Novel : Suami Aku Ustaz?! 25

14 May 2011  
Kategori: Novel

86,538 bacaan 260 ulasan

Oleh : aku_dia

Aku baring golek-golek atas katil macam orang dah habis sekolah. Sepatutnya, orang yang nak ambil SPM ni, kena belajar. Ini aku punya relaks, macamlah soalan SPM tu aku yang buat. Walhal, trial boleh dikira dengan jari je berapa bulan lagi. Eh? Ke berapa minggu? Jangan hari sudahlah. Memang sengaja gali lubang kubur namanya. Walaupun trial je, tapi kalau trial pun tak boleh buat, SPM apatah lagilah kan?

Tadi awal malam, Umi ajak aku masuk dapur. Bukan masuk dapur suka-suka nak buat survey hiasan dalaman, tapi Umi ajak aku teman dia masak. Atau dalam kata lebih mudah, Umi suruh aku belajar masak. Ceh! Aku tak tahulah daripada mana Umi tahu aku tak suka dan tak pandai memasak ni. Tapi, siapa je lagi pusat sumber maklumat aku kalau bukan Mohd Nor Hafiz tu.

Aku cuba pejamkan mata, tapi rasa mengantuk tak juga datang menjengah. Iyalah, jam pun baru pukul sembilan. Umi dengan Walid dekat depan. Aku pulak bagi alasan masuk bilik awal nak siapkan kerja sekolah. Hrm… Kerja sekolah apanya? Daripada tadi aku lagi banyak berfikir benda lain daripada berfikir pasal belajar. Benda lain? Ok. Aku mengakulah yang tunggu orang yang kata nak call tadi tapi sampai sekarang tak call. Huh! Satu kerja aku pun tak jalan.

Handset yang tiba-tiba melagukan lagu Avril Lavigne – When You’re Gone buat aku terkaku sekejap memandang handset dekat sebelah. Dahi aku dah berkerut. Bila masa pulak lagu ni ada dekat dalam handset ni? Dan, bila masa pulak caller ringtone aku bertukar ni? Seingat aku, aku pakai ringtone nokia biasa je. Masa dekat sekolah tadi aku set dekat mode silent. Baru ni aku tersedar yang ringtone biasa aku dah jadi luar biasa.

Bila handset berbunyi lagi sekali, barulah tangan aku ni mampu nak bergerak capai handset yang ada dekat sebelah. Walaupun lagu tu sedap dan jiwang yang amat, tapi aku kesian jugak dekat Avril Lavigne yang dah melalak-lalak daripada tadi. Aku tahan bibir daripada nak tersenyum bila baca nama pemanggil. Kalau dia dekat depan aku, sah-sah kantoi terang tang tang. Mesti dia cakap aku anagau. Isk! Button hijau aku tekan. Dengan lemah gemalai handset aku dekatkan ke telinga.

“Tak boring ke call Lisa tiga kali sehari?” Tak sempat Abang Hafiz bersuara aku dah bertanya.

“Tak adalah. Kenapa nak boring? Or Lisa yang boring dengar suara abang tiga kali sehari?”

Aku mencebik. Tiru ayat aku. Ceh. “Tak adalah…”

Erk! Aku dengar ada suara ketawa dengar jawapan aku. Sukalah tu aku terlepas cakap. Terlepas ok? Bukan ikhlas dari hati. Aku memang boring gila dengar suara dia. Ah! Tapikan, bukan ke apa yang kau rasa selalunya akan terlepas cakap, Lisa? Spontan muka aku panas. Kureng betul! Doa apalah yang dia baca masa call aku tadi ni?

“Kenapa Lisa lambat angkat? Tengah buat kerja ke?”

“Tak adalah. Tak perasan handset bunyi.”

Aku main dengan hujung bantal. Masa angkat muka, terpandangkan reflection aku dekan cermin. Apahal gaya aku berbual dekat handset macam orang tengah bercinta? Tiba-tiba aku terasa segan sendiri. Laju aku tukar posing.

“Hai? Tak perasan? Berangankan siapa? Teringatkan abang ke?”

