nak bagitahu aku.”

“Aina,terimalah lamaran itu.Aku nak kau berbahagia selepas ini.”Harapan murni.Aina terdiam dan tidak berkata –kata tentang penjelasan murni.

Aina sedang berdiri jauh dari kubur arwah adif.Dia berasa seperti dia telah mengkhianati cinta mereka.Dia berasa tidak layak untuk mendekati adif lagi.

“Abang,aina minta maaf.Aina dah mengkhianati cinta kita.Aina akan berkhawin dengan lelaki lain,abang Am.Abang,aina akan sentiasa sayang pada abang.”Aina menangis kerana impiannya dahulu kini sekadar angan – angan sahaja dan dia bakal berkahwin dengan lelaki lain.

“Tahniah aina,mama senang hati mendengar aina akan berkahwin.Walaupun aina tak dapat jadi menantu mama.Mama akan tetap sokong dengan keputusan aina.”Puan Zaridah tetap gembira kerana aina akan menemui kebahagiaannya kelak.

“Terima kasih mama.”Aina menangis dalam pelukan Puan Zaridah.

Murni dan Rafi telah selamat diijabkabulkan seminggu yang lalu dan kini tibalah giliran aina pula akan mengikut jejak langkah mereka.

“Aina,mama ucapkan semoga bahagia pada anak mama.Lepas ini aina dah tak boleh duduk dengan mama lagi.”ucap Puan Faridah.

“Aku pun aina,Tahniahlah lepas ini kau akan jadi isteri orang.”sambung murni pula.

“Terima kasih semua.”tetapi aina sering tertanya – Tanya siapakah bakal suaminya itu?

Dengan sekali lafaz,aina telah sah menjadi isteri orang dan pengantin lelaki terus ke bilik pengantin perempuan bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Aina terus tertunduk dan aina berasa pelik kenapa suaminya berdiri sahaja di depannya dan tidak menyarungkan cincin di jarinya.Aina terus memandang ke arah suami dan aina tergamam kerana suaminya ialah seseorang yang dia paling benci iaitu,Aidil Fakrul.

14

Selepas majlis tamat,aina terus meluru mencari aidil,murni dan rafi.Aina berasa kesal kerana tidak melihat wajah suaminya sebelum ini.Dulu puan Faridah pernah memberikan gambar bakal suaminya tapi aina tidak mahu melihatnya.Kini,aina menyesal tak sudah.

“Woi,korang!”Aina terus meluru ke arah suaminya dan teman – teman baiknya itu.Mereka memandang aina.

“Murni,kenapa kau tak bagitahu aku yang mamat ini bakal laki aku dulu ha?”marah aina.

“Asal kau nak marah aku pula?Bukan dulu mak kau ada bagi gambar aidil ke sebelum korang kahwin dulu?”Aina terdiam apabila murni berkata sedemikian kepadanya.Lalu dia memandang sinis kearah suaminya.

“Asal kau terima kahwin dengan aku?soal aina pada aidil,suaminya.

“Eh,kau ingat aku tahu ke yang kau itu akan jadi bini aku?Baru tadi aku tahu.Patut la masa lafaz nikah tadi aku macam kenal saja nama aina tu.Rupanya kau.”Jawab aidil.

Tiba – tiba aina teringat semasa upacara membatalkan air sembahyang.Aina terkejut bukan kepalang lagi melihat bahawa aidil itu adalah suaminya.

“Buat seperti tak berlaku apa – apa okey.Berlakon sajalah macam kita ini pasangan bahagia sudeh.”sempat lagi aidil bergurau di saat itu.Aina senyum kambing pada suaminya.Jagalah kau lepas majlis nanti.

“Woi aina! Sempat termenung pulak awek ini?”Sergah murni.Aina cepat tersedar dari lamunannya.

“Tak guna punya betina,dulu kau dah rampas adif daripada aku.Tapi sekarang adif dah mati.Lepas itu kau rampas pula aidil daripada aku.Dasar perempuan sial.Kau tengoklah aina nanti.Aku akan huru harakan rumah tangga kau.”berang amira elina.Amira elina melemparkan semua barangnya sehingga bersepah biliknya.Amira elina marah apabila orang yang mengahwini bekas tunangnya adalah aina.

