Cerpen : Adakah Dia Jodohku?

31 July 2011  
Kategori: Cerpen

38,047 bacaan 124 ulasan

Oleh : qudwatul ibtisam

“Hana, tolong aku. Aku memang dah tak tahu nak minta tolong sapa lagi ni. Engkau je dalam kepala otak aku sekarang.” Azim dengan penuh dramatik meminta tolong kepada sahabatnya.

“Apa yang teruk sangat aku tengok ni. Kau nak aku tolong apa?”

“Tolong jadi kekasih sementara kawan aku. Dia minta tolong aku carikan kekasih kat dia untuk sehari, hujung minggu ni.”

“????”

“Aku tau kau mesti blur punya. Tapi tolong, demi aku. Aku rasa kau adalah pilihan yang terbaik. Lagipun antara semua rakan kita, kau yang masih belum berpunya.”

“Oooo, sebab aku sna (single and available) rupanya. Tapi maaflah, aku rasa aku tak mampu nak tolong kawan kau tu. Aku dah tak nak merasai rasa bercinta walaupun sehari. Aku tak nak lagi merasa tertipu, walaupun ini hanya untuk lakonan yang sememangnya jelas sebuah penipuan.”

“Please…. Kesian dia. Dia tak tahu lagi nak menolak lamaran kawan dia. Dah macam-macam dia buat, tapi kawan dia tetap tak percaya. Tetap nak kahwinkan dengan anak dia. Jadi, dia perlukan bukti mengatakan dia memang dah ada kekasih. Rasanya aku tak perlu nak detailkan tentang diri kawan aku tu. Tapi kau berhak mengetahui sebab aku minta kau lakukan lakonan ini. Minta tolong sangat.”

“Eh, kawan engkau tu umur berapa? Dah tua ke, biar betul sampai kawan dia nak kahwinkan dia dengan anak sendiri. Emmm.. bila nak dilakonkan drama sehari ni?”

“Engkau setujulah ni. Terima kasih sangat-sangat bagi pihak kawan aku. Aku tahu kau mesti takkan hampakan permintaan aku. Kau memang kawan yang baik.”

“Ada lagi ke nak puji aku. Cukup-cukuplah, tak pasal-pasal aku dapat dosa nanti sebab riak. Apa pun kawan, kasi tahulah aku nama, umur, rupanya macam mana. Tak pasal-pasal salah orang nanti.”

“Ok, beres. Nama dia Amar Haikal bin Abdullah, berumur 33 tahun, belum berkahwin dan ini gambar dia. Hensem kan? Sebab tulah kawan dia tak nak lepaskan tu, ada rupa, ada harta, baik pulak tu.”

Kau ni baguslah kan, Azim. Suka sungguh memuji kawan-kawan sendiri. Bahagia isteri ko, selalu kena puji. Hehe. Ada kosong lagi tak, untuk aku apply. Hahaha.

Amboi, ada-ada je. Boleh je aku, tapi bini aku rasanya KO. Hehe. Dah, tak payah nak bergurau-gurau lagi. Aku hantar rombongan nanti baru tau.

Hehe. Yelah, En. Azim saya berhenti bergurau sekarang. Kat mana nak berjumpa dengan kawan kau ni? Pukul berapa?

Amboi, bersemangat nampak! Mentang-mentangla orangnya hensem, dengar berharta pulak tu. Laju je pertanyaannya. Hehe.

Maaf ye, En. Azim. Nak saya tolong ke idok? Kalau tak nak, saya tak rugi apa-apa pun. Cari je orang yang kepingin lelaki hensem dan kaya, lagi senang. Rasanya ramai yang akan setuju. Tak payah nak terang lebih-lebih.

Ops.. maaf maaf, aku terlupa kau bukan macam tu. Ala, Hana gurau-gurau sikit pun tak boleh ke?

Gurauan pun bertempat ye kawan, hati kawan awak ni nak kena jaga jugak. Aku ada harga diri. Ingat aku suka ke nak berlakon jadi kekasih orang yang aku tak kenal. Kalau bukan sebab kau berharap sangat, aku memang dah tolak tanpa kompromi lagi.

Yelah, maaf ye cik Hana. Aku tergurau kasar pulak. Ala, sensitifla pula kawan aku ni. Ok, tempatnya aku tak tahu. Yang aku tahu dia akan pergi ambik ko kat umah ari sabtu ni. Waktunya nanti aku beritahu ko lain.

—-

[Keadaan rumah sunyi dan tenang seperti biasa.] Macam manalah aku boleh terfikir nak terima pelawaan kawan Azim ni. Apa kata aku tolak je tawaran dia, ataupun aku pergi sendiri je tempat tu. Aduh, kenapa tak terfikir sebentar tadi! Lamunan Hana terhenti apabila terdengar lagu Takdir Ilahi yang menandakan satu mesej masuk.

As-Salam. Sabtu nanti saya pergi ambik awak di rumah pukul 10.00 pagi. Terima kasih kerana sudi membantu saya. J Amar-

Alahai, si Azim ni kasi nombor aku kat diala plak ( Hana merungut sambil mengetuk-getuk handphone yang ada di tangannya).

—-

Pon..pon..

Saya dah sampai depan umah awak. Saya tunggu awak. J -

Dah sampai. Aduh, kenapa berdebar-debar ni! Hati tolonglah kurangkan debaran ni. Aku nak pergi berlakon jadi tunggul je, bukan nak pergi kahwin. Harap-harap getaran ni akan kurang (Hana menenangkan hatinya. Apabila sekian lama tidak pernah keluar dengan lelaki secara berdua, perasaan kekok itu tetap ada. Hilang segala rasa keramahannya selama ini. Apa yang akan berlaku dia sendiri juga tidak tahu.)

Assalammualaikum. Boleh saya masuk? Hana meminta keizinan apabila melihat si pemandu sibuk melayan phonenya.

Oh, Wa’alaikumussalam. Terkejut saya. Maaf ye, tak sedar awak dah sampai. Masuklah. (Dalam keadaan terkejut, Amar terlepas phone yang ada ditangannya.)

“Maaf, saya tak berniat nak kejutkan awak. Handphone awak ok ke? Ada rosak tak”. Hana menjadi resah apabila melihat phone yang jatuh itu seperti tidak berfungsi. Untuk melihat muka Amar dia tidak berani. Segalanya dipersoalkan dengan hanya memandang telefon bimbit itu sahaja. Pening kepalanya memikirkan untuk menggantikan telefon tersebut. Segala gajinya pasti akan habis untuk membayar ganti rugi telefon tersebut. Tiba-tiba riak mukanya berubah. Perasaan debaran tadi rupanya akan berlaku peristiwa ini. Emmm, tiba-tiba Hana mengeluh. Hana tidak mengetahui bahawa perlakuan, mimik mukanya, semuanya diperhatikan oleh Amar termasuk keluhannya. Bagaimana dia dapat tahu jika dia hanya menundukkan kepalanya dari tadi sahaja memikirkan akan bayaran yang perlu untuk membayar ganti rugi telefon yang telah dirosakkannya.

Awak ok? Kenapa saya tengok macam tegang je muka tu. Ada masalah ke? Jangan risau, telefon saya ok je. Tak ada yang rosak. Dari tadi pandang telefon tu macam telefon tu kekasih awak je, saya yang sepatutnya dijadikan kekasih ni awak tak pandang pun. J

“Eh, ooo ok. Hehe. Tak apalah, nanti saya pandang jadi lain pula”. (aduh, apa yang aku cakap ni! Hana, jadi tunggul. Jangan banyak cakap, tak pasal-pasal memalukan diri je) mengomel Hana dalam hatinya. Sekali lagi mimik mukanya berubah. Terasa panas mukanya, mesti sedang merah mukanya sekarang. Aduh, makkkkk adik malu malu malu( menjerit dia di dalam hati).

“Jadi apa? Saya pun nak tau awak jadi apa kalau pandang saya. Setakat ni tiada apa-apa lagi yang berlaku pada orang yang lihat saya”. Amar sengaja memanaskan suasana. Hatinya ceria melihat gelagat gadis yang ada di sebelahnya. Gadis yang hanya memandangnya sekali sahaja, itupun untuk meminta kebenaran masuk ke dalam kereta.

Lebih-lebih pula mamat ni. Aku kelekuk nanti baru dia tahu. Bersabar Hana, sehari ni je ( Hana memujuk hatinya). “Pukul berapa kita nak bergerak, atau perjumpaan dia dekat depan rumah saya je?”

Pandai lari dari menjawab ye. Hehe. Ok, kita bertolak sekarang. Awak dah bersedia ke nak jadi kekasih saya? (Amar menduga Hana)

Ala, tak payah nak bersedia-sedia. Bukannya perlu buat apa pun. Sehari je. Duduk, angguk, geleng dan senyum. Sudah. Balas Hana secara spontan sambil melakukannya dengan aksi sekali.

Amar yang terpandang perlakuan Hana hanya mampu tersenyum. Gadis tersebut benar-benar memberikan hujung minggunya lain dari sebelum ini. Setelah penat berfikir mengenai kerja dan ditambahkan lagi dengan pelamaran dari sahabatnya, rasanya sudah lama dia tidak berasa hatinya seceria hari ini. Azim memang pandai memilih pasangan sehari untuknya. Tiba-tiba dia terfikir alangkah bagusnya kalau gadis ini menjadi kekasihnya. Mesti hari-harinya ceria melihat aksi spontan gadis tersebut. Namun, pemikiran itu hilang apabila memikirkan masa perkenalan antara dia dengan gadis di sisinya. Masa yang lama pun menyebabkan dirinya ditipu. Apatah lagi masa yang sekejap. Jika Azim memilihnya, ini bermakna gadis ini pandai berlakon. Dan mungkin sekarang dia sedang berlakon. Jika ya, dia memang seorang pelakon yang bijak kerana aku hampir terjatuh hati padanya dengan pandangan pertama.

Suasana di dalam kereta sunyi. Hanya terdengar lagu yang dimainkan di dalam radio sahaja. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Amar juga hilang kata-kata apabila memikirkan Hana tidak berminat untuk berbual dengannya. Dari awal perjalanan hingga hampir sampai ke destinasi, Hana cuma memandang ke hadapan dan luar tingkap sahaja. Mereka tiba di sebuah rumah yang agak sederhana besar, terdapat sebuah kereta Mercedes dan di sisi kereta tersebut ada seorang lelaki separuh abad sedang menantikan seseorang. Hana berasa tidak sedap hati, dan mula terasa getaran dan debaran yang amat kuat. Amar dapat melihat perubahan itu. Amar tahu Hana mungkin berasa takut dan risau. Kata hatinya dia perlu menenangkan perasaan gadis di sisinya itu.

