Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 2, 3

27 June 2011  
Kategori: Novel

15,421 bacaan 21 ulasan

Oleh : AnneYusre

“Mama. siapa yang hantar perempuan senget macam tu kat rumah kita. Aeman tak suka. Mama kena pecat dia sekarang jugak. Aeman boleh urus diri Aeman sendiri.” Aeman menyembur Puan Sri Aliya tanpa sempat ibunya membela diri. Badannya yang basah kuyup tak dihiraukan. Perkara yang paling penting adalah, menghalau Sakinah keluar dari rumah sekarang jugak.

” Aeman dear, listen me. Mama hire Sakinah supaya Aeman rasa malu sedikit dengan diri Aeman. Biar Aeman tak lagi terkurung dalam bilik tu. Anggap Sakinah macam Alisa. Anggap dia macam adik Aeman. She’s a good girl. ” Puan Sri Aliya cuba bertoleransi dengan anak lelakinya. Aeman perlukan perubahan dan dorongan untuk meneruskan hidup dengan lebih bermatlamat. Jadi, dia percaya dengan kehadiran Sakinah dapat membantu Aeman sedikit sebanyak walaupun cabarannya sangat besar.

” Dia bukan Alisa. Dia tak sama langsung dengan Alisa. ” Aeman meninggi suara. Sakinah takkan sama seperti Alisa. Alisa tak pernah siram dia dengan air sebaldi untuk bangun dari tidur macam ni.

Puan Sri Aliya tak tahu ayat apa lagi yang patut disusun untuk memujuk anak sulungnya itu. Dia tidak pernah menganggap Sakinah pekerjanya sebab Syed Kamaruddin adalah orang yang sangat dihormati di daerah ini. Masakan Puan Sri Aliya nak buat Sakinah seperti orang gaji. Dia menerima cadangan Syed Kamarudin pun selepas lelaki itu menerangkan sebab musabab dia berbuat demikian. Lagipun, kalau untuk kebaikan Aeman, dia sanggup berbuat apa sahaja.

” Suka hati Aemanlah nak buat apa dengan Sakinah tu. Mama tak masuk campur. Mama banyak kerja ni, kita jumpa masa dinner nanti okay. Assalamualaikum.” telefon ditangan dicampak ke lantai. Ada ibu pun 2×5. tak pernah nak faham perasaan anak sendiri.

Aeman merenung Sakinah yang selamba dek tak bersalah menyusun cd-cd yang bertaburan di lantai. Dah simbah orang sampai basah tilam, boleh buat dek camtu je. ” Hey, old woman.”

Sakinah buat tak layan. Dah habis mengadu kat mak dia la tu. Macam budak-budak. Cd yang penuh ditangan disusun semula ke raknya satu persatu. Mamat ni background ahli muzik terhormat kot. Habis semua genre dia layan. Dangdut Indonesia pun ada. parah,parah.

” Kau pekak ye?” Suara Aeman masih lagi membingitkan telinga. Sakit hatinya Sakinah buat tak tahu. Nak tarik comforter, dah sama basahnya dengan baju. Air-cond pulak sejuk tak hengat. Memang nak kena perempuan ni. Aeman capai bantal kecil dan dicampak ke arah sakinah.

Adoi! sakinah menoleh ke belakang memandang Aeman tajam. Tak serik ke mamat ni? Nak kena campak ikut anjung tu pulak ke?

” Kau tak dengar ke aku panggil kau hah?” Muka Aeman dah serupa macam harimau kelaparan. Keji dan menyakitkan hati.

” Tak. Saya tak dengar pun sesiapa sebut nama Sakinah tadi. ” Innocent sakinah bersuara. Agak-agak, Aeman tu rasa nak bunuh diri tak? Sakinah ketawa dalam hati.

Aeman ketap gigi. Bertuah punya budak. Kau loyar buruk ye. ” Aku nak mandi. Tarik wheel chair aku kat tepi pintu toilet tu ke mari.” Suara Aeman dah mula tone down. mungkin dah malas nak melayan kerenah Sakinah yang lain macam itu. Baru datang dah tunjuk belang.

Sakinah meletakkan cd di atas lantai. Kira okaylah nak pergi mandi. Nak pengsan menahan bau hapak ni. Tapi, dah kurang sikit sebab dah selak langsir bagi cahaya masuk. Itupun kena maki tak ingat tadi. Wheel Chair ditarik ke arah katil. Dia hanya melihat Aeman bersusah payah menggerakkan diri ke pinggir katil. Terdetik rasa simpati terhadap Aeman. Diusia yang terlalu muda, Aeman dah hilang haluan hidup.

