Novel : Be My Wife! 10

23 June 2011  
Kategori: Novel

33,196 bacaan 50 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada

Setelah siap menyediakan sarapan, Hannah terus membuka kembali pintu biliknya. Kelihatan Elman masih tidur. Perlahan-lahan Hannah merapati Elman. Wajah Elman yang berkerut dipandang sepi. Kenapa la Abang Elman terpaksa tempuh semua ni? Maafkan Hannah, Abang Elman. Lantas Hannah menarik sedikit comforter yang telah pun jatuh hingga ke paras pinggang Elman. Hannah meletakkan jarinya di atas dahi Elman. Panas!!

Hannah mengetap bibir. Dia segera keluar dan mencapai tuala dan mengisi semangkuk air. Ais diletakkan bersama di dalam mangkuk itu. Sempat Hannah menelefon bapa mertuanya.

“Assalamualaikum. Pa, Abang Elman tak masuk kerja hari ni. Dia demam.” Ucap Hannah.

“Waalaikumussalam. Demam? Teruk ke demam dia tu?” soal Dato’ Faris pula.

“Panas jugak badan dia. Kalau teruk, nanti Hannah bawak pergi klinik.”

“Nak mintak driver papa tolong hantarkan ke?”

“Eh! Tak payah susah-susah. Hannah boleh bawak kereta. Papa jangan risau.”

“Okay. Ask Elman to rest.”

“Okay Pa, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Talian dimatikan.
Hannah meletakkan ganggang telefon rumah dan mengangkat mangkuk berisi air dan tuala kecil itu ke dalam biliknya.
Elman yang masih tidur dipandang sepi. Berat hatinya untuk membantu sebenarnya. Tapi dah sah dia seorang suami, dia sebagai isteri wajib menjaga suaminya. Mengenangkan dengan apa yang telah Elman lakukan, dia sendiri sakit hati. Tapi dia juga bertanggungjawab atas kematian Aiman.

Kalaulah bukan aku punca Aiman meninggal.. Kalaulah Aiman masih hidup.. Kalaulah Abang Elman tak benci aku.. Mesti aku boleh biarkan hati aku sayangkan dia. Dari kecik sampai besar aku ada simpan perasaan yang sama. Tapi disebabkan perangai Abang Elman sendiri, Hannah cuba tepis perasaan ini. Arif yang selalu bantu Hannah lupakan Abang Elman tau!

Hannah memerah tuala kecil itu dan mengelap dahi Elman. Elman menepis lembut. Suara yang dikeluarkan, serak.

“Apa ni?” soal Elman.

“Duduk je la diam-diam. Awak tu demam.” Hannah kembali meletakkan tuala basah di atas dahi Elman. Kali ini, Elman tidak membangkang. Dia hanya menurut. Matanya kembali terkatup.
Hannah meninggalkan Elman setelah melihat Elman kembali lena. Sebelum keluar dari biliknya, sempat Hannah mencapai telefon bimbit Elman. Hannah nak ke bilik Elman dan menukar pakaiannya. Tudung hitam labuh dipakai. Sepadan dengan baju kurung Pahang yang berwarna hitam putih.

Sambil mencari-cari stokin, Hannah mendail nombor Hani.
Hani yang sedang kusut mengangkat telefon bimbitnya dengan lemah. Apabila nama Elman tertera di skrin telefon bimbitnya, dia meloncat kegembiraan. Segera Hani mengangkat.

“Hello! Sayang! I know you would call me back! I know you love me.” Kuat suara girang Hani.

“Its me. Saya nak jumpa awak sekejap.” Hannah mengucap perlahan. Mati terus senyuman Hani.

“HANI, apa yang awak buat kat Abang Elman?” soal Hannah lembut. Dalam kelembutan, ada ketegasan. Hani mencebik.

“Kau peduli apa? Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa?” Hani memeluk tubuh. Masih sombong!

“Saya isteri dia. Saya berhak untuk tau!”
Hani ketawa sinis. “Isteri? Pernah ke dia anggap kau sebagai isteri?”

“Hani, awak jangan cabar tahap kesabaran saya. Saya pun manusia biasa yang ada tahap kesabaran.”

“Perempuan macam kau, just berlagak suci. Tapi kebenarannya? Kau manusia paling munafik!”
Hannah menggenggam jemarinya kuat. Wajahnya merah padam. Hani yang mula melihat perubahan wajah Hannah mula suka.

