Novel : Musuhku Suamiku 3

31 May 2011  
Kategori: Novel

17,680 bacaan 31 ulasan

Oleh : Zuera Rasiddin

Post 3

“Puaslah hati kau sekarang!” marah Rafeeqi setelah masuk ke dalam apartmentnya.

Lysa Lafisya yang baru saja menjejakkan kaki ke dalam apartment Rafeeqi tersentak. “Kau ni kan… nak marah aku kenapa? Bukan aku yang rancang semua ni. Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Apa yang aku nak sekarang ni, aku nak kau lepaskan aku.”

Rafeeqi gelak sinis. “Lepaskan kau? Kau nak aku lepaskan kau? Jangan kau mimpi la…”

Lysa Lafisya mengeluh. Dia menghempaskan punggungnya di sofa.

“Eh, siapa bagi kau kebenaran duduk kat situ?”

Jelingan tajam dihadiahkan buat Rafeeqi. Kemudian bibirnya dicebik. “Eleh, nak duduk pun tak boleh. Eh, kau duduk jap. I think we need to talk.”

“Aha… Bincang? Ya… aku rasa kita patut berbincang. Harus!” Terus Rafeeqi duduk di sofa berdekatan dengan Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menghela nafas, dipandangnya wajah Rafeeqi. “Aku tahu kau tak suka aku. Aku pun tak suka kau. Tapi entah macam mana kita terpaksa kahwin. Honestly, aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan kau. Well, kita kan musuh. I really hate you. So, aku—”

“Wait! Kau asyik cakap kau benci aku… Then, kau ingat aku tak benci kau? Aku beribu kali ganda benci kau tau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan macam kau. Lesbian!”

Lysa Lafisya mengetap bibir geram. Dahlah potong cakap dia, lepas tu mengutuk pulak. “Kau ni kan… Asyik-asyik cakap aku lesbian. Dari dulu sampai sekarang. Kau ingat aku dengan Dieya lesbian kan? Suka hati kau la nak fikir apa. Okey, sekarang ni aku nak straight to the point. Aku nak kau lepaskan aku. Tak ada guna kita bersama lagi. Perkahwinan kita ni satu kesilapan. Kita tak mungkin akan bahagia. Aku tak mampu jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku tak nak jadi isteri yang nusyuz. So, lepaskan aku.”

Rafeeqi tergelak sambil menggelengkan kepalanya. “Lysa, Lysa… senangnya kau cakap yer.. Okey, kalau macam ni, kau bagitahu mummy aku. Aku pun tak sabar nak lepaskan kau. Kenapa tadi kau tak cakap kat mummy aku yang kau tak boleh terima aku? Kan senang?” Sinis sekali nada Rafeeqi.

Lysa Lafisya terdiam. Dia tidak tegar berbuat demikian. Dia takut kesihatan Datin Sri Maziah akan terjejas.

“Asal kau diam? Sekarang baru kau tahu kan? Hey, perempuan… kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan lepaskan kau. Lagipun, aku tak rugi apa-apa. Aku boleh kahwin lagi satu kalau aku nak. Tapi kau… kau yang rugi. Aku tak akan pernah sentuh kau. Jangan harap aku akan sentuh kau. Aku jijik. Jijik tahu tak! Rasakan… ini yang kau nak kan? You have to pay for the damage you had done, Lysa Lafisya! Aku akan pastikan kau merana!”

Lysa Lafisya cuba mempamerkan reaksi tenang sedangkan hatinya sedang berperang hebat. “Aku boleh tuntut fasakh kalau kau tak nak lepaskan aku.”

Rafeeqi terdiam sebentar. Dia sedang berfikir. Bagus! Bila Lysa minta fasakh, maknanya aku akan bebas dari dia. Dan harta daddy still akan menjadi milik aku…sebab daddy kata aku tidak boleh ceraikan Lysa. Yes!, fikir Rafeeqi.

Rafeeqi mengoyak senyum. “Aha… bagus… great idea… Silakan… Silakan tuntut fasakh dari aku. Tapi kau kena ada sebab yang munasabah sebelum kau nak tuntut fasakh kan? Aku akan cari sebab yang membolehkan kau tuntut fasakh. Aku akan menjadi suami yang zalim.”