Suhu muka aku naik lagi dua degree celcius. Dia ni, kalau depan aku macam boleh baca fikiran aku. Dah jauh ni pun, takkan boleh baca suara aku? Suara? Sungguh tak logik di situ.

“Ceh… tak kuasa. Baik Lisa hafal lens law.” Laju aku menjawab.

“Hah, iyalah. Hafal ye. Bawak tidur.” Dia menyindir.

Gelak besar aku dengar nada suara dia macam merajuk. Bawak tidur? Hahaha! Sekalipun aku rebus refference book Pelangi tu, aku minum air dia belum tentu aku A1 SPM tahu?

“Apa je program abang dekat sana?” Tiba-tiba aku jadi ramah nak berbual dengan dia.

“Biasa je. Pagi petang seminar. Malam baru free sikit. Tak pack sangatlah kursus ni. Ni baru lepas dinner.”

Dinner? Tiba-tiba aku teruja sekejap. “Mesti makan sedap. Makan kat hotel ke?”

Abang Hafiz ketawa. “Tak adalah. Makan kedai dekat luarlah Lisa. Umi masak apa tadi?”

“Dalca daging.”

“Oh sedap! Umi yang masak ke Lisa yang masak?”

Aku terasa pelik dengan soalan Abang Hafiz. Kenapa aku rasa macam Umi dengan Abang Hafiz ada komplot yang aku tak tahu je ni?

“Did Umi tell you anything?”

Abang Hafiz dah ketawa besar. “Abang baru lepas call Umi tadi.”

Aku buat muka dengar jawapan Abang Hafiz. “Ceh! Baik tak payah. Mesti daripada A sampai Z abang dah tahu kan?” Daripada macam mana slownya aku potong bawang sampai siap masak dalca tu. Umi siap komen lagi, aku potong bawang macam guna pembaris!

“Agaknya kalau dekat rumah, mesti abang report bukan-bukan dengan Umi kan?” tanya aku lagi. Ah! Terasa tak bebas gila hidup macam ni. Kalau dengan Umi, Umi cerita dengan Abang Hafiz apa yang aku buat. Bosan betul.

“Mana ada. Cuba jangan fikir benda yang bukan-bukan?”

Aku diam tak menjawab.

“Hrm? So, how is your day, today?” Abang hafiz dah tukar topik. Malas nak panjangkan topik tadi agaknya.

“Biasa je.”

“Iya? Sekolah macam mana?”

Ngee… aku dah terasa boring berbual. Tak ada topik lain ke nak bercerita selain hal sekolah? Hish. Kalau macam inilah gayanya, cancel aku nak jadi Ustazah. Hahaha!

“Bosan.”

“Kenapa? Sebab abang tak ada?”

Dahi aku dah berkerut. “Eh? Mana abang tahu ni? Serius bosan sebab abang tak ada. Zzzz… ” Mendatar je suara aku. Nampak sangat tengah menyindir. Kalau time chatting orang selalu taip huruf ‘z’ tanda malas nak layan. Ni time berbual aku pronounce terus huruf tu.

“Amboi. Abang tak ada betul nanti, baru tahu bosan ke tak?”

Tersentap sekejap aku bila dia cakap macam tu. Isk! Apalah dia ni. “Kenapa? Abang nak pindah sekolah ke?” Sengaja aku tanya macam tu. Nak hilangkan rasa tak sedap hati dekat dalam ni.

“Abang, tadi kan Cikgu Liana kan…” Saja je aku buat-buat bunyi susupen sikit. Teringatkan kes Cikgu Liana masa dekat sekolah tadi, terasa nak bercerita dekat Ustaz ni. Kes? Gaya macam Cikgu Liana ditangkap tengah langgar tatatertib cikgu dekat sekolah je

“Kenapa dengan dia?”

Akhirnya Abang Hafiz bertanya bila aku lambat sangat nak bercerita. Aku tersenyum simpul. Laju aku bercerita peristiwa dekat sekolah tadi. Abang Hafiz tak menyampuk. Cuma sesekali je dia ketawa.

“Itulah. Lain kali jangan fikir buruk orang je.” Sempat dia menegur.

