Novel : Cinta itu tetap milik kita 1

30 May 2011  
Kategori: Novel

1,123 bacaan 3 ulasan

Oleh : Analovinc

Izah, seorang gadis kampung yang biasa dan sederhana. Dia baru sahaja selesai pengajian di IPTA tempatan di sebuah negeri yang begitu asing baginya iaitu di Kuala Lumpur. Izah baru sahaja bekerja namun dia telah dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya walaupun dia membantah.

“mak, izah tak nak mak. Izah baru nak kerja lagi”. Bantah Izah.

“jangan macam tu Izah, mak dah bersetuju dengan peminangan tu. Mak buat ni pon utk kebaikan Izah. ” Rahmah, ibu kepada Izah menolak keras bantahan Izah itu. Baginya peminangan yang diterima adalah cukup baik bagi keluarganya dan anaknya itu.

“tapi Izah baruje keje mak, Izah xnak fikir kahwin lg” bangkang Izah.

Ibunya tetap tidak mengendahkan rungutan dan protes yang ditunjukkan olehnya itu. Setiap hari anaknya itu akan merungut padanya tentang hal peminangan yang diterima. Rahmah sudah malas untuk mendengar lagi lalu terus ke dapur menyiapkan makan malam untuk keluarganya. Izah menggigit bibir tanda geram apabila rungutannya tidak diendahkan. Memang dia tidak mahu berkahwin lagi kerana dia mahu bekerja dahulu, tetapi lain pula jadinya. Izah mengeluh sendirian.

Pagi yang indah, burung-burung berkicauan , pokok-pokok kelihatan menghijau di penglihatannya, Izah berasa sayu mengenangkan nasib dirinya yang bakal bersama dengan seorang lelaki yang dia sendiri tidak tahu asal-usulnya. Semenjak mendengar berita itu, sedikit pun Izah tidak terasa ingin mengetahui siapakah lelaki yang menghantar peminangan padanya itu. Dia berasa sakit hati bila memikirkan perkara itu, mana mungkin dia ingin mengetahui siapa lelaki itu.

“sudahlah tu Izah, terima jela,mgkn ini yg terbaik buat Izah. ” Haji Hamdan cuba memujuk anaknya yang masih berkeras hati itu. Di dalam hatinya juga terbit rasa bersalah kerana menerima peminangan ini tanpa persetujuan anaknya itu. Namun, janji yang telah diikat tidak mungkin akan diputuskan begitu sahaja. Dia tetap akur dengan keputusan yang dibuat dan Izah terpaksa menerima akan perkara ini. Jika tidak, dia sendiri akan menanggung malu sekiranya menolak dan menurut kata anaknya itu. Tetapi, penerimaannya bukannya tanpa usul periksa, dia tahu lelaki itu yang terbaik buat anaknya dan keluarganya juga baik-baik belaka.

“tapi , ayah tak tanya Izah dulu. Izah tak suke ayah buat macam ni.” Rungut Izah lagi.

“itu ayah tahu,tapi ini utk kebaikan Izah juga, dengarlah cakap ayah Izah” Izah terus tertunduk sayu mendengar kata-kata ayahnya itu. Hanya tinggal lbh krg 2 minggu lagi dia akan disatukan dengan lelaki itu. Nak lari dari rumah, anak derhakalah namanya jika dia buat begitu. Hanya pada ilahi mampu dia berserah dan memohon petunjuk apa yang harus dilakukannya.

Seminggu sebelum majlis, keluarga serta lelaki tersebut datang berkunjung ke rumah Izah. Izah berasa gugup kerana dipaksa menghidang minuman kepada mereka. Izah duduk sambil memerhatikan perbualan antara ibu bapanya dengan ibu bapa lelaki itu. Di sudut kiri, seorang lelaki memakai kemeja, nampak kemas sedang berbual-bual sama.

“oh…ni la dia”bisik Izah di dalam hati.”kau taulah nanti apa yang kau buat nie”sambung Izah di dalam hatinya lagi. Dia berasa sungguh marah melihat lelaki itu. Tiba-tiba keluarganya menyuruh dia berbual-bual dengan lelaki itu. Izah tidak mahu tapi terpaksa menurut kerana ingin menjaga hati semua orang.

Izah mematahkan ranting yang dipegangnya. Dia hanya memandang pokok rambutan yang ada di depannya sambil duduk di atas pondok kecil buatan ayahnya itu. Menanti bait-bait ucapan dari lelaki itu. Sedikit pon dia tidak ingin memandang muka lelaki itu.

“saya harap awk terima perkahwinan ini, dan kita sama-sama melayari rumah tangga bersama”lembut katanya.
Huh!jgn ingt kau ckp camtu boleh ambik hati aku.Izah mencebik.

“Apa yg awk rasa?bgtaula saya..saya harap awk dpt terima saya.”katanya lagi.
Izah tetap mendiamkan diri. Fariz berasa serba salah melihatkan kelakuan Izah itu, dia cuba menghampiri Izah.

“jgn awk dekat dgn saya”jerit izah tiba-tiba. Fariz terkejut.

“awk ingat saya dapat terima awak, jangan mimpila.”

“nape cakap camnie,kalau xtime napa tak tolak”

“sebab mak ayah saya yang setuju bukan saya”

“tp kenapa awak tak setuju?”kenapa?”

“sebab saya baru nak kerja, saya tak nak kawin”

Itu ke sebabnya,rintih Arman di dalam hati. Ingatkan Izah setuju dengan perkahwinan ini,rupanya tidak. Arman berasa tercabar dengan suara lantang Izah itu,kenapa harus dia berkelakuan begitu.Dia berasa tidak sepatutnya tunduk dengan gadis itu,dia juga berasa sakit hati mendengar jeritan Izah. Dia tidak mahu lemah,’tak pe,kalau kau macam ni aku pun akan macam ni jugak,biar dia rasa’ marah Fariz di dalam hati.

Sememangnya dirinya telah lama berasa kasih pada gadis itu. Sejak berasa di universiti yang sama, Fariz telah lama memerhatikan Izah. Gadis lincah dan comel itu cukup menawan hatinya. Setelah tamat pengajian dan bekerja, dia terus menyuarakan hasrat hatinya untuk menyunting Izah sebagai suri dalam hidupnya kerana tidak dapat menahan lagi keinginan untuk bersama gadis pujaannya itu. Tetapi, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Peminangannya ini mengundang kemarahan pada gadis itu. Dia betul-betul tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi mahupun dia tahu Izah baru sahaja habis belajar dan memulakan kerja tetapi dia takut sekiranya ada orang lain yang memiliki Izah terlebih dahulu. Dia tidak mahu perkara ini terjadi. Dia ingin menjadi orang yang akan sentiasa bersama Izah.

Fariz tidak mahu meneruskan perbalahan itu. Sebelum berlalu pergi, dia seraya berkata “Hal ini telah pun ditetapkan dan awak terpaksa mengikut apa yang telah keluarga kita persetujui ini.” Katanya lembut lalu melangkah menuju ke rumah kayu milik keluarga Izah.

Izah berasa geram lalu terus membaling ranting kayu yang masih dalam pegangannya itu.”Baik kalau tu yang kau nak, kau rasakan nanti” marah Izah di dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Cinta itu tetap milik kita 1”
  1. syikin says:

    best la sambung la ….. kesian fariz tu …

  2. fatim says:

    kejap arman,,kejap fariz,,tak faham

  3. fida says:

    aik, sy jumpe satu bab nie je..mane lagi bab yang lain ek?ke sy yg x jumpe cari? novel nie best..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"