Rafeeqi tergelak sinis. Dia terus bangun dan menuju ke kamar tidurnya. Belum sempat Rafeeqi menutup pintu, Lysa Lafisya memanggilnya.

“Mana aku nak tidur malam ni?” tanya Lysa Lafisya sedikit terjerit. Tidak dihiraukan kata-kata Rafeeqi sebentar tadi.

“Pandai-pandai kau lah.” Rafeeqi terus menutup pintu biliknya.

Lysa Lafisya mengetap bibir. Meluat betul dia dengan Rafeeqi. Dengan selamba dia bangun dan menuju ke satu bilik bertentangan dengan bilik Rafeeqi. Mulai hari ini, dia akan jadikan bilik itu, biliknya. Rafeeqi sendiri yang kata ‘Pandai-pandai kau lah.’ Sekarang dia sudah memutuskan untuk menjadikan bilik itu sebagai biliknya.

RAFEEQI menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Otaknya ligat berfikir. Fasakh? Terukir senyuman di bibir Rafeeqi. Dia akan buat Lysa Lafisya menuntut fasakh padanya. Dia memerah otak, mencari idea bagaimana mahu menyeksa Lysa Lafisya. Dia nekad! Sebelum Lysa Lafisya bebas darinya, dia mahu menyeksa gadis itu.

Senyuman Rafeeqi semakin lebar. Dia sudah ada idea. Terus dia bangun dan turun dari katil. Laptop diambil dari beg. Terus dihidupkan laptop itu. Microsoft Words dibuka. Bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir Rafeeqi, tangannya laju menaip sesuatu.

Setengah jam kemudian, dia print kertas kerja yang baru saja dia taip tadi. Kertas itu diambil dari mesin printer dan dibaca isi kertas tersebut. Senyuman nakal menghiasi bibirnya lagi. Dia terus keluar dari biliknya, ingin mencari Lysa Lafisya.

‘Eh, mana pulak minah sorang ni? Tak ada pun kat ruang tamu,’ desis Rafeeqi.

Dia mula mencari Lysa Lafisya di dapur dan juga beranda. Tiada. “Lysa… Lysa,” jerit Rafeeqi kuat.

Lysa Lafisya yang baru saja menunaikan solat Isyak tersentak. Apa lagi yang tak kena ni?, omel Lysa Lafisya dalam hati. Dia terus membuka pintu bilik.

Rafeeqi nampak Lysa Lafisya membuka pintu bilik. “Eh, siapa benarkan kau masuk bilik tu?” marah Rafeeqi.

“Kau yang cakap ‘pandai-pandai kau lah’. So, suka hati aku lah. Yang kau terjerit-jerit panggil nama aku ni apahal?”

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. “Hisy budak ni. Aku debik karang.”

Lysa Lafisya mencebik. “Eleh… Aku debik karang,” ajuk Lysa Lafisya dengan nada mengejek.

Rafeeqi mengenggam penumbuknya. Geram betul dia dengan Lysa Lafisya. “Keluar cepat. Aku nak cakap something.”

“Kejap,” pinta Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menutup pintu bilik. Dia menanggalkan telekung. Tudung disarungkan ke kepala. Walaupun Rafeeqi sudah sah menjadi suaminya, dia masih belum bersedia untuk mempamerkan rambutnya pada lelaki itu.

15 minit kemudian, Lysa Lafisya keluar dari bilik. Rafeeqi sudah pun menunggu di ruang tamu. Dengan langkah bersahaja, Lysa melangkah mendekati Rafeeqi lalu duduk di sofa.

“Bukan main lama lagi,” sindir Rafeeqi.

Lysa Lafisya tidak memberi sebarang respon. Malas nak layan Rafeeqi. Tangannya disilangkan sambil badannya disandarkan ke belakang. “Kenapa kau nak jumpa aku?”

Rafeeqi senyum sinis sambil menghulurkan kertas di tangannya. “Nah.”

Lysa Lafisya menyambut huluran Rafeeqi. Dia meneliti isi kandungan kertas tersebut.