Aku buat muka. Ceh. “Bukan fikir buruk. Tapi dah kebetulan dia yang tahu pasal kita. Lepas tu, dia panggil Lisa pergi bilik guru. Macam mana tak terfikir yang bukan-bukan?”

“Hrm… Kalau dia tanya abang macam mana kita kahwin, Lisa nak abang cerita?”

Aku mencebik. Benda tu jugak yang dijadikan hal. Macamlah kisah kitorang kahwin hot sangat. Kalau bagi dekat surat khabar, belum tentu laku. Kalau nak lakukan pun mungkin diorang akan bagi tajuk yang catchy sikit. Contohnya, Ustaz menikah dengan anak murid bawah umur. Itupun orang boleh cakap, kitaorang kena tangkap basah. Tak pun aku kena kahwin paksa. Haish! Apa ke jauh sangat aku merepek ni?

“Tak payahlah. Tak ada yang menarik pun.”

“Eh? Iya ke? Kan menarik kisah kita?” Abang Hafiz ketawa.

“Eh! Menarik gila. Macam kisah cinta artis gitu kan?”

“Hai… Lisa, Lisa…” Itu je balasan dia.

Aku tak tahu kenapa rancak pulak kitorang berbual malam ni. Selalunya aku banyak diamkan diri daripada dia.

“Lisa…”

“Hrm?”

“Suka dengar Lisa macam ni.”

Kening aku bertaut. “Kenapa?”

“Sebab selalunya kalau dekat rumah, abang yang banyak cakap daripada Lisa.”

Aku terpegun sekejap. Tak sangka kitorang berfikir benda yang sama. Aku diam tak menjawab.

“Oklah. Lisa pergilah study. Nanti lambat sangat, mengantuk pulak. Esok balik rumah dulu ye baru pergi sekolah?” Dia bertanya. Mesti Umi dah cerita tadi.

“Hrm.”

“Oklah. Jaga diri. Jaga iman. Assalamualaikum.” Seperti biasa pesanan dia bila nak pergi.

Aku menjawab salam didalam hati. Dah rancak-ancak berbual tiba-tiba jadi macam dulu. Ah! Tiba-tiba rasa macam tak pernah berbual dengan dia selama ni. Habislah aku kena gula dengan Wati kalau dia tahu ni.

***

Aku menopang dagu dengan tangan kiri. Mata melilau ke sekeliling kelas. Masing-masing dah selamat landingkan kepala atas meja. Dah macam kena langgar Garuda. Adalah dua-tiga orang pelajar bukan harapan sekolah yang sibuk buat latihan. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Sebab pelajar harapan sekolah dah tahu diorang pandai, maka diorang tidur. Jadi, kami yang bukan harapan ni, berusahalah untuk mengharumkan nama keluarga. Macam akulah kononnya. Ecece… merendah diri yang amat pulak aku hari ni ya? Tapi masalahnya, aku duk melangut daripada tadi. Bukannya belajar. Nak belajar pun tak boleh nak masuk. Hari ni tiba-tiba terasa kosong gila sebab… err… sebab masa Agama ni tak ada ustaz nak mengajar dekat depan. Kenapalah tak ada cikgu ganti? Dengar cerita, Ustazah Faezah ajar best jugak.

Nasib tak terhantuk dagu aku dengan meja ni bila Wati tolak tangan aku. Aku buat muka tak puas hati. Kacau! Tengah layan perasaan ni. Respeklah sikit!

“Jauh menung, Lisa?” Wati dah tersengih-sengih.

Aku menjulingkan mata.

“Muka macam ikan kembung atas para dekat pasar tu je aku tengok!” dia menambah lagi.

Aku dah mengerutkan dahi. Apa kaitannya aku dengan ikan tu?

“Dua-dua termenung bodoh macam tu je! Hahaha!” Tak payah aku bertanya, dia dah tolong jawabkan.

Aku dah menahan diri nak tergelak. Kureng! Aku disamakan dengan ikan termenung tu? Aku rasa mata aku cun banyak daripada ikan tu. Aku buat muka serius. Sengaja nak buat Wati serba salah.

“Eh? Best ringtone baru kau?” tanya Wati dengan sengaja buat tak faham dengan riak muka aku. Tak makan saman betul! Eh? Sekejap. Ringtone baru?

