Novel : Jodoh itu Milik Kita 4

21 June 2011  
Kategori: Novel

29,332 bacaan 27 ulasan

Oleh : sara aisha

BAB 4

“Welcome!!!”

“Welcome to our house. Inilah rumah kita, Lia.” Riang suara Aariz sambil membuka pintu kondominium miliknya. Tangannya menarik Dahlia masuk.

Dahlia hanya mendiamkan diri sambil matanya tidak lepas memandang Aariz yang membelakanginya. Rumah kita! Aariz mengatakan bahawa rumah itu adalah rumahnya dan rumah Dahlia.

“Rumah kita. Kita…..” Suara hati Dahlia mula berkata-kata.

Perasaan hangat sedikit demi sedikit manjalar masuk ke dalam hati Dahlia. Entah kenapa dia senang bila Aariz mengatakan bahawa rumah itu adalah rumah mereka berdua. Seolah-olah rumah itu adalah suatu tempat rahsia yang istimewa hanya untuk mereka. Suatu tempat, suatu dunia milik mereka.

Dahlia menguntum senyuman sambil kakinya hanya mengikut gerak langkah suaminya. Matanya pula tetap seperti tadi, hanya memandang belakang Aariz yang lebar dan kelihatan gagah.

“So, how? What do you think?” Tanya Aariz setelah mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

Dahlia tidak menjawab. Hanya matanya yang meliar memandang sekeliling. Ruang tamu itu kelihatan kemas dan teratur. Tiada langsung anasir-anasir luar berupa sampah yang terdampar di mana-mana bahagian di ruang tamu itu. Perabot-perabot pula tersusun kemas tanpa sebarang debu, dan kelihatan…baru?

“Saya bau perabot baru.” Komen Dahlia dengan wajah yang serius.

Aariz tergelak kecil. Dipandangnya wajah Dahlia yang sedari tadi langsung tidak memandangnya. Mata Dahlia masih lagi meneliti rumahnya dengan penuh minat.

“Mestilah. Saya baru beli.” Balas Aariz lantas bangun dan berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu.

Dahlia mula mengalihkan mata ke arah suaminya. Keningnya diangkat tanda menyoal maksud lelaki itu.

“New sofa, new table, new fridge, new TV…new everything!!!” Ujar Aariz seraya mengangkat kedua tangannya seolah-olah bersorak.

“Seriously???” Soal Dahlia, agak sukar untuk mempercayai kata-kata yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Aariz.

Aariz memeluk tubuh, merenung Dahlia yang masih mempamerkan wajah yang dibaluti ketidakpercayaannya terhadap kenyataan yang baru sahaja diuar-uarkan oleh Aariz.

“I just came back from Melbourne, remember?”

Aariz mengingatkan isterinya sambil tertanya-tanya sendiri adakah Dahlia sudah terlupa bahawa dia baru sahaja kembali dari Melbourne sebulan yang lepas setelah bekerja di sana selama hampir enam tahun? Atau sememangnya dia sendiri tidak pernah bercerita kepada Dahlia?

Dahlia mengerutkan dahi dan menggaru kepalanya.

“I thought you just came back from US, not…Melbourne?”

Aariz menghela nafas panjang. Soalan yang bermain di fikirannya tadi terjawab sendiri. Rupa-rupanya dia sendiri tidak pernah bercerita kepada Dahlia tentang kerja dan kepulangannya ke Malaysia dari Melbourne. Segala pengetahuan Dahlia tentangnya masih kabur dan masih samar-samar. Sama seperti dia yang belum benar-benar mengenali isteri sendiri.

“Saya belajar kat US. Tapi bila habis belajar, I migrated to Melbourne. Working there for almost six years before balik sini bulan lepas.” Terang Aariz, mahu membetulkan kenyataan Dahlia.

“Oh.” Hanya sepatah kata itu yang mampu lahir dari mulut mungil Dahlia.

Dalam hati, Dahlia berasa sedikit terkilan. Baru dia sedar betapa dia tidak mengenali suaminya itu hinggakan perkara basic seperti itu pun tidak diketahuinya. Namun Dahlia sedar hubungan dia dan Aariz bukan seperti suami isteri lain yang sudah mengenali satu sama lain sebelum berkahwin.

“Sorry, saya tak pernah beritahu awak kan?” Sambung Aariz lagi seakan mengerti rasa terkilan di hati Dahlia. Mungkin juga rasa itu jelas terpampang di wajah Dahlia.

Dahlia hanya mengjungkit bahu tanda tidak pasti.

“Ok, tak pelah. Tapi itulah, sebab saya baru balik dari sanalah…saya kena beli rumah baru, perabot baru, isteri baru……” Sempat pula Aariz menyakat Dahlia di hujung katanya.

“Beli isteri baru???” Dahlia mula memberikan reaksi atas usikan suaminya. Dia mengambil bantal kecil yang berada di sebelahnya dan membalingnya ke arah Aariz.

Aariz tertawa sambil tangannya cekap menyambut bantal yang baru sahaja dibaling Dahlia.

“Oklah, oklah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” Lembut suara Aariz tatkala mengucapkan kata-kata itu. Sepasang matanya penuh dengan pandangan yang sangat lembut dan ikhlas.

Dahlia terkedu. Kata-kata yang lahir dari mulut lelaki bernama Aariz Danial itu seperti menyusup masuk ke dalam hatinya dan menembusi jiwanya. Jantungnya mula berdegup kencang. Terlalu kencang. Dahlia juga dapat merasakan wajahnya panas.

