Cerpen : Unexpected wife

22 May 2011  
Kategori: Cerpen

33,180 bacaan 53 ulasan

Oleh : sme_zea

Aku Fitrya Maisarah.Perkahwinanku sedang diatur keluarga.Aku tak kisah sebab aku memang tak pernah bercinta dan mempunyai pakwe selain dari cinta monyet zaman tak cukup umur dulu. Cuma aku takut sekarang ni.Bolehkah cinta selepas kahwin kekal selama-lamanya?Tanggapan kawan-kawan memang negative mengenai perkahwinan aku.

Tombol pintu dipulas.

“Boleh abang masuk?”Soal Fariz Ishak.Abang yang setia menjagaku.

“Mmm..”.Jawabku malas.

Abang duduk bersebelahan dengan ku.

“Takut ke?”

Aku mengangguk-angguk.

“Fitrya kena yakin dengan pilihan mama.Mesti ada satu kelebihan pada lelaki itu yang membuatkan mama pilih dia untuk jadi suami Fit.Nak mengharapkan Fit yang pilih sendiri memang macam tunggu manusia singgah Zuhal la”.Terangnya dan diselitkan gurauan.

“Abang boleh lah cerita sebab abang kahwin dengan pilihan sendiri”.

“Kita ada takdir masing-masinglah Fit”.

“Abang boleh tolong Fit tak?”

Abang memandangku.

“My hand always open for you”.

“Please check it out lelaki tu.Maybe my heart will bit calm after that”.

“Sure,kalau tu yang terbaik”.

Fariz Ishak memang mahu yang terbaik buat adiknya.Dia memang akan protect adiknya itu habis-habisan kalau ada sesuatu yang terjadi.
………………………………………………………………………………………………………

Matanya melilau mencari seseorang.

“Lama tunggu?”Tegur Luqman.

“Kau ada kes apa nak jumpa aku ni”.Ujar pemuda kacak iras-iras Donghae U-kiss.

“Duduk la dulu”.Luqman mengajak.

Suasana di café ini memang sunyi pada waktu pagi.

“Aku dengar kau nak kahwin dah”.Luqman yang merupakan spy kepada Fariz mulakan operasi.Luqman ini pula kawan rapat yang seuniversiti dengan bakal suami kepada Fitrya.

Afiq Hakim mengangguk.

“Kau okay ke tak?”Soal Luqman.

Afiq menjungkit bahu.

“Entahlah.Aku takut aku tak dapat serasi dengan dia.Lagi pun,hati aku masih lagi dekat Suraya lah.Lagipun ramai kata kahwin baru bercinta ni susah nak kekal”.

“Korang bukan dah clash ke?Dia pun dah bertunang kan?Tapi,perkahwinan lepas bercinta lagi best la”

“Yela,sebab tu la aku terima cadangan mak aku.Tu pun lepas aku tahu Suraya dah bertunang.Yang kau ia-ia tanya pasal ni kenapa pulak?”

Luqman mencari idea.

“Aku kan kawan kau.Mesti la nak tahu segala masalah kau”.

“Yela,kau kan kawan dunia akhirat aku”.

Luqman senyum.

“Tapi kau boleh terima Fitrya kan?”

“Maybe,but I need love to accept her.Entahlah fikiran aku kusut”.Jujur Afiq membuat pengakuan.Ya,dia perlukan cinta untuk terima Fitrya dalam hidup dia.

……………………………………………………………………………………………………….

Di kedai Fresh Bouquet

Baju kurung corak abstract purple dipadankan dengan selendang kosong tanpa corak berwarna purple cair.

“Kau ni hari-hari cun.Patutlah klien lelaki pun makin bertambah”.Usik rakan sekerjanya, Nadia.

Fitrya kerja di sini sebelum mula bekerja dengan syarikat papa nya.Bosan katanya duduk di rumah.Cadangan abang juga.

“Kau ni Nad suka je nak mengusik aku.Aku panggil abang kang”.
Mata Nadia dah membulat besar.

“Oi,kau ni.Takkan nak sampai panggil big boss pulak.Sorry la,tapi kau memang cun pun kan?Kau pakai product apa ek?”

Siapa yang tak takut dengan Fariz Ishak.Abang yang sangat menjaga adiknya.Zaman sekolah menengah ramai yang sudah menjadi mangsanya.Dia buat begiu pun kerana sebab.Kerana adiknya.

