Novel : Bawalah daku ke dalam pelukanmu 2, 3

24 May 2011  
Kategori: Novel

5,546 bacaan 4 ulasan

Oleh : syan_irfan

bab2

“Tidaaaaaakkkkk!!!!!!!! Hentikan semua ini!!!!

Bergema perkarangan masjid itu dengan satu jeritan yang cukup sayup-sayup kedengaran.

‘Aaaaaaaaahhh….Hentikan!!!!!!” sekali lagi jeritan nyaring itu kedengaran malah bertambah kuat. dapat didengari kekecohan sedang berlaku di luar masjid itu.

Mereka yang menghadiri upacara pernikahan itu terkejut dengan pekikan yang entah milik siapa itu. Yang jelas, suara itu memang milik seorang wanita. Tapi siapa pulak perempuan tu?? Terjerit-jerit seperti disampuk hantu jembalang. Begitulah agaknya persoalan yang bertandang di benak para tetamu jemputan tersebut. Mereka sudah berbisik sesama sendiri. Tentu saja kejadian tadi bakal menjadi satu cerita yang hangat. Sensasi. Dan mungkin juga akan melarat-larat.

Datin Tengku Marlia, mamanya Tengku Zafran sememangnya sudah terkejut dengan jeritan itu. hilang terus lamunannya yang berjela-jela tadi. semasa anaknya melafazkan ijab qabul pun dia masih sempat berangan. tidak habis-habis dengan angan-angan kosongnya. dia mengangankan anaknya sedang bernikah dengan gadis pilihannya. dia benci pada wanita yang telah sah menjadi menantunya. dia benci pada Aleya yang dimatanya seorang perempuan yang tak ubah seperti perempuan jalang. perempuan yang kekampungan dan gilakan harta. dia menuduh Aleya yang merancang supaya ditangkap basah dengan anaknya. makin diingati peristiwa itu makin bertambah sakit dihatinya. jelas terlayar kembali di ruangan mindanya perkara yang berlaku dua minggu lepas.

imbas kembali……

Datin Tengku Marlia benar-benar marah bila tidurnya diganggu dengan deringan telefon yang tak henti-henti menjerit. dengan malas, dia mengangkat telefon rumah yang terletak diatas meja disebelah katil itu dan menekapkannya ke telinga.

“hello ma! Zaf ni!” Tengku Zafran memulakan perbualan bila telefon disana diangkat. lega sedikit hatinya.

“ye! mama ni! ada apa ni Zaf telefon mama malam-malam buta ni?”
soal Datin Tengku marlia dengan suara hambar.

“err… boleh tak mama dengan papa pergi balai polis sekarang? pliss ma.. urgency!” desak Tengku Zafran dengan suara terkawal. dia sedang berada dalam kereta milik pegawai pencegah maksiat itu. Aleya turut berada disana. mereka sedang dalam perjalanan menuju ke balai polis bukit aman.

“apa???” terbeliak mata Datin Tengku Marlia yang tadinya mengantuk. terkejut benar dia dengan berita itu.

“Zaf buat apa kat balai malam-malam buta ni? dah takde tempat lain ke nak lepak?” marah Datin Tengku Marlia pada anak tunggalnya.

“mama pliss!! nanti bila dah sampai kat balai, Zaf akan terangkan kat mama. okey ma! datang cepat tau! nanti kita jumpa kat balai!” Tengku Zafran segera menghentikan panggilan. dia sengaja tidak mahu memberitahu mamanya hal yang sebenar. pasti mamanya tidak akan datang apabila dia memberitahu hal yang sebenar.

“Zaf!! helo! helo…!” Datin Tengku marlia mendungus geram dengan anaknya yang tiba-tiba menghentikan panggilan sebelum memberitahu alasannya. tapi, malas pulak dia nak menelefon semula anaknya.

Telefon ditangannya dihempas kuat ke atas meja. kuat juga dentuman bunyinya. berkecai telefon itu.

fikirannya mula mengandaikan yang bukan-bukan. tentu Tengku Zafran terlibat dengan masalah jalan raya. tekanya.
tanpa bertangguh, suaminya yang masih pulas tidur dikejutkan dengan segera. Dato’ Tengku Murshidi juga terkejut dengan berita yang tidak sepatutnya itu. darah gemuruh naik ke kepalanya.

setibanya mereka dibalai, dia terkejut melihat Tengku Zafran sedang dikerumuni oleh lelaki-lelaki yang berkopiah dan dia juga ternampak seorang wanita sedang menangis ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenalinya. hatinya bertambah rusuh. apa semua ni?? apa yang telah terjadi?? tanyanya dalam hati.

kemudian dia dan suaminya mengambil tempat disisi anaknya yang hanya memakai sepasang kemeja baju tidur. belum sempat dia mengutarakan soalan, tiba-tiba bahunya disentuh oleh suaminya yang mengisyaratkannya untuk turut serta masuk ke dalam sebuah bilik yang tak ubah seperti bilik mesyuarat. dibilik itu, semua persoalannya terjawab. alangkah terkejutnya dia apabila anaknya didakwa ditangkap basah bersama dengan gadis di hotel Le Meridien.

waktu itu dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan anaknya telah memalukannya dengan kejadian yang menyakitkan itu. serentak dengan itu dia berpaling melihat gadis yang didakwa bersama dengan anaknya waktu tangkapan itu. dengan serta merta, timbul melonjak kebenciannya pada gadis itu dan yang paling mengejutkannya bila pihak agama mengusulkan supaya anaknya perlu bernikah dengan perempuan itu dengan kadar segera. dia benar-benar meradang. dia tidak dapat menerima kenyataan itu.

