Novel : Dia Segalanya 42

21 May 2011  
Kategori: Novel

6,138 bacaan 10 ulasan

Oleh : sha ibrahim

BAB 42

Faizul menggeliat setelah sepanjang hari mengadap komputer riba yang berada di hadapannya. Banyak kerja yang harus dia lakukan memandangkan dia baru sahaja memulakan projek baru di mana dia diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan projek tersebut. Dia menyandarkan badannya ke kerusi, niat di hati mahu melelapkan mata buat seketika. Jam di tangannya sudahpun menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari.

Baru seminit dia memejamkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Dengan lambat dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di tepi komputer ribanya.

“Apa hal pulak dia ni rajin mesej aku ni?” Faizul mengerutkan dahinya. Tangannya laju menekan butang ‘ok’. Pesanan ringkas daripada Suraya membuatkan rasa mengantuknya hilang buat seketika.

“Assalamualaikum, hari ni hari apa ek?”

Setelah membaca mesej daripada Suraya makin membuatkan kerut di dahinya bertambah. Budak ni mengigau ke apa? Dia berbiasik sendiri. Jarinya laju sahaja membalas mesej gadis itu.

“Kau ni mengigau ke apa? Sampai hari pun dah lupa? Dah sah-sah hari ni hari Jumaat” butang ‘send’ ditekan. Beberapa saat kemudian mesej berbunyi lagi.

“Kalau hari Jumaat kenapa masih boleh jawab mesej? Tak pergi masjid ke? Sembahyang Jumaat!”

Faizul tersenyum sendiri. Dia terkena. Rupa-rupanya mesej gadis itu sengaja mahu memerangkapnya. Entah mengapa dia mulai biasa mendengar bebelan gadis itu semenjak kebelakangan ini. Semenjak dia bergaduh dengan Suraya tempoh hari akibat gadis itu masuk ke biliknya tanpa kebenaran, hubungan mereka semakin rapat setelah berbaik kembali, malah dia merasakan Suraya lebih banyak menghabiskan masa dengannya berbanding dengan Alongnya sendiri. Apatah lagi, gadis itu mulai berani menegurnya dalam bab-bab yang berkaitan dengan agama terutamanya mengenai sembahyang yang diwajibkan bagi orang Islam.

Pada mulanya Faizul agak kekok dan ‘panas’ bila ditegur gadis itu agar menunaikan solat, tetapi dia seakan-akan sudah tidak sanggup melukakan hati gadis itu lagi. Dia hanya mendiamkan diri, paling kurang pun dia akan meminta diri dan lari dari gadis itu sebelum gadis itu ‘berceramah’ dengan lebih panjang.

“Penat la, minggu depan pergi boleh tak?” balas Faizul tanpa bersembunyi. Baginya dia masih belum bersedia untuk itu. Semenjak dia meninggalkan Malaysia, dia sedar dia memang banyak terpesong namun hatinya seakan-akan mahu terus menafikan apa yang dia lakukan adalah salah. Setelah dia menjejakkan kaki semula ke Malaysia, dia mulai didedahkan kembali dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama. Ibu bapanya sendiri juga boleh dikatakan berpegang kuat pada ajaran agama begitu juga dengan abang sulungnya. Malah Suraya sendiri jelas menunjukkan bahawa gadis itu memang menitikberatkan soal agama dalam kehidupan seharian.

“Minggu depan? Janji?” mesej dari Suraya masuk lagi.

“Tengoklah,” balasnya pendek diikuti satu rengusan yang agak kuat.

“Janji la, minggu depan Joe pergi Sembahyang Jumaat boleh?” Faizul merenung mesej yang baru masuk itu tanpa sebarang reaksi. Dia tidak tahu bagaimana harus dia membalas mesej tersebut. Sama ada dia berjanji dengan gadis itu dan buat apa yang dijanjikan ataupun dia sekadar membalas mesej tersebut semata-mata mahu memuaskan hati Suraya kemudian dia langsung tidak buat apa yang dia janjikan.

