Novel : Suami Aku Ustaz?! 24

7 May 2011  
Kategori: Novel

54,432 bacaan 44 ulasan

Oleh : aku_dia

Aku bangun bila jam menunjukkan dah nak masuk pukul lima setengah. Makin aku baring, ada yang tertidur atas katil ni. Aku ni bukannya boleh percaya sangat. Sedangkan nak tunggu Isyak lepas mengaji pun boleh terlelap, ini pulak memang dah sedap-sedap baring atas katil. Lagilah senang je mata ni nak tertutup. Sebelum mengambil wudhu’, aku terus salin baju sekolah aku. Selesa sikit nak solat. Elok lepas solat, pintu bilik diketuk daripada luar. Terus aku bukak pintu. Bibir menghadiahkan senyuman bila terpandangkan muka Umi.

“Lisa tengah buat apa?” Lembut Umi bertanya.

“Baru lepas solat. Kenapa Umi?”

“Walid ajak pergi kebun petang ni. Lisa nak ikut ke nak duduk rumah je, rehat?”

Aku menjeling jam dinding yang tergantung dekat ruang makan. Dah nak masuk pukul enam.

“Tak lambat sangat ke Umi? Dah dekat pukul enam ni?”

Umi tersenyum. “Dekat je kebunnya. Naik kereta tak sampai sepuluh minit. Lagipun, bukan nak buat apa. Walid nak ambil pisang je. Hari tu tengok tak sesuai lagi nak ambil. Tak ambil hari ni, takut esok ada hal lain pula. Ada makan di burung pisang tu nanti. Lisa nak ikut ke? Kalau nak, siaplah. Nanti terus pergi.”

Aku diam je dengar Umi bercakap. Kat otak dah membayangkan kebun. Kebun maka isinya ada pokok dan semak walaupun tak banyak. Pergi waktu petang macam ni, maka kawannya nyamuk. Aku dan nyamuk? Memanglah cinta bertepuk sebelah tangan. Si nyamuk sibuk nak bagi love bite, aku pulak sibuk tepuk sebelah tangan. Akibatnya? Ada dua tiga hari kesan kena gigit nyamuk tak hilang. Aduh!

Tapi, masa-masa macam ini ajelah aku boleh nak rapat dengan mak dan ayah mentua aku ni. Walaupun aku ni jenis pendiam kalau dengan diorang, takkanlah balik rumah ni terus menerus nak jadi pendiam. Bila lagi nak ambil hati diorang, kan? Akhirnya aku mengangguk. Nasib baik aku tak mandi lagi tadi.

“Siaplah. Lepas tu terus pergi.”

Lepas sarung tudung, terus aku lepak dekat ruang tamu. Tangan bermain dengan handset. Sekali orang tengok, macam orang tengah berbalas-balas mesej. Tapi kalau di tengok betul-betul, orang cakap aku gila. Mana taknya, daripada tadi aku duk bukak tutup, bukak tutup mesej yang sama. Nak delete, tak terdelete. Lepas tu, kalau baca sepuluh kali, sepuluh kali lah aku tersengih. Kalau lebih? Korang fikir ajelah sendiri. Bengong dah aku ni agaknya.

“Senyumkan apa?”

Hilang terus senyuman dekat muka aku. Hai… kalau dengan si anak aku terkantoi, dengan mak dia pun perlu ke aku terkantoi semua benda?

“Tak ada apa umi!” Ceh. Berahsia pulak aku ni. Aku terus bangun bila Umi dah berjalan ke pintu. Walid dah sedia menunggu di dalam kereta. Tak penat ke Walid ni? Dari pagi sampai ke petang dekat pejabat. Habis office hour, boleh pulak ke kebun lagi. Agaknya sebab itulah Walid ni badan dia fit. Sekali, malam pun setiap malam dia qiam agaknya.

Cakap pasal qiam, tiba-tiba aku teringat kisah Salahuddin Al-Ayubi dengan askar-askar dia. Tengah-tengah perang, dah malam pun boleh larat lagi nak qiam semua. Sebab itulah diorang boleh menang agaknya. Sebab berperang tu kerana Allah, ikut kata ketua diorang, Salahuddin Al-Ayubi pun sebab Allah. Jadi bila buat rancangan apa-apa senang nak ikut, sebab? Ikut kerana Allah.Wah… Bagus cerita ni kalau kita bagi dekat askar-askar kita. Bagi diorang berhati waja sikit. Eleh, Alisa… Cakap nak gah! Kalau engkau yang cakap, manalah ada orang yang nak dengar. Sebabnya? Engkau pun dua kali lima je macam diorang. Abang Hafiz paksa bangun, barulah nak bangun. Walhal diri sendiri pun tengah berperang jugak. Ok, silap. Berjihad. Menuntut ilmu pun berjihad apa?