siapa yang hendak bermenantukan perempuan yang miskin dan langsung tak setaraf dengan mereka. tapi bila suaminya menyatakan kes ini akan sampai ke pihak mahkamah bila mereka tidak dinikahkan dengan segera membuatkan dia mengalah. dia tidak mahu gara-gara kes itu,reputasi syarikat mereka terjejas biarpun kes itu langsung tiada kena mengena dengan perihal syarikat mereka. namun, dia takut apabila berita itu sampai ke pengetahuan klient-klient penting dalam syarikat mereka dan boleh mengakibatkan penarikan semula kontrak dan tender usahasama mereka apatah lagi saham syarikat mereka kebanyakannya dilabur oleh pelabur-pelabur asing yang datang dari serantau dunia. memikirkan hal itu, dia tidak punya pilihan lain selain membenarkan Tengku Zafran bernikah dengan Aleya.

setelah perbincangan selesai. ketiga-tiga belah pihak termasuklah pihak keluarganya, keluarga gadis tersebut yang dipanggil Aleya dan pihak jabatan agama bersetuju untuk mengahwinkan Tengku Zafran dengan Aleya dua minggu kemudian.

kini…….

Datin Tengku Marlia mengalih pandangannya ke pintu masuk masjid. Suara itu seakan-akan sangat dikenalinya. suara diakah??? ‘dub!!!’ dia terpana. patutlah suara itu seperti dikenalinya. Ya! suara milik wanita yang sepatutnya bernikah dengan anak lelaki kesayangannya. Dia yang sedang duduk bersimpuh dibelakang anak kesayangannya semasa upacara ijab qabul tadi terus merenung kearah pemilik suara itu yang ternyata sedang terjengul di hadapan pintu masuk masjid tersebut dengan muka yang kemerahan dan mata yang mencerlung tajam merenung kearah mereka.

Memang betul jangkaannya, pemilik suara itu adalah Syarifah Adila Dawina, anak kesayangan kawannya, Datin Rosmah. “Tapi macam mana pulak Dila boleh berada di sini? siapa yang beritahu Adila pernikahan ini?” Datin Tengku Marlia sudah mulai resah. Tentu Adila sudah tahu akan rahsia tu. Dan apa yang paling ditakutinya, Adila akan membocorkan rahsia tersebut di hadapan tetamu-tetamunya. Rahsia besar yang hanya diketahui oleh keluarganya dan kedua orang tua Syarifah Adila. Dia yakin orang tua Adilalah yang bertanggungjawab membocorkan rahsia tersebut kepada Adila. Mustahil orang lain yang melakukannya sedangkan rahsia itu hanya diketahui oleh keluarga tersebut selain keluarganya. huh! tak boleh dipercayai langsung! rengusnya dalam hati.

Menyedari bahawa rahsia perkahwinan ini boleh mendatangkan keaiban yang besar kepada keluarga dan syarikat mereka apabila rahsia tersebut dibocorkan oleh Adila. Buat masa ini dia harus bertindak dengan segera untuk melarikan Syarifah Adila jauh dari masjid Ar-Raudah itu. Masjid yang menyaksikan penyatuan anaknya, Tengku Zafran dengan menantu bukan pilihannya, Aleya. Mujur juga otaknya berfungsi dengan cerdas pagi itu. Seboleh-bolehnya dia harus menyimpan rahsia itu dari pengetahuan orang lain buat masa sekarang.

‘Ya, rahsia ini harusku simpan sekurang-kurangnya sehingga Aleya dicerai dan berambus dari hidup anakku!’ tekadnya dalam hati.

Lantas, dia bangun dan dengan tergesa-gesa dia meluru mendapatkan Adila yang cuba ditenangkan pengawal peribadi keluarganya. Tujuannya hanya satu iaitu menjauhkan Adila dari tetamu-tetamunya yang kebanyakannya klien-klien penting syarikat mereka. Takut sangat dia akan kehilangan klient penting syarikat mereka. Alamat bangkraplah syarikatnya apabila mereka menarik diri dari membuat pelaburan dalam syarikat mereka. sesampainya di depan Adila, lekas dia mendapatkan Adila dan membisikkan sesuatu ke telinga perempuan itu sebelum menarikya keluar dari perkarangan Masjid.

Tengku Zafran tidak sempat menahan ibunya dari menghampiri perempuan itu. Dia sekadar memerhati kayuhan laju ibunya dari jauh. Dia terlihat ibunya memujuk perempuan itu sambil membisikkan sesuatu ke telinganya. Entah apa yang disogokkan oleh ibunya sehinggakan perempuan itu berhenti dari mengamuk. ‘Pasti mereka sedang merancang sesuatu’ getusnya dalam hati. Dia sememangnya tidak peduli jika sekiranya rahsia di sebalik perkahwinannya terbocor. Dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Dia sendiripun tidak menyangkakan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu ke majlis pernikahannya kerana seingatnya perempuan itu sepatutnya sedang bercuti bersama keluarganya di bumi kangaroo tika ini. Sungguh dia meluat pada minah itu. Sejak mereka sama-sama bersekolah menengah lagi. Dia tidak tahan dengan perangai gedik wanita itu yang amat jelik di pandangan matanya.

Sungguh, dia masih teringat perlakuan perempuan itu yang sedang berpelukan dengan seorang lelaki di belakang bangunan sekolah mereka sambil berkucupan. Waktu itu, dia sedang mencari tempat untuk bersembunyi daripada dikejar oleh perempuan-perempuan yang bergaduh untuk mendapatkannya. Terjegil matanya melihat perlakuan tak senonoh pasangan itu. dia berpura-pura berdehem untuk menyedarkan pasangan itu. Ternyata mereka amat terkejut dengan kehadirannya di situ. Lantas, dia meninggalkan tempat itu dengan hati yang teramat jengkel. Dan, bermula dari saat itu, dia semakin menjauhkan dirinya dari Adila yang sememangnya dingin sejak dari azali. biarpun mamanya menyuruhnya supaya berkawan dengan perempuan tak tahu malu itu, namun dia buat endah tak endah saja. hatinya sudah beku untuk berkawan dengan gadis itu.

