Novel : Isteriku, 19 Tahun 1

7 June 2011  
Kategori: Novel

26,761 bacaan 30 ulasan

Oleh : AkuSiGadisBiasa

(PROLOG)

“Abang, pergi panggil adik-adik kat luar! Dah dekat senja nie!” Suara Mama kedengaran dari dapur. Mata Akif yang sedang layan Tom and Jerry kat TV ikut langkah Abannya, Aiman ke pintu, tapi badannya tidak berganjak seinci pun. Well, bukan dia yang Mama suruh panggil adik-adik pun.

“Hanna, Hanni, bangun! Dah maghrib nie, masuk cepat.” Suara Aiman kedengaran lembut dari dalam. Mendayu. Komfomlah dua beradik tu tak gerak punya.

“Alah, sibuk jelah. Orang nak main lagilah.” Suara Hanni, si bongsu yang keras kepala itu baru berusia 6 tahun.

“Masuklah, nanti mama marah.” Suara abangnya kedengaran lagi, masih mendayu. Adui abangku, takkan berjaya punyalah guna suara macam tu.

“Kejap lagi kami masuklah. Kan Hanna kan?! Hanni kan?!” Suara seseorang yang pastinya bukan milik adiknya Hanni, atau Hanna yang berusia 8 tahun.

‘Sudah, patutlah budak berdua tu tak berganjak dari tadi, budak bertuah tu datang main rupanya.’ Akif masih pasang telinga, membebel dalam hati dengan mata masih tengok Tom yang dah jadi bola dek karenah si Jerry.

“Esok-esok Ayien datanglah main lagi kat sini.” Suara Abang Aiman kedengaran memujuk.

‘Dengan budak bertuah yang seusia dengan Hanni tu, jangan haraplah berjaya guna psikologi.’

“Alah, esok atuk cakap nak balik kampung dah. Bagilah kami main… 2 minit lagi.” Suara budak perempuan itu kedengaran lagi.

“Tak bolehlah Ayien, nanti mama marah.” Masih lembut suara Abang Aiman.

Tak boleh jadi nie! Tom yang benjol di dahi angkara Jerry tak menarik perhatian dia lagi. Akif letak remote atas meja, bangun menuju ke luar, laman rumah tempat adik-adiknya bermain.

“Zuyyin! Kau balik rumah sekarang! Kau tau tak dah pukul berapa sekarang?! Hanna, Hanni, masuk sekarang!” Lantang suara Akif mengarahkan mereka yang tengah main masak-masak di halaman rumah masuk ke dalam. Zuyyin yang terkebil-kebil dia pandang dengan mata yang sengaja di jegilkan.

“Abang Akif jahat!” Suara Zuyyin melengking geram.

“Ah sudah! Aku bukan abang kau pun! Abang kau dah mati! Cepat masuk Hanna, Hanni. Tak masuk, siap korang!” Suara Akif yang kuat dan keras menakutkan kedua anak dara cilik itu, pantas mereka berlari masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Zuyyin yang terkulat-kulat memandang Angah mereka.

“Abang Akif jahat!” sayu suara Zuyyin dengar ayat Akif. Aiman yang berdiri di tepi Akif dia pandang meraih simpati.

“Baliklah Ayien, kalau mama nampak Ayien kat sini, mesti mama marah. Dah, pergi balik k” Suara Abang Aimannya lembut memujuk.

“Kau pergi balik Zuyyin.” Suara Akif kedengaran lagi. Dari dulu, dari Mak Su dan Pak Su nya, orang tua Zuyyin dan Ikmal abang Zuyyin masih hidup dia memang tidak pernah memanggil Zuyyin yang berusia muda 6 tahun dari dia itu Ayien. Dia selesa memanggil Zuyyin.

“Hai Zuyyin, jauh kamu merayau?!” Suara Mama kedengaran di muka pintu.

“Mak Long.. Abang Akif jahat.. Dia cakap, abang Ayien dah mati..” Menitis air mata di pipi anak kecil itu. Aiman rasa belas melihatnya. Akif berdiri di tepi Aiman pasang muka tak beriak.

“Memang pun abang kau dah mati. Mak bapak kau pun dah mati. Apsallah kau tak ikut sekali dengan dorang?! Takdaklah kau muka kau ni menyakitkan mata aku!!” Suara Mama kedengaran pedih di telinga mereka, inikan lagi di telinga anak kecik seperti Zuyyin.