Amira elina kebetulan berlalu di depan restoran di mana tempat aina dan murni makan.Amira terus meluru kearah mereka.

“Aina”sergah amira elina.Aina dan murni terkejut apabila di sergah begitu.

“Kau nak apa?Jumpa orang tak reti bagi salam atau hormat ke?”jawab aina dengan tenang.

“Aku nak hormat kau?Aku takkan hormat perempuan perampas macam kau ini!”tengking amira elina sambil menunding jari ke arah aina.

“Aku rampas apa dari kau?”Tanya aina.

“Kau boleh Tanya lagi pada aku?Kau dah rampas aidil dari aku.Dulu adif sekarang aidil pula.”marah amira elina lagi.

“Aidil itu suami aku.Aku tak pernah rampas dia dari sesiapa dan aku juga tak tahu yang kau pun syok dekat laki aku itu.”Sebak hati aina apabila nama adif disebut – sebut lagi.

“Aina,kau memang dasar perempuan jalang dan tak berguna langsung.”kasar amira elina.

“Amira,kau jaga sikit mulut kau sebelum aku tampar kau!”Celah murni.Murni tidak suka apabila rakannya dicela oleh orang lain.

“Kau jangan masuk campur dalam urusan aku.Pergi uruskan rafi itu lebih baik.”jawab amira elina.

“Kau jangan nak menghina aku ya amira.”aku tak pernah rampas apa – apa dari kau.”Setitis air mata mengalir ke pipi aina.

“Eh aina kau simpanlah air mata kau itu.Aku tak simpati langsung pada kau.Kau memang perempuan pembawa sial.Disebabkan kaulah adif mati tahu tak!”Tidak semena – mena pipi amira elina di tampar oleh murni.

“Kau jaga mulut kau! Tidak ada manusia dilahirkan untuk membawa sial.”Tengking Murni.Amira elina sudah malu apabila dirinya ditampar di khalayak ramai dan…

“Aina,kau dengar sini.Aku takkan biarkan kau bahagia sampai bila – bila.Faham tak!”Jerit amira elina dan dia terus berlalu keluar meninggalkan restoran tersebut.

“Murni,aku ini pembawa sial ke?Aku ke punca Abang Am meninggal?”Aina menangis seperti tidak mahu berhenti – henti.Dan murni terus memujuknya dan..

“Aina,sudahlah itu.Jangan percaya cakap perempuan itu.Adif meninggal kerana Allah lebih sayangkan dia.Tidak ada kena mengena dengan kau.Bersabar ya sayang.Mari aku hantar kau balik.”pujuknya lagi.

“Tak mengapa,aku ingat aku nak pergi lawat kubur kejap la.Kau balik dulu ya?”Murni sekadar mengikut sahaja kehendak aina.

“Assalamualaikum abang! Aina datang ini.”Lalu aina duduk bersimpuh membaca AL – Fatihah dan membaca yasin buat arwah adif ammar.Setelah selesai,Aina mencabut rumput yang tumbuh meliar di atas kubur adif.

“Abang,aina nak minta maaf sebab dah lama aina tak lawat abang.Abang,betul ke aina ini punca abang tinggalkan dunia ini?Abang,aina terlalu rindukan abang.Kenapa abang tinggalkan aina?Kalaulah abang masih hidup lagi,mesti abang akan melindungi ainakan?Abang,aina nak ikut abang!”Aina menangis tersedu – sedu di hadapan kubur adif ammar.

Aina pulang ke rumah lewat.Aidil risau akan keadaan isterinya yang pulang lewat itu.Walaupun hubungan mereka tidak baik walaupun mereka sudah hampir setahun berkahwin.

“Baru balik?Kenapa kau tak balik sampai tahun depan?Buat lagi orang dalam rumah ini tambah risau lagi.”Perli aidil.

“Kau jangan cari pasal dengan aku boleh?Ikut suka hati akulah nak balik pukul berapa pun.”jawab aina.

“Eh,kau tarik balik kata – kata kau itu.Kau tahu tak aku ini siapa dengan kau?Kau itu isteri aku.Kau pergi mana?Buat apa?Aku langsung tak tahu.Kau ingat aku ini hamba abdi kau ke?Aku suami kau aina.”berang aidil.

