Novel : Cerita Selepas Hujan 11

20 May 2011  
Kategori: Novel

1,076 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Ismail Hashim

11
Petang itu setelah pulang dari sekolah, Manisah mengajak Zaleha dan Kamariah ke rumah dukun Maimunah.Untuk sampai ke rumah dukun itu,Manisah perlu mengikut laluan jambatan kayu itu.
Rumah dukun Maimunah itu pula tidaklah jauh dari ladang getahnya.Dukun Maimunah tinggal bersendirian di rumahnya. Walaupun, ada anak perempuannya mahu mengajaknya tinggal bersamanya,dukun Maimunah menolak atas alasan mahu menjaga binatang ternakannya seperti ayam,itik dan kucingnya di rumah.

” Kau ingat tak,Nisah….Hisyam pernah jatuh dari jambatan tu?’ soal Zaleha.

Manisah mengangguk-anggukkan kepalanya.Beberapa ketika kemudian mereka bertiga ketawa berdekah-dekah kerana berasa gelihati mengenangkan peristiwa Hisyam yang terjatuh itu.

” Tak baik yer….kita ketawakan orang jatuh,” ucap Manisah setelah tersedar bahawa sikapnya boleh menyinggung perasaan orang lain.

” Kita pulak….kenalah berhati-hati…jangan sampai terjatuh pulak,” ucap Kamariah pula.Zaleha dan Kamariah tertanya-tanya kenapa Manisah mengajak mereka berdua ke rumah dukun Maimunah itu.

” Apa halnya kau ke rumah dukun ni,Nisah?” tanya Zaleha.

” Kau sakit ker?” soal Kamariah.

” Mak aku…mak aku kena rasuk,” jawap Manisah.

” Mak kau kena rasuk?” soal Zaleha. Manisah mengangguk-anggukkann kepalanya.

” Egh,dalam zaman moden macam ni kau masih percaya hantu-hantu ni ker?,” tanya Kamariah lagi.

” Nek Awa aku yang cakap…lagi pun…aku lihat sendiri…mak aku tu kena rasuk…tak akan aku tak percaya,” balas Manisah.
Keadaan menjadi senyap sunyi seketika. Mungkin Zaleha dan Manisah sedang mengunyah apa yang diucapkan oleh Manisah sebentar tadi.
” Nek Awa aku tu dah tua,Nisah…hantu-hantu ni akan menganggu Nek Awa….badan Nek Awa akan sakit-sakit dikerjakan…sebab tolong buang hantu dalam tubuh mak aku tu,” ucap Manisah.
Kamariah mengangguk-anggukkan kepalanya.Rupa-rupanya,makhluk halus ini pandai juga mengambil tindakbalas apabila sesuatu usahanya gagal atau ada pihak lain yang menghalang tujuannya itu.Agh,namanya pun hantu,memang sikapnya jahat,kalau tidak kenapa ada orang dipanggil ‘kacang hantu’ bagi menunjukkan kejahatannya itu,bisik hati kecil Kamariah.

” Nek Awa, dia tidak boleh mengubati mak aku tu…. kerana ilmunya tidaklah cukup tinggi,” ujar Manisah lagi.

Lewat petang itu Manisah dan rakan-rakannya sampai ke rumah dukun Maimunah itu.Apabila sampai ke rumah dukun Maimunah itu, perempuan itu mengamit Manisah.

” Siapa yang kau bawa ni, Nisah ke rumah Nek Munah ni?” soal dukun Maimunah apabila Manisah, Zaleha dan Kamariah sampai ke rumah dukun tersebut. Manisah menghela nafasnya setelah berasa kepenatan. Begitu juga dua orang rakannya yang lain.

” Inilah kawan-kawan Nisah,Nek Munah….Leha…Kamariah,” ujar Manisah sambil memperkenalkan diri rakan-rakannya kepada dukun Maimunah.

” Tu yang berdiri di belakang kau tu,sapa?” tanya dukun Maimunah.

Manisah mengerutkan dahinya. Dia berasa hairan dengan pertanyaan dari dukun Maimunah itu. Memang Manisah tidak membawa sesiapa selain dari kawan-kawannya itu.

” Isk…Nek Munah…menakutkan Nisah jer,” ucap Manisah dan air muka Manisah berubah kepada ketakutan.Dukun Maimunah cuba menyembunyikan pandangannya itu dengan pura-pura mengalihkan topik perbualan.

” Jomlah …naik ke rumah Nek Munah dulu….rumah Nek Munah buruk jer…ada anak-anak ajak Nek Munah tinggal bersama mereka di bandar tu…tapi…Nek Munah tak nak…Nek Munah lebih selesa kat sini,” ujar dukun Maimunah.
Manisah menyampaikan tujuannya kepada dukun Maimunah.

