Novel : Love You Mr. Arrogant! 16

20 May 2011  
Kategori: Novel

72,059 bacaan 57 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

Zaara berdiam diri di bilik. Pipinya yang masih kebas diusap perlahan, geram hatinya dengan perempuan tak sedar diri di bawah tadi. Ikut hatinya, mahu saja dia buka langkah silat yang dipelajarinya zaman sekolah dulu. Biar gadis itu tersungkur depan matanya. Tapi memandangkan banyak mata yang memerhati di dalam rumah itu, Zaara tahankan saja dirinya.

“Aduh, bisa jugak tangan losyen sekilo perempuan tu.” Zaara usap pipinya lagi, dah macam tak ada je pipi kirinya itu.

Bunyi daun pintu dikuak membuatkan mata Zaara beralih ke arah pintu. Irham berdiri di hadapan pintu dengan pandangan tepat ke arah Zaara dengan nafasnya yang masih semput dek kerana tergesa-gesa mendaki anak tangga.

“Awak kena kejar hantu ke?” Zaara bertanya selamba.

Irham pandang wajah Zaara pelik. ‘Tak nangis pun…’ Irham tertanya sendiri.

“Kau ok ke?” Irham duduk di sebelah Zaara yang sedang memegang tuala kecil. Tuala itu dibulat-bulatkan sebelum dihembus seketika dan ditekapkan ke pipinya.

“Kau tengah buat apa tu?” Irham menyoal lagi setelah soalan pertamanya tidak berjawab.

“Tuam.” Pendek Zaara membalas sebelum menghembus tuala itu sekali lagi dan ditekapkan ke pipinya.

“Dah, mari sini aku buatkan.” Irham rampas tuala itu dari tangan Zaara lantas menghembus tuala itu sekuat hati sebelum dilekapkan ke pipi Zaara.

Zaara tergamam saat kehangatan nafas Irham pada tuala itu menyapa pipinya.

“Ok ke macam ni?” soalan Irham itu membuatkan Zaara tersedar.

“Err, ok-ok.”

“Boleh baik ke macam ni?” Irham bertanya lagi sambil dirinya tak henti menuam wajah Zaara.

“Entah! Saya cuba aja.”

“Ceh, ingatkan cerdik sangat.” Irham menjeling.

Zaara tersenyum, masih tidak menjangka si hati kering macam Irham ni masih ada hati dan perasaan.

“Kalau esok kau sakit lagi, kita pergi klinik.”

“Eh tak payah la. Sikit aje ni.”

“Dah jangan nak mengada. Kuat jugak perempuan tu pukul kau kan. Sampai merah macam ni.”

Zaara terdiam. Sakit di pipinya tidaklah sesakit hatinya melihat perempuan itu bermanja dengan Irham. ‘Eh kenapa aku nak sakit hati pulak! Wake up Zaara!’

“Awak…” Zaara tiba-tiba bersuara, tangan Irham yang masih khusyuk menuam pipinya ditolak ke tepi.

“Apa?” Irham kembali memandang Zaara.

“Kenapa awak tak kahwin je dengan dia? Kan dia sukakan awak?”

Irham terdiam seketika, wajah Zaara direnung.

“Sebab aku boleh buli kau kalau aku kahwin dengan kau.” Irham membalas dengan serius sambil melarikan matanya dari pandangan Zaara.

“Ish macam tu pulak.” Zaara tidak puas hati.

“Suka hati akulah!” Irham merenung dengan pandangan jahat.

“Menyampah!” Zaara tarik muka masam sambil memeluk tubuhnya.

Mata Irham memerhati perlakuan Zaara dengan hati yang bergetar, semakin direnung gadis di hadapannya itu, semakin hatinya direngkam perasaan aneh.

Suasana yang hening itu membuatkan Zaara segera berkalih memandang Irham yang asyik merenungnya.

“Ish kenapa awak renung saya macam tu?”

“Eh tak ada apa-apalah.” Irham lekas tersedar lantas bangun dari katil itu.

“Dah aku nak kena balik ke pejabat semula. Gara-gara kaulah aku balik ni tau.” Irham menyambung katanya sambil membaling tuala yang dipegangnya sedari tadi ke arah Zaara.