Tengku Zafran tahu, Adila telah melaporkan kedinginan hubungan mereka kepada ibunya. Tetapi, mana mungkin dia dapat berkawan dengan perempuan itu apatah lagi berpacaran. Sakit hatinya apabila mamanya sendiri tidak mempercayainya apabila dia menceritakan kelakuan buruk perempuan itu. mamanya memang memandang suci pada perempuan itu. Hati mamanya pasti sudah diracun oleh perempuan itu.

Adila memang pandai berlakon baik di depan mamanya. Dibelakang bukan main ligat bersama jantan. pergi ke kelab-kelab malam dan keluar masuk hotel dengan lelaki yang berlainan. tapi bila didepan mamanya karakter perempuan itu berubah 360 darjah. Fuh! hebat lakonan kau Adila. jangan kau ingat kau sahaja yang pandai berlakon. kau tak kenal lagi aku. aku? ya! aku Tengku Zafran Bin Dato’ Tengku Murshidi tidak sekali-kali akan membiarkan kau memusnahkan kebahagiaan keluargaku. aku akan pastikan kau berputih mata. Aku rela berkorban nyawaku demi kebahagiaan keluargaku! tekadnya dalam hati.

“Err…Tengku! boleh kita sambung acaranya sekarang?” Tanya tok kadi kepada Tengku Zafran setelah keadaan sudah agak reda. Ternyata tok kadi juga agak terkejut dengan kejadian tersebut.

Tengku Zafran sedikit tersentak dengan pertanyaan itu. Lamunannya terus hilang. Perlahan-lahan jiwanya yang kalut tadi menjadi tenang. Lama dia memikirkan soalan tok kadi itu. Sebolehnya, dia sentiasa mahukan kehadiran mamanya disisinya sepanjang majlis pernikahannya. Walaupun dia tahu mamanya tidak merestui perkahwinan itu, sekurang-kurangnya mamanya sentiasa berada disisi menemaninya.

Dia akan merasa kecewa sekiranya mamanya tidak turut sama berkongsi rasa bahagianya yang hanya mampu dipendam dalam hatinya. Kerana baginya tidak wujud istilah perkahwinan kali kedua dalam hidupnya. Oleh itu, dia mahukan semua ahli keluarganya menyaksikan pernikahannya yang berlangsung hanya sekali dalam seumur hidupnya.itu janjinya yang paling besar dipahatkan dalam dirinya sendiri. tanpa paksaan dan tanpa sesiapapun yang mengetahuniya kecuali DIA yang maha esa.

Dia mahukan perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung usianya. Bersama-sama dengan isteri yang dicintainya melayari bahtera perkahwinan dalam suka dan duka. Bersama-sama melalui kemelut perkahwinan mereka dalam terang dan kegelapan. Berpimpinan tangan,bergandingan bahu membesarkan permata hati mereka. Bersama-sama membina sebuah keluarga sakinah bersama anak-anak yang soleh dan solehah. Insya-Allah!

“Alhamdulillah…. syukur kehadrat-MU ya Allah!’ puji hatinya kepada tuhan yang maha pengasih tatkala matanya terpandangkan wajah tidak berperasaan mamanya di hadapan pintu masuk masjid. Ternyata doa semenjak dua menjak ini sentiasa dimakbulkan dengan begitu cepat. Doanya supaya mamanya berada disampingnya sepanjang pernikahan itu sudah dijawab oleh Allah.

mamanya sedang berpimpinan tangan dengan Adila menuju ke arah mereka. Matanya menyoroti kayuhan langkah mereka yang semakin mendekati. Sekilas dia memandang kearah sekalian tetamu jemputan yang berkunjung. Jelas ada kerutan di wajah masing-masing. Kerutan yang menceritakan kebingungan mereka atas apa yang sedang terjadi. Bibirnya mengorak senyuman manis buat mereka. Sekadar untuk meredakan ketegangan yang terjadi. Lantas dia memalingkan kepalanya yang kemas bersongkok memandang tok kadi.

” Baiklah tok imam! kita boleh sambung sekarang” Balasnya perlahan. Bibirnya menyimpul senyuman nipis. Tidak sabar rasanya bibir berkumis nipis miliknya menjamah dahi isteri yang baru dinikahinya. Tiap saat, tiap detik dia teringin sangat untuk mendaratkan bibirnya ke seluruh wajah mulus milik isterinya itu. “hihihi… gatal juga aku ni! hahaha!” gamaknya dalam hati. Sengihannya sudah sampai ke telinga. Amat manis dipandangan mata. tambahan pula dirinya begitu segak dan kacak bila mengenakan sepasang baju melayu satin putih susu. benar-benar memukau sesiapa yang melihatnya. ditambahkan lagi dengan kemeriahan majlis itu yang sangat meriah jelas memperlihatkan kebahagiaan yang dikecapinya. apalagi, tetamu sudah pun tersenyum-senyum bila melihatnya begitu bahagia. mungkin mereka sangat mengharapkan agar pasangan itu bahagia sampai ke anak cucu. amin.

“Amboi! tengok pengantin baru tu .. bahagia betul aku tengok…” usik satu suara.

” hisy awak ni…. dah namanya pengantin baru, mestilah gembira cik yah oii…. macam kita muda-muda dulu….” sahut satu suara dengan diselangi oleh gelak-ketawa riang…

Tengku Zafran tergelak senang dengan usikan itu. Hatinya sudah kembang-kuncup. Bahagianya dia kini. berbulan lamanya dia asyik bermimpikan si wajah cantik jelita isterinya hinggakan dia terigau-igau. Teracau-racau. Begitu kuat penangan aura wanita itu kepadanya. Batinnya asyik menjerit untuk memiliki wanita itu selepas satu ‘accident’ romantis mereka pada hari terakhir dia berada di UK. Insiden yang telah membibitkan bunga-bunga cinta di hatinya. Sungguh, selepas kejadian itu, hatinya benar-benar sudah pandai merindu. Hatinya yang lewat mengenal erti cinta itu sudah pandai menganyam kasih. Sudah pandai untuk mengasihi dan ingin dikasihi. Tapi, dia tidak tahu kemana harus dicarinya wanita itu.