“Kau?!” Suara aku dah meninggi. Baru tersedar kerja dia yang tukar ringtone aku. Dua tiga classmate yang tengah buat kerja pandang aku semacam. Sorrylah! Terover pulak. Aku kan drama queen.

“Kau nak tahu? Lagu tu sesuai sangat dengan keadaan kau sekarang ni. Angau!”

“Bila masa pulak?!” Aku angau? Angaukan Ustaz pulak tu? Isk! Tak kuasa.

Wati tiba-tiba berdehem membetulkan suara. “When you’re gone, the pieces of my heart are missing you. When you’re gone, the face I came to know is missing too. When you’re gone, the words I need to hear to always get me through, the day and make it ok… I miss you”

Wati dah berulang-ulang menyanyikan part chorus lagu tu.

Aku menarik muka. Ini kalau selalu sangat kena sakat macam ni, daripada tak ada apa-apa perasaan dekat Abang Hafiz pun, boleh tersyok sendiri ni.

“Bila masa kau gigi biru lagu tu? Lagi satu, macam mana kau tahu aku bawak handset semalam?”

Dahi aku dah berkerut. Serius aku pelik dengan minah ni. Dia ni spy Abang Hafiz apa?

*gigi biru: bluetooth

“Eleh! Kalau dah sepuluh kali setiap lima minit kau tengok skrin handset, macam mana aku tak perasan? Kau tunggu dia mesej eh?” Usik Wati lagi.

Aku buat-buat tak faham. “Mana pulak? Aku tunggu mak aku call lah.” Hrm.. Memang mak aku pernah call masa aku dekat sekolah kan? Fail menipu!

“Yang kau ni pulak? Jangan cakap kau bawak handset pergi sekolah?” Laju aku menukar topik sebelum kena hentam balik dengan Wati

Wati sengih tak bersalah. Kening kirinya dijungkitkan dua tiga kali.

Aku dah mengetap gigi.

“Hai? Pa’an sekelas pun, takkan nak bermesej-mesej jugak? Ada nanti couple ke mana, belajar kemana.” Aku menegur.

Wati buat muka selamba. “Alah, kahwin je lah lepas SPM kalau tak lepas.”

Menyirap darah aku dengar dia cakap macam tu. Pantang betul aku kalau ada kawan-kawan aku yang tak fikir nak kahwin je tak nak belajar. Ye, boleh je nak kahwin lepas SPM. Sedangkan aku pun sebelum lagi hah. Tapi kalau lepas SPM, dengan SPM pun kantoi sebab sibuk sangat bercinta, baik tak payah.

Zaman sekarang, SPM pun penting tau? Walaupun kerja dengan sijil tu, kerja biasa-biasa je, sekurang-kurangnya ada. Apa dia ingat senang-senang je ke kalau nk hidup tak ada kerja ni? Sekalipun orang cakap ulat dalam batu boleh hidup, kita ni manusia. Kahwinlah dengan anak billionaire sekalipun, kalau dia ceraikan kau, hah! Mana nak cari duit sara hidup? Nampak muka aku serius semacam, Wati akhirnya menyinggul lengan aku.
“Aku gurau ajelah. Kau ni serius sangat! PMS apa?”

*PMS: Pre Menstrual Syndrome

Terdiam aku bila Wati tegur macam tu. Hilang sekejap perasaan marah tadi. PMS? “Tak adalah…” Aku meletakkan kepala ke atas meja. Argh… bosan, bosan, bosannya!

“Alah… baru sekali sekala berjauhan. Takkan dah teruk macam ni. Dasyatlah kau!”

