Cerpen : Pulangkan Hatiku

22 May 2011  
Kategori: Cerpen

45,314 bacaan 255 ulasan

Oleh : aulia ibtisam

Pintu bilik pejabatnya ditolak kasar. Fail dihempaskan di atas meja. Tali leher dilonggarkan sedikit. Ingin mengambil angin meredakan sedikit bahang kemarahan.
Kaki diayun ke arah sofa yang tersusun cantik di penjuru bilik. Firas yang mengekori tidak jauh di belakang sekadar melemparkan senyum.

Dia mangambil tempat berdepan dengan Zarul yang selesa bersandar sambil tangan kanan memicit perlahan tengkoknya.

“Cubalah control sikit baran kau tu, Rul. Ini tak. Depan-depan staf kau nak membentak tak tentu pasal. Jatuh gengsi bhai dok buat perangai budak-budak depan staf.” Firas bersuara separuh memujuk.
Lahar kemarahan di hati Zarul perlu didinginkan segera.

“Macam mana aku tak baran? Kau sendiri nampak dan dengar bagus punya dia dok complaint kertas kerja aku. Apa yang dia tahu pasal ni? Nama pun aku ni head of advertising department. Aku tahulah kerja aku. Dia jaga finance sudahlah. Yang nak menyebok ambil tahu kerja aku apa kejadahnya.” Bertalu-talu Zarul melepaskan kemarahan.

“Bukan senang aku dengan team aku perah otak cari idea terbaik untuk buat iklan Honda tu tau. Bukan calang-calang company tu. Dia senang-senang nak question itu ini.” Zarul terus bersuara.

“Kau marah apa yang dia complaint atau kau marah sebab dia yang complaint? Iyalah si Yasmin tu dah terang lagi jelas berlainan jantina dengan kau, dengan aku. Aku rasa kalau yang complaint tu Andrew, Kunal atau Hanafi, kau tak ada nak meradang sampai macam ni.” Firas cuba mengumpan.

Bukan dia tidak tahu apa yang bersimpul dalam benak rakan yang sudah dikenali sejak awal remaja lagi.

Bukan tidak pernah hasil kerjanya dipertikai sebelum ini. Ideanya pernah dikutuk oleh Ian Tan, pengurus kanan pemasaran Art Creative, firma pengiklanan terkemuka itu.

Teruk mereka bertegang urat di dalam bilik mesyuarat tetapi sebaik semuanya selesai, Zarul dan Ian boleh pula bergelak ketawa sambil menjamu selera.

Cuma kali ini hasil kerjanya dicuit sedikit oleh Yasmin Mansur, gadis yang diberi mandat oleh Datuk Zakaria untuk mengepalai jabatan kewangan pada usia 28 tahun.
Zarul mendengus kasar mendengar telahan Firas.

“Nonsense! Aku profesional, ok? Bukan masalah dia bukan satu kaum dengan aku atau dengan kau. Masalahnya dia tak hormat aku.” Dia cuba berdalih.

“Kau pun kenalah tahu hormat dia. Lagipun pendapat dia tadi aku rasa tak ada macam nak cari salah. Dia tegur apa yang sepatutnya. Kat Malaysia memang banyak tempat peranginan menarik, mengapa pula sampai nak ke Thailand. Datuk pun setuju dengan pandangan dia.

“Dengan cara kau tengking dan bentak dia dalam mesyuarat tadi, nampak sangat kau yang tak hormat dia.” Firas bersuara perlahan. Cuba menjadi air memandamkan bara kemarahan Zarul.
Zarul terdiam. Sedikit sebanyak dia mengakui kebenaran kata-kata Firas. Memang dalam bilik mesyuarat tadi, kewarasannya dikaburi emosi mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut Yasmin.

Tapi takkan dia nak mengaku? Oh! Tidak.

“Yang kau beriya-iya membela blue eye girl baba aku tu, mengapa? Kau kawan aku ke kawan dia?” Pecah ketawa Firas mendengar lontaran soalan keanak-anakan Zarul.

“Sebab kawan kaulah aku nasihatkan kau. Itulah namanya kawan. Kalau nak biar je kau ikut baran kau tu, itu namanya lawan.” Selamba dia menjawab.
Zarul tergelak kecil mendengar leteran itu.

“Sudahlah pasal tu. Jom aku belanja kau lunch kat Hilton sempena proposal aku diluluskan walaupun ada mulut tak berinsuran yang dok pertikai itu ini.” Zarul lantas bangun menuju ke pintu.
Firas menggeleng kepala.

“Orang lain buat dosa dengan kau, orang lain yang kena tempias.” Firas merungut kecil sambil kakinya diatur mengekori Zarul yang sudah ke depan.

**********************************************************************

“Kau ok, Min?” Yasmin yang tekun meneliti lambakan fail di depannya mengangkat kepala mendengar suara lembut Diana menyapa pendengaran. Dia mengerutkan dahi. Sedikit tertanya arah soalan itu.
Dia sihat. Apa pulak yang tak kena?

“Aku ok. Mengapa? Nampak macam aku tak sihat ke?”

“Aku maksudkan hati kau tu. Ok ke tak lepas kena sembur dengan si tedung selar tu? Berdesis sakan dalam bilik mesyuarat tadi sampai dengar kat luar ni.” Panjang lebar Diana memberi penerangan.
Yasmin tergelak. Agak tersentuh dengan keprihatinan rakan sepejabatnya itu. Dia juga tahu kes dia dibentak dan dimarah dalam bilik mesyuarat pastinya menjadi gossip hangat di pejabat itu untuk sekurang-kurangnya dua hari lagi.

“Aku tak ada apa-apalah. Kau bukan tak biasa dengan encik Zarul tu. Kalau bab nak mengamuk, tak kira tempat tak kira orang.” Diana mencebik mendengar kata-kata Yasmin.

“Tak kira tempat tu aku setuju tapi bab tak kira orang tu, ada sedikit pembetulan. Kalau yang tegur dia tu perempuan memang dia tak kira. Tapi kalau lelaki, tahu pulak nak menjawab dengan baik.”
Yasmin tersenyum hambar. Satu fakta yang dia dan semua staf perempuan di firma pengiklanan itu cukup maklum. Zarul cuma tidak berani mengangkat suara di depan perempuan yang memegang status ibu, kakak dan adik perempuannya.

“Nak kata bengap, sampai jadi head of advertising, dapat anugerah iklan terbaik sana sini. Nak kata bijak, macam tak ada akal pula. Sebab seorang, semua perempuan dia pandang sebelah mata.” Diana masih lagi merungut kecil sambil menapak balik ke tempatnya.

Mata Yasmin mengekori langkah Diana sambil hati sedikit tertanya-tanya apa maksud ‘sebab seorang, semua perempuan dia pandang sebelah mata’ yang diungkapkan rakannya itu.
Yasmin melepaskan keluhan panjang. Dia sendiri tidak menyangka persoalan mengapa Thailand menjadi lokasi pilihan untuk iklan terbaru yang dibangkitkan rupanya turut memercikkan api kemarahan yang bukan sedikit di hati lelaki itu.

Terkulat-kulat dia diserang bertubi-tubi oleh Zarul sehingga pegawai lain tidak berani bersuara. Cuma dengar campur tangan Datuk Zakaria, barulah Zarul diam. Itupun tidak sepenuhnya. Masih bersisa omelan-omelan kecil sehingga mereka melangkah keluar daripada bilik mesyuarat.

Rasanya tidaklah teruk benar dia mengkritik pembentangan kertas kerja Zarul untuk iklan itu. Dia pun ada hati perut. Bukan Yasmin tidak tahu hampir dua minggu Zarul dan pasukannya berumah tangga di pejabat untuk menyiapkan iklan yang memenuhi hati pelanggan.

Agaknya Zarul ada sejarah luka dengan makhluk bernama perempuan, tebak Yasmin sendiri.

**********************************************************************

“Mengapa awak ni Zah? Gelisah semacam saya tengok dari tadi. Ke hulu ke hilir.” Datuk Zakaria melorotkan sedikit cermin mata memandang tepat ke wajah isteri yang sudah pun melabuhkan punggung di atas sofa di depannya.

“Saya ni bimbang dengan Zarul tu, bang.”

“Mengapa pulak dengan Zarul?” Datuk Zakaria bersuara. Sedikit kehairanan. Apa pulak yang tidak kena dengan anak bujangnya itu?

“Dia tu dah 33, bang. Kawan-kawan dia dah beranak pinak. Dia? Jangan kata isteri, bayang calon pun tak ada.”
Datuk Zakaria meletakkan buku yang dibaca di atas meja berdekatan. Cermin mata ditanggalkan. Jari telunjuk dan jari ibu bergerak ke atas ke bawah mengurut batang hidung.
Bukan dia tidak risau tapi dia bukanlah jenis yang suka memaksa anak-anak. Selebihnya dia ingin membiarkan Zarul merawat pedih hatinya walaupun tempoh lima tahun rasanya sudah cukup lama untuk anaknya melupakan kisah cinta tidak kesampaian itu.

“Kita kena buat sesuatu, bang. Takkan nak dibiarkan si Zarul tu membujang sampai ke tua.” Suara Datin Zaharah kedengaran lagi.

“Awak nak buat apa?”

“Cari isteri untuk dia.” Bulat mata Datuk Zakaria mendengar cadangan itu. Dia menggeleng perlahan. Bukan tidak setuju tetapi dia sendiri tidak pasti apa maknanya gelengan itu.

“Awak dah ada calon? Bukan setakat yang ada budi bahasa, baik akhlaknya, kukuh imannya, cantik rupanya tapi yang paling penting, sanggup berdepan dengan baran anak bujang awak tu?”
Mendengar pertanyaan itu, Datin Zaharah mengukir senyum. Sudah lama dia menyimpan hasrat. Sudah lama dia memendam hajat. Malam ini suaminya harus tahu apa yang ada dalam hatinya dan paling penting, mesti setuju dengan keputusannya.

“Dah senyum sampai macam tu sekali maknanya adalah calonnya dalam kepala awak tu, kan?” Datin Zaharah segera mengangguk.

“Siapa?”

“Yasmin.” Datuk Zakaria sedikit tersentak mendengar nama itu meluncur keluar daripada mulut isterinya.

“Yasmin, ketua jabatan kewangan ofis saya tu?” Laju Datin Zaharah mengangguk.

Datuk Zakaria terdiam. Pandangan mata tuanya tidak nampak apa yang kurang pada Yasmin. Cantik, bijak, tekun bekerja, sopan, dengan selalu berbaju kurung dan lengkap bertudung, mana-mana ibu atau bapa pun akan berkenan untuk jadikan gadis itu menantu.

Masalahnya sekarang Zarul. Mahukah anak lelakinya itu menurut saja cadangan menjodohkan dia? Dengan Yasmin pulak tu? Gadis yang kerap dijadikan lawan berperang mulut dalam mesyuarat.
Sungguh Datuk Zakaria tidak dapat meneka pengakhiran rancangan isterinya. Sekali lagi dia menggeleng perlahan.

