Novel : Suamiku Vampire 6

14 June 2011  
Kategori: Novel

16,628 bacaan 33 ulasan

Oleh : RIA NATSUMI

bab 6

‘Macam mana pula bos aku boleh ada kat majlis ni? Oh lupa pula. Salina kan pekerja dia juga tapi takkan ada bos besar yang datang majlis perkahwinan pekerjanya yang biasa-biasa,’ hatinya berbisik. Mukanya mula berkerut. Akhirnya dia beristighfar. Bersangka buruk pada orang lain satu amalan yang tidak sihat.

“Bos!” katanya sambil tersenggih. Sungguh dia terkejut dengan kehadiran Danish. Lelaki itu nampak kacak dengan baju melayu berwarna merah jambu. Sepadan dengan Lidya yang memakai baju kurung putih bercorak bunga merah jambu.

“Nampak terkejut sahaja saya ke mari?” kata Danish. Dia masih tersenyum. Tidak lepas mata Danish memandang Lidya. Tiba-tiba seseorang menegurnya.

“Alya!” suara lelaki juga.

“Adam!” terkejut untuk kali kedua Lidya. Hatinya cuak. Dia rasa macam lari pecut 100meter. Berdegup laju dan kencang hatinya. Dia cuba kawal diri agar bertenang.

“Lidya, awak okey?” tegur Danish. ‘Siapa lelaki yang tegur Lidya, panggil pun Alya. Manja sahaja lagaknya,’ timbul perasaan cemburu. Danish menjeling lelaki bernama Adam tu. Lelaki itu bersongkok, berbaju melayu hijau dan berkulit putih. Tidak macam Danish, putih, putih gak tapi nampak pucat. Kesian.

“Ustaz Adam. Datang juga. Jemput makan,” tegur mak Salina. Dia hanya tersenyum. Lidya mendari kelibat Salina.

“Ai, mana pula hilang si Salina ni? Baru sah jadi isteri orang dah lupa kawan ke?” Lidya berkata agak kuat sehingga Danish dapat mendengarnya.

“Itu maknanya kahwin ini seronok,” Danish menyampuk. Lidya membuat muka berkerut.

“Apa yang seronoknya?” itulah yang ingin dia ingin tahu sangat. Lidya tanya penuh minat.

“Seronok! Lidya kena kahwin dulu,” kata Danish.

“Tak ada maknanya, saya tak berminat,” kata Lidya. Dia memang tidak berminat lagi untuk ke arah perkahwinan. Uminya tidak pulak memaksanya. Syukur.

“Tak berminat?!” Danish terkejut dengan kenyataan yang dikata oleh Lidya. “Tiada nafsu?!” soalnya pula.

“Agak-agaklah bos, perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal tau. Kalau bos kata camtu, dah nazak la saya ni,” jelas Lidya. Malu pun ada.

“So, bernafsu la ni?” soalnya lagi. Malas betul Lidya mahu melayan Danish. Dah mengarut ke arah yang tidak baik. Dia meninggalkan Danish. Danish mengejar Lidya.

“Lidya, tak mahu menemani saya makan ke? Bos awak ni,” kata Danish. Dia mengharap Lidya bersetuju. Tetapi gadis itu hanya merenungnya dan tersenyum.

“Boleh ke?” duga Danish. Lidya hanya ketawa dan meninggalkan Danish keseorangan. Danish membuat muka geram.

“Siaplah awak Lidya. Kalau saya dapat awak! Saya tak kan lepaskan awak!” jerit Danish apabila Lidya makin menghilang dalam pandangannya.

Kebetulan Adam mendengar apa yang dikatakan oleh Danish. Timbul perasaan cemburu. Tanpa pengetahuan Lidya, Adam dalam proses bercerai dengan tunangnya. Sungguh dia masih mencintai Lidya.
Majlis persandingan akan dimulakan seketika lagi tetapi Lidya yang lebih mengelabah. Pening kepala Salina melihat teman baikya yang berulang-alik depannya.

“Lidya, cuba bertenang dan duduk. Rosak mekap saya tau,” kata Salina sambil melihat cermin di hadapannya.