Tugas Harian Lysa Lafisya

Isnin – Sabtu

Pagi

Kemas rumah. Pastikan tiada habuk. (Aku mementingkan kebersihan)
Basuh baju aku. Lepas tu jemur. Jangan malas.
Sediakan pakaian kerja aku. (Gosok baju aku baik-baik. Mahal tue)
Sediakan sarapan pagi. (Aku tak makan roti kosong)

Malam

Sediakan makan malam. (Masak sedap-sedap. Siap kau kalau aku tak suka)
Lipat kain.
Basuh pinggan mangkuk.
Pastikan dapur aku sentiasa bersih.

Ahad

Pagi

Kemas rumah macam biasa. Mop lantai. Lap cermin. Pastikan tiada habuk. (Aku mementingkan kebersihan)
Basuh baju aku. Lepas tu jemur. Jangan malas. (sama macam hari biasa. Aku copy paste je nie.)
Sediakan sarapan pagi tepat jam 8.30 pagi. (Hari ahad aku nak makan Nasi Lemak atau mee. Kau masak le apa yang patut.)
Cuci tandas kasi berkilat. (Kalau aku check tak berkilat, siap kau)

Tengahari

Sediakan makan tengahari tepat jam 12. (Kalau lambat siap kau.)
Lipat kain baju. Jangan malas.
Kemas bilik aku. (Pastikan aku tak ada dalam bilik. Jangan sentuh barang aku.)

Malam

Sediakan makan malam tepat jam 8 malam. Aku tak suka makan lambat. Masak something light.
Basuh pinggan mangkuk.
Pastikan dapur aku sentiasa bersih.

Terbeliak biji mata Lysa Lafisya. Rafeeqi pula memandang Lysa Lafisya. Keningnya sengaja dijongketkan. “So, macam mana?”

Lysa Lafisya merenung Rafeeqi tajam. “Kau ingat aku orang gaji kau ke?”

Rafeeqi tergelak sinis. “Kau ingat kau boleh duduk sini free je ke?”

“Aku boleh bayar sewa lah. Kedekut! Mummy yang suruh aku duduk sini.”

“Mummy? Kau panggil mummy aku, mummy? Whoa… Listen, Lysa… Kau tak layak panggil mummy aku, mummy. Panggil Datin Sri faham!”

Lysa Lafisya mencebik. Kerek giler mamat ni. Makin menyampah Lysa Lafisya. “Apa-apalah. Berapa sewa yang perlu aku bayar?”

Sekali lagi Rafeeqi tergelak sinis. Tangannya diawang-awangkan. “No, no, no… Aku tak nak duit. Aku nak kau bayar dengan tenaga kau. Kau kena buat semua tu. Faham? Kalau tak siap kau.”

“Apa hak kau nak paksa aku?” provok Lysa Lafisya sambil menjongketkan keningnya pula.

Rafeeqi terdiam sebentar. Apa hak dia? “Err… aku suami kau. Kau kena ikut cakap aku. Kalau tak berdosa tahu tak. Tak cium bau syurga. Whatever it is, tugas tu berkuat kuasa mulai esok.”

Rafeeqi terus bangun meninggalkan Lysa Lafisya.

LYSA LAFISYA memandang ke langit yang gelap melalui tingkap di biliknya. Entah mengapa, matanya terlalu sukar untuk lelap. Otaknya tidak henti-henti berfikir. Tidak sampai seminggu, macam-macam telah berlaku pada dirinya. Kini dia bergelar isteri orang. Dan yang paling tidak di duga, isteri kepada Rafeeqi.

Kemudian, dia kehilangan adik yang paling dia sayangi. Macam manalah keadaan Nadieya sekarang. Sihatkah dia? Argh, baru pagi tadi dia bertemu adiknya, namun dia sudah mula rindu. Entah bila lagi dia dapat ketemu adiknya itu. Sekarang, Nadieya membencinya.

Ingatan Lysa Lafisya terus terbang ke satu wajah iaitu Ilham. Lelaki yang disukai dalam diam. Ilham merupakan kawan sekerjanya. Sudah dua tahun mereka berkenalan. Hanya Ilham yang memahami dirinya. Walaupun ramai yang mengatakan dia lesbian, Ilham tidak pernah sesekali pun menganggap Lysa Lafisya lesbian. Ilham tahu Lysa Lafisya menganggap Nadieya sebagai adiknya.