“Macam mana la mak ayah kau didik kau kan? Mesti mak ayah kau pun munafik macam kau. Berlagak alim konon. Entah apa dosa yang mak ayah kau dah buat, kau mana tau.” Lancang Hani berbahasa. Hannah mengetap gigi.

“Kau jangan ingat keturunan kau tu dari golongan yang baik-baik. Entah dari mana harta haram yang mak ayah kau dapat, kan? Aku pernah nampak muka mak kau. Nampak macam baik je kan? Tapi hati dia, aku rasa kalah iblis!” sambung Hani.

Hannah bangun dari kerusi lantas menampar pipi gebu Hani. Terpempan Hani. Kali ketiga dia ditampar wanita yang berdiri tegak di hadapannya. Dada Hannah berombak. Dia boleh tahan kalau dirinya dicaci maki, tapi bukan mak ayahnya!

“Awak adalah manusia yang bertopengkan syaitan. Awak tau tak? Awaklah manusia yang paling tak guna dalam dunia ni! Seburuk mana pun seorang wanita tu, dia tak patut menghina orang yang lebih tua daripada dia. Awak tanya macam mana mak ayah saya didik saya? Kali ni biar saya yang tanya awak, macam mana mak ayah awak didik awak? Perilaku awak, kata-kata awak, itu sudah cukup membuktikan awak seorang anak yang kurang ajar terhadap ibu bapa awak.

Saya tak salahkan cara ibu bapa awak mendidik awak, tapi saya tertanya-tanya, kenapa ada jugak manusia yang paling teruk ni lahir di dunia. Apa function awak kat dunia ni? Mesti mak ayah awak menyesal membesarkan awak, kan? Awak tak layak mengadili mak ayah saya sebab hanya Allah yang layak. Hani, awak seorang wanita. Jaga maruah awak jangan sampai dipijak kaum yang sama dengan awak. Jangan disebabkan kata-kata awak, ibu bapa awak dipersalahkan. Awak tak kenal keluarga saya, awak jangan berlagak tau dari mana harta yang mak ayah saya dapat.

Awak boleh hina saya, tapi bukan orang tua saya. Kalau awak ada hati dan perasaan, awak takkan menghina orang lain macam mana yang awak kata tadi. Saya anggap awak tarik balik kata-kata awak tadi. You! Stay out from my husband! He’s mine!” terus Hannah berlalu pergi. Air mata yang ditahan dari tadi gugur jua.

Hani yang kaget masih terpaku di dalam kafe. Pipinya yang merah dipegang. Tamparan Hannah kali ini lebih kuat dari sebelum ini. Hampir kelam dunia Hani akibat tamparan Hannah. Jangan disangka tangan kecil tidak mempunyai kekuatan untuk menampar orang.

Hannah memandu laju keretanya menuju ke rumah. Dadanya yang masih berdegup laju tidak ditenangkan. Dia membiarkan emosi mengawal tubuhnya.
Sesampainya di rumah, Hannah mematikan enjin kereta. Dia duduk termenung di dalam kereta. Lama!

Tiba-tiba pintu rumah dibuka perlahan. Tersembul wajah Elman yang pucat. Air mata Hannah sudah kering sendiri. Segera Hannah keluar dari kereta dan menutup pintu kereta dengan lembut.

“Pergi mana?” soal Elman.

“Keluar kejap.”

“Arif?” soal Elman. Hannah terkedu.

“Bukan. Jumpa Emily.” Bohong Hannah. Takkan dia nak bagitau tentang pertemuan dia dengan Hani dan hinaan Hani terhadap orang tuanya.
Elman percaya dengan kata-kata Hannah. Entah kenapa dia rasa Hannah memang patut dipercayai.

“Masuklah. Jangan duduk kat luar. Panas lagi ni.” Hannah menyentuh dahi Elman. Elman terkedu. Lantas Hannah menarik lengan Elman supaya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.
Hannah memimpin Elman ke sofa.

“Duduk sini dulu. Hannah dah masak bubur tadi.” Hannah terus berlalu ke dapur. Beg tangan diletakkan di sebelah Elman.

“Hannah!” panggil Elman. Hannah menoleh. Wajah Elman comel la pulak pagi-pagi ni! macam budak-budak!

“Bubur tak nak sayur tau.” Pesan Elman malu-malu. Hannah memang dah sedia maklum dari kecil yang Elman tak makan sayur. Tapi sengaja dia membubuh banyak daun bawang.
Hannah hanya tersenyum. Senyuman itu membuatkan Elman kaget sebentar. Kejap-kejap! Kenapa dengan aku ni? Elman!! Wake up! You see her coz you get mad kat Hani! If not, kau takkan rasa semua ni. Elman! Wake up!!!

