Novel : Love You Mr. Arrogant! 18, 19

17 June 2011  
Kategori: Novel

80,834 bacaan 45 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

Bab 18

“Awak, saya balik lambat sikit ya hari ni…” Zaara memulakan bicara sebaik Irham mengangkat gagang.

Irham tidak memberikan sebarang respon membuatkan suasana menjadi hening seketika.

“Awak… dengar tak ni? Saya cakap yang saya balik lambat sikit hari ni, boleh tak?”

“Nak pergi mana lagi? Dating?” Irham serius bertanya.

“Ish apa awak merepek ni. Saya nak pergi rumah sewa saya kejap, ambil Myvi saya. Harap awak hantar saya pergi kerja pun tak boleh diharap.” Zaara memulangkan paku buah keras.

“Aku tak hantar pun, ada orang tolong hantarkan kan.”

Zaara terkedu. ‘Macam mana dia boleh tahu?’

“Awak nampak saya ke pagi tadi?”

“Aku belum buta.”

“Hadry selisih dengan saya kat perhentian teksi tu. Dia ajak saya tumpang dia, takkan saya nak tolak pulak.”

“Tolak ajelah, apa susah.”

“Saya dah cuba menolak, tapi dia bersungguh ajak saya. Tak sampai hati pulak saya nak kecilkan hati dia.”

“Apa-apa ajelah. Yang penting aku tak suka.”

“Kenapa pulak? Takkanlah awak cemburu?” Zaara cuba menebak, dengan rasa tidak percaya.

“Cemburu? Bila masa aku cemburu? Aku cuma tak suka kau tumpang kereta orang lain.” Pantas Irham menjawab.

“Yelah, yelah. Lepas ni saya tak buat dah. Puas hati?”

Irham cuma diam. Bara di hatinya masih belum reda.

“Boleh tak saya balik lambat ni?” Zaara menyoal kembali.

“Ikut suka kaulah.” Irham menjawab seraya pantas meletak gagang.

“Ish cakap macam tak mahu cakap.” Zaara meletak telefonnya sebaik Irham memutuskan talian di hujung sana.

——————————————————

“Seronoknya dapat balik ke rumah ni!” Zaara tersengih saat menjejakkan kaki ke laman rumah sewanya dulu. Kereta Myvinya yang tersadai di garaj segera diusap lembut. Rindu pada keretanya itu.

“Kau jangan risau, hari-hari aku dah panaskan enjin.” Fiz memberitahu.

“Terima kasih. Aku tahu aku boleh harapkan kau.” Zaara tersenyum gembira.

“Dah masuklah.” Fiz mengajak sebaik membuka pintu.

“Kau tak ajak pun aku nak masuk.”

Fiz ketawa kecil.

Isi rumah itu direnung segenap inci. Terasa rindu sekali untuk menjalani hidup seperti dulu, mengikut coraknya sendiri tanpa perlu memikirkan orang lain. Kini segalanya sudah berubah, hendak menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Dia kini sudah jadi milik Irham secara mutlak sama ada dia suka atau tidak.

Zaara tersedar dari lamunan saat telefonnya berdering dengan nyaring, dengan pantas Zaara mengangkat telefonnya itu.

“Rumah sewa kau tu kat mana?”

“Er, kat Taman Setia Indah.”

“Nombor rumah?”

“Nak buat apa?”

“Jawab ajelah.”

“Nombor 24.”

“Ok.”

Talian diputuskan. Zaara terkedu, laju saja talian ditamatkan sebelum dia sempat menyoal Irham lagi.

“Kenapa ni beb?” Fiz pelik melihat Zaara tergamam.

“Ni suami aku ni, tiba-tiba saja tanya rumah ni.”

“Dia nak datang sini kot.”

“Ish merepeklah kau ni. Takkanlah macam tu pulak…”

Serentak dengan itu juga, bunyi hon kedengaran di luar rumah. Zaara segera memanjangkan lehernya, melihat gerangan insan di luar.

Sebuah kereta Audi elok terparkir di hadapan rumah.

“Erk! Irham!” Zaara pantas menjerit.