Aariz turut tergamam. Dia sendiri tidak faham kenapa dia boleh menuturkan kata-kata sedemikian rupa. Kata-kata itu seolah-olah lahir tanpa ditahan-tahan, tanpa diproses oleh mindanya terlebih dahulu. Laju sahaja meluncur keluar.

“Apa aku cakap ni?” Perlahan Aariz menyoal dirinya sendiri.

Aariz dan Dahlia masing-masing mendiamkan diri. Suasana tiba-tiba bertukar menjadi janggal. Dahlia tidak tahu apa yang patut dijawab. Ledahnya kelu. Pandangannya dilarikan daripada menatap wajah suaminya, lantas berpura-pura menilik pasu bunga yang terletak elok di atas side table.

Aariz turut melarikan pandangan. Tidak mampu untuk terus memandang wajah manis di hadapannya. Wajah yang jelas kemerah-merahan menahan malu. Perlahan dia meraup rambutnya ke belakang dan memicit leher beberapa kali. Dia mengetap bibir, cuba menahan rasa malu yang turut dirasainya.

“Itulah kau, Aariz Danial. Kalau cakap tu, tak fikir dulu.” Aariz mengutuk dirinya sendiri.

Aariz mengerling sedikit ke arah Dahlia yang jelas berpura-pura menilik pasu bunga. Tercuit rasa geli hati melihat reaksi isterinya itu. Dia cuba menahan ketawa.

Perlahan Aariz menarik nafas panjang, menelan air liur dan kemudian menyoal Dahlia.

“Ermm…awak..awak nak…tengok dapur?” Soal Aariz cuba untuk menghilangkan suasana janggal antara dia dan Dahlia.

Dahlia sedikit tersentak, lantas berpaling ke arah Aariz dengan mata yang terkebil-kebil.

“Huh?”

Wajah Dahlia jelas kebingungan. Sekali lagi Aariz cuba menahan ketawa.

“Dapur. Awak belum tengok dapur.” Jawab Aariz ringkas.

Dahlia masih terkebil-kebil memandangnya, mungkin masih cuba menganalisa apa yang baru diucapkan oleh suaminya.

“Oh! Oh, dapur. Saya belum tengok dapur.” Dahlia akhirnya bersuara sambil tersengih malu.

Aariz tersenyum, masih cuba menahan ketawa yang bila-bila masa sahaja boleh meletus. Perangai comel isterinya benar-benar membuatkan dia terhibur. Aariz sedar setiap kali dia bersama dengan Dahlia, hatinya berbunga riang. Isterinya itu seolah-olah mempunyai kuasa untuk membuatkannya tersenyum dan ketawa, sedangkan selama ini dia jarang ketawa riang begitu.

Dahlia bangun dari duduknya dan menapak ke arah dapur. Aariz ditinggalkan di ruang tamu.

“Awak…belum pernah guna dapur, ek?”

Dari dapur Dahlia menjerit, menyoal suaminya. Kepala Aariz muncul di sebalik pintu dapur, tersengih.

“A’ah, belum sempat masak.”

Dahlia tersenyum nakal. Niat di hati mahu mengusik suami sendiri.

“Ye ke tak sempat masak? Ke tak tahu masak…”

Aariz tergelak. Dia berjalan masuk ke dapur dan mengambil tempat duduk di meja makan. Matanya tidak lepas dari memandang Dahlia yang sedang membuka kabinet dan laci. Entah apa yang dicari dan diselongkar oleh isterinya itu.

“Kalau saya tak tahu masak, awak akan masakkan untuk saya, kan?” Aariz akhirnya menjawab usikan Dahlia dengan usikan juga. Secara bergurau Aariz meminta Dahlia memasak untuknya.

Dahlia yang sedang membuka peti ais berpaling ke arah Aariz. Wajah lelaki itu ditenung dengan serius sebelum dia akhirnya menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

“Saya tak mahu. Kenapa pula saya nak masak untuk awak?” Perlahan jawapan yang terbit dari mulut Dahlia. Namun cukup jelas di telinga Aariz. Jawapan itu tegas dan serius, menggambarkan betapa Dahlia tidak ingin untuk memasak walau satu hidangan buat suaminya.

Aariz sedikit tersentak dengan reaksi yang diberikan Dahlia. Di suatu sudut hatinya, dia berasa agak tersinggung. Walaupun permintaannya dibuat secara bergurau, Aariz sejujurnya teringin untuk merasa masakan Dahlia. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia punya keinginan untuk dijaga dan dihargai oleh isterinya itu. Selama ini dia hidup tanpa mengharapkan perhatian sesiapa pun, tanpa kasih seorang wanita selain daripada umi dan seorang lagi wanita yang sentiasa berada dalam hatinya. Sesungguhnya dia senang hidup begitu. Namun kehadiran Dahlia dalam hidupnya mengubah segala-galanya.

Aariz melepaskan nafas dan tersenyum pahit, cuba menyembunyikan rasa tersinggung dalam hati.

“Tak apalah. Saya bergurau je tadi. Saya tak kisah pun.” Jawab Aariz sambil cuba menutup perasaan sebenar.

Tak semena-mena ketawa Dahlia meletus. Aariz hanya mampu melihat tanpa memahami apa-apa. Dipandangnya wajah Dahlia yang masih ketawa galak sambil menekup mulut.