“Mengapa? Abang tak suka budak Yasmin tu?”

“Bukan macam tu. Saya ingat awak yang tak suka. Iyalah budak tu orang kampung, bukan anak datuk, anak tan sri.” Guraunya yang diiringi ketawa kecil melihat Datin Zaharah menarik muka.

“Abang ingat saya ni jenis lupa diri? Saya ni pun orang kampung, bang. Saya tak lupa asal usul saya. Lagipun apa salahnya si Yasmin tu budak kampung. Sejuk hati saya ni tengok budi bahasanya.”
“Boleh saya tahu mengapa Yasmin?” Datin Zaharah tersenyum mendengar pertanyaan si suami.

“Sebab saya dapat rasa Yasmin saja yang boleh handle anak bertuah awak tu. Saya tahu kisah mereka berdua di pejabat. Perempuan lain langsung tak berani angkat muka dengan Zarul tapi Yasmin berani je pertikai hasil kerja Zarul.

“Dari situ saya tahu Yasmin je boleh ajar keras kepala dia tu.”
Datuk Zakaria tergelak kecil dengan semangat isterinya.

“Saya ikut saja yang baik untuk Zarul. Yang saya nak tahu sekarang macam mana nak pujuk Zarul? Kalau pun dia setuju, macam mana dengan Yasmin pulak?”

“Tahulah saya caranya. Saya cuma perlukan kebenaran dan restu abang je.”

“Benda elok. Nak ikut sunnah Nabi takkan saya tak sokong. Cuma awak kena pastikan Yasmin tak terseksa nanti hidupnya kalau betul ada jodoh mereka.”
Datin Zaharah tersenyum lebar. Otaknya ligat mengatur rancangan. Anak sulungnya, Zuraida, perlu diheret sekali menjayakan mission impossible ini.

**********************************************************************

Hampir tersembur air teh suam yang baru dihirup sebaik wanita yang amat dihormati di depannya membuka mulut. Cepat-cepat ditelan dan akibatnya, Yasmin terbatuk kuat.
Zuraida yang duduk berdepan dengannya segera beralih ke sebelah. Menepuk-nepuk belakangnya. Cawan di tangan diletakkan semula. Bulat matanya memandang Datin Zaharah yang masih menyimpul senyum didepannya.

Rasa hairan dan terperanjat melihat Datin Zaharah dan Zuraida muncul di depan rumahnya petang itu sudah terjawab. Dalam hati dia sudah dapat mengagak. Kunjungan itu membawa hajat cuma Yasmin tidak pernah terfikir hajat itu ada kena mengena dengan masa depannya.

Sangkanya ia berkisar hal pejabat tapi sangkaan itu jauh tersasar. Melencong entah ke mana-mana. Yasmin terkebil-kebil. Tidak tahu jawapan yang bagaimana hendak diberi kepada lamaran Datin Zaharah.

Diluah mati bapa, ditelan mati emak, nak dikulum dia sendiri yang mati.

“Datin…” Ayatnya terhenti di situ sebaik melihat wajah mencerut Datin Zaharah.

“Makcik.” Panggilan segera ditukar dan wajah Datin Zaharah kembali dihiasi senyuman.

“Min tak tahu macam mana nak jawab. Ini berkaitan masa depan Min. Jujurnya Min tak pernah terfikir nak berkahwin dalam masa terdekat ni. Lebih-lebih lagi dengan encik Zarul.
“Makcik jangan salah sangka. Min terharu sangat dengan lamaran makcik tapi Min tak rasa Min calon yang sesuai untuk encik Zarul. Lagipun encik Zarul tak sukakan Min.” Perlahan dia mengatur ayat penolakan.
Datin Zaharah m
enarik nafas panjang. Misi memujuk gadis ini jauh lebih sukar daripada mendapatkan persetujuan Zarul.

Semalam, titisan airmatanya sudah cukup melembutkan hati keras Zarul. Esakannya membuatkan Zarul memberi persetujuan serta merta untuk diikat dengan Yasmin.
Suara lantang Zarul menolak keras jodoh diatur itu hilang sebaik melihat wajah muramnya. Sambil mencium tangan dan memeluknya erat tanda meminta maaf, Zarul menyatakan persetujuan. Walaupun diiringi keluhan panjang, dia sudah cukup lega dengan penerimaan Zarul.

Dia saling berbalas pandang dengan Zuraida. Meminta anak sulungnya itu pula campur tangan.

“Min, kak Ida dan umi tak akan datang jumpa Min kalau Zarul tak setuju. Macam mana Min boleh cakap dia tak suka Min? Kalau dia tak suka, tak adalah dia nak terima Min.”
Yasmin mengangkat kepala. Dahinya berkerut mendengar kata-kata Zuraida. Encik Zarul setuju? Biar betul? Bukanke dia dicop musuh paling ketat lelaki itu? Ini mesti ada unsur-unsur paksaan.

“Betul Min. Takkanlah makcik dan Zuraida nak tipu Min. Kami tak akan datang kalau Zarul sendiri tak setuju.” Datin Zaharah bagai menjawab persoalan yang bermain dalam fikirannya.
Masing-masing terdiam. Datin Zaharah dan Zuraida berdebar menanti jawapan Yasmin dan dia pula masih mencari alasan kukuh untuk menolak.

“Makcik tahukan latar belakang Min. Min bukan…”

“Yang lepas biar lepas. Tak usah nak dikenang. Kita kena tengok depan. Apa yang terjadi bukan salah Min langsung. Tak ada secalit dosa pun pada Min dengan apa yang terjadi.” Datin Zaharah pantas mencelah.

“Betul tu Min. Bukan Min yang minta apa yang terjadi. Latar belakang Min tak menjadi kudis bagi kami sekeluarga. Kami dah jatuh sayang dengan Min yang ada sekarang. Dengan Min yang didepan ni.” Zuraida pula menambah.

Mata Yasmin sudah berkaca. Kebaikan apakah yang dilakukan sehingga Allah mengurniakan ganjaran sebegini besar kepadanya? Adakah ini balasan kepada reda dan sabarnya kepada ujian besar yang menimpa dia?

“Makcik dan pakcik dah tak terdaya nak melayan keras kepala si Zarul tu. Dalam ramai yang makcik perhatikan, entah mengapa hati makcik ni yakin benar Min boleh ubah dia kembali menjadi Zarul seperti dulu. Cuma Min yang boleh isi semula hati dia dengan cinta. Cinta yang dah lama hilang daripada dia. Tolong makcik, Min. Tolong kembalikan anak makcik yang hilang lima tahun ini.”

Yasmin menarik nafas panjang. Dua wanita didepannya ini bukan calang-calang orang. Datin Zaharah boleh saja memilih anak gadis kalangan orang ternama untuk disandingkan dengan Zarul tetapi dia yang menjadi pilihan. Apa istimewanya dia? Dan bagaimana pula dia yang kerap disembur api kemarahan Zarul berupaya mengubah lelaki itu? Siapa sebenarnya Zarul dulu dan ke mana hilangnya anak lelaki kesayangan Datin Zaharah selama lima tahun ini?

Persoalan itu yang dibawa sejak Datin Zaharah dan Zuraida meninggalkan rumah sewa yang diduduki secara percuma kerana Datuk Zakaria mahu dia membayar dengan menjadi penjaga rumah semi D tiga tingkat itu. Persoalan yang ditolak ketepi sebaik dia mengangkat takbir melakukan istikharah memohon diberi petunjuk jawapan yang perlu diberikan kepada harapan Datin Zaharah itu.

**********************************************************************

Wajah teman yang masih mengekek ketawa dipandang dengan hati membara. Kalau yang didepannya itu bukan sahabat yang sudah diangkat menjadi saudara dunia akhirat, harus Firas bermalam di hospital barang dua tiga hari.

“Kau tak berhenti gelakkan aku, aku pergi cakap dekat minah dua orang tu kau kirim salam.” Zarul mengugut sambil muncung mulutnya menunjukkan ke arah dua gadis seksi yang tidak segan-silu melemparkan senyuman menggoda kepada mereka berdua sejak tadi.

Firas terdiam serta-merta. Dengan Zarul jangan cari pasal. Kalau dia kata dia buat memang dia akan buat. Sekilas dia melihat ke arah dua gadis yang dimaksudkan tetapi cepat pula melarikan pandangan sebaik kedua-duanya melayangkan flying kiss.

“Kau ni. Kut ye pun nak kenakan aku carilah yang berjenis sikit. Yang macam tu kau nak pass kat aku.”

Giliran Zarul pula ketawa. Gelihatinya melihat wajah masam kelat Firas diusik begitu.

“So, kiranya tiga bulan lagi memang title kau berubahlah. No more the most eligible bachelor.” Firas bersuara memecahkan kesunyian yang seketika.
Zarul menarik nafas panjang. Masih terbayang di mata dan terngiang di telinga wajah riang dan suara girang mamanya menyampaikan persetujuan Yasmin menjadi isterinya.
Sungguh dia kelu dan terkedu ketika itu. Tidak pernah tercapai dek akalnya Yasmin menerima lamaran itu memandangkan hubungan Israel-Palestin mereka berdua. Langsung tidak pernah ada gencatan senjata.

Hairannya bukan sedikit memikirkan bagaimana Yasmin bersetuju. Mesti ada agenda lain. Perempuan! Semuanya sama.

“Masih ada masa untuk stop all this nonsense. Lagipun lambat lagi.” Selamba dia menjawab. Firas tidak jadi menyuap mee bandung. Sudu diletakkan kembali.

“Apa lagi plan dalam kepala otak kau tu? Kau tak kesianke kat auntie? Neraka tau tempatnya bagi anak lelaki yang buat air mata ibunya jatuh walaupun setitik sebab kecik hati dengan perangai dia.” Firas memulakan syarahan.

Zarul sekadar mengangkat kening. Sudah selalu mendengar ustaz Firas berceramah.

“Kali ini bukan dari aku tapi aku nak buat sampai that girl sendiri yang jumpa umi untuk batalkan semua ni. Kalau dia sendiri yang batalkan, aku terlepas dari dosa mengecilkan hati umi. Betul tak?”

“Kalau auntie Zah tahu kau yang jadi mastermind pembatalan tu macam mana?” Firas cuba menduga.

“Kalau umi tahu, kaulah yang beritahu.” Firas sedikit tersentak. Aku pula yang terkena. Hatinya sedikit menggerutu melihat wajah kacak di depannya itu selamba menyedut barli ais.

“She is a nice lady. Bukan uncle seorang yang berkenan nak buat menantu. Datuk Baha pun pernah bertanya si Min tu nak bagi kat Jeff. Sikit punya buaya darat si Jeff tu tapi nak cari isteri pandai pula cari stok baik-baik. Kak Muna pernah merisik Min untuk adik iparnya.

