Cerpen : Sahabat Jadi Cinta

8 May 2011  
Kategori: Cerpen

8,539 bacaan 20 ulasan

Oleh : Wani Zax

“SATU, dua, tiga! Lari!” serentak dengan itu, kelihatan lima orang sahabat berlumba-lumba uuntuk sampai ke garisan penamat. Masing-masing menunjukkan usaha yang tidak berbelah bahagi.
“yeaayyy! Aku menang! Yeaayyy!” sorak Fariz Hilmi. Dia membuat pusingan 360 darjah atas kemenangannya itu. Sahabat-sahabat yang lain terduduk keletihan. Kehebatan Fariz Hilmi dalam acara pecut memang tidak boleh disangkal lagi.
“Kira belanja makan. Hooray!” Syakira mencebik. Kalau nak diikutkan, memang dia yang selalu kena belanja kerana seringkali mendapat tempat terakhir jika pertandingan larian diadakan antara mereka berlima.
“korang ni tak acilah. Asyik aku je belanja. Kopaklah poket macam ni,” Syakira meluahkan rasa tidak puas hatinya. Nik Hazriq tersengih. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Syakira.
“Tak apalah Kira. Hari ni Nik belanja okay?” tutur Nik Hazriq. Dia mengambil kain yang berada di tangan Syakira kemudian dia mengelap peluh di mukanya.
“Cantik!” sorak yang lain. Syakira tersenyum. Dia melompat kegembiraan kerana duit poketnya hari ini tidak perlu dikeluarkan.
“Thank you Nik sayang,” ucap Syakira penuh kegirangan. Fariz Hilmi hanya memandang sepi terhadap situasi yang sedang berlaku. Cemburu? Mungkin.
Lima sahabat itu sudah pun berlalu meninggalkan pusat sukan tersebut. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menjamu Western Food dari restoran yang tidak jauh dari kawan itu. Apatah lagi hari ini ada orang nak belanja. Syakira berjalan seiringan dengan Nik Hazriq dan Fariz Hilmi. Syakira mengambil topi yang di pakai Fariz Hilmi lalu diletakkan di atas kepalanya. Gembira dia melakukannya.
***********

SYAKIRA, Nik Hazriq, Fariz Hilmi, Zarith, dan Syamil. Ikatan sahabat antara mereka memang tidak bolah dibuang. Bayangkan empat teruna dan seorang dara menjalani kehidupan dengan satu perjanjian. Tidak boleh ada cinta antara mereka! Namun berdayakah si teruna untuk menghalang rasa cinta yang bersarang di hati apabila cinta itu fitrah manusia? Tidak mungkin. Tapi perjanjian sudah dipatri. Kalau dimungkiri, akan musnahlah ikatan persahabatan yang telah dibina hampir tiga tahun itu.
“Fariz, tolong tengokkan jawapan ni. Aku tak dapat detect mana kesalahannya,” teguran tiba-tiba daripada teman sebilik mengejutkan Fariz Hilmi dari lamunannya. Dia meraup muka. Perlahan-lahan dia mengambil kertas yang dimaksudkan sahabatnya itu.
“Soalan nombor dua. Bahagian C. Cuba kau tengok betul-betul,” temannya mengambil semula kertas tersebut. Dia cuba meneliti apa yang dikatakan oleh Fariz Hilmi.
” Oh! Iyalah. Thanks bro,” ucap sahabatnya itu lalu berlalu pergi.
“Arif!” Fariz Hilmi separuh jerit. Sahabatnya memalingkan muka.
“Nak dinner nanti ajak aku tau,” Arif mengangguk dan terus menghilangkan dirinya. Fariz Hilmi mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Syamil.
“Assalamualaikum, what’s up bro?” sapa Syamil. Fariz Hilmi menjawab salam yang diberi.
“Alhamdulillah. Bowling this weekend? Okay?” cadang Fariz Hilmi. Sebenarnya dia rindu untuk bertemu dengan Syakira. Sungguh! Dia rindu. Buntu dia memikirkan perasaannya tatkala ini. Bagaimana dia harus menidakkan perasaannya itu? Ahh… serabut!
“No problem. Nanti aku ajak Zarith sekali. Nik dengan Kira macam mana?” soal Syamil.
“Belum confirmkan lagi. Nanti aku bagitahu diorang. Okay bro! Thanks! See you this weekend. Assalamualaikum,” ucap Fariz Hilmi. Syamil menjawab salam sebelum mematikan telefon bimbitnya.
**********

