Novel : Cinta, Jangan Kau Pergi 1

13 June 2011  
Kategori: Novel

1,768 bacaan 5 ulasan

Oleh : Vee Marissa

***SINOPSIS***

Najjah Amani, nama yang indah; namun kisah cintanya tidak seindah yang disangka. Mungkin ini memang sudah jalan takdir buat dirinya, hanya mencintai; tanpa dicintai sehingga suatu waktu, dia sudah nekad untuk tidak memikirkan tentang cinta. Baginya, di usia ini lah dia harus mencapai kejayaan buat dirinya; sekaligus membanggakan keluarganya. Lantas segulung Ijazah Sarjana Muda digapai dengan keputusan yang cemerlang. Berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat professional, dia dipertemukan semula dengan Ezry Zaharin, teman lamanya sewaktu diploma; juga lelaki yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.

Kebetulan di kala pertemuan, Ezry Zaharin sedang bingung memikirkan tentang hasrat ibunya yang ingin melihat dia segera berkahwin sebelum menutup mata. Ibunya tidak pernah merestui hubungannya bersama kekasih hati, Juliana Jasmine. Justeru itu, Ezry Zaharin bertindak untuk melamar Najjah Amani sebagai isterinya tanpa memberitahu Juliana Jasmine yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Najjah Amani menerima lamaran Ezry Zaharin, namun dia terkejut sebaik sahaja mendapat tahu semua ini hanya demi keinginan ibunya. Lantas, perjanjian sebagai suami isteri selama dua tahun tercipta.

Aidil Asyraff, teman sekuliah Najjah Amani sewaktu di peringkat Ijazah kecewa apabila mendapat tahu Najjah Amani akan berkahwin. Namun apabila dia mendapat tahu Najjah Amani berkahwin dengan Ezry Zaharin hanya kerana sebuah perjanjian, dia berhasrat untuk mendapatkan Najjah Amani semula. Najjah Amani tidak bahagia. Dialah lelaki yang paling berhak untuk membahagiakan Najjah Amani.

Sepanjang perkahwinan, Najjah Amani tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan hatinya. Ternyata perasaannya yang terkubur mekar kembali, namun semua itu tidak mampu diluahkan oleh Najjah Amani demi melaksanakan sebuah perjanjian yang sudah dipersetujui. Aidil Asyraff yang tidak jemu mendekati Najjah Amani menimbulkan rasa cemburu di hati Ezry Zaharin. Perasaan apakah itu?

Dua tahun berlalu, Juliana Jasmine pulang dengan hasrat yang satu; bertemu semula kekasih hati yang sangat dirindui. Mendapat tahu keadaan sebenar, Juliana Jasmine terasa tercabar dan berdendam terhadap Najjah Amani. Lantas Juliana Jasmine bertindak ingin melakukan sesuatu.

Bagaimanakah nasib Najjah Amani? Dapatkah cinta yang didambakan oleh Najjah Amani selama ini?

BAB SATU

“Najjah Amani binti Naimullah”

Tepukan gemuruh memenuhi ruang dewan besar itu. Najjah Amani yang sudah sedia berdiri di sudut tepi pentas lantas berjalan megah bersama baju konvo dan topi lengkap. Segulung ijazah bertukar tangan, kini berada di genggamannya. Najjah Amani sempat melihat ibu bapanya yang sedang senyum melihat dirinya di atas pentas. Najjah Amani pasti ibu bapanya berbangga dengan pencapaiannya pada hari itu.

‘Alhamdulillah, aku bersyukur kepadamu Ya Allah’ bisiknya di dalam hati. Najjah Amani tersenyum sendiri.

Majlis convocation UiTM Samarahan, Sarawak berjalan dengan lancar. Masing-masing tidak sabar untuk merakam detik indah itu dengan menangkap gambar, tidak kurang ada yang menitiskan air mata kegembiraan, berpelukan sesama sendiri dan mengucapkan tahniah. Najjah Amani lantas mendapatkan ibu bapanya yang sedang menunggu di luar ruang dewan.