“Makan je lah sayur.Kau tu yang susah sangat nak makan sayur”.
Ting tong.Bunyi loceng daripada pelanggan rasanya kerana kalau kakitangan kedai,mereka tidak perlu membunyikan loceng.Sekadar masukkan kad sahaja.

Fitrya membuka pintu.Menjemput pelanggan itu masuk.

“Tuan ada buat sebarang tempahan?”Soal Fitrya lembut.

Pemuda itu dalam khayalan.Matanya tidak berkedip memandang Fitrya.

“Tuan,tuan..”.Tegur Fitrya.

Dia menggelengkan kepalanya.

“Saya baru nak buat tempahan untuk hadiah kepada pembukaan syarikat”.Jawab pemuda itu.

“Okay,tuan boleh tengok modul-modul dalam buku ini dulu.Kalau ada yang berminat tuan bagitahu saya”.

“Cik?”Pemuda itu cuba bertanya nama.

“Maaf saya lupa untuk perkenalkan diri.Saya Maisara dan tuan?”Fitrya memang menggunakan nama itu jika sedang bekerja dan dia juga amat menghormati pelanggan dengan menggunakan perkataan tuan walau bagaimana cara mereka berpakaian sekalipun.

“Saya Afiq Hakim.Just call me Afiq”.Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam.

Fitrya sekadar senyum dan mengangguk.Dia memang tidak akan menyentuh kulit lelaki yang bukan muhrim.

“Maaf”.Pemuda itu menuturkan.

“Tak mengapa.Tuan pilihlah dulu mana yang berkenan”.Jawab Fitrya dan membiarkan lelaki itu memilih.
………………………………………………………………………………………………………

Wajahnya ceria tidak seperti selalu.Kebiasaanya,dia akan menunjukkan riak muka yang serius.

“Kau ni dah kena sampuk jin apa?”Tegur Luqman.Dia tahu misi yang dia dan Fariz rancang sudah berjaya.

“I don’t know.She’s perfect.Kalaulah bakal isteri aku nanti macam dia kan bagus”.

“Memang bakal isteri kau pun”.Bisik Luqman.

“Sorry,aku tak dengar”.

“Eh,tak ada apa-apa”.Belum sampai masanya lagi.

Dia masih teringatkan wajah perempuan itu.Perempuan yang baginya PMT. Perempuan Melayu Terakhir.

“Kau tak nak order dulu ke?”Soal Luqman.

“Hari ni aku puasa.Puasa sunat hari Isnin”.

Luqman mengangguk-angguk.

‘Kena repot dekat bis boss ni’.Luqman berbicara sendiri.

………………………………………………………………………………………………………

Sabar dia menunggu jawapan dari abangnya.

“Abang…macam mana dengan dia?”Soalnya buat kali ketiga.
Fariz membuat muka serius.

‘Mak ai,takkan nak marah kot.Tanya je’.

Kemudian,dia senyum.

“Dia okay la.Background pun bakal jadi CEO syarikat ayah dia”.Saja si abang mengusik.

Fitrya mengeluh.

“Orang nak tengok perwatakan dia la.Bukan nak tengok harta dia”.Fitrya mula aksi merajuknya.Yela,puteri tunggal kan dalam keluarga.

Fariz mencuit hidung adiknya.

“Ya intan payung.Dia okay,anak yang mendengar kata and berpegang kepada Islam”.

“Alhamdulillah”.Fitrya memanjatkan rasa syukur.

………………………………………………………………………………………………………

Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke kedai bunga ini.

“Ada buat tempahan?”Soal Nadia.

‘Alah,mana budak tu’.

“Ada,ada…”.Jawabnya tak sesemangat sebelum dia dating ke sini.

“Hari tu buat tempahan dengan siapa ye?”

“Cik Maisara”.Jawabnya tak bersemangat lagi.

“O…Fitrya Maisara ke?”

Fitra Maisara.Macam pernah ku dengar nama tu.Siapa ek?Otak tak jalan la pulak.

“Rasanya,dia lah tu”.Jawab Afiq tapi otak masih sibuk mencari siapa Fitrya Maisara yang pernah dia dengar sebelum ini.

Nadia berlalu pergi,mencari Fitrya.

“Tempahan tuan siap lagi dua hari kan?”Soal Fitrya lembut.

Dia rindu dengan suara itu.

“Ya,cuma nak tengok-tengok”.Memang lagi dua hari tapi aku mana mungkin aku boleh tahan untuk menanti dua hari itu.

“Awak , sekarang ni masa lunch kitorang.Nanti awak datang lepas pukul 1.30 ye”. Tutur Nadia.

