Novel : Salah mencintainya 60, 61

21 May 2011  
Kategori: Novel

5,983 bacaan 12 ulasan

Oleh : LC

Bab 60

Panggilan dari Kak Emy sebentar tadi membuatkan aku gelisah. Berkali-kali dia mengingatkan aku agar datang ke majlis perkahwinannya hujung minggu ini. Kad yang dikirimnya melalui Norshahleha aku belek-belek.

‘Jemputan ke Majlis perkahwinan Noor Amyfazilla bt Mohamad dengan tunangannya Sharkawi bin Idrus’

Dengan segala hormatnya Puan Zahanis bt Zikri serta keluarga di jemput hadir untuk memeriahkan majlis.’

Kalau aku tidak datang, mesti Kak Emy akan lebih berkecil hati dengan aku. Sudahlah selepas habis study aku menyepi dari mereka. Masa kahwin aku pun mereka tidak dapat hadir. Perjumpaan kami beberapa bulan yang lalu menyimpul kembali persahabatan kami.

“Anis..Jangan pulak kau tak datang. Aku nak sangat kawan-kawan aku ada sama dengan aku pada hari bersejarah aku nanti..” Masih terngiang-ngiang suara kak Emy masa itu.

“Tapi..kak..Anis macam tak larat lagi nak berjalan ni..” Aku memberi alasan. Aku bukannya apa, kalau boleh aku tidak mahu datang bersama Azam. Perbuatannya di restoran beberapa hari lalu masih berbekas di hatiku. Malu pada Haris. Mesti lelaki itu sudah bersangka yang bukan-
bukan.

Tapi..kalau aku datang dengan adik-adik saja, mesti mengundang tanda tanya pada kawan-kawanku yang lain. Kali ini, mesti aku berjumpa lebih ramai kenalan kami masa belajar dulu.

“Kalau kau tak dapat nak berdiri. Duduk aje la..janji kau datang. Datang ye..” Macam merayu pulak dia. Aku jadi simpati.

“Hmm…InsyaALLAH..” ucapku. Sebelum mematikan talian, kak Emy sekali lagi merayu agar aku datang nanti.

********

“Sayang…kenapa termenung aje ni.. Anis ada masalah ke?” Aku terkejut mendengar suara Azam dari belakang. Aku cuba menyembunyikan kad jemputan perkahwinan kak Emy ke bawah bantal. Tapi, tindakan aku itu sia-sia. Azam pantas mengambil. Aku berpeluk tubuh tidak puas hati.

“Hmm..Kita pergi k? Tak manis menolak jemputan orang.” ujar suamiku.

“Awak tak busy ke hari tu?” Tanyaku, sedikit gembira. Tidak perlu aku hendak mencari ayat yang sesuai untuk mengajaknya. Dia sendiri yang memulakan. Aku menolak sedikit rasa marahku.

“Sementara tunggu Anis bersalin, kerja abang dah kurangkan sikit. Ikmal take over. Takut ada hal-hal kecemasan.” Jawab Azam. Dia mencapai tuala untuk ke bilik mandi.

“Tapi…nanti awak pandai-pandai berlakon tau…saya tak nak kawan-kawan saya tau kita akan berpisah tak lama lagi.” tegasku. Suamiku mengeluh berat.

“Abang tak pernah berlakon untuk jatuh cinta kat Anis.. layanan abang kat Anis selama ni semuanya ikhlas. Maafkan abang kalau sikap cemburu abang buat Anis terluka. Abang terlalu sayangkan Anis.” ucap suamiku sebelum ke bilik air. Aku mengeluh dalam diam mendengar ucapannya sebentar tadi. Aku melemparkan pandangan ke arah pintu bilik air. Maafkan Anis bang…

******

Kak Emy tersenyum ceria bila aku menghulurkan tangan bersalaman. Kami berpelukan sebentar. Dia sempat memegang perutku yang memboyot.

“Ops..jangan pegang kuat sangat…nanti baby marah kat dalam..” Tegur Zhila yang turut sama datang ke majlis itu.

Kami tergelak. Suamiku sentiasa di sisi, tanganku tidak lepas dari gengamannya. Erat sekali. Kalah Kak emy dan suaminya, aku dan Azam pulak yang menjadi tumpuan kawan-kawanku. Mereka sudah lama tidak berjumpa denganku. Apa lagi…puas aku di usik mereka. Aku rasa pipiku mesti tengah merah yang amat masa ini.

“Tak lama lagi..Kak Emy pun macam Anis jugak..” Usik Wani. Wajah Kak Emy merah, suami Kak Emy tersipu.

“Pegang la lama-lama kak emy…kot-kot berjangkit. Boleh bunting pelamin..kami pun tak sabar nak timang anak buah banyak-banyak..” Usik pulak Norshahleha. Wajah Kak Emy dan pasangannya sudah merah, malu.