“KIRA! Tunggu,” jeritan tersebut telah mebuatkan Syakira berhenti dari terus berjalan. Dia menoleh ke belakang.
“Aduh! Mamat senget ni lagi,” keluh Syakira. Lelaki tersebut tiba kepada Syakira dengan keadaan termengah-mengah. Letih dia mengejar Syakira.
“Kenapa?” soal Syakira malas. Dia membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
“Farhan nak ajak Kira dinner. Dekat rumah Farhan. Mama masak. Please,” rayu Farhan. Syakira membulatkan matanya. Gila! Tiba-tiba nak ajak makan kat rumah. Kenal pun tak sampai dua minggu. Syakira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Sorrylah Farhan. Kira ada group discussionlah nanti,” Syakira memberi alasan. Tidak akannya dia ikut si Farhan tu balik rumah.
“Oh. Tak apala kalau macam tu. Lain kali jelah. Sorry ganggu,” tutur Farhan sayu. Syakira tidak sampai hati. Dia mencongak-congak melalui fikirannya.
“Okaylah. Kira ikut. Tapi Kira kena sampai sini sebelum maghrib,” Farhan sorak gembira. Dia berjanji akan menghantar Syakira pulang ke Kolej sebelum maghrib. Syakira menyambung kambali perjalanannya menuju ke bilik selepas Farhan berlalu pergi.
“Kenapa monyok je ni?” soal Arfah, teman sebilik Syakira. Syakira melepaskan satu keluhan. Dia mengambil tempat di sebelah Arfah.
“Farhan tulah. Dia buat kerja gila sampai aku pun dah terjebak dengan kerja gila dia,” luah Syakira tidak puas hati. Arfah mengerutkan dahinya.
“Kerja apa korang buat ni? Tak fahamlah aku,” Arfah menggaru-garu kepalanya. Bingung! Syakira terkekeh-kekeh katawa melihat reaksi Arfah.
“Dia ajak aku balik rumah dia untuk dinner. Mama dia nak masak,” Arfah mengangakan mulutnya. Pantas sahaja Syakira memasukkan tisu yang sudah digumpal-gumpal ke dalam mulut Arfah.
“Oi! Tak senonohlah minah ni. Ada ke masuk tisu dalam mulut aku. Kalau nasi ke kuih ke tak apalah,” rungut Arfah. Kemudian, satu cubitan hinggap di lengan Syakira. Syakira mengadu kesakitan.
“Padan muka. Buat lagi perangai macam tu,” Arfah membantu Syakira mengusap lengannya yang sakit.
“Berbalik pada kerja gila korang tu, jadi ke kau ikut pergi rumah dia?” tanya Arfah
“Dah aku bagitahu tadi aku pun terjebak, maknanya jadilah. Sekarang risau aku bukan kepalang. Ha! Sekarang cuba kau diam. Cuba kau hayati bunyi tu,” Syakira mengarahkan Arfah diam. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir. Arfah pula cuba mencari bunyi yang di maksudkan.
” Bunyi apa? Aku tak dengar pun,” bilang Arfah. Syakira cepat-cepat menyurh Arfah diam. Cuba tumpukan perhatian.
“Dup dap dup dap. Can’t you hear my heartbeat girl?” Syakira separuh berbisik.
“Baaamm!!” Satu balingan bantal tepat kena pada perut Syakira. “Memang sesuailah kau dengan Farhan tu. Dua-dua senget,” Syakira sudah terbahak-bahak ketawa. Sakit perutnya ketawa. Arfah oh Arfah. Syakira masih lagi ketawa.
**********

