Cerpen : Kisah yang sempurna

15 May 2011  
Kategori: Cerpen

6,349 bacaan 19 ulasan

Oleh : diya dayana isabella

Aku sering bertanya kepada ibu. “Ibu, cinta tu apa rasanya?” Namun, setiap kali soalan itu ditanya kepadanya, dia pasti mengeleng. Dia pasti mengubah topik perbualan kami. Kemudian, aku akan bertanya pula kepada along. Along yang berumur 18 tahun itu sama sahaja seperti ibu. Mereka akan lari dari memberi penjelasan kepada aku. Sebenarnya, cinta ni apa? Kenapa orang bercinta? Mungkin kerana along adalah kaum adam, so dia rasa sukar untuk berbicara tentang cinta itu kepadaku. Sering sahaja aku menjadikan novel cinta sebagai teman. Aku perlu tahu tentang cinta. Umur yang seperti aku ini harus tahu tentang cinta. Aku tidak mahu menjadi bahan ketawa Uria dan Ti. Kawan sekelasku yang sering mengejek aku kerana aku buta pada cinta.
“Nek, cinta tu apa?”
“Cu, cinta itu satu anugerah.”
“Anugerah?” Aku menggaru-garu kepala tidak faham. Nek Wan pula sudah hampir separuh abad umurnya. Lucu juga apabila mengingatkan kembali soalan yang pernah aku tanya kepadanya.
“Ye, cu. Anugerah yang Allah berikan kepada setiap hambaNya. Supaya mereka berkasih-kasihan antara satu sama lain.”
“Wah..bestnyer kalau bercinta ni.”
“Memang best kalau betul pada caranya.” Jelas Nek Wan lagi. Aku menjadi pendengar setia. Keterujaan begitu membuak kerana aku teringin mengenali cinta itu.
“Cara yang macam mana tu nek?” Aku tidak putus-putus bertanya kepada Nek.
“Sudah la tu mak. Jangan dilayan sangat budak kecik tu.” Ibuku sedikit menjerit kepada nenek. Nek Wan hanya tersenyum. Sergahan ibu sedikit sebanyak mematikan niatku untuk terus bertanya kepada Nek Wan.
“Biarlah Ida, budak-budak je.” Tok Ki membalas kata-kata ibu. Ibu sekadar mencebik. Kemudian ibu masuk ke dalam rumah dan Tok Ki meneruskan kerjanya menghidupkan kayu api untuk memasak bubur pulut hitam.
“Nek..As kacau nek ke? Maaf, As banyak tanya.”
“As, nek tak marah pun. Nek tahu, biasalah budak perempuan sekarang ni. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.” Panjang lebar nek Wan memberi penjelasannya kepadaku. Benar. Walaupun baru berumur 15 tahun, namun aku sungguh-sungguh ingin tahu. Tangan Nek Wan ligat menganyam daun ketupat. Mulutnya pula mengunyah sireh. Walaupun sudah berumur 80 tahun, Tok Ki dan Nek Wan tetap kuat dan bertenaga. Tok Ki rajin mencari ulam-ulam di kaki bukit. Tok Ki paling suka makan peria mentah. Katanya peria mengubat kencing manis dan banyak khasiatnya. Wajah Tok Ki dan Nek Wan nampak muda walaupun umur mereka separuh abad.
*******************
Kenangan itu terimbau sedikit demi sedikit. Semuanya telah berlalu. Kini, hampir sepuluh tahun aku tidak menjenguk kampung tercinta. Setelah kematian Tok Ki dan Nek Wan, ibu mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur. Kini, along sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Danish Iqbal dan Dania Khalisha. Ibu telah bersara setelah menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik. Cikgu Norida, merupakan cikgu yang berdedikasi dan disegani di sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan itu. Ketegasan dan kepinpinannya menobatkan ibu menjadi guru terbaik semasa menjadi guru di sekolah itu.
“As, bila kau dah besar, kau nak jadi apa?” Teringat kembali apabila Ti bertanyakan soalan itu kepadaku.
“Aku nak jadi pilot. Boleh bawa kapal terbang.” Ti ternganga apabila mendengar cita-citaku yang ingin terbang membelah awan biru.
“Wahh…best giler. Tinggi ek cita-cita kau.”
“Hmm…Ti, kau pulak nak jadi apa bila besar nanti?”
“Aku nak jadi doktor. Boleh rawat orang sakit.”
“Semoga cita-cita kau tercapai ek.”
“Sama gak kau As. Dah jadi pilot nanti jangan lupa plak aku.”
“Hehe..”