“Apa kaitan saya dengan mekap awak tu? Tak adanya rosak. Dah cun melecun udah,” puji Lidya. Dia duduk. Dia sebenarnya gelabah sebab akan jadi pengapit Salina. Jubah yang ditempah oleh Salina sudah lengkap ditubuhnya. Salina tidak habis-habis memujinya. Naik rimas Lidya.
Majlis persandingan dimulakan, rupa-rupanya Salina menipunya. Suami Salina, Erwan tidak mahu buat majlis persandingan. Dia tidak suka kecantikan isterinya dipandang atau ditengok oleh orang lain. Orang ajnabi.

“So, kenapa awak buat jubah ini untuk saya? Pelik” Lidya bertanya. Dahinya sudah berkerut.

“Pelik! Pelik! Itu ajer perkataan yang Lidya sebut. Sebenarnya, saya sahaja nak hadiahkan jubah tu pada Lidya sempena hari perkahwinan saya. Itu daripada saya dan Erwan tau,” Lidya tersenyum.

“Thank you my friend,” mereka berpelukkan. ‘Semoga persahabatan ini berkekalan. Amin,’ Lidya berdoa dalam hati. Dia meminta diri apabila Erwan masuk ke dalam rumah untuk sesi ambil gambar. Lidya duduk di taman permainan depan rumah agam milik Erwan. Dia termenung.

“Lidya!” ada suara yang menegurnya. ‘Pak ustaz ni? Malasnya!’ hatinya terasa menyampah.

“Ada apa Adam? Tak bawa tunang ke?” kata Lidya seperti mentindirinya. Walaupun hatinya pedih dia berusaha kawal mimik muka kecewanya. Dia tersenyum.

“Lidya, Adam dalam proses putuskan pertunangan tu,” kata Adam.

“Apa?! Awak dah gila ke?!” jelas Lidya terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Adam.

“Yup! Adam gila! Adam masih cintakan Lidya. Hati Adam tak dapat nak menipu sudah,” terus-terang Adam. Dia mendekati Lidya tetapi Lidya menjarakkan diri.

“Tolong jaga tatatertib awak sebagai ustaz,” nasihat Lidya. Dia tidak suka Adam merapatinya.

“Sudahlah Lidya cantik sangat. Itu pasal Adam geram,” kata Adam. Menggatal. Entah kenapa dia menyampah melihat Adam. Macam ini ke lagak seorang ustaz? Rosak akidah!

“Mana ada cantik,” bantah Lidya. Dia betul-betul tidak selesa bersama Adam.

“Lidya, Adam cintakan Lidya! Terimalah Adam kembali,” rayu Adam dengan tiba-tiba. Cuak Lidya dibuatnya. Dia tidak boleh lama-lama. Dia bimbang hatinya mengalah dan menerima Adam yang masih tunangan orang. Dia tidak mahu. Dia ada prinsip sendiri dalam kehidupannya.

“Baiklah!” jawab Lidya yang belum sempat menghabiskan ayatnya tetapi secepat itu juga Adam menjawab.

“Terima kasih Lidya!” kata Adam. Tanpa mereka sedari, ada yang mendengar perbualan mereka. Kecewa sungguh hati Danish. Lidya menerima cinta Adam semula. Dia membawa diri ke dalam rumah agam milik Erwan.

“Apa kebenda kau ni?! Aku berlembut, kau tak faham. Dengar ni! Aku tak suka kau dah. Kalau tunang orang, buat macam tunang orang okey? Jangan nak mengada-ngada dengan perempuan lain. Tolonglah jadi setia,” amuk Lidya. Dia sudah tidak boleh tahan dengan desakan Adam. Dia tidak suka.

“Tapi Adam nak setia dengan Lidya sahaja,” katanya. Menyampah Lidya tengok Adam. Dia lebih mengenali lelaki ini siapa. ‘Rosak habis imej ayu aku. Ini semua gara-gara ustaz yang tak sedar diri. Cepat-cepatlah insaf,’ bisik hatinya. Lidya bangun dan meninggalkan Adam keseorangan.

*****
Peristiwa dia bersama Adam sudah 3 hari berlalu. Danish pula tidak mesra seperti minggu pertama dia bekerja.‘Entahla. Sejak akhir-akhir ini aku rasa macam aku makin menjadi tidak sopan. Tak pasal-pasal Adam menjadi mangsa. Entah boleh percaya atau tidak. Jangan percaya dengan si Adam. Betul tu!’ Lidya ketawa sendirian. Dia termenung di tepi tingkap sambil melihat ke arah taman permainan. Dia memperhatikan kanak-kanak yang sedang gembira bermain. Bahagia.