Aku buat tak dengar suara Wati. Kalau menjawab, dia ingat aku memang rindukan ustaz betul. Kalau tak jawab pun, dia akan fikir benda yang sama. Lagi baik aku gunakan masa ni untuk tidur. Dua masa Pendidikan Islam n terasa lambat sangat nak habis. Lagi-lagi bila Ustaz yang mengajar tak ada. Haih…

***

Jam dah pukul dua belas tengah malam. Aku keluarkan kalendar daripada purse. Pen daripada celah buku nota aku capai. Tarikh hari ni aku tanda pangkah. Hari ni dia balik! Aku dah tergelak dalam hati. Macamlah Abang Hafiz tu pergi kursus dua tiga bulan sampai nak tanda dekat kalendar bagai. Kalaulah Abang Hafiz nampak aku macam ni, mesti dia ingat aku rindu dia. Eleh, tak rindu ke kalau dah macam tu, Alisa? Tak! Bukan rindu dia. Rindu tak ada kawan berbual je. Plus, aku dah rindu dekat rumah aku.Eheh, oklah.. ada jugak perkataan rindu dekat dalam ayat tu.

Suasana malam dah sunyi sepi. Umi dengan Walid dah masuk tidur. Aku keluar dripada bilik. Kaki dihayun menuju ke dapur. Pintu peti ais aku bukak. Botol air oren Twister aku capai. Tengah duduk lepak-lepak layan perasaan sorang-sorang, tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi burung daripada luar rumah. Berderau darah aku dibuatnya. Laju aku habiskan air di dalam gelas. Cuak woi duduk dekat dapur ni dalam gelap, malam-malam, sorang-sorang!

“Siapa tu?” Suara Walid membuatkan aku tersedak.

Lama aku terbatuk menghilangkan rasa sakit tekak. Sampailah Walid sendiri yang bukak lampu dan tengok siapa dekat dapur ni.

“Lisa? Kenapa tak tidur lagi? Duduk bergelap sorang-sorang.”

Aku tayang gigi dekat Walid. “Tak mengantuk lagi. Walid? Kenapa tiba-tiba bangun?”

“Walid terlupa dah kunci pintu belum.”

Aku hanya mengangguk. Betullah Abang Hafiz ni macam Walid. Kalau dekat rumah tu, dia yang selalu ingatkan aku kunci pintu semua. Agaknya sebab ketua keluarga agaknya. Eh? Abang Hafiz kiranya ketua keluarga akulah kan? Habis tu, ayah? Argh! Yang muka aku panas ni kenapa?

“Kalau tak nak tidur lagi, tak apalah. Tapi janganlah duduk bergelap macam tadi. Nasib baik Walid tak ada sakit jantung!”

Belum sempat aku menjawab, sekali lagi kedengaran burung apa entah berbunyi dekat luar. Sudahlah bunyi dia creepy. Berubah terus muka aku. Walid yang perasan tergelak.

“Mesti terus nak tidur ni?” Dia mengusik.

Aku buat muka cool. “Tak adalah…” Meleret aku menjawab.

Walid hanya mengangguk. Kemudian dia melangkah kembali masuk bilik. Baru aku nak duduk kembali atas kerusi, sekali lagi burung dah menyuruh aku masuk tidur. Aku rasa burung ni dekat pokok pelam belakang rumah ni lah. Bunyi dia, macam dekat. Kuat pulak tu! Laju aku bawak gelas ke sink. Isk! Dengan Walid tadi bolehlah berlagak berani. Kalau dah sorang-sorang macam ni, tata ajelah.

Masuk bilik, handset baru berhenti menyanyi lagu Avril Lavigne. Sengaja aku malas nak tukar. Biarlah sekali sekala lagu lain pulak. Ini kalau telefon aku waktu-waktu macam ni, mesti Abang Hafiz. Kalau tak dia, Ustaz Hafiz lah tu. Kita tengok nanti dia call nak bercakap pasal apa. Kalau biasa-biasa tu abanglah. Kalau tazkirah, ceramah dan semua yang seangkatan tu, ustaz. Kalau suami pulak… eh, mana ada!

“Hello?”

“Waalaikumussalam Lisa!” Berkerut dahi aku dengar nada suara Abang Hafiz.

“Eh? Siapa call siapa ni? Tak pasal-pasal Lisa pulak! Nasib baik Lisa baik tau. Assalamualaikum Ustaz!” Aku sindir dia. Dia yang call, aku pulak dia sindir tak bagi salam.

Abang Hafiz menjawab salam dalam tawa. Isk! Tak faham aku Ustaz ni.