“Ye la. Mana tau kan, hari ni kau bawak aku pusing-pusing naik basikal satu kampung. Esok lusa, kau bawak aku naik aeroplane pulak, kita pusing-pusing satu dunia.” Aku hanya mampu tersenyum apabila mendengar kisah-kisah lama. Ti apa khabar agaknya? Uria pula? Kenangan lalu memagut aku untuk kembali ke kampung. Memagut seribu kerinduan.
*************
“As, ibu tak benarkan As ambil course tu. As kan perempuan.”
“Ibu, ni kan cita-cita As sejak kecil. Please, bu.”
“Banyak lagi pekerjaan yang ada. Ibu nak As jadi cikgu. Berjasa pada anak bangsa.”
“Ibu…..” Aku mengeluh hiba.
“Keputusan ibu muktamad.” Begitulah tanggapan ibu ketika aku memohon akademi tentera udara Malaysia. Cita-cita untuk menjadi seorang pilot terpaksa dikuburkan begitu sahaja. Ibu begitu menentang keputusan aku untuk menjadi seorang pilot.
Dalam diam, aku merayu pada along untuk memujuk ibu. Mana tahu kalau along menyokong aku.
“Along, tolong pujuk ibu. As nak capai cita-cita As.”
“As, sebenarnya ibu takut. Dik, ibu takut kalau-kalau kehilangan As. As kena faham. Ibu dah takde sapa-sapa lagi. Kalau As pergi, sapa nak jenguk ibu?. Bertalu-talu along mengeluarkan ideanya menentang impian yang aku inginkan selama ini.
“Along, kat mana-mana je dan bila-bila masa je kita akan mati. Bukannya kalau jadi pilot je, mati. Accident. Langgar sana sini.”
“As, tolong jangan derhaka pada ibu.” Nasihat along. Akhirnya aku mengalah. Sia-sia sahaja aku bermadah, berlawan kata dengan ibu dan along. Mereka berdua memang sama. Mempunyai pendapat dan buah fikiran yang sama. Aku mengoyakkan helaian kertas permohonan ke akademi tentera udara Malaysia itu. Dengan serta merta, panggilan untuk menjadi seorang guru sampai ke rumah. Ibu! Pasti ibulah yang mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menjadi guru kepada kementerian. Dengan surat sokongan daripada ibu, aku menjadi seorang pendidik. Muktamad! Itulah sikap ibu yang suka mengongkong anak-anaknya. Along seorang yang mendengar cakap, berbeza pula dengan aku. kami berdua terlalu kontra walaupun jarak umur kami hanya 3 tahun.
***********
Hari ini genap 3 tahun aku menjadi guru. Sudah berumur 27 tahun dan masih lagi diburu ketakutan untuk mengenali cinta. Kisah cinta dulu-dulu aku pendamkan kerana takut dimarahi ibu seperti sepuluh tahun yang lalu. Kalau dulu, Nek Wan dan Tok Ki ada untuk backing aku daripada dimarahi ibu, kini tidak lagi. Namun, aku tidak pernah lagi mengulangi soalan yang sama kepada ibu mahupun along. Aku sedikit demi sedikit memahami kisah hidup mereka. Kisah along dan ibu.
First, ibu bercerai dengan abah. Ibu diceraikan dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Ibu redha dengan keputusan yang diterimanya walaupun ibu dan abah sangat terkenal dengan pasangan paling romantis ketika belajar di universiti satu ketika dahulu. Perkahwinan yang bahagia mulai retak apabila abah berkahwin lagi satu. Isteri kedua abah tidak mahu dimadukan dan abah terpaksa menceraikan ibu. Itu kisah mereka. Kisah yang tidak sempurna dan kerana cinta mereka disatukan dan akhirnya penceraian menjadi penamatnya. Takdir sudah tertulis, kisah cinta itu bukan milik mereka berdua. Sebaik sahaja aku dilahirkan, ibu diceraikan secara sah.
Second, along pun bercerai dengan Kak Lisa. Kak Lisa akhirnya mengaku bahawa cintanya bukan untuk along tetapi untuk lelaki lain. Lelaki yang dimaksudkan ialah Abang Badri yang merupakan kekasih pertama Kak Lisa. Along berat hati untuk melepaskan Kak Lisa walaupun dia dicurangi oleh isteri yang amat dicintainya. Betapa terlukanya hati along apabila mengetahui bahawa Kak Lisa tidak pernah mencintai dirinya walaupun sekelumit. Akhirnya, along menceraikan Kak Lisa dengan menetapkan satu syarat. Along mendapat hak penjagaan mutlak untuk memelihara Danish dan Dania. Seperti yang dijangkakan, Kak Lisa bersetuju tanpa berkata apa-apa. Aku masih ingat lagi keadaan di mahkamah pada hari itu.

