Cerpen : Biarkan aku mencintaimu sendiri

26 June 2011  
Kategori: Cerpen

9,759 bacaan 14 ulasan

Oleh : ghan g aziz

“Dia adalah lelaki yang aku cintai, dia adalah lelaki yang aku cintai, dia adalah lelaki yang aku ingini, namun dia tidak pernah mengharapkan aku. Aku ibarat sebuah tempat persinggahan baginya apabila dia memerlukan aku. Siapakah aku bagi dirinya. Dimanakah tempatku didalam hatinya. Silapkah aku mencintainya. Katakanlah padaku jangan menyeksaku. Mengalir air mataku melihat kau bersamanya. Perlukah aku diseksa sebegini, perlukah aku merana seperti ini. Mengapa semuanya terjadi pada diriku yang mencintai mu.” Hanya itu sahaja ayat yang mampu diluahkan oleh Sara Mia didalam diari hatinya.

Kerjayaannya sebagai pelacur kelas atasan bukanlah atas kehendaknya, namun disebabkan tidak mempunyai pelajaran dan sering diangap pembawa malang oleh keluarganya sendiri, dia dijual oleh abang kandungnya yang sering kesempitan wang.

Sara Mia sering mengimpikan sebuah keluarga bahagia,namun dia sedar itu hanya sekadar mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Setiap malam dia berdoa dan berdoa berharap menemui seorang lelaki yang bisa dicintai dan mencintai. Setiap kali dia melihat sebuah kelurga hatinya sering terusik dan menangis seperti mengharap akan suasana seperti itu. Namun apakan daya dirinya, lelaki yang menemaninya setiap malam merupakan manusia berjiwa binatang.

Hanif Hamdan yang berusia 32 tahun sering bertandang kerumah Sara Mia bagi melepaskan nafsu binatannya. Kerana cinta Sara Mia sangup menyerahkan segalanya pada Hanif. ” Ya aku tahu apa yang aku lakukan ini berdosa dan hina dimata tuhan, namun aku sudah rosak sejak dulu lagi, maka perasaan bersalah ku kepada Tuhan sudah hilang.” Hati Sara sering berbicara sedemikian setiap kali Hanif sedang rakus membaham tubuhnya. Namun pada ketika itu air mata Sara mengalir tanpa henti.

” kesedihan apakah ini,mengapakah air mata ku tidak henti-henti mengalir, mengapakah hatiku gusar begini.” bisik hati Sara.

Setelah puas tubuh Sara dimamah, Hanif mencampakkan wang kepadanya. Hanif hanya tersenyum dan mengucup wajahnya lantas pergi meningalkannya sendirian dikamarnya.

” Hanif jangan pergi, tolong Hanif jangan pergi tahukah kau bertapa cintanya aku kepda mu, HANIFFFFF.”
Tangisan Sara memecahkan kesunyian malam. Dia sudah tidak dpat menahan persaannya terhadap lelaki itu. Perjalanan Hanif terhenti setelah mendengar suara tangisan Sara.

Dengan pantas Hanif berlari keatas melihat keadaan Sara, ” Mengapa Sara, mengapa Sara, cakap kat Hanif, mengapa Sara menangis.” Tegas Hanif kepada Sara.

Kerana hati Sara sudah tidak tertahan dia terus meluahkan perasaanya kepada Hanif. Situasi malam itu menjadi sunyi setelah mendengar penjelasan Sara. Hanif hanya mampu terdiam dan tersenyum. Lantas Hanif menghempaskan dirinya keatas katil.

” Sara dengar sini Hanif tidak boleh mencintai Sara.” bicara Hanif kepada Sara

” Mengapa Hanif cuba Hanif terangkan kepada Sara,Sara akan mengerti sekiranya alasan Hanif itu munasabah.” Sara menanyakan soalan dalam keadaan gusar dan sedih.

” Betul Sara nak mengetahuinya, baiklah Sara dengar sini penjelasan Hanif, Sara ni tak layak jadi kekasih Hanif. Sara bukan gadis idaman Hanif, Sara tak ada pelajaran, pekerjaan Sara ini pun bukannya halal.” Jelas Hanif dalam keadaan mencebik kearah Sara.

” Tapi Hanif, tapi Sara jadi bergini bukan kehendak Sara. Sara dipaksa Hanif. Hanif sungguh pun Sara kotor namun Sara punyai perasaan Hanif. Sejak Hanif muncul dalam hidup Sara, Sara sudah mula tidak melayani jejaka-jejaka yang cuba mendapatkan Sara, Hanif.”

” Hahahaha Sara bertapa terserlah kebodohan mu sayang, semua pelacur akan bercakap benda yang sama seperti kamu, namun pelacur tetap pelacur, lalat tetap lalat masakan bisa jadi rama-rama kan. Jadi lupakanlah niat Sara tu yer. Ermm Ok la syg, Hanif balik dulu yer dah lewat ni. Esok malam Hanif datang lagi.” jawab Hanif dengan bangganya.