“Hafiz tak ada call?”

Terpinga-pinga sekejap aku bila kena soal tiba-tiba. Aku mengangkat muka dengan menayangkan muka blur.

“Lisa ni, daripada tadi Umi perasan dia leka. Fikirkan apa Lisa?”

Aku tersengih. Takkan nak cakap aku leka duk menatap mesej anak dia masa anak dia tak ada? Bikin malu je. Ada Umi ingat aku ni dah pandai menggatal. Isk! Aku tengok mesej ini pun bukannya apa. Sebab teringat kebodohan aku tadi je sampai dah buat aku malu. Itu je ok? Bukan sebab aku rindu kat Ustaz tu. Huh tak kuasa.

“Tak ada apa Umi. Baca mesej lawak tadi. Umi tanya apa tadi? Abang Hafiz?” Cepat-cepat aku tukar topik lepas bagi alasan.

“Walid yang tanya. Hafiz tak ada call ke?” Walid pula yang bersuara.

“Oh!” Aku mengangguk. “Ada tadi. Masa baru sampai. Kenapa, Walid?”

“Hafiz tu, risau betul nak tinggalkan kamu dekat rumah. Siap minta Umi dengan Walid pergi sana kalau kamu tak balik.”

Ternganga aku dengar ayat yang keluar daripada mulut Umi. Dia suruh Umi dengan Walid datang? Apa dia ingat aku tak pandai jaga diri ke? Aku mencebik. Aku ni, walaupun baru tujuh belas, aku dah besar tau? Mesti dia risau kalau aku keluar lepak dengan Joe agaknya. Ngee…

“Sekarang ni macam-macam kes. Baru-baru ni dekat kampung, ada rumah kena pecah masuk. Itu ada orang tu. Cuba Lisa bayangkan kalau apa-apa jadi dan Lisa seorang je dekat rumah? Nauzubillah!”

Terdiam sekejap hati aku daripada memberontak. Tiba-tiba rasa terharu. Oh, ok. Memang perempuan jarang berfikir panjang. Eheh! Aku ni di antaranya lah. Manalah sampai terfikir benda tu semua. Tapi, alah… Abang Hafiz tu, kecoh je lebih. Kawasan rumah aku itukan kawasan yang apa tu… rukun tetangga? Yang malam-malam ada orang berjalan tengok kawasan kampung. Tapi itu dululah. Masa awal-awal popular. Siap masuk surat khabar lagi. Sekarang? Wallahualam.

“Oh. Itulah. Lisa saja je menyakat Abang Hafiz hari tu cakap tak nak balik. Tak sangka pulak dia siap suruh Umi dengan Walid datang jenguk Lisa. Apalah abang tu.” Ceh! Buat ayat bagus pulak ye, Lisa

eh?

Walid ketawa. “Orang sayang Lisa. Kalau tak sayang, tak adanya Hafiz nak ambil berat. Lagipun memang Walid dengan Umi dah cadang nak ke sana malam ni.”

Aku tersenyum sumbing. Orang dah sayang? Hrm.. entah iya entah tidak. Tapi part ambil berat itu aku percayalah. Masuk Walid, dah dua orang yang cakap perhatian Ustaz dekat aku ni, lebih sikit. Siapa lagi seorang? Wati lah.

“Pakaian untuk sekolah esok ada?”

Aku tersengih menampakkan gigi. Lepas tu aku menggeleng. Manalah ada! Dah sah-sah tadi aku balik sehelai sepinggang. Nak pakai baju tadi? Euw…

“Esok pagi-pagi kena balik sanalah dulu.”

Dan aku hanya mengiyakan. Hai… Ini yang aku malas nak balik sini. Tak pasal-pasal kena bangun awal esok. Nasib baik aku memang jenis gosok baju seminggu terus. Alah, salah sendiri jugak. Laju je bawak motor balik rumah Umi tadi. Kan boleh siap-siap baru balik.

Belum sempat kerusi kereta ni panas, Walid dah berhentikan kereta. Aku memerhatikan kawasan kebun. Nak cakap apa ye? Dah namanya kebun, memang macam inilah. Banyak jugak pokok buah yang ada. Yang kat depan ada pokok pisang yang banyak. Dekat dalam tu macam nampak ada daun pokok durian, sukun pun macam ada. Rambutan, duku. Ah, standardlah kebun dekat Malaysia ni. Kalau nak jumpa strawberry, pergi panjat Cameron Highland lah. Itupun jumpa yang masam.