“Tahniah, Amani…” Puan Wardaa memeluk anak sulung kesayangannya itu. Air mata kegembiraan tidak lagi dapat disorokkan. Tidak sia-sia rasanya mereka sekeluarga datang jauh dari Kuala Lumpur demi menyaksikan anaknya di atas pentas.

“Terima kasih, mama. Mana Annisa?” Tanya Najjah Amani apabila melihat kelibat adik perempuannya tiada.

“Dia pergi tandas katanya, tapi sampai sekarang entah ke mana. Jangan sesat sudahlah,” kata Puan Wardaa.

“Oh ya, ini untuk mama dan abah…” segulung ijazah yang dibukukan itu dihulurkan kepada ibunya. Puan Wardaa membuka dengan senyuman.

“Anugerah Naib Canselor! Tahniah sayang. I’m so proud of you,” sebuah kucupan hinggap di pipi anaknya. Najjah Amani memeluk erat ibunya sambil tersenyum girang.

“Tahniah, Amani. Lepas ni boleh lah apply scholarship. Amani nak sambung mana lepas ni? Amani cakap je nak scholarship under apa. Abah akan apply kan untuk Amani,” Encik Naimullah menyampuk. Dia tahu apa keinginan anaknya selepas ini. Sejak di peringkat diploma, Najjah Amani tahu apa kehendaknya; ACCA.

“Amani ingat nak apply dua dua boleh? Untuk dalam negara Amani ingat nak belajar kat UiTM je lah, tapi kalau oversea Amani nak try Australia,”

“Abah tak kisah, tapi kalau boleh kali ni Amani belajar lah pulak kat luar negara, rasa pengalaman belajar kat sana,” balas Encik Naimullah.

“Abang, bagilah Amani fikir dulu. Banyak lagi masa,” sampuk Puan Wardaa pulak.

“Kakak, anugerah naib canselor tu apa?” Naufal Arief, adik lelakinya yang berusia 17 tahun bertanya.

“Anugerah Naib Canselor tu bila kita dapat anugerah dekan setiap semester. Anugerah dekan tu bila kita dapat 3.5 ke atas,” terang Najjah Amani, namun wajah Naufal Arief tercengang sendiri. “Namun bila Naufal masuk universiti, Naufal akan tahu sendiri,” sambung Najjah Amani.

“Tak sabarnya nak masuk university kak. Naufal nak belajar sungguh-sungguh untuk SPM ni then masuk university sama macam kakak,” azam Naufal Arief, penuh kesungguhan. Najjah Amani merangkul bahu adiknya “Macam ni lah baru adik akak,”

“Najjah!” jerit satu suara. Najjah Amani berpaling. Kelihatan beberapa orang kawannya sedang melambai dari satu arah. Najjah Amani melambai semula tangannya.

“Amani pergi lah jumpa kawan-kawan Amani dulu. Tapi jangan lama sangat tau,” kata Encik Naimullah, seakan memahami. Pasti anaknya itu mahu bertemu dengan teman sekuliahnya.

“Terima kasih, abah,” ijazah dan kuntuman rose dihulurkan kepada ibunya. Encik Naimullah, Puan Wardaa bersama Najjah Amani beredar.

“Babe, congratulations!!!!” Erika, Zayana, Marissa, dan Yuhanis serentak merangkul erat Najjah Amani. Najjah Amani tertawa geli hati apabila tubuhnya tersepit kerana dipeluk oleh empat sahabatnya sekaligus. Aidil Asyraff tersenyum melihat drama sebabak itu. Semua teman sekuliah tahu betapa rapatnya mereka berlima ini. Ciuman bertukar di pipi. Najjah Amani sedikit terharu. Air matanya sedikit mengalir. Oh Tuhan, aku bakal merindui mereka semua.

“Thank you, sayangku semua. Congratulations to you guys too,”

“You dengan Aidil Asyraff je batch kita yang dapat anugerah naib canselor UiTM Sarawak. I’m so jealous! You guys tahu tak betapa susahnya nak dapat ANC untuk Bachelor in Accountancy?? Korang otak apa ha? Geram I tau!” Zayana memuncungkan bibirnya. Mereka semua tertawa.