Malam itu membuatkan hati Sara berasa sakit seperti digores dengan kaca. Jiwanya kosong, matanya penuh kesunyian dan dimindanya hanya terlintas untuk balas dendam atas kesakitan hatinya. Sara menekan butang telefon dan menelefon rakannya yang senasib dengannya.

Fara Rafie merupakan sahabat baik Sara Mia yang mempunyai nasib sepertinya. Sara menjelaskan segalanya kepada Fara. Setelah mendengar penjelasan Sara, Fara telah meracuni minda Sara untuk meneruskan sifat dendamnya kepada Hanif.

” Kau jangan risau Sara, aku akan tolong kau dapatkan barang tu. Pasti dia akan menyesal sampai hayatnya.” kata-kata Fara sering bermain difikirannya.

Kerana terlalu cinta maka wujud sifat benci didalam hatinya terhadap Hanif. Dia sering melihat jam didinding. Sara seperti tidak sabar untuk menemui sahabatnya Fara. Sara seperti sudah tekad dengan keputusannya, seolah-olah seperti manusia yang tidak ada penderian dan agama. Keadaan Sara seperti mayat yang benyawa. Seketika ketawa riang, seketika menangis teresak-esak.

Jam didinding telah menunjukan waktu pagi. Sara bergegas bangun dari katilnya dan membersihkan diri. Dia solah-olah menjadi Sara yang baru. Dia kelihatan bergitu semangat dan gembira. Dendamnya terhadapa Hanif membuak-buak setiap kali menerima pesanan daripada lelaki durjana itu. ” Sayang tunggu I tau malam ni, tak sabar nak jamah daging kambing hahaha.”

” pergi mampus kau Hanif, malam ini aku sendiri yang akan menghantar kau ke neraka, kalau umur aku pendek kita akan jumpa dineraka.” bisikan hati Sara.

Sara melemparkan telefon bimbitnya keatas katil dan terus meninggalakan kamarnya dengan persaan penuh dendam.

setiba ditempat yang telah dijanjikan Sara menunggu dengan tidak sabar. Matanya sering memandang jam ditangannya ” hish mana perempuan ni, dah sejam aku tunggu.” kata Sara pada dirinya.

Tanpa disedari Sara, Fara datang dan mengejutkan dia.

” hai kawan baik, jum pergi makan lapar lah.” kata Fara dalam keadaan riang

” ish aku taknak makan la setan, mana barang yang kau janjikan tu.” pertanyaan Sara dalam keadaan gesa

” haish kau ni nafsu setan lah, chill beb, aku ada bawa. apa-apa pun perut kene isi baru senang buat kerja kan.” jawab Fara

” ermm ye la.” Sara menjawab acuh tak acuh.

setiba dikedai makan Fara mengeluarkan barang yang dijanjikannya.

” JENG, JENG ha tengok ni Sara apa yang aku bawak.” senyum Fara

” Serbuk putih ha kenapa dengan serbuk tu.” tanya Sara

” AYOO kawan ini bukan sebarang serbuk putih tau, ini racun.” jawab Fara penuh keyakinan

” Ha kau biar betul mana kau dapat benda macam ini.” mata sara bulat melihat serbuk itu

” Adalah,yang penting sekarang ini serbuk ini akan menghacurkan semua sistem organ manusia yang telah memakannya, senang kata bunuh secara perlahan-lahan.” penerangan Fara kepada Sara

Tanpa memikir panjang Sara terus mengambil serbuk itu dari tangan Fara. Fara hanya tersenyum bangga melihat keberanian rakan seperjuangannya itu.

Setibanya dirumah Sara berbicara sendiri ” Maafkan aku Hanif, aku tidak kisah kalau kau marah aku, aku tidak kisah kau tampar aku, aku tidak kisah kau tertawakan aku namun jangan pernah menyakitkan ku dengan kata-kata mu, sedarkah kau hanya aku sahaja yang mencintai kau didunia ini, kalau ada masa kita akan berjumpa lagi di alam lain.”

Air mata Sara menitik kedalam bancuhan air kopi yang bercampur racun itu. Dia seolah-olah rasa bersalah atas perlakuan yang bakal dilakukannya. Setiap sudu kopi yang dimasukan kedalam cawan mengingatinya setiap kenangan yang dilaluinya bersama Hanif. Namun kata-kata Hanif semalam benar-benar menguris perasaannya.

Deruman kereta Hanif memecahkan suasana dan mengakibatkan Sara tersedar dari lamunannya. Dia menyambut Hanif dengan senyuman. Hanif membalas tanpa sebarang keraguan.

” Hanif maafkan kata-kata Sara yer, Sara sedar Sara salah mentafsirkan hubungan kita, ini air kopi kegemaran Hanif, minumlah tanda maaf Sara terhadap kesilapan Sara.” Sara memberi minuman itu dalam keadaan tersenyum.