“Suami?Eh aku tak pernah hendaklah kau itu jadi suami aku dan aku tak ingin langsung sehidup semati dengan kau la.Menyesal aku setuju cakap mama dan papa dulu.Aku pun tak ambil peduli apa yang kau nak buat.Jadi kau tak payah nak ambil peduli pasal akulah.”Berang aina pula.

“Menyesal ataupun tidak,sekarang ini kau dah jadi isteri aku faham tak!Aku sedar hubungan kita tak berapa baik semenjak kita kahwin dulu.Tapi kau tak boleh memandang rendah terhadap aku seperti ini.Aku ada maruah aina.Aku perlu tahu apa yang kau buat walaupun kau tak ambil tahu langsung fasal aku.”Aidil terus berlalu meninggalkan aina keseorangan di ruang tamu.Aina termangu apabila mendengar luahan hati suaminya itu.

Selepas mandi,aina perasan diari peninggalan arwah adif hilang.Lalu dia mencari di serata biliknya langsung tiada.Dan dia terus bercadang untuk mencari diari itu di ruang tamu.Tiba – tiba dia melihat aidil memegang buku tersebut dan membaca isi kandungan diari tersebut.

“Aidil!”Tengking aina.Terkejut aidil apabila disergah begitu oleh aina.

“Kau jangan nak tengking aku ya?Hormat aku sikit!”Jawab aidil.

“Hormat kau?Aku nak Tanya kau,kau hormat aku ke tak sampai ambil barang privasi aku?”Tanya aina.

“Kenapa kau tak beritahu pada aku yang petang tadi kau kena serang dengan amira?Dan satu lagi kenapa kau tak beritahu pada aku yang kau ini dulu pernah ada tunang?”Aidil langsung tidak menjawab pertanyaan aina.Aidil mengetahui hal amira dan aina melalui Rafi.

“Jangan masuk campur dalam urusan aku boleh tak?”aina terus merampas diari tersebut daripada aidil.

“Kenapa aku tak boleh masuk campur?Kau ada lelaki lain di belakang aku?Siapa adif,aina?Bagitahu aku!”Berang aidil.

“Kau tak perlu tahu pasal dia.Ini urusan aku bukan kau.Aku benci kau!”marah aina lagi.

“Aku perlu tahu!Aku suami kau!”Tengking aidil.

“Kau jangan sebut perkataan suami itu lagi.Kalau kau rasa kau itu suami aku,kau tidak akan pernah sentuh barang peribadi aku.Aku tak suka,Kau memang lelaki tak berguna.Kau jangan ingat aku ini amira elina yang kau boleh permainkan.”Marah aina lagi.

“Kenapa kau masukkan nama perempuan itu dalam hal kita?Aku tak ada apa -apa hubungan dengan amira lagi.Okey,aku minta maaf sebab aku dah baca diari kau.Tapi kau tidak boleh menghina aku seperti ini aina.”marah aidil pula.

“Aku benci kau dan tak akan maafkan perbuatan kau ini!”Aina menangis dan terus berlari ke kamarnya.

15

Aidil semakin risau akan hubungannya dengan aina.Murni telah menceritakan segala – galanya tentang adif ammar kepadanya.Aina pula kini semakin menjauhinya pula.Dia sudah semakin sayang pada isterinya itu.Aidil berjanji pada dirinya yang dia akan membahagiakan aina.

“Aina,pergi makan.Saya dah sediakan makanan untuk awak.Hari ini saya yang masak khas buat awak.”Aidil ingin menambat hati isterinya.Tetapi aina seperti tidak ambil peduli tentangnya lagi.

“Kau tak perlulah bersusah payah macam ini.Aku tak perlu semua ini.Berapa kali aku nak bagitahu kau yang aku benci pada kau.Jadi apapun yang kau buat untuk aku tak akan pernah suka.”Jawab aina.Baru aina ingin meninggalkan aidil tiba – tiba aidil memeluknya dari belakang.

“Apa kau buat ini?Lepaskan aku!”Marah aina.