“Alhamdulillah Zan. I pun sebenarnya tak sangka pun dapat ANC. Alaaa, kita semua dapat CGPA above 3 apa? So, okay lah tu,” Aidil Asyraff bersuara.

“Alaa Aidil, tak sangka apanya? Memang patut pun you dengan Najjah dapat ANC sebab you guys kan always together. Dah macam lover dah I tengok,” sampuk Yuhanis. Ketawa mereka lebih kuat, seronok rasanya dapat menyakat Najjah Amani dan Aidil Asyraff.

“Dorang ni memang patut dari dulu lagi jadi kekasih, Hanis. Sampai lecturer pun ingat dorang ni kekasih, macam mana tu?” tambah Marissa pulak. Mereka tertawa lagi. Najjah Amani tersenyum malu.

“Eh Rissa, Hanis.. suka lah tu nak kenakan kitorang kan? Tak puas lagi ke? Sudah-sudah lah tu,” serentak, matanya melihat Najjah Amani yang tidak membalas pun pandangannya. Malu, barangkali.

“Alah, Aidil.. mengaku je lah yang you memang suka Najjah dari dulu lagi,” Erika pulak bersuara. Najjah Amani segera memintas “Eh, you guys ni. Suka attack macam tu kan? Kalau empat lawan seorang dah tentu seorang kalah. Kesian lah dengan Aidil ni,”

“Alamak, kekasih hati dah defend lah. Lariiii…” Najjah Amani membeliakkan matanya. Tangannya bertindak seakan pura pura mahu memukul mereka berempat namun mereka sempat mengelak. Tawa mereka bersambung lagi.

“Dah dah, enough with usik mengusik ni. Our classmate dah mesej, dorang suruh berkumpul. Nak tangkap gambar sama-sama,” Aidil Asyraff berkata, makin dilayan makin parah juga dia terkena lagi.

“Okay jom!” berempat mereka berjalan beredar, meninggalkan Aidil Asyraff bersama Najjah Amani berdua.

“Eh babe! Tunggulah I!” Najjah Amani berkata.

“You jalan lah dengan Aidil. Takkan Aidil jalan sorang-sorang je. Kesian dia,” balas Erika dengan senyuman penuh makna. Ketandusan kata, Najjah Amani mengikut sahaja. Sedang mereka berempat jalan di hadapan mereka, Aidil Asyraff tidak melepaskan peluang.

“Tahniah Najjah dapat ANC,”

“Thanks. You too,”

“I can say one of the reasons it’s because of you,” Alamak, apa yang aku cakap ni? Bisik Aidil Asyraff sendiri.

“Me? Kenapa ye?”

“Err..sebab you banyak ajar I,” Aidil Asyraff sedikit tergagap. Jangan dia fikir bukan-bukan sudah!

Najjah Amani tersenyum. “Kalau you tak berusaha, tak jadi jugak,”

“So, you buat apa lepas ni?” Aidil Asyraff menukar topic.

“ACCA. Insyaallah. How about you?”

“Insyaallah master. I nak jadi pensyarah,”

“Wow, that’s good. Good luck after this,”

“Lepas ni takde lah siapa nak ajar I lagi,” Aidil Asyraff sedikit mengeluh. Kenangannya bersama Najjah Amani pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Yeah, I know. You see, I’m gonna miss you…” kata Najjah Amani. Aidil Asyraff sedikit tersentak. “… I mean our memories together. You’ve been such a good friend to me. I’m glad dapat kenal you,” sambungnya lagi. Aidil Asyraff sedikit kecewa di situ

‘Kawan? Hanya kawan?’ bisiknya di hati.

“Najjah…” bisik Aidil Asyraff.

“Yes?”

“You takkan lupakan I kan?” tanyanya.

“Of course not. Why would I? Kita kawan kan?”

‘Kita kawan kan?’ Gossshh. Kau selalu cakap macam tu pada aku, Najjah. Takkan kau tidak nampak apa yang aku rasai terhadap kau selama ini?

“Yeah, kawan…”

“Hey, merpati dua sejoli! Cepatlah sikit!” jerit Yuhanis apabila mendapati mereka semakin jauh di belakang.