Hanif dengan pantas mencapai minuman itu dan meminumnya dalam keadaan seperti kehausan. Hanif melemparkan senyuman kepada Sara.

” Sara maafkan Hanif yer, dengan kata-kata Hanif semalam, Hanif tidak sengaja menyakiti hati Sara. Untuk pengetahuan Sara kata-kata Hanif semalam adalah palsu belaka.” suara Hanif bergetar ketika bicara dengan Sara.

Senyuman Sara bertukar dari manis menjadi masam. Mindanya menimbulkan 1000 solan yang sukar diputarkan.

” Apa maksud Hanif sebenarnya.” Sara menanyakan soalan dalam keadaan penuh keraguan

” Hanif tidak mahu jadikan Sara kekasih Hanif, tapi tapi.” bicara Hanif tersekat-sekat

” Tapi apa Hanif, tapi apa Hanif jawablah.” hati Sara semakin ragu ingin mengetahui pekara sebenar

” uhuks Sara kenapa dada Hanif sakit,, ermm tak apalah yang penting Hanif nak Sara tahu, sebenarnya Hanif dah lama sukakan Sara, namun Hanif masih tidak pasti dengan hati Hanif. Namun apabila Sara meluahkannya semalam Hanif rasa tercabar kerana Sara yang meluahkan dahulu isi hati Sara tapi bukan Hanif. Oleh itu tanpa disedari Hanif menyakiti Sara. Tapi Sara arghhh sakitnya, Sara dengar sini Hanif nak Sara tahu Hanif ingin menjadikan Sara isteri Hanif yang sah.” Hanif meluahkan dalam keadaan kesakitan

Air mata Sara mengalir laju dia tidak tahu tangisan itu tangisan gembira atau sedih.

” Hanif maafkan Sara, Hanif . Sara dah tersalah sangka, Sara terlalu mengikutkan perasaan dan sangup menghantar Hanif kealam lain. Kerana cinta Sara telah menyakiti roh Hanif.” bisikan hati sara.

Dalam keadaan Sara yang bersalah, Hanif rebah dari kedudukannya. Sara menangis dalam keadaan terkejut lelaki yang dicintainya itu telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

” Hanif maafkan Sara,maafkan Sara. Sara tak perasaan cinta Hanif kepada Sara. Sejujurnya, sejujurnya Sara tak tahu sungguh tak tahu HANIF!!!!!!, bangun Hanif, Hanif sedar Hanif jangan tinggalkan Sara. Ya Hanif sara nak nikah dengan Hanif, ini cita-cita Sara sejak dulu lagi.” sara berbicara seperti orang gila.

Sara bangun dari kedudukannya dan menekan butang telefon. ” Hello polis saya penjenayah, saya telah membunuh kekasih saya dengan sengaja.” suara sara dalam keadaan sedih menyerah dirinya kepada pihak polis.

Sara terus kemayat Hanif dan mencium mayatnya dalam keadaan tangis. Bunyi siren polis mula kedengaran lalu Sara berbicara pada dirinya ” Silap aku, salah aku, dosa ku semuanya berkumpul bersama ku, apa yang harus aku lakukan, sudah tiada jalan lain yang mampu ku tuju hanya menempah diri bersama insan-insan terpilih.” bisik hati sara

Polis menerpa masuk dan terus mengari Sara. Sara hanya mampu melihat mayat Hanif dibawa pergi oleh ambulans. Dan Sara menutup mata menangis dengan seribu penyesalan.

“mencinntaimu,mencintaimu, merupakan satu kesilapan ku,untuk hari ini,untuk hari ini ku melihat kau pergi, pergi jauh dari sisiku ini, cintaimu, cintaimu memang kesilapan ku. seandainya waktu berputar semula akan ku menjadi diriku yang baru, bukan diriku yang bebrbau. tak mengapa kalau kau tak mencintaiku, tak mengapa kau menyakititiku, cintai mu satu kesilapan ku. maafkan ku,maafkan ku, kesalahanku membuat mu terseksa, apa yang harus aku lakukan, ini semua sememangnya kesilapanku. harap satu hari nanti kita akan bertemu dan kembali bersatu.”

sara menulis untuk keakhir kalinya sebelum hukuman dijalankan. Sara meniti hari sebelum hukuman dengan sebaik-baiknya dan kini Sara dihukum atas perlakuannya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Cerpen : Biarkan aku mencintaimu sendiri”
  1. hazirah spy says:

    BESSTT….SEDIHHH…….LAIN DRI YANG LAIN

  2. nabilah azima says:

    best!
    lain dari yang lain! :D

  3. easya adam says:

    lain dari yang lain..tapi cerpen ni pendek la..

  4. fadzriena says:

    sedih sgt2..cinta itu mmg indah

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"