Novel : Kampung Girl 10

26 May 2011  
Kategori: Novel

19,968 bacaan 18 ulasan

Oleh : Umi Kalsom

KERETA Toyota Rush milik Ashraf meluncur dengan kelajuan sederhana membelah jalan raya. Bibirnya terkumat-kamit mengucapkan apa dia sendiri tidak tahu. Stereng kereta dipegang dengan erat. Kalau diikutkan rasa hati, hendak saja dia mencabut dan melemparkannya di luar. Argh!!! Nak menjerit macam orang gila pun tak boleh, sebabnya ada budak kampung di sebelah.

“Tension! Tension! Tension!” sudah gaya ala-ala berzikir pula Ashraf mengetuk-ngetuk stereng kereta apabila berhenti di lampu isyarat merah.

“Daripada duk berzikir tension, tension, tension, baik abang Ash sebut Allah, dapat juga pahala…” lembut dan sinis suara Ainnur menyapa gegendang telingnya.

“Kau diam!” marah Ashraf yang sudah mampu mengawal emosinya.

“Ni semua sebab kau!” tengkingnya lagi.

Ainnur mencebik. Sebab kau! Ajuknya dalam hati. Huh!

“Kalau bukan sebab rancangan abang Ash yang macam budak tak cukup akal tu, tak adanya jadi macam ni. Siapa yang upah Annisa suruh menyamar jadi teman wanita? Siapa yang pura-pura pengsan dalam pejabat tadi? Siapa yang buka mulut cakap nak beli cincin tunang… Ain ke, abang Ash? Jadi… jangan nak salah-salahkan orang lain, kalau dah semua salah tu secara terang lagi bersuluh dari diri sendiri…” mata mereka bertemu. Pandangan Ashraf tajam menikam wajah Ainnur yang tidak jemu membalas katanya. Dia geram!

“Diam!” akhirnya itu saja yang dilepaskan dari bibir Ashraf. Pandangannya ditala semula ke jalan raya. Sekarang ini dia harus ke rumah semula. Sebabnya, daddy sudah memaklumkan kepada mummy, bahawasanya, Ashraf Khairi hendak membawa Ainnur untuk memilih cincin pertunangan.

Ini lagi satu masalah! Macam mana dia boleh slip of tongue sampai terkeluar hal nak beli cincin tunang, padahal, aku tak bersetuju pun lagi untuk bertunang. Takkan semudah itu aku nak bertunang dengan budak kampung ini!

Ashraf melepaskan keluhan berat. Teknik apa yang harus digunakan untuk mempengaruhi pemikiran Ainnur supaya memujuk mummy membatalkan rancangan penyatuan dua hati ini. Sekilas dia menjeling semula ke arah Ainnur yang kelihatan leka dengan pemandangan sekitar.

Sekejap kemudian, dia menjeling lagi. Wajah itu sudah menarik senyuman manis. Entah apa yang dilihatnya di luar sana. Ashraf kembali menala pandangan ke depan. Tapi sekejap saja, dia kembali mengerling ke arah Ainnur. Apa sudah jadi ni? Kenapa mata asyik buat turning ke sebelah kiri saja. Sedangkan dia tahu, dia bukannya nak pandang sangat pun si budak kampung tu. Namun, seperti ada saja alasan matanya untuk mencuri pandang ke orang sebelah.

“Belajar jadi penyamun ke abang Ash?” soalan Ainnur membuatkan Ashraf tersentak. Pantas saja dia menghala pandangan ke depan. Pura-pura khusyuk dengan jalan. Macam mana boleh kantoi! Aduh! Silap ni… mesti budak kampung ni dah mula perasan yang aku tengah syokkan dia. Tak boleh… tak boleh.

Ainnur tersenyum perli. Entah apa yang digumamkan oleh Ashraf tu. Dia pun tak tahu. Sudahlah tak cemerlang nak cover line tadi. Gaya macam aku tak nampak saja mata dia asyik tertoleh-toleh ke sebelah sini.

