
Novel : Cinta atau Suka? 1
Oleh : Miss Independent
“Wey korang! Cepatlah!”, Cinta Illyana menggesa house matesnya, Farah Liyana dan Yusra Syafiqah.
“Kejap lagilah. Aku tak puas usha lagi ni.” Farah masih lagi asyik membelek iPhone 4 yang menjadi idamannya dari dulu lagi. Yusra pula kelihatannya khusyuk mendengar penerangan promoter di sana.
“Hesh! Lantak korang lah.” Lantas Cinta membuka langkahnya keluar dari kedai One Touch itu. Rakannya yang masih lagi khusyuk membelek barangan tidak diendahkan sama sekali.
‘Pandai-pandailah diorang hidup nanti’. Cinta berjalan sambil matanya ralit melilau di sekitar Sunway Carnival Mall. Kesesakan yang menyesakkan tidak langsung menghalang orang ramai dari terus-menerus membanjiri gedung beli-belah hujung minggu itu. Entah apalah yang menarik . Setakat model show cast, apalah sangat.
Bukk! Sekali nangka busuk jatuh daa..
“Apa ni?”. Darah mula menyerbu ke muka. Cinta bingkas bangun apabila dia dan lelaki di hadapannya mula menjadi tumpuan mata yang lalu-lalang. Habis basah blousenya. Dah la putih, kena pula dengan air strawberry. Memang cun habis!
“Ek eleh! Dia yang jalan entah apa-apa. Mata tak reti-reti nak tengok depan, ada hati nak salahkan kita pulak!”
Huh! Cinta mendengus kasar. Senangnya mamat ni cakap. Kalau air tu tumpah atas baju dia, takpe lah jugak. Ini tak, blouse kesayangan aku jugak.
“Awak jangan buat saya panas kat sini okay. Kalau dah tahu saya ni jalan tak reti-reti nak tengok depan, yang awak tak mengelak tu sapa suruh?” Cinta memulangkan paku buah keras kepada lelaki yang berkaca mata hitam itu. Wajahnya kurang jelas. Apa yang pasti lelaki itu memang tinggi. Bayangkan, Cinta yang tinggi 160 cm cuma hanya separas bahunya sahaja.
“Asal kau tinggi sangat hah?” Cinta cepat-cepat menekup mulutnya. Tahu yang dia sudah terlepas cakap.
‘Mak aii.. malunya aku!’ desis hatinya.
Aqasha yang pada mulanya hendak menyembur habis-habisan pada budak yang tak cukup inchi depannya ini langsung ketawa terbahak-bahak. Bajet lawak sangatlah tuh.
“Apa gelak-gelak?”.
Cinta menjegilkan matanya yang bundar sambil bercekak pinggang. Blouse putih yang hampir separuh berwarna merah langsung tidak diendahkannya. Orang ramai mesti hairan melihat mereka yang kelihatannya seperti gaduh-gaduh manja gitu.
Aqasha masih dalam sisa tawanya. Gadis kecil molek di hadapannya ditenung. Namun sebentar sahaja kerana gadis itu cepat-cepat melarikan pandangannya.
‘Malulah tu’, desis hatinya.
“Yana! Korang kenapa?”, tanya Yusra dengan wajah yang berkerut. Bimbang barangkali. Farah disebelah dikerling. Di tangannya ada sebuah beg kertas yang bercetak gambar iPhone di luarnya.
“Ho em gee!! Kau beli iPhone tu Farah?”, Cinta lantas merebut beg kertas di tangan kawannya. Langsung dilupakan insiden sebentar tadi. iPhone beb! Giloss kau Farah!
“Eh! Tak de lah. Memandai ja kau ni. Mamat promoter tu yang hadiahkan.” Farah menjawab dengan muka bersahaja.
“Ceyh! Bajet! Tolonglah weh! Berapa weh?”, Cinta masih asyik bertanya itu dan ini. Mamat di hadapannya langsung tidak diendahkan. Dah seperti polis pencen lagaknya.
“Ehem!”. Aqasha berdehem. Budak ni! Tadi kalut sangat nak marah-marah aku. Ini aku dibuatkan macam tunggul kayu jek!
“Awak kenapa?”, Yusra menanyakan lelaki yang sedari tadi berdiri di situ.
“Awak tanyalah kawan awak ni. Dah lah langgar orang. Pastu marah orang, buat lawak bodoh alih-alih senyap jek!” Aqasha membalas pertanyaan Yusra.
Cinta yang sedari tadi sibuk bertanya itu dan ini langsung berkalih apabila terdengar seolah-olah dirinya diperkatakan. Six sense beb!
“Ha?” Cinta tayang muka innocent. Eh! Diorang cakap pasal aku ke? Perasan lebih lah kau ni.
“Tulah kau nie Yana! Pantang nampak benda branded jek, menyempat je kerjanya. Apa dah jadi ni? Asal dengan mamat ni?” Yusra melepaskan soalannya bertubi-tubi tanpa sempat ditepis Cinta.
“Huh?” Cinta mengerutkan dahinya. Gagal mengingati punca lelaki tersebut di situ. Tiba-tiba dia seperti teringatkan sesuatu. Lantas dialih pandang ke blouse putih yang tak berapa putih tu.
“Baju aku!” jerit Cinta tapi masih dalam keadaan terkawal.
“Eh! Engkau yang tumpahkan air atas blouse aku ni kan?” tanya Cinta. Macam orang baru dapat ingatan je lagaknya.
Aqasha menepuk dahinya. ‘Pelupa jugak minah ni. Harap rupa ja comel, perangai entah apa-apa je.’
“Eh! Kau yang langgar buat-buat tak ingat pulak.” Tiada lagi istilah saya-awak. Dengan minah ni, aku-kau ja yang sesuai.
“Eh! Mana ada! Kau yang langgar aku dulu. Habis baju aku ni dibuatnya. Korang! Korang percaya aku kan?” Cinta tayang muka innocent pada kawannya. Mohon simpatilah kononnya.
“Aku….”, Farah tak jadi meneruskan kata. Dia tak berada di situ. Mana boleh aci redah je. Yusra di sebelah disiku. Terkejut mak cik tu dibuatnya. Nasib tak terlepas hand phone di tangan. Farah memberi isyarat memohon kata putus. Bukannya dia tak mahu menyebelahkan si Cinta, tapi perempuan ni bukan boleh harap sangat. Nampak ja ayu, comel, tapi perangai tak semengah. Melanggar orang, hobi dia tu!
“Ok girls. I have to move on. Nah! Ni name card aku. Apa-apa hal kau contact aku. Nak mintak ganti rugi ke, apa ke, just give me a call. Tapi sekarang I am so sorry. Saya gerak dulu.”
Aqasha menghulurkan name cardnya kepada Cinta. Jam di tangan dikerling. Nampak tergesa-gesa. ‘Eleh! awek dah tunggu lah tuh!’ desis Cinta. Aqasha sempat berbalas senyum dengan kawan-kawan Cinta. Cinta yang sedari tadi wajah masam mencuka dikerling. Cinta? Sorry lah beb! Bukan namanya Cintalah nak senyum-senyum ayu bagai! No way man!













best,,smbung lg
novel nie best ar..cukew
sorry guys, i dont even know that they had published mine. so, jemputlah singgah bace kat blog miss. http://believesmilelove.blogspot.com/
-may ALLAH bless-
~fi mardhotillah~