“Dahlah tu Ma, Zuyyin bukannya faham pun. Dah maghrib ni, masuk jom” Akif bersuara perlahan, menenangkan Maria yang dah mula mencaci Zuyyin. Meskipun dia tak suka Zuyyin yang banyak cakap itu, tapi dia sendiri tidak tega mencaci sepupunya itu. Lagipun, kanak-kanak seusia Zuyyin bukannya faham apa-apa.

“Hurmm.. Masuk, tinggalkan budak tu sendirian di situ, biar dia di makan hantu.” Kata-kata Puan Maria di sambut tangisan oleh Zuyyin.

Perkataan “di makan hantu” menakutkannya apatah lagi melihat Abang Aiman dan Akif sudah melangkah masuk ke dalam rumah dan pintu di tutup rapat.

“Akif?!” suara Aiman perlahan di telinganya, mungkin bimbang di dengar oleh Puan Maria di tingkat atas. Matanya di kaca TV tapi bunyi tangisan Zuyyin yang masih berlagu di luar rumah mengganggu telinganya.

“Abang rasa, Ayien takut tu.” Abangnya yang berada di tingkatan 3 itu bersuara.

“Abang pergilah tengok dia.” Suara Akif selamba, macam takdak apa-apa. Dia tengok cuaca di luar, memang dah gelap.

“Abang takut, nanti mama marah.”Suara Aiman lirih. Akif mendengus kasar sebelum bangun menuju ke pintu.

“Abang Akif nak gi mana?!” suara Hanna di atas anak tangga paling atas kedengaran. Hanni berdiri di sisinya, keduanya sudah siap mandi dan berbaju tidur.

“Keluar! Kalau mama tanya, cakap abang Akif pergi beli roti. Lapar!”

Suara Akif hilang bersama batang tubuhnya yang sudah menghilang di balik pintu yang kembali bertutup rapat. Seminit kemudian, suara tangisan Zuyyin sayup-sayup kedengaran sebelum hilang membuatkan adik beradik bertiga itu berpandangan sesama sendiri sebelum lari menerpa pintu. Tapi ketika pintu di buka, tiada Zuyyin mahupun Akif di situ.

*****************

[1]

Zuyyin menyeka air matanya yang mengalir laju di pipi. Kain batik nenek di bawa ke dada, seakan memeluk batang tubuh neneknya. Di bawa pula ke bibir, masih terasa harumnya bau nenek. Dan air matanya semakin lebat membasahi pipi. Nenek….

Pak Mustakim yang berdiri di pintu bilik Zuyyin menarik nafasnya perlahan, menghembus juga perlahan bila telinganya menangkap sayup-sayup suara tangisan cucunya. Seminggu yang lepas, isterinya sudah selamat di kebumikan. Dia sendiri seperti Zuyyin, dalam kesedihan. Cuma dia lebih matang menangani kesedihannya. Perlahan, di bawanya tubuh tuanya ke beranda. Sekadar duduk di kerusi, merenung kepekatan malam.

“Ayah..” Suara Razali, anak sulungnya mematikan lamunannya. Dia sekadar mengangkat kepalanya, tersenyum dan kembali memakukan pandangan ke hadapan.

“Ayah okey ke?” Pak Mustakim menoleh ke sisi, bila suara itu kedengaran sekali lagi.

“Ayah baik-baik saja Zali. Tapi Zuyyin..” Dia sangat bimbangkan Zuyyin. Cucunya itu seolah-olah hilang separuh dari nyawanya.

“Zali pun risau tengok dia Yah. Dari semalam, dia langsung tak makan. Duduk kat kubur arwah Mak berjam-jam lamanya. Dulu, waktu arwah adik meninggal, dia takdaklah sampai macam ni. Zali risau, dia dah patah semangat.” Suara Razali kedengaran sebak. Mungkin teringatkan arwah ibunya dan adiknya yang sudah meninggalkan mereka.

“Zuyyin masih kecil waktu orang tuanya dan abangnya meninggal Zali. Dia belum mengerti makna kehilangan. Tapi sekarang, dia lebih dari mengerti. Dia berhadapan dengan kehilangan bukan sekali..”