” Tepilah sikit. Tercegat macam patung cendana tu buat apa. Aku nak lalu ni.”

Sakinah beralih memberi laluan. Hilang rasa simpati mendengar suara Aeman memetir seperti halilintar. Orang tua ni dah berapa lama tak jumpa orang sampai hilang budi bahasa. Budi bahasa budaya kita tau tak. Kunci dalam toilet baru tau.

*******

Aeman tak bergerak dari pintu toilet. Matanya melilau kesekeliling bilik. sah, perempuan senget tu dah takde.Dia menolak wheel chairnya keluar dari toilet. Aeman tertegun disitu. Mak aih, pantasnya bekerja. Bilik yang tadinya macam tongkang pecah kini dah boleh digelar bilik semula. Cd berada pada tempatnya. Komik-komik tersusun rapi di rak buku tepi meja study. PS3 dah tersimpan semula didalam kabinet televisyen. Pandangan Aeman beralih pula pada katil yang sudah siap bertukar rupa. Segala cadar, comforter, sarung bantal dah bertukar warna baru. Kuning cair. Robot hidup ke bela saka si Sakinah tu? kerusi rodanya digerakkan ke almari baju. Terasa sejuk pula badannya yang tidak berbalut apa-apa itu. Tambahan pula, kalau si senget tu masuk buat niaya je nampak tak senonoh macam ni.

“Kamu ni nakal betullah Sakinah.” Cik Umi menggeleng kepala. Gadis mesra yang bersila dihadapannya memang kuat menyakat. Ada ke nak dipadankankan Cik Umi dengan datuknya. ikut suka hati je. alasannya, nanti datuk tak susah-susah pergi minum teh kat kedai je setiap hari.

Sakinah kenal Cik Umi sebab anak Cik Umi satu kelas masa di sekolah menengah dahulu. Cik Umi kata, Luqman menyambung pelajarannya di INTEKMA, Syeksen 17. Luqman bakal ke oversea hujung tahun ni. Bertuah badan. Ditanya Cik Umi kenapa Sakinah tak melanjutkan pelajaran keluar negara, Sakinah mencipta alasan tidak mahu mininggalkan datuknya. kasihan datuk duduk sorang-sorang kat rumah agam tu.
Walhal, ayahnya sudah berkali-kali mengajaknya tinggal bersama di Jordan. Dia sahaja yang menolak.

” Aeman tu macam mana?” Soal Cik Umi. Tangannya ligat menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada Aeman. Dia tahu Aeman gemarkan nasi lemak daripada air tangannya.

Sakinah meletak kepala di atas meja makan. Ai, Cik Umi ni pun baru kerja sini ke sampai tak kenal perangai anak majikannya yang sangat bertuah itu?

” Dia tu macam mental je. Dia taknak bangkit, Kina simbah air. Menjerit-jerit macam orang kena histeria. Kina buat tak tahu, dia pergi mengadu dekat Auntie. Tapi Auntie tak layan pun.”

Cik Umi meletakkan nasi lemak kedalam dulang yang dah penuh berisi buah-buahan, segelas air anggur, dan segela air suam untuk diminum bersama ubat.

” Bersabarlah. Orang sakit memang macam tu.” Cik Umi tersenyum pada Sakinah. Sakinah mengangguk lemah. Betullah tu.

” Sudah tu, hantar ni kat bilik dia. nanti bertukar jadi singa lapar, kamu juga yang susah.”

“Ai ai cip!” Sakinah bangkit dari duduk dan menatang dulang untuk dibawa ke atas.

Dia berdiri dihadapan pintu. Berkira-kira dengan diri semdiri sama ada mahu masuk atau tidak. Ketukan pintu tadi tidak mendapat sebarang respons dari pihak yang berada di dalam. Maut pulak kalau main masuk je. Dibuatnya Aeman tengah sarung baju, mahu sensored pandangan mata ni. Tumbuh ketumbit tak pasal-pasal.