“Tak apalah, tak guna kalau Joe tak ikhlas dan lakukan semua tu sebab Su yang suruh. Tak payah berjanji, nanti berdosa kalau tak buat, dari satu dosa yang Joe dapat sebab tak pergi sembahyang Jumaat tambah lagi satu dosa sebab mungkir janji,”

Faizul menyandarkan badannya kembali ke kerusi selepas membaca mesej baru daripada Suraya. Suraya tidak tahu apa yang dia sudah lakukan selama ini. Betapa dia sudah jauh dengan ajaran agama malah kadang-kadang dia merasakan adakah dia layak untuk mendapat pengampunan daripada Allah dari dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Dosanya terlalu banyak. Hidupnya hampir seratus peratus terikut dengan budaya barat. Hanya abangnya sahaja yang tahu kehidupan sebenarnya di UK malah lelaki itu langsung tidak pernah berputus asa menasihatinya walaupun satu nasihat daripada abangnya tidak pernah dia ikuti.

“Kalau kau tahu macam mana kehidupan aku kat sana, aku tak tahu sama ada kau boleh terima ataupun tidak Suraya,” Faizul melepaskan satu lagi keluhan kuat. Tiba-tiba fikirannya terasa berat. Berat bila memikirkan sampai bila dia harus meneruskan kehidupannya yang terpesong jauh dari ajaran agama. Adakah dia masih berpeluang untuk bertaubat? Namun yang paling membenbankan fikirannya, kenapa hatinya masih belum terbuka untuk berubah.

*************

“Saya minta maaf sebab merahsiakan identiti saya sebelum ni,” ujar Faizal sambil memandang lelaki yang dari tadi kelihatan agak dingin. Semenjak pertemuan mereka tadi, lelaki itu langsung tidak menguntumkan senyuman kepadanya walaupun sekali.

“Kenapa? Supaya Encik Faizal dapat ketawakan saya, sebab Encik Faizal tahu yang saya ni hanya pekerja bawahan En. Faizal, begitu?” Ariz dengan berani menyuarakan apa yang terbuku di dalam fikirannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dia bila mengetahui identiti sebenar teman lelaki adik bongsunya itu. Malah dalam masa yang sama, dia cukup marah bila merasakan dirinya seakan-akan diperbodohkan oleh anak pemilik syarikat tempat dia bekerja. Pada pendapatnya Faizal sengaja menyembunyikan identiti sebenarnya kerana mahu melihat dia memperbodohkan dirinya di depan lelaki itu sewaktu dia bercerita tentang tempat dia bekerja semasa lelaki itu bertandang ke rumahnya dahulu.

“Ariz, saya sikit pun tidak terniat dengan apa yang awak cakapkan tu. Demi Tuhan, sebelum awak beritahu saya, saya langsung tak tahu yang awak bekerja dengan papa saya, serius, saya memang tak tahu, malah bila awak cakap yang awak bekerja di syarikat ni, saya tak tahu macam mana nak tunjukkan reaksi saya waktu tu, lagipun Zarina sendiri tidak tahu identiti saya waktu tu,” Faizal terpaksa menerangkan segala-galanya kepada lelaki itu. Dia tidak mahu salah faham antara mereka akan berterusan. Dia mahu lelaki itu tahu bahawa dia memang ikhlas dengan Zarina.

“Kenapa En. Faizal rahsiakan identiti En. Faizal dari pengetahuan adik saya? Kenapa? Takut adik saya berkawan dengen En.Faizal sebab harta. Begitu?”

“Tak. Bukan itu sebabnya. Susah saya nak beritahu awak Ariz. Saya kenal dengan Zarina, saya takut bila saya beritahu dia semua pasal keluarga saya, dia akan larikan diri dari saya, saya tak nak dia rasa tak layak untuk berdampingan dengan saya. Saya kenal sangat dengan perangai dia dan saya percaya, awak juga kenal dengan adik awak sendiri kan. Lagipun, harta kekayaan semua tu milik papa saya, saya ni sekadar anak dia. Saya tak layak untuk berbangga dengan harta hasil titik peluh papa saya,”

“Encik Faizal ikhlas dengan adik saya?” Ariz mulai boleh menerima penjelasan yang diberikan oleh lelaki itu. Malah sebelum dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Faizal, adiknya terlebih dahulu sudah menceritakan segala-galanya kepadanya. Walaupun waktu itu perasaan marahnya kepada Faizal memang tidak boleh disembunyikan lagi. Malah sudah beberapa kali Faizal ingin bertemu dengannya tetapi dia menolak dengan memberikan pelbagai alasan. Dia risau sekiranya dia tidak mampu menahan rasa marahnya apabila berhadapan dengan lelaki itu. Namun setelah didesak adiknya sendiri dengan menyatakan bahawa Faizal berniat baik, akhirnya dia bersetuju.