“Hah! Kan aku dah cakap.” Fiz tersengih, seronok bila tekaannya tepat.

Zaara yang terkedu melihat kehadiran suaminya itu, cepat-cepat membuka pintu pagar lalu menghampiri kereta Irham. Cermin kereta suaminya itu diketuk supaya Irham dapat membuka tingkap.

“Awak buat apa datang sini?” Zaara segera menyoal sebaik cermin tingkap diturunkan.

“Aku nak pastikan yang kau betul-betul ke mari.”

“Ceh, tak percaya lagi.” Zaara memeluk tubuhnya. Geram dengan sikap Irham.

Irham membuka cermin mata hitamnya sebelum memandang wajah Zaara yang masam mencuka.

“Dah jom balik sekarang. Kang kau sesat, aku tak nak tanggung.”

“Ala, saya nak duduk lama-lama sikit kat sini. Baru je nak bersembang dengan Fiz. Kacaulah awak ni.”

“Kalau macam tu, duduklah terus kat sini. Kan senang.” Irham geram.

“Eh betul ke? Boleh ke? Bestnya!” Zaara tersenyum girang.

“Jangan nak mengada! Tadi kau kata kau nak ambil kereta kau aje kan. Bukannya nak bersembang. Jom balik!” Irham menjegilkan matanya.

“Ala… sibuk aje.” Zaara mencebik seraya membawa langkahnya ke dalam rumah semula.

“Sorry lah beb, laki aku suruh balik lah. Kacau daun betul.”

Fiz tersengih-sengih saat menyambut salam yang dihulur Zaara.

“Dia tak boleh berenggang dengan kaulah tu.”

“Eii mengadalah kau ni.”

Fiz tersengih macam kerang busuk. Zaara segera membolosi perut Myvinya sebelum menghidupkan enjin.

“Esok jumpa kat ofis ya!” Zaara melambai ke arah Fiz saat Myvinya itu keluar dari ruang garaj.

—————————————————————

Irham memandu keretanya itu sambil sesekali memandang ke belakang, mencari kelibat Myvi Putih yang dipandu Zaara.

Tiba di suatu jalan, Zaara tiba-tiba saja memarkir keretanya di bahu jalan menyebabkan Irham cepat-cepat menekan brek seraya berpatah balik ke arah kereta Zaara.

Irham yang khuatir sesuatu berlaku pada Zaara, cepat-cepat menghampiri kereta Myvi itu.

“Kenapa ni?” Irham segera menyoal sebaik Zaara menurunkan cermin tingkap. Zaara tersengih sebaik melihat Irham.

“Nak singgah pasar malam kejap la. Jom!” Zaara mengajak seraya menuding jarinya ke arah pasar malam yang kelihatan sungguh meriah.

Irham mengetuk dahinya.

“Aku ingat apalah tadi. Rupa-rupanya kau nak ajak aku pergi pasar malam saja. Dah tak payah mengada. Jom balik!”

“Tak mahu! Awak nak balik, baliklah dulu. Saya nak singgah kejap je. Dah lama tak makan ayam percik.” Zaara keluar dari keretanya sambil memegang dompet di tangan.

“Ish macam-macam perangai la kau ni!” Irham bersungut sebelum mengunci keretanya.

Zaara cuma ketawa kecil saat melihat Irham turut mengekori langkahnya.

Langkah Zaara laju sebaik melangkah ke dalam pasar malam itu, ramai pengunjung yang ada menyebabkan suasana menjadi sesak dan riuh rendah.

“Tunggu…” Irham cepat-cepat memegang lengan Zaara untuk menghalang Zaara dari bergerak.

“Apa?” Zaara menoleh ke belakang. Irham pantas menggapai jemari Zaara lantas digenggam erat.

“Eii apa pegang tangan saya ni, rimaslah!” Zaara mengomel sambil menggoyang-goyangkan tangannya, minta dilepaskan.

“Pasar malam ni kan ramai orang, kang kau terpisah dari aku, susah aku nak cari balik.”

Zaara mencebik. ‘Macam-macam!’