“Kau ni yang melawa sangat sekarang ni kenapa? Datang nak jumpa aku ke atau nak tackle mana-mana orang Bandar yang masih single?” Ainnur yang baru terasa tenang dengan suasana aman dalam kereta itu seperti disimbah api. Panas! Pak cik seorang ini memang mulut tu tak reti nak beradab langsung dengan aku. Awalan ayat dah memuji, tapi bila masuk pengakhiran, sedap pula dia mengeji. Bencilah macam ini!

“Ain nak pergi sekolahlah!” balasnya geram. Tanpa dapat ditahan ayat itu meluncur bagaikan air yang berdesup keluar dari mulut. Namun sekejap saja, dia seakan tersedar tentang sesuatu. Melalui ekor mata pun sudah cukup jelas dia dapat melihat riak terkejut yang dipamerkan oleh Ashraf. Ah, sudah Ain! Takkan kantoi sendiri?!

Tiba-tiba telinganya menangkap gelak dengan nada menyindir dari orang sebelah. Pantas Ainnur mengalihkan wajah menghadap si mangkuk yang sedang memandu kereta. Tiba-tiba juga dia terasa lama sangat mereka dalam kereta dan masih belum muncul lagi banglo tiga tingkat milik Tuan Shahir.

“Kecik-kecik tak nak pergi sekolah… dah besar panjang, baru nak bertatih mula study semula ke budak kampung?” soal Ashraf dengan nada menyindir.

Ainnur mencebik. Mangkuk! Sesedap mulut dia saja kan nak mengutuk mengata pasal level pendidikan aku. Sat aku ‘lesing’ dia dengan perkataan Inggeris aku, baru nak tahu langit tinggi ke rendah. Tapi jangan gopoh Ainnur! Biarkan dia pegang fakta palsu itu dulu. Aku belum puas lagi mengenakan budak Bandar berlagak pandai ni!

“Biarlah! Ilmu bila-bila boleh cari, asalkan ada keinginan dalam hati. Tak ada pulak Ain terbaca dekat mana-mana yang cakap dah besar panjang tapi tak boleh belajar.”

“Orang sebaya kau, dah masuk universiti… yang kau ni, baru terkedek-kedek nak belajar ABC,” sinis saja Ashraf membidas. Kalau tadi, dia rasa panas hati… tapi sekarang dia sudah senang hati. Maklumlah, dapat bertikam lidah dengan si budak kampung yang seorang ini. Aku nak tengok juga, tahan ke tidak telinga dia dengan ‘kepedasan’ mulut aku ni.

‘Kalau dia tahan dengan kepedasan mulut kau, Ash… kau nak buat apa? Nak ambil buat bini ke?’ soal hatinya sendiri.

Uish!!! Bahaya betul soalan yang diajukan oleh encik hati ini. Suka hati saja dia membuat fakta yang berkemungkinan dapat memakan hati sendiri. Ditepisnya laju segala persoalan yang sedang bersarang di hati.

Ainnur terasa panas. Air cond kuat, tapi mulut naga sebelahnya ini hanya membuatkan suhu makin meningkat. Sabar Ain! Sabar! Setakat nak uruskan Encik Bandar ni, semudah kacang kuda saja.

“Kenapa tak jawab? Mati akal? atau… dah tak jumpa akal dalam kepala?” sindir Ashraf lagi. Mulutnya makin lancang. Langsung dia tidak hairan dengan wajah Ainnur yang sudah berapi-api sebab dah kena sembur dengan api.

“Ain hairan sungguhlah! Abang Ash ni nama saja budak Bandar tapi gaya pemikiran lagi teruk daripada orang yang duduk dalam hutan.” Ashraf tersentap. Orang hutan dia kata aku! Eh, bahaya betul! Silap ejaan lagi sedikit, dah jadi orang Utan dah! Melampau sungguh budak kampung ni.

Eleh… kau ni Ash, baru dia cakap budak hutan, dah mula sentap! Kalau bab kau mengata dia sesedap aiskrim vanilla sundae tak apa pula kan? Sinis saja suara yang lahir dalam hati.

Argh!!! Hati aku sendiri sudah mula berpaling menyokong si budak kampung ini. Tak boleh jadi macam ini.

“Abang Ash tau tak…” baru Ainnur hendak meneruskan kata, terus saja Ashraf memintas dengan riak berlagaknya.