KERETA Honda Jazz yang terletak elok di tempat parking Carrefour itu dihidupkan pemiliknya. Dia meletakkan barang-barang yang baru dibeli di tempat duduk belakang. Kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Terkocoh-kocoh dia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum,” tuturnya.
“Waalaikumussalam. Nik, ni aku Fariz. Kau sibuk ke tu?” si pemanggil menjawab salam
“Aku baru lepas beli barang dapur. Kenapa Fariz? Ada masalah apa-apa ke?” tanya Nik Hazriq. Dia kini sudah berada di dalam kereta. Kemudian, dia menghidupkan enjin keretanya.
“Eh! Tak ada masalah. Cuma nak ajak hangout hujung minggu ni. Bowling. Okay?” beritahu Fariz. Nik Hazriq memikirkan sesuatu.
“Sure. Pukul berapa?”
“Around 11 am. Aku dah informkan kat kawan-kawan yang lain. Cuma Kira je belum,”
“Kira? Kau nak aku tolong informkan ke?” tanya Nik Hazriq
“Boleh jugak,” Fariz Hilmi memberi salam sebelum mematikan panggilan. Nik Hazriq memandu keretanya menuju ke rumah sewanya.
“Nik, akhirnya pulang jua dirimu,” tegur sahabat serumahnya.
“Jangan nak buang tabiat kat sini. Dah pergi angkat barang-barang tu. Kau kata nak masak hari ni kan,” Sahabatnya itu tanpa membuang masa mengangkat barang-barang yang telah di beli oleh Nik Hazriq. Banyak juga barang yang dibeli Nik Hazriq. Siapa lagi nak makan kalau beli banyak-banyak macam ni. Lagipun dalam rumah ni tiga orang je termasuk Nik Hazriq.
“Nik, banyak bebonar barang ni ha. Siapalah nak makan?” tanya Hadi, teman serumahnya seorang lagi.
“Tak banyak pun. Boleh simpan yang lebih tu. Jimat duit tak payah makan luar. Tukang masak kita sedang membanting tulang kat dapur tu. Teruskan usaha anda Chef Afif!” sorak Nik Hazriq dari luar di ruang tamu. Hadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Afif memang suka dan sangat pandai memasak. Masakannya kalau kena pada gaya boleh kalah Chef Wan.
**********