Zaara berjalan dengan hati yang sebal, melayan karenah Irham.

“Ayam percik!” Zaara kegirangan saat melihat makanan kegemarannya itu tersusun di atas meja jualan.

“Bagi dua dik!” Zaara meminta sambil menunjukkan simbol dua pada jarinya.

“Sedap ke ayam percik tu?” Irham berbisik ke telinga Zaara.

“Eh awak tak pernah makan ayam percik ke?”

Irham menggeleng.

“Sedap gila. Lagi sedap dari Chicken Chop tau!” Zaara tersengih lantas segera memilih makanan kegemarannya sambil Irham hanya diam memerhati.

Irham kelihatan kekok sekali dengan suasana pasar malam yang dipenuhi pengunjung. Sebolehnya dia cuba mengelak dari berlanggaran dengan lautan manusia itu, cuba memastikan baju kemeja putih jenama terkenalnya itu tidak dicemari anasir lain.

“Aduh…” Irham mengaduh sebaik kasutnya dipijak orang. Pandangan matanya segera ke arah bawah, melihat kasut mahalnya yang hitam berkilat itu sudah dicemari kekotoran dan debu.

“Dah jom balik!” Irham segera menarik Zaara mengikutnya.

“Eh-eh kenapa ni? Saya belum habis beli la…”

Irham cuma diam tidak membalas, wajahnya masam mencuka. Tangan Zaara ditarik hinggalah mereka sampai ke kereta mereka semula.

“Kenapa awak ni?” Zaara membentak. Tangannya segera direntap dari genggaman Irham.

“Cuba kau tengok apa dah jadi pada aku ni?”

“Kenapa pulak? Ok je saya tengok.” Zaara memeluk tubuhnya.

“Ini kau kata ok? Cuba kau tengok kasut aku ni, penuh dengan debu. Dah lah ada orang pijak pulak tu. Kau ingat murah ke kasut ni?”

“Habis yang awak datang sini, pakai jenama mahal-mahal tu buat apa?” Zaara membalas acuh tak acuh. Baginya perkara itu terlalu kecil untuk membuatkan Irham melenting.

“Manalah aku tahu, yang isteri aku yang degil ni nak heret aku ke sini!”

“Eh awak yang nak ikut, saya tak paksa pun.”

Irham mendengus marah. Buntu akalnya hendak membalas kata perempuan yang seorang ini.

“Tapi seronok kan tempat ni? Mesti awak suka kan?”

“Mana ada!”

“Eleh, tak payah nak tipulah. Saya nampak awak dok belek barang-barang tu tadi dengan muka teruja.”

“Okey shut up Zaara. Dah jom balik!” Irham enggan melayan karenah Zaara lagi walaupun ada kebenaran dalam kata-kata Zaara itu. Suasana pasar malam yang baru pertama kali dijejakinya itu memang membuatkan dia teruja.

Irham segera membolosi perut keretanya, membuatkan Zaara tergesa-gesa membuka pintu kereta Myvinya sebelum mereka bertolak meninggalkan kawasan pasar malam itu.

Bab 19

Sampai saja ke banglo mewah itu, Irham pantas menaiki tangga untuk ke biliknya, membiarkan Zaara seorang memikul bungkusan beg-beg plastik yang terisi juadah dari pasar malam tadi.

‘Apa punya suami daa. Tak ada sifat gentleman langsung. Ada ke patut biar aku sendiri yang bawak semua ni…’ Zaara mengomel sendiri saat berjalan ke arah dapur.

“Kamu ke mana tadi Zaara?” suara Puan Sri Maryam mengejutkan Zaara yang baru meletakkan bungkusan plastik itu ke atas meja makan. Segera Zaara berpaling ke arah Puan Sri Maryam yang sedang bercekak pinggang memandangnya.

“Zaara pergi pasar malam, mama.”

“Pasar malam? Kamu seret Irham pergi tempat yang kotor tu?”

Puan Sri Maryam menghampiri Zaara yang kaku sedari tadi.

“Kamu tahu tak, aku tak pernah ajar anak-anak aku pergi tempat orang kebanyakan macam tu. Kamu, baru saja masuk dalam keluarga ni, dah pandai ya.”