Belum sempat aku nak melangkah mengikut langkah Umi dengan Walid, tiba-tiba pipi dah terasa gatal. Cis. Tak guna punya nyamuk. Dia buat pesta darah pulak sambut kedatangan aku dekat sini. Kan dah tak pasal-pasal kena maki. Nak tak nak, aku gagahkan jugaklah kaki masuk ke kebun. Kalau diikutkan hati, nak je aku mintak kunci kereta daripada Walid. Tapi, nanti risau pulak kalau Umi pandang aku lain nanti.

Kalau Umi dengan Walid sibuk ambil pisang dengan tebang pokok pisang yang memang tak akan berbuah dua kali, aku pulak sibuk mengajar nyamuk yang sibuk mengerjakan darah aku. Baru bunuh seekor, datang lagi seekor. Bagus jugak nyamuk ni tak serang sebatalion terus. Kalau tak, memang kering darah aku. Nyamuk ni mengingatkan aku dekat Namrud. Punyalah kalau kita ni riak lebih-lebih, tak payah tunggu gajah, nyamuk yang halus itu pun boleh bunuh. Allahuakbar.

Eh, sekejap. Aku pelik degan diri aku hari ni. Kenapa semua benda aku nak kaitkan dengan sirah ni? Ahah! Lupa pulak. Kan ada dekat buku teks sejarah (nama lain bagi sirah), siapa yang tak mengingati sejarah, dia akan mengulanginya kembali. Patutlah orang zaman sekarang dok sakan buang anak, buat hubungan songsang, buat maksiat. Mesti lupa sejarah zaman jahiliah dengan kaum Nabi Luth dulu.

“Lisa ok ke?”

Spontan aku menurunkan tangan yang tadi duk tergaru-garu badan yang kena gigit nyamuk.

“Ok je Umi. Kenapa?”

“Tolong bawakkan pisang ni dekat kereta.” Umi menunjukkan setandan pisang tanduk yang masih hijau. Buat kerepek pisang sedap ni.

Aku mengangguk. Elok aku berdiri sebelah Umi nak ambil pisang, Umi dah pegang muka aku.

“Ya Allah, banyaknya bintat!”

*bintat-kesan gigit nyamuk. :)

Aku sengih nak tak nak. Bukannya sengih suka. Sengih tension sebab jadi tumpuan nyamuk. Kena pulak pakai t-shirt hitam. Lagi bertambah sukalah nyamuk tu.

“Lepas ni kena rajin ikut Umi dengan Walid ke sinilah. Biasakan diri dengan nyamuk. Baru nanti nyamuk tak kisah dah.” Umi mengusik.

Aku mencebik. “Lagi menggemukkan nyamuk adalah Umi.” Sopan je aku menjawab. Kalau dengan Abang Hafiz, sedas dah aku bagi.

Umi masih tersenyum. “Kesian anak Umi. Pergilah dekat kereta. Tak lama dah ni. Tunggu Walid nak bersihkan sikit bawah pokok pulasan tu. Lepas ni kita balik.”

Itu yang aku nak dengar tu. Laju aku mengangkat pisang menuju ke kereta. Lega oh bila dapat keluar daripada kebun ni. Walaupun tak duduk dalam kereta, sekurang-kurangnya tempat aku tunggu ni kawasan yang lapang sikit.

Handset yang vibrate membuatkan aku tersenyum walaupun belum tengok nama pemanggil. Hati berbunga-bunga? Rasanya tak adalah sampai ke tahap tu. Tengok skrin handset, senyuman dekat muka aku hilang terus. Malas je aku nak angkat call dari Cik Wati seorang ni.

“Ada apa?”

“Waalaikumussalam!” Wati menyindir.

Aku mencebik. “Iyalah… iyalah! Assalamualaikum!”

Wati dah ketawa. “Waalaikumussalam. Hah… Pandai pun beri salam! Kan tanda kiamat kecil tu bila orang tak bagi salam kecuali dekat orang kenal je. Yang kau ni? Aku yang dah terbelih kenal pun tak nak beri salam apa cerita? Kau dekat mana ni? Kata nak aku teman kau malam ni?”

Aku buat muka. Tak ada Ustaz Hafiz, orang lain pulak yang bagi tazkirah. ” Aku dekat kebun. Ikut Umi dengan Walid.” Ringkas aku menjawab.

“Umi? Walid? Bakal mertua aku ke?” soal Wati.

Dahi aku dah berkerut. “Apahal pulak?” Suka-suka hati dia je mengaku mertua aku tu bakal mertua dia.

“Iyalah. Nak kata mak dengan ayah kau, tak logik sebab hujung minggu ni baru balik. So siapa lagi kan? Mestilah bakal mertua aku. Aku kan second-wife-to-be, Ustaz Hafiz?”

“Ah, blah kau.” Spontan aku menjawab. Merepek je budak ni.