“Itu belum si Andrew yang sanggup convert kalau Min nak kahwin dengan dia. Tak cantik? Kalau nak dipilih yang paling cantik di kalangan staf perempuan kat ofis tu senang-senang Yasmin menang tanpa bertanding. Tak bijak? Oversea graduate tu. Pendek kata Yasmin tu melengkapi ungkapan beauty with brain. Lebih cantik bila iman penuh di dada. Ada lagi yang aku ketinggalan? Cuba kau explain sikit.” Pinggan kosong ditolak ke tepi. Tenang dia bersandar memandang tepat ke arah Zarul.

“Kau ni kalau pasal Yasmin tu tak ada cacat celanya.”

“Itulah yang aku tanya kau. Kat mana tak kenanya Yasmin tu? Kut-kut aku terlepas pandang.”
Zarul terdiam mendengar panahan kata-kata berupa sindiran daripada Firas. Jauh di sudut hati dia mengaku, pandangan mata kasar tiada kurangnya gadis itu. Sungguh dia tidak tahu apa yang kurang mengenai gadis hitam manis itu.

“Sudah-sudahlah pasal benda lalu. Tak bawa manfaat pun. Tak adil kau hukum semua perempuan sebab salah seorang.” Zarul masih diam.

“Allah tak jodohkan kau dengan dia sebab Allah dah sediakan seorang perempuan yang jauh lebih baik daripada dia. Jujurnya Rul, aku sebagai lelaki nampak Min 10 kali lebih baik daripada dia.

“Jangan butakan mata dan hati kau. Kau berhak untuk bahagia dan aku percaya auntie dan uncle buat pilihan tepat memilih Yasmin untuk bahagiakan kau.”
Kata-kata Firas itu terus mengekorinya hingga ke saat dia melelapkan mata malam itu.

**********************************************************************

“Mengapa you terima lamaran umi I?” Yasmin menarik nafas sebelum menjawab soalan yang dilontarkan dengan nada sedikit sinis.

“Tujuh malam berturut-turut saya buat istikharah. Saya jumpa dua tiga ustaz dan ustazah untuk minta pendapat mengenai bayangan yang saya dapat setiap kali selepas istikharah. Semuanya menjurus kepada satu jawapan: terima lamaran Datin.” Satu persatu Yasmin mengatur ayat.

“Itu je alasannya? Atau ada agenda di sebalik semua ni?” Nada suara Zarul semakin keras. Suhu marahnya hampir mencapai takat didih medengar jawapan Yasmin.

“Maksud encik Zarul?”

“Iyalah you pun dah dekat 30. Boyfriend seorang pun tak ada. Yang datang meminang you pula bukan sebarangan orang. Ada harta, ada nama, ada kedudukan. You pula sebatang kara. Nanti-nanti boleh menumpang senang.”

Yasmin beristighfar panjang. Dinding kesabaran di hati segera diperkukuhkan. Berdepan dengan lelaki seperti Zarul, dia perlu bijak mengawal kemarahan. Dia berpendidikan. Keceluparan Zarul perlu dibalas dengan cara paling halus.

“Apa yang membuatkan encik Zarul fikir saya ni anak dara tak laku? Saya boleh bagi list nama lelaki yang berminat dengan saya. Apa pula yang membuatkan encik Zarul ingat saya hadap sangat dengan harta, nama dan kedudukan Datuk Zakaria? Saya ada kerjaya sendiri. Saya boleh cari duit dengan kudrat saya.”

“Dah tu? Mengapa kau tak pergi je kat jantan yang terhegeh-hegehkan kau?” Zarul masih cuba mengumpan amarah Yasmin.

“Sebab istikharah saya menunjuk kepada seorang,” Ringkas dia menjawab.

“Apa pun alasannya aku tak boleh terima pernikahan ni. Aku nak kau pergi jumpa umi dan ayah aku beritahu kau nak batalkan semua benda ni.

“Perempuan ni semua menyusahkan. Dasar tak boleh dipercaya. Apa yang aku tak beri pada dia? Almost everything. Aku lebihkan dia daripada diri dan keluarga aku sendiri. Tapi apa yang aku dapat? Nothing. Asal ada yang lebih kaya sikit, mula gelap mata. Tanpa sepatah kata, dia tinggalkan aku macam sampah. Hati aku sakit. Jiwa aku sakit. Aku benci perempuan!”
Zarul sedikit terjerit. Mujurlah restoran itu sudah tidak ramai pelanggannya.

Kecut juga hati Yasmin melihat tubuh Zarul menggeletar menahan marah.
Sedikit-sebanyak dia memahami punca kemarahan Zarul kepada makhluk bernama perempuan. Tetapi menyalahkan semua perempuan tidak adil. Lelaki ini perlu diajar.

“Kalau begitu dengan kisah saya pula. Then buat perbandingan apa yang saya tanggung dengan apa yang encik Zarul tanggung.”

“Aku tak ada masa nak dengar hikayat hidup kau.”
Tanpa menghiraukan Zarul, Yasmin terus membuka mulut.

“Saya anak bongsu daripada dua beradik. Kedua-duanya perempuan. Kakak saya tiga tahun lebih tua. Ayah saya kaki judi, kaki botol, kaki perempuan. Emak saya menjadi mangsa belasahan ayah bila dia mabuk dan kalah judi. Bukan sekali dua dia berzina dengan perempuan lain dalam bilik tidur, atas katil mereka. Emak saya sudah kering airmata untuk menangis. Kami berdua yang beri dia kekuatan untuk bertahan.

“Ayah saya tak bekerja. Duit gaji mak sebagai cikgu setiap bulan dirampas untuk berjudi dan minum arak. Emak saya meninggal dunia sebab barah rahim masa usia saya 12 tahun tahun. Kami tidak ada duit nak ubatkan penyakit mak.

“Bila ayah tak ada sumber kewangan, dia pinjam daripada along. Kakak saya yang baru berusia 16 tahun menjadi galang ganti membayar pinjaman yang sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Masa tu saya baru 13 tahun.

“Ayah saya sanggup melacurkan anak sendiri demi judi dan arak. Saya menjadi saksi kakak saya dirogol along bergilir-gilir. Bukan sekali, bukan dua kali. Saya sendiri tak ingat berapa kali kakak saya menjadi mangsa nafsu serakah jantan-jantan keparat tu sehingga kakak saya mengalami tekanan jiwa.

“Dalam keadaan kakak saya yang sudah hilang akal itu ayah masih lagi ambil kesempatan. Kakak terus dilacurkan, Akhirnya kakak meninggal dunia ketika melahirkan anak yang entah siapa bapanya.

“Selepas kakak meninggal, saya jadi sasaran ayah. Tetapi Allah masih menyayangi saya. Pada malam jahanam itu saya sempat melarikan diri ke rumah penghulu. Ayah ditangkap dan dipenjarakan. Ayah meninggal selepas ditembak kerana cuba melarikan diri.

“Saya ada 1,001 sebab untuk membenci lelaki. Ayah saya menyebabkan kematian dua manusia paling saya sayang, paling saya kasih. Ayah menjadikan saya sebatang kara dalam dunia ini. Ayah saya dan jantan-jantan keparat menjadikan kehidupan kanak-kanak saya penuh sengsara dan derita.

“Tetapi saya tak bencikan lelaki kerana saya tahu masih ramai lagi lelaki yang penuh kebaikan dalam dunia ini. Salah seorangnya Datuk Zakaria. Saya terhutang budi dengan Datuk. Datuk banyak mendidik saya, memberi kasih sayang seorang ayah yang tak pernah saya rasai sebelum ini.

“Datuk membuatkan saya percaya cuma ada segelintir lelaki berjiwa haiwan. Menjadikan saya yakin masih ramai lagi lelaki yang tahu menghargai wanita, yang meletakkan wanita di tempat paling tinggi, yang sanggup melindungi kami.

“Dan encik Zarul membenci perempuan hanya kerana pernah dikecewakan? Shame on you, encik Zarul. Shame on you. By the way, jika encik Zarul tidak mahu teruskan dengan pernikahan ini, beritahu sendiri dengan Datuk dan Datin. Perkara itu tidak akan keluar daripada mulut saya. Bukan kerana saya nak sangat berkahwin dengan lelaki lemah macam encik Zarul tetapi kerana saya tak sanggup hampakan harapan Datuk dan Datin. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

Zarul terpempan. Mulutnya tidak dapat berkata apa-apa melihat Yasmin laju mengatur langkah meninggalkannya yang masih terpinga-pinga cuba memahami apa yang diperdengarkan kepada sebentar tadi. Ungkapan maaf pun tidak dapat disuarakan.

Sungguh dia tidak menyangka gadis yang kelihatan begitu tegas dan kuat rupanya menyimpan derita yang bukan sedikit. Dan tiba-tiba dia rasa malu yang bukan kepalang. Dia sebenarnya yang tidak layak berdampingan dengan gadis itu.
Min, saya minta maaf.

**********************************************************************

“Min.” Yasmin yang duduk di birai katil dalam bilik pengantin segera menoleh mencari empunya suara. Dia lantas berdiri sebaik melihat Zarul.

“Saya minta maaf.” Dahi Yasmin sedikit berkerut.

“Untuk?”

“Untuk keceluparan saya sebelum ini. I’m really really sorry.” Wajah penuh kesal Zarul ditatap lama.

“It’s ok.” Balasnya sambil tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka jodohnya dengan Zarul sekuat itu.
Sehari selepas dia menceritakan latar belakangnya kepada lelaki itu, dia dikunjungi Datin Zaharah yang memeluknya erat.

“Terima kasih Min. Terima kasih kerana kembalikan anak umi. Terima kasih kerana kembalikan Zarul yang dulu.” Katanya dengan sedu sedan. Yasmin juga hampir tumbang apabila diberitahu Zarul mahu mempercepatkan tarikh perkahwinan.

Sejak itu juga, Zarul seperti berubah 360 darjah. Tiada lagi suara kasarnya menjerkah mana-mana kakitangan perempuan. Tiada lagi barannya mengamuk memarahi jika hasil kerjanya dipertikaikan dalam mesyuarat.

Dia semakin mesra menyapa staf perempuan setiap kali terserempak malah tidak segan silu menyertai kakitangan bawahan makan tengah hari di café. Senyuman mahalnya satu ketika dulu sudah boleh ditatap hampir sepanjang masa.

“Aduh! Aku boleh jatuh cinta dengan senyuman dia tu. Tak makan pun tak kisah kalau aku boleh tengok senyuman dia selalu.” Begitu kata Diana. Dia cuma ketawa gelihati.
Perubahan yang menjadi bahan bualan seluruh kakitangan firma pengiklanan itu.

“Dah lama sangat rasanya kak Muna tak lihat encik Zarul ceria macam tu. Apalah yang Min hembus pada dia sampai dia berubah begitu sekali?” Usik setiausaha Datuk Zakaria ketika dia menyerahkan kad undangan perkahwinan.

Zarul juga semakin mesra dengannya. Tiada lagi maki hamun dengan tegurannya dalam mesyuarat. Sebarang kemusykilan dijawab sopan oleh Zarul yang sesekali menghadiahkan kenyitan mata sehingga mengundang usikan pegawai lain.