“Awak, kalau saya nak masak untuk awak pun, kalau saya bersemangat sekalipun….” Kata-kata Dahlia terhenti di sebalik sisa-sisa ketawanya.

“Saya tetap tak boleh. Nak tahu kenapa?” Sambung Dahlia lagi setelah ketawanya reda.

Aariz tidak menjawab. Hanya terkulat-kulat memandang Dahlia tanpa sebarang kata.

“Tada!! Sebab inilah!” Dahlia sedikit menjerit sambil membuka pintu peti sejuk di belakangnya.

Jelas di mata Aariz ruang-ruang peti sejuk yang kosong. Hanya beberapa botol air mineral yang terletak elok di dalamnya. Aariz kemudiannya tersedar bahawa Dahlia baru sahaja memainkannya. Terbit rasa geram terhadap isterinya itu.

“Oh, awak kenakan saya ya??” Soal Aariz, sedikit menjerit ke arah Dahlia yang masih tersenyum nakal.

“Kenakan awak? Mana ada! Saya memang tak nak masak untuk awak.” Dahlia menjawab selamba dengan senyuman yang masih lagi terpampang di wajahnya. Masih lagi mahu mengusik Aariz. Seronok hatinya bila dapat mengenakan lelaki itu yang selalu sahaja menyakat dia.

Aariz tidak menjawab, hanya bibirnya yang menguntum senyum. Langsung tidak menjelma rasa marah pada wanita di depannya. Yang ada cuma rasa senang dan sedikit geram atas kepandaian Dahlia mempermainkan dia tadi.

Dahlia membiarkan sahaja perlakuan Aariz yang tidak menjawab kata-katanya tadi. Dia bertindak memalingkan tubuh, kembali menghadap ke arah peti sejuk. Niat di hati ingin mengambil air. Tekaknya terasa kering. Mungkin kerana cuaca yang panas terik di luar. Penghawa dingin yang dipasang pula seperti hilang fungsinya.

“Fridge awak ni…besarnya bukan main. Saya pun boleh masuk dalam ni. Tapi satu apa pun tak ada. Macam manalah awak hidup selama sebulan ni? Takkan makan Maggi je kot. Tak elok untuk kesihatan, tau. Dalam Maggi tu, kandungan MSG dia tinggi sangat. Macam-macam penyakit boleh dapat.”

Tanpa sedar, Dahlia mula membebel. Laju sahaja dia menuturkan kata-kata, tanpa henti dan tanpa noktah. Tidak ubah seperti bullet train di Jepun. Tangannya dihulurkan masuk ke dalam peti sejuk, mengambil sebotol air mineral.

“Awak risaukan saya?” Tiba-tiba suara Aariz kedengaran dekat benar di telinga Dahlia.

Secara automatik Dahlia berpaling, sedikit terkejut apabila mendapati Aariz bercakap betu-betul di hujung telinganya. Entah bila lelaki itu bangun dari meja makan, dia pun tidak sedar. Dahlia mendongakkan kepala, memandang Aariz yang sedang merenungnya dengan pandangan yang lunak. Dadanya kembali berdebar seperti berdebarnya dia waktu di ruang tamu tadi.

“Terima kasih sebab risaukan saya, Dahlia.” Ucap Aariz lembut sambil merapati Dahlia. Tangannya pantas mengambil botol air mineral yang dipegang Dahlia.

Dahlia tidak menjawab. Dia masih terkesima. Lidahnya seperti tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya matanya yang memerhati segala gerak-geri Aariz yang sedang menuang air ke dalam sebiji gelas. Lelaki itu kemudiannya meghulurkan gelas itu kepadanya. Dahlia tidak menyambut , sebaliknya dia hanya memerhati tanpa kata.

“Lia…Dahlia…” Aariz memanggil isterinya beberapa kali.

Aariz berasa pelik melihat perangai aneh Dahlia yang seperti gugup dan hilang dalam dunia sendiri. Lembut dia menyentuh bahu Dahlia, berniat mahu mengejutkan gadis itu.

Sentuhan Aariz menyedarkan Dahlia dan dia cepat-cepat menyambut gelas itu.

“Thanks.” Dahlia mengucapkan terima kasih dan kemudian meneguk air perlahan-lahan.

“My pleasure.” Jawab Aariz pendek sambil mengambil tempat di sebelah Dahlia. Sama-sama bersandar pada kabinet dapur .

“So, apa kata kita pergi shopping petang ni?” Tiba-tiba Aariz memberikan cadangan.

“Kita beli groceries and apa yang patut untuk rumah kita ni.” Sambung Aariz lagi.

Dahlia yang mendengar hanya mengangguk. Dari hujung matanya, dia melihat wajah Aariz yang tenang memandang ke hadapan. Entah kenapa, wajah itu kelihatan bersinar-sinar di mata Dahlia.

*****************************

Aariz menolak troli dengan penuh hati-hati, takut-takut terlanggar sesiapa yang mungkin tiba-tiba muncul di hadapannya. Matanya memandang bahagian sisi Dahlia yang sedang asyik membelek shopping list yang sempat disediakan oleh isterinya tadi semasa sedang bersiap untuk keluar. Dahlia jelas sedang mengerutkan dahi sambil memusing-musing pen yang dipegangnya. Mulutnya terkumat-kamit. Mungkin sedang mengira barang yang telah dibeli atau mengomel tentang barang yang belum ditemuinya atau mungkin tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

“Apalah yang dia buat tu? Cakap sorang-sorang.” Komen Aariz dalam hati. Dahlia kelihatan kelakar di matanya.

