Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 1

20 June 2011  
Kategori: Novel

16,659 bacaan 15 ulasan

Oleh : AnneYusre

Sakinah tahan diri dari membantah arahan datuknya. Permintaan itu memang sangat melampau jika nak dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan. Datuk memang suka membesar-besarkan cerita.

” Kamu nak membantah arahan atuk ke Sakinah?” Saja disoal cucunya kerana dia dah kenal sangat dengan perangai Sakinah. Pastinya sakinah tengah mengutuk dia bermati-matian di dalam hati. tengok muka pun dah tahu.

“Kalau takde apa, esok kamu ke rumah Puan Sri Aliya. Atuk dah bagi tahu tentang hal ni. Dia pun tak kisah sebab dia memang perlukan orang menjaga Aeman.”

Sakinah mengangguk lemah. Demi wang saku, dia sanggup berbuat apa sahaja. Datuk memang kejam!

Sakinah menekup muka ke bantal. Dia menjerit sekuat hati. Ini tak adil! memang tak adil! Datuk memang suka mendera orang. Sakinah baring terlentang di atas katil.

Kesalahan: Credit card over limit sebab shopping tak ingat dengan Aqilah dan Zafirah semalam.

Memang tak sangka akan terkantoi dengan datuk. Dan-dan pulak dia ugut nak potong habis wang saku selama 3 bulan. Gila sangat tu. Cuti semester akhir, 5 bulan, dan terpaksa hidup 3 bulan tanpa wang saku. Memang ngeri. Atas sebab itu, dia setuju cadangan datuk untuk menjaga Aeman sehingga cuti semester habis. Sakinah duduk bersila di atas katilnya itu. Dia berpeluk tubuh. Takpe Sakinah, Aeman tu kanak-kanak je. Bagi susu, suruh tidur, diamlah dia. Tak susah pun!
*****
Kanak-kanaklah sangat! Sakinah berdiri tegak tak berkuit sedikit pun. Hancur musnah segala harapannya. Aeman tu kanak-kanak berusia 23 tahun. Dah tua bangka pun.

” Sakinah naik atas, panggil Aeman turun dulu. Auntie rasa, dia tak bangun tidur lagi tu.” Terngiang-ngiang lagi suara Puan Sri Aliya ditelinga Sakinah. I am true a dead meat. Sakinah memulas tombol pintu yang tergantung note ‘do not disturb’ perlahan-lahan.

” Aeman tu baru accident 2 bulan lepas. he lost his ability to walk. Jadi, Sakinah tolong uruskan semua keperluan Aeman. Auntie terlalu busy untuk sediakan semua keperluan dia. Sakinah cuma tolong bersihkan bilik dia, berikan ubat ikut waktu, dan sediakan permintaan Aeman.”

Sempat Sakinah mengeluh sebelum masuk kedalam bilik Aeman. Agak-agak Aeman ni sakit jiwa tak? Bau hapak menusuk hidung sebaik sahaja Sakinah melangkah masuk ke dalam bilik. Sesak nafas dibuatnya. Bilik itu gelap gelita bagai tiada satu pun sumber cahaya yang boleh menembus masuk ke dalam kamar sebesar gelanggang tenis itu. Sakinah meraba dinding mencari suis lampu. Plap! Sakinah menelan liur. Ni bilik ke kandang kambing? Tapi, dengan keadaan cd bersepah kat lantai, almari baju yang terbuka dengan lipatan baju yang terburai, bantal kusyen macam baru kena langgar garuda, komik-komik kat sana sini, sah ni memang kandang kambing. Tak syak lagi.

” Hoi, tutuplah lampu tu!” Suara garau berbunyi di sebalik comforter hijau yang bergumpal diatas katil bersaiz king itu. Oh, inche kambing tengah berhibernasi ye.

” Cik Aeman, sila bangun sekarang. Masa hibernasi sudah tamat.” Sakinah berdiri menghadap katil Aeman. Dia paling pantang orang bangun lambat dari dia. Dia terpaksa bangun awal hari ni, Aeman ni pulak sedap-sedap pulak nak tidur sampai tengah hari. Sungguh tak adil!

” Shut up, old woman. Go and leave me alone!”

chewah, speaking london pulak mamat ni. ingat sikit weh, kau tu anak orang melayu. Banggalah dengan bahasa kebangsaan kita.

” This old woman want you to get up from bed and get some fresh air outside. So, please wake up right now Mr. Aeman.” Sakinah pun dah terikut mengagungkan bahasa penjajah. Prof. Rahman mesti sedih dengar debator bahasa melayu harapannya menggunakan bahasa asing dalam komunikasi harian.

Aeman menyelak selimut memandang Sakinah. Wajah Sakinah yang samar-samar menjadi jelas selepas matanya digosok dua tiga kali. Gadis yang lengkap berbaju kurung pink dengan pony tail berdiri cekak pinggang menghadapnya. Cute! Tapi, itu semua tak penting. Tangannya meraba remote dikepala katil. Dia hanya membiarkan Sakinah merenungnya. Plap! Lampu ditutup semula. Dia menarik selimut menutup kepala. Kacau!

Sakinah ternganga melihat tindakan Aeman. Memang kambing. Segala misai, janggut, dan jambang memenuhi ruang muka Aeman. Sakinah menggosok hidung, cuba menghilangkan bau hapak yang masih menusuk hidung. Mamat ni memang tak patut ditolong. Dia pun tak nak tolong diri sendiri. Sakinah hendak melangkah keluar.

” Datuk tolak wang saku kamu 3 bulan.” Kata-kata itu membuatkan Sakinah berhenti melangkah. Ish, datuk memang tak adil. Okay, sakinah. Demi wang saku yang tengah menari-nari di depan mata, silalah bertukar menjadi Sailormoon R sekarang. Lengan baju kurung dilipat sampai ke siku. Saya Sharifah Sakinah Binti Syed Aminuddin takkan mengaku kalah dengan datuk. Inche Aeman Kambing, awak salah orang nak dibuat main. Awak tak kenal saya. Saya benci orang tak dengar cakap saya.

Sakinah melangkah ke sliding door. Dia menarik curtain hijau lumut itu ke luar. BIlik Aeman terang benderang terkena panahan terik sang matahari pagi. Hehe..Cik Kambing terhormat, siaplah awak.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 1”
  1. anis says:

    jarak umur antara sakinah dan aeman 2 berapa tahun…eh

  2. larra says:

    npew nma x bg sedap ckit …
    hehehehe…
    bru da feel…

  3. CariNur says:

    hahah .. kelakar habis..

  4. fitry97 says:

    berapa umo sakinah tue ??

  5. Ani says:

    Nmpkny sakinah 2 saudara sy la..nma ayah kita org same..hehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"