JANTUNG Syakira semakin berdetak laju. Berdebar sungguh hatinya tatkala dia keluar dari badan kereta Farhan. Baju kurung sutera yang dipakainya kelihatan sedikit kedut. Syakira kemudian memperkemas selendang yang menutupi rambutnya. Dibiarkan sahaja telefonnya yang berbunyi. Tanda SMS masuk.
‘Boleh tahan besar jugak rumah dia ni. Anak orang kaya rupanya,’ omel Syakira dalam hati.
“Jom,” pelawa Farhan dengan senyuman yang begitu mempesona. Syakira membalas senyuman Farhan. Dia mengangguk. Mereka bersama-sama menuju pintu depan rumah tersebut.
“Assalamualaikum Mama,” sapa Farhan hormat. Dia mencium tangan mamanya. Kemudian Syakira pula menyusul dengan mencium tangan wanita separuh umur itu tanda hormat.
“Waalaikumussalam. Inilah Syakira ya?” soal Mama Farhan mesra. Syakira hanya mengangguk perlahan. Debaran jantungnya seakan tidak boleh di kawal.
” Jemputlah duduk kat meja makan tu. Makanan pun dah siap. Farhan bawaklah Syakira duduk,” arah Mamanya. Farhan mengangguk. Lalu dia menyuruh Syakira mengikutnya. Kelihatan Papa dan Mama Farhan sudah pun ada di meja makan.
” Duduklah. Jangan segan-segan,” pelawa Papa Farhan. Mereka berempat menjamu selera. Hilang sedikit demi sedikit rasa debarnya. Keramahan yang ditunjukkan kedua orang tua Farhan berjaya menghilangkan rasa kekok.
“Kira asal orang mana?” tanya Mama Farhan selesai menjamu hidangan. Syakira mengambil tisu mengelap mulutnya sebelum menjawab.
“Kira asal Putrajaya je Auntie. Tapi Ayah dan Ibu dah takda. Mereka dah kembali ke Rahmatullah dua tahun yang lepas,” sedih Syakira tatkala mengenangkan kedua orang tuanya. Mama Farhan memandang sayu. Simpati dia dengan nasib Syakira. Farhan juga kelihatan terkejut. Dia tidak tahu yang Syakira anak yatim piatu.
“Maafkan Auntie Kira,”
“It’s okay Auntie. Let bygones be bygones. Kira kena kuat. Kira tak boleh sedih sebab Kira sekarang ada diri Kira je,” tutur Syakira. Dia perlu kuat.
“Kira belajar ni Kira buat pinjaman?” soal Mama Farhan. Farhan hanya memerhati dua orang wanita yang disayanginya berbual. Sungguh! Dia semakin menyayangi Syakira.
“Kira dapat biasiswa Auntie. Lagipun Kira ada duit simpanan. Duit Ayah dan Ibu yang ditinggalkan pun Kira tak guna. Kalau boleh Kira nak simpan untuk kegunaan masa depan,” Mama Farhan mengangguk tanda setuju.
“Kira jangan sedih-sedih. Kalau Kira rasa keseorangan, rumah Auntie sedia menerima kedatangan Kira. Lagipun, Auntie teringin nak ada anak perempuan,” ikhlas Mama Farhan menuturkan hasratnya. Syakira hanya tersenyum. Bahagia rasa hatinya.
**********
COSMIC Bowl Mid Valley sesak dengan kehadiran pengunjung. Dari jauh, Zarith dan Syamil sudah melambai-lamabai ke arah Fariz Hilmi. Tersenyum lebar Fariz Hilmi tatkala ternampak wajah kedua-dua sahabat baiknya itu.
” Bro! Miss you lah!” ucap Fariz Hilmi seraya memeluk tubuh kecil Syamil. Kemudian, Zarith.
“Mana yang lain?” tanya Zarith lalu mengambil tempat di sebelah Syamil.
” Nik on the way dah. Kira pun sama agaknya,” beritahu Fariz Hilmi. Zarith dan Syamil mengangguk-ngangguk tanda faham.
“Uit,” cuit Nik Hazriq pada Syamil. Semua menoleh ke arah belakang.
“Nik! Wah.. baru sebulan tak jumpa. Makin handsome,” puji Syamil. Nik Hazriq tersengih. Dia mencari-cari kelibat Syakira.
“Kira tak datang lagi?” soal Nik Hazriq. Mereka semua menggeleng. Nik mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Syakira.
“Makcik! Kau kat mana? Jadi datang tak?” Nik Hazriq menanya.
“Sampai dah ni. Sabarlah pakcik-pakcik sekalian,” balas Syakira. Nik tersenyum. Tak habis-habis dengan loyar buruk temannya itu.
“Tu ha Kira,” tunjuk Zarith. Susuk tubuh Kira yang kecil memang amat dikenalinya. Penampilan Syakira amat ringkas pada hari itu. Seluar slack hitam dan baju kemeja labuh serta dipadankan dengan selendang abstrak yang cantik. Simple but amazing!
“Hai sayang-sayangku sekalian, dah lama tunggu?” Syakira mengambil tempat duduk di depan Syamil.
“Mana Fariz?” soal Syakira setelah kelibat Fariz tiada. Rindu pulak dia kepada Fariz.
“Rindulah tu! Dia pergi bayar kat kaunter. Kita main satu round dah. Kalah belanja makan pizza. Okay?” Zarith membuat perjanjian. Nik Hazriq mengangkat ibu jarinya tanda setuju. Syakira sudah mencebik. Mesti dia yang kena belanja. Dan pemenangnya mesti Fariz. Dia tu handal main bowling.
“Guys, jom. Lane nombor 7,” arah Fariz Hilmi. Tepaku dia sebentar tatkala melihat susuk tubuh yang amat dirinduinya berdiri di hadapan.
“Fariz! Rindu aku tak?” soalan daripada Syakira membuatkan suaranya tersekat. Dia sekadar ketawa.
“Fine. Tak rindu aku,” rajuk Syakira.
“Siapa yang tak rindu pada minah tebolah sorang ni,” sampuk Nik Hazriq tiba-tiba. Fariz mengeluh. Kenapalah dia tidak menjawab soalan tersebut.
“Jomlah main. Giliran Zarith mula dulu. Last tentulah tuan puteri kita ni, Syakira,” bicara Syamil.
**********