“Aku takkan lepaskan kau.Kau sekarang milik aku dan selama – lamanya akan jadi milik aku.Aina,aku cintakan kau dan aku akan lindungi kau sampai bila – bila.”seraya itu aidil melepaskan pelukan.Tetapi kata –kata aidil itu langsung tidak memberi kesan kepada diri aina.

“Kau cakap sajalah apapun.Aku bencikan kau dan aku tak nak sehidup semati dengan kau.Aku nak kau ceraikan aku.”Dengan selamba aina berkata begitu kepada suaminya dan terus berlalu pergi.Aidil termangu dengan penjelasan yang diberikan oleh aina tadi.

Aina,aku dah sayangkan kau.Aku tidak akan ceraikan kau.Aku janji yang aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku.Nanti sajalah aina.Kau tunggu,aku akan buat apa sahaja untuk mendapatkan cinta kau.

“Aku dekat mana ini?”Aina melihat sekelilingnya putih dan tiada jalan keluar untuk keluar dari tempat itu.Kemudian aina terdengar seseorang memanggilnya.

“Aina! Aina!”.Aina terus mencari dimana suara itu.Dan suara yang memanggilnya itu ternyata adalah adif.

“Abang!”

Adif terus mendepangkan tangannya dan aina terus berlari kearah adif lalu memeluknya.

“Abang pergi mana?Aina rindukan abang.Kemana abang pergi semasa aina perlukan abang?”Aina mengeratkan lagi pelukannya terhadap adif.

“Sayang,abang rindukan sayang.Abang pergi jauh sayang.Abang minta maaf ya sayang.”Aina menangis semahu – mahunya di dalam pelukan adif.Adif tetap memeluk aina.

“Abang,aina minta maaf pada abang.Aina…dah mengkhianati cinta kita.”Lalu adif melepaskan pelukan mereka.Adif tersenyum pada aina.

“Jangan menangis sayang.Abang sedih bila lihat sayang menangis macam ini.”Adif mengelap air mata yang mengalir di pipi kekasih hatinya.

“Abang,jangan tinggalkan aina.”Pinta aina.

“Abang minta maaf sayang,abang perlu pergi.Sayang,abang doakan sayang akan berbahagia dengan dia.Abang tak boleh jaga sayang.”

“Tapi kenapa abang?”tanyanya kepada adif.

“Abang yakin dia mampu menjaga aina dan membahagiakan aina.Berbahagialah sayang.Abang akan tetap sayangkan sayang sampai bila – bila.Selamat tinggal sayang!”Seraya itu adif terus cium dahi aina dan terus berlalu meninggalkan aina.

“Abang,jangan tinggalkan aina.”Tetapi kelibat adif terus menghilang.

Tiba – tiba aina tersedar dari tidurnya.Ya Allah,aku mimpi abang Am tadi.Aina menangis semahu – mahunya.Dia melihat diari yang diberikan oleh puan zaridah kepadanya.Hatinya terbuka untuk membaca diari tersebut.Di dalamnya Cuma berisi jadual kerja adif,aina terus membuka lembaran di bahagian belakang buku diari itu.Terdapat beberapa coretan adif mengenai dirinya dan salah satunya bagaikan menyentap hati aina.

28 Disember 2006

Hari ini merupakan hari paling gembira buatku.Aku telah menjadi tunangan kepada kekasihku,Aina Edora.Aku bermohon kepadamu Ya Allah supaya engkau memperpanjangkan jodoh kami sampai bila – bila.Sekiranya ajalku sampai sebelum tiba waktunya,Engkau kurniakanlah aina seseorang yang terbaik buatnya.Lelaki yang mampu menyayanginya lebih dariku,lelaki yang mampu melindunginya lebih daripada aku melindunginya,lelaki yang dapat memberikan kebahagiaan kepadanya lebih daripadaku.Kebahagiaannya merupakan kebahagiaan buatku Ya AllaH.

Sayang,abang akan sentiasa setia mencintai dan menyayangi sayang sampai bila – bila.Abang akan sentiasa mendoakan kebahagian sayang.Berjanjilah denganku sayang,yang engkau akan berbahagia sampai bila- – bila.I love you,sayang more and more from day by day.

Aina menangis membaca coretan tersebut lalu dia memeluk diari itu.