“Cakap orang..awak tu bila lagi..”Balas Kak Emy. Norshahleha tersengih saja. Aku tersenyum simpul melihat teletah teman-temanku. Sentiasa riuh kalau berjumpa.

“Sayang penat ke?” Tanya Azam melihat aku melepas nafas lelah.

“Kita duduk kat sana k.” Dia memimpinku duduk di kerusi. Faizal dan pasangannya menghampiri.

“Wow..baru beberapa bulan yang lalu kita jumpa..sekarang kau dah..” Faizal menggosok perutnya. Aku tertawa kecil. Azam turut tersenyum.

“Tak nak kenalkan ke..kat orang sebelah..” perliku. Faizal tersengih, gadis di sisinya tersipu.

“Hehe..lupa pulak.. ni tunang aku, ema.. ema…ni kawan abang, Anis, dan suami dia Azam.” Perkenal Faizal. Aku dan Ema bersalaman.

“Abang?” Aku tersenyum memerli. Faizal tersengih.

“Bila nak merasa nasi minyak Faizal pulak ni..” Celah Azam.

“Hmm…penghujung tahun ni..korang mesti datang k..kalau tak datang…putus kawan..” Ugut Faizal. Aku hanya jongket bahu. Tidak mahu memberi ulasan. Hubunganku dengan Azam di tahap runcing sekarang.

******

“Boleh tak jangan pegang-pegang ni…saya boleh jalan sendiri..” Aku menepis tangan Azam yang mahu memimpinku untuk naik ke tingkat atas. Kepenatan masih terasa selepas balik dari majlis persandingan kak Emy .

“Abang takut Anis jatuh..” Suara Azam kendur.

“Awak jangan risau la..saya akan jaga anak awak ni baik-baik..” dengusku. Rimas bila dekat rumah pun dia masih berlagak mesra. Kalau di maslis perkahwinan kak emy sebentar tadi tak apa la.. sekarang dia tidak perlu berlagak mesra.

“Hmm…baiklah..hati-hati..” Pesannya. Tapi, masih tetap mengekoriku dari belakang.

Bab 61

Alang menghampiriku tika aku duduk termenung di tepi kolam ikan kap. Dia duduk di sebelahku tanpa di pelawa. Aku rasa bersalah pada dia. Sudahlah aku tidak meraikan kejayaannnya dalam SPM dulu, masa dia mengisi untuk kemasukkan ke universiti, angah aje yang membantu alang apa yang patut.

“Along..” alang memulakan bicara. Aku menoleh ke arahnya.

“Ada apa lang?” Tanyaku.

“Alang nak berbual dengan along….lama kita tak berbual sama.” ujar Alang. Aku sedikit tersentak. Kata-katanya mengingatkan aku tentang diri. Aku jarang hendak berbual dengan dia dan adik-adikku yang lain.
“Ada apa nak cakap kat along?” Aku menyoal lagi. Alang diam, merenung ke dasar kolam.

“Hmmm..macam mana dengan budak-budak dalam kelas?” Aku membuka bicara bila alang diam.

Azam memang tidak membenarkan aku untuk mengajar lagi. Walaupun memberontak, aku tetap setuju. Azam mengingatkan aku pada syarat yang dia tetapkan. Dia mengugut, kalau aku ingkar dengan arahannya, dia tidak akan setuju dengan syarat-syarat itu.

“Kelas okey aje long…. mereka ada jugak tanya pasal along…mereka rindukan along kot.” Beritahu alang. 10 orang anak murid tuisyenku itu memang rapat denganku. Sekarang alang yang mengambil alih tugasku.

“Along rindu sangat nak mengajar lagi.. tapi…abang Azam tak kasi..” keluhku. Alang mengengam tanganku. Aku turut membalas. Memang itu kebiasaan kami adik beradik, memujuk diri masing-masing.

“Baik tak payah long… along bukannya sihat sangat.. alang tengok nampak lesu sangat. Kami tak nak along penat… kesihan anak buah alang ni…” Ucap alang sambil mengusap perutku.

Air mataku rasa bergenang di tubing mata melihat alang mengusap perutku. Aku sendiri jarang mengusap perutku itu, hanya Azam yang rajin mengusap anaknya itu. Tiap malam sebelum tidur Azam akan mengusap perutku. Aku sudah tidak betah melarang perbuatannya. Selepas mengusap, dia akan mengucup pulak perutku. Kelakuan alang sebentar tadi mengingatkan pada kelakuan Azam.

“Hmm…along bukannya sakit lang… mengandung bukannya sakit.” Tegasku. Kadang-kadang aku rasa layanan Azam berlebih-lebih. Aku tahu dia buat semua itu untuk kebaikkan anaknya yang ada dalam kandunganku. Tapi…Azam harus berfikir jugak pasal aku. Aku rimas di layan begitu.