” Bila kenanya mak kau tu?” soal dukun Maimunah.

” Semalam Nek Munah….waktu senja,” balas Manisah.

” Sebab tulah..anak dara macam kau tak baik berjalan waktu senja,” ujar dukun Maimunah.Dukun Maimunah mengangguk-anggukkan kepalanya.Dukun Maimunah melihat keadaan sekelilingnya yang semakin redup. Petang sudah pun beralih kepada senja.

” Kau semua pulanglah dulu….nanti Nek Munah datang,” ucap dukun Maimunah.
Selepas mengucapkan salam kepada dukun Maimunah, Manisah dan rakan-rakannya meninggalkan kawasan rumah dukun itu.

” Jangan lama-lama sangat,Nek Munah…nanti..mak meracau lagi,” pinta Manisah.

” Usah risau,Nisah…Nek Munah dah hantar orang Nek Munah kat rumah kau….menjaga mak kau tu….sementara menunggu Nek Munah sampai nanti,” ucap dukun Maimunah itu lagi.Manisah mengerutkan keningnya kerana berasa pelik dengan jawapannya itu.

” Kau masih nak berkawan dengan kawan baru kau tu ker?” usik dukun Maimunah.

” Mana ada Nek Munah…mana Nisah ada kawan baru,” balas Manisah.
Dukun Maimunah memanggil Manisah menghampirinya. Mulut dukun Maimunah berkumat-kamit membaca sesuatu.Dukun Maimunah menghela nafas dan menghembus ke arah Manisah.
” Dah lari dia…dah lari,” ucap dukun Maimunah itu.Manisah,Zaleha dan Kamariah berpandangan sesama sendiri. Sukar untuk mempercayai kata-kata dukun itu kerana hantu yang dukun itu maksudkan itu,tidak nampak oleh mereka bertiga.

Manisah,Zaleha dan Kamariah kemudiannya bersalaman dengan dukun Maimunah.Dukun tersebut berjanji akan sampai ke rumah Manisah pada janji yang telah ditetapkannya itu.

Dalam perjalanan pulang itu, Zaleha dan Kamariah memaklumkan kepada Manisah mahu melihat cara pengubatan rawatan tradisional yang dijalankan oleh Dukun Maimunah itu.

Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok-pokok yang berada di sekitar laluan mereka bergerak-gerak di tiup angin.Mereka merintasi sebuah kawasan pembinaan dan membaca tajuk papan tanda yang tertulis di atas papan tanda itu. Projek membina bangunan tambahan, Sekolah Menengah Kembang Setaman.

” Hati-hati..hoi…jangan sampai langgar kenderaan depan mata,” ujar Manisah mengingatkan Zaleha dan Kamariah.

Laluan ke restoran mamak itu melalui tapak projek pembinaan sekolah rendah setinggi empat tingkat itu. Berhampiran dengan tapak projek itu, ada sebuah rumah kongsi iaitu rumah pekerja bagi menempat pekerja-pekerja Indonesia ini.

Manisah melihat kawasan sekitar tandas sementara rumah kongsi itu lebat dengan sayur kangkung. Sayur kangkung itu eluk menghijau.Manisah teringatkan kata-kata Sudin.

” Sayur-sayur tu jadi makanan mereka…boleh di makan bersama ikan asin dan bubur,”

” Mereka kenalah berjimat cermat di negara orang…kalau tidak masakan mereka boleh menghantar wang ribuan rupiah ke kampung mereka di seberang tu,”

” Mereka juga mahu menebus apa yang dijual…untuk dijadikan asas perbelanjaan mereka untuk datang ke sini,” ucapan Sudin masih bermain di dalam benaknya itu.
Para pekerja yang terdiri dari pekerja Indonesia masih tekun menyiapkan kerja-kerja kayu acuan di blok yang mempunyai empat tingkat.Kayu-kayu acuan untuk struktur konkrit,lantai dan tiang bangunan di buat dari papan acuan ini.

Papan acuan ini dipotong-potong mengikut saiz yang tertera di dalam pelan pembinaan. Penyelia binan akan membantu mereka melakukan kerja-kerja ini. Bunyi ketukan yang lakukan mungkin untuk memakukan kayu dan papan jelas kedengaran di telinga Manisah.

” Hallo cik adik…mahu ke mana yer?” jerit salah seorang lelaki dari bahagian atas bangunan dalam loghat Indonesia.