“Abang,aina janji pada abang yang aina akan berbahagia dengan aidil.Abang,aina sayangkan abang juga dan aina akan terima diri aidil seadanya.Aina akan belajar mencintainya.”

16

“Abang”panggil aina.Aidil menoleh kearah aina.Dia berasa terkejut akan perubahan drastik aina dan panggilan aina terhadap dirinya juga bertukar kepada yang lebih baik.Aina terus meluru kearah suaminya lalu memeluknya.

“Abang,aina minta maaf atas kekasaran aina pada abang selama ini.”Tersedu sedan aina menahan tangis.

“Aina,kenapa aina menangis sayang?Abang dah lama maafkan aina.”Aidil mempereratkan pelukkan isterinya.

“Terima kasih abang.Aina janji selepas ini aina akan menjadi isteri yang baik buat abang.Aina akan buat apa sahaja untuk abang demi menebus kesalahan aina pada abang.”ujar aina.

“Abang tak perlukan pengorbanan apa – apa dari sayang Cuma abang mengharapkan cinta abang di balas oleh sayang.”

“Insyaallah,aina akan belajar untuk mencintai abang.”jawab aina.

“Sudah itu sayang,jangan menangis lagi.Abang tak suka tengok isteri abang cengeng.”Aidil mengelap air mata aina dan memberikan satu kucupan di dahi aina.

“Terima kasih sayang.Sebab sayang dah terima diri abang dalam hidup sayang.”Aina terus memeluk erat suaminya.

Beberapa bulan kemudian,aina telah disahkan mengandung dan aidil gembira atas kurniaan yang telah diberikan olehNya.

“Sayang,mungkin malam ini abang pulang agak lewat.Jadi sayang jangan tunggu abanglah ya?”

“Yelah abang,jangan kerja kuat sangat tau.Nanti sakit pula macam hari itu dan satu lagi jangan lupa makan ingat itu?”Bebel aina.

“Yelah intan payung and my gunung meletup.Jangan risau ya!Jangan cakap orang sahaja ingat diri itu dah jadi mak buyut.Jangan banyak sangat bergerak.”balas aidil.

“Iyalah abang.Sudah pergi buat kerja itu.Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam sayang.I love you my dear”.Aina terus meletakkan telefon.Aina tersenyum mendengar gurauan suaminya tadi.

Tiba – tiba ada orang menutup mulut aina dengan kain dan aina terus pengsan.Aina dibawa kesebuah tempat di dalam hutan.

“Aku dekat mana ini?”Aina berada dalam ketakutan ketika itu.Aina ternampak seseorang masuk ke tempat dia dikurung.Aina tidak boleh bergerak kerana tangan dan kakinya terikat.

“Amira!Kenapa kau buat aku macam ini ha?Apa salah aku pada kau perempuan?Apa kau nak lagi pada aku?”Tanya aina bertubi – tubi.

Tiba – tiba amira elina melempang muka aina.Amira elina ingin membalas dendam pada aina kerana dia telah merampas lelaki yang dicintainya.

“Kau Tanya aku?Aku rasa kau tahu jawapannya kan?Aku nakkan Aidil Fakrul,suami kau.”

“Kau jangan macam ini amira.Dia suami aku.Carilah lelaki lain yang lebih baik amira.Lagipun aku tengah mengandung anak aidil.”Terus amira elina menumbuk wajah aina dan amira elina menyepak aina tidak ubah seperti orang yang hilang akal.

“Aku peduli apa!Aku akan buat sampai kau keguguran.Faham tak?”Aina bertambah berang dan pada masa yang sama dia berasa lemah sekali.

“Kalau kau buat begitu aku tidak akan pernah menyerahkan aidil pada kau.”

“Perempuan jalang,dalam keadaan macam ini pun kau masih boleh nak menentang aku.”kasar amira elina.

Ya Allah,lindungilah diriku,suamiku dan anakku daripada genggaman manusia seperti ini.Selamatkanlah aku.Hanya padamu aku berserah.

Tiba – tiba tempat kurungan aina itu diserbu oleh pihak polis.Aidil terus berlari kearah isterinya.