“Siapa suruh balik?” Zaara mencebik sambil menyambut tuala itu.

“Kalau aku tak balik kang, jadi gelanggang gusti pulak rumah ni.”

“Tak apa, saya ada silat.”

“Huh. Berlagak. Esok Sherry tu apa-apakan kau, jangan haraplah aku nak tolong kau.” Irham memulas tombol pintu untuk keluar dari bilik itu.

“Jangan risau, saya boleh jaga diri saya sendiri.” Zaara tersengih.

“Siapa risaukan kau? Aku cuma tak mahu kecoh-kecoh kat rumah ni. Itu aje.”

“Yelah tu…”

Irham meloloskan diri dari bilik itu tanpa berpaling ke arah Zaara lagi.

———————————————————————–

“Beb, kau macam mana sekarang? Ok ke?” Fiz menyoal usai memberi salam.

Keluhan berat kedengaran dari mulut Zaara.

“Entahlah Fiz, aku rasa semua orang dalam rumah ni tak sukakan aku.” Zaara cuba menahan sebak yang menyerbu dadanya sebaik dapat mendengar suara Fiz di hujung talian. Hatinya gembira sekali dapat mendengar suara sahabat baiknya itu, terasa hilang sedikit gundah dalam hatinya.

“Kenapa pulak kau rasa macam tu?”

Zaara mengatur langkah ke balkoni, membuang pandangannya ke luar, melihat pemandangan indah dari tingkat tiga banglo mewah itu.

“Aku boleh nampak Fiz. Ah! Kusut fikiran aku dibuatnya. Entah sampai bila aku boleh bertahan dalam penjara ni Fiz.”

“Sabarlah Zaara. Banyakkan bersabar.”

Zaara menghela nafasnya panjang, angin malam yang menghembus dirasakan masih tidak mampu menyejukkan hatinya yang kepanasan.

“Baru dua minggu aku kat sini Fiz, tapi aku rasa macam dah dua tahun terseksa. Ibu mertua aku tu, kalau tengok aku, asyik jeling aja. Semua dia tak puas hati pasal aku. Kakak ipar aku pun sama.”

“Irham?”

Zaara berjeda seketika, wajah Irham dan tingkah lakunya siang tadi kembali bermain dalam ingatannya.

“Irham tu? entahlah. Dia tu macam orang tak ada perasaan, hati kering je.. tapi kadang-kadang dia jadi timbang rasa pulak. Keliru aku dibuatnya, tak paham aku dengan perangai dia tu.”

“Mungkin Irham dah makin boleh menerima kau dalam hidup dia kot. Kau kena banyak sabar Zaara. insyaAllah satu hari nanti, kau akan bahagia jugak.”

“Aku pun harap macam tu Fiz. Kau tahu, petang tadi ada perempuan mana entah serang aku. Tanya sebab apa aku kahwin dengan Irham. Dia mengaku yang dia tu buah hati Irham.”

“Habis, kau percaya?”

“Entahlah, aku pun tak pasti. Tapi aku tengok Irham tak layan dia pun.” Zaara ketawa kecil.

“Baguslah macam tu.”

“Tapi perempuan tu memang lawa pun, badan pulak macam model. Memang tak setandinglah dengan aku.”

“Ah lupakanlah pasal perempuan tu. Kau sendiri cakap Irham tak layan dia kan, jadi tak payahlah rasa tergugat.”

“Bukan aku rasa tergugat, cuma aku tak paham, kenapa Irham tak kahwin je dengan perempuan tu? Buat apa dia ikat aku yang tak pernah ada kaitan dengan hidup dia selama ni?”

“Mungkin inilah namanya jodoh, Zaara. Sekarang, perasaan kau pada Irham macam mana?”

Zaara terkedu. Entah bagaimana hendak menjawab soalan itu. Otaknya ligat memikir jawapan yang paling sesuai untuk persoalan itu.

“Aku tak pasti Fiz tapi sebagai isteri dia, wajiblah aku cintakan dia kan? tapi aku pun tak pasti berapa lama rumahtangga aku ni boleh bertahan.”