“Aariz! Kejap, sini!! ” Dahlia tiba-tiba berpaling ke arahnya. Tangannya diangkat, melambai-lambai.

Aariz menolak troli dan menghampiri Dahlia yang kembali membelek shopping list yang dipegangnya. Dahi isterinya itu berkerut.

“Dah naik hargalah. Lapan puluh sen pulak tu. Last time saya datang sini tak mahal macam ni.” Dahlia menyuarakan rasa tidak puas hatinya tanpa memandang Aariz yang sudah berdiri di sampingnya.

Aariz mengerling ke arah longgokan bawang di hadapannya. Hatinya ingin ketawa. Rupa-rupanya Dahlia bermuram durja dan berwajah serius begitu kerana selonggok bawang.

“Saya tahulah bawang dah naik harga, tapi tak sangka bezanya macam ni sekali. Isy, tak sukalah.” Dahlia masih terus-terusan memberi komen dengan serius. Aariz yang sedang berdiri di sebelah langsung tidak dipedulikan.

“Tapi kena beli jugak. Kalau tak ada bawang, macam mana nak masak kan?” Sambung Dahlia lagi, masih bercakap sendiri.

“Setengah kilo rasanya cukup, kan?” Dahlia memalingkan wajah pada Aariz dan menyoal lelaki itu.

Ketawa Aariz yang ditahan-tahan sejak tadi akhirnya meletus. Dia memegang perut, cuba mengawal ketawa yang seperti tidak habis-habis meledak. Dahlia hanya memandang dengan wajah yang penuh kehairanan.

“Awak ni…awak ni…kelakar, awak tahu tak?” Aariz cuba bersuara diselangi dengan ketawa yang tidak berjaya ditahan-tahan.

Dahlia mengerutkan dahi, tanda tidak berpuas hati dengan kata-kata suaminya. Apa yang kelakar tentangnya?

“Awak, janganlah gelak lagi. Orang dah tengok tu. Malulah.” Dahlia seolah-olah memarahi Aariz. Dipandangnya sekeliling, melihat kalau-kalau ada pengunjung lain yang memerhatikan mereka berdua.

Dan ternyata mereka memang menarik perhatian orang apabila Dahlia seperti mendengar satu suara memanggil namanya.

“Hei, Lia!! Dahlia!!”

Dahlia menoleh ke arah tuan empunya suara. Ketawa galak Aariz serta-merta terhenti, lantas matanya tertumpu pada seorang lelaki yang berjalan ke arahnya dan Dahlia.

“Redza! Awak buat apa kat sini?” Riang suara Dahlia menyapa lelaki asing yang kelihatan kemas dan bergaya itu.

“Adalah, beli barang sikit.” Lelaki itu menjawab sambil memandang sekilas ke arah Aariz yang hanya berdiri di sebelah Dahlia tanpa kata. Wajah lelaki asing itu kelihatan sedikit kehairanan.

“Tak nak kenalkan, ke?” Lelaki bernama Redza itu menyoal Dahlia sambil mengangkat kening.

Wajah Dahlia serta-merta berubah. Jelas kelihatan tidak selesa bila diminta memperkenalkan Aariz. Tadi sewaktu Dahlia ceria bertegur-sapa dengan Redza, langsung dia terlupa akan suaminya itu. Perlahan Dahlia melepaskan nafas.

“Redza, ini Aariz. Erm…my husband.”

Membutang mata Redza sesudah Dahlia memperkenalkan Aariz kepadanya. Mulutnya sedikit terlopong, seakan ingin bertanyakan sesuatu. Namun niatnya dihentikan apabila melihat wajah Dahlia yang seperti berpesan agar tidak menyoal apa-apa.

“Aariz, ini Redza. My friend.”

Aariz menjatuhkan pandangan pada lelaki yang kini berdiri di hadapannya. Perasaan tidak senang menerpa masuk. Lebih-lebih lagi tatkala dia perasan riak wajah Dahlia yang seperti bermain isyarat dengan lelaki itu. Aariz berasa cuak namun cuba ditahannya agar tidak terlalu jelas terpamer pada wajahnya.

Kedua-dua lelaki masing-masing menghulurkan tangan dan berjabat tangan. Redza seperti berusaha untuk tersenyum ikhlas, manakala Aariz pula seakan tidak rela dalam melemparkan senyuman.

“Nice to meet you.” Hampir serentak mereka bersuara.

Dahlia hanya memandang. Dalam hati, Dahlia berasa berdebar-debar. Agak takut kalau-kalau Redza bertanya lebih-lebih berkenaan perkahwinannya di hadapan Aariz. Dahlia teringat dia pernah menunjukkan gambar Syafiq pada Redza. Dan dia masih belum memberitahu Redza tentang apa yang telah terjadi di hari perkahwinannya. Memikirkan perangai Redza yang agak protective terhadapnya, Dahlia yakin Redza akan marah padanya.

“So….you’re the lucky guy….Aariz. Lelaki yang akhirnya dapat memiliki Dahlia.” Komen Redza setelah menjatuhkan tangan. Suaranya kedengaran mendatar. Saat itu juga Dahlia sedar Redza memang marah padanya.

