Novel : Ayat power 30

21 May 2011  
Kategori: Novel

4,006 bacaan 2 ulasan

Oleh : Dr.rock

Kekok rasanya mahu memulakan bicara dengan Einstein. Bila ditinggal berdua di rumah, aku mati kutu jadinya. Mama, papa dan adikku ke rumah wan sejak Magrib tadi, katanya sudah lama tak menjenguk wan. Namun aku tahu , itu hanyalah alasan mereka. Jelas, mereka mahu aku dan Einstein berbincang dari hati ke hati dan menyelesaikan masalah kami secepatnya.

” Bilah,” panggil Einstein mesra.

Aku berpaling ke arahnya. Dari tadi, aku hanya memerhatikan dia tanpa suara dari meja makan. Dia mengisyaratkan aku agar duduk di sebelahnya di sofa ruang tamu. Lambat-lambat aku melangkah ke arahnya. Terpamer senyuman manis bila aku menuruti permintaanya.

” Abang rindu sangat-sangat pada isteri abang ni. Bilah rindu abang tak?,” soalnya perlahan.
Aku tidak memberi respon pada bait katanya. Kalau rindu kenapa membisu, desis hatiku.

” Mulut senget-senget macam tu sebab geramkan abanglah tu!,” tambahnya.
Aku mencubit tangannnya geram. Laju juga dia menangkap tanganku, digenggam erat dan dibawa ke bibirnya sebelum dikucup lembut. Runtun hatiku dengan tingkahnya.

” Bilah, abang nak minta maaf sangat-sangat sebab biarkan Bilah seorang diri seminggu ni. Abang muhasabah diri. Jujur abang kata, abang tak mampu nak teruskan hidup tanpa Bilah.”

Aku tunduk memandang lantai. Suaranya tegas dan yakin. Bukan seperti di hospital tempoh hari. Jelas tergambar juga rasa hatinya melalui pandangan matanya yang redup. Sinar matanya menggambarkan kasih sayang yang tidak berpenghujung.

” Abang minta maaf sangat-sangat dengan Bilah sebab abang dah lukakan hati Bilah. Bilah tak ada tandingan di hati abang. Bilah terlalu istimewa sebab ALLAH dah takdirkan kita bersama sejak di alam ruh lagi. Dan Bilah bukanlah pelepas rindu abang pada Diana. Bilah isteri abang, perempuan paling istimewa dalam hidup abang.”

Satu tangannya memegang daguku. Wajahku yang tadinya tunduk ditolak lembut agar menatap wajahnya. Kami saling bertatapan.

” Insya-ALLAH, selama-lamanya hanya Bilah isteri dan cinta abang.”

Airmataku gugur tanpa dipinta. Entah kenapa, sedih benar rasa hatiku. Pengakuannya mengundang rasa yang tidak menentu. Dalam gembira, masih ada sedikit luka yang tercalit di hati. Sikap terlalu berahsianya membuatkan aku makan hati. Biarpun dia sudah mengungkap kata sayang, masih ada rasa kurang yakin dengan tutur bicaranya. Akhirnya, aku membuka mulut.

” Kalau abang sayang Bilah, kenapa abang tak pernah berterus terang dengan Bilah?,” soalku datar.

Einstein memandangku tak bekelip. Dia menarik nafas panjang sebelum membalas pertanyaanku.

” Sebab abang sayang Bilah,” balasnya bersungguh-sungguh.
Mataku mencerlung geram, sedangkan ketawanya lepas. Aku menjauh darinya, namun dia bergerak mendekatiku pula.

” Orang tanya betul-betul, abang main-main. Bilah tak mahulah cakap dengan abang dah,” tuturku dalam nada rajuk.

” Sayang, sudah-sudah la merajuk. Kesian dekat Bilah dok mengigau panggil nama tiap malam gara-gara merajuk tau,” ujarnya dengan senyuman lebar bermain di bibir.
Merona wajahku mendengar kata-katanya. Jelas sudah, aku amat merindukannya. Dan namanya tidak pernah hilang sesaat pun dari ingatanku. Tambahan pula, ada sesuatu yang sedang membesar dalam rahimku yang juga adalah milik kami bersama. Buah cinta kami.

” Ok, kalau macam tu Bilah tak nak kita berahsia lagi. Bilah nak tahu semua rahsia abang. Abang ceritakan semua kisah cinta abang,” ujarku tegas.
Einstein mengangguk perlahan.

” Semuanya?.”

” Ya….tak ada rahsia lagi!,” tegasku.