“Hanis, stop it!” Najjah Amani memberi amaran. Dia berpaling ke Aidil Asyraff yang sedikit belakang.

“Jom, Aidil. Kita kena cepat ni, kang lambat pulak,” Najjah Amani mengukir senyum, namun dibalas dengan senyuman yang seakan dipaksa oleh Aidil Asyraff.

“Yeah, I’m coming…”

**

“Doktor nak jumpa saya?” Ezry Zaharin berkata sebaik sahaja tombol pintu dibuka.

“Yeah, yes Ezry. Please come in and have a seat,” Doktor Farid mempelawa Ezry Zaharin untuk masuk. Ezry Zaharin mendekati dan duduk di kerusi berhadapan Doktor Farid.

“Doktor, bagaimana keadaan ibu saya? Ibu saya baik-baik sahaja kan?” Ezry Zaharin terus bertanya sebaik sahaja punggungnya mencecah kerusi. Ezry Zaharin mendengar sedikit keluhan dari bibir Doktor Farid. Sebagai seorang doktor, dia begitu faham dengan reaksi setiap pesakit. Soalan sebegitulah yang selalu diujarkan kepadanya, namun tiada jawapan yang bersesuaian untuk dibalas. Takut keluarga si pesakit tidak dapat menerima kenyataan yang tertulis.

“Saya tidak tahu bagaimana nak jelaskan pada encik Ezry, tapi keadaan ibu encik sudah semakin kritikal. Peluang untuk ibu encik hidup semakin tipis, tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ibu encik,” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Doktor Farid.

“Takkan tak ada cara untuk selamatkan ibu saya, doktor? Mesti ada jalan bukan?” Ezry Zaharin bertanya lagi, tidak berputus asa. Jantungnya semakin berdetak kencang. Tidak, aku tidak mahu kehilangan ibu ku!

“Kuasa Tuhan sahaja yang mampu untuk menyelamatkan ibu encik. Kami sebagai manusia biasa hanya mampu untuk melakukan yang terbaik. Selebihnya sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan…”

Ezry Zaharin keluar dari bilik Doktor Farid dengan penuh kehampaan. Kakinya melangkah, namun kelihatan begitu perlahan. Hatinya runtun pilu. Di kala itu, dia hanya perlu bersedia dengan takdir yang bakal terjadi pada bila-bila masa sahaja. Dia perlu bersedia bahawa berkemungkinan dia akan kehilangan ibu tercinta buat..selama-lamanya.

Tidak, tidak mungkin!

“Ezry, ibu ingin minta sesuatu dengan Ezry. Tolong makbulkan hasrat ibu yang terakhir ni…” Ezry teringat akan perbualannya bersama ibunya sebentar tadi.

“Apa dia, ibu?” genggaman tangan kanan ibunya diraih.

“Ibu.. ibu ingin lihat Ezry berkahwin..”

“Apa?” pintas Ezry Zaharin, berkejut.

“Ezry sayang.. Ezry tahu kan betapa inginnya ibu melihat Ezry berkahwin? Ibu takut ibu tidak sempat melihat Ezry berkahwin nanti…”

“Apakah yang ibu merepekkan ni? Ibu pasti sempat melihat Ezry berkahwin! Ibu akan sembuh. Ibu akan baik macam biasa,” ucap Ezry Zaharin, sedikit marah. Dia tidak suka ibunya berkata begitu. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa ibu.

“Ibu tahu.. peluang ibu untuk hidup tipis Ezry. Ibu sudah bersedia, tapi makbulkan lah impian ibu yang satu ini… Kalau Ezry sayangkan ibu..” nafas Puan Kalsum sedikit turun naik. Ezry Zaharin cemas. Dia mendekati ibunya.

“Ibu… ibu…”

“Ezry sayangkan ibu… Ezry akan kabulkan permintaan ibu.. Ezry janji ibu…” air mata Ezry Zaharin menitis. Bibir kering lagi pucat kepunyaan Puan Kalsum tersenyum girang. Tangannya mendekati pipi Ezry Zaharin lalu diusap di situ.

“Ezry, Ezry tak tahu betapa bahagianya ibu bila Ezry janji begitu. Janji ya, sayang?”