“Keputusannya, mahkamah dengan ini mendengar pengakuan daripada Ahmad Hafizul bin Ramli untuk menceraikan isterinya, Nurlisa Binti Daud.”
“Aku ceraikan engkau dengan talak satu.”

Begitu syahdunya hati seorang lelaki yang mencintai dan menyayangi isterinya sepenuh hati terpaksa melafazkan kata cerai. Kak Lisa hanya mampu terdiam di samping abang Badri. Danish dan Dania pula menangis seakan-akan si kembar itu tahu peristiwa yang berlaku pada hari itu. Kisah cinta mereka tidak sempurna. Takdir juga telah menetapkan jodoh mereka sampai di situ sahaja.
Melihatkan kisah cinta mereka, aku sendiri mengerti. Mereka tidak mampu menjawab pertanyaan yang aku berikan. Bertanya mengenai cinta pasti akan meluluhkan jiwa mereka. Bagaimana pula dengan kisah cinta yang sempurna? Aku sendiri tidak yakin apabila berbicara mengenainya. Aku tidak mahu diceraikan seperti ibu. Aku juga tidak mahu berpisah dan berantakan seperti along dan Kak Lisa. Mahligai cinta bahagia mereka yang tersungkur bukanlah itu yang mereka pinta.
***********
Kenangan bermain lumpur dan sawah kembali menerjah di kepala. Masih teringat ketika Uria dan Ti membaling lumpur di mukaku. Masih teringat juga sawah padi menguning. Air terjun yang sejuk menggamit memori. Kami bertiga bermandi manda di air terjun sehingga pulang lewat ke rumah dan dimarahi oleh ibuku. Namun, itu semua tidak mematahkan semangatku untuk terus bermain-main di petak sawah. Masih teringat juga kisah cinta yang sempurna yang menjadi idaman Ti.
“Ti, kisah cinta yang manakah menjadi idaman kau?”
“Aku inginkan putera raja.”
“Putera raja?”
“Yer, As. Seperti kisah dongeng dulu-dulu. Putera raja akan datang dengan kuda putih. Kacak dan bergaya, menghunuskan pedangnya. Berlawan dengan kesatria jahat dan menyelamatkan aku dari istana hitam.”
“Kau ni. Ish..ish…suka sangat tengok cerita Barbie kat tv tuh.” Aku ketawa sepuas hati mendengar pengakuannya.
“Betullah As. Aku inginkan kisah cinta seperti itu. Aku inginkan cinta aku dan dia kekal sehingga ke akhir hayat.”
“Hmm..seronok juga aku mendengar cerita kau ni, Ti.”
“Romantik bukan?”
“Ha’ah.”
Tapi itu dulu. Kini, aku sendiri tidak bersua dengan Ti. Kadangkala, lucu juga mendengar kisah cinta yang Ti inginkan. Budak itu selalu berkhayal dan mereka kisah cintanya sendiri. Ti, semoga berbahagia walau di mana jua kau berada.
*******
Aku duduk bersendirian di restoran Ayamas itu. Menikmati cuti hujung minggu bersendirian. Jalan-jalan dan menonton wayang. Shima, rakan serumahku tidak dapat bersamaku kerana ibunya sakit di kampung. Dia mengambil cuti untuk menjaga ibunya yang sakit. Aku tidak mahu terperap di rumah. Bosan dan bersendiri di rumah yang sunyi sepi. Segala kepenatan mengajar memaksa aku berjalan-jalan sambil makan angin di Jaya Jusco itu. Tanpa aku sedari, sepasang mata memerhatikan aku dari jauh. Pada mulanya aku tidak perasan pandangannya. Tiba-tiba cermin di dinding memantulkan wajahnya yang leka memandang mejaku. Aku seram sejuk melihat dia memandangku tanpa berkelip. Dia menghampiri mejaku perlahan-lahan. Dia memaksa aku mendongak ke arahnya.
“Sorang je ke? Boleh saya duduk?” Bibirku lambat-lambat menguntumkan senyuman. Tanpa sebarang jawapan dari bibirku, dia menarik kerusi dan duduk di depanku. Dia melihatku dengan seribu satu persoalan. Kemudian dia tersenyum, menampakkan lesung pipit di pipinya. Entah apa yang lucu, tidak pula aku ketahui.
“Lesung pipit awak sebelah je?” Aku memberanikan diri untuk bertanya apabila melihat dia sangat cute dengan senyuman yang dilemparkan.