“Eh,kau ni mana boleh halau customer.Kau pergi lunch dulu, customer ni biar aku handle”. Balas Fitrya.

‘Beza sungguh perangai dua pekerja ni’.Getus hatinya.

Nadia meminta maaf dan keluar membeli makanan.

“Alang-alang dah time lunch,boleh saya belanja awak makan?Kesian pulak “Soal Afiq.

“Saya tak boleh keluar dengan mana-mana lelaki.Nanti abang saya marah”.

“Abang?Suami ke?”Baguslah dah ada calon,boleh aku concentrate dekat bakal iseri aku nanti je.

“Eh,abang kandung la.Apa pulak suami?”Jawab Fitrya.

Lega hati Afiq mendengarnya tapi lega macam mana pun kedua-dua orang tuanya telah menjodohkannya dengan Fitrya Maisarah.Mana boleh dia ingkar janji.

Otak mula bergerak balik.

“Fitrya Maisarah?”Baru dia teringat.Nama perempuan di hadapannya ini sama seperti nama bakal isterinya.

“Ya saya”Jawab Fitrya.

………………………………………………………………………………………………………

Di restoren berhadapan dengan taman permainan.

“Keciknya dunia kan?”Soal Fariz.

Fitrya menelefon abangnya terlebih dulu untuk mendapat
kepastian.Benarlah,pemuda ini bakal suaminya.Dan dia beria-ia menjemput abangnya untuk makan sekali.Ye lah dia mana pernah keluar dengan mana-mana lelaki secara berdua-duaan.

“Mesti ni plan abang kan?Patutlah tiba-tiba abang suruh Firya kerja dengan Nad”.

“Plan abang dengan Luqman kan?”Soal Afiq pula.

Fariz mengangkat kedua-dua belah tangannya.Surrender.

“Ya tapi untuk kebaikan korang jugakkan?Kesian sebab macam cacing kepanasan nak tahu pasangan masing masing”.

‘Patutlah Luqman tiba-tiba suruh aku beli bunga untuk syarikat ayah dia dekat tempat Fitrya kerja.Pelik jugak bila dapat tahu yang Luqman ni tahu kedai bunga yang terbaik’.

Fitrya bertambah segan ingin membalas pandangan Afiq.Lagi-lagi lepas dia tahu jejaka di hadapannya ini merupakan bakal suaminya.
Fitrya mengalih pandangan ke arah taman permainan.

Beberapa ketika,dia terkejut melihat seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang tiga ke empat tahun jatuh dari buaian.

Fitrya bergegas mendapatkan kanak-kanak lelaki itu.

Fariz dan Afiq terkejut melihat reaksi Fitry ayang tiba-tiba sahaja segera keluar dari restoren itu.

“Sayang jangan nangis.Sikit je ni”.Fitrya menyeka air mata budak lelaki itu.

Kanak-kanak lelaki itu terus menangis.

“Macam mana nak jadi hero kalau nangis macam ni.Nak lolipop tak?”Fitrya segera memujuk.Dia turut memeriksa jika terdapat pendarahan.Mujur hanya sedikit luka.Fitrya menghilangkan kesan tanah yang terdapat pada baju budak lelaki itu.

Kanak-kanak lelaki itu perlahan-lahan berhenti menangis apabila mendapat dua lollipop yang diberi Fitrya.

“Ya Allah,budak ni okay tak?”Soal Afiq.

“Okay sikit je kan?Dia kan hero Malaysia mana boleh nangis”.Pujuk Fitrya lagi.

Seorang wanita kemungkinan besar ibu kepada budak lelaki ini mendapatkan anaknya.

“Terima kasih ye dik”.

Fitrya mengangguk dan menghadiahkan senyuman.Budak lelaki itu turut tersenyum memandang wajah Fitrya dan melambainya.

Fitrya dan Afiq membalas lambaiannya.

“Awak memang sukakan budak-budak?”Soal Afiq.

Lantas Fitrya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Terpegun Afiq dengan senyuman itu.

“Saya suka sangat budak-budak.Bila diorang senyum tu rasa macam nak kiss je diorang. Cute sangat-sangat”.Fitrya menjelaskan perasaannya terhadap budak-budak.

“Kalau saya yang senyum?”Usik Afiq.

Fitrya terdiam dan aura segan menyelubungi dirinya.Merah muka Fitrya .

‘Aish,belum apa-apa dah macam ni’Bisik Fitrya.
………………………………………………………………………………………………………
Sudah selesai Fitrya diijab kabulkan dengan Afiq Hakim dengan hanya satu lafaz.