Saat dia tersedar dari khayalannya yang sudah sampai ke langit ketujuh, terus saja hatinya merindui seraut wajah itu. jatuh cinta pandang pertamakah aku? desis hatinya. ya, dia sudah pandai merindu seraut wajah itu biarpun wajah itu baru ditatapinya beberapa saat yang lepas. memikirkan keesokannya dia sudah akan bertolak pulang ke malaysia, tiba-tiba dia takut dia tidak akan dapat berjumpa lagi dengan wanita itu. Hatinya benar-benar risau wanita itu disambar oleh orang lain walaupun pada hakikatnya dia tidak tahu sebutirpun maklumat wanita itu. Nama wanita itu pun tidak diketahuinya.

Dia benar-benar amat kesal dengan kealpaannya selepas kejadian yang tidak diduganya itu. Dia terlupa untuk mengenali diri wanita itu walau sekadar bertanyakan nama. Waktu itu, dia benar-benar tergamam dan terawangan. Bagaikan terkunci rapat mulutnya daripada berbicara saat matanya terpandang seraut wajah si jelita yang amat mengasyikkan. Amat mempesonakan. Begitu deritanya dia menjadi seorang perindu. Merindukan seraut wajah jelita menawan yang telah mengucar-ngacirkan hidupnya. Seraut wajah tanpa nama yang membuatkan hidupnya jadi nanar. Membuatkan dirinya jadi lemah tidak bermaya sehingga kadang terjatuh sakit.

“ehem… Tengku!” tegur tok kadi sekali lagi bila melihat Tengku Zafran bagaikan hanyut dalam dunianya yang berbunga-bunga. Tengku Zafran termalu seketika. dia menundukkan kepalanya sekejap sebelum memalingkan kepalanya ke arah mamanya yang sedang menuju kearah mereka.

selepas beberapa ketika, mamanya sudah berdiri disisinya disamping Adila. tegang sahaja muka mamanya. Tambah tambah lagi wajah Adila. dengan wajah yang dibedak tebal mengalahkan solekan pelakon opera cina sahaja lagaknya. ditambah pula dengan ketegangan yang jelas terpancar dari bias wajahnya. benar-benar membuatkan wajahnya jelik di pandangan mata. wanita itu tajam merenungnya tanpa bersuara apa-apa. ‘ah lantaklah kau! kau siapa nak marah-marah aku. dahlah datang tanpa dijemput. merosakkan majlis aku pulak!!!’. marah Tengku Zafran namun hanya dijeritkan dihatinya. tak mungkin dia menengking perempuan itu kaw-kaw di tengah majlis itu sedang menuju kemuncaknya. dia tidak mahu menjatuhkan airmuka keluarganya hanya kerana perempuan tak tahu malu itu. setakat ini dia masih mampu bersabar dengan kerenah gadis itu yang benar-benar membengangkannya.

tanpa mempedulikan jegilan perempuan itu, Tengku Zafran perlahan-lahan bangkit dari duduk silanya sambil membetulkan sampingnya yang sedikit berkedut.

” Tengku, sekarang masanya untuk acara pembatalan air sembahyang! mari saya bawa Tengku ke tempat Puan Aleya” pesan pengapit Tengku Zafran perlahan beserta senyuman yang tidak pernah lengang dari bibirnya. namapun pengapit, mestilah sentiasa bermuka manis.

“okey, jom!” ajak Tengku Zafran dengan dengusan lega. senyuman dilemparkan kepada pengapitnya itu.

” ma… ikut Zaf sekali ya ma! Zaf nak mama lihat Zaf sarungkan cincin ke jari menantu cantik mama” pujuk Tengku Zafran yang sudah mahu melangkah kearah isterinya. dia cukup tahu mamanya sangat-sangat membenci isterinya kerana angkara kejadian itu, harapan mamanya untuk menyatukannya dengan Adila hancur berkecai dalam sekelip mata. namun, bagi Tengku Zafran pula, ia bagaikan satu rahmat yang paling besar diturunkan kepadanya. sudahlah dia tidak dikahwinkan dengan Adila, malah dia juga sudah menjadi suami kepada wanita kesayangannya. hikmah Allah siapa yang tahu.

“hrmm… Dila ikut auntie sekali ye!” ajak Datin Tengku Marlia. dia tidak mahu meninggalkan Adila sendirian di situ. Apatah lagi berdekatan dengan tetamu jemputannya. cuak juga dia kalau-kalau Adila nanti membocorkan rahsia besar itu kepada orang lain. namun hati Syarifah Adila tetap dijaganya. dia masih mahu bermenantukan perempuan tersebut biarpun anaknya sudah menikah dengan wanita lain.

” Dila tak nak lah auntie…. Dila meluat sangat tengok perempuan kampung tak tahu malu tu…” sengaja Adila kuatkan suaranya agar sampai ke pendengaran tengku zafran. dia merasa puas kalau dapat mencaci perempuan yang telah menjahanamkan impiannya. dalam hatinya, dia sudah merancang beberapa cara untuk memisahkan pasangan yang baru bergelar suami isteri itu.

Berdesing telinga tengku Zafran mendengar kelancangan mulut perempuan itu. Dia jadi bengang. kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia halau perempuan itu keluar dari majlisnya. Tapi dia masih mampu bersabar. dia tidak mahu merosakkan majlisnya hanya kerana kemunculan perempuan itu disini. ‘Ah! pedulikan dengan perempuan itu. kalau kau tak nak ikut, sudah….! aku lagi suka. menyemak jer kerja kau kat sini. hisyy… mama aku ni pun satu, asyik nak beri muka sangat kat minah ni. Ok Zaf! tenang. chill ok! anggap saja kata-kata minah tu bagai angin yang kehilangan serinya. tak usah kau peningkan kepala kau dengan kerenah minah tu. buang masa kau aje’ rengus suara hati Tengku Zafran.