“Sayang,bertahan ya.Abang bawa sayang ke hospital sekarang.”aidil terus memangku kepala isterinya yang lemah itu.Aidil terus memandang kearah amira elina yang telah digari oleh pihak polis.Sinis pandangannya.

“Mira,aku takkan maafkan kau sekiranya terjadi apa – apa terhadap isteri aku dan anak aku.”Lalu diangkat isterinya untuk di bawa ke hospital.

“Aidil,I cintakan you.Jangan tinggalkan i.”rayu amira elina tetapi aidil tidak mengendahkan kata – katanya.

“Lepaskan akulah”ucap aina pada pegawai tersebut.

“Kau jangan nak banyak cakap,ikut kami ke balai polis.”Marah polis tersebut pada amira elina.

Aina tersedar dari koma dan orang pertama yang di nampaknya ialah aidil,suaminya.Aina melihat suaminya menangis tersedu sedan di sisinya.

“Abang”panggilnya.Terus aidil mengelap air matanya.

“Sayang dah sedar?Sayang abang terlalu risaukan sayang dan anak kita.Jika tejadi apa – apa pada kalian,abanglah akan rasa bersalah seumur hidup abang sayang.Patutnya hari itu abang berada di rumah temankan sayang.Maafkan abang ya sayang.”Aina kesian melihat suaminya yang sedang bersedih tentang keadaan dirinya dan anak yang di kandungkan oleh aina.

“Sudahlah itu abang,jangan salahkan diri lagi.Perkara sudah lepas.Anggaplah sebagai ikhtibar buat kita.”Lalu aina mengelap air mata suaminya dan mencium tangan suaminya.

Beberapa bulan kemudian,aina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aimi Aifa binti Muhd Aidil Fakrul.Dan amira elina telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merancang pembunuhan arwah adif ammar dan menculik aina edora.

“Sayang!”panggil aidil.

“Abang jangan kuatkan suara itu,aimi tengah tidur itu.Nanti terbangun pula dia.”

“Okey,sorry sayang.”seraya itu aidil terus memeluk aina dari belakang.

“Sayang,abang ada perkara tersangat penting nak beritahu sayang ini.”

“Apa dia abang?”Tanya aina.

Aidil terus memberi kucupan di pipi aina.”Perkara terpenting yang abang nak beritahu ialah….. I love you so much sayang.”Sayang,sayangkan abang tak?”Tanya aidil.

“Tak sayang langsung.”gurau aina.Aidil terus melepaskan pelukannya terhadap isterinya.

“Sayang tak sayangkan abang,sampai hati sayang.Nak merajuklah.”Terus aidil berlalu menuju katil mereka dan menyelubungkan dirinya dengan selimut.

“Abang,kenapa ini?”

“Sayang cakap sayang tak sayangkan abang.Biarkan abang macam ini.”rajuk aidil.

“Abang,aina bergurau sajalah.Mestilah aina sayangkan suami aina yang comel ni dan kuat merajuk ini.”Terus aidil membuka selubung selimutnya.

“Betul ini?”

“Iya abang.”terus dia mencuit hidung suaminya.

“Eh apa ini,cuit hidung orang pulak.Mahal harganya.”

“Mengada – ngadalah abang ini.Sudahlah”Sebaik sahaja aina mahu berlalu meninggalkan suaminya,aidil terus menarik aina ke dalam pelukannya.

“Terima kasih sayang.”

“Sama – sama.Aina juga nak berterima kasih pada abang kerana menerima diri aina seadanya.”

“Sama – sama kasih sayangku”Dan mengeratkan lagi pelukan isterinya.Aina terasa bahagia kini.

Ya Allah kekalkanlah kebahagian yang sedangku kecapi kini.Kuatkanlah dan panjangkanlah hubungan kami sehingga ke akhir hayat.Aku bersyukur kepadamu kerana telah mengembalikan kasihku yang pernah hilang dahulu.AMIN.

-TAMAT-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Kasih yang hilang”
  1. fiqah says:

    bestnya….tp sdih adif mati….

  2. nabilah azima says:

    best :D

  3. fifie says:

    auwww,so sweet cite ni,tp part yg aku paling suka masa part si amira kena tangkap tu,padan muka!!tahniah buat penulis.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"