Ezry mengetap bibir, mengangguk. Tubuh ibunya yang sedang terlantar di atas katil hospital dipeluk erat. Matanya dipejam…

“So, berapa lama you akan belajar kat LA?” Ezry Zaharin bertanya sewaktu menghantar Juliana Jasmine di airport KLIA.

“2 years macam tu,”

“I’m gonna miss you,” Ezry Zaharin berkata.

Juliana Jasmine kelihatan terharu. “I’m gonna miss you more, sayang. Tak apa, 2 years bukan lama sangat pun. I janji lepas I habis belajar, kita akan… you know.. kahwin..” Juliana Jasmine berbisik.

“Kahwin…” Ezry Zaharin bersuara. Serentak dia teringatkan ibunya di hospital. Ibunya yang tidak pernah menyukai Juliana Jasmine atas sebab yang dia sendiri tidak tahu kenapa, namun hubungan cintanya bersama Juliana Jasmine dirahsiakan. Tidak mungkin ibunya yang menyetujui dia berkahwin dengan Juliana Jasmine.

“Yeah, kahwin. Kenapa? You tak nak kahwin dengan I?” Juliana Jasmine sedikit muncung.

“Of course I nak. Tapi you dah belajar luar negara. Kita tak ada ikatan sah selama kita berpisah. I suppose kita ikat perhubungan kita, bertunang dulu maybe. At least I lega cause you dah ada ikatan pertunangan dengan I…”

Juliana Jasmine tergelak geli hati. “Sayang, I dah nak pergi dah ni pun. Bertunang apanya? Don’t worry. I takkan cari sesiapapun kat sana okay? You pun tahu macam mana sayang dan setianya I pada you. Sejak kita diploma lagi kan? You tahu tu kan?”

“I tahu…” Ezry Zaharin tahu itu. Juliana Jasmine merupakan junior masa dia melanjutkan diploma di UiTM. Juliana Jasmine lah yang mula menegurnya dahulu. Dia seorang yang pasti dengan keinginannya dan berusaha untuk mencapainya. Apabila mendapat tahu keikhlasan Juliana Jasmine menyayanginya, lantas Ezry Zaharin menyambut dan membalas cintanya. Ternyata Juliana Jasmine lah di antara orang yang paling berbahagia pada waktu itu. Lama kelamaan Ezry Zaharin juga sudah jatuh sayang dengan Juliana Jasmine.

Namun entah mengapa, ibunya seakan tidak suka dengan Juliana Jasmine. Apabila ditanya mengapa, ibunya hanya berkata “…Juliana Jasmine seorang yang tidak dapat menerima sekiranya keinginan tidak tercapai dan itu sangat bahaya buat Ezry…” Ezry Zaharin tercengang sendiri. Bagaimana ibunya boleh berkata begitu sedangkan dia hanya sempat bertemu dengan Juliana Jasmine beberapa kali sahaja? Naluri ibu, mungkin. Dia lebih mengetahui.

“You kenapa, sayang? You nampak penat, dan letih…”

“No, I’m okay…” ‘Of course lah aku tak okay! Ibu aku tengah terlantar sakit di hospital. How am I supposed to be okay?’ Ezry Zaharin sedikit geram dengan soalan bodoh dari Juliana Jasmine itu. Namun dia tidak seharusnya menyalahi Juliana Jasmine kerana gadis itu tidak berada di tempatnya sekarang.

“Nanti kirim salam I pada ibu you yeah. I’m sorry cause tak sempat nak jenguk ibu you kat hospital. You know, I kan busy dengan preparation and all,”

“It’s okay, Jue..” Gosh, Juliana Jasmine tidak tahu bahawa ibunya ingin segera melihat dia berkahwin. Masalahnya aku nak kahwin dengan siapa? Tidak mungkin dengan Juliana Jasmine. Dia kan sudah mahu belajar di luar negara sekarang? Siapa pula mahu berkahwin dengan aku? Secepat ini? Pelbagai soalan bermain di minta Ezry Zaharin sekarang. Dia tidak mampu untuk menghampakan permintaan ibunya. Dia begitu mengasihi ibunya.