‘Bosan juga keluar sorang-sorang. Nak ajak Salina, dia pengantin baru. Malas nak kacau daun pulak. Erm, tak apa la. Sudah terdesak ini. Tibai ajer la,’ Lantas segera Lidya bersiap-siap dan keluar dari rumah selepas menunaikan solat maghrib. Sampai sahaja Lidya di Tesco, terus memilih barang dapur yang hendak dibeli dengan senarai yang telah disenaraikan oleh uminya. Semasa Lidya memilih barang-barang, dia perasan seseorang. ‘Macam kenal aje lelaki tu? Perempuan tu tidak pula dia kenal. Kalau tak silap aku itu Adam dengan seorang perempuan. Cantik pula orangnya,” Lidya terus menegur mereka berdua.

“Assalamualaikum. Hai Adam. Mesra nampak! Membeli-belah untuk anak bini ke atau dating kat sini?” Lidya bertanya dengan sinisnya. ‘Motif aku saje nak kacau tapi dalam hati dah rasa macam kaca yang jatuh berderai sebab dipermainkan. Nasib baik aku belum terlambat. Aku dah tertipu dengan muka alim si Adam ni. Padahal dia ni penipu besar,’ Lidya tersenyum manis.

“Lidya!!” Adam tersentak di tegur Lidya. ‘Terkejut gila la tu. Muka macam orang mati bini. Pucat,’ Lidya hanya tersenyum sahaja. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.

“Abang Adam, siapa perempuan ini?” ujar Farisya yang ingin kepastian. Dia tersenyum gedik. Menyampah Lidya melihatnya.”Kenapa abang Adam diam. Biar Sya yang kenalkan diri. Saya tunang abang Adam,” sambung Farisya seraya memperkenalkan dirinya.

“Sya! Stop it!! Kita sudah lama putus. Kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Saya cuma teman awak beli barang je,” tengking Adam tba-tiba. Dia betul-betul terkejut dengan kehadiran Lidya di situ.

“Abang!!” Farisya seperti tidak berpuas hati dengan Adam lalu mendekati Lidya. “Panggg!” Farisya menampar Lidya. “Kau yang rampas Adam dari aku kan? Aku kenal kau! Perempuan tak guna. Kau tak tau ke yang Adam ni tunang aku! Perempuan gatal!” Farisya ingin menampar Lidya lagi. Dia dihalang oleh Adam.

“Ini sudah lebih!” selamba Lidya menampar pipi Farisya yang berada dalam pelukan Adam. “Awak ingat, saya pakai jubah macam ini, saya perempuan yang lemah? Tidak! Kalau awak nak saya bersilat kat sini pun boleh,” sambung Lidya lagi. Hatinya panas. Dia segera meninggalkan mereka berdua. ‘Huh!!’ Rengusnya di dalam hati.

“Kita sudah putuskan pertunangan kita. Ingat tu!” Terngiang-ngiang lagi tengkingan Adam ditelinga Lidya. Kuat sungguh dia mendengar suara Adam.

“Kita tak putus lagi dalam erti sebenar. Abang Adam tak bagitau mak ayah Sya lagi. Tolong abang. Jangan buat Sya macam ni,” rayu Farisya. Dia jatuh terduduk. Adam buat pekak.
‘Dia ingat aku ni apa? Sampah! kalau betul dah putus yang pergi gatal layan perempuan tu siapa suruh. Nanti bila aku cakap macam tu, tau pula nak marah,’ Ngomelnya sendirian. Pantas Lidya meninggalkan mereka.

“Opocot!!” terkejut Lidya. Adam memegang tangan Lidya. ‘Lelaki ini memang tak ada adab dengan perempuan. Lupa Allah agaknya,’ Lidya cuba melepaskan tangannya dari berada dalam gengaman Adam lalu berlari meninggalkan Adam.

“Lidya, dengar sini! Lidya!” Lidya biarkan Adam menjerit dikhalayak ramai di Tesco itu sedangkan Lidya dengan pantas mengangkat kaki menyorokkan dirinya dengan bersembunyi dalam tempat pensalinan pakaian. Motif Lidya untuk menghilangkan diri

‘Kenapa?! Kenapa! Kalau la aku ada magik. Memang dah lama aku magik si Adam tu jadi cili api. Biar aku tumbuk guna lesung batu. Baru padam muka dia. Ingat aku ni apa? Patung cendana? Ishh!’ Lidya mengungut geram dalam hati. ‘Argggghhhh! Pedulikan! Memang lelaki semuanya sama perangainya!,’ Lidya memujuk diriku sendiri. Dia teringat seseorang yang juga tinggalkan dia seperti ini. Akhirnya dia menangis dalam bilik itu.