“Min.” Dia tersentak. Zarul tersenyum. Pertama kali melihat Yasmin tanpa tudung, Zarul mengakui kata-kata Firas. Memang Yasmin jauh lebih cantik daripada seseorang itu. Lebih membahagiakan cuma dia seorang yang menikmati kecantikan Yasmin, tidak lagi berkongsi dengan lelaki.

“Berangan.” Wajah Yasmin bertukar warna mendengar teguran itu. Kala langkah Zarul mendekatinya, degupan jantung Yasmin berubah rentak.

“Jom turun. Umi panggil nak kenalkan dengan keluarga saya.” Zarul bersuara sambil menarik tangan isterinya menuju ke tingkat bawah.
Selepas berkenalan dengan anggota keluarga mentuanya yang masih memenuhi rumah dan menikmati hidangan malam yang penuh meriah, Yasmin meminta diri kembali ke bilik tidur.
Matanya tidak mahu berkompromi lagi. Letih menguruskan majlis perkahwinan seakan merentap segala tenaga dalam tubuh. Hendak ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum tidur pun seperti hendak merangkak.

Yasmin baru merebahkan badan di atas katil apabila terdengar pintu bilik dibuka. Tanpa berpaling dia tahu siapa. Encik suami yang segera menyalin baju sebelum ke bilik air.

Segala gerak geri Zarul diintip sepasang mata yang entah mengapa tidak pula mahu lelap. Saat pintu bilik air dibuka, Yasmin pura-pura memejam mata.

“Jangan nak pura-pura tidurlah cik kak. Saya tahu awak tak lena lagi.” Sapa Zarul yang mengambil tempat di sebelahnya.

Yasmin tergelak. Matanya dibuka luas berpaling menatap Zarul yang mengiring di kanannya.

“Sambunglah lagi kisah awak kalau itu tak menjadi masalah.” Zarul bersuara sambil tangan menolak anak rambut yang menutupi wajah Yasmin.

“Kisah apa?”

“Apa jadi selepas awak lari daripada ayah awak? Macam mana awak kenal baba dan umi?”

“Saya ditempatkan di rumah anak yatim. Keterangan saya sudah cukup kuat memasukkan ayah dalam penjara. Di rumah anak yatimlah saya kenal dengan baba dan umi. Baba dan umi yang banyak pulihkan semangat saya. Banyak bantu saya.

“Saya belajar di universiti atas ihsan baba. Semua belanja baba yang keluarkan. Saya amat terhutang budi sampai saya pernah berjanji kepada diri sendiri demi baba dan umi, nyawa pun saya sanggup korbankan.”

“Jadi, this marriage sebab nak balas budi?” Yasmin terdiam mendengar soalan Zarul. Benarkan dia menerima Zarul atas dasar balas budi?

“You want to know the truth?” Zarul pantas mengangguk kepala.

“Pada awalnya mungkin tapi istikharah yang saya buat buat saya yakin untuk terima lamaran umi.”

“Just wondering apa perasaan awak pada saya sekarang?” Zarul bertanya.
Untuk menjawab soalan itu, Yasmin mengumpul kekuatan. Dia mahu berterus-terang. Dia mahu ikatan suci ini dimulakan dengan kebenaran. Biarlah jika dia dipandang serong sebab kebenaran itu. Dia tidak melakukan kesalahan, dia cuma meluahkan kebenaran. Itu satu tuntutan.

“Right now I love you so much. Saya cintakan awak, Zarul. Saya cintakan suami saya sepenuh hati.” Senafas dia meluahkan rasa hatinya. Yasmin melarikan pandangan mata. Tidak sanggup berbalas pandang dengan Zarul yang tajam merenungnya. Wajahnya terasa tebal tiba-tiba.

“Sejak bila?”

“Sebaik awak lafazkan akad. Saya tak pernah lupa berdoa supaya rasa cinta kepada kaum Adam dihadirkan dalam hati saya hanya untuk suami. Suami yang dapat membimbing saya dan anak-anak dunia dan akhirat.

“Sebab itu saya menolak ramai lelaki yang mengharapkan cinta saya. Cinta saya hanya untuk suami. Agaknya doa saya selama ini dimakbulkan. Sebaik akad nikah, saya pandang awak dengan pandangan berbeza. Saya tidak pernah bercinta tapi saya tahu apa yang saya rasa untuk awak itu cinta.”

Zarul tersenyum mendengar kata-kata daripada mulut Yasmin. Hati lelaki mana yang tidak bangga jika cinta pertama seorang isteri adalah untuk dirinya.

Dia mencium lembut dahi Yasmin.

“Thanks. And I beg you to give me time to built same feeling towards you.” Yasmin sekadar mengangguk. Ambillah sebanyak mana masa, sayang. Min akan tunggu.

“Tonight I want to prove that you are wrong.” Yasmin mengerutkan dahi. Tidak mengerti maksud kata-kata Zarul.

“Meaning?”

“Min pernah cakap tak hadap nak kahwin dengan lelaki lemah macam saya. Now I want to prove that saya tak lemah.” Zarul bersuara sambil mengangkat kening. Ada senyuman nakal mengiringi kata-kata itu.

Menyedari maksud kata-kata dan senyuman nakal Zarul, wajahnya sekali lagi bertukar warna. Dia tidak sempat membuka mulut mahu membantah kerana Zarul lebih pantas bertindak.

**********************************************************************

“How’s your married life?” Pertanyaan Firas dipandang sepi. Matanya dihalakan ke skrin komputer di depan. Banyak kerja perlu dibuat selepas dua minggu bercuti daripada nak melayan pertanyaan mengena Firas.

“Bro! Aku tanya ni. Sombong pulak lepas dapat mem besar.” Firas tidak berpuas hati tetapi senyuman masih bermain di bibir.

“Kau kahwin dulu. Lepas tu kita bertukar-tukar maklumat.” Bersahaja dia menjawab pertanyaan Firas. Jawapan itu disambut ketawa besar Firas.

“Dah pandai menyusun kata rupanya kawan aku ni. Aku kena tabik kat Min. Cepat betul dia dapat ubah kau. Daripada serius memanjang, sekarang ni dah pandai buat lawak. Satu bangunan bercerita pasal perubahan kau.”

Zarul sekadar mengangkat kening. Bangga.

“Ceritalah sikit.” Firas terus mendesak. Zarul mengangkat muka memandang wajah mengharap Firas.

“Hidup aku makin teratur dan tenang. Tiap-tiap pagi aku dengan Min ke surau untuk jemaah subuh. Balik ke rumah, baju seluar dah sedia. Breakfast pun. Dinner tak adalah nak melantak bungkus memanjang. Kalau balik awal, maghrib dan isyak pun kami jemaah kat surau.

“Aku pun tak adalah nak melangut depan tv selalu. Aku dan Min masih dalam proses nak kenal hati budi. So, kami selalu bercerita pasal diri masing-masing.”
Firas terdiam.

“One thing yang aku agak musykil.” Firas memandang tepat ke arah Zarul. Mengangkat kening bertanyakan apa yang masih terbuku di hati sahabat itu.

“Min cakap dia jatuh cinta dengan kau sebaik aku lafazkan akad nikah. Katanya doa dia cuma mahu menyerahkan cinta untuk suami dimakbulkan Allah. Kau tak rasa pelik ke? Padahal aku dengan dia sebelum ni kau pun tahu macam mana. Bolehke orang jatuh cinta secepat tu dengan somebody yang dah macam musuh?”

“Apa yang peliknya? Apa pula tak boleh pulak? Sedangkan gunung pun Allah boleh terbalikkan, ini pula hati manusia. Dengar kau cerita pun aku yakin Min tak main-main bila dia kata dia cintakan kau. Malah for me, itu yang betul. Min serahkan cinta dia pada orang yang tepat. Suami dia. Kau tu. Macam mana?”

Zarul menarik nafas panjang. Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal. Tidak tahu hendak menjawab soalan itu. Firas tersenyum melihat gelagat rakan di depannya. Tahu cinta untuk Yasmin belum ada.
“Aku tak nak tahu jawapan kau tapi satu perkara yang perlu kau tahu. Yasmin terbaik untuk kau sebab tu kau dijodohkan dengan dia. Lupakanlah dia. Dengan apa yang dia buat, memang patut sangat kau lupakan dia.”

“Doakan aku Firas. Aku tak mahu sia-siakan Yasmin.”
Firas sekadar mengangguk. Memang dia tak pernah lupakan mendoakan kebaikan untuk sahabatnya itu.

**********************************************************************

Zarul mengeluh kasar. Mesej yang terpampang di skrin Sony X Peria itu direnung sekali lagi. Selepas hampir enam tahun menghilangkan diri tanpa sebarang pamit, Sherina kembali. Kembali dengan harapan amat tinggi. Ingin kembali ke pangkuannya.

Dia sendiri kaku untuk seketika apabila Sherina tiba-tiba muncul di depannya dua minggu lalu. Sejak itu kehidupannya mula tidak tenteram. Rumah tangga yang tenang enam bulan ini sudah menampakkan tanda kocakan.

Memang dia bencikan Sherina tetapi jauh di sudut hati, gadis itu masih kuat melekat di tangkai hati.

“Zarul.” Suara lembut Yasmin mengejutkan dia dari lamunan.

“Lately ni awak nampak stress sangat. Teruk sangatke projek kali ni?” Tanpa menjawab soalan, Yasmin ditarik ke dalam pelukan. Terasa damai. Hilang seketika resah di hati.
Mengapa tiada cinta untuk wanita ini? Hatinya merintih sendiri.

“Mengapa ni? Tak pernah saya tengok awak resah sampai macam ni sekali. Ada apa yang boleh saya tolong?” Perlahan Yasmin meleraikan pelukan erat Zarul. Kedua-dua tangan dibawa memegang pipi suami yang dicintai sepenuh hati.

Zarul menggeleng perlahan. Tangannya menggenggam jari jemari Yasmin dan dibawa ke mulut.

“How much do you love me?” Yasmin mengerutkan dahi. Hairan dengan pertanyaan itu.

“Hanya Allah yang tahu.” Zarul tersenyum mendengar jawapan itu.

“Mengapa ni? Jangan takutkan saya, Zarul. Awak lain benar lately ni.”
Zarul tergelak kecil.

“Tak ada apalah. Agaknya saya tertekan sangat memikirkan proposal untuk iklan LG tu.” Yasmin sekadar mengerutkan dahi. Zarul faham benar. Wanita sebijak Yasmin tidak akan percaya dengan alasan itu.

“Listen dear. Whaterver that bothering you, spill it out. Saya akan sentiasa untuk awak. Remember that.” Zarul merenung lembut ke wajah Yasmin.
Masih sanggupkan awak bersama saya kalau tahu apa yang ada dalam hati ini. Zarul memang tidak tahu jawapannya.