“Yes, that’s me.” Nada suara Aariz terselit rasa bangga. Mungkin kerana dia dikatakan sebagai bertuah kerana dapat memiliki Dahlia.

Redza sedikit tersenyum mendengarkan jawapan Aariz yang penuh keyakinan. Senyuman memaksa.

“You both….” Redza seperti mahu menyoal sesuatu apabila perbualan mereka disampuk oleh Dahlia.

“Aariz, boleh tak awak ambil bawang ni setengah kilo? Saya nak cakap dengan Redza kejap. Boleh ya?”

Dahlia cepat-cepat meminta Aariz mengambilkan bawang dan kemudian meminta keizinan untuk bercakap dengan Redza. Wajah Aariz dipandang dengan penuh harapan agar suaminya itu akan memberikan keizinan. Namun belum sempat beberapa saat bertentang mata, Dahlia mula mengalihkan pandangan. Tidak mampu melawan pandangan Aariz yang merenungnya dengan penuh syak wasangka.

Aariz mengeluh perlahan. Kalau diikutkan hati, memang dia tidak mahu membenarkan Dahlia bercakap sendirian dengan lelaki lain. Tambahan lagi, bila melihatkan reaksi Dahlia yang jelas mencurigakan. Tetapi mereka kini berada di hadapan orang, dan Aariz sedar dia tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Lagipun, air muka Dahlia harus dijaga.

Perlahan Aariz mengangguk.

“Then, I borrow your wife kejap, ya.” Ujar Redza bersahaja.

“Ok, tapi pulangkan cepat.” Selamba jawapan yang keluar dari mulut Aariz, tetapi jawapan itu penuh dengan ketegasan.

Redza tergelak kecil, beranggapan Aariz cuma bergurau. Langsung dia tidak menyedari bahawa apa yang diucapkan Aariz benar-benar dimaksudkan lelaki itu.

Dahlia menatap Aariz dengan pandangan memohon maaf sebelum berlalu pergi dengan Redza. Aariz hanya memandang belakang Dahlia yang semakin mengecil. Tanpa disangka-sangka hati Aariz terasa pedih, umpama ditikam-tikam oleh belati yang tajam. Aariz merasakan seperti ditinggalkan isterinya itu. Dan sesungguhnya itulah rasa yang amat ditakutinya sejak dia menikahi Dahlia.

Perlahan Aariz menggenggam tangan, cuba menenangkan dirinya. Berkali-kali dia mengingatkan diri bahawa Dahlia cuma pergi bercakap dengan sahabat lama.

“Awak nak cakap apa tadi, Redza?” Dahlia cepat-cepat menyoal Redza selepas agak jauh mereke berdua dari kedudukan Aariz. Mata Dahlia sesekali menjeling ke arah Aariz yang sedang memilih bawang.

Redza berdiri tegak dan memeluk tubuh. Matanya dicerlung ke arah Dahlia yang jelas tidak selesa. Dahlia menunduk, tidak ubah seperti pesalah yang sedang dibicarakan.

“Saya nak tanya korang dah dinner ke belum…” Lambat-lambat Redza menjawab sambil matanya masih seperti tadi. Memerhati Dahlia yang seperti cacing kepanasan.

Dahlia mendongakkan kepala, memandang Aariz.

“Oh, ya ke?”

Dahlia menggigit bibir, agak segan dengan tindakannya yang tergesa-gesa membawa Redza jauh dari Aariz. Nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.

“Habis tu, awak ingat saya nak tanya kenapa awak kahwin dengan dia, dan bukan dengan…erm, sape nama dia? Syafiq?”

Terus-terang sahaja Redza menyoal, sedikit menyindir Dahlia. Wajahnya serius seolah-olah marah pada Dahlia.

Dahlia mengeluh.

“Apa dah jadi ni, Lia? Macam mana….”

“Syafiq tak datang.” Perlahan suara Dahlia menyampuk kata-kata Redza.

Redza terpinga-pinga. Matanya dikelip-kelip beberapa kali seolah-olah perbuatannya itu dapat menganalisa apa yang baru sahaja didengarinya.

“What?” Akhirnya hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya.

“Syafiq tak datang masa majlis kitorang.” Kali ini suara Dahlia sedikit kuat berbanding tadi.

Mulut Redza terlopong menggambarkan rasa terkejutnya. Apa yang baru diucapkan oleh Dahlia benar-benar memeranjatkan. Jadi, ini bermakna Dahlia ditinggalkan pada hari perkahwinannya? Serta-merta rasa amarah menyusup masuk ke dalam hatinya.

“So he left you…How dare he??” Keras suara Redza.

Dahlia tersenyum pahit melihat reaksi Redza. Dia sudah mengagak itu yang akan terjadi kalau Redza mendapat tahu tentang segalanya.

“Jadi, that guy…”

“Abang Syafiq.” Jawab Dahlia pendek.

Sekali lagi Redza terkejut. Apa dah jadi sebenarnya ni?

“What the…” Redza menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal perasaan.

“Apa yang dah jadi ni, Dahlia? Kenapa awak tak bagitahu saya apa-apa?” Tegas suara Redza.

Dahlia melepaskan keluhan sekali lagi.

“Macam mana saya nak bagitahu? Tak naklah kacau korang. Lagipun, kalau awak tahu pun, bukannya boleh buat apa pun, kan?” Jawab Dahlia.

“Memanglah, tapi…..”