Razali menarik nafas dalam-dalam, mengerti maksud ayat ayahnya. Bukan sekali, tapi ini yang kedua kalinya. Zuyyin berusia 6 tahun ketika orang tua dan abangnya meninggal dalam kemalangan, dan sekarang ketika dia berusia 15 tahun dia kehilangan pula nenek yang menjadi tempatnya bermanja.

“Atuk, Ayien taknak makan.” Suara cucu sulungnya, Aiman yang sudah berusia 24 tahun itu kedengaran di balik pintu, sebelum tubuhnya terjegul di muka pintu sekaligus mematikan lamunan ayahnya, Razali, juga menyebabkan keluhan di bibir datuknya.

“Biarkan dia Aiman. Orang suruh makan pun nak mengada-ada.” Suara Maria, mamanya kedengaran sambil berlenggang menuju kearah mereka, di ikuti adik-adik perempuannya, Hanna dan Hanni.

“Ma, tak baik cakap macam tu.” Dia memang sedia maklum akan kebencian mamanya terhadap Zuyyin, tapi takkanlah dalam keadaan macam ni pun mamanya masih nak berkasar dengan Zuyyin?! Tak berhati perut langsung. Aiman menggeleng perlahan.

“Tak baik apanya. Zuyyin tu memang selalu susahkan orang. Buat penat aje nak risaukan dia.” Kali ini giliran Hanna dan Hanni menggelengkan kepala bila mendengar suara mama mereka. Sampai sekarang, mereka masih tertanya-tanya kenapa mama benci betul dengan Zuyyin, sedangkan Zuyyin itu baik, sangat baik sebenarnya. Sekalipun mama mereka dan abang Akif melayannya dengan teruk, Zuyyin masih juga tersenyum, cuma dengan Akif dia akan berkasar.

“Maria.!!” Keras suara Razali bila mendengar ayat isterinya. Mak Long jenis apa isterinya ini yang sanggup mengeluarkan ayat begitu?! Itupun kepada anak saudaranya sendiri.

“Sudah! Jangan sebab Zuyyin, kamu laki bini bergaduh pula. Zuyyin cucu aku, biar aku yang uruskan dia. Kamu tak perlu susahkan diri, penatkan diri memikirkan soal dia, Maria.”

Kali ini suara Pak Mustakim pula yang kedengaran keras. Sakit hatinya di simpan sahaja. Memang dia terasa hati bila mendengar ayat menantunya tadi. Sangat sakit sebenarnya, tapi dia tidak ingin mengeruhkan keadaan, bimbang anak dan menantunya bermasam muka.

“Aku masih hidup, masih berdiri di depan kamu untuk bimbangkan soal Zuyyin.” Pak Mustakim menambah. Sekilas di pandangnya mereka yang ada di situ sebelum bangun melangkah ke bilik Zuyyin, di ikuti oleh Hanni. Akif yang sedang menonton Buletin Utama di ruang tamu sekadar memandang mereka tanpa riak di wajah.

“Lain kali, cakap tu biar berlapik. Tengok, ayah mesti terasa hati tu.” Suara Razali kedengaran menegur perlakuan biadap isterinya. Aiman dan Hanna sekadar berdiri di situ memerhatikan mereka.

“Kenapa semua orang bela sangat Zuyyin tu ha?! Zuyyin tu keturunan..”

“Maria!” Suara keras suaminya menghentikan ayatnya. Maria mendengus kasar sebelum masuk ke dalam, terus menuju ke bilik tidur mereka. Kebenciannya semakin menebal terhadap Zuyyin.

“Ayah, mama cakap apa tadi tu?!” Aiman soal teragak-agak.

“Nothing! Masuk cepat, dan kunci pintu. Esok, kita balik KL.”

Laju langkah Razali meninggalkan anak-anaknya. Semakin lama mereka di sini, semakin sakit nanti hati ayah dan Zuyyin angkara isterinya. Memang dia bimbang meninggalkan orang tuanya dalam keadaan begini, tapi jika ingin melindungi mereka, dia harus menjauhkan mereka dari isterinya yang semakin melampau.

Hanna dan Aiman sekadar berpandangan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. mengambil keputusan untuk membiarkan tanda tanya di otak mereka tidak berjawab.

***********

Hanni melambai tangan ke arah kereta ayahnya yang sudah keluar dari halaman rumah datuknya.

“Masuk jom!”

