Novel : 1 2 3…Cinta 1

20 June 2011  
Kategori: Novel

2,389 bacaan 3 ulasan

Oleh : amni insyirah

BAB 1

Hanis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mula dihambat runsing melihat lambakan pakaian di atas katil. Ralit mencari pakaian yang sesuai untuk satu sesi temuduga, tanpa sedar sudah membukit pakaian dipunggah keluar dari almari.

“Selalu tahu aje nak pakai apa. Hari penting macam ni jugak kau nak blur kan Hanis.’’ Hanis mengomel sebelum menarik sehelai dress dari timbunan pakaiannya. “Pakai ini pun ok kot, tapi kena pinjam jaket Kak Ida la.’’ Senyuman mula terukir di bibir Hanis. Lapang dadanya bila telah menemui pakaian yang sesuai. Dia mula merencana kasut, beg tangan juga aksesori pelengkap bagi menghadiri temuduga penting ini. Yalah, sudah seminggu sejak bergelar penganggur terhormat. Kalau lepas temuduga maknanya merasa hidup bergaji buat beberapa bulan.

“Tok, tok…Kak Ida, nak pinjam jaket.” Hanis bersuara riang saat menjengahkan kepala di muka pintu bilik kakaknya.

“Wah, adik kakak lawanya. Ni kalau gagal interview ni confirm rugi besar diorang tu.” Haida mengusik adik perempuannya. Pintu almari dibuka dan sementelah membelek-belek isi almari, sehelai jaket putih bertukar tangan.

“Kak Ida…diorang nak cari pekerja bukan pandang lawa ke apa, yang penting resume, experience, education. Huhu..” Hanis melipat jari-jemarinya satu persatu seiring dengan mulutnya menyebut tiga kriteria itu.

“Kak, tapi kan..musykil ni. Mana Kak Ida tau Hanis nak pinjam jaket yang ni.” Perasaan hairan menjolok tangkai hatinya. Macam tau tau je. Ish, memang tau la Kak Ida ni.

“Dah..tak payah nak buat muka pelik pagi-pagi ni. Kak Ida tau la. Tuu…dress navy blue itu kan selalu kamu pakai dengan jaket putih Kak Ida.” Haida memuncung ke arah penyangkut baju yang setia diusung adiknya sedari tadi. Hanis cuma menekup mulut. Sedar mengapa Haida mudah menebak jaket yang diingini.

“Ok kak, thanks ya..nanti Hanis pulangkan.” Hanis melangkah keluar dari bilik Haida.

“No, no…Hanis simpan je. Kak Ida dah tak pakai jaket tu.” Laung Haida kerana dia berkira-kira adiknya sudah berada di dalam bilik. Hanis sekadar tersenyum mendengar sayup-sayup suara Haida. Dia tahu mengapa Haida enggan jaket itu dipulangkan.

*****

Bangunan Angsana 2 merupakan bangunan 6 tingkat yang menempatkan pelbagai syarikat pengurusan dan beberapa ruang perniagaan. Di premis paling bawah terletak ruang pameran dan pengurusan sebuah syarikat pengedar kenderaan import yang telah 3 tahun beroperasi. Hanis mengatur langkah dengan yakin memasuki syarikat berkenaan.

“Hai, saya Nur Hanis Uthman. Saya ada appointment untuk temuduga sebagai secretary pukul 10 pagi ni.” Hanis memperkenalkan dirinya kepada wanita berambut ikal di kaunter penyambut tetamu.

“Oh, jawatan temp tu ya. Awak boleh tunggu dulu sebab bos ada urusan dengan client.” Jawapan diberi tanpa sekilas wajah wanita itu dikalihkan dari kertas-kertas di hadapannya.

“Ok, baiklah.” Tanpa dipelawa Hanis menyusun langkah ke ruang menunggu. Sebuah majalah berkaitan automotif dicapai sebelum melabuhkan punggung. Kebanyakan majalah yang tersisip rapi di rak merupakan bahan bacaan bersifat automotif seperti Luxury Auto, Car and Driver, Automobile, 4 Wheel and Off-Road dan beberapa majalah lain. Hanis sekadar membelek-belek majalah Car and Driver di tangannya. Dia sedar tingkahnya diperhatikan dari jauh oleh Cik Penyambut Tetamu. ‘Hai, tadi kita tanya jeling pun tak ingin. Sekarang atas bawah dipandangnya kita. Ingat ni pameran spesis terancam dekat zoo ke? Tak puas agaknya tengok pameran kereta besar tiap-tiap hari.’ Gumam Hanis. Sekilas senyuman dilontarkan buat wanita itu.

“Cik Nur Hanis, awak boleh masuk sekarang.” Seorang wanita lingkungan usia 30an membuka pintu yang menghubungkan ruang pameran dan pejabat pengurusan.

“Kenapa tunggu kat luar. Sepatutnya tadi tunggu dekat ruang menunggu kat dalam. Mungkin tak lama macam ni.” Wanita itu bersuara ramah.

