Cerpen : Kerana aku seorang guru

8 May 2011  
Kategori: Cerpen

4,552 bacaan 9 ulasan

Oleh : kayaizzat

Hari ini genap setahun aku di daerah baru. Bererti sudah setahun juga perasaanku tersalai layu demi anak bangsa tercinta. Segalanya telah aku korbankan untuk mereka. Seluruh jiwa raga turut ku tumpahkan pada dunia yang semakin beranjau dan berliku. Alangkah bahagianya,jika aku seperti mereka,menadah pemikiran demi sesuap ilmu.

Tidak perlu merasa amarah,tidak perlu memerah pengorbanan,tidak perlu buat itu ini. Belajar sudah cukup untuk bekalan masa depan. “CIKGU NAK MARAH?”……..pedulik apa. Dah salah sendiri……degil,langgar disiplin,tak buat kerja sekolah. Tadah sahaja tapak tangan. Merah sekejap aja. Kalau “HATI TERBAKAR”….hi hi hi,pandai-pandailah ubat sendiri. TAKUT ……GILA,(bila bapak tahu). Mengadu dengan bapak,alamat …jadi ZEBRA punggung yang comel. Nak minta simpati dengan emak,sedialah menerima cubitan keramat miliknya. Namun tiada dendam yang bisa membunuh keinginan menuntut ilmu. Memang manis kenangan lalu.

Lubuk rezeki ku memang penuh misteri. Kalau iman tak kuat,sudah lama tapak tangan,tapak kaki ku yang gagah hinggap kat pipi pencetus masalah. Meleleh nanah dari kelopak telinga ini bila ungkapan syahdu berlagu pilu tersangkut digegendang telinga “Dasar lembap!!!!!!!!!!semuanya nak lambat”. Seakan tertanggal sepasang telingaku yang capang dari tapaknya. Sakitnya seakan dihempap segunung bara api dari langit. Hakikatnya….ia adalah sebuah penghinaan yang tak sepatutnya aku terima. Memang tak wajar,sekali aku terlalai,hukuman yang teruk harus aku telan.

Jika ikut kata hati,aku merelakan diri ini mengais kembali zaman kanak-kanak. Tiada masalah,tiada beban yang perlu aku galas. Paling teruk pun mendapat ceramah secara percuma dari abang-abangku ataupun kakak-kakak ku bila aku tersungkur di pintu peperiksaan. Namun kerana aku seorang guru,terasa berdosa jika membiarkan anak-anak yang tidak punya apa-apa,bagai tin kosong. Kerana aku seorang guru,aku perlu korbankan segala-galanya termasuk perasaanku sendiri. Itulah harga yang perlu aku bayar demi memertabatkan lubuk rezeki ku.

Berliku benar perjalanan hidup ini. Seingat aku……zaman aku di kolej dulu,tak pulak termaktub dalam pekeliling,tak sedikit pun kami diajar buat kerja-kerja seorang kerani. Paling dititik beratkan tentunya Pengajaran dan Pembelajaran. Tapi teruk macam mana pun,aku puas. Bila aku menjadi seorang GURU,secara outomatik aku layak menjadi seorang kerani N17. Namun…..sehebat mana beban yang menghempap diri ini,tiada sekelumit penyesalan mencuit hati. Tiada perkataan MENYESAL memilih bidang ini kerana itu sememangnya IMPIANKU sejak dari dulu. Teringat kata arwah nenek”KERJAYA SEORANG GURU NAMPAK TIDAK BERNILAI DI ERA YANG LEBIH MAJU,NAMUN JIKA DI SISI TUHAN,IA TERLALU TINGGI NILAINYA. Sebagai Hamba-Nya,tak perlu kita mengeluh,tak perlu menyesali jalan yang kita pilih. Kita perlu ingat,setiap kejadian yang di tentukan oleh Tuhan,ada hikmah yang sukar untuk ditafsirkan”

Aku ikhlas menerima ketentuan Tuhan dan aku pasrah sepenuh hati menyambut takdir yang ada. Persoalannya,sanggupkah aku menerima cercaan dan hinaan dari orang yang layak ku panggil ….(Sebak dadaku mahu menyebut keindahan namanya.) Tepuk dada terasa sakit,tapi kalau tak tepuk,hilang pulak selera aku. Fuh!!!!!!Pelik,bila guru bermatian berkorban segalanya,sedikit pun tak terlihat dari lirik mata. Jangankan ucap “Thank You”,sumpah seranah pulak yang terpaksa aku telan. Kekadang rasa macam tak berbaloi bila murid terkencing,bila murid langgar disiplin,bila kelas yang macam tongkang pecah bertukar corak nan indah dan murid yang gemuk kembali slim. Sayu sesangat perasaan seorang guru. Tak ada apa yang kami dapat. “Awak tak mengajar pelajar tahun 1,sebab itu pelajar tahun 6 gagal UPSR!!!!!!!!”. Meleleh air mata bila segala susah payah langsung tak terperasan di matanya. Apa erti semua ini?