“Delivery service!” Laung sakinah. Masuk jelah. Kalau lucah sangat tutuplah mata. Bukan susah pun. Tombol pintu yang tak berkunci dipulas dan ditolak kedalam. Sakinah melangkah masuk berhati-hati. Matanya mencari kelibat Aeman. Ha, tu dia. Tengah sibuk membelek cd. Sakinah meletakkan dulang di atas meja di tepi sliding door. Perabot bilik dia ni memang dah lengkap tahap gaban dah. Kalau rumah teres sebiji, dah penuh satu rumah. Tinggal takde peti ais dengan dapur untuk memasak je.

” Cik Aeman. Breakfast kat atas meja ni. Lepas makan boleh la makan ubat pulak.” Mata sakinah mengerling jam di dinding bilik Aeman. Breakfast pukul 11 pagi. Teruk betul.

” Tahu lah.” Macam mak nenek. Cd The Beatles diletak di atas hi-fi. Dia bergerak ke arah meja bulat berhampiran tempat Sakinah berdiri. Bau nasi lemak Cik Umi dah boleh buat perut dia ala-ala korn buat gig.

Suasana diam dan bungkam. Aeman tekun menghadap nasi lemaknya dan tidak menghiraukan Sakinah. Sakinah pun apa lagi, memulakan agenda sendiri membelek komik Aeman. Takkan nak jadi pak pacak kot.

” Sakinah, tolong ambil ubat dekat meja kecil tu.” Aeman bersuara tanpa menoleh kebelakang. Air anggur diteguk hingga setengah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut dah tak rasa nak marah-marah lagi. Aeman ambil buah oren yang sudah siap dipotong. ai, lama bebenor ngambik ubatnye. Jumpa ke tak gamaknya tu? Aeman menoleh ke belakang. Bertuah! Sakinah sudah terlelap bersandar pada dinding sambil meriba komik Aeman. Sempat curi tulang tu. Aeman memandang Sakinah dengan penuh makna jahat. Ohh, tadi simbah air dekat aku ye. Gelas air suam di capai dan dia bergerak perlahan-lahan ke arah Sakinah. Rancangan ni tak boleh gagal. Bukan senang nak tunggu subjek berasa dalam keadaan menyerah diri macam ni.

Eh, hujan ke? dalam bilik pun boleh terkena tempias jugak, ke bocor bilik mamat ni? sakinah terpisat-pisat membuka mata. Pandangan pertama yang menyapanya, wajah Aeman yang sedang tersenyum puas. Sakinah melihat dirinya yang dah kuyup disiram air dari atas kepala. Bibirnya diketap kuat. Inche Kambing, dengan ini saya melancarkan perang!!!!!!!!!

Orang Gaji ke Hamba Abdi 3

Puas terlentang, Sakinah baring mengiring. Sesekali lehernya digaru. Air-cond yang dah memcecah suhu 16 degree celcius pun tak mampu menenangkan hati Sakinah. Hari ni betul-betul penat. Baru hari pertama dah rasa macam nak mati. Aeman tu memang menduga iman. Ingat aku nak mengalah, malam sikit lah. Nehi never.

Tok.Tok.

” Comin’, ” Sakinah bersuara malas. Mesti datuk tu. Nak buat sit-rep la tu. Situation report. Suka la dia dengar orang lain terseksa. Sheesh. Tak suka.

” Kak Ngah!!!!!”

Terasa putus nafas Sakinah mendapat terjahan maut dari adik saudaranya, Nabila. Nabila memeluk Sakinah seeratnya. Rindu betul dekat kakak saudaranya yang sorang ni.

” Abel, bila sampai?” Sakinah membalas pelukan kejap Nabila biarpun perut rasa senak. Kena himpap dek si debab ni memang buat perut ramping dan kempis tanpa senaman.

” Juz now. Papa hantar Abel. Abel nak duduk dengan Kak Ngah. Boleh kan?” Si Debab 4 tahun yang petahbersuara. Dia melepaskan pelukan dan duduk bersila di atas katil. Muka Sakinah dipandang penuh harapan.

” Sure. Abel nak duduk dengan Kak Ngah sempai Abel tua pun Kak Ngah tak kisah.” Sakat Sakinah dibalas dengan muka cemberut dari Nabila. Sakinha ketawa senang. Dia bangkit duduk di atas katil. Rambutnya disimpul ke atas biar tak macam pontianak. Sakinah menghadap Nabila, dicubit pipi tembam Nabila. Geram aku.