“Redza…”

Dahlia menyampuk sebelum sempat Redza berkata-kata lebih lanjut. Matanya yang memandang seolah-olah meminta lelaki itu agar tidak bertanya apa-apa lagi.

“Lia, saya tak bermaksud nak memaksa ke apa tapi…” Lembut suara Redza, mungkin mula menyedari bahawa reaksi dan tindakannya agak memaksa Dahlia.

“Redza, macam nilah. Kita jumpa lain kali. I’ll tell you everything.”

Akhirnya Dahlia menyuarakan jawapan yang dirasakan patut. Dahlia sedar tidak elok jika dia menceritakan semuanya di tempat yang tidak sesuai seperti itu. Tambahan pula, Dahlia dapat merasakan pandangan Aariz yang sedang merenungnya dari jauh, membuatkan Dahlia rasa bersalah. Bersalah kerana apa, dia sendiri tidak tahu.

“Dahlia…” Redza tidak berpuas hati dengan jawapan Dahlia.

“Please. Tempat ni tak sesuai untuk saya ceritakan semuanya. Lagipun, Aariz tengah tengok tu.” Jawab Dahlia cuba memujuk lelaki di hadapannya.

Redza menjeling ke arah Aariz yang jelas sedang memerhatikan mereka. Perasaan curiga jelas kelihatan di wajah itu.

“Apa pun yang saya nak ceritakan pada awak, dia pun harus ada sama. Semua ni melibatkan dia jugak.” Sambung Dahlia lagi.

“Then, kita boleh dinner sama-sama.”

Dahlia tersenyum sinis. Redza tidak habis-habis dengan percubaannya untuk mengetahui segalanya.

“No, not today. Before kitorang datang menghadap awak, saya kena bagitahu dia pasal awak dulu. Who knows, maybe dia tak suka kalau saya bercerita apa-apa pada awak.”

Jawapan tegas dituturkan Dahlia sambil matanya tidak lepas daripada menjeling ke arah Aariz yang masih memandangnya. Langsung tidak mempedulikan Redza yang asyik merenungnya.

“You do care for him, right?” Redza tiba-tiba menyoal.

Soalan cepu emas daripada Redza itu membuatkan Dahlia tersentak.

“Eh?”

Redza tersenyum melihat reaksi Dahlia.

“You do care for him. I can see that.”

Dahlia dapat merasakan darah panas menyerbu ke wajahnya. Kata-kata Redza membuatkan dia sedikit malu.

“Well, he’s my husband after all.” Dahlia akhirnya menjawab.

“He’s lucky to have you as his wife. And that Syafiq guy is one stupid man.” Komen Redza, serius. Dahlia dapat merasakan nada amarah dalam suaranya.

Dahlia tidak menjawab komen terakhir Redza, dibiarkan sahaja ia berlalu pergi.

“Oklah. Aariz dah lama tunggu tu. Saya kena pergi dulu.” Ujar Dahlia berkira-kira mahu melangkah pergi.

Redza mengangguk.

“Then, kita jumpa lagi nanti. You owe me an explanation.” Sempat juga Redza berpesan.

“Okay. See you.” Jawab Dahlia pendek sebelum berlalu.

Aariz memerhatikan Dahlia berjalan ke arahnya. Wajah Dahlia kelihatan menyimpan rasa yang berat. Perasaan tidak senang yang dirasakan sejak tadi semakin bertambah. Tadi sewaktu Dahlia sedang berbicara dengan lelaki itu, dia perasan mereka seperti berbincang sesuatu yang serius dengan sesekali menjeling ke arahnya. Seolah-olah membicarakan soal dirinya.

“Sorry, lama awak kena tunggu.” Ucap Dahlia setelah tiba di hadapan Aariz.

Aariz tidak menjawab. Hanya matanya yang merenung Dahlia tajam.

“Awak kenapa?”

Laju sahaja Dahlia menyoal. Sesaat kemudian Dahlia mengetap bibir. Soalan itu dirasakan seperti bodoh. Sudah tentu Aariz sedang marah, dan dia pula dengan selamba menyoal lelaki itu seperti tiada apa yang berlaku.

Wajah serba-salah Dahlia dipandang dalam-dalam oleh Aariz. Dahlia hanya menunduk, tidak sanggup bertentang mata dengannya seperti selalu.

“Jom pergi bayar.” Akhirnya Aariz bersuara.

Dahlia seakan tersentak mendengarkan suara Aariz yang kedengaran sangat mendatar, tanpa sebarang perasaan. Tidak ceria dan riang seperti selalu. Wajah tegang lelaki itu dipandang. Tiba-tiba muncul perasaan takut dalam diri Dahlia terhadap suaminya itu.

Dahlia mengikut langkah Aariz yang menolak troli dari belakang. Dia cuba berfikir apa yang patut dilakukan. Aariz tidak pernah marah begitu sejak dia mengenali lelaki itu. Jadi Dahlia benar-benar tidak tahu apa yang patut dibuatnya untuk menghilangkan rasa marah itu. Lebih-lebih lagi dia sendiri yang menjadi punca amarah itu.

Aariz tidak bersuara sepanjang perjalanan pulang mereka dari hypermarket yang dikunjungi tadi. Dahlia turut membatukan diri. Bukan kerana turut marah pada suaminya itu, sebaliknya kerana rasa bersalah yang bersarang dalam dirinya.