Dia mengelap air matanya sendiri. Dia sudah mengumpul kekuatan dan keyakinan dalam diri. Tiada guna dia menangis kerana lelaki seperti itu. Banyak kali dia dikecewakan oleh lelaki yang sama. Lupakan sahaja.

Apabila dia sudah pasti Adam sudah tidak mencarinya. Dia keluar dari bilik persalinan itu. Dia terkejut dengan kehadiran Danish yang kebetulan ada di depan bilik tersebut. Saat itu mata mereka saling bertatapan. Ada suatu perasaan tenang di sudut hati Lidya. Begitu juga Danish. Akhirnya Danish memulakan bicara.

“Lidya, buat apa dalam tu? Nak kata cuba pakaian, tak ada pula bawa pakaian,” soalnya hairan. Lidya hanya tersenggih.

“Larikan diri daripada seseorang. Adam namanya. Dah ada tunang, masih nak ganggu saya,” jelas Lidya. “Eh, termengumpat pula!” tambah Lidya.

“Oh, yeke?” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Danish.

“Bos buat apa disini? Tak kan orang kaya macam bos datang ke mari beli barang,” Lidya menundukkan wajahnya. Malu.

“Taklah. Cari adik saya. Sudah hilang,” kata Danish. Lidya tersenyum.

“Abang!” Damia menegur apabila ternampak kelibat Abangnya.

“Mia, mia pergi mana? Lama abang tercari-cari,” soalnya

“Taulah abang tercari-cari tapi jangan sampai tercari kat bahagian pakaian dalam perempuan,” jelas Damia. Danish baru perasan. Dia malu. Terus dia meninggalkan mereka berdua.

“Akak ni…?” Damia cuma bertanya.

“Lidya. Lidya Alya,” Lidya memperkenalkan diri.

“Panggil sahaja, Mia. Hmm, rupanya nama akak yang abang selalu sebut dalam tidur. Hati-hati tau kak, abang kuat menggigau. Bahaya!” jelas Damia sambil mengenakan Danish. Puas hatinya. Siapa suruh datang ambilnya lambat.

Tiba-tiba Damia ajak makan malam bersama. Lidya serba salah ingin menolak.

“Lain kali sahaja, Mia,” kata Lidya.

“Tak mahu. Nak sekarang juga,” paksa Damia. ‘Degil macam abang dia juga budak comel ni,’ bisik hati Lidya. Dia angguk sahaja.
Danish terkejut apabila melihat Damia bersama Lidya. Mereka nampak mesra. Cemburu timbul dalam hatinya.

“Lidya?” soalnya

“Damia ajak makan bersama. Bos tolonglah saya. Saya dah janji nak masak sama-sama malam ni,” jelas Lidya. Itu sebab dia keluar beli barang keperluan sikit. Uminya tengah memasak di rumah. Biasalah, orang baru habis berpantang. Semuanya dia nak makan. Itulah uminya. Berpantang tu maksudnya baru lepas keluar hospital akibat pukulan maut daripada anak sendiri.

“Mia dengar tak akak Lidya kata apa? Sudah jangan paksa dia,” pujuk Danish. Damia tarik muka masam.

“Apa kata Mia pergi makan kat rumah kakak?” cadang Damia. Dia mendapat idea ini saat-saat akhir.

“Boleh! Akak suka orang datang rumah akak. Tetamu ni pembawa rezeki. Manalah tahu tahun ni boleh dapat bonus kerja,” kata Lidya sambil menjeling ke arah Danish.

“Bonus pula yang diharapkan,” jawab Danish.

“Gurau jer. Tapi akak tak beli barang lagi,” jelasnya.

“Akak pergi dengan abang Danish dulu. Mia nak jumpa kawan sekejap. Nanti dah siap beli barang-barang, abang call Mia tau,” tanpa menunggu jawapan daripada abangnya, Damia terus berlalu pergi.
Sebenarnya dia juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Damia. ‘Berdua dengan bos? Ini adalah gossip yang terbesar boleh berlaku. Boleh masuk surat khabar,’ bisik hatinya tetapi mereka tetap mesra bagai suami isteri sedang membeli barang-barang keperluan rumah mereka tanpa mereka sedari.