“dahlah tu mama! biarkan ajelah dia kat sini! dia bukannya budak sekolah yang perlu ditemankan setiap masa. dia bukannya siapa siapa pun dengan kita. tak ada kaitan langsung dengan majlis Zaf” Sinis saja tutur bicaranya. dia mahu tahu perempuan tu sebenarnya yang tak sedar diri. terhegeh-hegeh. ‘suka-suki aje nak kutuk isteri kesayangan aku. over my dead my ok!’ geramnya dihamburkan dalam hati.

tanpa berlengah lagi, Tengku Zafran menapak kearah isterinya untuk acara pembatalan air sembahyang dengan debaran yang kuat di dadanya. sambil berjalan dia tersenyum manis kepada tetamu yang menyapanya. dia cuba untuk bersikap tenang. dibelakangnya, mamanya bersama dengan rombongan pihaknya termasuklah Adila sudah membuntuti langkahnya.

kelihatan isterinya sedang duduk bersimpuh sambil ditemani oleh keluarga mertuanya iaitu keluarga angkat isterinya. isterinya ada memberitahunya bahawa dia anak yatim piatu dan dibesarkan oleh keluarga angkatnya setelah beberapa tahun menetap di rumah anak-anak yatim. malah Aleya hanya berwalikan hakim semasa upacara ijab qabul tadi setelah mereka tidak mampu menjejaki keluarga Aleya. menurut pengasuh Aleya ketika dia dibesarkan di rumah anak yatim itu, Aleya diserahkan kepada pihak kebajikan itu sewaktu dia berumur setahun oleh sepasang suami isteri. alasan mereka ialah Aleya harus ditinggalkan demi untuk keselamatannya. bila pengasuh itu bertanyakan sebabnya, pasangan itu enggan memberitahu malah mereka berpesan agar dia menjaga Aleya dengan sebaik mungkin. hanya itu sahaja cerita yang Aleya dapat daripada bekas pengasuhnya.

setibanya Tengku Zafran di pihak keluarga pengantin perempuan, dia menyapa mereka dengan muka yang manis. ternyata keluarga mertuanya sangat baik walaupun keluarganya bersikap dingin dengan mereka. dia menyalam beberapa lelaki dari pihak pengantin perempuan. kelihatan mereka masih malu dan segan dengan dirinya.

“handsomenya abang Tengku kita hari ni…” puji seorang dari lelaki tersebut. pujian itu membuatkan Tengku Zafran merasa malu sekejap. dia hanya tersengih lebar menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

“terima kasih, eh, janganlah panggil abang, Tengku… segan pulak abang dibuatnya. panggil saja abang Zafran. lagi mesra panggil saja abang Zaf. err.. maaf! adik ni siapa?” tanya tengku Zafran dengan sedikit kebingungan. seingatnya, isterinya adalah anak angkat tunggal pasangan mertuanya.

“hrmm.. kalau macam tu saya panggil abang, abang Zaf lah ye! mesra dan sedap didengar. oh.. by the way, i’m Zahar. Aleya’s cousin merangkap your cousin in-law!” terang lelaki itu yang sudah tersengih-sengih.

“oh i see! abang tak pernah nampak adik pun selama ni!” luah Tengku Zafran.

“haha… memanglah abang Zaf tak nampak Zahar kat sini! adik study kat oversea. kat Australia. Zahar pulang ni pun sebab tak nak miss perkahwinan kak Leya. kalau bukan kak Leya yang kahwin, Zahar malas nak pulang. lagipun exam dah dekat sangat ni. takut tak dapat catch up kuliah pulak” Jelas Zahar dengan panjang lebar. sekejap membahasakan dirinya ‘adik’ sekejap membahasakan dirinya ‘Zahar’.

“maaflah! susahkan Zahar aje pulang dari jauh semata-mata nak tengok perkahwinan abang dan kal Leya ni….”

“eh! taklah macam tu…. malah Zahar gembira sekali bila tengok kak Leya sudah berkahwin… kahwin dengan putera raja pulak tue…” usik zahar sambil tergelak riang.

Tengku Zafran sudah tersipu malu.

“janganlah cakap macam tu….buat malu abang aje… manalah abang layak jadi putera raja” ujar Tengku Zafran dengan rasa rendah diri. makin jadi besar pula ketawa Zahar.

“Zaf! buat apa lagi buang-buang masa ni? lekas, sarungkan cincin tu kat perempuan kampung tu….” sinis sekali bicara Datin Tengku Marlia itu. sengaja dikuatkan suaranya bila menyebut perempuan kampung. nak sakitkan hati orang lain lah tu.

“ma… isteri Zaf ada nama lah mama!” bela Tengku Zafran.

“dah..dah… jangan cuba nak naikkan kemarahan mama! itupun dah kira cukup baik…” rengus Datin Tengku Marlia. makin sakit hatinya bila anak sendiri membela musuhnya.

“suka hati mamalah nak cakap apapun…” balas Tengku Zafran dengan muka toya. geram sangat dia pada kekerasan hati mamanya. tentu si Adila yang telah pengaruh otak mamanya ni.

bab3

BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA….

Syarifah Adila yang baru keluar dari kereta mewah BMW hadiah dari papanya sempena hari lahirnya tahun lepas terus meluru mendapatkan Datin Tengku Marlia yang sedang menyiram bunga di halaman rumah banglo mewah itu.

” Hi auntie! apa kabar? Dila rindu sangat-sangat kat auntie tau!” Dipeluknya tubuh Datin Tengku Marlia dengan pelukan manja.