” Kak Ngah nak beli ais krim. Orang merajuk tak boleh ikut.” Sepantas kilat sakinah bangun dan terjun dari katil meninggalkan Nabila yang terkedek-kedek di belakangnya mengejar sambil mulutnya tak berhenti menjerit nama Sakinah. Ada Nabila, sedikit sebanyak kuranglah perasaan sakit hati kat Aeman Kambing tu.

Nabila memandang Sakinah bersiap dengan mata tidak berkelip. Pagi-pagi dah pakai baju kurung. Datuk kata Sakinah tengah cuti tapi bersiap di awal pagi macam ni menimbulkan tanda tanya di benak Nabila.

” Kak Ngah, nak pergi dating ke?” Nabila menyoal dengan muka tak bersalah. Innocent habis.
Sakinah berpaling kebelakang memandang Nabila yang sedang menghadapnya. Mana budak ni dapat idea pergi dating pulak. Ni sure Nurisa ajar adik dia yang bukan-bukan.

” Kak Ngah nak pergi rumah kawan. Abel duduk rumah dengan atuk, nanti petang Kak Ngah balik. Kita pergi main kat taman permainan ok?” Sakinah mencantumkan ibu jari dengan jari telunjuk.

Nabila memuncung. Sakinah buat tak faham. Nabila dan duit saku sama penting. Tetapi, duit saku tu dah conquer 3/4 dari kepentingan sekarang ni. Maafkan Kak Ngah ye Abel.

Sakinah berdiri di depan cermin melihat diri sendiri di dalam baju kurung pink cair. Syarat ni yang dia paling tak faham, datuk suruh pakai baju kurung setiap kali nak ke rumah Puan Sri Aliya. Ikutkan hati, nak je pakai t-shirt dengan jeans. Rumah Puan Sri Aliya pun bukan jauh sangat. Kat simpang depan tu je. Satu kawasan perumahan dengan datuknya.

” Abel nak ikut.” Nabila buat muka comel yang bisa menyilaukan mata sesiapa yang memandang.

Dan akhirnya…
Sakinah memimpin tangan Nabila masuk ke dalam rumah Puan Sri Aliya. Nabila terpaksa dibawa bersama kerana dia telah mengeluarkan aura awan mendung berarak yang hanya dapat dipujuk dengan menuruti sahaja permintaannya. Nabila diam tak berkutik kerana dia sudah berjanji tidak akan berbuat onar di rumah kawan Sakinah. Mereka berdua berjalan menuju ke dapur merentasi ruang tamu yang sunyi sepi.

” Assalamualaikum Cik Umi.” Sapa Sakinah. Cik Umi memandangnya dengan senyuman manis.

” Waalaikumsalam. Sakinah. Eh, siapa pulak ni?” Cik Umi memandang Nabila yang memeluk teddy bear di tangan kiri dan memegang tangan Sakinah dengan tangan kanan.

” Adik Kina.Sibuk nak ikut. Kina malas nak dengar dia nangis. Kina bawa sekali. Lagipun, nanti petang boleh Kina bawa Cik Aeman keluar jalan-jalan.” Baikkan hati aku?

Cik Umi terangguk-angguk faham. Aeman tu pun dah dekat dua bulan ta keluar rumah. Bagus juga ada Sakinah, dapat dia tengok dunia luar dari terperuk macam ikan pekasam dalam bilik tu. ” Cik dah letak breakfast Aeman kat atas meja tu, pergi bawa naik atas.”

Kening Sakinah terangkat tinggi. Biar betul, baru pukul 9.30 pagi ni. Impossible. “Dia dah bangun ke Cik Umi?” Soal Sakinah.

Cik Umi angguk tanpa suara. Seikat kangkung dibawa keluar dari peti sejuk. Tengah hari ni masak simple sahaja sebab Datuk Sri dengan Puan Sri tak balik makan kat rumah. Aeman pun bukan makan sangat. Kalau masak pun, tong sampah je yang kenyang.

Okey. Jadi Sakinah siapkan mental dan fizikal untuk perang psikologi dengan Cik Aeman Kambing Hapak tu. Sakinah melepaskan tangan Nabila dan mentang dulang dengan kedua belah tangannya. “Let’s go Abel. We’ll go upstairs.” Wahh, badi speaking ni memang datang bila dengan Nabila dan Aeman gamaknya.