“Tapi saya cuma…”

“Tak payah kamu nak bagi alasan Zaara. Aku dah kenal sangat perangai orang kebanyakan macam kamu ni. Memang tak sedar diri. Tak reti nak menjaga nama keluarga.”

Zaara terdiam, terkesan dengan kata-kata itu.

“Dahlah hari tu kamu berani tampar si Sherry tu, kamu ingat kamu ni siapa? Dia tu bakal menantu aku tau. Bukannya macam kamu, menantu yang aku tak iktiraf.” Puan Sri Maryam menambah lagi.

Puan Sri Maryam menghampiri Zaara yang tertunduk memandang lantai.

“Aku pun tak tahu apa yang ada pada kamu sampai Irham sanggup lepaskan Sherry tu untuk kahwin dengan kamu. Tapi kamu tengoklah nanti, sampai bila perkahwinan ni mampu bertahan. Sebab aku takkan berdiam diri selagi aku tak pisahkan kamu berdua!”

“Mama…” Zaara memandang wajah Puan Sri Maryam, terkejut dengan kata-katanya tadi.

“Dah jangan panggil aku mama. Meluat aku dengar…”

Zaara gumam, air mata yang ingin gugur, ditahan Zaara dari jatuh. Tidak menyangka Puan Sri Maryam membencinya sampai begitu sekali.

“Mama, Zaara. Apa yang disembangkan tu?” Irham bersuara tiba-tiba seraya menghampiri keduanya. Irham tersenyum memandang Zaara yang kelihatan tergamam. Puan Sri Maryam tidak membalas pertanyaan Irham, sebaliknya cuma menjeling ke arah keduanya.

“Mama, jomlah makan sekali.” Ajak Irham yang sudah menarik kerusi untuk duduk.

“Kamu makanlah, mama tak ada selera tengok makanan ni.” Puan Sri Maryam lekas beredar, makin ditunggu di situ, makin sakit hatinya melihat Zaara.

“Apa mama cakap dengan kau hah?” Irham pantas menyoal sebaik kelibat Puan Sri Maryam hilang dari pandangan.

Zaara melarikan matanya dari pandangan Irham, risau Irham dapat melihat air jernih yang bertakung di tubir matanya.

“Tak ada apa-apalah. Tak penting pun.” Zaara cuba menyembunyikan rawan di hatinya dek kerana layanan Puan Sri Maryam sebegitu.

“Saya naik atas kejap ya, nanti saya datang balik.” Zaara cepat-cepat ingin berlalu dari situ namun Irham lebih pantas memegang lengannya.

“Makanlah dulu, kejap lagi naiklah.”

“Awak makanlah dulu, nanti saya datang.” Zaara bersuara seraya meloloskan dirinya dari pegangan Irham.

——————————————————–

Irham membuka pintu perlahan, membolosi biliknya itu dengan berhati-hati sebelum membuka lampu yang tidak dipasang. Sedari tadi dia menunggu Zaara di bawah namun Zaara tetap tidak turun membuatkan dia mengambil keputusan untuk datang memanggil Zaara.

Zaara yang terkejut melihat bilik sudah terang berderang, segera menyeka air matanya yang masih bersisa.

“Kenapa dengan kau ni?” Irham menyoal saat duduk di sebelah Zaara di atas katil itu, pelik melihat Zaara yang duduk di dalam gelap, dan wajahnya kelihatan sembap, dengan nafas tersedu-sedan.

Zaara cuma terdiam namun menggeleng lemah.

Irham memegang dagu Zaara lantas didongakkan menghadapnya.

“Kau nangis ke?”

Zaara menggeleng sekali lagi tanpa memandang wajah Irham.

“Tak payah tipu. Aku nampak pipi kau basah.”

Zaara menepis tangan Irham yang memegang dagunya lantas segera berkalih ke arah lain. Tiada mood hendak bercakap dengan Irham. Irham bangun semula seraya duduk pula menghadap Zaara.

“Mama cakap sesuatu yang sakitkan hati kau ke?”