“Auntie sihat. Awalnya Dila datang. ni, mama papa Dila sihat?” Datin Tengku Marlia merungkaikan pelukan itu. Hos getah ditangannya diletakkan ke tanah. Dia sudah maklum akan kedatangan Adila pada pagi itu. Dia sendiri yang menjempu Adila ke banglonya setelah dikhabarkan akan kepulangan Adila tempoh hari. Tapi dia tidak menyangka Adila akan datang seawal pagi ini. Setahunya, Syarifah Adila memang liat untuk bangun pagi. itulah sikap Adila yang acap kali dibebel oleh Datin Rosma bila mereka bersembang. Yelah mana tak liat bangun kalau pulang rumah pun bila dah nak masuk subuh lepas bekerja. bulat-bulat dia mempercayai kata-kata Datin Rosma.

Dia sebenarnya tidak tahu Adila pulang lewat disebabkan sikapnya yang suak bersosial di kelab-kelab malam. dia menyangkakan Adila begitu komited dengan kerjayanya sebagai seorang model. sikap baik yang dipertontonkan oleh Adila amat disenanginya. tambahan pula Adila merupakan seorang anak kepada pasangan jutawan. sebab itu dia teringin benar untuk menjodohkan anaknya dengan syarifah Adila supaya syarikat mereka boleh digabungkan setelah mereka berkahwin kelak. Maka akan bertambahlah hartanya yang sudah sedia melimpah ruah. Dia tahu Adila sudah terlalu menyimpan perasaan terhadap anaknya. Tiap kali Adila berkunjung ke rumahnya, dia mesti menanyakan hal Tengku Zafran. Tapi anaknya sahaja yang sentiasa bersikap dingin dengan Syarifah Adila. jual mahal lagaknya.

“mama ngan papa sihat. Kebetulan Dila ada show kat PJ pagi ni auntie! lagipun tempat tu tak jauh dari sini. Sebab tu Dila singgah sini. Lagipun, Dila nak sangat nak jumpa auntie tau!” Balas Adila sambil membetulkan skirt pendeknya yang sedikit terselak. Kemudian dia memaut lengan Datin Tengku Marlia sambil menyandarkan tubuhnya ke tubuh tua itu. Datin Tengku Marlia hanya membiarkan perlakuan Adila yang terlebih manja itu sambil tersenyum. hrmmm… mesti Adila nak ambil perhatian dari Zaf ni. Fikirnya.

“Bibik! kemaskan semua peralatan ni,hantar ke stor sekarang!” Perintah Datin marlia kepada bibik Sutinah yang baru bertugas di situ. Orang gajinya kerap bertukar kerana tidak tahan dengan perangainya yang panas baran itu. Ada yang bertahan sampai setahun. Ada juga yang hanya sampai seminggu. Sikapnya yang satu itu amat tidak disukai oleh bekas orang-orang gajinya.

“Baik Datin!” dengan terkocoh-kocoh, pantas bibik Sutinah mengemaskan peralatan menyiram yang digunakan oleh Datin Marlia semasa menyiram bunganya di halaman tadi lantas terus dibawanya ke stor yang terletak di belakang banglo itu.

“Dila! mari kita masuk! penat berdiri kat sini!” Lekas Datin Marlia menggamit tangan Adila dan mempelawanya masuk ke dalam bango itu.

“Dila makin tambah cantik lah sekarang!” Puji Datin Marlia selepas menghenyakkan tubuhnya di atas sofa mewah buatan Itali itu. Adila yang mendengar pujian itu sudah kembang hidung. Apalagi pujian itu diucapkan oleh ibu kepada lelaki pujaannya. Senanglah dia nanti untuk memujuk datin supaya menjodohkannya dengan lelaki itu. Makin bertambah lebar senyumannya mengenangkan hal itu. Sebenarnya dia tidak tahu bahawa Datin Tengku Marlia juga mahukan Adila supaya menjadi menantunya. kalau dia tahu tentu hatinya sudah kembang setaman. ceh! perasan cantik lah tu.

“eee….. thanks auntie! Auntie pun apa kurangnya, makin berseri-seri Dila tengok!” pujinya dengan suara yang dimanjakan. eleh.. mengada-ngada.sengaja ler tu. saja je nak ambik hati mama. itulah kelemahan Datin Tengku Marlia. Mudah sangat terpujuk dengan pujian. Hisyam yang masih bersmbunyi sebalik tiang di tingkat atas yang mengarah ke biliknya sudah meluat dengan kerenah Adila. hissy.. gedik semacam minah ni!

“Auntie! Dila ada nak cakap sikit ngan auntie! Dila nak tanya pasal Zaf! Zaf ade kat dalam ke auntie?” bisiknya perlahan. Segan sekiranya Dato’ Tengku Murshidi yang baru keluar dari kamar terdengar pertanyannya. Dato’ Tengku Murshidi memang kurang senang dengan dirinya. atas alasan apa, dia pun tidak mampu menebaknya.

Tengku Zafran yang bersembunyi disebalik tiang di tingkat atas sudah memasang antena telinganya selebar-lebarnya. dia tidak mahu ter’miss’ satu pun perkara dalam perbincangan dua wanita itu. hatinya berdebar kat situ.

“Ada… kat biliknya tu! Zaf baru aje habis pengajiannya kat UK. Bangga betul Auntie bila Zaf dapat first class honour masa konvonya dulu. Dapat juga auntie bergambar dengan Dekan Zaf tu. Gembira betul auntie masa tu. Lebih-lebih lagi papa si Zaf tu. Terkejut betul dia bila Zaf dapat first class honour.” Terang Datin Tengku Marlia dengan muka gembiranya.