” Baiklah permaisuri hatiku, hamba perkenankan permintaan tuanku sekarang juga,” balasnya sambil membetulkan kedudukan agar lebih selesa. Kemudian, dia menarik aku agar bersandar ke badannya. Satu tangannya mengulas tanganku lembut, sedangkan satu lagi memeluk badanku. Aduhai, hilang rindu dibuatnya!

—————————————————-

Einstein bercerita segala-galanya tanpa berselindung lagi. Pertemuan mereka tidaklah seindah yang aku bayangkan. Cerita Einstein, dia dan Diana bertemu secara tidak sengaja. Dia adalah lelaki yang ditakdirkan ALLAH untuk menyelamatkan maruah seorang perempuan dari kejahatan makhluk bernama lelaki.

“Malam kejadian tu, Diana bukan lagi Diana yang abang kenal. Biarpun sebelumnya dia dah join ceramah agama dan berubah, malam tu dia lost dalam dunianya sendiri. Even dengan abang pun, dia takut abang rosakkan dia. Tapi bila tengok abang pakai songkok dan baru balik dari masjid masa tu, akhirnya dia nak abang tolong dia. Abang tak tahu pun dia siapa masa tu. Just tau dia perempuan yang tengah ada problem je.”

” Abang bawa dia balik rumah atuk dengan nenek. Kami pujuk nak bawa dia pergi hospital and report polis, dia tak mahu. Katanya dia tak mahu keluarganya malu kalau tahu keadaan dia macam tu. Dan sebolehnya, dia tak mahu keluarga dia tahu dia dekat mana masa tu. Diana duduk di rumah atuk seminggu. Dalam waktu seminggu tu, kami tak pernah tanya pun identiti dia hinggalah dia bercerita sendiri siapa dia sebenarnya.”

Einstein berhenti bercerita seketika, dia mencapai air dan meneguknya perlahan. Selesai minum, dia menyambung cerita.

” Hari ke-5, dia minta nasihat dari nenek macammana nak jadi baik. Kata nenek, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Tergantung kepada orang buat pilihan, sama ada nak jadi baik atau tidak. Tak pasal-pasal, Diana menangis lagi. Masa tu, dia buka cerita siapa dia sebenarnya. Maaf ya sayang, abang tak mahu cerita pasal identiti Diana sebab itu aib dia. Cukuplah kalau sayang tahu, dia dah jauh dari landasan sebenar.”

Aku mengangguk perlahan. Einstein mengukir senyum sebelum mengucup dahiku lembut tanda terima kasih kerana memahaminya.

” Diana nak berubah. Kami setuju nak bantu dia setakat kami termampu. Alhamdulillah, ALLAH pertemukan dia dengan jalan kebaikan.”
Einstein berhenti bercerita tiba-tiba….Jelas, ada sesuatu yang menyentuh hatinya.

” Diana belajar mengaji, solat dari nenek. Sampailah suatu hari, dia suarakan hasrat dia nak balik rumah dia, nak minta ampun dari mak ayah dia. Kami hantarkan dia. Dalam perjalanan, dia ceritakan pasal keluarga dia. Dia datang dari broken family, mak ayah sentiasa sibuk sampai tak ada masa untuk dia. Masa tu, atuk sarankan pada Diana tinggal di rumah kami, jadi cucu angkat dia aje. Diana setuju sampailah kami sampai dekat rumah dia.”

” Sampai dekat rumah Diana, kami terperanjat bila tengok ada polis di sana. Diana ajak kami masuk. Malangnya, ada dua orang polis halang kami masuk. Kami ditahan atas tuduhan melarikan Diana. Tak cukup dengan tu, mak ayah dia tuduh kami cuba sesatkan anak dia, lawan cakap mak ayah dia sampai Diana tak balik rumah. Masa tu, nak bela diri pun tak ada gunanya. Tak pasal-pasal, kami tidur dalam lokap,” ujar Einstein sambil ketawa kecil.

Aku beristighfar panjang. Einstein masih hanyut dalam tawanya. Entah apa yang kelakar, aku tak tahu. Yang pasti, pengalaman itu cukup bermakna baginya.

” Then, bila abang dengan atuk keluar dari lokap? Siannya abang. Tak pasal-pasal, niat baik abang disalah ertikan! Kalau Bilah la, Bilah dah mengamuk dekat rumah dia dah,” sampukku.
Ketawa Einstein kian galak.