“Hah, kali keempat abang call hari ni. Ada apa? Tak jadi balik esok malam pulak ke?” Aku bertanya bila ketawa dia dah reda. Memang kali keempat pun dia telefon. Subuh sekali. Balik sekolah tadi sekali. Lepas Maghrib sekali. Ni lagi sekali.

“Eh? Mana Lisa tahu abang tak jadi balik esok malam?” Dia bertanya. “Esok malam ada BBQ. Abang balik Sabtu pagi kut. Lisa tak kisah kan?” Tiba-tiba rasa sedih pulak dia cakap macam tu. Sampai hati dia mungkir janji.

“Duduklah sana lama-lama. Tak payah balik pun tak apa. Suka sangatkan duduk sana?” Tiba-tiba aku teremosi sekejap. “Biar Lisa je ambil mak dengan ayah nanti. Bila dia tanya, cakaplah abang dah tak nak balik. Huh!”

Abang Hafiz ketawa. “Lisa, kenapa ni? Tiba-tiba sensitif sangat? Abang gurau ajelah. Ye… abang balik esok malam. Tapi lambat sikitlah bergerak. Dalam pukul sebelas. Lepas habis program semua. Ok?”

“Tak boleh awal sikit ke?” Aku bertanya. Risau pulak aku dia nak drive sorang-sorang tengah-tengah malam.

“Kenapa? Miss me, eh?”

Panas muka aku dengar soalan dia. “Huh. Tak kuasa!”

Abang Hafiz ketawa. “Iyalah. Orang tak rindu kita… nak buat macam mana. Insya Allah, esok dah nak bertolak abang call, ok?”

“Hrm…”

“Doakan abang selamat sampai.”

“Iye.”

“Miss you!”

“Me too!” Ops! Aku gigit bibir. Terlepas sudah. Cis!

Abang Hafiz ketawa senang. “Oklah. Pergi tidur. Kalau boleh, bangun qiam. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab selepas talian putus. Ya Allah, selamatkanlah perjalan ustaz saya.

***

“Tidur sini ajelah, Lisa. Cakap dengan Hafiz suruh balik sini dulu.” Umi memujuk.

Aku menggeleng. Tak mahulah! Dah dua malam aku tinggalkan rumah tu.

“Tak apalah Umi. Lagipun rumah tu tak kemas lagi. Tak sedap pulak mak dengan ayah balik tengok rumah bersepah.”

Dekat fikiran aku dah terbayang rumah yang perlu aku kemas sedikit. Biar tak sakit mata memandang.

Umi menggelengkan kepala. “Takkan nak duduk seorang? Umi tak sedap hatilah.” Umi membantah. “Nak Umi dengan Walid teman ke?”

Aku tersenyum. Risau betul Umi. Ke risau sebab Abang Hafiz ada mintak tolong tengok-tengokkan aku?

“Satu malam je Umi. Lagipun nantikan abang sampai. Umi jangan risaulah.” Aku memujuk.

Nak tak nak, Umi terpaksa bersetuju. Aku ni ada masa, kata aku je yang aku nak orang ikut.

Balik sekolah aku terus lepak atas katil. Ah! Nikmatnya ada dekat rumah sendiri. Walaupun saiz katil dekat rumah sana dengan rumah sini sama, perasaan dia tetap berbeza. Aku melemparkan pandangan ke sekeliling bilik. Bilik ni tak bersepah sangat, jadi tak payah nak kemas. Yang pasti ruang tamu dengan ruang tengah memang nak kena bersihkan. Baru sekejap mak dengan ayah pergi Mekah, habuk dia… fuh!

Lepas Asar, aku memulakan misi mengemas rumah. Mana yang kena guna vacuum, aku guna. Mana yang kena guna mop, aku guna. Bilik air, mana yang kena sental daki dia, aku sental. Sekali rasa macam dah Han Ji Eun dalam cerita Fullhouse tu. Cuma memasak je aku tak buat. Iyalah, kan abang Hafiz dah makan BBQ dekat sana. Tak payah aku penat-penat nak masak. Ceh, gaya macam selalu sangat masak untuk ustaz tu. Lepas Isyak, belum pukul sembilan, aku dah matikan semua lampu. Bukan sebab nak bertapa dalam rumah, tapi sebab mata aku dah penat sangat nak bukak. Mengantuk! Siapa kata jadi suri rumah tak penat? Aku rasa lagi penat daripada orang yang kerja office. Sudahlah tak ada gaji. Tak jadi aku nak ambil domestic engineering. Hahaha! Engineering jugak tu.