Awak takut ye? Jangan risau. Awak kata awak dah bersedia tadi kan. Awak buat je macam yang awak sebut tadi. Orang yang ada di hadapan awak tu adalah kawan saya. Kawan ayah saya sebenarnya, tetapi lepas ayah saya meninggal saya jadi rapat dengannya. Dia pun lebih suka saya anggapnya sebagai kawan daripada sebagai seorang ayah. Ini sebenarnya rumah saya. Takla besar sangat, tapi cukuplah untuk dijadikan tempat tinggal. Nanti, awak boleh tak buatkan air untuk dihidangkan pada kawan saya tu? Maafla, yang ini tak termasuk dalam kata-kata awak tadi. Tapi, saya nak dia anggap awak memang rapat dengan saya. Saya tak nak dia tahu saya menipu dia. Lagipun saya tak sampai hati nak menipu dirinya. Dia banyak menolong saya sejak kedua orang tua saya meninggal dunia. Saya dah anggap keluarga dia macam keluarga saya sebab tu saya tak mampu nak terima untuk berkahwin dengan anaknya. Saya harap awak dapat bantu saya. J

Hana mendengar dengan penuh teliti butir bicara Amar. Dia merasa simpati mendengar kata-kata Amar. Tidak sangka jejaka di sebelahnya ini anak yatim piatu. Dia nekad menolong sehabis baik lelaki ini. Ada sesuatu di dalam hati ini mengatakan lelaki ini tidak menipu. Dia harap hatinya tidak menipu. Hana mengganguk tanda setuju. Namun, tiada suara yang terkeluar dari mulutnya. Terasa berat saja mulut ini nak mengeluarkan kata setelah 30 minit mendiamkan diri. Harapannya agar Amar dapat melihat anggukannya.

Terima kasih. Mari kita keluar. Dah lama pak cik tunggu di luar tu. Amar mengajak Hana untuk ke dalam rumahnya. Dia tidak terasa dengan perlakuan Hana sebentar tadi. Dia tahu gadis itu tidak berlakon, memang gadis itu risau. Ianya jelas kelihatan melihat tangan gadis di sebelahnya tadi bergetar. Dia bersyukur gadis itu mahu membantunya. Dan dia tahu Azim akan memilih gadis yang terbaik untuk membantunya walaupun menjadi kekasih sehari.

Dah lama uncle sampai? Maaf ye uncle, terlewat pula. Jom masuk. Seorang je? Selalunya dengan Mira”. Amar memulakan bicara untuk menghidupkan suasana. Apatah lagi apabila melihat kawannya itu memandang Hana seperti mahu dimakannya sahaja. Nasib baiklah si Hana ni asyik menunduk je, kalau tak boleh pengsan melihat pandangan mata sahabatnya itu.

Tak adalah lama sangat. Uncle keluar hantar Mira dengan auntie pergi supermarket tadi, jadi terus datang sini. Itu yang awal sampai umah Am tu. Lagipun uncle tak nakla si Mira tu tahu tujuan uncle datang jumpa Am. Sembang-sembang juga, tak nak perkenalkan ke wanita kat sebelah tu.

A’ah, terlupa pula Am. Hana, ini kawan Am, Uncle Latif. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Uncle, ini Hana, kekasih Am yang Am pernah cerita pada uncle hari tu.

Emm. Cantik tapi dia tak tahu nak beradab dengan orang tua ke. Dari tadi asyik tunduk je. Sepatah perkataan pun tak cakap. Lain dari Mira, peramah je orangnya. Tak kira tua, muda semua orang suka pada dia. Pandai ambik hati orang tua. Ini tidak, senyum je. Ini yang Am nak jadikan isteri? Uncle tengok tak sesuai langsung kamu dengan dia. Orang macam ni nak dibuatkan isteri, buat malu suami je.

Hana menyejukkan hatinya yang sedang menanah mendengar kata-kata orang tua tersebut. Jika tidak terfikirkan ajaran pak dan maknya agar bersopan dengan orang yang lebih tua, pasti dah lama dia membalas kata-kata pak cik tersebut. Hana memandang muka pak cik tersebut, dan hanya senyuman yang diberikan kepada orang tua yang digelar uncle tersebut. Untuk bercakap atau membalas dia tidak ada hati lagi. Amar di sebelahnya tiba-tiba menjadi bisu melihat suasana tegang tersebut. Dia juga tidak menyangka unclenya akan bercakap seperti itu secara berterus-terang dan tiba-tiba.

Am, Hana pergi dapur sekejap ya. Buatkan air. Am berbuallah dengan kawan Am dulu. Nanti dah siap, Hana panggil Am ambilkan air (terasa ada getaran di setiap butir bicara Hana akibat menahan rasa sedih kerana tiba-tiba dihina tanpa dia membuat persediaan untuk itu. Hana berharap Amar tidak mengesyaki apa-apa).

Emm. Baiklah, terima kasih ye sayang. Amar membalas dengan senyuman walaupun dia tahu senyuman itu tidak akan menceriakan hati gadis yang menolongnya. Dia dapat lihat itu dari pandangan redup si gadis yang menahan air mata dari menitis di hadapannya dan juga sahabatnya. Panggilan sayang sengaja disebut dengan agak jelas agar unclenya tahu bahawa mereka betul-betul sedang bercinta. Walaupun perkataan itu sudah agak lama tidak digunakan, namun lancar sahaja ianya keluar dari mulut.

Hana yang masih belum tahu selok-belok rumah tersebut dengan penuh yakin bergerak ke ruang yang dirasakannya terdapat dapur melalui pandangan ruang tersebut dari jauh. Harapannya agar dia tidak tersalah tempat, atau lakonannya akan terbongkar. Nasib baik tempat yang dituju adalah betul. Amar juga berasa risau kerana Hana belum menerokai rumahnya, tetapi apabila melihat Hana memasuki tempat yang betul, dia tersenyum sendirian. Dalam hatinya, dia memuji gadis tersebut. Perlakuannya diperhatikan oleh lelaki berusia tersebut dengan pandangan yang tajam. Senyumannya terhenti, dia tahu pasti ada soalan yang bisa yang perlu dijawabnya dengan berhati-hati agar unclenya itu tidak lagi memintanya untuk menjadi menantu keluarga tersebut.

Am, betul-betul pasti dia sesuai dengan Am? Kenapa uncle tengok macam tak rapat je. Macam baru kenal hari ni. Betul ke yang wanita tu kekasih Am atau Am upah untuk jadi kekasih Am bagi meyakinkan uncle yang Am dah berpunya?. Lelaki berusia itu menduga Amar. Dia tahu pasti ada sesuatu yang diselindungi oleh anak arwah rakannya itu.

(Amar tersentak tetapi dia cepat mengawal keadaan wajah dan perasaannya.) Ish, uncle ni ada ke situ pulak dia. Iyalah, buat apa saya nak upah-upah orang ni uncle. Buang duit je. Dari saya upah orang, lebih baik saya guna duit itu sendiri. Lagipun takkanla semata-mata saya nak yakinkan uncle saya sanggup upah orang. Macam Mira tu tak bagus je. Kalau saya tak da kekasih lagi, pasti saya terima Mira jadi isteri saya. Mira tu dah la muda, cantik, pandai dan dalam erti kata lain memang bertuahla siapa dapat Mira tu. Tapi dah jodoh saya bukan dengan Mira, saya jumpa Hana dulu sebelum perlawaan uncle sampai. Manala saya tahu yang uncle sudi nak jadikan saya menantu. (Amar menyusun kata-kata agar dia tidak tersalah sebut dan melontarkan kata-kata dengan penuh yakin agar kawan arwah ayahnya tidak mengesyaki dia sedang menipu. Baginya dia terpaksa, dia telah menganggap Mira seperti adiknya sendiri. Mana mungkin perasaan sayang seorang abang kepada adik boleh berubah, melainkan dengan izin Tuhan.)

Hana yang mendengar dari dapur, tersenyum sendirian. Tidak sangka bahawa lelaki yang baru dikenalinya itu pandai betul menyusun ayat. Seperti betul sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hana berharap tiada pertanyaan yang akan ditanya padanya. Menakutkan lebih dari temuduga SPP untuk perlantikan tetap jawatan DG41. Untuk melihat muka garang pak cik tersebut pun sudah tidak sanggup, inikan pula perlu menjawab soalan sambil melihat muka garang tersebut. Hana memberanikan diri menghantar air Sunquick bersama dengan kuih muih yang dibelikan oleh Amar ke ruang tamu. Walaupun sebentar tadi dia meminta Amar yang mengambilnya tetapi dia tidak mahu menyusahkan lelaki tersebut setelah melihat lelaki tersebut betul-betul ingin menjayakan misi pada hari ini. Dalam keadaan bergetar seluruh badan, dia cuba mengawal keseimbangan agar dulang yang dibawanya tidak terjatuh. Amar yang melihat, terasa ingin membantu tetapi dia mendapat isyarat dari Hana agar duduk sahaja. Lalu, dia menuruti isyarat gadis tersebut.

Hana meletakkan dulang dan menghidangkan air. Kemudian, duduk di sisi Amar seperti pasangan kekasih. Amar juga terkejut dengan kelakuannya yang tiba-tiba. Hana masih tahu adab dan pantang larang lelaki dan perempuan. Dia masih jaga itu, cuma kedudukannya sahaja sedikit rapat dari permulaan tadi tetapi masih ada ruang yang memisahkan daripada mereka bersentuhan. Hana sudah cuak dengan lelaki separuh abad itu, dia ingin menyelesaikan perkara itu dengan cepat. Dia akan menggunakan kemahiran yang dia ada, walaupun sukar untuk dia bersikap tidak jujur pada diri dan orang lain. Dia sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan dan mendengar segala bentuk cacian dan kata-kata bisa yang akan keluar dari mulut lelaki tersebut. Amar membiarkan sahaja walaupun hatinya tiba-tiba berdebar dengan situasi yang mengejut tersebut. Tidak disangka gadis tersebut akan bertindak sedemikian, diharapnya misi yang dirancang akan berjaya. Dia yakin akan gadis yang dipilih oleh Azim, sahabat baiknya.

Jemput minum, uncle atau uncle nak saya buatkan minuman panas. Saya nak sediakan minuman panas tadi, tapi teh, milo dan kopi semua habis yang tinggal susu je. Itulah, 2 minggu tak datang buat spotcheck. Nak harapkan Am, balik kerja terus tidur. Bila ditanya, dikatanya minum kat luar. Tak perlu nak ada semua tu. ( Hana dengan lancar berbicara sambil tersenyum memandang Amar. Amar kaget, dia tak tahu sama ada terkejut dengan sikap tiba-tiba Hana atau senyuman yang diberikan Hana untuknya. Yang dia tahu dia betul-betul terkejut.)

