Novel : Cinta untuk sedetik lagi 3

9 May 2011  
Kategori: Novel

5,144 bacaan 13 ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz

Bab 3

Farafeesa menghempaskan gangang telefon. Bengang sungguh dia dengan pelanggan yang tidak faham bahasa melayu ini.

“Kenapa Feesa?” Tanya Atiq sambil diangkat keningnya. Farafeesa jarang bersikap sebegini. Setahunya, gadis itu sentiasa ceria dan payah untuk marah-marah sebegini.

“Mr Kumarlah. Tak habis-habis menyusahkan aku.” Bebel Farafeesa sambil mula mencari fail di kabinet almari.

“Kali ini dia nak apa pulak?” Kasihan juga melihat Farafeesa yang terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang bermacam ragamnya. Namun hendak kata apa lagi, sudah menjadi tanggungjawab setiausaha syarikat untuk menyelesaikan masalah pelanggan.

“Mula-mula dia nak transfer share tapi aku cakaplah yang dia tak boleh transfer share selagi dia belum siap audit. Tapi memang jenis manusia yang tak faham bahasa. Banyak kali cakap baru faham.

Bila audit dengan annual return dah hantar SSM, aku pun siapkanlah dokumen nak transfer share tapi sekarang dia cakap tak jadi pulak and nak tukar director. Dahlah dah hantar ke LHDN, kalau tak melibatkan duit, aku tak heran sangat tau tapi ni dah jadi banyak kerja dah.

Kerja nak cepat tapi time bayar payment je hilang. Tak guna betul.” Atiq hanya tersenyum mendengar bebelan Farafeesa itu. Sememangnya, gadis itu berhak untuk marah.

“Sabar ya Feesa. Nanti tak cantik bila marah-marah ni.” Dia cuba untuk menaburkan gurauan dalam setiap katanya. Mungkin dengan cara ini, barulah Farafeesa akan kembali ceria seperti sedia kala.

“Aku marah ke atau aku tak marah ke, aku tetap cantik tau.” Hah kan betul katanya tadi. Cepat betul anginnya berubah.

“Yalah, kau memang cantik. Sebab tu bos sayang.” Farafeesa mengigit bibir mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya itu.

“Weh, bos-bos tu slow sikit eh. Kau ni, selalu bagi yang kedekut kat aku. Bagilah yang bagus sikit.” Selamba sahaja dia mengutuk bosnya sendiri. Tapi sudah menjadi hakikat yang memang tidak boleh disangkal.

“Kenapa, tak cukup bagus ke saya ni?” Melopong mulut Farafeesa mendengar satu suara yang memang tidak asing dari cuping telingannya.

Serta merta dia berpaling. Mula mengaru kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya melebar dengan senyuman. Untuk apa lagi kalau bukan untuk menghilangkan rasa takut yang mula menjalar.

“Eh, bila Encik Akil sampai.” Dalam hatinya menyumpah seranah kerana melaser tanpa memandang kiri kanan. Sekarang, tak pasal-pasal kena berhadapan dengan bosnya itu.

“Saya sampai pun awak tak sedar Feesa. Hmm, nampaknya topik story awak hari ni memang menarik kan sampai awak dah tak tertarik dengan saya dah.” Perli Ezrakil sambil tersenyum sedikit.

Farafeesa menjeling sedikit ke arah Atiq yang bagaikan sedang tekun memandang skrin komputer itu. ‘Ceh, konon-konon macam focus padahal nak cover line. Hampeh betul kau eh.’

“Bos, saya betul-betul tak sengaja. Saya bukan serius nak cakap bos kedekut.” Selamba badak sahaja perilakunya ini. Ezrakil yang baru sahaja hendak marah pun sudah mula ingin tersenyum.

Entah kenapa, pekerjanya yang satu ini bagai tidak pernah takut dengan sesiapa pun. Karakternya yang sentiasa ceria bagai diserap masuk ke dalam tubuhnya. Bibirnya yang dahulu amat sukar untuk mengukir senyuman kini bagai sudah berjangkit dengan Farafeesa.

