Novel : Be My Wife! 7

11 May 2011  
Kategori: Novel

29,147 bacaan 45 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

7

“Where’s your uniform? I asked you to wear it, right?” terdengar suara Elman bising-bising. Hannah merengus lemah. Dia yang baru menjejakkan kaki ke dapur terus patah balik menuju ke bilik Elman untuk menukar uniform. Hannah melangkah lemah menuruni anak tangga apabila dia selesai menukar baju. Kali ini, dia tidak menyanggul rambutnya. Dibiarkan rambutnya yang panjang dan bergulung itu melepasi belakang tubuhnya.

Elman yang melihat kehadiran Hannah dengan berpakaian sedikit seksi, ditenung lama oleh Elman. Elman menelan air liur. She’s damn cute! Just like a doll!

“Tuan?” panggil Hannah sambil melambai-lambaikan tangannya di wajah Elman yang masih terpaku.

“Ehem!” Elman berdehem lantas mengubah pandangannya ke tempat lain. Dia cuba berlagak macho.

“Aku nak makan steak for lunch. And cheese cake for desert.” Elman memandang ke arah teelvisyen yang tidak terpasang. Hannah menjungkit kening.

“You’ve appoinment with your clients from Japan today, isn’t?” memang sudah Hannah selidik jadual Elman. Dia bukan sahaja seorang isteri, tetapi juga ‘pembantu rumah’ dan setiausaha Elman si pakcik tua ni!

“Hah? Today?” Elman menggelabah melihat jam di tangan.

“Yes. Semalam tuan cakap tuan kena lunch dengan dorang.” Kata Hannah.

“Is it?” Elman terus bangun dari sofa dan berlari naik ke biliknya. Hannah memandang gelagak Elman yang kelam-kabut. Abang Elman, Abang Elman. Baru 24 tahun dah lupa.
Hannah menggeleng-geleng lantas pergi ke dapur. Dia menyiapkan sarapan pagi. Jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi.

Hanya roti berinti cheese diletakkan di atas meja. Hannah membuat secawan kopi. Hannah cuba mencapai bekas gula di kabinet atas.

“Hannah!! Meh sini! Dalam kiraan 5!” jerit Elman dari biliknya. Hannah yang terkejut terus menyambar bekas garam dan cepat-cepat menyudu garam ke dalam air kopi. Tanpa di kacau, Hannah terus meletakkan kopi itu di atas meja makan dan menutupnya dengan tudung saji.

“Ye, tuan?” Hannah tiba di hadapan pintu bilik Elman dengan tercungap-cungap akibat berlari.

“Huh? Takde apa la. Tadi aku cari kemeja tak jumpa. Sekarang dah jumpa.” Niat Elman untuk mempermainkan Hannah menjadi! Hannah menarik nafas geram. Dia cuba bersabar.
Hannah menuruni anak tangga satu persatu dengan perasaan malas. Tiba-tiba kakinya longlai dan terduduk di tangga.

*Hannah! Sampai bila kau nak bersabar? Kata hati jahatnya.

-Sabar Hannah. Dua bulan lagi. Hati baiknya memujuk.

*Dalam masa dua bulan ni, kau kenakan mamat sewel tu kaw-kaw! Biar padan muka dia!

-Jangan Hannah. Dia masih suami kamu.

*Tak patut manusia macam dia hidup!

-Tapi kamu tetap tak boleh buat kerja bodoh. Dia suami kamu, Hannah! Suami!

Hannah! Sabar sikit je lagi. Lepas ni, semua akan kembali ke waktu sediakala. Pada masa tu, kau boleh terus lari kat Arif. Lupakan hati kau yang mula berbunga dengan Elman. Semua tu hanya godaan syaitan!

“Kau buat apa kat sini?” soal Elman yang baru keluar dari bilik. Langkahnya diperlahan dan akhirnya diberhentikan apabila berada di sisi Hannah.

“Buat pandai.” Jawab Hannah acuh tak acuh.

“Merajuk la tu. Dah! Aku nak pergi ofis.” Hannah masih berdiam. Elman yang membina angan-angan supaya Hannah mengikatkan tali leher buatnya, terbantut! Elman merenung ke bawah setelah lama Hannah tidak berganjak. Kaki Elman menyepak sedikit paha Hannah.

Hannah mendongak dengan dahi berkerut. Elman menunjuk tali lehernya yang tergantung di leher yang masih tidak berikat.

“What?” soal Hannah.

“Tie this.” Elman menunjukkan lagi sekali tali lehernya.
Hannah merengus dan bangun dari duduk di tangga. Tangannya laju mengikat tali leher Elman. Elman menahan tawa.