Akif melangkah ke tangga di ikuti Hanni. Cuma dia dan Hanni yang masih tinggal di kampung. Aiman kerja, dan Hanna ada kelas persediaan untuk peperiksaan SPM hujung bulan ini. Mujurlah dia sedang bercuti semester dan cuti sekolah sudah bermula.

“Abang Akif..” Suara Hanni di belakang mematikan langkahnya. Dia berpaling sebelum mengalihkan matanya ke arah jari telunjuk Hanni.

“Ayien, mungkin dia nak ke kubur nenek.” Masih suara Hanni yang kedengaran. Akif cuma memandang dari jauh Zuyyin yang sedang melangkah keluar dari pintu dapur menuju ke jalan besar. Di tangannya ada bakul yang mungkin berisi jag air.

“Biarlah dia.”

Akif bersuara tanpa nada, kakinya terus melangkah ke tangga. Hanni terkebil-kebil di tengah laman. Sama ada untuk mengekori langkah Akif atau Zuyyin yang semakin menjauh. Akhirnya, dia melangkah mengekori abangnya. Membiarkan Zuyyin ‘bersendirian’ dengan nenek.

Di beranda, Pak Mustakim menghantar langkah kaki Zuyyin dengan keluhan nipis.

Zuyyin duduk sendirian di tepi anak sungai selepas ‘berbual’ dengan neneknya hampir dua jam tadi. Matanya ke arah tengah sungai, tapi mindanya jauh menerawang, berlari ke belakang di waktu nenek masih hidup. Di tangannya, kain batik nenek. Bila airmatanya mula menitis, kain batik itu di bawa ke dadanya. Seakan memeluk tubuh neneknya.

“Kau nak menangis sampai buta ke Zuyyin?!” suara sarkastik seseorang di belakangnya mengejutkannya.

“Kau buat apa kat sini?!” Zuyyin seka air mata di pipi hingga ke kering sambil letak kain batik nenek di dalam bakul. Dia mengensot ke kiri sedikit, menjauh dari Akif yang sudah duduk di tepinya. Sejak Akif melarangnya memanggil abang suatu masa dulu, dia sudah membiasakan lidahnya untuk ber ‘aku’ ber ‘kau’ dengan Akif.

“Kau tau tak, kau nie pentingkan diri sendiri?! Selfish!” Akif lagi senang lempar tuduhan tak berasas dari jawab soalan Zuyyin. Macam biasa, mukanya tiada riak. Cuma muka sinis kadang-kadang dia tunjuk pada Zuyyin.

“Kau cakap apa ni?! Aku pentingkan diri sendiri?!” Zuyyin tanya bila terkejutnya beransur hilang dengar tuduhan tak berasas Akif. Matanya di tala ke wajah Akif.

“Ya.! Kau menangis seorang diri kat sini, duduk berjam lamanya di kubur arwah nenek, tak makan, seksa diri kau sendiri.” Sinis suara Akif. Matanya beradu dengan mata marah Zuyyin.

“Akif! Kau mungkin tak terkesan dengan kepergian arwah nenek sebab kau tak kurang apa-apa. Mak bapak kau masih hidup, ada abang, adik-adik kau. Tapi aku lain, aku tak punya apa-apa selain nenek! Dia dah macam mak aku! Jadi, kau takdak hak nak cakap aku selfish, sebab kau tak pernah tau apa ertinya kehilangan! Dan kau seharusnya bersyukur sebab kau tak laluinya! Kau takda hak nak judge aku!”

Naik turun dadanya menahan marah.

‘Akif sudah melampau! Dia bercakap sesedap mulut sahaja. Dia tak tahu apa yang apa yang aku rasa, dia tak tahu betapa sedihnya, hancurnya hati aku bila melihat jasad nenek terbujur kaku di tengah rumah. Dia tak pernah tahu rasanya kehilangan, merindui orang tersayang yang tak mungkin kembali.’

Zuyyin sapu air mata di pipinya sambil melawan panahan mata Akif. Wajah tenang Akif menyakitkan hatinya. Dia bangun, bangkit dari duduknya. Dia berdiri sambil memandang benci Akif. Akif yang berusia 6 tahun lagi tua dari dia itu dia lihat seperti semut sahaja.