“Saya tak tahu. Jadi tercongok kat luar jelah kak…” Hanis membalas. Geram pulak rasanya kerana telah hampir 2 jam menunggu di luar. Kalau tak dikenangkan nasib hidup sebagai pengaggur, mahu saja Hanis cabut lari.

“Kak Imah, boleh panggil akak Kak Imah je. Lia, receptionist kat luar tu tak bagitahu agaknya. Ok Hanis, jadi kat hujung sana, itu dia bilik bos. Kak Imah ucapkan selamat Berjaya, ya?” Selepas mengiringi Hanis wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Imah itu kembali ke tempatnya.

“Terima kasih Kak Imah.” Ucap Hanis sambil membetulkan rambutnya.

*****

Pintu diketuk beberapa kali. Setelah mendengar arahan untuk masuk, Hanis menguak pintu yang tertera nama dan jawatan Ehan Naadir sebagai manager itu. Kelihatan seorang lelaki muda menduduki kerusi empuk berwarna hitam. Sekilas Hanis mencuri pandang melihat dekorasi bilik bersaiz sederhana itu. Ruang pejabat yang berlatarkan warna hitam dan putih itu turut diserikan dengan kertas dinding hijau lembut di sesetengah ruang. Sebelah kiri pengurus menempatkan almari yang dipenuhi buku-buku tebal dan fail. Beberapa model kereta terletak comel di atas rak juga di atas meja pengurus. Rekaannya moden manakala susun atur pejabat kelihatan ringkas dan kemas. Mungkin inilah dekorasi yang digelar moden temporari itu, Hanis sekadar mengagak sendirian.

“Sila duduk.” Arahan diberi. Lelaki itu menutup fail-fail yang ditatap tadi. Hanis menurut. Dia sedar fokus utama akan diberi kepadanya bermula sekarang.

“Jadi, perkenalkan diri awak.” Lelaki itu bersuara tanpa ekspresi wajah.

“Assalamualaikum Encik Ehan. Nama saya Nur Hanis Uthman dan saya berada di sini untuk memohon jawatan sebagai setiausaha sementara Encik. Ini dia resume saya.” Fail biru bertukar tangan.

Fail yang disambut mula dibuka dan diselak helaian demi helaian. Kadang-kadang kerutan terlukis di dahi lelaki itu. Kadang-kadang pula dia mengangguk-angguk sendiri seolah faham. Tercuit hati Hanis melihat reaksi spontan yang diberi. Gaya tipikal bos-bos besar membuat penilaian, itu pandangannya. Diam-diam dia mencuri pandang wajah khusyuk di depannya. Handsome, terdetik sepatah perkataan itu di hati Hanis. Kulit sowo matang, kening hitam, rambut tak berapa nak hitam, hidung mancung, bibir macam tak merokok, Hanis memulakan sesi penilaiannya pula, nakal.

“Muda lagi.” Komen dua patah diberi.

“Ya, saya.” Hanis menjawab lalu mengukir senyum. Betul ke jawapan kau, Hanis.

“Boleh saya tahu kenapa awak unemployed ni. Dalam ni tulis dalam tempoh masa 2 tahun dah 3 kali awak berhenti kerja.” Wajah Hanis dipandang tepat.

“Saya ada alasan saya yang tersendiri, Encik. Saya seorang komited dalam melaksanakan tugas saya sebagai seorang pekerja. Namun, bila saya lihat ada ruang dan peluang yang baik untuk mengembangkan kerjaya saya di samping mencari pengalaman baru, saya tak pernah teragak-agak untuk mengejarnya.” Terang Hanis panjang lebar. Tapi tak sepenuhnya jujur.

“Kalau begitu boleh saya tahu apa pandangan awak berkenaan nilai loyalty, atau kesetiaan terhadap syarikat.” Soalan berunsur menguji dilontar kepada gadis yang kelihatan tenang dan yakin di hadapannya. Yalah, petah nampaknya calon yang bernama Nur Hanis ini berkata-kata.

“Macam yang saya cakap. Saya seorang yang komited dalam bekerja. Jadi sepanjang tempoh saya bersama sesebuah organisasi saya setia memegang amanah saya sebagai seorang pekerja. Selepas saya meninggalkan syarikat tersebut, saya tinggalkan sama semua urusan sulit di syarikat berkenaan. Begitu caranya saya menjaga nilai loyalty saya.” Jawab Hanis.

“Jadi memang betullah awak meninggalkan syarikat lama awak demi mencari pengalaman, ya? Langsung tak ada sebarang masalah dengan pihak syarikat.” Soalan yang ditanya kali ini hanya sekadar mencari kepastian. Jauh di sudut hati dia mula tertarik dengan jawapan-jawapan yang didengarinya setakat ini.

“Iya, tak ada sebarang masalah. Kalau Encik mahukan maklumat lanjut berkaitan prestasi kerja saya sebelum ini, Encik boleh hubungi bekas majikan saya yang telah saya senaraikan sebagai reference person dalam resume.” Hanis memberi cadangan buat mengukuhkan lagi kepercayaan.