Tiba-tiba Wati ketawa. “See? Tak mengaku sayang dia, suka dia. Aku acah sikit, terus gelabah!”

Muka aku panas sekejap. Isk! “Mana ada. Alah, kalau dia nak kahwin sepuluh pun aku tak kisahlah.”

“Memanglah kau tak kisah dia kahwin sepuluh. Sebab tak dibenarkan dalam Islam. Cuba kalau dua, tiga atau empat? Mesti dah melayang kuali kat dapur walaupun aku tahu kau tak pandai masak!” Makin sakan Wati mengenakan aku. Ada sahaja idea dia nak menyakat. Pantang aku salah sebut sikit.

“Suka hati engkaulah. Malas nak layan! Hah, ada apa call?” Baru habis soalan aku, tiba-tiba terdengar bunyi beep tanda ada call lain tengah masuk. Spontan aku menjarakkan handset daripada telinga. Nama pemanggil aku baca.

“Weh kau dengar ke tak ni? Kenapa aku rasa macam tengah cakap sorang-sorang?” Wati membebel.

Aku tersengih. “Wati, ada call masuk. Nanti aku call kau malam ni. Assalamualaikum!” Siang-siang aku beri salam sebelum dia sindir lagi sekali.

Lepas putuskan talian dengan Wati, aku angkat call Abang Hafiz. Mata memerhatikan Umi dengan Walid yang dah berjalan keluar dari kebun.

“Ada apa call? Kan tadi dah call?” laju aku bertanya lepas menjawab salam.

“Hai? Tak suka kena call? Ke tunggu call orang lain? Tadi beriya-iya marahkan abang tak call.” Dia mengungkit.

Muka aku panas sekejap. “Mana ada tunggu call sesiapa?” Eheh. Tadi masa Wati call, bukan ke kau harap nama dia yang keluar?

“Iyalah. Siapalah kita ni. Tadi call sekejap sangat. Tak dapat nak berbual lama. Lisa tengah buat apa?”

“Dekat kebun. Ikut Umi dengan Walid.”

“Kat kebun? Yang abang dok dengar bunyi pukul tu apa?”

Aku tersengih. “Nyamuklah. Habis satu badan kena gigit.”

Abang Hafiz dah ketawa besar. Dia ni… kalau tak ada Umi dengan Walid dekat sini, memang dah kena sembur dengan aku. Ceh, gaya macam berani je kan?

“Abang Hafiz call,” kata aku bila Umi mengangkat kening bertanya. Tersenyum panjang Umi dengar jawapan aku.

“Kenapa?” Abang Hafiz pulak yang bertanya dekat talian.

“Umi tanya siapa. Dia takut Lisa berbual dengan lelaki lain agaknya.” Mesti dia ingat masa aku berborak dengan Joe dekat belakang rumah hari tu.

“Bukan Umi je yang risau. Abang pun.”

Terkelu sekejap aku dengar ayat yang keluar daripada mulut Abang Hafiz.

“Apa-apalah.” Aku malas nak layan. Buat apa nak bagi jantung aku gedebuk gedebak je kerjanya. Penat oh!

Muka aku terasa panas bila Walid pun tersenyum pandang aku. Mesti Umi beritahu Abang Hafiz yang call. Isk. Segan aku berbual dengan Abang Hafiz depan diorang ini lah.

“Abang, call malam lah. Battery dah nak habis ni. Ok?” Pandai aku cari alasan. Tahniah!

“Lah… Abang baru je call, battery dah nak habis pulak. Iyalah. Nanti I’ll call you. Take care, Lisa. Miss you. Assalamualaikum.”

Spontan muka aku panas. Cis! Dia ni tak habis-habis dengan miss dia tu. “Waalaikumussalam.”

“Apa cerita Hafiz?” Umi menyoal bila aku dah simpan handset masuk kocek seluar.

“Tak ada apa. Saja call.” Aku mengawal air muka aku macam tak ada apa-apa.

“Hai? Baru tadi call, dah call lagi?” Aku rasa Umi dah senyum mengusik. Ke perasaan aku je?

Aku tak menjawab. Aduh… Payah betullah Abang Hafiz seorang ni. Nasib baik Umi tak tanya kenapa muka aku merah. Kalau tak, malu aku tahu? Yang dia ni pun, sibuk call aku je, Umi dia dah call belum? Ngee…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

44 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 24”
  1. hafiy says:

    best sgt cite nie, npe x wat ending je trus, klu x, mst ag best, ending pat2 skit tau, hehe

  2. fatimahzahra says:

    aaargh….Abang Hafiz romantik lah…..

  3. tykah says:

    adehhhh….knp trgantung nie….sure beli…

  4. Imah siti says:

    Novel nie ble nk kluar,xsbr sya nk bli and bca endingnye.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"