“Terus terang saya cakap, saya tak pernah cintakan mana-mana gadis sebelum ini. Adik awak gadis pertama yang berjaya tawan hati saya,” Faizal ikhlas menyatakan perasaan sebenarnya terhadap Zarina. Gadis yang mengajar dia erti cinta serta rindu.

“Saya tak nak adik saya kecewa, saya tak nak lepas ni En. Faizal tinggalkan dia bila bertemu dengan gadis yang lebih hebat dari adik saya,”

“Insya-Allah, saya akan jaga Zarina dengan baik. Keputusan saya menerima pelawaan Zarina berjumpa dengan keluarga awak dulu, waktu itu saya memang sudah serius dengan Zarina, saya mahu bertemu dengan keluarga Zarina sebab saya hormati pendirian Zarina, saya hormat dengan prinsip dia,” Faizal sedikit lega. Dari riak wajah Ariz yang berada di hadapannya waktu itu jelas menunjukan lelaki itu mulai menerima kehadirannya sebagai teman istimewa adiknya.

“Along,” satu suara menegur Faizal dari belakang. Segera Faizal menoleh dan terpandang adik kesayangannya yang sedang tersenyum manis kepadanya.

“Adik, adik buat apa kat sini?” soal Faizal agak terkejut dengan kehadiran adik bongsunya yang langsung tidak disangka olehnya.

Ariz menjadi pemerhati buat seketika. Wajah gadis yang begitu ayu dan sopan itu direnung. Dari bicara gadis itu menegur Faizal dia boleh mengagak gadis itu adalah adik kepada lelaki itu. Tetapi wajah gadis itu langsung tidak menunjukkan iras antara mereka berdua. Malah wajah gadis itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Seseorang yang sudah begitu lama menghilangkan diri. Tiba-tiba dia menggeleng kepala sendiri. Tidak mungkin. Itu sahaja yang terdetik dalam hatinya ketika itu.

“Ariz, saya kenalkan adik bongsu saya, Suraya,” Suraya hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum dan dibalas mesra oleh Ariz. Ada perasaan aneh yang muncul setiap kali dia menatap wajah gadis itu. Perasaan yang susah untuk ditafsirkan.

“Siapa dia Along?”

“Oh, ini Ariz, abang Kak Zarina,” Faizal hampir terlupa untuk memperkenalkan Ariz kembali kepada adiknya. Senyuman Suraya semakin melebar bila dia tahu siapa Ariz sebenarnya.

“Oh, bakal abang ipar Along la ni,” Suraya berseloroh dan terus bahunya dicubit mesra oleh Faizal. Suraya menyeringai buat seketika, kemudian kembali tersenyum.

“Adik sorang ke?” Faizal cuba mengubah tajuk perbualan sebelum adik bongsunya itu menyambung usikannya.

“Dengan Ima, jumpa dengan pengurus restoran ni, nak buat majlis makan malam bersama budak-budak junior minggu depan kat sini, tak apalah Along, adik balik dulu, Ima dah tunggu kat kereta, nanti bising pula dia tu,” Suraya terus meminta diri dan sempat menundukkan kepalanya kepada Ariz sebelum melangkah meninggalkan abangnya.

“Muka adik En.Faizal agak familiar, seperti seseorang yang saya kenal,” ujar Ariz sebaik sahaja Suraya hilang dari pandangan dan Faizal kembali duduk mengadapnya.

“Oh ye ke? Oh, boleh tak kalau jangan panggil saya En.Faizal, panggil saya Faizal atau Ejal. Saya kekok bila awak panggil saya dengan panggilan tu, tambah-tambah awak abang Zarina,” Faizal menyatakan ketidakselesaan yang dirasakan olehnya sejak dari tadi.