“So, anything awak nak cakap?” Akhirnya Aariz bersuara setelah mereka tiba di rumah. Ketika itu dia dan Dahlia sudah pun melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu.

Dahlia tidak menjawab dan hanya bermain-main dengan jari-jemarinya. Tabiat itu memang tercipta sejak dia masih kanak-kanak. Tabiat yang menunjukkan dia tidak tahu apa yang patut dijawab atau dibuat.

“Dahlia…” Sekali lagi Aariz bersuara. Tangannya menyentuh jari-jemari Dahlia, seakan mahu menghentikan perbuatan isterinya itu.

Dahlia mendongakkan kepala, merenung wajah Aariz dan berusaha mencari tanda-tanda amarah di wajah itu. Aariz kelihatan sedikit tenang berbanding ketika di hypermarket tadi. Dalam hati, Dahlia menarik nafas lega.

“I’m sorry sebab buat awak macam tu tadi. Saya biarkan awak tercongok kat sana, saya pulak cakap dengan lelaki lain.” Suara Dahlia akhirnya meluncur keluar dari kerongkong.

Terserlah rasa bersalah dalam nada suara Dahlia. Baginya, walaupun hubungan dia dan Aariz tidak seperti pasangan suami isteri lain, Dahlia tetap punya rasa hormat yang tinggi terhadap lelaki itu. Tambahan pula, Aariz baginya seorang lelaki yang baik dalam menjaga dan melindunginya.

“Kalau awak akan rasa menyesal macam ni, sepatutnya jangan buat dari awal.” Penuh ketegasan suara Aariz, menampakkan rasa tidak sukanya terhadap perbuatan Dahlia.

“Tapi, saya….saya tak ada niat jahat apa pun.” Jawab Dahlia pula.

Aariz menggelengkan kepala.

“Lia, saya tak cakap pun awak ada niat jahat ke, buat jahat ke, cuma…..saya tak suka bila isteri saya pergi bercakap dengan lelaki lain depan mata saya sendiri. Saya pula ditinggalkan macam tu je.” Jelas Aariz panjang lebar.

“Saya tahu, saya nak awak anggap saya macam kawan je and kawan biasa takkan rasa macam ni. Tapi, saya tetap suami awak. Dan sebagai suami, saya rasa saya ada hak untuk tahu apa yang dah jadi pada isteri saya sendiri.” Sambung Aariz lagi dengan lembut, namun penuh ketegasan. Ketegasan itu pula seperti mampu menusuk masuk ke dalam hati Dahlia dan membuatkan dia rasa terharu.

“Tak ada apa-apa jadi sebenarnya.” Cepat-cepat Dahlia membalas, cuba menerangkan keadaan sebenar.

Aariz menarik nafas panjang.

“Kalau macam tu, tell me….siapa lelaki tadi?”

Aariz akhirnya menyoal, menyuarakan rasa ingin tahu yang sejak tadi bertamu dalam dirinya. Sejak mula-mula Dahlia menegur lelaki itu dengan penuh kemesraan.

Dahlia mengerutkan dahi. Tidak memahamai maksud sebenar Aariz.

“You mean?”

“Awak nampak macam mesra je dengan dia.” Jauh nada suara Aariz. Kedengaran aneh di telinga Dahlia.

“Well, he’s my best friend. Saya kenal dia dah lama. Kitorang memang kawan rapat. Saya, dia and Teja.” Terang Dahlia kepada suaminya.

“Teja?” Aariz menyoal.

Dahlia sedikit tersenyum mendengarkan soalan Aariz yang mengingatkannya pada Teja, sahabat baiknya yang kelakar dan terlampau peramah.

“A’ah. Teja or nama sebenar dia Khatijah. Redza’s wife. Diorang pun baru kahwin jugak. Macam kita. Tapi awal sikit. 3 months ago.” Laju sahaja Dahlia bercerita. Perasaan bersalah dalam dirinya hilang begitu sahaja. Yang hadir adalah rasa teruja untuk menceritakan tentang sahabat baiknya.

Mendengarkan berita bahawa Redza sudah berkahwin seperti mendatangkan perasaan lega ke dalam hati Aariz. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia berperasaan demikian.

“Diorang sebenarnya nak datang masa wedding kita…” Kata-kata Dahlia tiba-tiba terhenti seolah-olah teringatkan sesuatu.

“Sorry. Wedding saya dengan….” Dahlia cuba membetulkan kenyataan yang baru sahaja diucapkannya.

“Wedding kita. Wedding kita, Dahlia.” Tanpa Dahlia sangka Aariz membetulkan balik kata-katanya, lantas membuahkan senyuman pada wajah Dahlia.

“Diorang sebenarnya nak datang masa wedding….wedding kita. Tapi diorang ada hal. Actually pergi honeymoon. Last minute punya plan.”

“Tapi, tadi tak nampak pun wife dia?” Soal Aariz, mula memberikan perhatian pada cerita Dahlia. Tubuhnya dipusing ke kanan agar betul-betul bertentangan dengan Dahlia.

Dahlia menepuk dahi.

“Oh, yelah! Saya lupa nak tanya tadi.”

“Macam manalah nak ingat. Asyik mengumpat pasal saya je tadi?” Aariz menjawab, sedikit mengusik Dahlia.

“Mana ada mengumpat awak!” Dahlia sedikit menjerit. Ditamparnya bahu Aariz.

Aariz tergelak kecil. Dahlia memang cepat melatah bila disakat begitu.