Cubalah selami diri ini,aku cuma satu. Fikirlah sejenak…….terdayakah aku melakukan segala-galanya dalam satu masa yang sama? Hebat sangatkah diri ini,bila semuanya perlu sempurna? Sehari dua,ya….mungkin aku termampu dan boleh bertahan. Renunglah bersama,apa yang akan terjadi kepada ku,jika perlu mengalas beban sepanjang masa?. Lama-lama mungkin aku boleh hilang akal. Percayakah orang pada aku?. Kata Kak Nani,CAKAP pun tak ada guna. Tentu orang tak percaya walau tekak kita kembang macam buah kembang semangkuk. “Eh…kerja GURU kan senang,pergi pukul 7.30 pagi,pukul 2.00 petang dah boleh membuta kat rumah. “CUTI”….banyak gila. Hujung tahun dapat bonus”. Tersenyum tawar kaum guru mendengar ungkapan lembut penuh kepiluan.

Terfikir aku…….”Mana lebih utama antara tugas mendidik anak bangsa atau buat program entah apa-apa yang tujuannya tidak begitu jelas?” Adilkah namanya kalau tak siap satu tugasan,dicanangnya aku sekeliling dunia? “Dia memang tak ada komitmen,dia spesis kekura!!!!!!!!”. Cukup hairan,bila program siap,anugerah itu ini kami julang……memandang sahajalah durian tua memegang hadiah sambil mendabik dada,akulah yang buat semuanya. Orang cantikan rumah,kami cantikan kelas hingga terasa kelas yang ada macam taman bunga yang indah. Ya…Kami menang,tapi tulah kan,hadiahnya orang lain yang dapat. Senang kata,menang sorak,perasaan kami yang tergadai. Sudahnya,kami duduk sorang-sorang dalam kelas yang cantik tanpa sebarang kegembiraan.

Sepoi-sepoi kedengaran”Hebat betul raja durian tu”. Nak tunggu ucapan “Terima kasih”……sampai mati berangan tetap kempunan. Mememadang dan terus memandang durian yang penuh duri tajam melagukan lagu kebangaan “Tengoklah kawan-kawan. Semua ini aku yang buat,tengoklah betapa canggihnya aku,tengok betapa berkuasanya aku”. Dengan bangganya durian tua membakul sampahkan diri sendiri.

Selalunya apa yang aku dapat………..ADUH!!!!!!! tak lain dan tak bukan “Dia lembap,dia pemalas”. Terkasima sebentar. Bukan dia tak tahu,kerana nak siapkan program,biji mataku nyaris tak boleh terkatup lagi. Merahnya mengalahkan biji saga. Kerana nak siapkan program…..tak pasal-pasal aku menempah dosa sendiri,tinggalkan anak murid yang dahagakan ilmu. “DOSA?”. Pertanyaan baik yang perlu aku jawab. TANGGUNGLAH sendiri. Lambat sikit,sudi-sudilah mendengar ceramah percuma yang menusuk jantung. Apa nak buat ,kalau dia seorang yang bertindak jadi pengerusi,dialah penceramah dan dialah juga juruseboknya. Naik sengal gegendang telinga. Tak pelu jawab. Tanya sepatah,nanti dilazernya aku dengan berpuluh-puluh jawapan. Nak beri pandangan,nanti dikatanya aku cuba cabar kuasa dia. Bila aku cuba jawab soalannya,dikatanya aku tak beradab dan tiada perasaan hormat pada orang tua. Hidup ku kini ibarat diluah mati bapak,ditelan mati emak.

Ternyata semangatku kian luruh. Entahkan bila putik-putik kebahagian akan kembali berbunga mewarnai hatiku yang terluka. Terasa longlai sepasang kaki miliku merentas lubuk rezeki yang terasa panas bahangnya. Kalau tak kerana anak-anak bilis kesayanganku,rasanya tak teringin untuk aku membuka pintu hatiku menghadap dia. Mengelegak kepalaku tiap kali terpandang wajah lelaki itu menghamburkan kemarahannya 2-3 jam semata-mata tersalah buat surat atau program. Buang masa.