ARFAH memetik jarinya di hadapan Syakira. Tiada respon. Dah sah kawan aku sorang ni mengelamun. Dia melambai-lambai pula tangannya. Tiada respon lagi. Dia pun mengambil air lalu direnjis-renjiskan ke muka.
“Eeee! Air apa ni Pah?” marah Syakira sambil mengelap-ngelap mukanya.
“Eh! Hidup lagi. Ingatkan pengsan sambil bukak mata tadi,” tutur Arfah selamba.
“Kau kenapa Kira? Ada masalah?” soal Arfah serius. Syakira memandang Arfah. Dia tadi mengimbau kenangan di Cosmic Bowl kelmarin. Bagaimana Fariz sanggup mengalahkan dirinya secara sengaja supaya dia tidak akan mengeluarkan duit bagi membelanja putera-putera kataknya itu. Bagaimana Fariz sanggup menghantar dirinya pulang ke Kolej walaupun tempat belajarnya jauh. Dia merasakan satu perasaan aneh. Tapi dia tidak pasti.
“Tak ada apalah, aku saja nak termenung. Merehatkan otak,” Arfah mengangkat kening sebelah.
“termenung boleh merehatkan otak? Pelik-peliklah kawan aku sorang ni,” Arfah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Sebelum aku terlupa, ni Farhan kirimkan cokelat Hershey’s kisses ni. Romantik betul dia. Jeles aku tau. Kau betul-betul dah jadi dengan dia ke?” tanya Arfah sambil mengambil satu cokelat yang dikirimkan Farhan tadi.
“Aku tak tahulah Pah. Farhan tu baik. Dia bukan jenis yang memaksa. Hari tu time dia ajak aku pergi rumah dia pun, aku yang setuju sendiri. Tapi aku tak pasti dengan perasaan aku,” tutur Syakira lemah.
“Kau mengaharapkan siapa-siapa yg lain?” soal Arfah. Syakira menggeleng. Sungguh! Dia tidak tahu siapa yang dia mengharapkan. Mungkin ini pengalaman pertamanya dalam menentukan perasaan sendiri.
“Biar masa yang menentukan. Kau sekarang berdoa kat Allah semoga jodoh kau terdiri dari orang-orang yang baik dan Soleh,’ nasihat Arfah. Dia mengambil sibiji lagi cokelat sebelum berlalu pergi. Sedap tau!
**********

“TAKE care Fariz. Kau jangan lupa aku nanti. Lepas ni dah takda orang nak tolong aku belajar. Takda orang nak teman aku makan. Semua aku kena buat sorang-sorang,” Arif bicara sedih. Dia pasti akan merasa kehilangan dengan kepergian Fariz Hilmi ke Luar Negara.
“Alah! Tak payah nak buat babak sedih kat sini. Aku bukan tak balik sini dah, empat bulan je kursus tu,” balas Fariz Hilmi. Reaksi sahabat bilinya itu melebih-lebih pulak.
“Empat bulan bagaikan empat tahun aku rasa,” tutur Arif. Fariz menggaru-garu kpalanya. Aduyai sahabatnya itu.
“Okaylah. Aku nak gerak dulu. Jangan tinggal solat tau! Assalamualaikum,” Fariz Hilmi memeluk Arif sebelum berlalu pergi.
***********

Fariz Hilmi mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya. Dia mndail nombor Syakira. Dia perlu membuat pengakuan sebelum dia berangkat ke luar negara.
“Assalamualaikum. Kira, boleh kita jumpa sekejap? Aku ada kat luar ni,” bicara Fariz Hilmi. Syakira menyatakan persetujuannya. Dia suruh Fariz menunggu lima minit.
“Fariz!” panggil Saykira dari tepi kanannya.
“Jom duduk kat meja sana tu,” ajak Syakira. Fariz hanya mengangguk. Fariz memulakan bicara setelah meeka berdua duduk.
“Kira, aku nak buat satu confession,” terus terang Fariz Hilmi berkata. Syakira memandang tepat wajah Fariz Hilmi. Dia kaget. Pengakuan apa yang ingin dibuat oleh Fariz Hilmi.
“Kira, aku tak tahu apa yang aku rasakan saat ini. Perasaan ni hadir semenjak kita semua berjumpa kat Pusat Sukan tu,” Fariz Hilmi memulakan bicara. Syakira masih lagi tekun mendengar. Fariz Hilmi menarik nafas sedalamnya lalu menghembus perlahan.
“Aku sayangkan kau lebih daripada seorang sahabat. Aku tahu kita semua dah buat perjajian tak boleh ada cinta antara sahabat. Tapi aku tak dapat nak halang perasaan aku. Aku sedia terima apa jua yang aka berlaku selepas ini. Aku tak paksa kau untuk sayang aku seperti mana aku sayang kau. Cukuplah kau tahu perasaan aku sebenarnya,” Fariz Hilmi kuatkan hatinya untuk terus berbicara. Syakira seakan terkaku. Dia cuba memahami perasaan Fariz Hilmi.
“Maafkan aku Kira. Aku takda niat nak buat kau keliru ataupun bingung. Aku cuma luahkan perasaan aku yang dah lama aku pendam. Aku happy sangat bila kau datang hari tu. Tapi perasaan aku yang dah berubah menghalang aku untuk terus jadi macam biasa. Macam kawan-kawan yang lain. Aku nak layan kau lebih dari seorang sahabat. Tapi aku takut aku kecewa kalau kau tolak cinta aku,” Fariz Hilmi terus meluahkan perasaannya. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipi Syakira. Fariz Hilmi kaget.
“Kira, please don’t cry. I’m sorry for making you cry with my confession. Jangan menangis Kira. Aku mintak maf,” rayu Fariz Hilmi. Syakira bangun dari kerusinya. Dia ingin melangkah pergi. Fariz Hilmi menunduk sayu.
“Kira, aku akan pergi Australia malam nanti. Kalau kau datang petang nanti kat airport, aku anggap kau dh tak marah aku lagi. I’m sorry. I’m not good at words,” kata-kata terakhir daripada Fariz Hilmi sebelum dia menaiki keretanya dan berlalu dari situ. Syakira menyapu air matanya. Dia tersenyum dalam esak tangis.
**********