“Kami buat macam tu untuk kebaikkan along dan anak dalam kandungan along tu..” Ujar Alang. Aku menjongket bahu.

“Budak-budak dalam kelas tu ada bawak masalah tak? Parents diaorang macam mana?” Tanyaku.

Sepanjang aku mengajar, tiada pula masalah yang besar sehingga ibu bapa mereka mengadu. Tapi tidak tahu masa alang menguruskan mereka. Risau jugak aku, alang bukannya ada pengalaman mengendalikan budak-budak seramai itu.

“Hmm…tak ada masalah long…cuma mula-mula dulu mereka macam dingin aje dengan alang… yela…selama ni along manjakan diaorang sangat..” beritahu alang dengan gelak kecil. Aku turut tertawa.

“Budak-budak ni lain lang…kalau kita marah…mereka ingat kita tak sayang mereka. Jadi mereka jadi dingin kita. Kena sabar dengan mereka. Kita kena tarik minat dia pada kita dulu, baru pada pelajaran yang kita ajar mereka. Along dulu…masa mula-mula mengajar….kelas pun jadi ribut sampai abang Nasir masuk campur leraikan mereka.” Ceritaku.

Aku tersenyum mengingati peristiwa itu. Tidak semena-mena wajah Azam muncul di fikiran. Azam salah seorang anak muridku dulu. Aku sendiri tidak sangka akan mendapat anak murid tua seperti dia.

“Itu la long…. mula-mula alang masuk kelas tu mereka mogok tak nak belajar selagi cikgu Anis diaorang datang. Alang umpan diaorang dengan gula-gula…baru diaorang nak buka buku.” Aku tergelak mendengar cerita alang. Keletah nakal mereka tidak pernah hilang.

“Rasuah tu lang..”

“Tu aje cara alang nak tarik mereka supaya belajar.” balas alang.

“Along minta maaf sebab tak buat apa-apa sambutan time alang dapat result dulu… Tahniah dik… along bangga dengan adik along ni.” Ucapku sambil mencubit pipinya. Alang tersenyum saja.

“Alang nak hadiah apa?” Tanyaku.

“Along cakap nak bagi special dulu kan? Along cakap akan bagi apa yang alang mintak?” alang menagih janjiku. Aku mengangguk.

“Tapi jangan mahal-mahal..” tegasku. Aku bukannya ada duit pun.

“Tak mahal… tapi…tak tau along nak bagi ke tak..” Alang ragu-ragu untuk menyatakan hasratnya.

“Cakap aje lah..” desakku.

“Alang nak along maafkan abang long…walau apapun kesalahan dia. Alang nak along dengan abang long macam dulu-dulu juga. Alang gembira tengok along bahagia dengan dia dulu.” Aku menelan liur pahit.

Permintaan alang terlalu berat bagi aku. Dia boleh berkata begitu kerana dia tidak tahu apa-apa. Kalau dia tahu… boleh ke dia maafkan Azam? Tidak tergamak aku memberitahu hal sebenarnya pada dia.

“Along bahagia lang..” Aku cuba mengelak. Sebolehnya di depan adik-adik aku berlagak tenang. Tapi…mungkin mereka sebagai saudara dekatku tahu membaca apa yang ada di hatiku. Mereka dapat mengesan hati along mereka tidak tenang.

“Jangan nak tipu alang long… alang nampak along dah berubah. Along macam marahkan abang long. Kesihan dia long… alang pernah nampak dia menangis. Jarang lelaki menangis kecuali mereka benar-benar terluka.” Aku terpana. Alang merenung wajahku.

“Hmm…sudah lang…along dengan bang long tak apa-apa…mungkin sebab mood along yang tak menentu time mengandung ni kot…” Aku sengaja berdalih. Alang tidak harus terbeban dengan masalahku. Biar aku dan Azam saja yang tahu masalah rumah tangga kami.

“Alang cuma tak nak along menyesal di kemudian hari.” Aku terdiam mendengar bicara itu. Semua kata-kata alang terkesan di hatiku. Cuma…aku masih menafikan semua itu kerana aku tidak mahu terpengaruh.

——————–
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Kami memerlukan 1 Undian Setiap Hari




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 60, 61”
  1. ann says:

    sumpah best.. hope ending best.. stuju apa y alang ckp.. jgn nyesal d kemudian ary udah lew anis.. azam bny bsabar.. suka sgt.. klu ar dpt jodoh mcm si azam msti best.. brangan jap.. hihihi.. nk sambungan…. x sabar nk taw.. ending kasi pnjang ckit.. biar anis bsalin n baby 2 bsar ckit… hihi

  2. harra says:

    best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"