“Ha’ah. Awak perasan ek. sebelah lagi takde. Kena curi kot.” Tiba-tiba saja dia tersengih.
“Kenapa awak pandang saya sampai macam tu sekali?” Aku menyoalnya kerana matanya tidak putus-putus memandang meja yang aku duduki.
“Saja. Awak, saya tengok sorang-sorang je. Tak takut ke?”
“Saya bukan buat apa pun. Saya makan ayam je. Takde papelah.”
“Bahaya duduk sorang-sorang nih. Boleh saya temankan?”
“Takpe. Saya makan kejap je nih. Saya nak balik dah ni.” Aku melihat wajahnya tidak lekang dengan senyuman di bibir. Sesungguhnya, aku terpukau sekejap dengan senyuman yang dilemparkan.
“Takpe. Saya free sekarang ni. Saya temankan awak ek?” Dia memaksa. Aku hanya mampu mengeleng dan mengeluh. Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang Engkau redhai. Jauhkanlah aku dari jodoh yang Engkau keji. Aku berdoa dalam hati. Takut diapa-apakan oleh si lesung pipit itu.
“Hmm…mak saya pesan, jangan ikut orang yang tidak dikenali.” Aku mencari idea untuk tidak bersama-sama si lesung pipit itu.
“Oh yer. Lupa pulak. Nama saya Nazril Firdee. Panggil Fir je. boleh? Nama awak sape?” Aku terperangkap di situ.
“Saya Hanni Asmaleya. Panggil As je.”
“Okey, sekarang awak dah kenal saya, dan saya pun dah kenal awak. So, sekarang saya bukan orang yang tidak dikenali. Okey tak?” Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengangguk.
“Kenapa la dengan awak ni. Awak pelik.”
“Semua orang cakap benda yang sama macam awak. Kita kawan?” Sekali lagi aku mengangguk kerana aku sendiri tidak mempunyai pilihan ketika itu.
“As, nak number phone awak?”
“Tak boleh.”
“Kenapa?”
“Saya kenal awak tak sampai pun satu hari. Macam mana saya nak bagi number phone saya? Mana tahu kalau-kalau awak ni perogol ke?”
“Tak. Saya bukan macam tu. Saya baik. Kan saya cute.” Aku tersenyum mendengar lawaknya. Tanpa aku sedari, dia mengambil phone blackberryku yang berada di dalam kereta. Ni kes takde kerja la ni. Geram pulak aku melihat sikap si lesung pipit ini. Si lesung pipit seperti biasa, melemparkan senyuman kemenangannya kepada aku.
*********
Tanganku ligat mengemas barang. Rasa tidak senang pula hendak duduk apabila memikirkan perbualan tadi.
“Awak nak pergi mana ni?” Shima yang baru balik tiba-tiba duduk di hujung katilku.
“My mom la. I kena balik rumah.” Jawabku dengan berbasa basi.
“But why?” Soal shima lagi.
“You know what. They having broken marriage. And just know they push me to get married.”
“Wow…As, kahwin? Saya tumpang gembira. Isi borang jadi pengapit ek?” Shima tersenyum sumbing. Aku sekadar mengangguk dan mengangkat barang ke kereta.
“Belum lagi Shim. They just blabber about me.Take care, Shim. I’ll be back tomorrow.”
“Okey sis, nanti apa-apa, bagitau ek.”
Kereta Myvi meluncur laju di jalanan bersama hatiku yang remuk redam saat ini. Perasaanku bercampur baur apabila teringatkan si lesung pipit yang tidak putus-putus menghantar mesej sehingga menganggu waktu kerjaku. Entah apa-apa. Benarkah pertemuan satu hari itu mampu membenihkan rasa cinta di antara dua hati? Adakah kisah yang baru bermula ini akan ada kisah yang sempurna? I really hate the sad ending story. And that’s why I hate sad movie. Itulah satu kebenarannya bagi aku yang bernama Hanni Asmaleya.
“Eh, As dah sampai. Meh masuk.” Ibuku begitu baik anginnya ketika ini. Kenapa? Aku juga melihat along tersenyum penuh makna. Si kembar Danish dan Dania berlari-lari di dalam rumah. Si kembar yang berusia 3 tahun itu sangat lincah dan sedang belajar untuk berkata-kata.