Itulah Am, Hana dah pesan kan beli barang keperluan tu takut nanti ada orang datang, boleh Am jamukan. Takkan asyik-asyik air kosong sejuk je. Nasib baik tadi berhenti kedai, boleh belikan Sunquick. Kalau tak, tentu minum air kosong je.” Hana berpura-pura memarahi Amar, tapi hatinya terasa seronok pula diberi kesempatan untuk membebel.

” Maaf ye uncle, termembebel dekat Am depan uncle pula.” Hana tersenyum memandang Uncle Latif yang seperti sedikit terkejut dengan sikapnya.

Uncle Latif hilang bicara apabila melihat perubahan yang drastik daripada wanita yang diperkenalkan kepadanya tadi. Dia masih belum mampu untuk menyoal atau mengeluarkan kata-kata. Hati tuanya tiba-tiba terkejut dengan perubahan itu. Dia memerlukan masa untuk kembali menyoal agar hatinya puas dengan jawapan yang akan diterimanya.

Hana menyambung kata apabila melihat Amar dan lelaki berusia tersebut terdiam. Mungkin terkejut melihat peragainya.

Itulah uncle, saya terkejut bila Am beritahu yang kawan dia melamar dia. Saya minta dia terima je, bukan senang zaman sekarang lelaki dipinang. Nak saya masuk meminang dia, mungkin tak. Belum mampu lagi nak buat macam tu. Hehe. Tapi walaupun mulut saya kata macam tu, hati kekasih mana yang tak cemburu. Sayangla kalau nak lepaskan, dah lama bersama. Dah kenal hati budi masing-masing. Saya tahu Am ni lelaki yang baik, sebab tu uncle sanggup melamar dia. Yelah, nak dapat lelaki yang baik untuk anak perempuan kita bukan senang. Jika dah ada, lebih baik kita mulakan dulu walaupun jarang perkara itu berlaku di zaman sekarang. Saya tak pernah memaksa Am untuk bersama saya. Dia berhak membuat keputusannya sendiri. Jika dia merasakan bersama anak uncle dia gembira dan bahagia, saya rela melepaskannya. Lagipun Am bukan milik saya. Saya mahu melihat Am bahagia.

Amar berasa terharu dengan kata-kata tersebut. Kata-kata seperti seorang yang benar-benar berkasih dengannya, sedangkan belum cukup 24 jam dia mengenali gadis tersebut. Uncle Latif seperti terpukul dengan kata-kata tersebut. Belum disoal sudah diberi jawapan. Dia memang tersilap kerana memandang rendah pada anak gadis di hadapannya. Setelah sekian lama berdiam, Amar memulakan kembali bicara. Dia sudah ada kekuatan untuk bersikap jujur pada lelaki yang banyak membantunya walaupun masih ada yang perlu diselindungi.

Ish, tak baik Hana kata macam tu. Allah telah menemukan kita. Dalam hati Am, ada Hana je. Jangan minta Am membuat pilihan ye, sayang. Am tak mampu untuk membuat pilihan. Bagi Am kedua-duanya penting. Secara jujurnya uncle, Am dah anggap Mira seperti adik Am sendiri. Mana mungkin Am menukarkan perasaan kasih seorang abang kepada adiknya menjadi cinta. Am juga dah anggap keluarga uncle macam keluarga Am sendiri, tambah-tambah selepas arwah ibu dan ayah meninggal dunia. Am harap uncle boleh terima penolakan Am ini dengan hati terbuka. Am tak nak melukakan hati uncle, sebab tu Am tak beritahu perkara sebenar kenapa Am tolak lamaran uncle selain Am dah ada Hana. Maafkan Am, uncle.

Suasana yang tegang dan menakutkan tadi bertukar menjadi sayu. Uncle Latif tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Amar yang melihat, secara spontan turut berdiri. Hana hanya melihat perbuatan mereka berdua. Dia juga ingin tahu kisah seterusnya, drama yang spontan dan tidak ada skrip yang perlu diikut. Semuanya berlaku secara tiba-tiba, seperti kata-kata yang keluar dari mulutnya. Sebenarnya dia sendiri terkejut dengan kelakuannya tadi.

Maafkan uncle juga. Mesti Am pening memikirkan tentang lamaran uncle. Uncle terus mendesak Am untuk menerima lamaran walaupun sudah beberapa kali Am menolaknya. Uncle Latif memohon maaf sambil memeluk erat anak rakan karibnya itu. Selepas pelukan dirungkaikan, lelaki tersebut turut meminta maaf kepada Hana di atas kekasarannya sebentar tadi. Apabila memikirkan lelaki yang diinginkannya menjadi menantu dikebas wanita lain, hatinya menjadi panas. Namun tutur bicara Hana yang dirasakannya ikhlas itu, membuka pintu hatinya untuk menerima hakikat yang Amar bukan untuk Mira.

Hana tidak salahkan uncle sedikitpun. Tiada ayah yang tak nak yang terbaik untuk anaknya. Bertuah Mira kerana ada ayah seperti uncle. Hana doakan Mira akan dapat suami yang lebih baik dari Amar dan sesungguhnya menantu yang terbaik buat uncle. Hana tersenyum dan menjeling melihat Amar. Dia tahu kata-katanya akan membuat kekasih seharinya cuak. Namun, apa dia peduli. Dah memang betul.

Terima kasih ye, nak. Hehe. Bertuah Amar dapat Hana. Pandai menenangkan hati. Nanti rajin-rajin datang rumah uncle. Boleh kenalkan pada family uncle. Minta Amar bawakan kalau dia tak nak, beritahu uncle nanti uncle pergi ambik. Lagipun dah nak jadi sebahagian daripada keluarga kami juga. Tak gitu, Am?

Amar yang melihat perbualan rancak yang tidak disangkanya itu terkejut apabila disoal secara tiba-tiba. Lalu dia menyoal kembali kepada Uncle Latif soalan yang diajukan kepadanya.

Ish, asyik melihat kekasih hati sampai orang tanya pun tak dengar. Bawa Hana ni datang umah uncle. Lagipun dia dah nak jadi sebahagian daripada keluarga kita. Tak gitu ke, Amar?

Emm. A’ah. Yelah. Amar tergagap-gagap menjawab. Dia tidak tahu mahu menuturkan kata apa lagi. Nampak gayanya dia mencari masalah baru. Tidak disangka unclenya akan berkenan pula pada kekasih seharinya itu. Tiba-tiba terlintas difikirannya, adakah kekasih seharinya ini akan menjadi kekasih untuk selama-lamanya.

*****bersambung****

Hai Am, i’m back, honey. I miss you so much. Sory because tinggalkan you dulu. I hope you still waiting for me.’ Lily mengejutkan Amar yang sedang melihat di luar tingkap pejabatnya.

Amar memang terkejut apabila disergah sebegitu, malahan ianya adalah daripada kekasih yang pernah dia sayangi dulu. Tetapi semua itu dulu. Lily pernah meninggalkan dirinya seminggu sebelum mereka berkahwin kerana ingin mengejar kerjaya sebagai seorang model. Sekarang, gadis ini ada di hadapannya. Apa yang perlu dia katakan pada Lily. Dalam hatinya sudah hilang perasaan sayang, apatah lagi cinta kepada gadis cantik dan seksi di hadapannya. Untuk apa Lily kembali, adakah untuk mengulang kembali kisah dulu?

Emm hai. Bila u balik sini?

Baru tadi. I sampai je, terus i datang pada u. I really miss u so much, honey. Kenapa muka u macam tak suka je i balik? U still marah lagi ke pasal kejadian tu? Sory sangat-sangat, i terpaksala u. That’s my dream. Now, i’m back. So, i dah buat keputusan kita sambung kembali apa yang putus dulu. Ok?

Mudah je u cakap kan. Yang tanggungnya i. Sakitnya i. Ada u tanya khabar i sebelum ni? Tiadakan? Lagipun i dah ada kekasih. Kami akan kahwin tak lama lagi. ” tiba-tiba Amar terfikirkan Hana. Adakah gadis itu masih belum berpunya? Selepas kejadian 3 bulan yang lalu, dia sudah tidak mendengar khabar dari gadis tersebut. Untuk bertanya Azim, dia malu. Kadang-kala terbit rasa rindu akan gadis yang pernah menolongnya. Unclenya juga sering bertanya mengenai Hana. Rasanya aku memerlukan pertolongan Hana lagi kali ini. Tiada wanita lain yang sesuai selain dia.

Siapa? Lebih cantik dari i? U tau kan i masih sayangkan u. Selama i di Singapore, hati i sering ingat kat u. Tiada lelaki lain dalam diri i kecuali u. I pergi dulu bukan kerana i curang tapi kerana impian i. Sekarang i dah kembali, i dah sedia nak jadi isteri u.” Pujuk Lily sambil memeluk Amar.

Amar merungkaikan pelukan. Mungkin dulu dia akan rasa bahagia jika Lily memeluknya, tetapi sekarang perasaan jelik, cuak semua ada. ” i’m so sorry. Kita tak sama macam dulu lagi. I dah ada kekasih dan i sayangkan dia. Tolong keluar dari bilik saya. Terima kasih.”

“ok, kalau betul perempuan itu wujud i nak jumpa dengannya secara bersemuka. I akan pastikan u tak berbohong. U tau kan i pandai dalam mencari pembohongan seseorang.”

Tanpa berfikir panjang, Amar bersetuju dengan permintaan Lily. Selepas Lily pergi dari pejabatnya, dia memberanikan diri menelefon Hana. Hanya Hana dalam fikirannya sekarang. Namun, panggilannya tak diangkat. Lantas dia menghantar mesej kepada gadis itu.

As salam. Maaf menganggu. Mesti awak terkejutkan tapi saya sangat-sangat memerlukan pertolongan awak. Awak jadi kekasih saya, bukan sehari tetapi lebih dari itu. Saya amat memerlukan awak sekarang. Hanya awak dalam fikiran saya. Harap awak mahu tolong saya. Saya minta maaf kerana secara tiba-tiba.-

Hana yang sedang menikmati nasi goreng yang baru dimasaknya tersedak apabila membaca mesej yang baru sampai itu. “apa kejadahnya mamat ni. Dia ingat kerjaya aku sebagai seorang pelakon ke? Panggil aku bila ada job. Dah lama tak hubungi aku, tiba-tiba telefon. Memangla tak akan aku angkat. Tapi apa maksud mesej ni. Perlukah aku balas? Aduh, dok syok-syok makan ni, boleh hilang selera je!.” Hana mengomel sendirian sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

Salam. Ada kerja baru ke. Maaf ye saya bukan pelakon. Lagipun saya tak berminatla nak berlakon jadi kekasih ni sebenarnya. Hari itu sebab saya fikir nak tolong Azim.
Awak, plezzzzz!!! Ok, awak letak je apa syaratnya. Saya akan ikut.
Kenapa saya??
Kerana saya percaya dan yakin dengan awak.
Boleh saya tahu, kenapa pula kali ini?
Saya tak mampu nak terangkan dalam telefon. Kita berjumpa. Nanti saya terangkan pada awak.
Ajak Azim dengan isteri dia sekali. Bolehkan?? Saya rasa tak manis kalau hanya kita berdua sahaja.
Emm. Ok, saya dah kata tadi saya akan ikut saja apa yang awak minta asalkan awak dapat tolong saya. Terima kasih.