**********************************************************************

“Min dengan Zarul, ok?” Yasmin pantas menoleh memandang Zuraida di sebelah sebaik mendengar pertanyaan itu. Sesekali matanya melirik memandang tiga anak Zuraida yang riuh rendah bergusti dengan Zarul dan abang iparnya, Hadi, di laman depan.

“Maksud kak Ida?”

“Biarlah kak Ida terus-terang. Kak Ida datang ni boleh dikatakan serampang dua mata. Nak bawak budak-budak itu jenguk mak ngah dan pak ngah. Bising sangat mulut mereka ajak kak Ida dan abang ke sini. Satu lagi nak risik Min dan Zarul bagi pihak umi.”

“Min masih tak faham kak. Nak risik kami?”

“Umi tu bimbang. Min dan Zarul dah dekat lapan bulan kahwin tapi belum ada tanda-tanda Min berisi. Umi bimbang kalau-kalau Zarul buat perangai. Min jangan marah kalau kak Ida tanya. Min dan Zarul pernah…?”

Yasmin tergelak besar mendengar pertanyaan Zuraida. Sungguh dia tidak menyangka perkara itu yang difikirkan ibu mentua dan kakak iparnya. Cuma kerana dia masih belum mengandung.

“Min tak mengandung sebab belum ada rezeki kak. Pasal Min dengan Zarul tu beritahu umi jangan bimbang. Kami tidur sebilik dan pasal hak dia yang satu tu, awal-awal lagi Zarul dah tuntut.

“Hubungan Min dan Zarul macam suami isteri lain. Tak adanya nak tidur bilik asing. Tak berpeluang pun. Dia sebut je dah mengantuk alamatnya Min kena tinggal semua kerja.” Zuraida menarik nafas panjang. Yasmin masih dengan ketawa kecil.

“Bukan setakat umi, kak Ida pun bimbang jugak. Manalah tahu Zarul tu buat perangai bodoh tak nak sentuh isteri sendiri ke, disuruhnya Min tidur bilik asing ke. Iyalah dah kena paksa kahwin.”
Yasmin tergelak sekali lagi. Tak nak sentuh isteri sendiri? Iyalah tu. Tak sempat mengelak adalah, hatinya berkata sendiri.

“Mengapa dia macam tu sebelum kahwin dengan Min? Maksud Min macam berdendam dengan orang perempuan?”

“Dia tak cerita?” Zuraida menyoal. Agak hairan.

“Min tak pernah tanya.”

“Frust. Bercinta sejak sekolah menengah dengan Sherina tu. Tapi umi, baba dan kami adik beradik memang tak berkenan dengan budak tu. Mak bapanya orang biasa saja tapi lagaknya mengalahkan anak hartawan. Nak kata cantik, Min lagi cantik. Entah apalah yang si Zarul nampak kat budak tu. Mak bapak dia pun sama naik tocang. Sakit sikit tak ada kelas nak pergi hospital kerajaan. Masuk hospital swasta. Bil beribu-ribu Zarul yang bayar.

“Apa yang Zarul tak beri pada Sherina. Kondo, kereta, wang belanja bulanan walaupun belum ada ikatan. Dua minggu sebelum bertunang dia lari ikut bos orang putihnya ke London. Alasannya dengan Zarul dia tak bebas. Iyalah Zarul tak kasi dia pakai dedah sana sini, tak bagi dia ke kelab malam, marah sebab dia merokok.

“Dia kata dah jemu dengan imej ustaz-ustaz Zarul. Lagipun jantan tu dah beli rumah banglo untuk dia, beli BMW sport. Bukan sekadar kondo dengan Vios yang Zarul berikan kat dia.”

Yasmin mengangguk perlahan. Baru mengerti cerita sebenar. Kalau begitu caranya memang sayang betul Zarul pada gadis bernama Sherina itu. Tiba-tiba saja cemburunya membuak-buak.

Memang Zarul melayannya dengan baik. Tidak pernah berkasar dengannya. Marah pun tidak. Tetapi dia tidak merasakan getaran cinta dalam setiap layanan, sentuhan dan belaian Zarul. Tetapi Yasmin tidak pernah jemu menunggu. Itu tekadnya.

**********************************************************************

“I mengaku I salah tinggalkan you. The biggest mistake I’ve ever done. I menyesal sangat. Please dear, bagi I peluang untuk tebus kesilapan I. I sanggup melutut depan wife you minta izin dia untuk kita kahwin.” Zarul merengus perlahan.

“You jangan babitkan wife I dalam hal ni. Jangan cuba-cuba pergi jumpa dia.” Keras dia bersuara. Sherina sedikit tersentak. Zarul tidak pernah meninggikan suara di depannya sebelum ini.

Hati Sherina membengkak saat seraut wajah Yasmin terlintas di minda. Jika wanita secantik itu yang menjadi teman tidur Zarul saat ini, Sherina tahu dia perlu berusaha keras. Berusaha untuk mendapatkan semula hati Zarul. Dan dia tahu hati Zarul. Penuh dengan kemaafan. Kesempatan itu tidak akan dipersiakan.

Sherina juga sedar dia perlu bertindak pantas merayu Zarul mengahwininya kerana nyawa dalam perutnya cuma menunggu masa untuk jelas pada pandangan ramai.

Bukan sedikit dia menyumpah seranah Lionel Smith, bekas majikannya yang langsung tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan itu. Sherina tidak mahu lagi menggugurkan kandungannya. Selepas tiga kali, tindakan menggugurkan janin itu kali ini mengundang bahaya pada nyawanya. Itu amaran doktor.

Matanya ralit meneliti seraut wajah tampan di depannya. Lelaki yang pernah menggilainya separuh mati. Tangan Zarul yang berada di atas meja dielus perlahan.

Hati Sherina sedikit melonjak apabila Zarul tidak menarik tangannya. Ia seolah-olah petanda lelaki itu juga merinduinya dan masih mencintainya. Jika tidak, masakan Zarul akan membiarkan kulitnya disentuh wanita bukan muhrim.

“I love you Zarul. Perasaan I tak pernah berubah. Cuma dulu I tersilap langkah. Please, bawa I balik ke pangkal jalan. I tak mahu hanyut lagi.” Perlahan dia menyusun ayat.

Biarlah walau patah perkataan yang keluar langsung tidak selari dengan niat di hati. Sherina hanya ingin Zarul terharu dengan kata-kata dia ingin ke pangkal jalan dan mungkin diusik sedikit rasa serba salah jika membiarkan Sherina terus hanyut. Baju kurung dilengkapi tudung sedikit sebanyak akan mengaburkan mata Zarul dengan niat sebenar Sherina.

Jika Zarul termakan dengan kata-kata itu, Sherina akan melaksanakan pelan seterusnya – bernikah dan seterusnya mencari jalan menyingkirkan Yasmin dan menjadi pemilik mutlak kepada harta Zarul.
Genggaman yang semakin erat menyedarkan Zarul dan lantas dia menarik tangannya. Hatinya segera beristighfar.

Sherina di depan ditatap sungguh-sungguh. Selepas hampir enam tahun, wanita itu tampil lebih matang, lebih jelita walaupun ada seraut wajah lain yang membayangi Sherina di matanya.

Berdepan dengan Sherina, hati Zarul semakin goyah. Entah ke mana hilangnya kebencian yang meluap-luap yang pernah hadir untuk wanita itu. Rayuan Sherina yang ingin kembali ke pangkal jalan dan janji untuk setia kepadanya seakan meruntun hati lelakinya yang masih terisi dengan nama wanita itu.

“I nak kita nikah cepat-cepat. I dah tak sanggup lagi nak tanggung dosa jika kita masih terus begini. Tak mengapalah walau majlis kita kecil.” Sherina masih terus memujuk.

“Bagi I sikit masa untuk berterus-terang dengan wife I.” Sebaris ayat daripada mulut Zarul sebelum mereka berpisah malam itu sudah cukup membuatkan Sherina tersenyum lebar.
Untuk sekian kali, kau sekali lagi menjadi milikku Zarul. Aku nak tengok bagaimana kali ini umi dan baba kau yang kolot itu akan menentang.

**********************************************************************

Airmata ditahan sungguh-sungguh ketika membawa kaki melangkah ke ruang tamu sambil tangannya memegang erat beberapa helai borang. Sejak seminggu lalu, Yasmin sudah banyak membuang airmata dan malam ini dia tidak mahu ia menitis lagi.

Lagipun dia sudah nekad, hasratnya sudah bulat. Dia cintakan Zarul dan akan berbuat apa saja demi kebahagiaan Zarul selagi ia tidak bercanggah dengan agama. Dan apa yang bakal dilakukan ini langsung tidak ditegah agama.

Di ruang tamu, perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Zarul yang asyik menonton siri CSI:NY.
Bahunya dipaut erat. Yasmin melentokkan kepala ke bahu sasa Zarul.

“Manja lain macam je malam ni. Nak ke? Tak nak tunggu malam Jumaat?” Usikan Zarul dibalas dengan cubitan di paha.

“Adoi! Sakit sayang.”

“Lain kali otak tu cuci sikit. Asyik nak melencong je.”

“Sebab otak dah kena cuci yang saya tanya tu. Biar lama-lama nanti sangkut kat mana-mana. Awak juga yang merana.”
Tangan Yasmin sekali lagi mencari sasaran tetapi sempat disambar Zarul. Jari jemari runcing itu dikucup lembut. Rasa sebak mula bertandang melihat perlakuan itu. Sungguh dia cintakan lelaki ini dan rasa cinta itulah yang mendorong Yasmin melakukan pengorbanan sebegini besar.

“Orang perempuan ni memang dilahirkan dengan kepakaran tahu mencubit ke? Atau perlu belajar kat mana-mana untuk dapatkan jenis cubitan yang standardize gitu? Min punya cubit dengan umi, dengan kak Ida sama je.” Rungut Zarul.

Jelingan tajam Yasmin sekali lagi mengundang ketawa Zarul. Sepantas kilat satu ciuman dihadiahkan di pipi Yasmin. Penuh kudus.
Tolonglah airmata. Jangan kau menitis lagi jika ikhlas mahu berikan kebahagian kepadanya.

“Zarul.”

“Hmm.” Bahu Yasmin masih dipaut erat.

“You know that I love you. Awak tahu saya sanggup buat apa saja untuk bahagiakan awak.” Bahu Yasmin dilepaskan perlahan. Zarul beralih mengadap Yasmin yang tenang di sebelah kirinya.
Tangan menarik bahu Yasmin duduk mengadapnya. Seraut wajah tenang tetapi penuh sendu itu ditatap lama.

“Mengapa ni? Apa yang tak kena?” Lembut Zarul bersuara. Jika Yasmin sudah bersuara mungkin ini masanya dia mengorek apa yang mengganggu isterinya kebelakangan ini.

“Do you love me?” Zarul segera melarikan pandangan mendengar pertanyaan itu.

“Min, please…”

“It’s ok. Saya tak perlukan jawapan. Soal hati tak boleh dipaksa.” Yasmin cepat-cepat memotong percakapan.