Hannah yang mula perasan akan senyuman yang disimpan Elman, terus menolak tali leher itu hingga membuatkan Elman tercekik. Elman menepis tangan Hannah.
“Sorry. My bad.” Hannah menuruni anak tangga, laju! Elman mengetap bibir tanda tak puas hati.

Lantas Elman mengikuti jejak langkah Hannah ke dapur. Hannah yang sedang mengacau kopi Elman tidak mempedulikan kelibat suaminya.

Elman mengambil tempat di hadapan Hannah. Roti yang dibakar dengan cheese adalah kegemarannya sejak kecil!

Elman terus mencapai roti itu dan memasukkan ke dalam mulut tanpa basmallah.

Kalau ye pun lapar, baca la bismillah dulu. Dah la tangan pun tak cuci.” Hannah berseloroh sendiri namun cukup jelas didengari Elman. Elman yang tersedak ditergur terus mencapai kopi.
PUFFHHHH!!!

Mata Hannah membulat apabila Elman menyembur kopi itu di tubuhnya! Habis bajunya basah. Rambutnya turut melekit! Euw! Campur air liur pulak tu!

“Ni lori garam tumpah ke?” soal Elman dengan muka berkedut.

“Lori garam apanya? Hannah bubuh gula la.” Hannah mencapai tisu di atas meja dan mengesat air kopi di bajunya.

“Gula dengan garam pun tak tau beza ke?! Ni garam la sayangku Hannah!” Elman terus bangun dari kerusi. Hannah mengerutkan dahi. Dia yakin dia menuang gula tadi. Eh, yeke gula?

“Pagi-pagi dah hidangkan aku kopi masin. Aku layan Starbuck lagi bagus.” Elman berkira-kira untuk keluar dari dapur. Namun dia menoleh semula dan mendekati Hannah.

“Don’t you dare go out from this house even umi ask you to.” Pesan Elman keras. Elman melangkah pergi. Dia teringat sesuatu.

“Hannah darling, where’s you phone?” soal Elman. Hannah terpinga-pinga. Dia mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di tepi kabinet dapur. Hannah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Elman.

“Thanks.” Elman memasukkan telefon bimbit Hannah ke dalam poket seluarnya. Hannah terkebil-kebil.

“Hey! What if anyone call me?” soal Hannah tidak puas hati.

“What if Arif call you?” Elman menyoal semula.

“What if Hani call you?” Hannah tak mahu kalah.
Elman berfikir sejenak. Telefonnya dikeluarkan dari poket. Dia menimbang-nimbang telefon bimbitnya.

“For today, you can use your phone. Lepas aku balik kerja, kita pergi syarikat Celcom. Aku akan buat divert call.” Elman menyerahkan kembali telefon bimbit Hannah.

“Kenapa tak bagi je phone tuan kat Hannah?” soal Hannah.

“What if! Client I call I?” Elman menekankan perkataan what if.
Betul jugak. Kau ni Hannah! Tak reti pikir la! Haiya. Hannah terus mencapai telefon bimbitnya dan meletakkannya di atas meja makan.

“Remember! Don’t you dare seeing Arif in my back!” Elman terus menuju ke keretanya dan memanaskan enjin kereta. Awan yang menghitam dipandang Elman. Pintu kereta dibuka sedikit.

“Hannah! Passkan payung! Cepat!” jerit Elman. Hannah tercari-cari payung. Mata Hannah tertacap pada payung yang ada di balik pintu utama. Payung berwarna pink itu dikeluarkan dari bekas letak payung.

“Nah.” Hannah menyua payung itu kepada Elman. Elman menjungkit kening.

“Pink?” soal Elman.

“Pink.” Jawab Hannah.

“Takde warna lain ke?”

“Takde.”

“What ever la!” Elman merampas payung itu dan meletakkan di tempat duduk belakang. Pintu kereta dikatup rapat. Tanpa memandang Hannah, Elman menekan punat alat kawalan pintu pagar dan keretanya meluncur laju di jalan raya. Setelah beberapa minit Elman pergi, hujan lebat turun.

ELMAN yang baru tiba di syarikat papanya terus memarkinkan kereta di tempat kereta yang disediakan di dalam bangunan. Elman terus keluar dari kereta. Payung di tempat duduk belakang dikeluarkan. Dengan rasa malu, Elman terpaksa menyusung payung itu hingga ke dalam pejabatnya.

“Encik El, client from Japan just arrived. Meeting encik pukul sepuluh.” Beritahu Haslinda sebagai setiausaha. Elman mengangguk.

“My dad dah sampai?” soal Elman.

“Dah.”

“Okey.” Elman terus masuk ke dalam biliknya bersama payung ‘pink’nya. Haslinda hampir ketawa melihat payung yang diusung Elman.