Apa kes pulak kali ni, Amar? Tak habis-habis dengan masalah. Itulah senang-senang kau kahwin je dengan Hana ni. Masing-masing bujang, tiada pasangan lagi. Bagus tak idea abang, sayang?.”

Amboi, sesedap mulut ko je ye En. Azim. Julia, jangan sesekali tambah kuah dalam nasi ye. Kes sekarang bukan aku nak kau jodohkan aku dengan sesiapa. Kita nak dengar cerita Amar kan. Jadi, dengar dulu. Banyak songeh pulak dia.” Hana sudah tidak dapat kawal perasaan apabila cerita kahwin dibangkitkan. Dia bukannya sesuka hati nak bujang, tapi jodohnya belum sampai.

Ok, tak nak gaduh-gaduh. Sori, sebab aku korang berdua bertekak pula.

Ish, no halnya Am. Aku memang dah biasa dengan Hana ni. Julia pun tahu perangai kami dua. Kau jangan rasa bersalah sangatlah. Emm, ceritalah apa halnya. Jangan ko nak kata Lily dah pulang ke Malaysia dan nak sambung kembali hubungan dengan kau.”

Emmm, itulah yang aku nak kata. Aku dah terberitahu pada dia aku dah ada kekasih, dan aku dah nak kahwin. Waktu tu dalam fikiran aku hanya ada Hana je, sebab tu aku minta tolong dia. Aku dah buntu. Aku tak nak Lily menganggu kehidupan aku lagi, bro. Cukuplah rasa seksa aku dulu sewaktu dia tinggalkan aku. Cuba kau bayangkan segalanya aku persiapkan, kad, hantaran dan segala-galanya. Setelah habis kad diedarkan, seminggu sebelum pernikahan kami…….. dia hilang. Yang ada cuma sekeping nota. Adakah nota itu dapat menutup rasa malu aku pada staf-staf dan kawan-kawan. Selama 3 tahun aku cuba rawat luka ni, tapi kenapa sekarang dia datang untuk meminta kembali diri aku. Dan juga kerana itu aku rasa Uncle Latif membuat keputusan melamar aku. Dia mungkin tak sanggup nak tengok aku menanggung semua ini seorang diri. Nasib baik, Mira tidak tahu rancangan ayahnya. Jadi, Hana saya minta tolong awak sangat-sangat untuk bantu saya. Jadi kekasih saya, jadi isteri saya.” Amar meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini. Walaupun dulu dia berjanji tidak akan mengungkit kembali kisah ini tetapi Hana berhak tahu agar dirinya tidak berasa tertipu. Namun ayat akhir permintaan amar itu yang membinggungkan Hana. “Aku kena berlakon jadi isteri dia juga ke? Nak mampus. Ini dah lebih ni.” Hana berada dalam dunia sendiri.

Eh, cik Hana ni. Mengelamunla pulak. Woi, kawan aku tengah cerita, ko boleh mengelamun pulak. Apesal?

Abang, udah-udahla cari gaduh dengan kak Hana tu. Tak baik tau. Mesti kak Hana tengah fikir. Abang ingat senang ke nak berpura-pura jadi kekasih ni. Melibatkan hati dan perasaan tahu. Emm, lagi satu Julia sebenarnya keliru juga. Abang Am minta kak Hana jadi isteri?. Julia tak salah dengar ke?”.

A’ah Am. Aku rasa aku pun dengar macam tu jugak. Kau ni tengah melamar ke apa?? Patutla aku tengok tetiba je riak muka si Hana ni berubah.”

Aku ada cakap macam tu ke? Hehe, terkeluar kut. Tapi kalau Hana sudi, aku terima je. Lagipun rasanya aku dah mula jatuh hati pada dia waktu kali pertama jumpa dulu. Namun aku sedar diri aku siapa, mungkin tak layak untuk diri dia.”

Hana masih dalam kebingungan yang amat nyata. Kekasih pura-pura? Lamar jadi isteri? Arghhhh, apa ni! (Hana mengetuk-getuk kepalanya, tetapi ditenangkan oleh Julia.)

Akak, sabar. Kenapa ni, tak baiklah ketuk-ketuk kepala. Apa pun boleh bawa berbincang.

A’ah Hana. Jangan ikut perasaan ko tu sangat. Aku tahu ko mesti pening sebab berlaku tiba-tiba. Aku pun pening sebenarnya. Tak pernah-pernah si Am ni beritahu aku dia ada hati ngan kau. Tapi aku rasa tak salah kau terima lamaran dia tu. Kau baik, Amar pun baik.

Maafkan saya, Hana. Mungkin lamaran ni berlaku tiba-tiba. Awak mungkin tak bersedia mendengar lamaran ini tetapi saya betul-betul maksudkan apa yang saya kata tadi.”

Emm. Beri saya masa. Saya rasa awak juga perlu masa untuk fikir semula lamaran awak. Apabila saya dah ada jawapannya, saya akan beritahu awak. Tapi saya tak janji bila masa itu akan tiba. Harap awak faham. Mengenai menjadi kekasih olok-olok awak, saya rasa saya tak mampu untuk membantu. Maaf sangat-sangat. Saya simpati dengan kisah awak, tapi hati dan perasaan saya berkecamuk dan keliru sekarang. Saya tak nak perkara ini mencacatkan lakonan itu nanti. Harap awak faham. Maaf ye kawan, aku pergi dulu. Aku rasa aku perlukan ketenangan.”

Kak Hana nak Julia temankan?” Julia membisikkan pertanyaan itu di telinga Hana.

Emm, tak apa. Akak ok je, jangan risau ye. Julia kenal akak macam mana kan. Tapi akak nak Julia ngan Azim tolong tenangkan Amar. Dia bersendirian, akak faham perasaan dia. Berikan dia kekuatan.” Hana mengaku memang dia juga jatuh hati pada lelaki itu, tetapi dia tidak mahu mengikut perasaan. Biarlah masa yang menentukan sama ada mereka berdua berjodoh atau tidak.

Adakah aku buat salah, Azim. Sebenarnya dah lama aku fikirkan hal ni. Hari ni aku memang nekad nak melamar dia. Aku dapat rasa dia yang akan menjadi suri dalam hidup aku. Tetapi, kenapa sepertinya dia menolak tanpa mahu mengenali aku. Aku buntu. Bagaimana ni? Lily mesti akan terus menganggu aku sehingga dia berjaya membuktikan aku dah ada penggantinya.

Emm. Kau tak boleh salahkan diri kau dan juga Hana. Dia tak menolak lamaran kau tapi dia minta kau berikan dia masa. Bab kahwin ni bukan mainan, Am. Aku kenal dengan Hana tu, hatinya lembut walau bicaranya ada sedikit kasar. Dia takkan mudah-mudah terima lamaran seseorang. Bila hati pernah dilukai, untuk menerima lagi memang memerlukan masa. Emm, kau nak aku cari wanita lain ke jadi kekasih olok-olok kau?”

Emm, tak perlulah Azim. Aku akan tunggu jawapan Hana, walaupun ia mengambil masa yang lama. Tidak mampu aku untuk berpura-pura bercinta dengan orang lain sedangkan dalam hati aku sudah terisi dengan seseorang. Pandai-pandailah aku menghadapi Lily tu. Lagipun, entah kenapa aku yakin Hana adalah jodohku. Apa pun terima kasih sangat pada kau dan Julia kerana sanggup teman aku. nasib baik Hana cadangkan perjumpaan ini disertai dengan korang, kalau tak…emmm”

——

Mana kekasih yang u cakap tu. Betul ke yang u dah ada pengganti i?

Lily, tolong perlahankan suara u tu. Tak malu ke datang pejabat orang menjerit-jerit macam orang gila. I ada kerja ni. I tak da masa nak melayan karenah u tu. Plez, keluar dari pejabat i secara hormat atau u nak i panggilkan pengawal.”

Dah pandai u berkasar sekarang ye. I takkan berhenti ganggu u selagi u tak tunjukkan siapa pengganti i di hati u. I nak tengok puas-puas wanita tu. Layak ke dia menggantikan i di sisi u.”

Tolong keluar. I xda benda nak cakap atau jelaskan pada u. Kalau u nak tahu, dia 100 kali lebih baik dari u. 1000 kali lebih cantik dari u pada pandangan mata hati i. Sekarang puas. Keluar, sebelum i call pengawal.”

Ok, Am. I keluar tapi i akan tetap menanti. Ingat ini janji i. I takkan berdiam diri selagi i tidak tahu siapa dia.”

Selepas 7 minggu.

As salam. Lamaran awak masih terbuka ke? Maaf, kerana biarkan awak tunggu lama.

Amar yang pening memikirkan gangguan Lily, tidak mengendahkan mesej yang masuk. Hari ini sahaja sudah berpuluh kali telefonnya berbunyi, berpuluh mesej yang memasuki inboxnya. Sudah malas untuk dia mengambil peduli mesej yang masuk. Dia sudah terlupa kepada rutin hariannya menanti mesej masuk dari Hana. Setelah berminggu-minggu tiada jawapan yang diterima, dia sudah tidak ambil peduli. Tambah-tambah sekarang, hanya mesej Lily yang memenuhi inboxnya. Malas dia hendak membaca. Namun, rasa rindu kepada Hana makin bertambah-tambah. Untuk dia mencapai telefon melihat mesej, dia tiada hati tetapi entah mengapa hatinya seakan-akan memintanya utntuk melihat. Dia tidak mahu kecewa lagi jika apa yang diharapkan tiada. Secara perlahan-lahan dia bangun mendapatkan telefonnya dan membuka inbox. Alangkah terkejut dirinya kerana apa yang ditunggu selama hampir 2 bulan ini telah ada balasannya. Tiba-tiba hatinya berbunga ceria. Segala masalah tentang Lily seakan-akan lenyap.

Salam. Akhirnya penantian saya tidak sia-sia. Lamaran saya akan tertutup setelah awak menerima atau menolak lamaran saya. Jadi, apa keputusan awak.
Setelah saya meminta petunjuk dari-Nya untuk memilih. Saya membuat keputusan menerima lamaran awak. Saya harap awak dapat menerima segala kekurangan dan kelebihan saya.
Yeke? Betul ni. Terima kasih, sayang.
????? a’ah sama-sama.
J

—-

(ikatan pertunangan di antara Hana dengan Amar berjalan lancar.)