Sekarang, Ilham berada di Hong Kong. Lelaki itu sedang menguruskan hal syarikat di sana. Sudah sebulan lelaki itu berada di Hong Kong. Tak lama lagi, Ilham akan pulang. Entah apa reaksi Ilham jika dia tahu Lysa Lafisya sudah berkahwin. Akankah Ilham bersedih? Argh, untuk apa Ilham bersedih. Ilham tidak punya sebarang perasaan asing terhadap dirinya. Adakah Ilham akan membencinya sepeti Nadieya apabila lelaki itu tahu Lysa Lafisya ditangkap khalwat?

Lysa Lafisya menghela nafas berat. Ya Allah, jika ini ujian dari-Mu, kau bantuilah aku untuk menghadapi ujian ini dengan tabah. Aku redha menerima ujian-Mu ini Ya Allah, doa Lysa Lafisya.

KEESOKAN HARINYA, Lysa Lafisya terlewat bangun. Pukul 6.50 pagi baru dia tersedar. Maklumlah, semalam dia tidur lewat. Pukul 3 pagi baru dia melelapkan mata. Terkocoh-kocoh Lysa Lafisya menunaikan solat Subuh. Usai solat, dia terus mandi dan memakai baju kerjanya. Dia harus bertolak ke tempat kerja seawal yang mungkin. Jika tidak, pasti dia terpaksa merempuh kesesakan lalu lintas.

“Lysa!!!”

Lysa Lafisya yang sedang merapikan selendangnya tersentak. Terus dia keluar apabila Rafeeqi menjerit namanya sekali lagi.

“Mana pakaian aku?” marah Rafeeqi yang masih bertuala.

Lysa Lafisya terpinga-pinga. “Pakaian apa?”

“Pakaian kerja aku lah. Kan aku suruh kau sediakan. Mana pakaian aku?”

Lysa Lafisya mengetuk dahinya perlahan. Sungguh, dia lupa. Dia mula tersengih-sengih. “Sorry… aku lupa.”

“Senang je kau cakap. Lupa konon. Kau jangan lupa eh tugas kau. Sarapan aku dah siap ke belum?” marah Rafeeqi lagi.

“Err… nak buat la ni.” Tergagap-gagap Lysa Lafisya ingin menjawab pertanyaan Rafeeqi. Entah mengapa, hari ini dia berasa gerun dengan Rafeeqi. Mungkin kerana dia terlewat bangun.

Rafeeqi mendengus. Dia terus masuk ke bilik dan menghempaskan pintu. Beberapa minit kemudian, dia mengukirkan senyuman lebar. Lama kelamaan senyuman itu bertukar kepada gelakan halus.

“Tahu takut! Padan muka kau Lysa. Lepas ni, aku akan kenakan kau cukup-cukup!”

Lysa Lafisya terus menuju ke dapur. Dia cuba melihat makanan yang ada di kabinet. Roti sapu mentega jelah. Aku dah lambat ni, fikir Lysa Lafisya.

Tidak lama kemudian, Lysa Lafisya menghidangkan sarapan di atas meja makan. Air teh kosong yang dibancuh sebentar tadi turut diletakkan ke atas meja. Rafeeqi terus duduk di meja makan. Matanya memandang sarapan yang disediakan oleh Lysa Lafisya.

“Apa benda ni? Ni yang kau sediakan untuk aku?” soal Rafeeqi dengan nada yang tinggi.

“Makan jelah. Aku dah lambat ni. Banyak songeh pulak.”

Rafeeqi menelan air liur. Sangkanya, Lysa Lafisya akan kalut macam tadi. “Eh, aku tak kira. Buatkan nasi goreng untuk aku. Aku lapar ni.”

Lysa Lafisya mencapai tas tangannya. “Aku dah lambat. Kalau kau nak, kau masak sendiri. Assalamualaikum.” Lysa Lafisya terus keluar dari rumah.

Rafeeqi terlopong. “Kurang asam punya perempuan. Berani dia tinggalkan aku! Jaga kau lepas ni.”