“Tapi, nanti apa pula orang lain kata,”

“Tak apalah, kalau kat pejabat atau urusan rasmi, awak boleh gunakan panggilan tu, tapi kalau luar pejabat dan hanya kita berdua saja, awak boleh panggil saya dengan Faizal atau Ejal saja, saya tak nak ada sebarang ‘gap’ antara kita,”

Ariz termenung seketika. Betul la kata adik kesayangannya, ada sesuatu yang istimewa pada Faizal. Malah adiknya itu sering katakan kepadanya bahawa Faizal bukan seperti kebanyakan lelaki kaya yang suka berlagak dengan harta kekayaan tetapi lelaki ini agak merendah diri. Dia dapat melihat perkara itu sepanjang pemerhatiannya dari tadi. Tetapi apa yang hendak dihairankan, ayah lelaki itu sendiri juga merupakan lelaki yang baik hati dan sering menjaga kebajikan pekerja. Malah dia berbangga dapat bekerja denga ayah Faizal yang memang terkenal dengan sikap rendah diri dan tidak sombong.

*************

“Kau penat ke Su?” soal Fatima apabila melihat Suraya yang agak termengah-mengah berjalan menemaninya di pusat membeli belah.

“Yalah, jomlah kita berhenti kat mana-mana, minum ke makan-makan ke?” cadang Suraya. Dia akui dia memang cepat sangat terasa penat semenjak kebelakangan ini. Malah dia tidak boleh terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari yang terik, kerana hidungnya boleh berdarah tanpa dia sedari.

“Sorry, jom aku belanja kau minum dan makan sekali,” Fatima terus menarik tangan Suraya menuju ke restoran yang berada tidak juah dari tempat mereka berdiri. Suraya tersenyum dan hanya mengikut langkah teman baiknya itu.

Belum sempat dia masuk ke dalam restoran tersebut, dia terpandang sesuatu yang menyebabkan langkahnya terhenti dengan mendadak. Kemesraan antara seoarang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan beriringan membuatkan perasaannya tidak keruan buat seketika.

“Kenapa ni? Kau tengok apa?” soal Fatima turut memandang kea rah yang sama dengan Suraya.

“Itukan….

“Jom, jom, aku malas la nak jumpa dengan Angah aku sekarang ni, tadi jumpa dengan Along tak apalah, ini dengan Angah aku, tak naklah aku, jom kita keluar dari tempat ni lepas tu baru kita pergi makan,” giliran Suraya pula yang menarik tangan Fatima agar segera meninggalkan kawasan tersebut sebelum kehadirannya disedari oleh Faizul.

************

Sepanjang berada di dalam kereta, Suraya hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya waktu itu. Fikirannya bercelaru buat seketika. Entah mengapa raut wajah ceria Faizul berjalan bersama seorang gadis yang cukup cantik masih lagi terbayang di ruangan matanya.

“Sembahyang Jumaat malas, lepas kerja sempat pulak keluar dengan girlfriend, tak penat pulak,” Suraya tiba-tiba mengomel sendiri. Hatinya sedikit tidak tenang melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Faizul dan teman wanitanya.

“Kau membebel apa tu?” tanya Fatima yang sedang memandu ketika itu. Kepenatan Suraya memaksa dia untuk menjadi pemandu pada petang itu.

“Hah. Tak adalah. Aku geram dengan Angah aku tu je. Lepas kerja bukannya dia nak balik terus kat rumah, boleh pulak dia keluar dengan makwe dia. Lepas tu bila sampai kat rumah, mulalah merungut penat la, apa la, itu la, ini la. Geram betul aku,” Suraya terus sahaja menyambung bebelannya. Hatinya masih terasa sakit walaupun hakikatnya dia tidak faham dengan perasaannya sendiri ketika itu. Apa yang dia tahu, dia tidak senang dan tidak suka dengan apa yang dilihat.

“Ni sejak bila pula kau ambil tahu pasal Angah kau ni?” Fatima tersenyum geli hati. Setahu dia, sebelum ini Suraya tidak rapat dengn abangnya yang tengah. Sahabat baiknya itu hanya rapat dengan abangnya yang sulung sahaja. Tetapi hari ini, pelik dia melihat Suraya yang seakan-akan begitu mengambil berat mengenai abangnya yang tengah.