NIK Hazriq, Zarith, dan Syamil masing-masing mengucapkan selamat tinggal kepada Fariz Hilmi.
“Have a safe journey Fariz,” ucap Nik Hazriq.
“Thanks guys! Aku sangat-sangat menghargainya. Sayang korang semua!” ucap fariz Hilmi pula. Zarith dan Syamil meminta diri untuk pulang kerana ada assignment penting yang belum disiapkan lagi. Tak lama selepas itu Nik Hazriq pula meminta diri. Fariz Hilmi memeluk sahabat-sahabatnya. Dia masih mengharapkan kedatangan Syakira.
“Don’t worry. She will come. Trust me,” Nik Hazriq berkata sebelum melangkah keluar dari lapangan terbang. Fariz Hilmi tersenyum. Dia melambaikan tangannya ke arah Nik Hazriq. Dia mengeluh. Kecewa mungkin.
“Fariz Hilmi,” jerit satu suara dari belakang. Pantas Fariz Hilmi menoleh. Syakira!
“Kira, kau datang,” Fariz Hilmi sangat terharu ketika itu. Dia bahagia sangat. Syakira tersengih. Dia sebenarnya terlalu gembira saat Fariz Hilmi meluahkan perasaannya petang tadi. Cuma dia terkejut sampai tak tahu nak bagi respon apa. Dia sudah pun berterus-terang dengan Farhan yang sangat mengharapkan balasan cinta daripadanya. Alhamdulillah Farhan sangat memahami. Dia akan dapat jodoh yang lebih baik. Insya’Allah.
“Syakira sayang Fariz Hilmi jugak!” bicara Syakira perlahan. Fariz Hilmi terkedu. Syakira membalas cintanya.
“Aku akan tunggu kau balik!” itulah kata-kata terakhir Syakira sebelum Fariz hilmi melangkah pergi. Sahabat jadi cinta ?

-TAMAT-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Sahabat Jadi Cinta”
  1. nor says:

    knp x abskan cite…msti de conflik lau dyeorang brcnte..cnflik dgn shbt2 yg len..pe2 pn best

  2. zizi says:

    flow citer dia takder adegan cemas pun…
    tak adventure ler…
    btw, citer ni sweet…

  3. eyqa azam says:

    Awesome!! Bila baca i teringat zaman2 study dulu. Rasa macam my real life story yang di tulis. Heheh. It was great story. Keep it up bebeh!

  4. fiza says:

    mmg best….tp klo ada smbungan cite ni lg best…stju dgn komen nor… msti ada knfliks dgn tman2 yg lain…. sb diowq dh brjnji xbleh brcnta sesama mreka…..

  5. fizanur says:

    aik??abis dah??
    ala….nak smbung lg….

  6. Wani Zax says:

    Wahai sahabat-sahabat sekalian.. terima Kasih sangat2 sudi baca. Insy’Allah segala komen dan pujian akan di ambil sebagai smangat tuk wat yang lebih baik nanti. Cewaaah~ =)

  7. piejot says:

    impressive…
    tp… still need beberapa konflik sket… baru best…
    anyway.. enjoy reading ur cerpen…
    keep ur good work…
    wish u da best…(“_,)

  8. miss love says:

    errrr….NO KOMEN…

  9. surayah bte hashim says:

    cite yng biasa jer….tak de kelainan pun…

  10. amirah ramsey says:

    best la! tapi nak tau lagi banyak benda..kepada penulis, teruskan berkarya! all the best.. akiramenai!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"