“Aku tau semua benda…” Ainnur sudah mencebik mendengar balasan kata yang diucapkan Ashraf. Huh! Berlagak. Tahu semua konon! Sepupu sendiri graduan universiti, itu pun dia tak tahu, boleh pula dia berlagak tahu semua benda.

“Apa yang abang Ash tau pasal Ain?” soal Ainnur geram. Nak juga dia mendengar jawapan menyakitkan hati yang akan diucapkan oleh Ashraf Khairi ini.

“Kau… budak kampung yang suka tanam jagung!” main-main saja jawapan yang diberikan oleh Ashraf.

“Tolong jangan bagi jawapan macam budak tadika boleh tak?” marah Ainnur. Geram pula dia bila asyik bertekak dengan Ashraf. Geram sangat rasanya bila orang sebelah ini menjawab macam tak guna akal langsung. Kalau dia betul jadi anak murid aku, memang aku ‘basuh’ betul-betul pakai Clorox.

“Eh, kau tau ke, tadika tu macam mana?” sindir Ashraf lagi. Bibir lelaki itu pula, makin melebar dengan senyuman sinis.

Ainnur laju saja mengetap bibir. Sikit lagi… sikit saja lagi rasanya dia boleh hilang kesabaran. Menyampah betul cakap dengan orang yang berlagak macam Ashraf ini. Tapi kenapa dengan orang lain Ashraf tak pernah berkelakuan macam ini.

Ainnur ingat lagi, perbualan Aunty Mazlin dengan emaknya di kampung. Masih segar lagi dalam mindanya.

“Setahu Kak Maz… Ash tak pernah berkurang ajar macam ni dengan orang, Ita.” Ainnur yang baru saja nak melangkah masuk ke dapur, terus menggamkan kakinya di balik dinding. Jelas telinganya menangkap perbualan Aunty maz dengan emak di dalam dapur. Patutlah beria saja tadi mereka ‘menghalau’ dirinya untuk buat kerja lain, rupanya ada meeting tergempar antara keduanya.

“Ita pun tau kak… Ash bukan jenis kurang ajar nak cakap dengan orang macam tu.” Ainnur mencebik. Amboi, mak aku ni! Belum jadi menantu, dah mula sokong-sokong hantu Bandar itu. Alah, kau ni Ainnur, dalam hati kau menyampah! Lelaki pujaan hati kau juga.

“Tapi kenapa dengan Ain, mulut dia macam tak ada insurans saja? Akak pelik betullah dengan budak tu. Disuruh cari calon bini sendiri, tak nak… suruh kahwin dengan Ain, lagi macam nak meletup saja akak tengok muka dia.”

Ainnur menekup mulut, menahan tawa. Dia boleh bayangkan riak wajah Ashraf. Tawa halus meletus juga di bibirnya. Namun dengan pantas dikawal. Bimbang pula dituduh curi dengan perbualan orang tua. Habis tu… apa yang tengah dia buat sekarang ni? Hehe… Ainnur ketawa sendiri.

“Akak… Ita risaulah pula. Ain saja beria sangat nak dengan dia, betul ke apa yang kita nak buat ni akak? Ita takut, nanti kita paksa sangat budak Ash tu… esok-esok kalau jadi apa-apa disalahkan kita ni pula kak… kalau sampai bercerai-berai, tak ke haru.” Ainnur masih khusyuk memasang telinga.

“Jangan risaulah Ita… sekeras-keras hati Ash, mesti ada juga suis untuk melembutkan hati dia. InsyaAllah, akak yakin Ainnur ni paling sesuai dengan Ash.” Ainnur sudah mula kembang sendiri.

‘Ainnur ni paling sesuai dengan Ash’ ayat itu berulang kembali. Wah… rasa macam berada di awangan! Senyuman tanpa sedar melebar di bibir.

“Hoi, berangan!” tersentak terus Ainnur yang baru sedang melayang-layang di alam fantasinya. Dikalih pandang ke sebelah. Ashraf tersengih suka. Cis, bedebah! Aku tersentak, dia boleh tersenyum suka.

“Kalau berangan pun kenapa? Ain bukan pinjam minda abang Ash. Guna otak Ain sendiri saja pun,” bidasnya dengan rasa tidak puas hati. Pandangan ditala ke jalan raya. Kenapa yang masih tidak sampai ke destinasi lagi? Jauh sampai macam tu sekali ke rumah Aunty Maz dengan Ofis Ashraf ni?