” Isk, abang yang kena lokap, Bilah pulak yang emosi. Tak baik marah-marah sayang, nanti hijau anak kita bila keluar nanti!,” balasnya dalam tawa yang masih tersisa.
Laju tanganku menampar pehanya. Dia mengeringai kesakitan. Sesuka hati bergurau kata anak kami jadi INCEDIBLE HULK. Isy, simpang malaikat 44!

” Erm, tak lama pun duduk lokap. 8 jam je. Esoknya dah keluar pun. Mak ayah dia tarik balik tuduhan tu dengan syarat Diana kena balik semula rumah dia. So, lepas tu dia balik rumah dialah…Kami balik rumah kami. Erm, dah habis dah cerita. Apa komen sayang?,” soal Einstein dengan senyuman nakal.

” Abang!!,” terluah rasa geram dengan ceritanya yang sekerat jalan. Aku menarik muka masam. Einstein mengekek ketawa. Cukup membuatkan hatiku jengkel dengan sikapnya.

” Iya sayang, nak apa?,” soalnya lagi dalam nada manja.

” Nak merajuklah.”

” Isyh, janganlah merajuk sayang. Tak tahan dah tidur seminggu tak berteman. Ok, abang cerita tapi dengan satu syarat,” ujarnya sambil menghalakan telunjuknya di pipinya. Tanpa banyak soal, aku menghadiahkan kucupan dia pipinya. Dia tersenyum senang.

” Thanks Bilah. Lepas tu, tak ada khabar dari Diana lagi sampailah 3 bulan lepas tu dia sekeluarga datang rumah atuk. Masa tu, memang terkejut bila tengok mereka. Rupa-rupanya, Diana tu dah mengandung dan mak ayah dia nak Diana tinggal dengan kami. Mereka tak sanggup menanggung malu bila Diana mengandung. Dan permintaan Diana sendiri nak tinggal dengan kami. Atuk dengan nenek terima keputusan mereka. Masa tu, abang balik rumah dekat Gombak sebab tak eloklah kalau abang dekat sana.”

” Sayangnya, mulut orang ni bukannya boleh tutup. Entah macammana, orang mengata anak yang Diana kandungkan tu anak abang. Teruk jugalah kami sekeluarga kena fitnah. Maklum sahajalah ibu ustazah, atuk pula guru agama. Sedihnya hati abang masa tu. Kita buat baik, tapi yang kita terima sebaiknya pulak,” suara Einstein berubah sayu.
Aku menggenggam erat tangannya. Dia cuba mengukir senyuman.

” Gosip dan fitnah tu sampai ke telinga mak ayah Diana. Mereka minta abang bertanggungjawab. Abang tak mahu sebab abang memang tak bersalah. She got pregnant because of someone else. Tapi semua orang menunding jari mempersalahkan abang, abang buntu dengan keadaan tu.”

” Diana, macammana? Takkan dia diam je dengan fitnah sebesar tu?,” soalku ingin tahu.
Einstein menggeleng.

” Dia bersuara, tapi orang tetap mengalahkan kami berdua. Sampailah suatu saat, dia tekad nak bunuh diri sebab tak mahu kami tanggung malu lagi. Alhamdulillah, umur dia masih panjang. Kami pujuk dia, semua tu dugaan dari ALLAH S.W.T. Mak ayah dia datang, paksa dia balik ke keluarga dia. Rupa-rupanya, mereka dah rancang nak gugurkan kandungan Diana. Abang tahu pun secara tak sengaja. Masa tu, abang hantar barang Diana yang tertinggal ke rumah dia. Diana bertegas tak mahu gugurkan kandungan dia. Abang rasa terpanggil nak selamatkan dia. Jadi, abang setuju nak bertanggungjawab. Masa tu, ALLAH sahaja tahu hati dan perasaan berdepan dengan keadaan tu.”

” Jadi, abang dengan Diana nikah akhirnya?,” soalku tidak percaya.

” Tak, kami tak nikah sebab ALLAH lebih sayangkan dia. Diana meninggal sebulan selepas tu. Masa tu jugaklah, bapa kepada bayi yang dikandung tu mengaku. Akhirnya, semua orang tahu abang tak bersalah. Lepas tu, mak ayah Diana jadi keluarga angkat abang. Mak berubah jadi pendiam lepas Diana meninggal, agak terganggu sampailah ada gangguan jiwa. Abah bawa mak berubat ke oversea. Lepas tu, hilang tanpa khabar sampailah kita jumpa mereka dekat Putrajaya aritu.”