Tanpa sedar, Hannah sudah pun datang dengan menatang dulang yang berisi semangkuk bubur dan secawan milo.

“Hannah dah call papa bagitau Abang Elman tak masuk kerja hari ni. Papa asked you to rest tadi.” Hannah meletakkan mangkuk dan gelas di atas meja kaca di hadapan sofa. Remote TV dicapai. TV dihidupkan. Chanel 615 menjadi pilihan. Apa lagi kalau bukan Mickey Mouse pagi-pagi macam ni?

Elman melihat buburnya yang penuh dengan ‘benda hijau’! Elman memandang Hannah dengan dahi berkerut.

“Makan je la. Good for your health.” Seloroh Hannah. Elman menyilang kaki dan memeluk tubuh. Tak nak makan!

“Daun bawang je pun.” Hannah melihat Elman masih merajuk. Mata Elman ditalakan di televisyen.

“Hannah tak kisah kalau Abang Elman tak nak makan. Tapi for your information, kalau Abang Elman tak habiskan bubur ni, hari ni punya menu, asparagus and sayur campur. No meat. No chicken. Just fish.” Hannah mencapai beg tangannya dan mengeluarkan panadol.

“Eat some of the porridge. Then, eat this.” Hannah menyerahkan panadol kepada Elman. Elman merenung panadol itu. Namun dia tidak melakukan apa-apa. Hannah mengeluh perlahan.
Hannah bangun dari lantai dan duduk di sisi Elman. Bubur di meja dicapai. Sudu dicelup ke dalam bubur.

“Aa!” arah Hannah supaya Elman membuka mulut. Elman memandang Hannah tidak percaya. Dia nak suap aku? Hati Elman berbunga sekejap.

“Cepat la.” Gesa Hannah. Elman berdehem. Segera dia mencapai mangkuk itu dari tangan Hannah. Dia cuba mengasingkan daun bawang, namun terlalu kecil apabila Hannah telahpun mencincang dan menggaulkannya di dalam bubur!
Nak tak nak, Elman terpaksa menelan juga. Muka yang kelat bertukar riak. Tak rasa apa pun? Sedap je.

“Sedap tak?” soal Hannah.

“Tak!” jawab Elman selamba. Air milo dihirup. Hannah muncung. Tapi dalam hati, dia ketawa.

“Takde asparagus hari ni!” kata Elman perlahan. Hannah mengangguk. Tau takut!

“Abang Elman.” Panggil Hannah.

“Apa? Tak nampak orang tengah makan ni? Suka-suka je nak kacau.” Elman menatap skrin TV. Gelaknya kadang-kadang kedengaran.

“I won’t meet Arif.”
Elman terdiam.

“Suka hati.” jawab Elman.
Hannah memandang Elman yang masih fokuskan matanya di televisyen. Lantas Hannah bangun dari sofa dan melucutkan tudungnya. Telefon bimbit Hannah berbunyi apabila Hannah telahpun berlalu pergi ke biliknya.

Elman meletakkan mangkuk bubur di atas meja dan menyelongkar beg tangan Hannah. Telefon bimbit Hannah dikeluarkan.
UMI.

Elman segera mengangkat panggilan itu.

“Assalamualaikum!” terdengar suara Datin Hanani dari jauh.

“Waalaikumussalam.” Jawab Elman.

“Elman tak sihat ke? Mama Elman bagitau umi tadi. Umi ingat nak singgah kejap. Tapi, tak ganggu ke pagi-pagi ni?”

“Elman demam sikit. Singgah rumah? Boleh-boleh. Takde ganggunya la umi.” Kata Elman dengan senyuman. Perbualan tidak dipanjangkan lagi dan talian dimatikan setelah ada perbualan mereka diakhiri dengan salam.

“Hannah!” jerit Elman. Elman berlari-lari mencari Hannah di dalam bilik Hannah. Hannah yang baru nak tukar baju terus berpaling. Nasib baik tak sempat bukak baju lagi! Main redah masuk bilik orang je pakcik ni tau!

“Kenapa pulak ni?” soal Hannah.

“Umi nak datang rumah.” Tercungap-cungap Elman berkata.

“Ha?! Bila?” bulat mata Hannah.