“Ada apa ni? Kenapa ramai sangat ni. Hah, Ibu? Along?” aku melihat deretan kereta di depan rumahku. Senyuman masih tidak lekang di bibir along dan ibu.
“Ada orang datang merisik As.”
“Mom, you don’t tell me about this on the phone line. Why mom?”
“I make it surprise for you, my dear.”
“Ni gambarnya. As setuju tak?” Along memberi dua keping gambar kepadaku. Seperti dijangkakan along begitu beria-ia dengan majlis merisik itu.
*********
“As, kau tak bagitahu lagi tentang kisah cinta yang kau inginkan.” Ti bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawapan daripada aku. Sesekali, tangannya menyimbah-nyimbah air ke arahku.
“Ti…aku sebenarnya takut.”
“Takut? Pasal apa pulak?”
“Entah la. Cuma aku tak yakin kisah cinta itu tidak seperti yang aku inginkan.”
“As, kau takut kisah itu tidak sempurna seperti parents kau kan? Aku faham. Tapi kau berhak untuk mendapatkan kisah cinta yang sempurna untuk diri kau sendiri.” Ti masih tegak dengan prinsipnya.
“Aku takut perkara itu akan berulang untuk kali keduanya atau kali yang ketiganya.”
“Kau takut kau akan terluka dan dilukai?. Dan aku faham ianya lebih menyakitkan bila kita dilukai oleh orang yang kita sayang.”
“Aku tak berani untuk mencipta sebuah kisah yang indah. Aku selalu tengok ibu menangis di tikar sejadahnya, memohon ampun atas kegagalannya dalam perkahwinannya sendiri. I don’t want to be like her, Ti.” Kenangan itu tiba-tiba menerpa kembali. Benar segala yang Ti cakapkan. Kenapa mesti pandang ke belakang sedangkan kisah yang sempurna itu hanya akan tertulis jika aku sendiri yang melakar dan mencorakkannya sendiri. “As, ambil contoh yang abstrak. Warnakan bahagian yang kosong, jangan biarkan ruang kosong itu berwarna putih sahaja. Corakkan. Make it polka dot or star or anything that you want to.” Itu pesan Madam Liana. Kata-kata pensyarahku itu masih terngiang-ngiang di kepalaku walaupun telah lama meninggalkan zaman universitiku. “Everything that perfect does not always being perfect, As. You have to accept the truth. Not denying the truth.” Pesannya sentiasa aku simpan dalam kotak memoriku.
************
Cuti sekolah yang panjang memaksa aku pulang ke kampung. Ti seolah-olah memanggil namaku dari jauh. Ibu dan along langsung tidak membantah keputusan yang aku buat. Mereka sedikit sebanyak pasti merasa bersalah kerana membuat keputusan bagi pihak aku. They were making their own assumption.
“As ni budak baik. Dia jenis yang dengar kata.”
“Betul ke? Kalau macam tu kira jadilah ni yer.”
“Kami setuju, Puan Anom.”
“Oh..kalau macam tu lagi cepat lagi baik. Betul tak cikgu Norida?”
“Ye lah. Kalau macam tu.”
“Bertunang 3 bulan? Boleh ke cikgu? Apa kata tuan punya badan?”
“Kalau itu yang pihak lelaki mahukan, kami ikut je.” Perbincangan mereka jelas kedengaran di telingaku. Mereka duduk tidak jauh dari bilikku. Along turut sama-sama terlibat dalam perbincangan itu.
“Ibu, kenapa buat keputusan bagi pihak As?. I’m the one who getting married. Not you.” Lantang suaraku menerjah ke arah ibu. Aku jadi hilang sabar. Sebaik sahaja tetamu beredar, aku terus ke ruang tamu.
” As, I don’t want you to be like me. Broken marriage. Ibu dengan along nak yang terbaik untuk As. Kami tak nak As jadi macam kami. Berkahwin dengan pilihan sendiri dan end up like this.” Jujur kata-kata ibu. Sesungguhnya, itulah kata-kata yang aku teringin dengar daripada mulut ibu. Di saat itu juga, air mata ibu mengalir hiba. Itulah kebenarannya. Pahit untuk ditelan. Bagaikan racun berbisa yang tidak nampak dari luar. Aku keluar dari rumah dan berlari sekuat hati. Fikiranku bercelaru.