“Dan kau pun seharusnya bersyukur Zuyyin, sebab ALLAH masih bagi kau peluang untuk merasai semua ini. ALLAH masih bagi kau nyawa.” Akif juga ikut bangun, berdiri di hadapan Zuyyin. Suasana mula menegang di antara mereka.

“Aku lagi rela ikut nenek.”

Perlahan suara Zuyyin namun cukup membuatkan Akif berpaling ke arahnya. Akif pandang wajah Zuyyin tak percaya sebelum pandangan di buang ke tengah sungai yang cetek.

Akif senyum sinis sebelum bergerak ke arah Zuyyin sebelum menolak sepupunya itu ke dalam sungai. Mencebur Zuyyin jatuh ke dalam sungai yang cetek separas pinggang.

“Kau gilakah?! Nak bunuh aku?!” Zuyyin bersuara garang sambil menggigil kesejukan. Biarpun air cuma separas pinggang, tapi kerana dia bukan dalam keadaan sedia bila dia ‘terjun’ tadi, dia basah hingga ke dada. Zuyyin bergerak ke tebing, tangannya menekup dada.

“Bukan kau nak ikut nenek ke?! Kalau nak ikut nenek, buat apa nak takut mati?! Cakap macam orang takdak agama.” suara Akif versi sarkastik kedengaran lagi. Sinis senyumannya bila tengok keadaan Zuyyin.

“Memanglah.. tapi..” Zuyyin bersuara, tapi terhenti bila tiada ayat yang mampu dia rangka untuk membalas kata-kata Akif. Akhirnya, dia cuma berdiri di situ, terpaku.

“Kau lupa Zuyyin, kau masih ada atuk. Kau silap bila kau cakap kau tak punya sesiapa, sebab di rumah tu ada atuk yang sedang tunggu kau, menunggu kau penuh sabar untuk sedar yang bukan kau seorang di dunia ni yang bersedih. Kau melayan perasaan sedih kau tu macam kau orang terakhir hidup di dunia ini. Kau pentingkan diri sendiri!” Akif berjeda sebentar.

“Kau taknak makan, taknak bercakap dengan sesiapa, mengurung diri dalam bilik, taunya menangis dan terus menangis! Kau fikir, kalau kau menangis macam ni, nenek hidup balik?! Temankan kau macam dulu?! Kau seksa diri kau sendiri Zuyyin. Kau tak fikirkan perasaan atuk yang mungkin terluka tengok kau. Tengok kau yang dah jadi macam zombie! Orang yang tak berperasaan!”

Akif bersuara lagi tanpa mempedulikan Zuyyin yang sedang tergamam memandangnya. Riak wajah Zuyyin yang menegang perlahan mula berubah riak. Air matanya yang sudah mengering kembali mengalir.

“A.. Ku.. aku..” Zuyyin hilang kosa kata. Seolah baru tersedar dari lena yang panjang. Atuk.. Ayien minta maaf.

“Tak siapa halang kau bersedih. Kau nak menangis pun, menangislah tapi bukan begini caranya. Nenek pun tak suka kau buat macam ni. Buatlah sesuatu yang boleh buat kau ingat nenek tanpa perlu menangis.”

Akif bersuara perlahan. Zuyyin angkat wajah, melawan panahan mata Akif. Bibirnya terketar-ketar seolah-olah ingin berkata sesuatu.

“No thanks! Aku buat untuk atuk.” Ujar Akif seolah faham apa yang Zuyyin cuba sampaikan.

“Aku bukan nak ucap terima kasih, aku sejukkk..” Zuyyin ketap bibir tahan sejuk. Dia betul-betul kesejukan, air sungai ini sangat dingin.

“Naik cepat! Atuk tunggu kau di rumah.” Akif capai kain batik nenek di bakul, bergerak ke tebing dan melempar kain itu ke arah Zuyyin. Selamba tutup malu, buat-buat cool bila Zuyyin sengih.

Zuyyin mendaki tebing anak sungai, bila dia selesai membalut tubuhnya dengan kain. Akif capai bakul dan beri pada Zuyyin, perlahan langkah mereka menuju ke rumah. Langkah Zuyyin semakin cepat bila dari jauh dia nampak atuk tengah duduk di beranda menunggu dia, mungkin juga menunggu Akif.

“Atuk..” Zuyyin menerpa dalam pelukan datuknya. Menangis lagi. Perlahan perkataan itu dia ucap.