“Hah, dia kan abang aku. Tak salah kan kalau aku ambil berat pasal dia,” Suraya terkena. Dia terperangkap dengan soalan yang baru diajukan oleh Fatima. Waktu itu barulah dia tersedar dengan ketelanjurannya.

“Memang la tak salah, cuma pelik je. Kau kan beritahu aku yang kau tak rapat sangat dengan dia. Tapi, bila aku dengar cara kau membebel kat dia, macam kau ni memang rapat sangat dengan dia. Kau dah ok ek dengan Angah kau tu?” Fatima bertanya lagi. Sekilas dia memandang Suraya sambil memfokuskan pada pemanduannya di atas jalan raya.

“Bolehla. Tak renggang sangat macam dulu,” Suraya memberikan jawapan pendek dan ringkas. Baginya, tidak mungkin untuk dia menceritakan secara terperinci antara hubungannya dengan Faizul yang semakin rapat. Agak mustahil juga baginya untuk memberitahu Fatima bahawa dia memanggil Faizul dengan panggilan Joe apabila diminta oleh lelaki itu sendiri. Walaupun sehingga kini dia masih lagi tidak faham mengapa Faizul mahukan semua itu. Dia risau, sekiranya dia memberitahu Fatima mengenai segala-galanya, akan menimbulkan lebih banyak soalan yang mungkin membuatkan dia sukar untuk memberikan jawapan yang pasti.

“Eh, tapi kan, aku tengok makwe Angah kau tu bukan main cantik dan seksi lagi. Mixed tu. Tapi apa yang nak dihairankan, Angah kau tu kan handsome, kalau aku jadi perempuan tu, aku pun rasa bangga gila kalau dapat teman lelaki yang kacak bergaya macam Angah kau tu,” Fatima tergelak nakal. Tiba-tiba dia berangan akan sesuatu yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Tetapi memang dia memuji ketampanan abang Suraya yang tengah bila dia melihat wajah lelaki itu buat pertama kali di Port Dickson tempoh hari.

“Handsome ke? Biasa je,” Suraya mencebik. Perasaan geram pada Faizul masih belum terkikis sepenuhnya.

“Memang la bagi kau biasa. Sebab dia abang kau. Hari-hari kau mengadap muka dia, memang la kau tak nampk betapa kacaknya abang kau tu,”

“Yang kau tak habis-habis nak puji dia tu kenapa? Kau pun teringin na tersenarai dalam koleksi teman wanita dia ke?” Suraya menjeling tajam pada Fatima yang masih lagi tersenyum-senyum sambil memandu.

“Ish, kalau dia sudi apa salahnya, sekadar koleksi pun jadilah!”

“Eii. Gatalnya kau!” Suraya mencubit bahu Fatima dan gadis itu mengadu sakit sambil ketawa kuat dengan gurauan sendiri. Suraya tersenyum. Memang dia akui, Faizul mempunya raut wajah yang begitu mempesonakan sehinggakan dia sendiri kadang-kadang selalu terpegun dengan ketampanan Faizul terutama bila melihat lelaki itu tersenyum dan tergelak. Malah kebolehan Faizul dalam berfesyen kadang-kadang membuatkan dia selalu memuji lelaki itu dalam diam.

***************

Faizul menghempapkan badannya di salah sebuah sofa sambil menggeliat kepenatan. Semua ahli keluarganya turut sama ada di situ sambil menonton rancangan di televisyen. Faizul terus memandang Suraya yang langsung tidak menoleh memandangnya. Malah gadis itu seakan-akan begitu khusyuk dengan rancangan televisyen seperti langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.

“Angah dah makan?” soal Datin Rafidah.

“Dah makan la tu mama. Kalau dia tak makan, dari tadi lagi dia cakap, dari awal lagi dia dah suruh mama sediakan makanan untuk dia,” terdengar suara Suraya memberikan jawapan secara tiba-tiba. Faizul memandang gadis itu sambil tersenyum. Tidak menyangka gadis itu cukup memahaminya.

“Angah penat ke? Kalau penat naiklah ke atas, mandi rehat,” arah Datuk Rashid sambil mencapai kopi panas buatan isterinya dan dihirup perlahan.