*************
Setibanya di kampung, aku disambut mesra oleh Uria dan Ti. Sudah hampir sepuluh tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah tumpah darahku. Tanah yang mengajar aku erti cinta, kasih sayang dan persahabatan. Aku melihat Ti dan Uria berpegangan tangan dengan mesra sambil mendukung seorang baby boy. Mungkinkah mereka berdua?
“As, meet my husband. Mohamad Zaki bin Abdullah ataupun nama manjanya, Uria.”
“And more suprising, As. Meet my wife, Siti Najwa binti Harun or Ti. Your bestfriend.”
“Oh My God!. I can’t believe this.”
“You’ve to, As. We were married.” Setelah bertahun meninggalkan kampung halaman, inilah di antara berita yang paling menggemparkan aku. Seperti tidak terjangka, Uria berkahwin dengan Ti. Kedua-duanya merupakan kawan yang paling rapat denganku. Sekolah bersama dan menuju ke alam remaja bersama.
“Yang ni sapa pulak?” Aku melihat Uria mengendong seorang bayi lelaki di tangannya.
“Untie, kenalkan. Nama saya Hakim.” Uria begitu comel mengajuk suara baby boy di tangannya.
“Alaa…untie tak bawak pape untuk awak. Sorry yer Hakim.” Aku mengajuk kembali suara Uria. Ti hanya tersenyum manis. Ti, kau dah jumpa putera raja yang kau mahukan. Aku? Soalan itu tiba-tiba muncul di benakku.
Uria dan Ti berkahwin setahun yang lalu. Setelah bergelar doktor, mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin. Uria meletakkan Hakim di dalam buaian sementara aku dan Ti riang bercerita tentang diri masing-masing. Aku benar-benar cemburu melihat kebahagiaan yang mereka kecapi. Dalam diam, aku memanjatkan kesyukuran kerana jodoh itu milik mereka berdua. Tiba-tiba blackberryku menyalak meminta diangkat. Nama yang tertera membuat aku menekan butang busy. Ti kehairanan dan menyuruh aku mengangkat blackberry yang berbunyi buat kali keduanya. Aku berlari ke bawah pokok rambutan sambil menekan answer.
“As, where are you? I’ve been calling you for an hour. Please?”
“Not in KL. Kat tempat lain. Cari ketenangan.”
“What? I’m sorry, As. Never meant to do this.”
“Saya tak nak cakap apa-apa pasal perkara ni sekarang. Maaf, saya sibuk!” Aku terus menekan punat end pada blackberry.” Maafkan aku, Fir. I just don’t want to be a failure. That marriage will broken and separate.
*********
“As, kau ada masalah ke?” Wajah yang sugul akan mengundang apa saja persoalan. Tidak terkecuali bagi Ti dan Uria.
“Just my mom. Kau tahulah ibu aku tu. suka sangat buat keputusan melulu.”
“Keputusan apa?” Uria tiba-tiba mencelah.
“Getting married with someone that she choose. Dia cakap, arranged marriage is better and I should follow what she’s said.”
“Aku pasti dia nak yang terbaik untuk engkau. And just one more, perkahwinan dorang gagal bukan disebabkan siapa-siapa. But when Allah said ‘ kun fayakun’, then everything akan jadi seperti yang DIA katakan.” Lembut suara Ti memujuk.
“As, perkahwinan mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz lagi. Kau kena faham, perkahwinan itu sampai kat situ je. Sampai masa, Allah tarik balik segala kepunyaanNya. Kau kena redha dengan qadak dan qadar Allah. Jangan sesekali menidakkannya.” Uria pula memujuk.
Penjelasan mereka memberi seribu satu makna buat diriku. Aku renung kata-kata mereka sedalam-dalamnya. Akhirnya aku mengangguk. Selama seminggu aku di kampung, banyak kenangan-kenangan lama yang bermain-main di fikiranku. Fikiranku juga jadi tenang dari kesibukan kota raya. Aku sengaja melawat air terjun dan petak-petak sawah. Sengaja membangkitkan kenangan-kenangan lama. Semuanya sama sahaja seperti dahulu. Air terjun itu pula telah diwartakan sebagai salah satu destinasi pelancongan dalam Malaysia. Aku bersyukur akan segala keindahan yang ada di kampungku. Setelah berfikir panjang, aku nekad. Nekad untuk kembali ke KL. Kembali ke tempat yang penuh haru biru dan kesesakan. Be brave, As. Aku memujuk diriku sendiri.