“Awak bahagia dengan saya?” Pantas Zarul mengangguk. Itu kenyataan. Dia tidak mahu menafikan. Cuma ada kekosongan yang sesekali membuatkan dia menjeruk rasa.

“Awak pula? Bahagia dengan saya?” Giliran Zarul bersuara.

“Saya bahagia kalau awak bahagia. Awak sanggup buat apa demi kebahagiaan saya?” Sekali lagi Zarul pantas mengangguk. Kalaulah ada sesuatu yang boleh membuatkan dia mengubah rasa cinta tidak bertepi itu kepada wanita di depannya, Zarul mengeluh dalam hati.

“Then, do this.” Ucapnya ringkas sambil menghulurkan borang yang sedari tadi diterbalikkan.
Zarul kaku tidak bersuara sebaik melihat borang yang dihulurkan Yasmin. Dahinya berkerut. Riak wajahnya tidak dapat dibaca Yasmin. Marahkan dia? Terharu? Bahagia? Gembira?

“Apa ni, Min?”

“Borang kebenaran poligami.” Yasmin cuba berjenaka melindungi hati yang sudah bengkak. Renungan tajam Zarul dibalas lembut.

“Saya cintakan awak bukan sekadar di dunia. Saya cintakan awak sehingga ke akhirat. Saya berusaha menjadi isteri solehah supaya nanti awak terlepas daripada menanggung dosa saya.

“Saya tak boleh pejam mata lihat awak membuat dosa. Cinta saya mendorong saya lakukan semua ini. Saya nampak awak dan Sherina di restoran tempoh hari. Saya nampak Sherina pegang tangan awak dan awak tak biarkan. Itu dosa, Zarul. Dosa besar. Awak dengan dia bukan muhrim.

“Saya tak akan biarkan awak terus lakukan dosa tu. So, please. Marry her. I know you love her. Cuma ini mampu saya lakukan supaya awak dan dia tak terus bergelumang dosa dan pada masa sama, saya bahagiakan awak. Hanya satu yang saya minta. Jangan ketepikan saya daripada hidup awak. Saya tak boleh tanpa awak, Zarul. I just can’t.”

Airmata tidak dapat ditahan lagi. Yasmin tidak mampu berpegang kepada ikrar sendiri.

Zarul segera menarik tubuh langsing itu ke dalam dakapan. Sungguh dia tidak menyangka gerak-gerinya selama ini dalam pengetahuan Yasmin. Di kala dia baru mencari ayat yang sesuai untuk disampaikan, Yasmin sudah pun mendahuluinya. Demi kebahagiannya, Yasmin tega menoreh luka di hati sendiri. Dan dia? Tegakah untuk terus membiarkan luka itu terus berdarah dengan mengahwini Sherina.

Hangat airmata Yasmin dibahu terus terbawa-bawa sepanjang malam.

**********************************************************************

Merah padam wajah Datin Zaharah menahan marah. Datuk Zakaria beristighfar panjang memujuk hati yang membara. Zuraida merenung tajam Zarul seolah-olah mahu ditelan adik lelaki yang tidak tahu diuntung itu. Hadi tersandar di sofa tidak percaya.

Zarul menikus. Pandangan dihala ke karpet buatan Iran yang menghiasi ruang tamu banglo milik umi dan babanya itu. Cuma Yasmin yang masih tenang. Tangan Zarul digenggam erat bagaikan memberi semangat.

“Kamu sedar apa yang kamu cakap ni, Zarul?” Datin Zaharah sedikit terjerit. Perlahan Zarul mengangguk.

“Apa kena kamu ni? Umi carikan permata asli untuk kamu, kaca juga yang kamu berkenan. Apa kurangnya Yasmin?” Nada suaranya masih tinggi.

“Yasmin sempurna, umi. Rul yang banyak kurangnya.”

“Habis, apa lagi yang kamu kejar betina tu? Dah ada isteri baik, cantik, betina yang pernah lari ikut jantan lain tu jugak yang kamu tergila-gilakan. Kat mana kamu letak akal kamu?” Jerkah Datin Zaharah.
Yasmin segera bangun mendapatkan ibu mentuanya. Ditarik perlahan tubuh tua itu duduk di atas sofa di sebelahnya.

“Menyesal umi pinangkan Yasmin untuk kamu. Berdosanya umi dengan Yasmin.” Datin Zaharah kembali merintih.

“Umi jangan cakap macam tu. Min yang izinkan Zarul kahwin dengan Sherina.” Yasmin cuba menenangkan keadaan. Empat menentang dua pasti tak susah meneka pihak mana yang akan menang.

“Mengapa Min buat macam tu?” Zuraida bersuara.

“Sebab Min sayangkan Zarul. Min tak pernah menyesal berkahwin dengan Zarul dan menjadi menantu umi dan baba. Min bahagia dengan Zarul. Min tak akan tukarkan kebahagiaan ini dengan apa pun. Min hanya ingin Zarul rasa bahagia seperti apa yang Min rasa. Cuma Sherina yang boleh beri kebahagiaan itu kepada Zarul. Bukan Min.”

“Rul dengar apa yang Min kata tu?” Zarul mengangguk mendengar pertanyaan Zuraida.

“Dia sanggup berkorban sampai macam tu sekali untuk Rul. Tergamak ke Rul nak buat Min macam ni? Dengan Sherina pulak tu? Perempuan yang pernah malukan Rul. Pernah lari dengan jantan lain. Kak Ida malu ada adik dayus macam Rul ni. Orang dah tak nak, Rul pulak nak kutip.” Zarul mengangkat kepala mendengar kata-kata keras Zuraida.

Tajam matanya menentang mata Zuraida yang sudah berkaca tetapi kembali melarikan pandangan. Tidak mampu menahan sinaran amarah yang terpancar daripada mata Zuraida.

“Kamu dah nekad nak kahwin dengan budak perempuan tu?” Datuk Zakaria pula bersuara selepas cuma menyaksikan perang lisan antara anak dan isterinya.
Zarul mengangguk tetap masih lagi tidak berani mengangkat muka. Datin Zaharah mendengus keras.

“Kalau Rul kahwin jugak dengan betina tu, Rul jangan balik dah ke sini. Menantu umi cuma seorang. Yasmin. Jangan panggil umi ni, umi. Umi tak ada anak macam Rul.”

Zarul menerpa memegang lutut uminya. Wajah Datin Zaharah yang basah dengan airmata ditatap sayu. Tiada seorang wanita pun dapat mengambil tempat umi dalam hati. Tidak Sherina sekalipun. Biarlah dia hilang Sherina sekali lagi tetapi untuk membuang umi, tidak sekali-kali.

“Umi…Rul…”
Belum sempat dia bersuara, Yasmin pantas mencelah.

“Umi, Min mohon umi dan baba restu Zarul bernikah dengan Sherina. Demi Min. Tolonglah. Min tak pernah rasa apa yang Min buat ni satu pengorbanan tetapi sebagai hadiah tanda kasih sayang Min pada Zarul.

“Kalau umi dan baba benar sayangkan Min, tolonglah bahagiakan orang yang Min sayang. Zarul.” Tubuh Yasmin dipeluk erat Datin Zaharah. Sungguh dia tidak salah memilih menantu. Anaknya yang tidak tahu diuntung.

“Umi dan baba restu tapi bukan sebab kami suka dengan Sherina tapi sebab Min. Ingat tu Zarul. Sebab Yasmin, isteri kamu. Kalau kamu dah nekad nak berpoligami, baba anggap kamu dah faham hukum-hakamnya.

“Cuma satu baba nak ingatkan. Secuit Yasmin terasa hati dengan tindak-tanduk kami dan bakal bini kedua kamu tu, baba akan guna kuasa veto baba sebagai ketua keluarga. Kamu tunggu apa yang baba akan buat. Jangan ingat baba tak bagi kamu amaran.” Datuk Zakaria bersuara tegas.

“Jangan sesekali bawa bini kedua kamu tu ke sini. Umi tak izin.” Datin Zaharah menambah.

“Jangan bawa ke rumah kak Ida juga. Jangan sesekali Rul nak mengadu apa juga masalah Rul dengan betina tu pada kak Ida. Kak Ida tak ada masa nak dengar.” Zuraida turut memberi amaran.

“Abang pun tak benarkan Rul bawa Sherina jumpa anak-anak abang. Nanti rosak anak-anak abang dihasut dek bakal bini kamu tu.” Hadi tidak lupa memberi peringatan keras. Zarul cuma mampu mengiyakan.

“Majlis nikah kamu, uruskan sendiri. Kami tak akan masuk campur.” Ringkas Datuk Zakaria bersuara sambil berlalu membawa diri ke bilik bacaan.
Datin Zaharah dan Zuraida serta Hadi turut melangkah meninggalkan Zarul yang masih terduduk di depan sofa dan Yasmin yang erat memeluknya.

**********************************************************************

Kemarahannya dikawal sebaik mungkin. Dia wanita berpendidikan dan mempunyai jawatan penting. Keceluparan Sherina perlu ditangani sehalus mungkin tetapi tidak mencacatkan imej sebaliknya meninggalkan kesan di hati perempuan itu.
Sesekali melintas rasa menyesal memilih untuk bersetuju bertemu dengan bakal madu yang langsung tidak tahu menghormati dirinya sebagai isteri Zarul.

“You know yang Zarul cintakan I. Jadi, jangan pula nak menuduh I cuba nak control Zarul kalau nanti masa dia lebih banyak dengan I. Memang you isteri pertama dia tapi sebagai isteri, I ada hak yang sama. I tak suka you call atau ganggu dia kalau dia bersama I.

“Kalau you rasa dia tak adil, terpulang pada you kalau masih nak bersama dia. Kalau you pilih nak bercerai, I akan make sure you dapat apa yang sepatutnya.”
Yasmin membawa tangan ke dada, menyabarkan diri sendiri mendengar patah perkataan yang keluar daripada mulut wanita yang wajahnya diconteng dengan pelbagai warna.
Berbaju T hitam singkat tanpa lengan serta seluar jeans ketat, Yasmin sendiri tidak tahu maksud Sherina ingin berubah. Kalau benar ingin menjadi lebih baik, sekurang-kurangnya pakailah yang bersopan sikit, hatinya berbisik.

“Cik Sherina, memang Zarul cintakan you tapi satu perkara yang you perlu ingat, I menantu terpilih, kalau jadi you kahwin dengan Zarul, you akan jadi menantu terbuang. Kat situ pun you kena sedar diri. Kedudukan I di sini umi dan baba Zarul jauh lebih kukuh berbanding you.

“Jadi, jangan ingat so called cinta Zarul pada you saja dah boleh bagi jaminan kedudukan you tak akan tergugat. I am very sure Zarul masih ingat amaran baba dia. Secuit I terasa hati dengan dia atau you, both of you akan terima padah. Kalau I sampaikan apa yang you cakap ni pada Zarul, you akan gigit jari. Kalau pun you putar belit apa yang I cakap jangan assume Zarul akan terus percaya. You dah pernah tipu dia sekali. Jangan sombong sangat. Kalau tak kerana I yang pujuk umi dan baba Zarul, jangan harap you boleh bernikah dengan Zarul.