LYSA LAFISYA mengeluh berat. Alamak! Macam mana dia boleh lupa bahawa dia tak ada kunci rumah Rafeeqi. Sia-sia saja dia tergesa-gesa pulang untuk menyediakan makan malam. Telefon bimbit dikeluarkan dari handbag. Dia menghubungi Rafeeqi.

“Hisy, tak jawab pula mamat ni,” rungut Lysa Lafisya.

Sekali lagi dia menghubungi Rafeeqi. Tak jawab juga. Berkali-kali Lysa Lafisya cuba menghubungi Rafeeqi namun Rafeeqi tetap tidak menjawab panggilannya. Bengang Lysa Lafisya dibuatnya. Tangannya terus menaip mesej untuk di hantar kepada Rafeeqi.

Kau kat mana? Aku dah sampai rumah.

Tapi tak ada kunci. Cepat balik.

Lysa Lafisya duduk mencangkung di hadapan pintu rumah Rafeeqi. Berapa lama harus dia menunggu Rafeeqi pulang? Badannya sudah melekit. Masa terus berlalu. Batang hidung Rafeeqi pun dia tak nampak! Mujur saja dia sempat menunaikan solat Asar di tempat kerja.

Sakit kaki Lysa Lafisya mencangkung. Dia terus duduk bersimpuh. Badannya disandarkan pada dinding. Matanya mula memberat. Dia sangat keletihan hari ini. Sudahlah tak cukup tidur. Satu saat, dua saat… dan mata Lysa Lafisya terus terkatup.

RAFEEQI memandang wajah Lysa Lafisya yang sedang tidur di luar apartmentnya. Dia senyum sinis. Padan muka kau. Ini balasan untuk pagi tadi, kata Rafeeqi.

“Kelakarnya dia. Ambil gambar best ni.”

Terus Rafeeqi mengeluarkan iPhone dari poket seluarnya. Gambar Lysa Lafisya ditangkapnya. Dia mahu tergelak namun sedaya upaya dia tahan. Dia tidak mahu Lysa Lafisya melihat gelakannya.Rafeeqi cuba memasamkan wajahnya. Dengan menggunakan kaki, dia mengoyangkan badan Lysa Lafisya. “Woi, bangunlah.”

Lysa Lafisya terpisat-pisat bangun. Dia mendongak. Balik juga Rafeeqi. Pantas, Lysa Lafisya bangun. Jam dipergelengan tangan dikerling. “Astaghfirullah al-Azim… dah pukul 9. Aku terlepas Maghrib.”

“Asal kau tidur kat luar ni? Tak malu ke orang tengok?” Rafeeqi berpura-pura marah. Tidak dihiraukan kata-kata Lysa Lafisya sebentar tadi.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi geram. “Aku tak ada kunci rumahlah. Kalau aku boleh masuk, tak ada maknanya aku nak duduk kat luar ni macam orang tak betul. Maghrib pun aku terlepas. Asal aku call, kau tak jawab?” marah Lysa Lafisya pula.

Rafeeqi senyum sinis. Dia tidak menjawab pertanyaan Lysa Lafisya. Tangannya lincah membuka pintu rumah. Kemudian, dia melangkah masuk. Dengan geram, Lysa Lafisya masuk ke dalam rumah. Laju kakinya menuju ke bilik. Dia mahu mandi. Berlengas badannya.

“Sediakan makan malam dalam masa 30 minit dari sekarang,” arah Rafeeqi.

Lysa Lafisya mengendahkan kata-kata Rafeeqi. Sebal hatinya dengan Rafeeqi. Bertambah-tambah rasa bencinya terhadap lelaki itu. Setelah berada di dalam bilik, dia terus mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.

Setelah menyegarkan badan, Lysa Lafisya menuju ke dapur, ingin menyediakan makan malam. Peti ais dibuka. Aik, kosong! Yang ada hanya makanan ringan dan minuman. Nak masak apa kalau macam ni? Lysa Lafisya menyelongkar kabinet. Kosong jugak. Ada tin biskut je. Hampeh betul.

Lysa Lafisya terus menuju ke bilik Rafeeqi. Pintu bilik itu diketuk. Tidak lama kemudian, Rafeeqi membuka pintu. Rambut lelaki itu basah tanda baru saja lepas mandi. “Dah siap masak ke?”

