Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 25

7 May 2011  
Kategori: Novel

45,193 bacaan 149 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

Petangnya, Puteri tersedar yang Abang Is ada meningalkannya sekeping nota yang ditindih dengan kunci kereta di atas meja kopi di ruang tamu.

Puteri, jaga diri baik-baik

Abang pergi buat sementara

Maafkan abang, kerana tidak sanggup

Menyatakan sebabnya

Abang rasa ini jalan terbaik buat tika ini.

Rumah dan kereta , milik Puteri

Abang akan masukkan duit belanja setiap bulan

Hidup dengan bahagia ya….

Abang Is

Bagaimana Puteri boleh hidup bahagia, tanpa Abang Is ? Macam mana Puteri boleh jaga diri baik-baik jika tiada abang Is di sisi ? Selama ini, bukankah Abang Is yang melindungi Puteri ? Abang Is yang memberikan kegembiraan . Abang Is yang menyelamatkan Puteri dari hidup duka . Puteri tidak rela kehilangan Abang Is. Puteri tidak mahu Abang Is pergi. Ataupun Abang Is tolonglah bawalah Puteri bersama, sebagai hamba pun Puteri rela, asalkan dekat dengan Abang Is. Jangan tinggalkan Puteri seorang….

Walau apapun masalah Abang Is, Puteri sanggup dengar. Puteri sanggup menanggung bersama. Apa yang Puteri minta, Abang Is berterus terang, dan kongsi bersama Puteri. Puteri bukan budak-budak lagi. Puteri sudah dewasa, dan sudah menjadi isteri orang. Puteri boleh mendengar apa yang ditanggung Abang Is.

Itulah ratapan Puteri selepas membaca nota Abang Is. Tiba-tiba dia tersedar, dan melihat jam yang tergantung di dinding ruang tamu. Masih ada masa lagi untuk dia bertemu dengan Abang Is. Dia akan memujuk dan merayu Abang Is, bertanyakan apa masalah sebenarnya yang payah untuk Abang Is luahkan. Puteri tidak akan membenarkan Abang Is pergi begitu sahaja. Abang Is hak Puteri, dan Puteri hak Abang Is. Mana boleh di biar hubungan itu menjadi terkapai-kapi begitu sahaja?

**********

Di balai pelepasan, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur .

Puteri tercari-cari figura kesayangannya bersungguh-sungguh. Menurut apa yang di bacanya dari nota jadual tiket dua hari lepas, Abang Is akan menaiki pesawat Emirates dari Kuala Lumpur ke Frankfurt dengan transit di Dubai.

Di kaunter Emirates, kelihatan tubuh kacak yang di cari dengan berpakaian kasual tetapi amat kemas dan berjaket hitam. Sedang menguruskan bagasinya untuk masuk ke dalam. Wajahnya , walau nampak masih agak tenang, tetapi terbayang dengan seribu permasalahan , yang lahir dari persoalan dalaman. Itu bukan wajah tenang Abang Is yang biasa-biasa. Itu tenang yang di kawal, bukan lahir dari hati dan jiwa. Jauh di sudut hati Puteri, dia juga menyatakan Abang Is juga sugul dan di rudung kesedihan. Abang Is tidak nampak kuat seperti selalu.

Puteri cuba menguatkan perasaannya untuk pergi mendekati Abang Is. Dia menarik nafas dalam-dalam dan di lepas perlahan-lahan untuk mencari kekuatan dan semangat bagi menyatakan perasaannya terhadap kekasih dan suaminya itu.

Setelah mempunyai keyakinan yang dalam , kaki Puteri mula menapak kepada Abang Is. Tiba-tiba, tanpa di duga muncul sesusuk tubuh seorang perempuan di sisi Abang Is, dan memeluk lengannya dengan manja sekali. Lama perempuan itu berkeadaan begitu, tanpa sedikitpun untuk melepaskan Abang Is dari pegangannya .Abang Is kelihatan membiarkan sahaja perbuatan perempuan itu, walaupun riak wajahnya mempamerkan rasa kurang selesa.

Pergerakan Puteri terhenti di situ. Hatinya disagat sayu. Semangatnya menjadi luntur. Kekuatannya tiba-tiba hilang. Rasa lemah mula mengisi ruang hati. Badannya terasa tidak berdaya untuk berdiri . Air mata pula meluncur laju, tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Kepala Puteri terasa berpusing-pusing dan mata pula berpinar-pinar.