“Lidya suka makan apa?” Danish bertanya.

“Nasi lemak! Yang ada kacang banyak. Sedap tau!” jawap Lidya dengan riangnya.

“Kacang? Kebanyakan peratus perempuan takut makan kacang tinggi sebab akan naik jerawat batu tapi Lidya suka pula,” kata Danish.

“Ala, takat jerawat batu tu apa yang nak ditakutkan. Biasa sahaja tu. Lama-lama hilanglah. Hi Hi Hi,” Lidya ketawa. Takut makan kacang sebab naik jerawat? Singkap betul fikiran. Kacang pun ada khasiatnya. Apa khasiatnya????carilah sendiri hahaha Lidya ketawa dalam hatinya lagi.
Danish hanya gelengkan kepalanya. Dia menghubungi Damia apabila semua sudah selesai. Mereka bertiga bergerak ke rumah Lidya. Lidya sudah menghubungi uminya yang ada tetamu mala mini. Umi Kalsom bukan main gembira. Sudah lama rumahnya tidak didatangi tetamu.

“Mak cik apa khabar?” Damia beramah-mesra.

“Khabar baik. Jemput masuk nak,” ajak Umi Kalsom. Lidya terus berlalu ke dapur sambil membawa barang-barang yang dibelinya tadi.

“Akak, abang nak solat isyak, boleh tak pinjamkan kain pelekat dan sejadah?” kata Damia. Dia sudah bersolat bersama-sama rakannya di surau TESCO tadi.

“Kain pelekat? Kain batik ada la,” Lidya melawak. Damia cuba membayangkan abangnya yang kacak itu memakai kain batik. Lucu.

“Ehem…Ehem…,” Danish berdehem. Dia malu dengan gurauan yang dibuat oleh Lidya. Lidya berlalu ke dalam bilik uminya untuk mengambil kain pelekat arwah ayahnya. Diberinya kain pelekat dan sejadah kepada Danish. Dia menunjukkan arah kiblat. Danish mengambil wuduk tetapi dia terlupa mana arah kiblat. Kerana tidak mahu dikatakan pelupa. Danish bersikap yakin dengan kiblatnya.

“Allahu…..” tak sempat Danish mengangkat takbir, Lidya yang kebetulan lalu di situ terkejut dan terus menegur Danish.

“Danish, nanti dulu!” katanya agak menjerit. Danish terkejut. Dia berhenti. Sebenarnya ini kali pertama Lidya memanggil namanya.

“Arah kiblat ni kena sengit sikit. Yup! Ini baru betul. Maaf! Mengganggu,” Lidya mengambil telekung dan sejadahnya dan ingin berlalu tetapi dihalang oleh Danish.

“Lidya nak solat isyak juga?” tanya Danish. Lidya angguk kepala sahaja. “Jom solat berjemaah?” ajaknya.

“Okey gak,” Lidya tersenyum. Mereka bersolat berjemaah. Sungguh merdu suara Danish membaca ayat-ayat suci Al-quran. Hatinya tenang mendengar suara itu. Usai solat, Danish melipat sejadah dan terus keluar dari bilik solat itu. Dia duduk diruang tamu. Sementara tu, Damia dan Umi Kalsom tengah kecoh di dapur. Lagaknya seperti berada di kampung. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja. Matanya melihat rancangan maharaja lawak. Siaran ulangan.
Lidya datang menghampirinya dengan sepinggan buah-buahan.

“Makan buahan dulu sebelum makan berat-berat,” Danish hanya tersenyum mendengar kata-kata Lidya.
Mereka pun menjamu selera. Danish dan Damia pulang ke rumah.

“Mama! Cantik bakal isteri abang,” kata Damia memuji Lidya.

“Kenapa tak bawa ke rumah? Boleh mama masak-masak,” kata Datin Erni. ‘Eh, mama ni! Ingat pertandingan masak-masak ke?’ Bisik hatinya. Dia segera bergerak ke biliknya. Direnung wajah Lidya yang diambilnya semasa perkahwinanan Erwan. Cantik Lidya memakai baju pilihannya. Minggu depan mama akan masuk meminang Lidya. Dia tidak sabar memiliki Lidya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello, Danish,” kedengaran suara perempuan. Danish mengeluh.