Sekarang, Am nak bawa Hana jumpa Lily. Hana dah bersedia?” Amar cuba menenangkan Hana.

Am jangan risau ye, Hana dah bersedia. Lagipun, kita bukan nak pergi berperang kan. Tapi Lily tu cantikla, Am. Seksi pula tu. Tak sayang ke tinggalkan dia.” Hana melemparkan senyuman kepada tunangnya itu.

Mestilah sayang. Tapi apa boleh buat, hati ni dah terpikat dekat budak yang kat sebelah ni”. Amar membalas senyuman.

Budak?? Orang dah tua la. Dah 28 tahun. Tak baik tau.” Hana membuat aksi seperti ingin memukul.

Ha, ada berani pukul? Nanti Am tangkap tangan tu, tak lepas dah. Nak?” Amar cuba mengugut. Dia tahu Hana tidak suka perkara seperti itu. Tapi dia memang suka menyakat Hana dengan teknik itu. Dia suka tengok Hana marah, tapi dia tak berani untuk selalu menyakat seperti itu kerana dia akan sunyi jika Hana mendiamkan diri apabila marah.

(aksi mereka berdua dilihat oleh Lily. Lily berasa geram dan panas hati. Tidak sangka yang Amar betul-betul sudah ada penggantinya, sedangkan dirinya masih lagi mencintai Amar. Tiba-tiba terselit di dalam hatinya untuk membalas dendam kepada lelaki itu.)

Maaf Amar, i xdapat jumpa u hari ni. I ada kerja nak dibuat.

Amar berasa hairan dengan mesej yang diterimanya. Pelik, kerana selama ini Lily memang amat berharap untuk melihat kekasihnya. Kenapa tiba-tiba tidak jadi. Amar berasa seperti ada sesuatu yang akan terjadi. Dia tidak meluahkan rasa tidak sedap hatinya kepada Hana kerana tidak mahu tunangnya itu bimbang.

“Hana, tak jadilah jumpa si Lily tu. Dia ada kerja. Kita jalan-jalan jelah ye”. Amar memberitahu tunangnya tetapi matanya memerhatikan sekeliling kawasan itu.

“Am ada masalah ke? Kenapa Hana tengok macam ada masalah je? Am boleh cerita pada Hana. Jangan simpan sendiri lagi. Ingat Am dah ada pendengar.”

Terima kasih, tapi Am ok je. Jangan risau ye.”

—-

Hana, boleh datang hospital sekarang tak?” Azim bercakap dalam keadaan kelam-kabut.

Hospital?? Kenapa, Julia sakit ke?” Hana menjadi runsing.

Bukan Julia tapi Amar. Dia dipukul tadi, nasib baik orang nampak. Kalau tak mungkin boleh arwah.” Azim berterus-terang.

Amar ok ke sekarang. Macam mana dia? Nanti Hana sampai.” Hana tergagap-gagap berbicara.

Entahla, dia masih dalam ICU. Sabar ye, Hana. Bawa kereta tu elok2, jangan tergopoh-gapah.” Azim menasihati kawannya. Risau juga dirinya takut apa-apa berlaku pada Hana.

Mana Amar? Masih dalam ICU lagi ke? Macam mana keadaan dia? Macam mana boleh berlaku macam ni?” persoalan demi persoalan ditanyanya kepada Julia.

Akak, sabar. Abang Amar masih dalam wad ICU. Abang Azim ada di sana. Akak bersabar ye, doakan segalanya baik.

Azim, kenapa perkara ni berlaku?

Entahla, aku pun tak tahu. Tapi aku dah buat report polis. Lepas Amar sedar nanti polis akan datang ambik keterangannya. Bersabar ye, Hana. Ha, itu pun doktor dah keluar.

Doktor, macam mana dengan tunang saya?

Emm, tunang cik dalam keadaan baik. Nasib baik luka dikepalanya tidak dalam dan parah tetapi masih memerlukan pemerhatian dari semasa ke semasa. Cik boleh melawatnya nanti selepas dipindahkan ke wad biasa.

Azim, Julia terima kasih kerana datang. Aku sebagai tunangnya pun lambat tahu perkara ni. Tak pelah, korang pergilah balik. Biar aku temankan Amar di sini. Lagipun esok masih cuti. Terima kasih ye.”

Emm, xde apalah. Masing-masing kawan kan. Kalau ada apa-apa nanti, telefonlah aku ataupun Julia. Ok?”

Amar, maafkan Hana sebab tiada di sisi Amar sewaktu kejadian. Tapi, Hana yakin Amar kuat untuk menentang rasa sakit ini. Hana sentiasa ada untuk Amar. Hana minta izin untuk tinggal di bilik ni sekali ngan Amar ye. Cepat sembuh dan cepat buka mata.

(Hana membacakan surah Yassin dan melakukan solat hajat. Mungkin kerana terlalu penat, dia akhirnya melelapkan mata di atas tikar sejadah. Apabila lagu “Irhamna” dari Opick kedegaran melalui telefonnya, Hana membukakan matanya. Dia tahu bahawa waktu itu dia perlu menunaikan solat Subuh. Dia bangun melihat Amar di katil tetapi Amar tidak ada. Dia menjenguk ke dalam tandas, tetapi kosong. Kerisauan mula bermain di hati dan fikirannya. Walaubagaimanapun, dia perlu melaksanakan tuntutan yang wajib ke atas dirinya dahulu. Dia tidak akan berada di sini jika Yang Maha Pencipta tidak mengizinkannya. Walauapapun, dia perlu ikhlaskan hati dan khusyuk sewaktu menghadap Ilahi. Dia hanya membiarkan kehilangan Amar dengan berdoa dan sentiasa yakin bahawa Amar berada dalam keadaan selamat. Seusai menunaikan solat, dia kembali melihat ke atas katil sama ada Amar sudah kembali ke bilik. Akhirnya, dia tersenyum melihat Amar sedang tidur di atas katilnya. Dia mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.)

Apa yang Hana senyum-senyum tu? Amar kena pukul pun Hana masih ada hati nak senyum”. Amar sengaja bersikap serius untuk bermain dengan Hana.

Senyuman itukan satu penawar kepada sebuah kesakitan. Tambah-tambah orang yang sakit bila dia tengok senyuman orang yang comel lagi manis ni, insyaAllah sihat. Tengok macam Amar, kan dah sihat sampai boleh nak kenakan Hana.

Amboi, menjawab ye. Yelah, intan payung. Amar suka tengok Hana tadi, tenang je mata Amar pandang. Alhamdulillah, Amar dapat permata setelah ditinggalkan kaca. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Nasib baik Amar sedar sebelum terlambat.

Hanya sebuah senyuman dan anggukan sahaja yang mampu Hana berikan. ” Amar pergi mana tadi?”

Ooo yang tadi tu, hehe. Amar pergi ke surau. Lagipun, rasa sakit dah kurang sikit cuma ada pening-pening je. Nak kejutkan Hana, tapi rasa kesian pula. Nak angkat Hana letak atas katil, takut majlis kahwin tak jadi pula nanti. Hehe. Ingatkan nak kejutkan Hana lepas Amar balik bilik tapi Hana dah solat. Jadi, Amar tengok jelah. Lepas tu, Amar buat-buat tidur.

Berlakon jelah tadi tu ye. Emm, tak apalah yang penting Amar dah ada kat sini. Amar tahu ke siapa yang buat semua ni? Hari ni, mungkin Azim akan datang dengan polis untuk ambil keterangan.

Entahla. Semuanya berlaku tiba-tiba. Lagipun Am tak nakla tuduh siapa-siapa. Silap tuduh nanti kita yang berdosa sebab memfitnah orang. Mungkin dah takdir Am nak kena petang semalam.

Kalau itu yang Am kata, Hana ikut saja. Tapi, hati-hati ye lain kali. Tak nak lagi perkara macam ni berulang. Takut bukan Am yang pergi, tetapi Hana dulu tinggalkan Am kerana terkejut”. Hana menguntumkan sebuah senyuman kepada Amar.

Kalau Hana pergi, Am nak ikut jugak. Mana boleh main tinggal-tinggal suami macam tu. Hana nak pergi mana?”. Sengaja Amar nak menyakat buah hati di depannya itu. Mahu saja dia dengar ayat yang akan dibalas.

Bila masa pula jadi suami? Akad nikahnya pun belum. Jadi kira boleh tinggal-tinggalkan lah ye. Hana nak pergi farmasi beli ubat sakit jantung, nanti kalau terkejut lagi dah ada ubat. Amar nak Hana tinggalkan Amar sekarang ke?”. Hana pula menduga kekasih hatinya. Sengaja dia melepaskan geram melalui kata-kata kerana Amar tidak serius dengan nasihatnya tadi.

Tiba-tiba Amar berpura-pura seperti sakit sambil memegang kepalanya. Baginya, dia tidak boleh kalah dengan Hana. Dia masih mahu meneruskan permainan pada awal pagi tersebut. Dia gembira kerana Hana sudi menemaninya di hospital.

Hana menjadi kaget. Dia ingin keluar memanggil jururawat yang bekerja pada waktu tersebut tetapi dihalang oleh Amar yang cepat-cepat berlari berdiri di hadapan pintu keluar. Hana hampir sahaja hendak tersembam di dada Amar tetapi dia sempat mengimbangi tubuhnya dari terjatuh. Amar terkejut dan bimbang jika Hana terjatuh kerana tindakannya. Nasib baik semuanya dalam keadaan terkawal dan tiada perkara sumbang berlaku antara mereka. Amar akhirnya mengakui bahawa permainannya pada hari itu gagal, dan yang paling menyesakkan kepalanya sekarang adalah untuk memujuk kekasihnya itu. Dia tahu dia sudah melampau dalam bergurau. Hana langsung tidak bersuara, hanya melakukan pergerakan seperti mengemas apa yang patut di dalam bilik tersebut. Hana tidak dapat menerima dengan akalnya apatah lagi hatinya apabila kesakitan dijadikan gurauan. Jika Amar mengetahui bahawa dirinya tidak senang hati dari semalam memikirkan kesihatan dan keselamatan Amar, tentu Amar tidak akan bergurau seperti ini. Tiba-tiba hatinya berasa sakit, dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya menjadi sebegitu sensitif. Mungkin kerana takut kehilangan Amar.

Sayang, Amar minta maaf. Janganla macam ni. Tadikan Hana kata bahawa senyuman tu penawar, kenapa Am tak nampak pun senyuman tu sekarang. Ok, lepas ni Amar janji takkan jadikan sakit sebagai gurauan. (sambil membuat aksi seperti kucing di dalam cerita Shrek).

Macamla aku nak terjerat dengan aksi kiut tetapi muka tak kiut tu. Hana meluahkan di dalam hati. Hana ingin tersenyum sebenarnya, tetapi sengaja dia ingin lihat pujukan lelaki itu lagi.