Lysa Lafisya mencebik. “Siap apanya… kau cuba tengok dapur kau tu. Kosong! Nak masak apa? Maggi pun tak ada. Malam ni tak payah makanlah,” cadang Lysa Lafisya. Dia mahu menyambung tidurnya. Letih sungguh dia.

“Tak payah makan? Kau dah gila ke? Kau nak aku mati kebuluran? Aku lapar nie.”

“Sehari tak makan… takkan matilah,” balas Lysa Lafisya selamba.

“Argh… aku tak kira.. Siap cepat. Kita cari lauk. Aku nak kau masak jugak!”

Lysa Lafisya mengeluh. “La… beli jelah kat kedai. Berlambak gerai kat luar tu. Aku penatlah.”

“Aku tak kira. Kau kena masak jugak malam ni, by hook or by crook. Pergi siap! Aku dah lapar!” Rafeeqi mempamerkan muka garangnya.

Lysa Lafisya mengetap bibir. Kaki dihentak ke lantai. Geram dengan Rafeeqi.

SETENGAH JAM kemudian, mereka sudah pun berada di pasaraya Tesco yang berdekatan dengan kediaman mereka. Lysa Lafisya membeli semua barang keperluan untuk memasak. Sekarang merupakan masa untuk dia balas dendam. Semua benda dibelinya. Biar kopak duit Rafeeqi.

Tidak cukup dengan satu troli, Lysa Lafisya menarik satu lagi troli untuk meletak barang basah.

“Banyaknya,” rungut Rafeeqi.

“Banyak cakap pulak. Rumah kau tu, satu pun tak ada tau… eh, kejap. Kuali ada ke tak?”

Rafeeqi menggeleng.

Lysa Lafisya mengucap panjang. “Suruh orang masak tapi rumah dia… satu benda pun tak ada.”

“Mana aku tahu… aku tak pernah masak kat rumah tu.” Rafeeqi cuba mempertahankan dirinya.

Lysa Lafisya terus memborong. Sewaktu di kaunter pembayaran, sengaja dia tinggalkan Rafeeqi di situ. Biar lelaki itu yang bayar. Setelah lelaki itu menghulurkan wang kepada cashier, baru Lysa Lafisya kembali ke arah kaunter. Matanya meninjau jumlah harga yang dipamerkan.

Terbeliak matanya. RM 572.30! Padan muka Rafeeqi. Memang berpatutan la harga tu dengan dia troli yang penuh membukit. Kalau boleh, mahu saja Lysa Lafisya menambah satu lagi troli.

“Apa jeling-jeling? Suka kau kan, kenakan aku? Macam aku tak tahu kau sengaja lari tadi,” kata Rafeeqi.

Lysa Lafisya sekadar menjuihkan bibirnya. Dia terus mencapai satu troli, lalu ditolaknya. Rafeeqi mengikut dari belakang. “Balik ni, cepat masak! Perut aku ni… dari tadi dah berkeroncong.”

Leceh betul. Kalau lapar, beli jelah kat luar. Nak suruh aku masak pulak. Aku penat tahu tak, rungut Lysa Lafisya.

Di dalam kereta, Lysa Lafisya terlelap. Matanya terasa sungguh berat. Rasanya, dia tak mampu nak menyediakan makan malam untuk Rafeeqi.

“Lysa… bangun,” kejut Rafeeqi lembut. Kesian pula dia lihat Lysa Lafisya. Wajahnya lesu.

Lysa Lafisya mencelikkan wajahnya. Dia menguap. “Kat mana nie?” soal Lysa Lafisya pelik apabila melihat ke luar.

“Kita makan kat luar jelah malam nie.”

Lysa Lafisya tersenyum lega. Terus segar matanya. “Betul ni? Aku tak payah masak?”

“Betullah. Dah… cepat turun. Aku dah lapar.”

Lysa Lafisya tersengih-sengih mendengar kata-kata Rafeeqi.

——————
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Undilah kami 1 kali setiap hari




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Musuhku Suamiku 3”
  1. mas mera says:

    Sekali baca aje hati dah jatuh suka. Suami pula yang gerun tengok tajuknya….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"