“Hello Mira, apa yang boleh saya bantu?” kata Danish yang agak kemalasan dan mengantuk.

“Hari ahad you free. I want to lunch with you?”

“Sorry Mira. This Sunday is wedding Vela. I must go. So, sorry again,” jawabnya ringkas.

“How about dinner?” Mira mencuba lagi. Dia tidak puas hati kalau tidak dapat mengajak Danish bersamanya.

“Dinner? Oh, I and family mahu pergi ke rumah kawan. Ada hal penting. Sudah janji. Okeylah, I want to sleep. My eyes so tired. Good night,” Danish menamatkan panggilan tersebut. Entah kenapa dia kurang suka ddengan sikap gadis ini. Sopan memang sopan. Bijak. Pandai karate orang, kaya tapi dia tidak berminat. Mungkin dihatinya sudah tertulis nama Lidya Alya. Bukannya Lidya Amira. Akhirnya dia terlelap juga.
*****
Telefon bimbit Lidya asyik berbunyi. Apabila dijawabnya, tiada sesiapa yang bercakap. Apabila Lidya menghubungi nombor telefon tersebut, dia tidak pula jawab. Akhirnya Lidya pinjam telefon bimbit uminya.
Lidya telefon dan ada orang menjawabnya. Lidya bercakap dengan penuh kesopanan. Manalah tahu orang itu hendak cakap.

“Assalamualaikum? ” ujar Lidya. Suara lembut gila. Lidya tersenggih.

“Waalaikumsalam,” suara lelaki yang menjawabnya. ‘Akhirnya ada gak jawab, ingatkan bisu,’ Lidya sudah berada tahap, tidak boleh tahan dengan gangguan yang di buat oleh nombor telefon misteri ini.

“Siapa di sana?” lelaki itu bertanya pula.

“Hello. Saya Lidya. Awak ada hubungi….” Belum sempat Lidya bercakap apa-apa sudah berbunyi sesuatu yang tak sedap didengari.

“Tut tut tut,” mendatar sahaja bunyinya. Talian panggilan putus. ‘Hantu betul la. Tengok nama hantu juga yang aku seru pula. Tak sempat aku nak terangkan. Dia dah letak. Memang nak terajang gak mamat ni. Tapi siapa? Siapa dia? Sudahlah tau nama aku. Nak angin sahaja aku ni. Buat tak tahu sahaja,’ hatinya geram. Dia berjanji tidak akan melayan panggilan tersebut lagi. Puas hatinya.

“Eee, geramnya!” rungut Lidya sambil bangun dan melangkah ke tepi tingkap lalu mencampakkan telefonnya di atas tilam. Apabila menghayati malam, dia teringat seseorang. Danish. Dia terasa pelik kerana lelaki itu terlalu baik dengannya. Ada udang di sebalik batu ke? Atau ada udang di sebalik mee? Kalau mee sedap juga. Boleh makan. Seram juga apabila teringat mukanya yang pucat itu.
Dia teringat pula peristiwa malam tadi lelaki itu makan dirumahnya bersama adiknya. Wajahnya sungguh berbeza. Makin kacak dan mendebarkan hatinya. Mukanya tidak lagi pucat macam waktu siang dia bekerja. Ish! Ingat vampire ke? Dia selalu gak tengok cerita vampire memang macam itu wataknya. Sukakan leher perempuan untuk menghisap darah. Leher perempuan?

“Aduh! Sakitnya kepala. Kenapa dengan leher?” Lidya terasa kepalanya sakit sangat apabila memikirkan tentang lehernya. Dia meraba lehernya dengan jejari. Umi kata parut ni kesan kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Sakit otaknya memikir peristiwa dalam usianya 17 tahun. Susah betul nak ingat.
*****
Hari ini hari jumaat. Bagus betul syarikat ni, hari sabtu dan ahad cuti. Huhu sejak bila aku suka cuti kerja ini. Dia terus mengelamun dan berkhayal sambil membuat air kesukaan majikannya itu teh. Jangan sampai salah masuk garam sudah. Dia melihat bekas gula itu betul-betul.