**********
Sekembalinya dari kampung, aku terus ke rumah sewa. Shima masih tegak berdiri di tepi pintu. Mukanya berkerut dan penuh tanda soal di situ. Aku terus masuk ke bilik dan mengemas barang-barang. Shima masuk ke dalam bilik dan berdiri di hujung katil sambil berpeluk tubuh.
“Your mom called me. Asking for you.”
“They lie to me, Shim.”
“As, dorang cuma nak yang terbaik untuk awak. Give it your try?” Tangan yang leka menyusun baju tiba-tiba terhenti. Kata-kata Shima memaksa aku mendongak ke arahnya. Lama kami berpandangan. Shima tetap bersabar menantikan jawapan.
“Okey. I will, Shim.” Shima menguntumkan senyuman manis apabila mendengar jawapan dari bibirku.
“Dia ada kat luar. Waiting for you, for the whole week.”
“Who?”
“Si lesung pipit.” Aku terkejut apabila diberitahu bahawa Fir menungguku di luar. Aku mengintai di tingkap. Aku melihat dia mundar-mandir sambil melihat jam di tangannya.
“Dah lewat ni, Shim.”
“Takpe. Kejap je tuh. Okey?” Aku mengangguk perlahan.
*******
Menjelangnya hari perkahwinan, rumah ibu dipenuhi dengan segala jenis barang. Along sudah menetap di rumah ibu kerana sukar untuk menjaga si kembar seorang diri. Aku melihat barang-barang hantaran dihias indah. Shima turut membantu kerana cuti sekolah masih ada. Aku duduk di atas kerusi sambil dipakaikan inai oleh Shima. Sesekali Shima bernyanyi kecil. Bibirnya tidak putus-putus menyanyikan lagu selamat pengantin baru. Benar. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi aku akan diijabkabulkan dengan si lesung pipit.
“Lama ke awak tunggu saya? Maaf”
“Saya yang patut minta maaf dengan awak. Maafkan saya sebab buat keputusan terburu-buru.”
“Tapi kenapa Fir?”
“Please As, saya tak nak kehilangan awak. Jangan lari jauh-jauh, saya tak mampu nak kejar.”
“Tapi kenapa saya? Fir?”
“Rindu kian bertandang apabila tiada khabar dari awak. Rindu sangat-sangat. Saya rasa nak gila. I love you, Hanni Asmaleya.” Jujur pengakuan Fir. Kejujurannya semakin terserlah apabila air mata lelakinya jatuh bersama pengakuannya. Sesungguhnya, aku terharu. Seperti biasa, Fir akan tersenyum dan sengaja menunjukkan lesung pipitnya itu.
“Hmm…saya takkan lari jauh-jauh lagi.”
“Thank you so much. Saya janji, saya takkan ulangi setiap perkara seperti yang terjadi kepada your mom and your along. Promise!”
“Mana awak tahu semua ni?”
“They told me frankly. Sebab tu, awak takut nak kahwin. Kan?”
“Just afraid, kesudahan ini akan sama seperti mereka.” Aku akui perkara itu kepada Fir.
“Be my wife? Kisah ini akan sempurna dengan adanya awak,As.” Akhirnya aku mengangguk. Fir menjerit sekuat hati sehingga mendapat perhatian dari orang yang lalu lalang.
********
Abah merapatiku sebelum upacara pernikahan berlangsung. Itulah kali ketiga aku menatap wajah abah. Pertama ketika aku masih di sekolah rendah. Keduanya ketika aku konvokesyen di UKM. Abah banyak berubah. Senyumannya masih semanis dahulu. Wajahnya kian dimamah usia. Dia mendekati katil yang aku duduki. Aku menyambut huluran salamnya.
“Anak abah dah besar.”
“Thanks abah sebab datang.”
“Abah minta maaf sebab lama tak jenguk As dan along.”