“You kata you dah kenal Zarul. Tentu you pun tahu yang Zarul tak akan membantah kata-kata umi dan baba dia kalau mereka tak izinkan dia bernikah dengan you.

“Since perkataan cerai came out from your lips first, saya nak beri amaran. Jangan sampai kata-kata memakan tuan. Bimbang you langsung tak dapat apa-apa. Rasanya setakat ini pertemuan kita. Assalamualaikum.”

Yasmin tidak menunggu lama. Bimbang ringan tangannya menampar pipi Sherina.
Kurang ajar kau, Yasmin. Kau belum kenal siapa aku. Zarul akan jadi hak aku seorang, Sherina membentak sendiri.

**********************************************************************

Luluh hatinya melihat Zarul segak mengenakan sepasang baju Melayu putih yang lengkap bersamping hitam dengan benang emas. Terketar-ketar tangannya memakaikan butang baju Melayu itu.
Tidak lama lagi. Cuma tiga jam saja untuk dia menerima madu. Madu yang menjadi racun mengenangkan pertemuan pertama dan terakhirnya dengan Sherina minggu lalu. Pertemuan yang dirahsiakan daripada Zarul dan kedua mentuanya.

Mata Zarul yang tidak berganjak memerhatikan dia yang cuba menunjukkan lagak bersahaja mengenakan butang baju Melayu kemudian berpura-pura membetulkan samping tidak dihiraukan.
Yasmin tidak mahu menentang sinaran mata itu kerana tahu dia tidak cukup kuat menahan airmata untuk terus mengalir. Dia tidak mahu airmata mengiringi langkah Zarul menerima akad memiliki seorang lagi isteri.

Yasmin mahu melangkah selepas selesai membetulkan samping apabila tubuhnya diraih ke dalam dakapan. Erat.

“How should I thank you, Min?” Bergetar suara Zarul kedengaran di telinga.

“Just love me.” Ringkas dia menjawab.
Terasa sedu-sedan Zarul, Yasmin segera meleraikan pelukan. Airmata sang suami disapu lembut. Ciuman dihadiahkan di kedua-dua pipi Zarul.

“Don’t cry. Awak nak melangkah ke gerbang kebahagiaan yang awak cari selama ni. Saya tak nak airmata ni buat awak teragak-agak.”
Tangan Yasmin dikucup lembut. Di mana lagi dia hendak mencari wanita seistimewa ini? Sherina sendiri tidak begitu. Dia bertuah kerana menjadi wanita pertama dicintai Zarul. Itu saja.

“I’m sorry. I really am. Awak paling istimewa dalam hati saya, Min. Tak akan ada yang dapat ambil alih tempat tu. Tidak Sherina sekalipun.”

Yasmin tersenyum mendengar kata-kata Zarul. Perlahan dia merebahkan kepala ke dada bidang suaminya. Ingin mendengar degup jantung buat kali terakhir sebagai satu-satunya isteri Zarul sebelum berkongsi meletakkan kepala di dada itu dengan wanita lain. Wanita yang lebih dicintai suaminya.
Kepala Yasmin diusap lembut. Harum rambut hitam lebat itu dihidu sepuas-puasnya. Jika tiba-tiba ada rasa cinta untuk Yasmin ketika itu, sumpah dia sanggup membatalkan majlis pernikahan dengan Sherina.

Lama mereka begitu sehingga deringan telefon mengejutkan kedua-duanya. Mata Yasmin cekap menangkap nama yang terpampang di skrin. Tak menyempat-nyempat, kutuknya dalam hati.

“Pergilah. Nanti terlewat pulak. Awak pandu hati-hati. Kalau Firas ada, tak adalah saya bimbang sangat.”

“Firas dah macam berpatah arang dengan saya lepas tahu saya nak nikah dengan Sherina. Tak tahulah macam mana nak pujuk dia.”

“Lama-lama oklah tu. Dia tu mana boleh berpisah lama dengan awak. Kadang-kadang saya lebih cemburu pada Firas daripada Sherina.”
Zarul ketawa hambar. Sejak mengetahui dia mahu mengahwini Sherina, Firas bersemuka dengannya. Pertama kali dalam sejarah persahabatan mereka, dia dan Firas hampir bertumbuk jika bukan Yasmin yang meleraikan.

“Aku akan buktikan betina tu ada agenda nak kahwin dengan kau.” Itu kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut Firas.

Sejak itu mereka bagaikan tidak mengenali satu sama lain. SMS dan panggilan telefon tidak pernah dijawab Firas. Sahabatnya juga lebih senang menggunakan medium emel, nota ringkas atau setiausahnya jika ingin berbincang mengenai kerja. Sungguh Zarul merindui sahabatnya yang satu itu.

Dengan kucupan lama di dahi, Zarul melangkah daripada bilik tidurnya tanpa berpaling lagi. Airmata yang ditahan sejak tadi mencurah bagaikan air paip di pipi Yasmin yang sudah terduduk di birai katil.
“Selamat pengantin baru, abang. Min doakan abang beroleh kebahagiaan dengan Sherina. Maafkan Min tak dapat membahagiakan abang selama ni.” Dia merintih sendiri.
Yasmin bangun menuju ke almari. Tiket kapal terbang yang disorokkan ditarik dan diteliti. Biarlah dia membawa diri pada hari bahagia Zarul untuk sementara.

“Ampunkan Min keluar dari rumah tanpa kebenaran abang.”

**********************************************************************

Yasmin memejamkan mata menikmati hembusan angin laut yang mendamaikan. Seketika tangannya membetulkan tudung yang sedikit kurang kemas ditiup angin.
Suasana damai awal pagi itu dinikmati dengan jiwa yang sedikit tenang. Selendang pashmina dibalut ke tubuh menahan kedinginan.

Sudah empat hari dia berkelana ke Negeri Di Bawah Bayu. Membawa diri, mengubat hati, merawat luka yang dicipta sendiri. Selebihnya ingin memberi peluang kepada Zarul menikmati keindahan berumah tangga dengan wanita yang dicintainya.

Penat berjalan di gigi air, Yasmin membawa langkah duduk di bawah sebatang pokok rending. Matanya ralit menyaksikan matahari pagi yang semakin menampakkan sinar.

Rindunya kepada Zarul usah dicakap. Seakan ingin dilaungkan ke seluruh alam betapa dia merindui suaminya itu. Bukan sekali dua dia mahu mengemas pakaian kembali ke pangkuan Zarul.

Tetapi mengenangkan tujuh hari yang ditetapkan untuk anak dara yang berkahwin dengan lelaki bergelar suami belum tamat tempohnya, disabarkan hati.

Untuk sekian kali, airmatanya mengalir lagi. Bukan hatinya tidak tercalar apabila Zarul sedikit pun tidak membantah saat dia meminta suaminya itu mengahwini Sherina. Bukan perasaannya tidak terluka membayangkan saat bahagia Zarul memadu kasih dengan isteri keduanya. Tetapi Yasmin sendiri tidak tahu mengapa dia begitu tega menyerahkan suami untuk menikahi wanita lain.

Sudah mencapai taraf isteri solehahkah dia? Apa benar taraf isteri solehah cuma boleh digapai dengan membenarkan suami menikah lain? Belum cukup solehahkah dia yang selama ini sedaya boleh menjaga solat dan puasa serta berusaha mentaati Zarul?

Apa tinggi benarkan statusnya dengan pengorbanan itu? Layakkah dia menerima payung emas dengan merelakan suaminya diulit wanita lain sebagai isteri? Jika hatinya cuma separuh rela membenarkan pernikahan itu.

“Abang, Min rindukan abang. Rindu sangat-sangat.” Airmata mengalir lagi. Dibiarkan saja. Biarlah ia mengalir semahu-mahunya. Biarlah kalau itu boleh mengubat rasa duka dan lukanya.

“Abang, Min rindu. Abang tak rindukan Min ke?” Perlahan dia bersuara lagi sambil memejamkan mata. Membayangkan Zarul berada di depan mata.

“Kalau rindu mengapa tinggalkan abang? Mengapa biarkan abang seorang diri macam orang gila rindukan Min?”

Yasmin kaku. Cuba menenangkan diri. Suara itu terlalu dekat dengannya. Suara yang amat dirindui itu seolah-olah bermain di telinga. Menjawab laungan rindunya selama empat hari ini.

Tak mungkin Zarul. Zarul yang dikenali tidak pernah menyimpan rindu untuknya. Itu bukan Zarul. Itu cuma khayalannya kerana terlalu rindukan suaminya itu.

“Aik! Kata rindu tapi tengok muka abang pun tak nak.” Kali ini Yasmin yakin. Dia bukan berkhayal. Itu memang suara Zarul. Itu nada suara Zarul setiap kali mahu mengusiknya.

Yasmin segera berpaling. Dia terus berdiri dan pantas menutup mulut menatap seraut wajah yang amat dirindui itu tersenyum lebar melihatnya yang terkejut.

Yasmin tidak sempat bersuara, tubuhnya yang dingin disapa angin pagi terasa panas dalam pelukan erat Zarul.

“Tuhan! I miss you so much, wife.” Yasmin masih kaku dalam pelukan Zarul.

Macam mana dia ada kat sini? Macam mana dia tahu aku ada kat sini? Semua itu hanya berlegar dalam kepala. Tidak terluah oleh mulutnya.

Saat Zarul meleraikan pelukan Yasmin masih membisu. Aksinya mengundang ketawa besar Zarul. Saat bibir Zarul menyentuh dahi, pipi dan bibirnya, barulah dia tersedar.

“Macam mana awak ada kat sini?”

“Dah tukar panggilan pulak. I’m your husband and five years older than you. I seriously think I deserve to be called ‘abang’.” Zarul sedikit mengomel tanpa menjawab pertanyaan Yasmin.

“I’m serious, Zarul? How come awak ada kat sini? Bukanke sepatutnya awak masih dengan Sherina?”

“I’ll tell you from A to Z. Just call me abang again. Please, sayang. I’m dying to hear you call me by that word.” Renungan tajam Yasmin disambut dengan sengihan nakal.
Tangan Yasmin ditarik duduk di sebelah. Bahu si isteri dipaut erat.

“Do you really love me, Yasmin?” Yasmin menghadiahkan jelingan tajam sebagai jawapan.

“Answer me, please.” Zarul sedikit merayu.

“Yes, I do.”

“Then mengapa senang benar Min lepaskan abang pada Sherina? Langsung tak nak bersaing?”

“Selepas setahun Min rasa dah letih. Min dah tak berdaya nak buat abang lupakan Sherina tapi pada masa sama, Min tak boleh berpisah dengan abang. The best thing ialah izinkan abang kahwin dengan Sherina dan Min masih dapat hidup dengan abang. Tak kisahlah walau berkongsi pun.”