“A’ah la Ngah, aku tengok kau macam penat semacam je. Kerja, kerja jugak Ngah, kesihatan kau kena jaga. Jangan kerja sampai memudaratka badan,” Faizal menjampuk memberikan sedikit nasihat kepada adiknya. Dia tahu, adiknya itu memang kepenatan. Semenjak kebelakangan ini, dia memerhatikan, Faizul begitu komited dengan kerja yang dia lakukan. Malah kadang-kadang, bila dia mengajak adiknya itu untuk keluar makan bersama-sama dengannya, pasti adiknya itu akan menolak dengan alasan banyak benda yang harus dia selesaikan. Tambahan pula, Faizul baru sahaja mendapat satu projek besar yang sepenuhnya bawah tanggungjawabnya.

“Ye ke penat, tadi nampak macam tak penat je,” Suraya dengan berani mencelah. Serentak dengan itu semua mata terus sahaja memandang ke arahnya.

“Adik jumpa dengan Angah ke?” soal Datin Rafidah seraya memandang Faizul yang mulai mengerutkan dahinya.

“Tadi, masa kat shoping kompleks jalan-jalan dengan Ima, ok jek adik tengok. Tak nampak penat pun, happy je” Suraya seakan-akan sudah bertukar menjadi seseorang yang lain. Dia seakan-akan tidak dapat mengawal mulutnya untuk terus bersuara dan memerli Faizul. Faizul terdiam seketika. Wajah Suraya ditenungnya walaupun waktu itu Suraya sekadar mnegerling kepadanya kemudian kembali menonton televisyen.

“Angah keluar dengan siapa?” soal Datin Rafidah sekali lagi.

Faizul terdiam. Dia tersengeh. Lagsung tidak menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya. Dia merasakan mendiamkan diri adalah jalan yang paling selamat bagi mengelakkan lebih banyak soalan yang timbul.

“Perempuan la tu,” Datin Rafidah menggelengkan kepalanya. Faham sangat dengan tindak tanduk anaknya yang seorang itu.

“Ala kawan je mama, tapi bukan yang hari tu, ni yang lain. Ini kawan Angah masa kat UK. Jumpa dengan dia hari tu. Tadi kebetulan Angah keluar awal dari office, lepas tu dia ajak Angah keluar, Angah pun setuju sajalah, lagipun dah lama Angah tak berbual-bual dengan dia” Faizul masih tidak lekang dari terus memandang Suraya yang masih belum sudi memandang wajahnya. Malah dia dapat melihat dengan jelas, gadis itu mencebik sebaik sahaja mendengar ceritanya sebentar tadi. Apa yang tak kena pula dengan dia ni?

“Papa tak kisah kalau anak papa nak berkawan, tapi papa nak semua anak papa tahu batas pergaulan, jangan lupa yang kita ni bangsa Melayu, Islam pula tu, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kena jaga. Jangan buat sesuatu yang tidak elok,” suara Datuk Rashid perlahan namun barbaur tegas.

“Itu hanya untuk Along dengan Angah saja ya, tak ada kena mengena dengan adik,” Suraya menjampuk.

“Adik pun sama, ini pesan papa pada semua anak-anak papa,” sambung Datuk Rashid.

“Padan muka,” Faizul mencebik memandang Suraya yang kebetulan sekilas memandang kepadanya. Suraya hanya membalas dengan menjelir lidah. Datin Rafidah yang menyedari perbuatan Suraya, terus sahaja menampar lembut peha anak perempuannya itu yang kebetulan duduk bersebelahan dengannya di atas sofa.

*****************

Faizul terus sahaja melemparkan badannya ke atas katil. Segar sedikit rasa badannya setelah mandi. Kemudian dia bangun dari perbaringan dan terus duduk sambil memandang sekeliling biliknya. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya ketika itu. Seketika kemudian, dia terpandang sesuatu di sudut biliknya. Sesuatu yang sudah lama berada di dalam biliknya namun tidak pernah dia menggunakannya.