“Yup! Ini gula,” barulah dia masukkan ke dalam cawan tersebut. Dia tersenyum sorang-sorang.
Ada satu peristiwa yang tidak akan dia lupakan apabila dia membuat air kegemaran Danish iaitu teh kosong. Dia tersalah masukkan garam. Muka lelaki itu pelik sangat. Yelah, minum air teh masin. Lidya tersenyum. Dia rasa sangat kelakar kajadian yang tidak di sengajakan itu

“Muhahahahaha” meletus juga gelak yang ditahan oleh Lidya. Duduk sorang-sorang bolehlah gelak macam ni. Kalau depan orang, jangan harap. Bak kata orang tak sopan. Lidya tersenyum lagi sambil mengacau pelahan air tersebut.

“Lidya, awak buat air apa?” kata Danish. Mukanya memang berkerut habis. Dia menolak cawan yang berisi air teh itu ke arah Lidya.

“Kenapa bos? Sedap sangat ke?” Lidya cuba meneka. Dia sudah berbangga kalau bos pujinya sedap. Sudah layak untuk kahwin tapi sebaliknya.

“Kalau sedap, saya belanja Lidya dinner tapi masalahnya tak sedap sangat sangat,” kata Danish dengan menekan perkataan ‘sangat’ telah membuat mata Lidya bulat. Dia mengaru kepalanya. “Cuba rasa sendiri kalau tak percaya,” cadang Danish.

Lidya rasa air teh yang di buat. Tersembur air tersebut ke muka Danish. Danish terkaku. Nasib baik dia minum air teh itu di sofanya. Kalau tidak, habis basah meja kerjanya. Lidya tersenyum. Dia sudah melakukan kesalahan.

“Maaf. Masin teh ni. Saya buat yang lain,” Lidya bangun dan menuju ke dapur. Manakala Danish menuju ke tandas. Membersihkan wajahnya.
Lidya ketawa lagi apabila teringat muka majikannya. Dia tersenyum. Apa yang membuat dia tidak berkenan mengenai lelaki tersebut. Dia pun tidak tahu.
Tiba-tiba kepalanya ditolak dari belakang menyebabkan kepalanya terhantuk ke rak almari itu. Naik biyol kepala Lidya. Pening. Siapalah makhluk tuhan yang baik sangat perangai ni? Ia berpaling. Rupa-rupanya perempuan yang temuduga sekali dengannya dulu. Namanya Julia.

“Perempuan tak sedar diri! Sedarlah sikit. Dengan imej kau macam ni kau nak pikat Tuan Danish? Tak payahlah! Kau kena fikir beribu-ribu kali. Kau tidak akan berjaya,” kata Julia dengan bangganya.
Lidya menggosokkan dahinya yang dah bengkak tu. Perempuan ni memang nak kena. Dia paling menyampah bergaduh pasal lelaki. Macamlah dalam dunia ni dah tiada lelaki lain yang nak direbutnya. Sakit hatinya. Sikap Lidya yang suka guna hokum karma. Jika dia rasa sakit kena tampar, si penampar tu juga akan rasa sakit macam dia rasa. Dengan selamba sahaja Lidya hantuk kepala Julia ke rak almari dapur. Bukan kuat pun. Pelahan sahaja. Tapi…

“Perempuan gila!” jerit Julia. Sakit bukan main kepalanya. Sudah merah tapi Lidya tidak peduli apa. Julia yang mulakan dulu. Dia berlalu bersama dengan air yang dibuatnya.
Julia tidak akan biarkan Lidya pergi begitu sahaja. Dia ambil mug di tangan Lidya dan menyiram Lidya dengan air tersebut. Habis basah pakaian Lidya. Lidya yang geram dengan sikap Julia. Terus buka peti dan mengambil sebotol air 100plus. Disiramnya mengenai atas rambut Julia yang panjang sampai habis.

“Awak nak buat apa lagi?” soal Lidya. Dia beristighfar. Dia tidak mahu marah. Dia cuba bertenang. Marah adalah sifat syaitan. Dia mampu bersabar.

“Pang!” Julia menampar Lidya tetap ke sasarannya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Novel : Suamiku Vampire 6”
  1. RIA NATSUMI says:

    mungkin cerita ni susah awak nak faham…baca dari awal bab ke??

  2. Che Gilerr Novel says:

    fuyohh berbalas2 agi dasyat2 kah3 :D
    nice job….

  3. RiaNatsumi says:

    terim akasih CGN hihii

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"