“iyalah, mana tak terkejutnya bila tiap kali uncle tanya keputusan Zaf, dia bagitau dia cuma dapat kepujian. last last masa konvo, Zaf dapat first class honour pulak. Rupa-rupanya Zaf sengaja bohong selama ni. Sengaja nak bagi kejutan kat auntie dan uncle. uncle memang sangat sangat gembira betul masa tu. ” Sampuk Dato’ Tengku Murshidi sambil menghampiri isterinya. Dia mengacukan tali leher kepada isterinya minta dipakaikan ke lehernya. Begitulah sifat Dato’ Tengku Murshidi. Suka ingin dimanjakan oleh isterinya biarpun sudah 27 tahun mereka berumahtangga.

“Bila Adila pulang? lama uncle tak nampak Adila!” ujarnya lagi sekadar untuk berbasa-basi. Dia diberitahu oleh isterinya tentang pemergian Syarifah Adila ke London untuk shownya sebulan yang lepas.

“Semalam uncle. biasalah uncle, Dila agak busy sikit kebelakangan ni, that’s why Dila jarang dapat datang ke sini. Dila baru je balik dari London semalam uncle!” Balas Adila sambil menghirup nescafe panas yang dihidangkan oleh bibik Sutinah. Sesekali matanya mengerling ke tingkat atas banglo itu yang menempatkan bilik tidur Tengku Zafran. Namun dia hampa bila Tengku Zafran masih tidak memperlihatkan diri.

“Zaf tak kerja ke hari ni auntie?” tanyanya bila kelibat Tengku Zafran masih tidak kelihatan.

“hrrmmm… tak! Zaf tak kerja hari ni. Demam katanya.” Jawab Datin Tengku Marlia perlahan. Sebenarnya sudah lama dia perasan akan perubahan anaknya itu. anaknya semakin tidak bermaya. Tidak lagi cergas seperti selalu. Sudah tidak banyak bicaranya bila berborak dengannya. Tidak lagi seperti dulu. Tawanya hambar. Senyumannya sudah hilang serinya. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan anaknya berubah sampai begitu sekali. Bila dia bertanya, anaknya hanya mengatakan tiada apa-apa. Terlalu letih dengan kerja kat pejabat! katanya. Tapi jauh di sudut hati Datin Tengku Marlia, dia terhidu mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiran anaknya. Dia tahu anaknya seorang yang sangat kuat berahsia. Ya! dia mesti menyiasat punca perubahan anaknya itu.

Dia memang pelik akan perubahan mendadak Tengku Zafran kali ini. Seingatnya, anaknya kelihatan sangat ceria semasa mereka mengunjunginya di majlis konvo anaknya Beberapa hari sebelum konvo itu, mereka sama-sama menghabiskan masa dengan bershopping di gedung-gedung mewah di kota Paris itu. Dan Tengku Zafran jugalah orang yang paling gembira waktu itu. Katanya, dia nak shopping sepuas-puasnya sebelum terbang ke Malaysia selepas meraikan majlis konvonya nanti. Dan pada hari majlis konvo itu berlangsung, dia terlihat anaknya sedang meleraikan pergaduhan dua orang wanita jelita yang cukup seksi potongannya. Sampai terjegil-jegil mata kedua-dua wanita itu ketika bergaduh. Lucu pulak bila dia tengok mereka begitu. Mungkin mereka berebutkan Tengku Zafran! bisik hatinya.

Datin Tengku Marlia hanya membiarkan Tengku Zafran menyelesaikan masalahnya. Suka sangat cari masalah! getusnya.Dia sudah masak dengan perangai anaknya itu yang suka mempermainkan wanita. bila ditanya, katanya, dia sekadar mahu berseronok dengan mereka selagi umur masih muda. Galau juga dia memikirkan pertengkaran kecil itu. Itulah padahnya bila tembelang sudah pecah! bisik hatinya lagi. Dia ternampak seorang daripada wanita itu yang berambut blonde berlari meninggalkan Tengku Zafran dengan seorang lagi wanita yang bergaduh dengannya tadi yang hanya mengenakan skirt pendek paras peha. Merajuklah tu! dilihatnya Tengku Zafran sedang mengejar wanita itu dan meninggalkan wanita disisinya tadi selepas membisikkan sesuatu ke telinga wanita seksi itu. Dia pula hanya mampu melihat kelibat anaknya yang sudah jauh mengejar perempuan yang merajuk lalu membawa diri tadi.

Sejak dari kejadian itu, perangai Tengku Zafran mulai berubah. Tapi bila dia memikirkan semula punca perubahan anaknya itu, tidak mungkin disebabkan oleh pergaduhan itu kerana sudah beratus kali dia melihat kejadian yang seumpama itu berlaku kepada anaknya. Semenjak Tengku Zafran bersekolah menengah lagi. Anaknya memang seorang yang sangat tampan dan kacak. Tengku Zafran mewarisi wajah yang kacak dan tubuh yang sasa dari suaminya yang berdarah Arab. Wajah anaknya yang putih bersih pula diwarisi darinya yang berketurunan Melayu-Inggeris. Dengan berbekalkan aset wajah tampan, mana-mana wanita yang terpandang wajah anaknya pasti bakal terjatuh hati. Dan di kesempatan itulah Tengku Zafran dengan senangnya mendapatkan mana-mana wanita yang ingin didampinginya.

Tapi entah kenapa Tengku Zafran tidak pernah ingin bermesra dengan Syarifah Adila. Dia juga kerap memaksa Tengku Zafran untuk berbaik-baik dengan Adila tetapi Tengku Zafran buat endah tak endah sahaja dengan kata-katanya. Tapi kali ini dia akan memaksa Tengku Zafran untuk menikah dengan Syarifah Adila. Tiada lagi kompromi. Suaminya pula tidak mahu campur tangan dalam hal itu. Katanya, biarlah Tengku Zafran sendiri yang menentukan pasangannya. Dia tidak kisah siapapun pilihan Tengku Zafran asalkan anaknya itu bahagia. Tapi Datin Tengku Marlia tetap berkeras ingin meneruskan hasratnya. Lagipun, dia sudah berpakat dengan Datin Rosma untuk mengahwinkan mereka. Malah Datin Rosma pula yang terhegeh-hegeh hendak bermenantukan Tengku Zafran.