Sejadah serta kain pelekat yang tergantung di ampaian besi yang terletak di sudut biliknya direnung begitu lama. Tiba-tiba sahaja peristiwa tengah hari tadi menerjah ke dalam benak fikirannya. Malah nasihat gadis itu sejak kebelakangan ini mengenai kepentingan sembahyang selalu sahaja terngiang-ngiang di telinganya.

“Kenapa aku masih belum bersedia untuk itu?” tanya Faizul pada diri sendiri. Walaupun dia tahu selama ini dia begitu jauh meninggalkan semua itu, tetapi hatinya masih lagi belum terbuka untuk berubah. Mindanya mulai mengingati kembali bagaimana cara menunaikan solat. Apa hukum-hukum solat. Bagaimana cara untuk mengambil air sembahyang. Tiba-tiba semua itu menerjah ke dalam benak fikirannya.

“Ya Allah, banyaknya yang aku dah lupa,” dia berbisik sendiri. Dia terus sahaja turun dari katil. Kemudian berjalan menuju ke rak buku yang besar yang berada di dalam biliknya. Rak buku itu direnung lama seperti dia merenung sejadah dan kain pelekat sebentar tadi. Waktu itu, barulah dia perasan yang tiada satu pun buku mengenai agama yang ada dalam simpanannya atau lebih tepat lagi, dia belum pernah membeli mana-mana buku yang berkaitan dengan hal-hal agama.

Tidak berapa lama kemudian, dia berjalan menuju ke pintu dan terus sahaja keluar dari biliknya. Langkahnya diatur dan dengan segera pintu bilik Suraya diketuk. Kemudian Suraya tersembul di muka pintu dengan memakai telekung yang menunjukkan gadis itu ingin solat ataupun baru sahaja selesai solat.

“Kau baru nak Isyak ke atau dah lepas Isyak?” soal Faizul.

“Dah lama habis sembahyang Isyak, ni Su baru selesai mengaji. Joe nak apa?” soal Suraya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat dan mengaji bagi menghilangkan kekusutan yang dirasainya sejak petang tadi.

“Oh, aku…aku…” kerongkong Faizul seakan-akan tersekat. Susah rasanya untuk bertanya kepada Suraya, sama ada gadis itu mempunyai buku yang berkaitan dengan hal-hal agama terutamanya buku yang ada kaitan dengan cara-cara menunaikan solat. Entah mengapa tadi, dia terus sahaja teringatkan Suraya apabila menyedari bahawa dia mulai lupa cara untuk bersolat. Tetapi bila gadis itu sudah berada di hadapannya, lidahnya terus sahaja kelu dan perasaan malu mulai menguasai diri. Dia risau sekiranya Suraya akan memperlekehkannya sekiranya gadis itu tahu yang dia sudah lupa bagaimana untuk menunaikan solat.

“Joe nak apa sebenarnya ni?” sola Suraya.

“Tak ada apa. Oh lupa, Jessi say hai kat kau,” tiba-tiba sahaja Faizul lari dari tujuan sebenar dia bertemu dengan Suraya. Dia mulai teringat pesanan yang diberikan kepada Jessica sebelum mereka berpisah tadi.

“Jessi? Siapa? Su kenal ke?” tanya Suraya kembali.

“Kalau betul kau nampak aku tadi, kau tentu nampak Jessi sekali kan? Itu kawan aku dari UK, Jessica, dialah say hai kat kau!” beritahu Faizul mula merenung memandang wajah Suraya.

“Oh, dia kenal Su ke?” tanya Suraya lagi. Kali ini hatinya terasa sedikit tenang tidak seperti petang tadi. Kali ini, dia mulai boleh berfikir secara rasional.

“Kenal la. Kalau tak macam mana dia boleh say hai kat kau pulak,”

“Macam mana dia kenal? Dia ada jumpa dengan Su sebelum ni ke? Ataupun Joe ada cerita pasal Su dekat dia?” soal Suraya lagi. Sedikit hairan bila gadis yang selama ini langsung tidak dia temui atau kenali tiba-tiba mengirim salam kepadanya. Tambahan pula gadis itu adalah kawan Faizul.

“Kau ni banyak betul la soalan? Tukar course kewartawanan pulak ke?” seperti selalu, Faizul pasti akan melenting sedikit bila dia diajukan dengan pelbagai soalan yang tidak menyenangkannya.

