Novel : K.E.A 1, 2

23 May 2011  
Kategori: Novel

4,196 bacaan 7 ulasan

Oleh : Arasharrina

Bab 1

“KEA…!!! BANGUN!!!!!! BANGUN!! RUMAH TERBAKAR! BANGUN…………!!!!!!!”

“HAH! HAH!.. MASYALLAH! Hello..hello..bomba? pejabat buruh? Ha. Bilik mayat?? Eh, Polis..polis…rumah saya terbakar! Tolong…….

Di satu sudut kelihatan sesusuk tubuh yang sedang asyik mengetawakan teman yang sedang meroyan.

“Hoi!! Kau dah kenapa Kea??” hahahaha.. tingkah Maria dengan tawa yang masih berbisa. Kea yang masih terperanjat kelihatan termangu-mangu sambil memandang sekeliling rumah. ‘Celah mana yang terbakarnya ni’ Desisnya apabila melihat keadaan rumah yang masih seperti sedia kala. Di urut dadanya perlahan. Terasa diri sedang dipermainkan…Maria disebelah dijelingnya tajam.

“Mariaaa………..” Lirihnya. “Kau ni sengajakan! Pantang tengok orang senang sikit. Nasib baik tahap kesihatan aku ni excellent, kalau tak sahih gol!” Maria hanya tersengih. Sambil mempamerkan puppy eyes yang minta pelempang. Kau faham apa tu puppy eyes? Tak paham? Maksud bahasa melayunya mata anak anjing. Tak paham lagi? Ish..dah, pergi tengok kamus. Ceh!

Maria melabuhkan punggung disebelah katil temannya itu. Ingin disambung ketawa, tapi ditahan. Kesian pula melihat telatah Kea yang masih terpisat-pisat mengosok mata sepetnya. “Alaa.. chill lah Kea sayang… aku balik-balik tengok kau dah terbongkang, bukan salah aku ok, kau yang bagi aku ruang untuk berjenaka” sangkalnya.

“Berjenaka kepala brain kau!” jerkah Kea sambil membulatkan matanya. Ya! Mata sepet memang takkan jadi bulat. Tsk! Tersembur lagi ketawa Maria tatkala mendengar jerkahan Kea tu. “Kepala Brain?”. Wakaka!

“Amboi kau Kea…berjenaka kasar kau dengan aku ya?.. okay..okay..sorry tak buat lagi. Meh tidur balik meh..” Arah Maria sambil merebahkan diri di katil empuk Kea Alyissa. Teman hidup dan mati katanya. Eceh… tapi betul! Kea memang kenalannya sejak zaman persekolahan lagi. Dan sekarang masing-masing sedang menuntut di university yang sama, Cuma jurusan pengajian yang berbeza. Kea dalam bidang perubatan dan Maria pula dengan jurusan peragaan fashionnya.

“Tak mahulah. Aku nak mandi then pergi café, find something for my tummy. Berzanji dah nih!” Tuala mandi bercorak lady bug di belakang pintu dicapainya. “Kau duduk bilik ni baik-baik, kunci pintu, almari segala. Semalam bilik JJ kena pecah… habis laptop dengan handphone semua kena kebas. Kita ni bukannya orang senang, so pandai-pandai lah kau sebelum kau dipandaikan. Renung-renungkanlah dan selamat beramal…”Bebel Kea sambil tertawa kecil dengan gurauannya. Menangis ustaz tu kalau dengar ‘trademark’nya disalah gunakan.

Gelagat Kea diperhatikan Maria dengan khusyuk, Kea memang gadis yang cantik dan menyenangkan. Sikapnya yang bersahaja ditambah pula dengan kenakalannya yang kadang kala mengundang bala sering kali menjadi perhatian ramai. Gerak tubuh, bahasa badan dan penampilan dirinya juga tidak ketinggalan daripada menjadi buah mulut orang. Haters dikalangan loser tak usah cakaplah, boleh dibuat list sepanjang 5 kilometer. Tapi Kea tetap humble, dia tidak pernah melatah, paling teruk pun dia akan cakap “LIKE ME OR NOT, I’M STILL GONNA BE SHINE” ouw..diva okay. Tapi itu kalau dia tak tahanlah. Kadang-kadang haters ni melampau. Jealous tak bertempat, padahal kenal pun tidak. Tapi itulah Kea Alyissa, beautiful girl with brain. Tetiba! Kembang kucup si Kea ni kalau dengar pujian Maria yang melambung tu…

Bab 2

“Mak Esah! Mak Esah!! Hish…lembablah orang tua ni!” Pekik Haikal Hakimi memanggil orang gajinya. Pakaian dan segala perkakas bilik itu dipunggah semuannya. Habis bersepah. Mak Esah yang berumur lewat 50an terkedek-kedek berlari mendapatkan tuannya. Kasihan. Apalah sangat lariannya kalau hendak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih muda dari umurnya.