Sakinah dan Nabila berhenti di hadapan pintu bilik Aeman. “Abel, jangan cakap bukan-bukan tau. Kalau tak, Kak Ngah call papa ambil balik rumah.” Nabila angguk mengerti. Sakinah bukan percaya sangat anggukan Nabila tu. Kejap lagi keluarlah soalan mencabar dari mulut dia tu.

Sakinah menolak daun pintu yang tertutup rapat. Gelap, macam semalam. Cik Umi kata kambing ni dah bangun. Apa kez gelap gelita pulak ni. Tak bayar bil elektrik ke apa?

” Assalamualaikum, ” Nabila memberi salam. Sakinah menunduk memandang Sakinah. Budak ni…

Diam tak berjawab. Sebelah tangan Sakinah mecari suis di dinding. Lampu terbuka. Terang-benderang seluruh bilik, tetapi bayang Aeman pun tak nampak. Sakinah tarik nafas panjang. Bukan lega, tapi rasa nak pelangkung je kepala Aeman. Baru kemas semalam, hari ni dah jadi tongkang pecah balik.

” Kak Ngah, teruk betul bilik kawan Kak Ngah ni. Kalau mama Abel tengok, mesti dia kena marah.”

Sakinah tak terkata apa. Bukan setakat Mak Lang je yang naik angin, dia pun dah mula terasa ada asap keluar dari telinga. Dia melangkah masuk untuk meletakkan dulang berisi makanan di atas meja. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Opss-Kemas akan dimulakan sekarang. Sakinah campak bantal yang bersepah di tepi katil ketempatnya semula. Cadar katil ditarik sehingga kemas. Bantal-bantal tidur ditepuk supaya kembali gebu. Nabila hanya memerhatikan kakak saudaranya bekerja tanpa suara. Lolipop yang diberikan oleh Sakinah lebih menarik perhatian daripada memandang wajah Sakinah yang dah bertukar jadi singa lapar tu.

” Tidur macam harimau. Semua benda pun nak jatuh.” Ngomel Sakinah sendiri. Asalkan dapat melepaskan marah.

” Kak Ngah pernah tengok harimau tidur ke?” Nabila menyoal tanpa notis. Impress juga dengan Sakinah. Harimau tidur pun dia pernah tengok. Sakinah malas nak menjawab. Dia beralih pula pada komik yang berterabur di atas meja. Sakinah bercekak pinggang menhadap meja study Aeman. Satu malam boleh habiskan baca semua komik. Menipu betul ni. Part ni Sakinah sure yang Aeman memang sengaja buat.

” Baca buku kalah Einstein, pandainya tak jugak.” Sakinah merungut lagi. Tangannya tetap ligat menyusun buku-buku itu. Tunggulah kau Inche Kambing, aku heret kau keluar rumah petang ni. Bukan sukaraela, tapi paksaan!

“Einstein tu siapa Kak Ngah? Kawan Kak Ngah jugak ke?” Nabila membakar Sakinah lagi. Sakinah mengecilkan mata memandang Nabila yang sibuk menjilat lolipop besar di tangan.

” Abel! Kak Ngah call papa suruh pick up Abel nak?”

Nabila senyum kerang busuk. Hehe… Sekali mengamuk daa..

Aeman senyum sendiri di balik pintu. Dia tergeleng-geleng mencuri dengar perbualan Sakinah dan si kecil yang dia tak tahu siapa. Saja dia ke bilik Alisa mengenang kenangan lama. Hampir 2 bulan Alisa meninggalkan mereka sekeluarga. Walaupun hubungan keluarga tak banyak berubah, Aeman tetap merasakan kehilangan orang yang paling rapat dalam hidupnya selain Mama dan Papa.

” Abel tunggu sini, Kak Ngah nak hantar baju kotor ni kat dapur. Don’t touch anything. ” Sakinah membesarkan mata ke arah Nabila. Aeman cepat menggerakkan kerusi rodanya ke balik dinding agar tidak di sedari Sakinah.

Sakinah menggendong bakul kecil dan turun ke bawah tanpa menyedari kehadiran Aeman yang memerhatikannya di sebalik dinding. Setelah dipastikan Sakinah benar-benar berada di ruang bawah, Aeman menggerakkan wheel chair ke bilik. Riak Nabila yang sedikit terkejut tidak dihiraukan. Aeman terus sahaja menuju ke meja kecil disebelah katil mencapai remote televisyen. Nabila hanya memerhati tindak tanduk Aeman. Dia pelik sebenarnya melihat keadaan Aeman yang berkerusi roda. Tetapi, mengenangkan janjinya kepada Sakinah, Nabila cuba mendiamkan diri. Aeman diam menonton channel 551.