Dulu,bukan aku tidak pernah menanggung cercaan,rasanya lebih teruk. Izzati,sebuah nama yang membuatkan aku nyaris turun naik mahkamah. Kalau setakat diserang mak bapak,dah tak berbekas di hati. Acap kali aku lalui detik mencemaskan. Setakat makan hati dengan sikap anak murid,ibarat masuk telinga kanan dan keluar pula telinga kiri. TAPI,penangan lelaki yang amat layak digelar warga emas ini,buat jiwaku kacau yang amat sangat. Cakap salah,tak cakap pun salah,buat salah,tak buat lagi besar salahnya. Lebih malang lagi,orang lain yang baling batu,orang lain pulak yang dipukulnya. Teranaya betul diri ini.

Seingat aku,inilah kali PERTAMA aku terlambat .Dah penatlah kawan…sampai kepalaku separuh miong. Aku bukan tak buat kerja,aku bukan tak masuk kelas,aku bukan tak mengajar,semuanya aku buat selayaknya. Tak kan sebab ter …..lambat buat kali pertama,habis susu sebelanga yang aku simpan selama ini. Habis umpat keji yang terhambur hingga dinding-dinding yang kaku,akhirnya bersuara menyampaikan keaibanku. “Buruk sangatkah aku,hina sangatkah aku,hingga seluruh pakaianku habis dilucutkan?.

Aku bukan robot yang bisa melakukan arahan 100%,aku bukan kuli batak yang buat program itu ini dan aku juga bukan hamba abdi yang tunduk pada semua arahan tanpa dapat membela walau sepatah. Tubuhku Cuma satu,yang TERPAKSA dibahagikan ke berpuluh-puluh bahagian demi menjayakan “Misi Misteri” yang teramat gila.

Mana tidaknya,buat padang aku,buat kolam ikan aku,buat reban burung aku,cantikan taman aku gak. Setiausaha peperiksaan aku ,guru RMT aku,guru kelas aku. Itu ini aku lagi. Mengecat banguna,buat mural aku,isi kad kesihatan aku,kad gigi siapa lagi kalau tak aku,rekod obesity budak aku jugak. Lihat senarai tugas orang macam aku. Agaknya kan,kami ni layak di panggil apa?.

Hari ni kami jadi guru,esok kami jadi tukang kebun,lusa kami jadi setiausaha sulit,tulat kami jadi doktor merangkap jururawat,tulat kami jadi pereka fesyen macam Bernard Chandran. Tulat-tulat-tulat kami jadi pelukis plan dan tak heran,dalam satu masa,kam jadi kontraktor yang kaya dengan beban dan tekanan. Hebat betul kerjaya milik kami. Dari seorang guru,kami juga boleh menjadi doktor,peguam,pelawak mahupun tukang cuci. Agaknya inilah yang dikatakan oleh nenek dulu,MENJADI seorang GURU adalah tugas paling mulia. Tak payah susah payah nak buka klinik jadi doktor sebab bila kita jadi guru,segala impian kita masa kecil semuanya akan kita dapat. KESIMPULANNYA,kita perlu bersyukur kerana menjadi manusia terhebat di alam ini.

“Cikgu..saya nak ke tandas”.Sakit dadaku terkejut. Sesungghnya…agak lama aku menguis kenangan. Ku perhatikan satu persatu anak muridku yang Cuma 9 orang. “Alangkah seronoknya kalau aku jadi seperti mereka. Lompat sana lompat sini,loceng berbunyi terus balik. Sampai rumah,makanan sudah terhidang” Lain sangat dengan aku,balik rumah ingat balik warga emas yang tak sudah-sudah membebel dan gila bercakap. Lenguh,sengal kepala otak aku.

Mood aku hilang terus bila tekanan menghentam diri sendiri. Tak heranlah kan!!,…kalau selama ini kita sering mendengar sok sek,sok sek….ada guru yang jadi GILA kerana banyak sangat tekanan yang diberi secara percuma biar ada yang mengeleng berpuluh-puluh kali kerana tak nak menerima pusaka maut. Harap-harap aku tidak tergolong dalam kelompok ini. Rasanya….cukuplah warga emas seorang tu yang dapat gelaran GK@gila kuasa. Mana tidaknya,silap sikit,senang sangat diugutnya kami “Kat sini,saya lebih berkuasa dari awak. JANGAN sesekali cuba cabar kuasa saya. Saya boleh pindahkan awak bila-bila masa!!!!!!!!!”. Ngeri betul. Terasa bagaikan usus yang tersimpul erat,direntap dengan kejam. Hendak tak hendak,meleleh juga air mata. His his his….

Namun,aku perlu lebih peluru untuk mempertahankan benteng keimanan. KUASA kebangaan warga emas itu boleh membuatkan aku terperosok jauh di hutan belantara. Heran bin ajaib bila aku dituduh mahu mencabar KUASA. Tak terniat langsung nak duduk di singahsana terhebat ciptaan durian emas. Cukuplah bagiku,menyemai bakti pada bebudak comel yang saban waktu menanti wajah kacak ku terpacul di muka pintu biarpun aku tahu,ilmu yang ku semai mungkin ada yang cacat. Itu sudah memadai bagiku.