“Jangan cakap macam tu Zaara. Jodoh kan ketentuan Allah, yang penting kau jangan henti berdoa moga jodoh kau ini dipanjangkan. Aku doakan pintu hati kamu berdua terbuka untuk menerima diri masing-masing.”

“InsyaAllah.” Zaara tersenyum sendiri.

“So bila kau nak masuk ofis ni? Aku dah rindu gila kat kau. Nak peluk-peluk kau.”

“Erk! Rindu nak peluk aku pulak. Nanti aku tanya pada Irham, aku pun dah bosan duduk saja kat rumah ni, tak larat aku nak melayan karenah keluarga mertua aku ni. Harap-harap Irham benarkanlah aku bekerja semula.”

“Amin…” Fiz bersuara di hujung talian.

“Siapa tu?” Irham yang baru selesai mandi, menegur Zaara yang sedang asyik berbual di telefon.

“Eh beb, laki aku dah masuk. Nanti kita sembang lagi. Assalammualaikum.” Zaara berbisik sebelum menekan punat merah pada telefon bimbitnya itu.

Zaara menghampiri Irham yang sedang duduk di bahu katil sambil menyarung t-shirt pada tubuhnya.

“Fiz, telefon tanya khabar.” Zaara membalas pendek sebelum duduk di sisi Irham.

“Fiz tu lelaki ke perempuan?”

“Perempuanlah!”

“Nama macam lelaki.” Irham menyebut tanpa memandang ke arah Zaara.

“Nama betul dia Farizah.” Zaara menerangkan, tidak mahu Irham salah sangka.

“Aku tak tanya pun.” Irham berkata acuh tak acuh. Alat kawalan jauh yang terletak di sisi mejanya segera ditekan, hendak melihat berita di televisyen.

“Err awak, esok boleh tak saya masuk kerja semula? Dah lama saya bercuti ni, nanti bos saya bising pulak.”

“Ikut suka kaulah.” Irham bersuara tanpa berpaling pada Zaara.

“Terima kasih awak!” Zaara tersenyum girang.

“Eh tapi saya ada satu lagi masalah.” Zaara menyambung bicaranya sambil mengangkat jari telunjuknya, menunjukkan angka satu.

“Apa?” Irham mengerling pada Zaara seketika.

“Kereta Myvi saya ada kat rumah sewa lagi. Boleh tak esok awak tolong hantar saya ke pejabat saya?” Zaara meminta dengan penuh pengharapan.

“Tengoklah nanti.” Irham bersuara tanpa mengalih pandangannya pada televisyen.

“Jangan lupa ya!”

“Yelah, yelah. Jangan bising lagi, aku nak tengok televisyen ni.” Irham membentak.

Zaara tersenyum gembira. Esok dia sudah boleh keluar dari kurungan penjara mewah ini. Sekurang-kurangnya dengan keluar bekerja, dia boleh merasa sedikit ruang untuk bernyawa.

Zaara segera membentangkan tilam nipis di atas lantai sebelum mengambil sebiji bantal dari atas katil mewah Irham tanpa menghiraukan Irham yang asyik menonton televisyen. Setelah selesai menyediakan tempat itu, Zaara segera merebahkan badannya dan tidur dengan nyenyak seolah tempat tidur itu begitu selesa buatnya.

——————-
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

57 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 16”
  1. sheera says:

    cdap umphhh novel nh…..
    cmner ek agknyer ending cter nh????

  2. fatimahzahra says:

    kite dah abis bace…seronok..irham kering aje orgnye…tapi tak zalim….die tetap concern dgn zaara…zaara pun bagus …watak seorang yg mature…walaupun masih muda…dah jumpa penulisnye kat PWTC ari tu…

  3. suzana binti asar says:

    best creteni kene cari novelni nak tahu ending……nye

  4. asiko haera says:

    SPEECHLESSS!

  5. yaya says:

    best citer nie

  6. FareehaLatif says:

    novel ni best gilerrr..dpt bce separuh aje cz novel ni kakak pnyer,,so kene cari novel ni gk,,my friend said this novel best seller

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"