“Dah on the way.”
Hannah terkedu. Lantas Hannah menarik tangan Elman memasuki biliknya.

“Tolong angkat barang-barang atas meja Hannah tu. Hannah nak amek baju dalam almari.” Hannah meminta bantuan. Barang-barang seperti bedak dan sebagainya diangkat Elman.
Baju yang Hannah simpan sebagai spare di almarinya dikeluarkan dan dia ikut berlari menaiki anak tangga. Tiba di bilik Elman, Hannah segera memasukkan baju-babajunya ke dalam almari.

“Ni nak letak mana?” soal Elman memuncung kepada barangan solek Hannah yang dipegang.

“Letak je atas almari tu. Abang tolong susun ea. Hannah nak kemas bilik bawah.” Hannah berlari pula ke bilik bawah.
Cadar ditukar. Langsir diikat. Lantai disapu. Kemas seperti belum ada yang pernah masuk bilik ni! Hannah memeluk penyapu apabila sudah puas hati.

“Hannah!” jerit Elman dari atas. Apa pulak la pakcik ni? Hannah berlari pula ke atas. Entah di mana silapnya, kakinya tersalah pijak lantas Hannah terjatuh di atas tangga. Hannah memegang buku lalinya.

“Abang Elman!” panggil Hannah pula. Elman keluar dari bilik. Dilihatnya Hannah terduduk di tangga sambil memicit-micit kakinya.

“Kenapa ni?” soal Elman.

“Tolong kejap. Kaki orang tersadung. Terseliuh.” Hannah mengadu.

“Kau ni! Jalan tu lain kali tengok depan! Jangan letak mata kat lutut!” bising Elman. Lantas tubuh kecil Hannah dicempung Elman ke ruang tamu.

“Tunggu sini.” Elman mengarah. Tanpa sempat Elman pergi, Hannah mencapai lengan Elman. Elman menoleh.

“Tadi panggil Hannah kenapa?” soal Hannah.

“Tak ada apa-apa.” Memang sengaja Elman memanggil Hannah. Sengaja nak memenatkan gadis kecil itu!

Elman meneruskan langkah dan kembali semula dengan first aid box. Stokin di kaki Hannah ditanggalkan dan Elman menyapu minyak panas di kaki itu.
Lama Elman mengurut. Hannah memandang Elman dengan pandangan tak percaya. Elman yang duduk di lantai kini, yang tekun mengubati kakinya.. Inilah Abang Elman yang aku sayang dulu. Inilah Abang Elman yang anggap aku sebagai adiknya dulu.

Elman terus mendongak memandang Hannah dengan senyuman. Dia teringat kenangan masa lampau di mana Hannah pernah juga terseliuh ketika Aiman masih hidup. Dia juga yang tolong urut kaki budak kecil itu.

Senyuman Elman mati disaat melihat air mata Hannah yang hampir tumpah. Lantas Elman melepaskan kaki Hannah.

“Aku tak reti sangat nak urut. Kalau tak okey lagi, kita pergi klinik.” Elman bangun dari lantai. Botol minyak panas dipegang.

“Dah okey kot.” Hannah memegang buku lalinya. Air mata dilap lembut.

“Aku nak mandi kejap.” Elman berlalu pergi. Namun dia kembali semula kepada Hannah dan menyua botol minyak panas itu kepada Hannah.
Elman! Buang perasaan kau! Buang!!! Dia pembunuh! Ingat Elman, dia pembunuh!

———–
Dapatkan novel CINTA KONTRAK dari Nurul Ain Syuhada di pasaran atau layari di www.karyaseni.my




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

50 ulasan untuk “Novel : Be My Wife! 10”
  1. wawa says:

    alolo.lm nye..nk next episode..huhuhu xsabar..

  2. nana says:

    dekat mana nak dpt kan novel be my wife ni?berapa harganya?saya dah cari buku ni tp tak jumpa..

  3. nana says:

    harap balas apa yg sy hantar ye..

  4. aisyah adek says:

    terbaik…

  5. ainina says:

    kurang ajarnyer si hani tu

  6. ‘lelaki..tolongla..jgn tlalu ego..wanita juga punya perasaan…’

  7. Aliah Mohd Salleh says:

    Dah ada di pasaran ke buku ni. Ceriter ni best.

  8. Ahra says:

    Saya bnci dengan watak hani tu, sbab dia mcm mengingatkan sya dgn ssorang yg pnh skitkan hati sya. hehe.. apa2pun novel ni best. daebak!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"