” Dalam tempoh abang kenal Diana, abang jatuh cinta dengan dia tak?.”
Einstein mengetap bibir. Soalanku agak rumit untuk dirungkaikan dengan kata-kata. Dia membalas dengan aggukan kepala sahaja.

” Erm, kiranya dia 1st love abanglah ye?,” soalku lagi.
Muka Einstein merona merah.

” Abang jatuh cinta dengan kesungguhan dia nak berubah. Tapi Bilah tetap endless love abang tau,” ujarnya dalam nada menggoda.
Aku tersenyum sumbing. Pandailah dia nak memujuk hatiku.

” Erm, Bilah tetap tak puas hati. Sebab masa dekat hospital haritu, abang cakap lain. Arini abang cakap lain. Sukalah belit-belit. Patutlah orang kata lelaki ni lidah bercabang,” getusku geram.

” Abang cakap apa masa dekat hospital aritu sayang? Abang lupalah!,” balasnya dengan senyuman lebar.
Aku merengus geram. Dah cakap tak serupa bikin, pelupa pulak. Geramnya! Dah hampir seminggu dibiarkan aku menangis dalam tidur dek kata-katanya, hari ini dia bersikap bersahaja pulak. Aduhai, tabahlah wahai hati.

” Abang memang sayangkan dia, cintakan dia kerana ALLAH S.W.T. Dan dia istimewa di hati abang sebagai orang pertama yang abang sayang. Susah abang nak buang perasaan tu. Bila Bilah datang diri abang, rasa sayang tu makin hari makin bertambah. Dan abang sedaya upaya singkirkan dia dari hati abang. Tapi abang tak mampu. Maafkan abang sebab tak berlaku adil pada Bilah soal hati abang.”
Aku mengulang kata-katanya tempoh hari. Einstein menepuk kepalanya.

” Serious abang ada cakap macam tu?,” soalnya lagi dengan raut tak percaya.

” Bukan serious, seribu-rious dah abang,” balasku geram.

” Abang minta maaf sangat-sangat sayang. Itu bukan kenyataannya. Bila Diana meninggal, perasaan sayang abang pun pergi juga. Sampailah kita jumpa. Walaupun perangai Bilah ada sikit persamaan dengan Diana, itu bukan sebab utama abang nikah dengan Bilah. Kita nikah sebab abang yakin Bilah adalah takdir abang. Jodoh abang dari dunia hingga ke syurga, Insya-ALLAH. Maaf sayang sebab terluka dengan kata-kata abang.”

Aku menarik nafas lega. Biarpun masih ada tanda yang merungkai hatiku, aku tidak mahu bertanya lanjut. Cukuplah ceritanya sampai di sini. Soal mak dan ayah angkatnya, biarlah dia membuka mulut dengan sendirinya. Yang pasti, aku akan sentiasa berlapang dada dan menjadi pendengar setia ceritanya.

” Senyum je dari tadi, say something sayang. Abang tak tenang selagi Bilah tak cakap maafkan abang,” rayunya. Aku ketawa kecil. Bulat mata Einstein memandangku.

” Ketawa lagi, please sayang. Say, you forgive me!,” rayu Einstein lagi.

” Erm, ada syaratnya. Memandangkan story abang tu masih tergantung, abang kena habiskan sebelum abang KL besok. Then, abang kena call Bilah tiap hari. Jangan gantung Bilah tak bertali macam seminggu ni. Abang kena jujur dan setia dengan Bilah seorang sebab hanya abang seorang je lelaki yang Bilah paling sayang,” tegasku.
Einstein pantas mengangkat tangannya sebelum berikrar penuh semangat..

” Saya, Umar Al-Farouq berikrar akan setia, menyintai dan menyayangi isteri saya Nabilah Azna sepenuh hati. Saya akan sambung cerita yang tergantung sebelum balik KL esok, saya akan jujur dan tak berahsia dengan dia. Hanya dia seorang bidadari dalam hidup saya selama-lamanya,”
Dalam ketawa dengan gelagatnya, ada airmata yang menitis.

” Hanya abang bidadara saya,” balasku sebak.
Pelukan Einstein aku rasakan kian erat di tubuhku, sama seperti hatiku yang kembali terikat kepadanya. Sungguh, hanya dia cinta pertama dan tiada gantinya dalam hidupku. Hanya satu dalam seribu!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Ayat power 30”
  1. Siti Soleha Yahaya says:

    terlerai sudah kekusutan tuh….
    Alhamdulillah……:)

  2. fatien says:

    sy xsuka einstein…npe a x muncul lelaki len yg cintakan bilah???

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"