“Baiklah, kalau itu kata awak. Pihak syarikat akan hubungi awak secepatnya. Terima kasih sudi datang untuk temuduga ni.” Fail biru dikembalikan kepada pemilik asalnya.

“Sama-sama, Encik Ehan.” Balas Hanis ringkas.

“Wait, awak..awak tahukan position ni cuma temporary saja sementara secretary saya cuti melahirkan.” Hanis disoal lagi sebelum sempat dia membuka pintu. Soalan kali ini bernada tidak formal. Bahkan, Hanis sempat menangkap lelaki yang turut bingkas dari kerusi itu mengangkat keningnya saat bertanya.

“Saya tahu tu. Em…saya tetap akan tunggu maklumbalas daripada pihak encik.” Ujar Hanis dengan senyuman sebelum berlalu.

*****

Ehan Naadir memandang Roscani di pergelangan tangannya. Jarum pendek menunjukkan angka 12, jarum panjang di angka 5. Lunch time. Patut pun sunyi je office ni. Dah waktu rehat pun. Ehan berkira-kira untuk keluar rehat bila telefon bimbitnya berdering.

“Hello abah. Apa khabar, sihat?” Pantas Ehan menyapa sebaik melihat nama yang terpapar di skrin.

“Abah sihat. Kamu tu tak keluar lunch ke?”

“Belum lagi, abah. Tapi memang nak keluar lunch jugak ni.”

“Kamu kerja kuat sangat. Umi kamu dah berapa kali suruh abah bagitahu kau supaya balik rumah hujung minggu ni. Kalau tak umi kamu nak turun Kuantan.”

“Abah, Ehan memang sibuk. Abah pun tahu kan, pasal sales report semua. Sometimes I have to organize my own schedule. Semua ni pun supaya Ehan dapat tinggalkan Teraju Edar dengan aman nanti. Not much time left, abah.”

“Nampak gayanya Ehan belum ada replacement secretary lagi. Hire secretary cepat-cepat. Yalah, kerja-kerja jugak. Jangan lupa take care of your health too. By the way, Ehan, Abah ada lunch meeting ni.”

“Alright then. Sampaikan salam sayang Ehan untuk umi. Cakap, nanti Ehan call. Assalamualaaikum.” Talian diputuskan.

Ehan duduk berfikir, ada benarnya juga saranan abah supaya dia segera mengambil seorang setiausaha. Dia pun bukan tak mahu. Cuma belum ada calon yang sesuai tampil untuk temuduga yang diiklankan. Barangkali kerana jawatan yang ditawarkan hanya untuk sementara. Sedangkan ramai pemburu kerja mengharapkan jawatan tetap. Berbeza dengan gadis tadi. Nur Hanis. Tak kisah pula nampaknya. Selain itu, dia lebih baik berbanding 3 orang calon sebelumnya. Memiliki sedikit pengalaman sebagai setiusaha juga merupakan bonus tambahan. Ehan pantas bangun sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello, Karimah. Boleh awak hubungi calon yang ditemuduga tadi, maklumkan bahawa dia diterima bekerja. Minta dia masuk kerja secepatnya. Ok,tu je.” Ehan melipat lengan bajunya sambil berjalan keluar dari Teraju Edar.

*****

Hanis meninjau lauk-pauk yang terhidang di dalam bekas-bekas kaca. Semuanya masakan ala kampung yang merupakan masakan yang paling menepati selera makannya. Akhirnya Hanis memutuskan untuk makan di situ. Usai memilih beberapa jenis lauk Hanis membawa makan tengaharinya ke kaunter untuk membayar.

“Hanis. Adik ni Nur Hanis dari temuduga tadi kan.” Satu suara menyapa. Kak Imah rupanya.

“Ya, saya Hanis. Kak Imah keluar lunch ya?” Hanis tersenyum.

“Ya, lunch. Dah sudah pun Kak Imah. Hanis, untung dapat jumpa Hanis kat sini. Tak payah Kak Imah call nanti. Sebab tadi Encik Naadir call, dia cakap Hanis diterima kerja dan boleh masuk kerja secepatnya. Esok boleh, ya?” Karimah segera menyampaikan berita gembira tentang perlantikan Hanis.

“Oh, syukur..berita gembira tu. Kalau macam tu saya jumpa Kak Imah lagi la esok.” Ujar Hanis dengan senyuman yang makin melebar. Nampaknya cukup bulan dapat gaji la kau, Hanis. Selamat tinggal title penganggur. Huhu.

“A’a..jumpa esok ya.” Karimah berlalu setelah membayar harga gula-gula yang dibelinya.

Hanis mengambil tempat di sebuah meja kosong berhampiran sinki. Selera makannya bertambah-tambah setelah menerima berita gembira itu. Eh, macam tak cukup nasi je ni.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : 1 2 3…Cinta 1”
  1. jazz says:

    cm best je cite ni…. can’t wait 4 next n3…

  2. auni says:

    best la crite ni..hrp smbungnya scept mgkin..

  3. amni says:

    thanks jazz n auni….hrp sbar mnggu smbungn novel dipublish…sy dah hantar bhgian 1-5 dlm 2mggu lepas:)…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"