Emm, alahai kiutnya budak besar ni. Kalau kucing yang buat mungkin saya tangkap dan main-main pipi dia tapi kalau yang buat tu awak, saya rasa nak keluar bilik je lah. Saya keluar ke kedai sekejap, ada apa-apa nak pesan?

Sampai hati kata Am macam tu. Am tahulah Am siapa. Dahla sakit, tak pula disayang, apatah lagi dibelai. Tak perlulah nak beli apa-apa. Kalau Hana nak balik terus pun tak apa. Am dah sihat, Am boleh jaga diri sendiri lagipun Mira dan family dia nak datang. Adala orang nak temankan Am, tak payah susahkan Hana lagi. Pergilah, bawa sekali barang-barang tu. Nanti kena datang balik ambil barang pulak.” Amar terasa dengan kata-kata Hana, sengaja disebut nama Mira agar Hana cemburu. Sengaja dia meluahkan kata-kata menyakitkan hati, walaupun di sudut hatinya, dia tahu tunangnya tidak bersalah. Namun, segalanya sudah diluahkan. Terpegun dan terkaku Hana mendengar kata-kata Amar. Bukan pujukan tetapi ayat menghalau yang dia dapat. Dia tahu dia mendengar nama Mira ditekankan, gadis yang hendak dijodohkan dengannya. Kerana gadis itu juga mereka berkenalan. Untuk rasa cemburu mungkin sedikit sahaja tetapi yang menyakitkan hatinya, siapa yang memulakan dahulu. Kenapa dia yang perlu terima usiran tersebut dengan cara begini. Teringin sekali hatinya dipujuk, kerana dia ingin merasainya.

Oklah, kalau itu yang awak mahu. Tak perlulah nak memenatkan diri Amar untuk usir saya dari bilik ni. Saya akan pergi. Lagipun dari awal pertemuan kita, Hana dah pernah beritahu bahawa Amar bukan milik Hana. Kalau itu yang mampu buat Amar bahagia, Hana ikut je. Lagipun, Hana dah pernah merasainya beberapa kali cuma dah lama tak rasa. Nampaknya, rasa tu masih rasa sakit. Ingatkan dah banyak kali, tak rasa apa-apa dah, tak sangka pula rasanya lebih dalam. Terima kasih untuk pujukan tadi. Hana pergi dulu. (Hana ingin segera keluar dari bilik tersebut sebelum air matanya mengalir di hadapan lelaki tersebut. Tidak pernah dia menitiskan air matanya di hadapan lelaki itu.)

Kata-kata Hana itu mengejutkan Amar daripada kedegilannya, dia tidak sangka kata-katanya amat menyakiti dan menyinggung perasaan bakal isterinya. Kenapa dia bersikap seperti kebudak-budakkan, adakah kerana kepalanya telah dipukul dan dia tidak boleh berfikir dengan waras. Setelah hampir mengemas barang miliknya, Hana menuju ke pintu tetapi di hadapan pintu tersebut terdapat seorang lelaki yang sedang melutut dengan aksi meminta maaf.

Hana, Amar minta maaf sangat-sangat. Amar tahu, ayat amar tadi tu menyakitkan hati Hana. Amar pun tak tahu kenapa amar sensitif dengar kata-kata Hana tadi. Ayat Hana tu macam mengejek Amar. Ye Amar mengaku Amar tak kiut, sebab tu Amar dapat tunang macam Hana, kiut. tapi janganla betul-betul nak tinggalkan Amar, siapa lagi yang nak layan budak tua macam Amar ni kalau bukan cikgu Hana. Maafkan Amar ye. Ingat jangan pernah sekali-kali terfikir nak tinggalkan Amar, k. Jadi pergi letak balik barang tu, keluar sekali dengan Amar nanti.

Hana tersenyum mendengar kata-kata Amar. Dia tahu dia tak akan lama merajuk dengan Amar kerana tunangnya itu pandai memujuk. Lagipun dia sendiri senang terpujuk.

Ha, senyum macam tula. Barulah Amar sihat. Hehe. Emm..tolong angkat, dah lenguhla duduk macam ni. (Amar mengarahkan tangannya kepada Hana tetapi tidak dilayan oleh Hana.)

Padan muka, siapa suruh sakitkan hati orang. Tadi nak usir orang sangat, jadi sekarang bangun sendiri. Kalau tidak pun tunggu kekasih hati Amar sampai. (Hana bersuara sambil duduk di atas kerusi dan berpura-pura membaca majalah, yang pasti untuk menyembunyikan tawa dan senyuman lebarnya.)

Sampai hati. Takpelah kalau macam tu terpaksalah Amar tunggu kekasih hati Amar tu.

(Pecah ketawa Hana bila melihat riak wajah dan kata-kata Amar. Yelah, lelaki yang boleh dikatakan matang, smart berkelakuan lebih dari anak murid istimewanya.)

Tengok tu, orang punya kesian kat sini dia boleh ketawa macam tu. Menakutkan betul. Tak pernah-pernah Amar dengar Hana ketawa macam ni. Lucu sangat ke? Tolongla angkat, betul-betul tak boleh bangun ni. (Amar cuba bangun tetapi dia hampir terjatuh, mungkin kerana kepalanya masih belum lega sepenuhnya. Melihat keadaan itu, Hana ingin pergi membantu tetapi ada tangan lain yang terlebih dahulu membantu mengangkat Amar.)

Abang ok tak ni. Kenapa duduk di pintu ni. Nasib baik Mira masuk tadi tak buka pintu sebelah lagi. Dah tahu sakit, tak payahla banyak bergerak. Kan sudah menyusahkan diri. Merisaukan Mira je. (Mira tersedar ada orang lain di bilik tersebut. Mira tahu itu adalah tunang abang Amar, lelaki yang selalu diimpikan menjadi miliknya suatu hari nanti. Wanita itu telah merampas lelakinya, dan sekarang wanita itu hanya melihat apabila abang Amar hampir terjatuh. Tidak guna punya perempuan, kalau tidak boleh jaga Abang Amar jangan terima dia dulu. Ngomel Mira dalam hati.)

Hana hanya melihat sahaja Mira membaringkan Amar dan memicit-micit kepala lelaki tersebut. Dia juga teringin melakukan sedemikian tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun Amar tunangnya, tetapi Amar masih bukan haknya untuk dipegang. Ada rasa cemburu melihat situasi tersebut. Amar juga membiarkan sahaja gadis cantik tersebut memicit kepalanya, seperti Hana tiada di situ. Mengapa secara tidak sedar, sedikit demi sedikit Hana meninggalkan bilik tersebut, terasa seperti dia tidak diperlukan di situ. Mira juga seperti tidak suka dia berada di situ, jelingan gadis itu seperti dia melakukan jenayah berat sahaja pada Amar. Keluar sahaja dari bilik tersebut, air matanya mula menitis. Dia terus beredar meninggalkan hospital itu. Dia tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling terhadapnya. Kenapa hatinya betul-betul terasa terpukul dengan aksi tadi. Tidakkah Amar tahu, perbuatan tersebut tidak boleh. Bukankah Amar kata dia sudah berubah, dan dia dapat lihat perubahan itu. Tetapi kenapa dengan Mira dia tidak bertindak sepatutnya. Hana sudah keliru dengan pilihannya. Dia tidak tahu tindakannya ini betul atau tidak, tapi apa yang pasti apa yang dia nampak ialah seakan-akan Amar di dalam mimpinya untuk beberapa malam selepas meminta petunjuk-Nya.

Setelah hampir satu jam Amar terlelap kerana rasa pening di kepalanya, dia membukakan mata. Dia berfikir adakah betul apa yang dia rasa sebelum pitam, terasa ada tangan mengangkat dan memicit kepalanya tetapi tidak mungkin Hana akan melakukan sedemikian kerana dia tahu seteruk mana pun keadaan dia, Hana tidak akan menyentuhnya kecuali dalam keadaan terpaksa. Mengangkat mungkin, tetapi memicit kepalanya mungkin tidak. Dia melihat di sekeliling tetapi tiada sesiapa. Dia melihat barang-barang Hana, tiada di situ. Hana janji akan teman dan balik dengannya. Kenapa Hana pergi dulu, dia masih ingat sebelum dia pitam, dia melihat senyuman dan ketawa Hana. Kenapa Hana lakukan begini kepadanya? Kenapa Hana biarkan dia sendirian tidak seperti semalam?. Bermacam-macam dalam fikirannya. Tiba-tiba ada satu mesej masuk.

Amar dah ok? Maaf ye Hana tinggalkan Amar macam tu tetapi Hana tak tinggalkan Amar sendirian, Mira kekasih Amar ada untuk jaga Amar. Nampak gayanya kata-kata Amar sebentar tadi tu betul, cuma bab usir tu je yang salah sebab Hana yang pergi tanpa diusir. Amar dah ada orang yang belai, jadi rasanya tak perlu Hana ada di situ. Nanti kalau dah keluar, info Hana ye. Antar msj je. Ok. Jaga diri dan hati-hati untuk Hana.”

Selepas mesej Hana dibacanya, dia cuba mendail nombor Hana tetapi tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Di hadapannya, terdapat uncle Latif sekeluarga termasuk Mira. Dia perlu menjelaskan pada Hana agar Hana tidak berfikiran buruk. Dia sendiri juga tidak tahu apa yang berlaku. Tidak disangka pula kata-katanya menjadi kenyataan walaupun sebentar tadi kata-kata itu hanya sekadar gurauan. Namun, bagaimana dia mampu memujuk jika ada tetamu di biliknya. Dia menyimpan telefon di kocek bajunya.

Eh, abang dah sedar. Dah ok sikit ke? Abah dan ibu nak tahu, semua ni sebab anak ibula. Orang pandai mengurut, terus abang segar. Hehe. Satu lagi yang perlu abah dan ibu tahu, waktu mira datang tadi kak Hana ada tapi dia buat tak tahu je kat abang. Dia biar je abang kat pintu tu hampir terjatuh nak bangun. Tapi sebelum mira nak masuk, punya kuat ketawa dia. Entah siapa abang Amar pilih untuk jadi tunang dia. Dah terang lagi bersuluh, perempuan tu hanya nak harta abang Amar je. Cuba Abah nasihatkan Abang Amar putuskan je pertunangan dengan perempuan tu. Ramai lagi yang layak untuk abang Amar.

(Mira, gadis yang memang cakap lepas dan tak berlapik. Kalau dia tidak suka seseorang itu, dia akan tunjuk dengan perbuatan dan kata-kata. Tetapi jika dia sayang, dia akan setia dan sayang orang tersebut melebihi dirinya.)