Dan dengan segera tubuhnya dipaut oleh seseorang. Puteri dipapah dengan perlahan-lahan dibawa pergi dari situ.

Di sudut kafe yang agak tersorok, Khalif mendudukan Puteri di sebuah kerusi. Memberikan minuman milo panas dan dua keping sandwich. Cuba memberikan kekuatan semula kepada gadis kesayangannya itu. Khalif nampak apa yang berlaku sebentar tadi. Sedikit sebanyak dia faham kenapa tubuh Puteri hampir tersepuk ke lantai , jika dia tidak cepat bertindak.

Khalif merenung Puteri . Rindunya terubat kerana dapat melihat wajah ini. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa Puteri, setelah di bawa Iskandar pulang ke rumah mereka.

Tetapi wajah Puteri kali ini sungguh berbeza. Tiada sinar lansung di matanya. Hanya yang dapat dilihat adalah kesayuan dan kesedihan. Puteri seperti tidak bermaya. Mukanya cengkung dan pucat bagai tidak berdarah.

Kasihannya Puteri…..

Apakah masalahnya? Iskandarkah puncanya ? Atau Wan Marini ? Atau emak mentua yang seolah-olah sakit jiwa itu ? Akal Khalif dapat merasakan semuanya berkaitan.

Jika Khalif tahu Puterinya dibiar sebegini, dia tidak akan membiarkan. Hari-hari dia akan bertanya khabar, walaupun satu minggu ini dia berada di Bangkok . Dia sanggup berhabisan wang asalkan dia tahu keadaan Puterinya. Tidak dapat menolong secara fizikal tidak mengapa, asalkan dapat melegakan perasaan. Khalif tahu masalah Puteri sekarang bukanlah deraan luaran tetapi mental dan perasaan.

Sebelum ternampak kelibat Puteri sebentar, Khalif baru sampai dari kerja luar di Bangkok. Janji berjumpa abah dan mamanya di balai pelepasan, sebelum mereka berlepas ke tanah suci mengerjakan umrah. Dalam perjalanannya hendak keluar mendapatkan pengangkutan awam, matanya tertancap kepada tubuh Puteri yang kaku berdiri di tengah orang ramai, dengan mata begitu tajam memerhati sepasang teruna dara yang cukup Khalif kenali. Keadaan mereka nampak cukup romantik tetapi sungguh menyakitkan hati.

Keadaan Puteri nampak lebih segar sedikit selepas makan dan minum air panas. Khalif tidak memandangnya dengan penuh simpati dan kasih sayang.

“Sejak bila Puteri tak makan ni?”

Puteri mendongak muka memandang Khalif. Senyum pahit. Dia menunjukkan dua jari .

” Dua jam lalu ?”

Puteri menggeleng.

“Dua hari ?”

Puteri hanya memandang Khalif. Air matanya mula keluar lagi. Puteri yang penuh semangat dahulu, telah menjadi lemah akibat penangan cinta Abang Is.

“Dua hari Puteri tak makan ? Kenapa ni ? Sakit nanti, Puteri juga yang susah tau !”

Lembut kata-kata Kahalif. Membuatkan hati Puteri sedikit tenang bila di beri perhatian.

“Puteri nak makan apa-apa lagi ? Abang boleh belikan”

“Err..tak perlu Abang Khalif. Dah cukup tadi tu..”

“Okay. Jom balik. Tapi malam ni Puteri tidur rumah Dalila ya? Tengok Puteri macam ni, abang tak harap nak tinggal seorang di Bangi tu”.

Puteri menggeleng.

“Puteri drive kereta Abang Is”

“Kalau mcam tu, bak kunci kereta…”

Khalif menghulurkan tapak tangan .Tanpa sebarang soalan, Puteri terus memberi kunci kereta pada Khalif. Lagipun kepalanya terasa berdenyut-denyut kembali. Dia memang tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri saat ini. Lagi pula hendak memandu di jalan-jalan yang tidak biasa baginya.

“Kebetulan abangpun tak ada kenderaan balik. Abang bawa Puteri ke rumah Dalila ya ? Abang dah SMS Dalila, dan dia gembira sangat Puteri ke rumahnya”.

“Tak menyusahkan abang Khalif dan Kak Lila ke?”