” Jalan-jalan jer,” balas Kamariah dalam nada bersahaja tanpa melihat daripada mana datang suara itu.
Tindakbalas dari Kamariah mengejutkan rakan-rakan mereka yang lain. Mereka berhenti seketika memandang ke arah Kamariah yang sedang tersenyum ke arah mereka.Manisah mengayuh basikalnya berpapasan dengan Kamariah sambil suara Manisah bagaikan berbisik-bisik ke celuping telinga Kamariah.

” Agh, pedulikan sahaja…jalan ini bukan dia punya,” balas Manisah.Kamariah terangguk-angguk sambil ketawa.

” Kita kena hati-hati sikit…manalah tahu…mereka tu dari Lombok,” ujar Zaleha.

” Kamariah tu yang gatal..sapa suruh layan mereka?” soal Manisah.

” Tak baik kalau kita tak bertegur sapa…nanti dikatanya…kita ni sombong pulak,” jawap Kamariah.

” Iyalah tu…jangan-jangan…kau adalah satu-satunya calonnya…untuk dibawa pulang ke Lombok nanti,” usik Manisah.Zaleha dan Kamariah ketawa berdekah-dekah.

” Isk,…ke situ pulak kau,” balas Kamariah.

” Kita jangan cepat mengeruhkan fikiran kita,Nisah…kata orang….fikiran yang keruh tu…macam awan hitam yang berarak…boleh menutup perasaan kita,nanti,” ujar Kamariah.
Mentari sudah kian jauh terbenam dan senja sudah menjadi semakin kelam.Sang cengkerik sudah saling bersahutan menyanyikan lagu senja. Angin sepoi-sepoi bahasa mengitari kawasan kampung.Tidak beberapa ketika kemudian mereka sampai ke restoran mamak yang dimaksudkan.

Manisah menupang basikalnya pada bahu jalan dan ikuti oleh dua rakan yang lain.Mereka bertiga menuju ke restoran Muhammad itu. Taukehnya berada di kaunter.

” Kita buat kejutan pada Sudin,Sahak…Jeman,” terang Manisah.

“Egh, kau ni….baru sahaja dukun Munah pesan kat kita nanti…jangan pulang lewat senja,” bantah Zaleha.

” Agh,kejap jer,” jawap Manisah.

” Aku nak suruh Sudin belanja roti canai pulak,” cadang Kamariah.

” Eluklah tu,” sampuk Zaleha.

” Makan ‘free’ ni memangnya seronok,” tukas Manisah. Wajah Kamariah jadi mencuka.
” Jangan kita terhutang budi pulak,” ucap Zaleha.
Mereka melihat Sudin menebar roti canai Restoran mamak ini akan menyediakan roti canai, menu yang menjadi kegemaran orang ramai pada sebelah pagi hingga pukul 10.00 pagi. Selepas tempuh itu,pekerja mereka akan sibuk untuk menyediakan makanan tengah hari. Kerja-kerja tersebut dilakukan semula pada pukul 4.00 petang.

Giliran Sudin dan rakan-rakannya itu adalah pada sebelah petang.Manisah melihat ada yang membawa makanan luar seperti goreng pisang nipah dan lain-lain kueh yang dibeli dari warung lain dan memesan minuman di restoran itu.

” Assalamualaikum,” sapa Manisah. Salamnya disambut oleh Sudin yang mendongak melihat kehadiran Manisah.

” Kau Nisah?…apa kau buat kat sini?” tanya Sudin.

” Kenapa?…tak boleh?” soal Manisah. Sahak dan Jeman mendapatkan Manisah.
Sudin kelihatan tersipu-sipu malu melihatkan kehadiran Zaleha dan Kamariah. Rakan-rakan Sudin mempelawa Manisah dan rakannya itu duduk.

” Kenapa datang tiba-tiba ke sini…nak buat ‘spot check’ ker?” soal Sudin.

” Spot check apa pulak…kau yang perasan sendiri,Sudin,” balas Manisah.

” Mak aku nak makan cuti canai…salah ker?” soal Manisah.Sudin menggeleng-gelengkan kepalanya.

Manisah,Zaleha dan Kamariah duduk di sebuah meja dan membuat pesanan.Sahak kemudian datang mendapatkan mereka.

” Tujuan kita datang ke sini…hanya untuk mengesahkan saja…bahawa Sudin dan rakan-rakannya bekerja di restoran ini,” ujar Manisah.Zaleha dan Kamariah mengangguk-angguk kepalanya.

” Aku pun dah dapat mengagaknya,” tukas Jeman pula sambil mengambil pesanan dari mereka bertiga.