“As tak marah pun. Abah, halalkan makan minum As.” Abah hanya mengangguk. Abah membuka cerita lama. Saat yang aku tunggu-tunggu itu tiba juga. Abah tiba-tiba memohon maaf kepada aku kerana menceraikan ibu. Disebabkan abah, aku membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Ibu yang berada di sebalik pintu hanya mengesat air matanya. Aku faham. Abah sendiri mengakui kesilapannya. Aku kasihan mendengar cerita tentang abah. Abah bercerai dengan isterinya kerana isterinya itu hanya mahu mengikis hartanya. Perkahwinan itu hanya bertahan selama 3 bulan. Sejak iu, abah tidak pernah berkahwin lain. Dia malu untuk menyuarakan hasratnya untuk rujuk kembali dengan ibu. “Abah, kisah itu tidak pernah sempurna.” Aku berkata dalam hati.
Aku menjadi isteri yang sah kepada Fir dengan satu lafaz ijab dan kabul. Namun, sebenarnya kisah itu tidak pernah sempurna apabila Fir disahkan menghidapi penyakit buah pinggang. Selama tiga bulan Fir terlantar di hospital. Sakitnya itu berlarutan dari bulan ke tahun. Fir akhirnya membuat keputusan muktamad untuk melepaskan aku. Kata terakhirnya kepada aku masih terngiang-ngiang hingga ke saat ini.
“Hanni Asmaleya binti Mohd, aku ceraikan engkau dengan talak satu.”
**********
Fir sendiri tidak pernah mahu menceraikan aku. Namun, dia tidak mahu aku terus dibuai dengan angan-angan indah yang aku ciptakan. Dia tidak mampu menunaikan janjinya. Itu satu kenyataan yang dia cuba jelaskan kepadaku. Walaupun sejuta kali aku menyatakan kesudian aku untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat, namun Fir tetap berkeras untuk mengucapkan lafaz cerai itu. Kedua ibu bapa mertuaku menjadi saksi, aku dilepaskan dari ikatan sebuah perkahwinan.
Aku redha dengan segala ketentuan yang Allah telah tetapkan. Segalanya takkan berakhir seperti yang aku mahukan. No happy ending is the reality that has to face by everyone. Sesungguhnya, tiada kisah yang sesempurna seperti yang kita mahukan. Kita hanya mampu melakar dan mewarnakan lukisan itu namun Allah jua yang menentukan kesudahannya. Aku sendiri akui, kita harus menghargai setiap yang kita ada. Hargai setiap yang berada di depan mata supaya kita tidak bersedih andai kita kehilangannya pada hari esok. Kisah ini tidak pernah sempurna seperti yang aku dambakan. However, I never regret with everything that I have in the past, present and maybe in the future.
TAMAT
Oleh: diya dayana isabella
** bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila Dia lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila DIA tak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.**




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Cerpen : Kisah yang sempurna”
  1. pembaca novel says:

    tema cerpen yg baru…sad ending..ya,it’s fact…

  2. eja says:

    saya tak fhm crt ni…yg sye fhm si as tu tkut khwin tu jer,crt ni mcm melompat2…sorilah penulis crt ni x berape best..nak sedih pun x der..lain kli wat yg bgus skit k..

  3. eina nariko says:

    sad ending, dpt rs kesedihan tu, selalu happy ending sekali sekala sad ending best jgk kan pape pun gud job i like u hehehehe

  4. qilla says:

    saya faham tema @ perkara yang cuba disampaikan oleh penulis ni.. nice.. tpi flow mcm kurg skit.. tingkatkan lagi.k..

  5. fatin says:

    lelaki….

  6. bella says:

    bolh tahan..kbhgiaan tak smstinya brpnjangan… :)

  7. sueaida sue says:

    ble tahan jga ne cita
    truskn usaha n cuba buat cita yg lain dari yg lain

  8. nem says:

    only the one who want to undrstand will undrstand it. no offense. the story´s kind of mirror of life. thumb up for the writer.

  9. lieya says:

    sedih…tpi menarik jln ceritanya……

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"