“Maaf.. Ayien minta maaf sebab dah buat atuk susah hati..”

Pak Mustakim mengusap-usap kepala cucunya sambil tersenyum. Matanya bertembung dengan mata Akif. Wajah Akif tenang tanpa senyuman. Dia tak tahu apa yang sudah Akif buat sampai Zuyyin basah kuyup begini, tapi bila dia dengar kata-kata yang keluar dari mulut Zuyyin, dia tahu Akif sudah “memujuk” Zuyyin dengan caranya sendiri.

Akif…

Hanni biarkan Zuyyin menikmati makan malamnya dengan senyuman di bibir. Selepas seminggu kepergian nenek, inilah pertama kali Zuyyin makan tanpa perlu di paksa. Syukur! Sepupunya itu sudah semakin ‘sembuh’.

“Aku ingat kau nak mogok lapar sampai mati kebulur!”

Akif tarik kerusi sebelah Hanni, duduk di meja makan. Dia capai gelas, tuang sirap selasih yang dingin. Berlumba-lumba air itu masuk ke kerongkongnya. Sedap!

“Abang Akif..”

Hanni siku rusuk abangnya bila wajah ceria Zuyyin berubah. Dia bimbang ayat sarkastik abangnya merosakkan mood Zuyyin.

Zuyyin menghentikan suapannya, angkat pinggan ke singki. Membasuh pinggannya dan berpaling, ingin meninggalkan dapur.

“Night Han!” Zuyyin senyum manis untuk Hanni. Akif tak di pandang langsung. Kakinya yang ingin melangkah ke bilik terhenti di anak tangga pertama menuju ruang tamu.

“Pasal siang tadi.. Terima kasih Akif..” Perlahan suara Zuyyin, tapi cukup jelas di telinga dua beradik itu.

“Apa abang Akif buat kat Ayien sampai dia basah kuyup siang tadi?!” Hanni tanya bila Zuyyin sudah hilang di biliknya.

“Abang tolak dia masuk sungai!” Jujur..

“Hah?!” Terkejut! Bulat mata Hanni dengar jawapan abangnya.

“Abang tolak Ayien masuk sungai tapi Ayien ucap terima kasih?! Weird!” Hanni masih pasang muka pelik tak percaya.

Akif angkat bahu, capai gelas yang masih berisi sirap selasih. Meneguknya sehingga habis. Memang sedap!

Zuyyin capai gambar nenek, atuk dan dia sewaktu raya tahun lepas. Mengusap perlahan wajah yang tersenyum sambil memeluk dia itu. Dia rindu neneknya. Kalau di ikutkan hatinya, dia ingin meraung, menjerit, meluahkan kesedihan di hatinya. Tapi bukan itu caranya bersedih. Pantas, surah yaasin di atas meja di tepi katilnya di capai. Menyelak halaman pertama, memulakan bacaan. Hati yang bersedih, ini ubatnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Isteriku, 19 Tahun 1”
  1. anna_farhana says:

    cpt ler smbung yer,,,best sgt!!!

  2. alin says:

    Macam best je….

  3. jinimini says:

    cepen dia syok..mst novel lg syok!!!..bila nk sambng niii!! xD

  4. AkuSiGadisBiasa says:

    Salam.. Ini blog saya, [ http://akusigadisbiasa.blogspot.com/ ] dan korang pun boleh jumpa saya kat FB.. like page saya k [AkuSiGadisBiasa] Thanks guys, for the support!

  5. Siti Soleha Yahaya says:

    jalan citer yg menarik….

  6. sue says:

    like like like…

  7. Achik Firdaus says:

    sedih… tp jln citer mnarik..

  8. Fiona says:

    best karya awak . saye semakin berminat utk membace :)

  9. eha safira says:

    bestnye…mula2 baca rasa sebak je..x sabar dh nie nk bca smbungan dia lgi

  10. Aisya_Sufiyyah says:

    Hai… Assalamualaikum. Jalan cerita ni menarik dan sangat menyentuh hati. Maaf kata..
    cerita ni ada sedikit banyak bersangkut paut dgn hidup saya smpai dok teriak saya sorang tengok kisah Zuyyin ni.. Hilang tempat pergantungan dari kecil.. Insya Allah.I will buy this novel someday for surely ;)
    http://aisya-sufiyyah.blogspot.com/- Wish you all the best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"