Amar hanya terdiam mendengar kata-kata Mira. Barulah dia tahu kenapa Hana tidak betah untuk terus menemaninya. Kesian Hana, jika dia dengar kata-kata Mira tadi tentu terluka hatinya. Dahulu ayahnya menyerang sebelum mengenali, sekarang anaknya. Dia rasa lebih baik dia diam sebelum sesuatu yang tak sepatutnya terjadi. Dia tidak mahu dianggap tidak mengenang budi. Dia akan bersabar demi Hana. Dia tahu Hana tidak suka pada pergaduhan, tambah-tambah pergaduhan itu disebabkannya.

Betul ke Amar apa yang dikatakan Mira tu?. Rakannya meminta kepastian. Dia sendiri juga tidak percaya Hana sedemikian. Sering juga dia berjumpa dengan Hana bersama Amar. Dia dapat lihat dua orang itu saling menyayangi.

Apa pulak abah tanya abang macam tu. Mana abang tahu, dia dalam keadaan separuh sedar dah waktu tu. Abah tak percaya kata anak dara abah ni?. Mira menghangatkan suasana. Dia tidak suka abahnya juga terpikat dengan wanita yang merampas kekasihnya. Ibunya hanya mendiamkan diri, dia tidak mahu masuk campur. Dia tahu Mira seorang yang degil dan keras kepala, tetapi dia percaya kepada kebijaksanaan suaminya untuk mengawal keadaan. Lagipun dia kesian melihat Amar yang memicit-micit kepalanya seperti menahan kesakitan. Akhirnya ibu Mira bersuara apabila melihat kedua-dua orang yang disayanginya mendiamkan diri.

Mira, kasi abang Amar rehat. Mira juga kata tadi abang Amar pengsan kan. Beri dia rehat, nanti kita datang melawat balik.” Ibunya memujuk. Uncle Latif setuju dengan cadangan isterinya, niat untuk melawat menjadikan pesakit makin teruk. Selepas dipujuk oleh ibunya dan Amar serta melihat keadaan Amar, Mira akur dengan kehendak ibu bapanya.

………………..

Hana, please angkat. Kenapa ni? Amar tak salah, cuma situasi yang Hana nampak tu saja yang salah. Salah faham. Amar tak tahu Mira datang, Amar juga tak tahu apa yang dia buat. Amar pitam waktu nak bangun tu. Amar dah keluar hospital. Amar nak jumpa Hana tempat biasa esok. Amar tunggu Hana. Jangan kecewakan Amar.

……………

Bagus, memang tempat strategik kau duduk. Habislah kau hari ni. Banyak job ku tolak sebab nak bersama kau, tapi boleh senang-senang kau lupakan aku. Hari ini baru kau akan tahu betapa aku amat sayang dengan kau. Cara kasar kau tetap steady, lihat cara lembut aku lakukan. Kalau aku tak dapatkan kau, Amar, orang lain pun tidak boleh menyentuh diri kau. Walaupun perkara ini akan memalukan aku, aku dah nekad. Tiada siapa yang akan malu selain kau dan aku” Lily berbicara sendirian apabila melihat kelibat Amar di restoran yang dia sedang berada. Keinginannya memiliki Amar semakin memuncak. Dia mahu Amar rasa apa yang dia rasa. Dia rindukan Amar, dan dia akan lepaskan rasa rindu itu pada hari ini. Amar tidak melihat kelibatnya kerana kedudukan mereka membelakangi satu sama lain. Saat Hana membuka pintu, dia melihat seorang wanita mendekati tunang yang dirinduinya. Setelah hampir 3 hari Amar keluar hospital, baru hari ini dia memberanikan diri berjumpa dengan tunangnya. Rasa bersalah kerana menyebabkan Amar pitam dan membiarkan tunangnya itu masih terasa. Tetapi, sekarang apa yang dia lihat di depan matanya itu seperti menghilangkan segala rasa bersalahnya. Wanita itu sedang memeluk Amar dan bibir mereka rapat satu sama lain. Hampir terjatuh Hana menyaksikan kejadian itu, nasib baik sempat dia berpaut pada pintu yang terdapat berdekatannya. Bukan sahaja Hana menyaksikan malah seluruh restoran itu terpaku melihat aksi mereka. Pekerja di restoran yang melihat Hana cuba membantunya berdiri dengan baik. Sekarang mata pelanggan pula tertumpu kepadanya apabila suara pekerja tadi terlalu kuat menyoal. Amar yang baru tersedar dari terkejut apabila semuanya berlaku tiba-tiba menolak kasar tubuh Lily. Lily terjatuh dan tersenyum puas kerana ciuman pertama lelaki tersebut adalah miliknya. Walaupun dia tidak dapat memiliki Amar tetapi memiliki ciuman pertama Amar sudah memuaskan hatinya. Segala kemarahan Amar hanya dihadiahkan dengan senyuman. Bertambah meleret senyuman Lily apabila dia melihat Hana ada di situ. Dia tahu mesti Hana telah melihat adegan tadi. Nampak gayanya hari itu bukan satu kejayaan sahaja, malah dua. Hana mahu pergi sebelum Amar mengetahui kehadirannya tetapi kakinya seakan tidak mampu melangkah. Amar melihat ke arah senyuman Lily, Amar turut terpaku. Niat hatinya untuk memujuk Hana menjadi lebih parah. Dia menumbuk meja kerana tidak dapat menahan rasa marahnya pada Lily. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakannya. Mereka juga berasa hairan dengan apa yang terjadi. Hana cuba menguatkan kakinya untuk melangkah pergi tetapi Amar lebih pantas mendekatinya dan terus mengangkatnya masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhadapan dengan pintu restoran. Hana hanya mampu mendiamkan diri. Selepas satu kejutan, satu kejutan lagi yang diterimanya. Lily di dalam restoran terus tersenyum kemudian ketawa. Nampaknya, gaya lembutnya berjaya. Pekerja di situ ingin membantunya bangun tetapi ditepis kasar oleh Lily. Lily meletakkan duit not RM50 dan meninggalkan restoran itu dengan penuh bangga.

Amar memberhentikan kereta berdekatan dengan kawasan lapang tetapi ramai orang yang berada berdekatan kerana dia tahu Hana tidak suka kawasan sunyi yang hanya ada mereka berdua sahaja. Amar melihat wajah Hana. Gadis itu hanya memandang luar dan masih ada sisa esakan yang masih kedegaran. Sepanjang perjalanan tadi, hanya tangisan Hana sahaja kedengaran. Untuk memujuk, dia perlu bijak mencari tempat dan masa yang sesuai. Amar juga turut merasai apa yang Hana rasai tetapi sudah pasti apa yang dirasai Hana lebih berat. Ingin sahaja dia memeluk wanita di tepinya itu untuk menenangkan hati yang telah dilukainya. Itu juga kali pertama dia menyentuh Hana dengan sengaja. Hanya itu sahaja cara yang cepat dan mudah untuk pergi dari tempat yang hampir memusnahkannya. Dia tidak mahu Hana pergi lagi meninggalkannya. Selama 3 hari pun dia tidak sanggup, inikan pula selama-lamanya.

“Amar, lepaskan Hana” terluah satu ayat dari mulut Hana setelah mendiamkan diri. Pendek tetapi sangat terkesan pada jiwa dan hati Amar. Dia perlu memikirkan cara untuk memujuk wanita itu, semuanya berlaku kerana dia. Dia perlu bersabar kerana hanya Hana yang mampu mengisi hatinya. Wanita itu banyak mengajar tentang kehidupan sebenar kepadanya.

“Hana, beritahu cara pada Amar bagaimana nak lepaskan Hana. Amar takkan mampu untuk melakukannya dan takkan cuba untuk melakukannya. Hanya Hana, Hawa Amar. Hanya Hana, bukan yang lain. Mengenai Mira, Am dah jelaskan. Mira, Am anggap sebagai adik dan tak lebih dari itu. Am dalam keadaan separuh sedar dan tak tahu apa yang berlaku. Mengenai perkara di restoran tadi tu juga Amar langsung tak tahu. Amar sendiri terkejut dengan tindakan Lily itu. Tiba-tiba dia duduk atas riba Amar dan emmm. Semuanya berlaku sepantas kilat. Betul Hana, Amar tak tipu. Amar juga mangsa. Lily tu dah jadi sejarah. Kejadian hari itu juga adalah kerja dia. Amar ingat dengan lepaskan dia, dia akan insaf tetapi tidak. Perasaan Amar hanya untuk Hana. Amar tak tipu. Hana boleh soal Amar macam dalam cerita CSI kegemaran Hana tu, tetapi tolong jangan diam. Amar minta maaf kalau menyakiti hati Hana. Hati Amar juga sakit, sayang. Sakit sebab lihat Hana seperti ini.” Amar sudah hilang kata-kata lagi untuk memujuk apabila melihat Hana masih seperti tadi dan tiada respon. Akhirnya, suasana menjadi sunyi kembali.

Hatinya mengatakan Amar tidak salah, namun akalnya seperti tidak mahu mengalah. Dia percaya pada kata-kata Amar. Jika betul Mira yang Amar sayang, tentu Am tidak meminta pertolongannya dahulu. Kejadian tadi juga begitu, matanya melihat Lily yang bergerak dari tempat duduk mendekati Adam. Tetapi aksi tadi menyakiti mata dan hatinya. Orang yang disayanginya bercium dikhalayak ramai walaupun bukan Amar yang mulakan. Dia dapat rasa ini adalah rancangan Lily untuk musnahkan perhubungan mereka, dan dia hampir berjaya jika fikiran dan perasaan ini berpandukan nafsu dalam berfikir. Mampukah dia melupai aksi sebentar tadi, air matanya menitis kembali. Hana juga masih terasa sentuhan Amar sewaktu mengangkatnya masuk ke dalam kereta. Tidak pernah sesiapa menyentuhnya seperti itu. Dia takut, dia bimbang, dia akan ditinggalkan dan memori itu terus menghantuinya. Dia tidak mahu apa yang pernah berlaku dahulu berulang, rasa menyesal sehingga sekarang kerana membiarkan tangan menyentuh dan disentuh oleh lelaki yang digelar kekasih. Sedangkan, diri mereka bukan milik kita. Memikirkan itu, air matanya makin laju menuruni pipinya. Dia percaya pada Amar, itu kata hatinya.

Amar yang termenung memikirkan cara untuk menjelaskan dengan lebih terang terkejut mendengar kembali esakan Hana. Dia tidak tahu begitu besar tamparan yang dirasai Hana.