“Itu menunjukkan salah satu faktor, kenapa otak kau lembab. Suka berangan. Tahu angan-angan Mat Jenin… berangankan benda yang takkan dapat dikecapi.”

“Ain bukannya berangankan benda yang tak dapat digapai,” gumam Ainnur sendiri. Namun jelas saja pada pendengaran Ashraf.

“Memang tak boleh!”

“Kenapa?”

“Sebab aku tak suka!”

“Abang Ash tak suka kenapa pulak dah?”

“Kalau aku cakap tak suka, maksudnya tak sukalah!” marah Ashraf dengan nada yang agak tinggi. Entah angin apa hari ini, sejak tadi rasanya, dia terasa ingin memarahi Ainnur sehingga dia berasa puas hati.

“Kenapa yang abang Ash tak suka kalau Ain berangan nak…” terhenti kata-kata Ainnur apabila kereta sudah ikut terhenti dengan pandangan Ashraf yang juga berhenti pada wajahnya di saat ini. Pulak!!! Jantung aku pun sudah pandai berirama bangra dengan renungan tajam abang Ash.

Lama mereka begitu sehingga ada ketukan kuat pada cermin kereta Ashraf. Serentak kedua-duanya tersentak. Baru Ainnur sedar, mereka sudah sampai di rumah Tuan Shahir sebenarnya. Kelihatan wajah Aunty Maz menyeringai kegembiraan. Ainnur menjeling sekilas pada wajah Ashraf. Rasanya tak susah untuk meneka, kenapa reaksi Aunty Maz seperti terlebih minum air gula saja.

Mungkin melihatkan keadaan mereka berdua yang bertatapan sesama sendiri, Aunty Maz mungkin saja bersangka mereka telah jatuh cinta. Aduh! Aku memang dah lama terjatuh cinta dengan dia, tapi yang dia ini… bila nak jatuh cinta dengan si gadis yang tercipta untuk dia. Siapa? Siapa lagi… akulah! Perasan sudah Ainnur.

“Ash, geraklah… nanti lambat!” Puan Mazlin yang sudah mengambil tempat duduk di belakang sudah mula mengarahkan Ashraf.

Jelas wajah Ashraf menunjukkan dia terpinga. Sudahlah direnung wajah Ainnur macam… errr… boleh ditafsirkan dengan mudah ke renungan yang diberikan tadi? Sedangkan dia pun tidak mengerti apa maksudnya, masakan orang lain boleh menafsir dengan mudah.

Bagaikan burung belatuk saja Ashraf mengangguk dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang disebutkan oleh Puan Mazlin. Sedikit pun dia tidak menyanggah setiap patah kata yang keluar dari bibir Puan Mazlin. Bagaikan terpukau saja dek renungan Ainnur tadi, hatinya seakan separa rela menuju ke kedai emas yang disebutkan Puan Mazlin.

“YANG ini okey tak Ain?” sudah masuk cincin yang kesepuluh menjadi pilihan Puan Mazlin, namun masih belum ada satu pun yang berkenan di hati. Bukan Ainnur yang tak berkenan, tapi Puan Mazlin yang tak suka.

Sekilas Ainnur menjeling pada Ashraf yang duduk menyepi di ruangan duduk tersedia dalam kedai itu. Leka benar lelaki itu dengan telefon bimbit di tangan. Entah apa saja yang dibeleknya. Tengok gambar makwe dia apa? Uish… bahaya tu Ainnur!

“Ain yang ini?” suara Puan Mazlin membuatkan Ainnur mengalih pandang. Senyum nipis diukir. Tinggi sungguh citarasa Aunty Maz. Kalau ikutkan hati dia, dia hendak cincin yang biasa saja. Tak perlulah nak mahal bagai nak rak.

“Aunty… ambil yang simple sudahlah… nanti mahal-mahal, Ain tak selesa pula,” sopan Ainnur menolak.