Dalam dia sedang ralit memikirkan masalah anaknya itu, dia tersedar apabila dahinya dikucup perlahan oleh suaminya. kemudian dia melihat suaminya mengambil beg pejabat yang diletakkan di atas sofa.

“Papa nak masuk kerja dah ni! dah dekat pukul 8 dah ni! takut jam pula. Papa pergi dulu! jangan lupa bagi Zaf makan ubat!” Pesan Dato’ Tengku Murshidi dengan suara lembut. Dia juga risau mengenai perihal anak tunggalnya itu. Anak yang amat disayanginya. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Kalau ikutkan hatinya, dia ingin sangat menemani anaknya yang sakit tika itu, namun dia tidak punya kesempatan untuk melakukannya. Kerjanya masih bertimbun di ofis dan memerlukan pantauan yang segera.

“hrmm… papa jangan risaukan Zaf, mama boleh uruskan dia. Lepas ni mama nak temankan Zaf pergi klinik , takut demamnya melarat pulak” kata Datin Tengku Marlia untuk menenangkan keresahan suaminya.

“hati-hati drive kereta tu nanti. Jangan bawa laju-laju. Mama dah lama tak drive kan?” Soal Dato’ Tengku Murshidi sambil matanya mengerling sekilas ke arah bilik anak kesayangannya.

“tak apa papanya, kalau mama rasa tak yakin nak drive, nanti mama minta tolong Dila ni ha…” usul Datin Tengku Marlia. Adila sudah tersenyum bangga. Bangga kerana dirinya diperlukan apatah lagi ianya berkaitan dengan Tengku Zafran.

Datin Tengku Marlia mengucup tangan suaminya dan membetulkan kot hitam yang tersarung di tubuh suaminya. Kemudian dia berpesan kepada suaminya supaya berhati-hati ketika memandu. Dato’ tengku Murshidi hanya menganggukan kepalanya tanda mengiakan dan melangkah menuju ke keretanya. Sebelum kereta meluncur pergi, dia sempat melemparkan senyuman dan melambaikan tangannya perlahan kepada suaminya sehinggalah kereta itu meluncur keluar dari perkarangan banglo mewah mereka.

“Teruk sangat ke demam Zaf auntie sampai kena ambil MC?” Soal Adila dengan riak muka tak percayanya setelah mereka masuk semula ke ruang tamu. Sedari tadi dia ingin bertanyakan tentang Tengku Zafran tetapi terbantut dengan kehadiran Dato’ Tengku Murshidi. Dia tidak mahu kelihatan terdesak di hadapan Dato’ Tengku Murshidi. Dia sedang dalam proses mengambil hati Dato’ Tengku Murshidi. Jadi, tentu saja dia mahu dirinya kelihatan sebagai seorang gadis yang baik di hadapan Dato’ Tengku Murshidi supaya senang untuk dia nanti diterima dalam keluarga itu.

“Entahlah Dila. Auntie pun tak faham dengan Zaf tu. Sejak pulang dari UK, dia selalu sakit. Hari-hari nampak lemah. Perangainya pun sudah jauh berubah” Datin Tengku Marlia membuka ceritanya dengan meluahkan masalahnya kepada Syarifah Adila. Berharap agar dapat meredakan masalahnya.

“Eh! betulke auntie? isyy.. mustahillah auntie! tak pernah pun Dila nampak syam sakit sejak dulu. hrmm… mesti ada sesuatu yang menyebabkan Zaf begitu! Auntie tahu apa sebabnya?” Jelas Adila terkejut dengan berita itu. Selama dia berkawan dengan Tengku Zafran semenjak bersekolah menengah dahulu, dia tidak pernah sekalipun terlihat Tengku Zafran sakit atau lemah sepeti yang dikatakan oleh Datin Tengku Marlia. Tengku Zafran sering tampak ceria dan cergas di matanya. Tidak pernah dia terlihat muka Tengku Zafran berhias dengan duka. Tapi sekarang… benarkah apa yang auntie katakan tadi? arghh… aku mesti cari tahu puncanya…’ rengusnya dalam hati.

“Entahlah… Auntie pun tak tahu sebabnya. Zaf payah benar nak berterus-terang bila auntie tanya. katanya, dia cukup letih dengan kerja-kerja di pejabat” keluh Datin Tengku Marlia dengan masalah anaknya.

Datin Tengku Marlia mengamati penampilan Adila. dia sememangnya suka pada penampilan Adila yang up-to-date dan pandai bersosial. Maklumlah, Syarifah Adila seorang Model. Baginya, pakej itu perlu ada pada setiap calon menantu yang bakal mendampingi anak tunggal kesayangannya. Tapi yang sebenarnya, dia tidak cukup tahu akan kemahuan anaknya. Dia tidak sedar bahawa anaknya mendambakan seorang wanita solehah yang akan menjadi isterinya dan melahirkan zuriatnya. Seorang isteri yang mengutamakan suami dari segala aspek. seorang isteri yang mengabdikan dirinya hanya untuk suaminya dengan penuh keikhlasan. Isteri yang tulus mencintai dirinya walau banyak manapun kekurangannya.Itulah dia hakikat yang tidak diketahui oleh Datin Tengku Marlia. Apa yang dia tahu, dengan mengahwinkan Adila dengan Tengku Zafran, anaknya bakal gembira dan bahagia. tetapi itu sebenarnya tidak benar. salah sama sekali.

———–
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Undilah kami 1 kali setiap hari




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bawalah daku ke dalam pelukanmu 2, 3”
  1. ApricotGurl says:

    ;)

  2. miss Q says:

    nice. keep it up!

  3. riri says:

    best..teruskan lagi sambungannya..

  4. itsnajwa says:

    ooo takde la baik sangat tengku zafran ni ek? playboy la jugee..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"