Puteri memegang kepalanya, menahan sakit yang teramat. Khalif sedar lalu memaut bahu Puteri untuk dipapah, sebelum terjadi apa-apa. Niatnya Cuma ingin menjaga Puteri di saat ini. Tiada niat lain yang tersirat.

“Abang dengan Kak Lila lagi suka jika dapat melihat Puteri. Nanti jadi apa-apa di rumah sorang-sorang lagi susah”.

Keesokan harinya, Khalif bersarapan di rumah Dalila. Kebetulan hari ini hari minggu, jadi mereka mempunyai banyak masa untuk bersantai-santai. Bila ada Puteri di rumah Dalila, Khalif merasa amat gembira. Secara spontan rasa ceria itu datang. Bangun pagi sahaja terus teringat Puteri yang berada lima tingkat lebih bawah dari rumahnya. Rumah Dalila di tingkat 14, sedangkan Khalih ditingkat 19, iaitu tingkat yang paling atas.

Pagi-pagi lagi Khalif keluar keluar mencari nasi lemak paling sedap dan kuih-muih untuk mereka bertiga. Walaupun badan masih lemah dan masih dalam kesedihan, Puteri menyediakan juga teh tarik di dapur . Dalila dan Khalif amat gemar minuman itu, sekiranya disediakan oleh Puteri. Sedap . Kaw-kaw! Kata mereka.

Memang dasar pengamal perundangan, pandai saja mengorek rahsia orang! Sehingga Puteri menceritakan segala-galanya apa yang berlaku dari hari Abang Is membawanya keluar dari rumah Dalila, sehinggalah dijumpai Khalif semalam. Dalam keadaan yang santai-santai sahaja mereka berbual. Tidak ada tekanan di mana-mana.

Puteri mengingatkan mereka, itu cerita dari pihaknya, tidak tahu pula apa cerita bagi pihak Abang Is. Tetapi Dalila cukup marah dengan gelagat Wan Marini itu.

“Mengada-ngada punya perempuan! Eeh.. Khal, hari tu kau yang cuba nak pikat dia kan ? Tak jadi ke ?”

Khalif memandang Dalila, kemudian tersengih-sengih.

“I main-main saja tu. Sebenarnya I tak ada perasaan lansunglah pada dia. Tapi masa I cuba-cuba nak pikat tu, dia macam tak suka pula. Dulu-dulu kemain lagi cari I, sampai Is selalu cemburu, sekarang ni jual mahal pula”.

“You ni….mana boleh main-main perasaan orang. Melibatkan seluruh hidup tu. Kalau you tak suka, jangan buat orang perasan, nanti ada yang kecewa dan bunuh diri”

“Ye ke ? Sampai macam tu sekali ? I ingat , perempuan kalau kecewa, pergi shopping je . Hilanglah segalanya”

Khalif ketawa. Dalila rasa macam di perli saja. Tetapi dia buat-buat selamba, kerana hatinya sudah tidak mengharap apa-apa lagi pada Khalif. Dia telah dapat menerima kenyataan kini. Khalif hanyalah kawan terbaiknya, bukan kekasih. Cinta dan kasih sayang mesti ada tindakbalas kedua-dua pihak. Tidak boleh di paksa-paksa.

Puteri yang sudah berdiam diri, terasa tekaknya sudah lain macam, Dia berselera sekali makan nasi lemak yang di bawa Khalif. Sedap sugguh katanya. Habis licin bahagiannya. Atau mungkin juga sebab dia kelaparan kerana tidak makan selama dua hari. Cuma minum air sahaja.

Tiba-tiba Puteri berlari dengan pantas menuju bilik air di dapur, Semua nasi lemak yang baru sahaja masuk ke perutnya terhambur keluar ke dalam mangkuk tandas. Sudah menjadi rezeki tandaslah pulak!

Khalif mendahului Dalila pergi melihat keadaan Puteri. Risau dia bila keadaan Puteri nampak teruk. Walaupun tiada makanan lagi yang boleh dikeluarkan, Puteri tetap seperti memuntahkan segala yang boleh. Khalif tahu, yang keluar itu adalah asid perut yang sungguh menyakitkan tekak. Kemudian sekali lagi dia memapah Puteri , ke ruang tamu dan membaringkan Puteri di sofa panjang. Puteri menekan-nekan kepalanya yang berdenyut bagaikan menendang dinding dan kulit kepala.