Zaara membatukan diri, enggan bersuara.

“Haish, kalau ada apa-apa, cakaplah dengan aku. Ni kau diam aja, macam mana aku nak tahu masalahnya.”

Zaara memandang wajah Irham dengan air mata yang kembali berlinangan. Diseka air mata itu perlahan sebelum dia menghela nafas.

“Kenapa semua orang dalam rumah ni bencikan saya, Irham?”

“Bencikan kau?”

“Ya, semua orang bencikan saya, termasuklah awak! bukan saya pinta untuk masuk dalam keluarga ni Irham, saya terpaksa.”

Zaara memandang wajah Irham dengan pandangan sayu.

“Saya sedih sangat. Saya boleh terima layanan buruk awak terhadap saya selama ni. Saya boleh terima sikap awak yang berlagak tu, ego tinggi melangit. Tapi saya jauh dari keluarga saya, yang saya ada cuma keluarga awak, jadi bila semua orang dalam rumah ni menghina saya, bencikan saya, hati saya rasa sedih sangat Irham.”

“Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?” Irham keliru.

Zaara menggeleng. “Tak ada apalah. Awak takkan faham.”

“Beritahu aku apa yang terjadi sebenarnya. Barulah aku boleh faham.”

Zaara gumam, tidak mampu bersuara, dadanya merasa sebak kembali. Perlahan esak tangisnya kian kedengaran, sukar sekali hendak membendung esakan itu saat hatinya rasa begitu terhiris.

Irham yang tergamam melihat esakan tangis Zaara, segera memaut Zaara erat ke dalam rangkulannya. Zaara tidak mampu berbuat apa-apa, saat ini dia hanya merasa ingin menangis sepuasnya. Hanya suasana hening menemani mereka berdua yang tenggelam dalam perasaan masing-masing.

Saat esakan itu kian hilang dan sendu di hati Zaara kian reda, dia melonggarkan pautan Irham sebelum menolak Irham menjauhinya semula.

“Dah ok?” Irham menjenguk wajah Zaara yang menunduk.

Zaara mengangguk perlahan sambil menyeka air mata yang sudah membasahi pipi mulusnya.

“Awak… terima kasih.” Zaara bersuara dalam esak yang masih bersisa.

Irham berdehem.

“Walaupun kau kata aku berlagak, layan kau buruk.. aaa apa lagi?” Irham mengira-ngira dengan jarinya.

“Ego tinggi…” Zaara mengingatkan.

“Aku masih sudi peluk kau, tenangkan kau. So memang aku layak dapat ucapan terima kasih tu kan. Jadi, sama-sama.”

Zaara tersenyum. Sekurang-kurangnya hatinya sudah merasa sedikit tenang setelah berada di dalam pelukan Irham sebentar tadi, hilang sedikit gundahnya yang asyik memikirkan penghinaan Puan Seri Maryam padanya sebentar tadi.

“Nanti jangan lupa bersihkan kasut aku dan basuhkan baju aku tu. Kau punya pasallah habis kotor semua.”

Senyuman Zaara mati sebaik mendengar arahan Irham itu.

“Ei, baru saya ingat awak dah baik dengan saya, rupanya ada lagi niat nak membuli tu.”

“Kalau kau merajuk, siapa nak bersihkan semua tu, sebab tulah aku datang pujuk kau.” Irham ketawa besar.

“Ceh, perangai macam hampeh.”

“Dah-dah. Jom turun. Makanan yang kita beli kat pasar malam tadi berlambak. Kalau kau berkurung kat sini, siapa nak habiskan?” Irham bingkas bangun dari duduknya.

“Saya tak ada seleralah…” Zaara bersuara lemah. Memang hilang sudah seleranya hendak menjamah ayam percik kegemarannya itu sebaik mendengar kata-kata ibu mertuanya tadi.

“Lepas habis kotor baju aku, kasut aku semata-mata sebab ikut kau ke pasar malam, kau boleh cakap yang kau tak ada selera pulak? Kau jangan nak mengada. Jom turun cepat!”