“Eh… mana boleh macam tu! Inilah peluang nak cekau duit si Ash tu.” Hampir saja Ainnur menghamburkan tawa galak di dalam kedai ini. Boleh pula kan, Aunty Maz buat lawak hendak mencekau duit anaknya. Sabar sajalah.

“Aunty, mahal-mahal sangat… design macam sarat. Ain tak suka sangat… biar yang simple sudahlah,” pujuk Ainnur lagi. Buat apa nak beli mahal-mahal. Dijeling sekali lagi pada wajah Ashraf. Nampak saja tenang, tapi dalam hati mana tahu dia sedang berperang. Kalau aku pilih cincin yang mahal, lagilah… mahunya dicampak aku keluar dari kedai ini. Dari elok dia cakap nak bertunang, langsung tak jadi. Eh, jangan!

“Kita ambil yang ini ya… kalau nak yang simple, Aunty berkenan yang ni.” Sebentuk cincin dihulurkan pada Ainnur. Memang cantik dan ringkas. Ainnur pun suka. Sekali lagi matanya menjeling mencari si dia, ingin juga mendengar pendapat dan komen dari lelaki itu walaupun ia boleh menyakitkan hati sendiri kalau disindir dengan pedas nanti. Tapi, Ashraf tiada di tempat duduknya. Ke mana pula dia pergi? Laju mata Ainnur melilau mencari-cari.

“Pilih yang ni ke?” tersirap terus darah Ainnur apabila suara itu muncul betul-betul di sebelah kirinya. Bila masa pula yang Ashraf datang duduk sini. Err… rapat pula tu. Ainnur gugup sendiri.

“Bagi sini, abang nak tengok…” Ainnur terlopong. A… abang? Sejak bila?

Matanya laju mencari wajah Puan Mazlin. Tak perlu menunggu lama, Puan Mazlin sudah menghadiahkan senyuman cukup makna. Tapi kenapa Ainnur rasa macam ada yang tidak kena saja? Mustahil singa sebelahnya ini tiba-tiba dapat hidayah untuk bersetuju menerima dirinya. Tengok sajalah tadi, bukan main membentak dalam kereta. Sekarang ini sudah jadi macam kucing jinak pula.

“Sesuailah dengan Ain… mummy, kita ambil yang ni ya.” Terus saja cincin itu bertukar tangan.

“Abang Ash… demam ke?” sempat lagi Ainnur bertanya. Mana tahu, kalau-kalau masa demam, Ashraf boleh berperwatakan pelik begini. Daripada tak suka berubah menjadi suka.

“Kau tak nampak ke mummy tengah tengok kita,” separuh berbisik suara Ashraf singgah ke cuping telinga. Ainnur terkebil-kebil lagi. Apa motif nak berlakon suka depan Puan Mazlin, sedangkan sebelum ini secara terang lagi jelas dia mempamerkan rasa tidak suka buat diri aku. Pelik betullah Ashraf Khairi ini!

“Ain, ke rumah dulu ya lepas ni,” ucap Puan Mazlin selepas selesai membuat pembayaran. Cincin sudah selamat dibeli. Rasanya Ainnur tidak apa-apa urusan lagi di sini. Sudahlah sesuka hati saja dia mengambil EL (Emergency Leave) hari ini. Suka hati gila kan! Ambil EL semata-mata ikutkan hatinya yang cemburu bagai nak gila.

“Ain kena balik Aunty… ini pun, Ain tak rancang nak datang. Tapi dah terdatang…” perlahan saja Ainnur berbisik. “Esok kena pergi sekolah,” sambungnya lagi.

“Ada ke tiket sekarang?”

“Kawan Ain yang kerja dekat LCCT dah tolong tempahkan, flight pukul enam petang,” terang Ainnur. Bukannya dia tidak mahu berlama di sini, tapi dia masih ada tugasan di sekolah. Tanggungjawab perlu juga dilaksana, takkan main tinggal kerja macam itu saja.

“Aunty suruh Ash hantarkan, okey.”

“Tak payahlah Aunty… nanti merungut saja kerja dia,” Ainnur menolak lagi. Bukan apa, dia rasa macam aneh saja tingkah Ashraf sejak mereka sampai ke kedai emas tadi. Macam ada fius yang tercabut. Agak-agak fius di bahagian mana ya?