Penat sungguh kahwin ni rupanya.

Sudah selesai bersembang denga bapa mertua.Langkah kakinya laju untuk sampai ke biliknya.

Tombol pintu dipulas.

Sebaik sahaja dia masuk,dia melihat sekujur tubuh yang sekadar bertuala yang menutupi badan isterinya sehingga ke paha.Terserlah kemulusan kulit isterinya.Tubuh yang berambut panjang yang sudah dikeringkan berada tepat di hadapan pintu bilik air.
Fitrya naik malu.Malunya sudah tak tertahan dengan sekadar bertuala ini.

“Sorry,tadi saya mandi sebab nak hilangkan peluh”.Hanya ayat itu yang didengar sebelum Fitrya kembali masuk ke dalam bilik air.

‘La,kenapa nak minta maaf?’Soal Afiq pelik tapi nafsu lelakinya sudah meningkat apabila melihat kejadian yang tak dirancang tadi.

“Abang,tolong ambikkan baju tidur saya atas katil tu”.Ujar Fitrya di dalam bilik air.

Lama Fitrya menunggu.Entah apa yang dibuat suaminya.

“Abang,atas katil tu je”.Ujarnya lagi.

Pintu bilik air diketuk.Hanya tangan kanan yang menyambut sepasang baju tidurnya.Selesai memakai,dia keluar dari bilik.
Mata suaminya tak berkedip memandang isterinya yang berpakaian baju tidur yang jarang yang menampakkan susuk tubuhnya.

‘Bila pulak aku pilih baju ni?’

“Fitrya tak pilih baju ni tadi”.

Afiq tersenyum.

“Abang yang pilih.Ni kan first night kita”.

Bulu roma ku dah meremang.

Afiq memeluk pinggang isterinya dari belakang.

“Kenapa sayang kena minta maaf dengan abang?Jangan buat macam tu lagi tau.Kalau tak bersalah jangan nak mintak maaf”.

Fitrya tak mampu berbicara.
Afiq menariknya naik ke katil.

“Sayang okay tak ni?”Soal Afiq apabila melihat tingkah laku isterinya yang terkaku itu.

Fitrya mengangguk-angguk.

Jemari Afiq sudah bermain di sekeliling tubuhnya.Bibirnya juga merayap ke wajah yang gebu itu.

“Sayang nak tahu tak?”

“Tahu apa?”

“Abang memang dah fall in love dengan sayang first time abang jumpa sayang dekat kedai bunga dan memang mengharap sayang ni bakal isteri abang”.

“O..kalau perempuan dekat kedai bunga tu orang lain?Abang mesti admire dia pulak kan?”Fitrya pura-pura merajuk.Dia memang gadis manja tapi berapada-pada.

Afiq Hakim membuat gaya seperti sedang berfikir masalah Negara.

“Maybe,why not?”Usik Afiq.

Fitrya mengadapkan mukanya ke tempat lain.

Sudah beberapa saat tetapi tiada reaksi balas daripada Afiq.Fitrya memang berjauh hati.

Lampu bilik tiba-tiba tertutup.

“Abang!”Jerit Fitrya.Dia memang takut gelap.

“Kenapa ni?”Afiq naik cuak.Dia memeluk isterinya untuk menenangkannya.

“Takut gelaplah.Janganlah tutup semua lampu”.Jawab Fitrya takut-takut.

Afiq tersenyum dengan kelemahan isterinya.

“I will make sure today is to be the first and the last day for you to scream because I will shine your next days.Okay sayang?”

Rupa-rupanya Fitrya tidak mendengar apa yang diucapnya kerana dia sedang lena dibuai mimpi di dada bidang suaminya.

“You are really my unexpected wife”.

P/S:sorry cerpen bukan yang terbaik sebab time ni dah nak periksa so, kena taiplaju-laju fikir pun kena laju tu pasal la short and not brilliant idea.pape pun arap terhibur…terima kasih…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

53 ulasan untuk “Cerpen : Unexpected wife”
  1. yuki says:

    haha, pakar dah tegur kesalahan tu ! careful, kena peminat fanatik k-pop. marah dorang. anyway, the best !

  2. miera helmi says:

    WAHH!! best jugakkan kahwin sbelum bercinta nie..papepon truskan usaha dan kembangkan lagi jalan cerita. donghae love love love

  3. julieyat says:

    erk !? donghae oppa group super junior laaa .. mula-ii baca dah tension siot
    hati-ii tau bila nak kaitlkn oppa orang !

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"