“Habis tu apa? Dia bercakap sambil jelling-jeling kat kita. Gaya mengumpat yang sangat profesional.” Sambung Aariz, masih mengusik Dahlia.

Tertawa Dahlia mendengar komen Aariz yang kelakar.

“Dia tanya apa dah jadi. Kenapa…”

Dahlia mengetap bibir sebelum manyambung lagi.

“Kenapa suami saya orang lain, bukan Syafiq.”

Tersentap hati Aariz tatkala mendengar jawapan Dahlia. Perasaan terluka kelihatan di dalam mata Dahlia.

“Dia kenal Syafiq?” Lembut suara Aariz menyoal kembali.

“Not personally. Tapi dia pernah nampak gambar Syafiq. Saya pernah tunjuk pada dia.”

Dahlia kemudiannya mula memberikan penjelasan atas tindakannya bercakap sendirian dengan Redza. Dia tidak mahu Redza bertanya lebih-lebih pada Aariz atau mungkin menuduh Aariz yang bukan-bukan. Bagi Dahlia, dia yang sepatutnya menerangkan duduk perkara sebenarnya kepada Redza tanpa menyusahkan Aariz. Tetapi dia juga sedar bahawa dia tidak boleh menceritakan hal perkahwinan mereka sewenang-wenangnya kerana mungkin Aariz tidak akan merasa selesa.

Senyuman Aariz melebar bila mendengar penjelasan Dahlia. Tidak pernah dia sangka begitu sekali Dahlia berfikir tentangnya. Dia dapat merasakan betapa isterinya itu menghormati dia sebagai suami. Walaupun Dahlia kadang-kadang seperti keanak-anakan, begitu mudah melatah bila diusik dan suka memuncungkan mulut, Aariz sedar Dahlia adalah seorang yang cukup tegas dalam mempertahankan pendiriannya. Dan ternyata Dahlia juga sangat menghargai suatu ikatan perkahwinan, walaupun perkahwinan yang baru dibina bukanlah perkahwinan yang diingini.

“So bila awak nak jumpa dia lagi?” Soal Aariz pada Dahlia setelah isterinya itu menamatkan penjelasannya.

“Tak tahu lagi.” Dahlia menjawab pendek. Dalam hati, Dahlia sedikit kehairanan dengan soalan Aariz.

Aariz membetulkan duduknya dan bersandar pada sofa. Tangannya diangkat ke belakang Dahlia, tapi tidak pula tangan itu memeluk bahu isterinya.

“Ajak dia datang rumah. With his wife.” Jawapan Aariz seakan-akan memberikan arahan pada Dahlia.

Dahlia berpaling ke kiri menghadap Aariz.

“Ajak datang rumah?”

Aariz mengangguk.

“Kita buat majlis sikit. Something like housewarming party. Ajak diorang. Nanti awak boleh kenalkan diorang pada saya. And of course properly introduce me to them.”

Agak terkejut Dahlia mendengar jawapan Aariz. Dia tidak menyangka Aariz mahu berkenalan dengan kawan-kawannya. Sangkanya Aariz lebih suka tidak bercampur dengan kehidupan peribadinya memandangkan lelaki itu pada asalnya hanyalah suami bidan terjun. Lelaki yang terpaksa mengahwininya atas sebab keadaan yang memaksa.

“Ok? Nanti awak contact lah diorang.” Sambung Aariz lagi seraya bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.

Aariz menjeling sedikit ke arah Dahlia yang kelihatan agak terpinga-pinga. Mungkin terkejut dengan permintaannya. Sejujurnya, dia sendiri agak terkejut dengan permintaan yang diutarakan dirinya sendiri. Pada awalnya, Aariz tidak mahu terlalu terlibat dalam kehidupan peribadi Dahlia. Dia mahu membiarkan sahaja isterinya itu dengan kehidupan lama tanpa melibatkan dia asalkan Dahlia tahu menjaga diri dan batas-batasnya sebagai seorang isteri. Namun, bila mendengarkan cerita Dahlia mengenai kawan-kawannya, terbit pula rasa ingin mengenali mereka. Mungkin juga kerana dengan cara itu, Aariz juga dapat lebih mengenali Dahlia, isteri yang tiba-tiba sahaja mumcul dalam hidupnya.

“Ok.” Akhirnya Dahlia menjawab, walaupun suaminya telah lama hilang di sebalik pintu dapur.

Dan suatu senyuman terbit di bibir Dahlia.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

27 ulasan untuk “Novel : Jodoh itu Milik Kita 4”
  1. zahirah says:

    t’baik pnye!

  2. nurain says:

    ^_^ suka laa…

  3. YuriAiHabara says:

    ah cute.. hehe.. sweet la dye org nih..

  4. GadisCute says:

    Bestlh..

  5. GadisCute says:

    Saya rasa novel ni memang best sangat.Tahniah kepada kak Sara Aisha.Saya pasti novel ini akan digemari ramai.Pertama kali saya baca cerita ni saya terus suka.Satu jalan cerita yang menarik dan menambat hati sesiapa sahaja yang membacanya.

  6. rosmpkmn says:

    nice

  7. IRIS FIRMAN says:

    oh my goshhh , fulammak , mmg terbaekklah novel kak sara Aisha neyy, tak sabar nak tengok drama cite nieyy , huhu , Tiz Zaqyah ngn Farid Kamil !! yahuu..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"