Bagi Manisah, apa yang sedang dirancangnya itu perlu dihebahkan kepada Zaleha dan Kamariah dan sekiranya ada pandangan yang bernas,ianya boleh memperkasakan perancangan mereka kelak.
Manisah tidak berbual panjang dengan Sudin. Tambahan pun Sudin sedang bekerja dan tidak mahu menganggu tugas mereka. Tapi, Manisah kini telah pasti bahawa Sudin, Sahak dan Jeman telahpun berubah.

Sudin dan rakan-rakannya itu tidak lagi menjadikan mencuri sekerap ladang getah ibunya dan ladang getah kawasan yang lain sebagai pendapatan haram mereka.

” Nanti kau singgah kat rumah mak aku yer…ini roti untuknya,” ujar Sudin sambil membalut tiga keping roti. Manisah mengambil bungkusan roti itu.Manisah mengasingkan bahagian untuk keluarganya

” Nisah…ini ada bunga raya untuk kau,” tukas Sudin sambil menghulurkan bunga itu pada Manisah. Manisah yang terkejut,tersipu-sipu malu sambil tersenyum menampakkan lesung pipit yang berada di pipinya itu.

“Terimalah,Nisah….Sudin dah tunjukkan minatnya pada kau,” usik Zaleha.

” Dengan aku..Kamariah…kau tak nak beri bunga Sudin?” tanya Kamariah.Sudin tidak menjawap pertanyaan dari Kamariah itu.Dia hanya mengulum senyum sahaja.

” Benar juga…kata-kata Hisyam…suruh aku siasat dulu…duduk perkara yang sebenar,” usul Manisah.Kamariah mengangguk-anggukkan kepalanya.

” Apalah kena dengan Sudin tu….tiba-tiba berikan aku bunga pulak…angau ker budak tu?’ celah Manisah.

” Agh, buat-buat tak tahu pulak…Sudin sukakan kat kau tulah,” ucap Kamariah.

” Tapi,aku puji sikap Sudin tu?” ujar Zaleha.

” Kenapa pulak?” tanya Kamariah.

” Sebab dia berani…meluahkan perasaannya….dia mahu mengubah sikap lelaki yang dulu…merendah diri,tak berani…..bila buah hatinya dah dikebas dek orang…barulah rasa gelabah…baru nak rasa kecewa,” tukas Zaleha.

” Egh, mana kau belajar semua ni,hah?” soal Manisah.

” Alah,perkara-perkara ni..banyak yang boleh belajar dari membaca…tenguk drama TV…banyak lagi lah,” ucap Zaleha.

” Kita kalau ada perasaan….lebih baik kita luahkan perasaan itu….jangan pendamkan,” balas Kamariah.

” Hallo,kawan….kita anak gadis….perlu ada rasa malu…tahu harga diri…aku rasa aku bukan jenis yang begitu,” ucap Manisah pula yang jelas menunjukkan pendiriannya.

” Kalau ikut perasaan aku tadi….nak aku campakkan bunga tu di depan Sudin,kau tahu tak…tapi…aku masih sedar lagi…tak mahu Sudin rasa malu,nanti,” terang Manisah.

” Egh..mana bunga tu?” soal Zaleha.

” Dah layu pun…dah kena hangat dek roti canai yang masih panas di dalam plastik ni,” ujar Manisah.Mereka bertiga ketawa sesama mereka.

” Kita dah hampir ke rumah Mak Cik Zakiah ni,Nisah…..jangan lupa roti canai yang dikirimkan oleh Sudin kepada emaknya itu,” pesan Zaleha.

” Jangan lupa…bunga raya yang layu tu…keluarkan….nanti apa kata Mak Cik Zakiah pulak,” tukas Kamariah.

” Terima kasihlah….kerana mengingatkan aku,” balas Manisah.

” Apa yang menungkan tu, Nisah?” soal Zaleha.Khayalan Manisah mati secara tiba-tiba.Manisah menukar topik perbualan mereka.

” Eluk kau beritahu ayah kau…ayah kau..Tok Penghulu Kahar…manalah…Tuk Penghulu Kahar ada rancangan untuk menangkap mereka yang mencuri getah sekerap diladang kita tu,” ujar Manisah.

” Betul jugak cakap Nisah tu…perkara ini kita tidak boleh biarkan….nanti lebih ramai yang menjadi mangsa….lebih banyak getah sekerapnya kena curi,” sampuk Zaleha.Kamariah menganggukkan kepalanya. Memang wajah ayahnya mengambil tindakan yang sesuai bagi menjaga kebajikan orang kampung Binjai Manis itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"