Aku tersedar daripada tidur bila terdengar bunyi pelik dekat luar rumah. Dahi aku dah berpeluh. Aduh! Aku dah terasa tak sedap hati. Ada apa pulak ni? Handset dicapai. Jam dah pukul satu pagi. Ada dua misscalled dengan satu mesej daripada Abang Hafiz pukul sebelas setengah tadi beritahu dia dah bergerak. Aku mematikan diri di dalam bilik. Cuba untuk mengesan kalau ada suara orang. Betul! Aku rasa ada orang cuba pecah masuk rumah ni. Ya Allah! Apa aku nak buat?

Menggigil tangan aku masa call nombor Abang Hafiz. Tiga kali aku call dan tiga kali tak berangkat buat aku makin cuak. Dengan rumah ada orang nak masuk, Abang Hafiz boleh pulak tak angkat call. Abang! Tolonglah berhenti sekejap dekat tepi jalan untuk angkat call Lisa. Kali keempat aku cuba masih tak berangkat. Tak sedar air mata dah mengalir dekat pipi. Terdengar bunyi pintu grill ditolak, aku rasa macam nak pengsan. Laju aku berdiri dekat tepi katil. Nak cari tempat sembunyi pun tak tahu dekat mana. Bawah katil? Shit! Time macam nilah aku rasa tak berguna langsung katil lawa tapi bawahnya tertutup habis. Aku dah tak boleh nak berfikir. Mata terpandangkan langsir. Langsir! Dengan badan menggigil, aku terfikir satu nama je dalam fikiran.

“Hello Joe. Joe! Tolong aku ada orang pecah masuk rumah!”

Baru habis satu ayat, aku terpandangkan ada lembaga berdiri dekat depan pintu bilik. Terus aku matikan talian. Aku pejamkan mata rapat-rapat. Ya Allah, tolonglah ni semua mimpi. Tangan terlepaskan handset di dalam pegangan. Terdengarkan bunyi handset jatuh, lembaga tadi laju berjalan ke arah aku. Makin kecut perut aku dibuatnya. Langsir diselak. Abang Hafiz, tolong Lisa!

——————–

Salam…

This is the last entry di blog penulisan2u.

Last entry, tapi apa jadi dekat Lisa?

Kenapa Ustaz tak jawab call?

Hah… itu kena tunggulah. ;)

Insya Allah, jika dikurniakan nikmat umur, kesihatan dan waktu, saya akan sambung cerita ni di dalam manuskrip.
Jadi, tunggu dan lihat sahajalah macam mana.
Wallahualam.
Sorry and thanks semua. :)

————————————–
Novel ini di jangka di terbitkan pada bulan April/2012. teruskan menyokong novel ini apabila terbit di pasaran..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

260 ulasan untuk “Novel : Suami Aku Ustaz?! 25”
  1. has.. says:

    tlg smbung..huhu…:(

  2. shakila says:

    hampeh…..asik bersambung jer cerita……kalau nk tau cerita selanjutnyer kene klua poket money…..haizzz……smua nk duit3x…..

  3. lili says:

    ala buat susupen jer la last part dia org tgh kusyuk membaca tiba2 hbs camtu jer

  4. Kebahagiaan says:

    Alla..tlglah smbungg…nk tauu cmne cite die..:(

  5. azwa says:

    please sambung story ini best n terbaik

  6. nurul izzahtul jannah says:

    tlg sambung lagi…

  7. Intan Sharmiza says:

    lain kali jangan berhenti setengah jalan. BUAT SUSPEN@TAKUT

  8. Intan Sharmiza says:

    bukan nk kuang ajar. jgn slh paham.LUAHAN ISI HATI.

  9. miss hikest says:

    alah..smbung lh..buat suspenn btul huhuh

  10. Fizah Neardy says:

    sambung lha…. hermmm…..bile nk sambung bacewww niiii….!!!!! sambung!sambung/11

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"