“Saja nak tanya, kalau tak nak jawab sudahlah,” balas Suraya kembali.

“Ni, yang kau ni, aku tengok kau pandang aku semacam je sejak aku balik kerja tadi, aku ada buat silap ke?” kali ini giliran Faizul pula bertanyakan soalan.

“Mana ada. Tak ada apa-apa la. Joe je yang perasan lebih,”

“Ye ke? Tapi lain macam je muka kau bila aku cerita kat mama pasal Jessica. Kau macam tak suka je dengan dia? Kenapa?”

“Ni siapa yang tersalah pilih course ni? Dia yang nak jadi wartawan, lepas tu kata kat Su. Dia pun sama jugak. Banyak betul soalan,” Suraya mengembalikan paku buah keras kepada Faizul. Faizul terdiam kemudian tersenyum. Suraya memang berani untuk membalas kata-katanya semenjak kebelakangan ini.

“Aku nak tanya je. Sebab kau macam marah kat aku masa aku balik kerja tadi. Nak tengok muka aku pun macam tak sudi. Sebab tu aku tanya. Tambah-tambah bila aku beritahu mama dengan siapa aku keluar tadi, muka kau jelas nampak yang kau macam tak suka dengan Jessica,”

“Ya Allah, memang sah silap pilih jurusan masa belajar dulu. Sepatutnya ambil jurusan dalam kewartawanan. Sesuai sangat! Banyak betul spekulasi dia,” Suraya cuba menutup kesilapan sendiri. Kesilapan yang tidak disedari olehnya namun disedari oleh Faizul.

“So…

“Apa?” soal Suraya kembali. Dia mulai cemas. Tambahan pula Faizul merenung tajam kepadanya seakan-akan sedang menunggu jawapan yang bakal dia berikan.

“Kau tak jawab lagi soalan aku?”

“No komen! Assalamulaikum,” Suraya terus sahaja menutup pintu biliknya. Itu sahaja jalannya untuk dia mengelak dari menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Faizul terkedu di depan pintu bilik Suraya. Kemudian dia tersenyum sendiri. Hatinya mula berbisik nakal. Takkan jelous kot? Tak mungkinlah!

************

Ariz termenung sendiri. Wajah adik Faizal yang ditemuinya sebentar tadi membuatkan dia teringatkan akan seseorang. Wajah yang berada dalam potret yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu begitu persis gadis yang ditemauinya petang tadi. Dia yain sekiranya ayahnya sendiri melihat gadis itu pasti ayahnya akan sependapat dengannya. Tetapi individu dalam potret yang dilihatnya itu sudah lama menghilangkan diri tanpa berita. Malah, sehingga kini, dia sendiri tidak tahu di mana individu tersebut berada.

“Mak Su……

—————-
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Kami memerlukan 1 Undian Setiap Hari




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Dia Segalanya 42”
  1. Siti Soleha Yahaya says:

    moga2 Faizul cepat berubah….)

  2. hanie says:

    ayoookk…..mesti sue 2 cousin ariz n zarina kan???
    nak lagi…. ble nak bukukan ????
    dah tak larat nak follow n waiting for next en3…..
    plizzz3…….bukukan

  3. green apple says:

    hanie..btul tu..nk tggu next en3 nie adoii…xsaba2..bukukab jela

  4. diana says:

    nk lagi..nk lagi…

  5. rieda says:

    best…bila nak sambung?

  6. citer ni best ar. x bergerak dr skrin hg abis…. lama lagi k nak abis…. jgn matikan suraya ye…
    bahasa yg penulis guna amat gramatis dan sesuai dgn cerita…. menusuk kalbu

  7. eya_hana says:

    bila baca ja cita ni teringt pulak drama korea autumn in my heart…apa2 pun best cita ni..harp ending dia x la sad ending mcm drama tu ok……

  8. gdis_ceria says:

    2 la..bla nk smbung cite nie?????pnat la tngu lme2????

  9. gdis_ceria says:

    cite bestttttt…sngt2..ble nk smbung??????x sabar nk bace nieeeeeee….^_____^

  10. anis says:

    suke sgt gan cite nie. Rasa sedih tuu menusuk dalam hati

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"