Mungkin……..satu hari nanti pintu kesabaranku akan terkuak sendiri jika beban yang menghemap perasaanku tidak mampu untuk ku galas lagi. Memang pantang nenek moyang,kepala yang mulia ini dipijak-pijak macam memijak tahi monyet yang bersepah di taman bunga. Kata orang,sarang tebuan jangan dijolok. Buruk padahnya. Kata pujangga,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. Aku taknaklah,suatu hari nanti wujud peribahasa baru dalam buku di pasaran”buat baik dibalas baik,buat JAHAT elok sangat kalau dibom terus”

Aku perlu bertahan seteguh Banjaran Evres,tak perlu rasa terancam. Biarlah aku Cuma sebiji mentimun yang kecil dan kelat rasanya,tapi …mampu merubah dunia menjadi sebuah kota yang penuh warna-warni yang indah dan punyai nilai murni terhebat.

Tapi sayang,tanpa kuasa,aku Cuma mampu bertahan. Aku dan mereka akan terus dibiarkan membina mimpi yang entahkan betul entahkan tidak. JADI,mulai detik ini,aku mesti menguruskan dunia ku sendiri. Bangun pagi,uruskan diri,pergi cari rezeki macam burung . Rasanya dah tak larat nak fikir benda lain sebab kegembiraanku telah lama dirompak oleh warga emas yang menanti detik untuk melambai dunia persekolahan. Biarlah…..aku enggan merosakan keindahan fikiranku. Biar sahaja cakap-cakap orang terlantar di serata alam. Pedulikkan sikap GK kuku besi yang menyelimuti lubuk rezeki kami. AZAM perlu dikuatkan dan ingatkan diri sendiri, masih ada anak murid yang mahu mendengar suaraku,bercerita tentang mimpi dan impian,bercerita tentang dunia dan ilmu. Biarlah orang yang merasakan dia terlalu hebat dan sempurna terjun bersama labu-labunya,biar mereka tenggelam dalam keegoon kerana aku yakin,bila saatnya akan tiba,roda yang berputar laju akan mula beransur pelahan.

Cukuplah aku terbeban dengan bermacam cabaran,biarlah kali ini,aku menjadi keras seperti besi waja. MATLAMAT ku Cuma satu…..melahirkan insan cemerlang,gemilang dan terbilang demi mencapai Wawasan 2020.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan membimbing
Putra-putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia…………
Air mataku tumpah saat janji yang ku genggam berbisik di telingaku. Biarlah bait-bait indah yang terlakar dalam hati,terus terpahat menyimpul amanah bangsa. Aku yakin,TUHAN lebih mengerti setiap apa yang terjadi ada hikmah yang indah warnanya. Aku tak akan menyesal memilih “dunia ini”. Akan kusahut segala penghinaan,akan ku rempuh semua halangan. Aku yakin….di depanku masih ada jalan yang luas dan indah. Aku perlu berani ….kerana aku seorang guru.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Kerana aku seorang guru”
  1. hana says:

    menjadi seorang guru sgt susah, tp jika disertai dgn keikhlasan tugas seorang guru akan menjadi mudah……….slamat hari guru

  2. missAsma says:

    n0t bad !
    gud j0b !

  3. rina_ab says:

    wah..ptot arr ckgu byk yg kna hipertensi..kesian..writer ni cam cikgu jerr..

  4. kayaizzat says:

    Ia sebahagian pengalaman paling indah bila menjadi seorang guru. Biar kadangkala nampak menyiksakan,namun ia menjadi pembakar untuk melakar kejayaan. Terima kasih guruku kerana akhirnya aku juga seperti kalian

  5. saya says:

    kitatidak memerlukan manusia untuk menghargai kerana manusia itu sendiri lemah, percayalah Allah sudah lama menghargai usaha-usaha kita..

    terima kasih cikgu

  6. qrieya says:

    ok

  7. Pensel Tekan says:

    Erm..tanggungjawabnya memang berat…
    sape yg ckp senang tu, meh la try..
    hnya org yg melaluinya je yg phm..
    Lagu “Kami Guru Malaysia” tu memg bg semangat yg BAIK punya!!

  8. nuriz says:

    terima kasih cikgu…:)

  9. ^^v menjadi guru bukan sekadar menyampai ilmu tapi mendidik anak bangsa supaya menjadi harapan negara. saya bangga untuk menjadi seorang guru!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"