“I’m about to leave now. Dah ada announcement…” Juliana Jasmine sedikit tertunjuk. Ezry Zaharin mengangkat wajah gadis itu. Terdapat sedikit air bertakung di bibir matanya.

“Hey, kenapa menangis?” kepala Juliana Jasmine dibawa ke bahunya. Juliana Jasmine sedikit teresak di situ.

“I’m gonna miss you, Ezry. A lot…”

“Take it easy, Jue. You sendiri yang kata 2 tahun tu tak lama kan? Lepas you balik Malaysia nanti kita akan…” ayatnya terhenti di situ.

“Kahwin?” Juliana Jasmine sambung. Matanya memandang wajah Ezry dengan seribu pengertian.

Ezry Zaharin terdiam seketika. “Yeah, kita akan kahwin…”

Juliana Jasmine menyimpul senyum. Tubuh Ezry Zaharin dirangkul erat. “Ezry, I sayangkan you. You have to know that okay? Tunggu I. I akan balik, untuk you…”

Ezry Zaharin membalas rangkulan itu. “Me too, sayang…”

Okay bagus. Aku dah janji dengan ibu aku, sekarang dengan Juliana pulak. Apa yang aku perlu buat sekarang adalah mencari seseorang yang boleh mencari isteri aku selama 2 tahun sepanjang pemergian Juliana Jasmine. Yeah, aku tahu cerita aku ini seakan di filem, seakan di novel cinta tapi aku betul-betul dilanda masalah sekarang.

Masalahnya siapa yang mahu menjadi isteri aku sekarang?

“Najjah Amani!”

Najjah Amani berpaling. “Ye?”

“Cepatlah turun makan. Mama dah masak lauk kegemaran Amani ni,” Puan Wardaa memanggilnya untuk makan tengahari bersama.

“Okay mama. Sekejap ye. Kejap lagi Amani turun,”

Serentak Puan Wardaa hilang dari kelibat pintu. Najjah Amani memegang frame gambar dirinya yang lengkap berpakaian konvo. Dia tersenyum sendiri melihat dirinya yang kelihatan lain dari biasa, terutama giginya yang sudah lurus dan cantik itu. Seronok rasanya dapat membuka pendakap gigi setelah dua tahun memakainya. Najjah Amani meletakkan frame gambar bersaiz 8R itu di suatu sudut di kamarnya. Dia bukanlah pelajar cemerlang semasa di peringkat diploma dahulu. Namun apabila naik di peringkat ijazah sarjana muda, semuanya berubah. Terima kasih juga kepada hatinya yang pernah parah suatu ketika dahulu, dia berazam untuk tidak lagi memikirkan tentang cinta.

Najjah Amani tersenyum lagi. Walaupun dia gagal dalam cinta, namun semua itu dapat ditebus dengan keputusan pelajarannya yang cemerlang. Sekarang usianya sudah 24 tahun, dan masih keseorangan. Tipu lah jika dia tidak merasa sunyi, namun kata hatinya kuat untuk tidak mahu lagi bercinta. Buat apa dia bercinta tapi akhirnya dia dikecewakan hampa? Dia tidak sanggup lagi melalui hari-hari itu.

Tidak mahu berfikir panjang, Najjah Amani segera mahu meninggalkan bilik. Namun tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengerut dahi apabila melihat nombor telefon yang asing sedang menelefonnya. Namun diangkat juga panggilan itu.

“Hello,”

“Hello. Najjah?”

“Ye saya. Siapa ni?”

“Najjah, ni saya Tina. Masih ingat saya?”

Tina.. Tina.. dia cuba mengingati nama itu. Setahunya dia hanya kenal seorang yang bernama Tina dan Tina itu adalah…

Oh Tuhan… dia terduduk…

Najjah Amani sedang memandu menghala ke Hospital Ampang Puteri. Berita yang diterima oleh Tina sebentar tadi agak mengejutkan. Setelah memarkirkan kereta di tempat yang telah disediakan, Najjah Amani bergegas keluar dan mencari kelibat Tina yang sedang menantinya.