“Tak ada apalah… dia mesti suka punya. Aunty tanya dia sekarang.” Tak sempat Ainnur hendak menghalang. Laju saja bibir Puan Mazlin sudah memberikan arahan pada Ashraf untuk menghantarnya sehingga LCCT. Dia perasan mata lelaki itu sedikit membulat. Mesti dia fikir, budak kampung ni… maju juga sampai nak naik flight! Aku teramat pasti akan kenyataan itu… kalau tak percaya, tunggu sajalah mulut pak cik itu keluarkan kenyataan menyakitkan hati.

“AKU tak tahu pulak, budak kampung zaman sekarang dah up-to-date. Pandai naik flight seorang diri.” Ainnur tersenyum sinis. Kan… seperti yang dijangka, memang itu yang bermain di fikiran lelaki itu. Tetapi bila depan Aunty Maz, tak ada pula dia bersuara tanya soalan macam ini semua. Mesti nak jaga hati bonda tercinta. Hati aku… bakal isteri tersayang, tak nak jaga juga ke? Ainnur tersenyum lagi… perasan yang amat!

“Tolong jangan berangan dalam kereta ni boleh tak?” erk! Arahan apakah itu? Ainnur mengjungkit kening.

“Kenapa pulak?”

“Aku tak suka!” pantas saja Ainnur menjuihkan bibir. Semuanya dia tak suka. Habis apa yang dia suka?!

“Apa yang abang Ash suka?” terkeluar juga soalan itu dari mulut Ainnur. Soalan dengan nada nak cari gaduh. Itu sajalah kerja mereka berdua. Cari gaduh… bertikam lidah. Nasib tak tertikam diri sendiri saja.

“Apa saja yang tak melibatkan kau!” selamba saja jawapan yang diberikan Ashraf. Ainnur mengetap bibir laju. Hantu! Teruk sangat ke aku ni sampai dia langsung tak suka segala perkara yang melibatkan aku.

“Habis kenapa ajak beli cincin tunang?”

“Stand by siap-siap… mana tahu, tak lama lagi bidadari aku akan turun dari langit. Masa tu… tak perlulah nak kelam kabut pergi cari cincin.” Dengan ketawa yang membakar hati Ainnur, Ashraf mengungkapkan kata.

Ainnur mengetap bibir. Laju juga dia menghadiahkan panahan mata yang begitu tajam buat pandangan Ashraf. Lelaki yang sedang ketawa dengan galak itu, terus saja terhenti perbuatannya. Bibirnya menjadi kelu sendiri saat ditikam pandangan yang maha tajam itu. Kenapa… walaupun pandangan itu dihadiahkan bersama hati yang sarat dengan rasa marah, namun… ia sungguh mempesonakan jiwa lelakinya.

Apakah Ashraf sudah tersungkur dek panahan mata Ainnur? Bimbang dengan rasa hati yang sudah mula berbolak-balik, Ashraf sudah menghalakan pandangan ke depan. Tidak akan sesekali dia mencuri pandang ke wajah Ainnur. Tidak mungkin!

Bersambung :)
- Enjoy your reading, jangan lupa komen ya. Thanks semua.

———–
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Undilah kami 1 kali setiap hari




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Novel : Kampung Girl 10”
  1. one says:

    superb umi..memg best..ada blog x?

  2. aszfiera says:

    best sangat……
    ash ni jhat r ske skitkn aty ain….
    cpat smbung ey..

  3. nor says:

    bes lah cta nie,..tak pandai stop sya ni nak ketawa je..hahaha

  4. lia says:

    cepat2…nk tau smbngan dy..nak tau cmne si ashraf tue boleh tersungkur dgn si ain..haha

  5. HaNny says:

    enjoy ni kak umi ;)

    komen sye..
    hehe, ha ash da jtuh cinte la tu ngn ainnur…

    x d sngke plk yg anissa ni kwn ainnur kn…

  6. lisly says:

    mmm…..menarik giler

  7. risya says:

    kak umi ni memang cayalah..hebat citer ni..like banyak2

  8. kak ina says:

    memang best gila…. hilang rasa tension setelah penat bekerja…. cerita yang ringan… membuatkan ingin membaca dan terus membaca…. kampung gril the best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"