” Lila, I nak bawa Puteri ke kliniklah ! Dari semalam lagi nampak dia dah tak sihat ni . Risau I ”

“Angin agaknya Khal. Dapat ubat, makan dan rehat nanti okaylah tu. You nak pergi bila ? I kena keluar jumpa kawan lepas ni”

“It’s okay Lila, I boleh pergi dengan Puteri. Pergilah keluar….date ya ?”

“Banyaklah date you. Kawan I minta tolong semak aggrement dialah!”

**********

Di Klinik Wanita Khadijah.

” Encik, doktor panggil masuk ke dalam”

Khalif tercengang .Diakah yang dipanggil pembantu klinik itu? Tetapi di kiri kanannya tiada orang . Selang tiga kerusi darinya pula adalah wanita. Takkan dia membahasakan wanita tersebut encik ?

“Iya…enciklah yang doktor panggil. Isteri encik di dalam kan?”

“Ooohh…”

Khalif terus mengerti dan segera bangun untuk masuk ke dalam bilik yang di maksudkan. Ketika itu, Puteri baru saja bangun dari katil rawatan. Khalif membantunya terlebih dahulu sebelum duduk berhadapan doktor wanita itu.

“Tahniah encik. Encik bakal menimang cahaya mata. Yang pertama, saya teka ?”

Walaupun kaget, Khalif cuba berlagak selamba. Dia tersenyum manis seraya menganggukkan kepala.

Puteri bakal menjadi ibu ? Oohh…..’sweet’ nya. Tapi, alangkah seronoknya, jika bapa kepada bayi tersebut adalah dari benihnya. Namun, apakan daya, dia bertemu Puteri setelah gadis itu menjadi milik orang…….

***************
Pembaca Usai…Aku Terima NikahNya, yang Umie kasihi, Bab 25 ni adalah bab terakhir di Penulisan2u. Mesti kita semua nak tahu apa seterusnya akan berlaku pada tiga watak utama citer ini (Puteri, Abang Is dan Khalif) kan? Nantikan sambungannya dalam versi cetak pula ya…. InsyaAllah, jika tidak ada aral dalam bulan Oktober gitu, terbitan Karya Seni.

Umie mengucapkan ribuan terimakasih di atas sokongan anda semua untuk karya UATN ini. Tanpa pembaca, apalah erti tukang ceritanya ya ?

Sementara itu….sudi-sudikanlah dapatkan novel sulung Umie PILIHAN MAMA yang sudahpun berada di pasaran terbitan Kaki Novel
Salam Kasih…..Umie Nadzimah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

149 ulasan untuk “Novel : Usai, Aku Terima NikahNya 25”
  1. purple says:

    khalif sangat baik..saya dah jatuh cinta dengan khalif..

  2. SueAnfield says:

    awesome >.<

  3. fatimahzahra says:

    khalif…insan yg mulia….saye dah bace buku ni…tahniah pada penulis………..hasil yg baik….

  4. ainyet says:

    cerita yang penuh dengan emosi dan sekaligus membuatkan saya seperti berada dlm cerita ini disamping menghayati watak-watak yang terlibat. tahniah pada penulis, saya berasa sungguh tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini..

  5. hazwani says:

    bagus betul klau dpt laki mcm khalif…bahagia hidup

  6. eiyda says:

    lebih baik putri kawin jer dgn khalif daripada dengan
    iskandar hafiz tu…. ish geram betul la..
    tp putri dah mengandung….

  7. domo says:

    best novel ni ada lagi x kt pasaran

  8. wsalina says:

    mmg best sgt cite ni, sy mmg peminat setia umi, karya yg ni mmg menyentuh hati cmpare pilihan mama, KTARelakan yg juga turut sedih. T[\p yg ni lg2 touching, sehari je dpt habiskan,tido kul 4 pgi, bgn pagi mata bengkak..huhu. Bagi sy ia dekat d hati perempuan yg bergelar is3, penuh kasih syg antara suami is3, anak2 dan kesetiaan seorg sahabat.

  9. wsalina says:

    bru terperasan n akui kata2 hubby, cite ni lbh krg Sehangat Asmara separuh, si ppuan ditggal suami tp yg specialnya USAI ni, ada Khalif yg setia la!! sehangat asmara rs berat sgt! Usai, ada gak jenaka2 si Mazni n watak2 utama tu sndr..hehe, BESTTTTTTTTT

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"