SELESAI bermesyuarat pada jam 12 tengah hari, Encik Miagi berjabat tangan dengan Elman dan Dato’ Faris. Persetujuan untuk sama-sama melaksanakan projek baru mereka tercapai.
“Oh. My car is outside. Can I borrow your umbrella?” soal Encik Miagi dengan pelat Jepunnya. Elman berfikir sejenak. Dia tak parking kereta dalam bangunan ke? Hmm..

“You can borrow mine.” Elman terus pergi ke biliknya dan mencapai payung pink yang diberi Hannah. Payung itu diserahkan kepada Encik Miagi.

Elman dan papanya menemani Encik Miagi dan beberapa orang kanannya lagi hingga ke lobi. Memang Elman salut habis dekat orang Jepun ni! Walaupun kaya, ada driver, tapi dia tak gunakan sepenuh kuasa dia untuk mengarah-arah orang.

Apa salahnya kalau Encik Miagi ni suruh driver dia bawak kereta sampai ke depan pintu lobi? Tapi ni tidak, orang tua ni lebih rela berjalan kaki!

Elman dan Dato’ Faris berhenti hingga di tangga pintu utama. Encik Miagi mengangguk kepada mereka berdua dan terus membuka payung yang dipinjamnya. Elman terpana. Dato’ Faris kaget.

“Sir!” panggil Elman. Namun Encik Miagi tidak mendengarinya akibat bunyi hujan lebat dan terus berjalan di bawah hujan. Langkah Encik Miagi terhenti. Elman menepuk dahi. Dato’ Faris mengetap bibir.

LENCUN!!!! Encik Miagi memandang payung yang berada di atas kepalanya. KOYAK! Encik Miagi memandang Elman.

“I…am… so… so… so! Sorry Mr. Miagi. My wife gave me that umbrella this morning. I’ve never thought this umbrella was broken.” Elman mendekati Encik Miagi yang sudah berlari masuk semula ke dalam lobi.

“It’s okay.” Encik Miagi menepuk-nepuk kot bajunya.

“Sorry Mr. Miagi.” Elman membantu menepuk-nepuk air di kot Encik Miagi.

“You must have a lovely wife.” Puji Encik Miagi tiba-tiba. Elman terkejut.

“May I see her?” soal Encik Miagi lagi. Elman mengangguk tanpa berfikir.

“YOU know what you’ve done?” soal Elman di dalam kereta. Tubuh Hannah yang berbaju kurung dipandang geram.

“Hannah tak tau pun payung tu berlubang. You want it in hurry.” Hannah membela diri.

“Nasib baik dia tak cancel deal. Kalau tak? Siapa nak jawab?” marah Elman lagi. Hannah diam. Bukan niat dia untuk mengenakan Elman.

“Now where we’re going?” tanya Hannah menukar topik.

“Celcom.” Jawab Elman. Hannah mengangguk.

“Tonight, kita ada dinner dengan Encik Miagi. You have anything to wear?” sambung Elman.

“Jubah.”

“Takde lain ke?”

“Baju kurung?”

“Besides that?”

“T-shirt labuh.”

“Jubah is fine.” Malas Elman nak bertanya lagi. Anak orang kaya. Tapi tak reti bergaya!

Selesai membuat divert call, Elman dan Hannah bertukar telefon bimbit untuk jangka masa dua bulan.

Telefon bimbit Elman menjadi milik Hannah, dan begitu juga dengan sebaliknya. Tidak beberapa lama selepas menukar telefon bimbit, telefon bimbit Hannah yang berada di dalam pegangan Elman berdering.

ARIF. Elman memandang nama itu dengan penuh rasa marah.

“Hello. Hannah can’t talk to you. Do not call this number again!” Elman memberi amaran. Hannah membulat mata.

“What did you do?!” marah Hannah.

“What? Fair isn’t? You slapped Hani for nothing.”

“I slapped her for being rude!”

“She’s not rude!”

“Yes she is!” Hannah dapat merasakan darah merah menyerbu wajahnya yang putih melepak.

“Drop the subject and lets go home!” Elman menarik lengan Hannah menuju ke kereta. Hannah yang masih rasa sebal hanya mengekori.

“Kalau aku tau kau call Arif pakai phone aku, siap kau!” ugut Elman.

“Ingatkan diri sendiri supaya tak call Hani using my phone number.” Balas Hannah. Elman terus menghidupkan enjin. Kereta dipandu laju menuju ke banglo mereka.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 7”
  1. rasyidah says:

    teruja!!!

  2. misshikin says:

    husband n wife nie banyak bercakap bahasa inggeris plak.. even in simple word.

  3. aisyah adek says:

    part payung pink terkoyak tu kelakar…
    memang gelak habis la..

  4. fie says:

    haha..best

  5. Aliah Mohd Salleh says:

    Makin seronok baca ceriter ni.Best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"