“Najjah…” Tina melambai dari satu sudut. Najjah Amani berlari anak mendekati Tina. “Yeah Tina, macam mana keadaan… err, Shah sekarang?”

“Shah sekarang keadaan semakin baik, tapi doktor kata ada kemungkinan dia tidak akan dapat berjalan lagi. Kakinya sudah semakin lumpuh,”

“Oh…” Najjah Amani sedikit mengeluh. Shahrizam, bayangan lelaki itu membayangi ruang mata. Lelaki yang suatu ketika dahulu pernah menabur cinta, pernah bersungguh-sungguh berkata sayang dan cinta kepadanya.. namun dirinya dipermainkan begitu sahaja. Tapi semua itu sudah berlalu kan? Dia seharusnya tidak lagi mengingati semua itu, apatah lagi mempunyai perasaan dendam, bisik hatinya sendiri.

Semakin perkenalan mereka, Najjah Amani tahu bahawa kaki lelaki itu mengalami sedikit masalah, namun dia sendiri tidak tahu apa. Shahrizam tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai penyakit kaki yang dialaminya itu.

“Najjah, Shah selalu cakap pasal awak. Dia kata dia rindu dan sayangkan awak. Dia teringin nak jumpa awak, sebab tu saya telefon awak,”

Najjah Amani tertawa, semua itu kedengaran lucu di pendengarannya. Shahrizam fikir semua itu boleh buat dia percaya dengan kata-katanya? Tidak semudah itu. “Shah.. Shah.. tak berubah lagi rupanya dia.. Saya minta maaf bagi pihak Shah ye. Dia tidak sepatutnya kata begitu di hadapan kekasih hati nya sendiri,”

“Saya faham maksud dia, Najjah. Memang salah dia kerana mempermainkan perasaan awak. Tapi dia sendiri sedar, lepas buat semua tu dia rasa bersalah sangat sehingga lah sekarang. Dia fikir apa yang terjadi pada dia sekarang adalah balasan atas apa yang dia dah buat pada awak”,

Najjah Amani membeliakkan matanya. “Eh, tak ada lah sebab saya semata-mata. Saya okay je lah. Yeah, memang saya terluka dengan apa yang dia buat. Saya pernah menangis kerana dia, tapi saya tahu someday I’ll be alright, dan sekarang saya pun dah okay. Time heals, Tina. Saya tak mahu lagi ingat semua tu,”

Najjah Amani dan Tina beriringan berjalan menuju ke wad yang diduduki Shahrizam. Serentak di hadapan pintu, mereka berhenti seketika. Tina mencapai tangan Najjah Amani lalu digenggam sekejap.

“Najjah, saya akan duduk kat luar. Awak masuklah dalam. Dia ada sorang-sorang dalam wad. Saya harap awak dapat cakap baik-baik dengan dia, dan terima kasih sebab sudi datang,”

Najjah Amani tersenyum. “No biggie, Tina. Shah pun kawan saya jugak. Saya pergi dulu,” sebaik sahaja Najjah Amani melangkah masuk, kelihatan sekujur tubuh sedang terbaring lesu di atas katil.

“Assalamualaikum…” sekujur tubuh itu berpaling sebaik sahaja kedengaran suara orang memberi salam. Najjah Amani menekup bibirnya dengan tangan kanannya. Oh Tuhan, dia tampak begitu berbeza sekali.

Shahrizam tersenyum, meskipun wajahnya kelihatan begitu cengkung dan pucat sekali.

“Waalaikumussalam. Awak datang, Najjah…”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Cinta, Jangan Kau Pergi 1”
  1. super senior says:

    sy tunggu next en3…

  2. maria adrynn says:

    hello . I know you from school , and I’m ur silence reader of ur blog. what I can say bout ur story , is it similar to ur life . and maybe ade penambahan yg berlebihan. it’s like too much .

    Hope u’ll improve and write out from ur real life. penulisan dah okay . :)

  3. bby mida says:

    nk lg crita nie……….xpuas hty bca

  4. cma says:

    best la..nk lg citer ni..plz..

  5. ezry says:

    Knapa guna nama aku dlm cerita nie?? Huhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"