“Ada apa nak?” soalnya sambil tercunggap-cunggap. Haikal menoleh dengan pandangan yang tajam.

“Nak! Nak! Aku bukan anak kaulah! Sedar sikit aku ni majikan kau. Ada hati nak panggil aku anak!” Dengusnnya.

“Er…maafkan Mak Esah, Haikal. Apa mahunya dipanggil Mak Esah ke mari?” Soalnya lagi apabila soalan yang pertama dijawab dengan herdikkan.

“Mana baju kemeja kuning aku?!”

“Baju kuning yang berjalur hitam itu ya? Mak Esah sudah bersihkan, ada di ampaian…” hampir terkeluar biji mata Haikal mendengar jawapan dari orang gajinya itu.

“Kau basuh baju tu?? Yang kau pandai-pandai ni kenapa? Ada aku suruh kau buat semua tu? Ada? Hey! Pandang aku ni, kau tahu tak aku nak guna baju tu hari ni? Sekarang? Kau tahu tak!!?” Suara Haikal seakan halilintar yang boleh memecahkan gegendang telinga orang yang mendengarnya. Pucat lesi muka Mak Esah pabila melihat tingkah Haikal yang menyingga.

“Err..err..maaf Nak, eh Haikal, Mak Esah tak tahu. Mak Esah ingat Haikal tak mahu guna baju tu lagi…Mak Esah……………..” ayatnya terhenti di situ.

“Ahh!! Cakap dengan kau pun tak guna! Keluar kau dari sini!” Herdik Haikal lagi, pintu bilik dihempaskan sekuat hati. “Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!” Jeritnya. Serabut benar kepalannya saat itu. Entah syaitan apa yang merasuk. Mukanya disembamkan ke bantal dan matanya ditutup rapat. Ditendangnya briefcase hingga ke hujung katil. Hilang sudah moodnya untuk ke pejabat hari tu. Sebab baju kuning? Tidak…ada sesuatu yang merunsingkannya. Sesuatu kebenaran yang amat menyesakkan jiwanya.

Di luar bilik, kedengaran esak tangis Mak Esah. Dia pun tidak faham kenapa Haikal bersikap sedemikian. Haikal yang dikenalinya adalah seorang anak yang baik, seorang anak yang hormat kepada orang tua. Tapi entah mengapa, sejak 2-3 minggu kebelakangan ni sikap Haikal berbeza. Dia berubah menjadi seorang lelaki yang kuat marah, biadap dan tidak tahu menghormati orang tua. Termenung orang tua itu bila memikirkannya. Dipujuk hati tidak mahu dipanjangkan sedihnya. Masih banyak lagi kerja-kerja yang terbengkalai di dapur.

‘Biarkanlah dia, mungkin ada perkara yang menggangu fikirannya…’ pujuk hati kecil Mak Esah. Bilik Haikal ditinggalkan dengan seribu persoalan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : K.E.A 1, 2”
  1. latifah says:

    mula-mula jalan cerita dah kelakar.
    teruskan penulisan, dapat dirasakan cerita ini akan menjadi lebih seronok di bab seterusnya :)

  2. muhd iqbal says:

    saya dah baca bab yang seterusnya di blog penulis.
    memang besssssssstttttttttttttttt!!!!!!!

  3. syikin says:

    pendeknye citer, tp best.. harap2 lepas ni boleh tulis panjang2 ckit..

  4. milla says:

    nak blogg…

  5. qaseh suhana says:

    best karya dari teman saya..
    huhu ..sya mmang pminat novel..
    dear truskn mgakhiri story ini,,im waiting

  6. nur fauziana mohd yunus says:

    JALAN CITE MACAM BEST JER,,,,HEHEHEHEH
    XSABAQ NK P BLI NOVEL NI,,,
    ADA JUAL PESTA BUKU NANTI X,,,,,

  7. izzati says:

    Saya rasa cam nk msk dlm watak ni,seronaknya :-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"