“Awak makan lah sorang…”

“Kau jangan nak buat pasal. Mana aku mampu habiskan semua tu.”

“Ajaklah Susanti sekali.”

“Ei tak mau aku. Susanti tu suka pandang aku semacam. Seram aku dibuatnya. Dah-dah, jom!”

Irham lekas menarik tangan Zaara, membuatkan Zaara tidak berdaya untuk menolak lagi. Sekurang-kurangnya Irham sudi menenangkan hatinya sebentar tadi, jadi dia harus mendengar kata Irham kali ini.

—————————————————————

Zaara termangu sedari tadi di tempat tidurnya bersebelahan katil mewah Irham, suaminya itu sudah nyenyak tidur sedari tadi sedangkan mata Zaara tidak mampu tertutup walau sepicing. Hatinya asyik memikirkan layanan Puan Sri Maryam terhadapnya, entah mengapa sampai sekarang, ibu mertuanya itu tidak mampu menerima dirinya sebagai menantu.

‘Ingatkan dah tak ada lagi ibu mertua macam dalam cerita Ibu Mertuaku tu, rupanya banyak lagi orang macam tu. Haish nasib badan… dah la kahwin kena paksa, ibu mertua aku pulak benci gila kat aku. Redha ajelah Zaara, sabar banyak-banyak ye wahai hatiku…’

Zaara mengeluh panjang tanpa menyedari Irham sudah terjaga dan berpaling menghadapnya sebaik mendengar keluhan Zaara tadi.

“Kau ni kenapa? Tak boleh tidur ke?” suara Irham kedengaran tiba-tiba.

“Makkk!” Zaara menjerit dek kerana terkejut sebelum mengurut-ngurut dadanya yang berdegup kencang.

“Awak ni, tak terperanjatkan saya tak boleh ke? Nasib baik saya tak ada lemah jantung…” Zaara mengomel sambil matanya membuntang memandang Irham.

Irham buat endah tak endah sambil menggosok-gosok matanya yang pedih.

“Kau tu yang kejutkan aku! Kau tahu tak? Dah-dah tidur cepat.”

“Saya tak boleh tidur la…” Zaara mencebik.

“Habis kau nak aku buat apa? Dodoikan kau?”

“Ish, mana ada. Dah saya tak boleh nak tidur, nak buat macam mana lagi.”

“Kiralah kambing biri-biri lompat pagar.”

Zaara memandang Irham dengan rasa pelik. ‘Bergurau ke dia ni? Tapi muka macam serius je, macam tak ada perasaan pun sama.’

“Awak ingat saya budak kecik ke nak kira kambing biri-biri lompat pagar?”

“Ah yang penting boleh tidur, kalau kau tak tidur, jiwa aku yang tak tenang kau tau tak, manalah tahu tengah-tengah malam ni kau panjat katil aku, tidur sebelah aku ni.”

“Awak ingat saya kebulur sangat ke nak tidur sebelah awak?”

“Eleh, mulut cakap lain, tapi dalam hati mesti teringin kan?” Irham tersenyum gatal.

“Perasan!”

Sekarang baik kau tidur, sebelum…” Irham menjeling tajam ke arah Zaara.

“Sebelum apa?”

“Sebelum aku turun bawah tu, lepas tu peluk kau. Kau nak?”

“Eiii apa awak ni!”

Irham ketawa besar membuatkan Zaara cepat-cepat berpaling dari menghadap Irham.

‘Eii kena rasuk ke Irham tu. Seramnya aku…’ Zaara menutup wajahnya dengan selimut sebelum cuba untuk tidur, risau Irham akan mengapa-apakannya jika dia tidak berbuat demikian.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 18, 19”
  1. iela says:

    besttttt sanadddd

  2. nuriz says:

    best la suka sangat2

  3. fairus says:

    bila nak dibukukan??

  4. hamimah saidan says:

    sedih beb aku baca…mngalir ooo air mana..hee…sweetnya irham walaupon hati kering..sukenye,,,,,untg zara..

  5. syaza syahirah says:

    sye dh khatam n dh beli pon novel ni tpi disebabkn terlalu best jdi sye bce d sni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"