“Masuk bilik saya sekarang.” Arah Ezrakil keras. Dia memang suka membuli Farafeesa. Gadis itu memang memiliki keunikan yang tiada pada gadis lain. ‘Hmm, lain macam saje bunyinya tu?’ Jatuh cintakah dia?

“Kalau saya masuk kejap lagi boleh tak, saya nak settlekan dokumen client dulu.” Sempat lagi tu main tawar menawar dengan Ezrakil.

“Masuk sekarang.” Dikeraskan nada suaranya.

“Eee, satu masalah tak selesai lagi tambah lagi satu masalah.” Dia rasa macam hendak pengsan sahaja melayan karenah bos yang melebihi pelanggan-pelanggannya yang lain. Rasa nak berhenti pun ada jugak.

“Dahlah. Kau pergi jumpa dengan bos. Biar aku tolong sediakan dokumen tu.” Atiq menawarkan diri. Kasihan juga dia dengan Farafeesa. ‘Siapa bilang enak menjadi wanita cantik?’

“Doakan aku tau.” Atiq ketawa sedikit mendengar omelan Farafeesa itu.

“Kau ni ada-ada je kan Feesa. Bos tak akan buat apa-apalah dekat kau. Paling koman pun dia kahwin dengan kau je.” Farafeesa membulatkan matanya. Tanda tidak bersetuju dengan kata-kata temannya itu.

“Tak sanggup aku nak kahwin dengan orang yang kedekut weh. Tak pasal-pasal kena catu makanan nanti.” Atiq mengeleng-gelengkan kepalanya. Farafeesa ni memang banyak cakap. Kalau dapat bercakap, macam tak kenal erti full stop.

“Feesa, lambat lagi ke nak sampai. Jauh sangat ke bilik saya.” Terjenggul wajah Ezrakil di muka pintu. Farafeesa mula memecutkan langkah.

“Dah sampai bos.” Farafeesa menayangkan sebaris giginya. Ezrakil hendak ketawa sebenarnya namun segera dikawal.

Dari kejauhan, Atiq hanya memerhatikan tingkah laku mereka berdua yang mula hilang masuk ke dalam bilik. Seorang dengan karekter seriusnya dan seorang lagi dengan perwatakan yang tak pernah serius. Menjadikah hubungan seperti ini?

Dia sebenarnya sudah mula perasan yang bosnya itu senang memberikan perhatian kepada Farafeesa. Sepanjang dia kerja di sini, inilah kali pertama dia melihat Ezrakil terkesan dengan kehadiran seorang gadis.

Kalaulah mereka memang ditakdirkan bersama, memang secocok sangatlah. Seorang kacak bergaya dan seorang lagi cantik umpama bidadari.

Akhirnya, bosnya yang kedekut itu bertemu jodoh akhirnya setelah ditinggalkan oleh perempuan yang tidak tahan dengan perangai kedekutnya itu.

Telefon yang berdering mematikan lamunan jauhnya. Segera diangkat dan mula menjalankan tugasnya sebagai assistant company secretary setelah puas memikirkan nasib yang akan menimpa pasangan yang belum bergelar kekasih itu.

p/s: ini adalah percubaan pertama saya menulis novel… hope korang sume terhibur… besenyer sy menulis cerpen jeh…. segala komen n tunjuk ajar korang amatlah sy hargai….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Cinta untuk sedetik lagi 3”
  1. hero n heroin dia ezrakil n farafeesa ek sara?

  2. nurelissasofea says:

    saya singgah blog kak ezza ada watak-watak diorang.senanglah nk bayang-bayangkan keadaan sesuatu tu .

    hehe,whatever . i love reading karya akak.

  3. niazatiey says:

    bapak best citer dia..bgus2….permulaan yg bgus..dpt tau novel nie pon dri kwan..btw,mmg best dow.. ;)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"