“Apa kebaikan yang abang dah buat sampai Allah bagi isteri sebaik Min pada abang?” Pipi Yasmin dicium lagi.

“Mengapa abang kat sini? Bukanke Sherina patut dapat tujuh hari dengan abang selepas kahwin? Ini baru hari keempat.”

“Abang tak kahwin pun dengan dia. Apa kejadahnya nak spend sampai seminggu dengan dia. Cari penyakit.” Selamba Zarul menjawab tetapi sudah cukup membuatkan mata Yasmin terbeliak.

“Min. Tak. Faham.” Sepatah-sepatah Yasmin berkata.

“Apa yang tak fahamnya? Abang. Tak. Jadi. Kahwin. Dengan. Sherina.” Zarul turut menerangkan sepatah-sepatah diiringi ketawa kecil.

“Mengapa jadi macam tu?”

“Mula tu memang abang nak nikah dengan dia. Tapi bila sampai kat rumah dia, berdepan dengan kadi, abang rasa kosong sangat di tengah riuh orang ramai. Langsung tak rasa excited. Rasa seronok jauh sekali. Dua kali lafaz akad, dua kali abang sebut nama Min, then abang realize something. Something yang sepatutnya dah lama abang sedar.

“Hati abang rupanya selama ni dah tak ada dengan abang. Hati abang ada dengan Min. Macam mana nak kahwin dengan Sherina kalau dah macam tu. Kat mana abang nak isi Sherina kalau hati abang sendiri Min yang pegang. Kalau lain kali nak sangat abang nikah lain, bagilah balik hati abang. Pulangkan hatiku.”

“Habis Sherina? Majlis nikah?”

“Lantak dialah. Biarlah dia cari mana-mana pak sanggup yang nak jadi bapa anak luar nikah dia tu.” Sekali lagi Yasmin seakan-akan kaku.

“Dia…dia mengandung?” Zarul mengangguk.

“Macam mana abang tahu? Bila abang tahu?”

“Lepas abang tinggalkan majlis. Balik rumah rupa-rupanya Firas, kak Ida dan abang Hadi dah tunggu depan rumah. Rupanya betul Firas serius bila kata dia nak cari bukti betina tu ada agenda lain nak nikah dengan abang. Patutlah tak menyempat-nyempat. Ini kali keempat dia mengandung luar nikah. Sebelum ini dia gugurkan tapi kali ini doktor nasihatkan jangan sebab bahayakan nyawa dia.”
Yasmin menutup mulut yang sudah ternganga luas. Kalau dia tahu sejak awal itu rancangan Sherina, mati hidup balik dia tak akan izinkan Zarul menikahi perempuan itu.

“Dia tak buat kecohke?”

“Apa tidaknya. Sampai ke depan rumah menyusul abang. Mak bapa dia punya maki hamun abang. Nyaris nak kena penampar dengan abang Hadi. Siap bawa lawyer. Tapi semua senyap sunyi bila abang tunjuk bukti. Firas bagi warning akan saman mereka satu keluarga sebab menipu Sherina anak dara kalau mereka nak saman abang pasal batalkan majlis.”

“Jadi, abang batalkan majlis tu bukan sebab Sherina dah mengandung? Sebab Min?” Hati sudah sedikit melonjak.

“Iya sayang. Lepas abang lari balik barulah Firas beritahu. Abang tak jadi nikah dengan Sherina sebab Min. Abang tak sedar perasaan abang pada Min selama ni sebab Min selalu ada depan abang. Sentiasa dekat dengan abang. Sentiasa ada di sisi abang. Bila Min tak ada baru abang rasa kosong, sepi. Rasa sunyi yang abang tak pernah rasa sebelum ni. Yang tak pernah abang alami walaupun masa Sherina tinggalkan abang dulu. Kali ini sakit sangat.

“Terduduk abang bila baca surat Min. Tak pernah-pernah abang menangis depan Firas. Itulah kali pertama sebab abang takut sangat abang akan hilang Min buat selama-lamanya. Bengkak juga telinga dengar pakcik tu berleter.”

“Macam mana abang tahu Min kat sini?”

“Firas minta tolong kawan adiknya yang kerja dengan MAS check ada tak nama Min dalam mana-mana penerbangan. Dah dapat tahu Min ambil flight ke Sabah, jenuh juga menelefon resort dan hotel nak cari Min. Akhirnya sampailah abang kat sini. Jangan buat abang macam ni lagi, sayang. Kalau Min nak tinggalkan abang, tolong jangan bawa hati abang.”

Pelukan dibahu turun ke pinggang Yasmin. Erat. Kepada Yasmin ditolak perlahan ke bahunya. Mereka menghala pandangan ke laut lepas.

“So, how is my baby?” Pertanyaan Zarul bagaikan memberikan kejutan elektrik kepada Yasmin. Dia keras seketika dalam pelukan Zarul.

“A…Abang tahu?”

“Sampai hati Min rahsiakan daripada abang.”

“Min minta maaf, bang. Bukan niat Min nak sembunyikan daripada abang. Min dapat tahu dua hari sebelum abang bernikah dengan Sherina. Min tak mahu berita ni buat abang berbelah bagi.”
Zarul sekadar tersenyum. Dahi Yasmin dikucup lama.

“Macam mana abang tahu?”

“Well, let say abang ni bukan suami yang teruk sangat. Prihatin dengan perubahan isteri. I know your body very well. Sebagai suami yang sangat kagum dengan bentuk tubuh isteri, sikit perubahan pun abang dapat rasa.”

Wajah Yasmin mula bertukar warna. Walaupun sudah setahun, setiap kali bicara Zarul yang menjurus ke arah perhubungan suami isteri, Yasmin tidak dapat menahan wajahnya daripada terasa kebas.

“Your bottom tu nampak sangat pejal lately ni. Itu yang buat tangan abang gatal je nak picit. Not to mention your full chest. Really drives me crazy. Dulu Min pakai bra saiz 34B tapi sekarang ni 38D, kan?”
Yasmin cepat-cepat menutup mulut Zarul. Tidak mahu lagi lelaki itu berkata-kata yang cuma menambah rasa malunya yang sudah tidak tahu bagaimana untuk ditutup.

Sungguh dia tidak menyangka Zarul dapat menangkap semua perubahan itu. Tapi bila pula che abang ni ada masa membelek saiz coli aku? Selama ni seluar kecik dia pun aku yang sediakan.
Zarul menarik perlahan tangan Yasmin yang menutup mulutnya. Masih mahu mengusik si isteri. Rasanya sudah lama dia tidak melihat aksi kelam kabut Yasmin dan cuma Allah yang tahu bagaimana dia rindu hendak menatap wajah malu isterinya setiap kali diusik.

“Satu lagi…”

“Min tak dengar. Min tak dengar.” Pantas Yasmin memotong sambil menutup telinga.

Zarul beralih tempat. Melutut di depan Yasmin, dia menarik tangan Yasmin yang kuat menutup telinganya. Tenaga lelakinya mudah menarik tangan Yasmin dan digenggam erat. Yasmin menarik muka melihat sengihan nakal Zarul. Benci bila Zarul buat muka gatal macam tu.

“Min yang tanya macam mana abang tahu, kan? Ini abang nak beritahulah. Min kena dengar. Sebenarnya abang dah rasa lain macam bila Min so wild in bed. Selalunya abang yang merayu tapi dalam sebulan dua ini, Min yang kerap menggoda. Don’t get me wrong. I love to be seduced by you in bed. Really. Sekali sekali bila Min yang jadi pihak lebih dominan, abang suka sangat. Sometime, I prefer to be a slave, sayang.” Zarul berbisik romantik.

Wajah Yasmin sudah hampir sampai ke tanah. Angin laut tidak lagi berupaya mendinginkan wajahnya yang kepanasan mendengarkan bicara berunsur 18sx itu walaupun keluar daripada mulut suami sendiri.

“Abang kumpul semua maklumat tu dan rujuk dengan pakar sakit puan yang kita percaya iaitu Puan Zuraida Zakaria. Kata Dr Zuraida semua itu tanda-tanda awal wanita hamil selain loya dan muntah. High sex drives tu because perubahan hormone. Jadi, kesimpulan yang abang boleh ialah, Min sedang mengandungkan buah hati kita berdua. Tanda cinta dan kasih kita.

“Lagipun, abang perasan dah bulan Min tak cuti solat, kan?” Wajah Yasmin diangkat perlahan. Yasmin sekadar mengangguk mengiyakan.

“Dah berapa bulan, sayang?”

“Last check up enam minggu.”

“Lepas ni Min kena buat check up dengan kak Ida. Arahan mandatori. Tak boleh tidak.” Yasmin tergelak.
Tangan Yasmin yang masih dalam genggaman dibawa ke dada. Seraut wajah jelita didepannya ditatap penuh kasih. Bagaimana dia sanggup menduakan wanita ini? Cukuplah sekali dia hampir tersilap langkah.

Kedua-dua pipi Yasmin dipegang. Dibawa wajah yang amat dicintai itu selari dengan wajahnya. Dahi Yasmin dicium lembut.

“Yasmin, my wife. I love you. Abang cintakan Min. Abang sayangkan Min. Maafkan abang kerana lambat sedar yang tempat Sherina dalam hati abang dah pun berganti. Tiada siapa lagi dapat menggantikan tempat Min dalam hati abang. Itu janji abang.” Tegas kata-kata itu meluncur keluar sebaik ciuman terlerai.

Airmata menderu lagi. Terbang sudah segala rasa sedih dan pedih mendengar pengakuan luhur itu. Tubuh Zarul dipeluk erat. Terima kasih Tuhan kerana untuk sekian kali Kau memakbulkan doaku yang mahukan cinta lelaki ini.

“Jomlah balik bilik. Rasanya otak abang dah kena service ni.” Tumbukan keras di tengah belakang mengundang ketawa Zarul. Macamlah sakit sangat kena penumbuk manja dia tu.
Beriringan balik ke hotel dalam pelukan Zarul cukup membahagiakan Yasmin. Dan dia mahukan kebahagiaan itu berkekalan.

“So, tak ada chance abang nak tambah satu lagi lepas ni?”

“Jangan harap. Buat jugak Min cincang lumat hati abang.” Yasmin bersuara keras. Zarul menghamburkan ketawa sekali lagi.
Simpanlah hati abang, Min. Hatiku kini yang sudah menjadi milikmu, tidak akan kupinta ia dipulangkan semula.

p/s: thanks atas sokongan, komen dan ulasan. Sekadar sebuah cerita untuk hiburan…
————–

Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

255 ulasan untuk “Cerpen : Pulangkan Hatiku”
  1. que intan says:

    best sgt sesekali kuar gak air mata…..hi3

  2. puteh says:

    best!! haha

  3. DalilahYMz says:

    nangeh kott! really interesting story, dear writter! ;)

  4. best..keep writing ya

  5. nurai_da says:

    de best!! ;)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"