” Uncle, nampak Kak Ngah tak?”

Aeman angkat kening. Uncle? Aeman tak menjawab. Dia tiada mood nak melayan kanak-kanak.

Nabila garu leher. Mana Kak Ngah ni, jangan-jangan dia dah balik rumah.

” Uncle, uncle nampak tak Kak Ngah Abel?” Nabila dah tak boleh duduk diam. Dia bangun menghampiri Aeman. Paling dia tak suka orang diam tak menjawab soalannya. Nabila berdiri betul-betul dihadapan Aeman. Aeman memandang Nabila tanpa riak. Terkejut jugak tiba-tiba je budak ni berdiri menghalang pandangannya.

” Tepilah. Aku nak tengok tv. Bukan nak tengok muka kau.” Kasar Aeman menjawab. Kanak-kanak memang menyusahkan.

” Eii, dosalah cakap aku. Mama Abel kata, siapa cakap aku tak boleh pergi sekolah.” Nabila memandang Aeman tajam. teruk betul Uncle ni. Dah la muka buruk.

Mata Aeman mencerlung ke arah Abel. Banyak cakap pulak. Sama jelah dengan kakak kau tu. Ada je yang nak dijawab.

” Uncle, kenapa muka uncle banyak rambut? Macam tak sikat. Abel pernah tengok orang banyak rambut kat zoo. Monkey. Uncle kenal monkey?” Nabila memegang tangan Aeman. Cepat Aeman menepis. Dia tak suka dipegang. Lagi-lagi oleh budak yang baru je lepas membandingkan dia dengan monyet. Bertuah betul.

“Hey, berambuslah.” Aeman menolak Nabila ketepi sehingga jatuh. Sekejap sahaja terdengar tangisan Nabila memenuhi ruang. Sedetik itu juga Sakinah sampai ke bilik. Terkejut melihat Nabila jatuh terjelepok sementara Aeman berkelakuan seperti tidak bersalah apa-apa.

” Abel okay?” Sakinah mengangkat Nabila supaya berdiri. Nabila masih lagi menangis sambil menunjukkan tapak tangannya yang terasa pedih terseret karpet. Sakinah mengecilkan mata ke arah Inche Aeman Kambing. Hapak punya mamat. Berani nak mencederakan adik saudara dia pulak.

” Abel buat apa sampai Abang Aeman marah?” Soal Sakinah. Dia dapat agak yang Nabila sudah bertanya yang bukan-bukan pada Aeman. Tetapi, Aeman tak sepatutnya menolak Nabila. Perangai macam budak-budak tak cukup akal.

“Abel cuma tanya Kak Ngah je kat Uncle. Lepas tu, dia terus marah-marah. ” Perihal monyet dan zoo tidak disebut pada Sakinah. Dia takut papanya datang mengambilnya sekiranya Sakinah tahu dia yang bertanya hal bukan-bukan pada Aeman.

Sakinah sedikit tersentap. Uncle? Ditahan ketawa dari bersembur. Haa, tu lah pemalas sangat nak menjaga kebersihan diri. Muda-muda lagi dah dapat gelaran Uncle. Padan dengan muka tu.

” Pergi minta maaf. Kalau tak, Kak Ngah taknak bawa Abel pergi taman petang ni. And no ice-cream for tonight.” Sakinah menunjuk jari telunjuk tanda amaran. Nabila mengelap air mata dengan belakang tangan. Dia berjalan mendekati Aeman dengan teragak-agak. Berjaga-jaga, takut-takut Aeman akan naik berang lagi.

” Uncle, Abel minta maaf. Abel janji tak cakap uncle macam monkey lagi. Opsss!” Nabila menutup mulut. Alamak terlepas pulak. Dia memandang Sakinah perlahan-lahan. Sakinah membeliakkan mata ke arah Nabila. Patutlah marah sangat Aeman tu. Nabila punya hal rupanya. Hai, nasib badan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

21 ulasan untuk “Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 2, 3”
  1. alynn ismail says:

    jalan cerita ini seakan-akan novel siapa orang gajiku tapi yang berbezanya watak mak aeman baik dan mak aeman juga mmengetahui identiti sakinah.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"