“Hana, pandang Amar. Tolong sayang, pandang untuk kali ni. Amar tak tahu lagi cara nak jelaskan pada Hana, tapi Amar tak salah dalam hal ni. Tolong percaya Amar. Hana jangan menangis macam ni. Nanti bengkak mata tu, esok g sekolah orang tanya pulak. Jangis nangis ye. Emm, lagi satu Amar nak minta maaf sebab kendong Hana bawa masuk kereta tadi. Amar nak sangat cepat tinggalkan tempat tu. Itu je cara yang Am boleh fikirkan waktu tu. Maaf ye, jangan minta batalkan perkahwinan ye.” Amar cuba bergurau untuk mengembalikan senyuman Hana.

Hana mengambil beg duitnya keluar dan kemudian hinggap 3 kali pukulan di bahu Amar. Hana tidak mampu untuk terus menangis kerana mendengar gurauan Amar yang asyik menggunakan ayat yang sama. Namun dia masih belum tersenyum. Amar membiarkan sahaja Hana melepaskan geram, apa yang penting gurauannya menjadi. Hana memberhentikan pukulan apabila menyedari mata Amar melihat tajam ke arahnya. Dia tidak mampu untuk melihat pandangan mata Amar. Sepanjang perhubungan mereka, boleh dikira berapa banyak mata mereka bertemu. Itulah kelemahannya, dia tidak mampu bertahan melihat pandangan mata Amar. Dia pasti tewas. Amar yang melihat perubahan itu tersenyum. Amar tahu yang tunangnya akan kalah dengan pandangannya.

“Makkkkk, saya dah tak sabar nak kahwin! Hana jom kahwin sekarang nak?” Amar tiba-tiba menjerit, nasib baiklah tingkap ditutup. Jika tidak mesti seluruh kawasan itu dengar.

“Am, awak ni waras tak. Main jerit-jerit pulak. Tak nakla kahwin dengan Am, nanti kena berebut dengan Mira dan Lily. Tu yang Hana tahu, yang Hana tak tahu. Entah lepas ni adegan apa pula yang Hana kena tengok” Hana sengaja memanaskan suasana.

“Jom keluar. Tak elok orang tengok kita berdua dalam kereta ni. Apala yang mereka sangka nanti. Amar tak kisah, tapi Hana mesti kisah kan?” Amar terus keluar dari kereta sambil ketawa. Hana hanya mencebik bibir sambil membuka pintu kereta.

“Nak buat macam mana dah orang kacak kan, romantik pula tu. Cuma orang kat sebelah kita ni je tak nampak” Amar meneruskan percakapan sambil berjalan seiring dengan tunangnya mengelilingi kawasan rekreasi itu.

“Malas nak nampak. Daripada tengok dia, tengok adegan dia, lebih baik tengok tikus belanda.”

“Bahagia Amar, akhirnya dapat lihat dia cemburu. Tapi, Amar minta maaf ye atas apa yang berlaku.”

“Emm. Tak apelah, lagipun bukan Amar yang salah. Mesti best kan tadi. Apa perasaan saudara mengenai first kiss tadi?” Hana tetap ingin mengetahui perasaan Amar walaupun hatinya berasa mual dan kecewa.

“Hana, tak naklah cakap pasal tadi. 33 tahun Amar simpan, pelihara bibir ni dari menghisap rokok dan benda-benda kotor. Akhirnya, tergadai. Apa yang bestnya, lagi best kalau orang kat sebelah ni yang kasi.” Amar cuba mendekati Hana dan membuat aksi seperti hendak mencium tunangnya. Hana yang melihat, terus berlari tanpa melihat ke belakang sambil menjerit, “Hana nak simpan untuk suami Hana”. Amar hanya tersenyum, dia bersyukur kerana Hana amat memahami dan selalu berfikir secara waras dalam apa jua keadaan. Namun, dia juga kecewa kerana tidak dapat memberi first kiss nya kepada sang isteri. Amar mengejar Hana yang telah berada jauh ke hadapan. Amar berhenti apabila melihat Hana sedang duduk di atas rumput berhadapan tasik buatan. Amar duduk di sisi Hana, sebuah senyuman diberikan kepadanya.

“Ha, senyum. Ni nak buat macam kes tadi tu.” Amar ketawa.

“Buatlah, orang betul-betul tinggalkan dia terus nanti”. Hana tegas dalam bicaranya. Perkara seperti itu tidak patut dibuat gurauan terutama bagi mereka yang belum punyai hubungan sah.

“Oklah cikgu. Gurau je. Terlupa tak boleh bergurau macam tu”. Amar meneruskan ketawanya.

Hana menunjukkan penumbuk dan terus bergerak pergi dari situ tanpa menghiraukan panggilan Amar. Ketika itu terdapat sepasang mata yang memerhati dengan rasa tidak berpuas hati.

“Aku mesti dapatkan abang Amar kembali. Dia adalah milikku, bukan milik perempuan tu. Perempuan itu tidak layak menerima lelaki seperti abang Amar. Hanya aku, aku sahaja yang layak” Mira bermonolog sendiri. Dirinya nekad untuk merampas Amar walau dengan cara apa sekalipun.

——–

“Assalammualaikum. Alahai romantiknya pasangan ni. Bertuah akak dapat abang Amar, romantik orangnya” Mira memulakan bicara setelah dia nekad untuk mendekati pasangan tersebut. Mira berbicara dengan menunjukkan isyarat mata tidak puas hati kepada Hana tetapi melemparkan senyuman kepada Amar. Hana dapat merasai bahawa Mira tidak menyukainya daripada pertemuan pertama dahulu. Namun, Mira cuba bersikap selamba agar tidak mencetuskan masalah antara Amar dan Mira. Hana tidak mahu disebabkannya, perhubungan baik mereka bermasalah.

“Eh, sudah semestinya. Abang sayang benar dengan kak Hana ni tau. Bukan akak Hana yang bertuah tetapi abang sebenarnya yang amat amat bertuah kerana bakal memiliki akak Hana ni” Amar membalas kata-kata Mira sambil tersenyum memandang Hana. Hana berasa bahagia mendengarnya tetapi rasa tidak sedap hati melebihi rasa gembiranya membuatkan dia tidak mampu untuk membalas senyuman Amar, tambah-tambah lagi apabila Amar berbicara sebentar tadi dia dapat melihat riak wajah Mira seakan cuak dan geram. Hana mesti mengawal keadaan.

“Emm, Mira datang dengan apa? Balik dengan abang dan akak ye. Lagipun kami dah nak pulang ni” Hana cuba menukar topik dan ingin segera pergi dari situasi yang dialaminya sekarang. Namun persoalan Hana dibiarkan berlalu sahaja oleh Mira tanpa jawapan. Mira segera memeluk lengan Amar sambil menarik ke arah keretanya. Hana tersentak. Begitu juga Amar. Amar mengakui dia memang rapat dengan Mira tetapi tidak pernah serapat seperti itu. Amar sendiri bingung, dia risaukan pandangan Hana kepadanya. Baru sahaja dia berjaya memujuk wanita itu di atas situasi yang dia sendiri tak percaya. Sekarang, satu lagi situasi yang agak sama berlaku. Apa akan berlaku seterusnya dia sendiri pun tidak tahu. Amar cuba melepaskan genggaman tangan Mira di lengannya tetapi makin erat Mira menggengam lengan lelaki tersebut. Di dalam hati Mira dia nekad untuk mencuba sebaik mungkin untuk menjauhkan jarak antara Hana dan Amar. Hana yang melihat, masih terkedu. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Selepas satu, satu perkara yang dilihatnya. Perkara yang amat menyedihkan hatinya.

“Mira nak apa sebenarnya ni, lepaskan lengan abang dulu. Tak malu ke berpeluk macam ni kat khalayak. Abang tak sukala” Amar bersuara.

“Mira nak abang. Mira nak abang. Mira nak abang. Puas hati. Kenapa nak malu pula, abang kan sayang Mira. Mira pun sayang abang” Mira membalas tanpa memikirkan perasaan Hana yang ada di belakangnya memerhati dan mendengar apa yang dipertuturkannya.

“Akak Hana pandai bawa kereta kan, akak bawa balik kereta abang Amar. Abang Amar balik dengan Mira, bolehkan?” Mira mengambil kunci kereta di tangan Amar dan membalingnya kepada Hana. Sekali lagi Hana terkejut dengan tindakan Mira. (Aduhai budak ni, kalau lama lagi aku dengan dia boleh mati terkejut aku) Hana membebel di dalam hatinya sambil mengambil kunci kereta yang tidak sempat disambut olehnya.

“Apa ni Mira, abang datang dengan kak Hana. Jadi abang bertanggungjawab hantar kak Hana balik. Mira kan datang sendiri tadi. Jangan buat perangai macam budak-budak. Mira tu dah besar” Amar bercakap dengan nada marah dan geram kerana tindakan anak uncle Latif tersebut.

“Emm, tak apelah Am, Hana balik sendiri. Hana minta izin bawa kereta Am balik tetapi jangan marah ye kalau ada calar. Hehe” Hana sempat bergurau untuk menceriakan suasana yang tegang tersebut. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan di situ. Amar hendak ketawa mendengar ayat Hana, masa-masa macam tu boleh bergurau lagi. Itulah Hana yang dia kenal, tak pernah nak tunjuk yang dia sedih atau marah. Cuma sebentar tadi, air mata itu tumpah kerananya. Amar takut air mata itu akan tumpah lagi tetapi dia tiada untuk memujuknya. Jika itulah yang dikata oleh Hana, dia terpaksa terima. Mira hanya memandang Hana dengan pandangan yang tajam. Nampaknya, rancangan untuk membuat Hana cemburu tidak berhasil.

“Betul ni tak nak Amar hantar Hana?” Amar meminta kepastian.

“Betul. Tiada talian hayat” Hana tersenyum.

“Oklah, hati-hati balik. Nanti, Amar pergi ambik kereta kat rumah Hana ye. Kereta itu calar, Am tak kisah sangat tetapi jangan Hana yang calar sudah. Ingat hati-hati memandu tu. Dah sampai rumah, mesej Am tau” Amar memberi nasihat berupa amaran. Mira yang sudah meluat melihat, menarik tangan Amar supaya masuk ke dalam kereta.

—-

(selepas 2 minggu kejadian tersebut berlaku)

[email protected]: “Amar, Hana rasa buat masa sekarang kita tak perlu berhubung lagi macam selalu. Amar tunang Hana. Hana percaya Amar, jadi Hana harap Amar percaya Hana. Biarlah masa dan takdir yang tentukan perhubungan kita. Tunang tidak bermaksud Amar milik Hana, dan Hana milik Amar. Jadi, jika ada jodoh di antara kita pasti masa yang telah kita pilih itu akan menyatukan kita dengan kehendak-Nya. Hana minta maaf kalau permintaan Hana ini secara mendadak. Hana minta ini bukan kerana kejadian-kejadian yang lepas, tetapi kejadian-kejadian yang lepas telah membuka mata Hana. Biarlah pertemuan kita semula adalah 2 minggu sebelum majlis akad nikah, insyaAllah (untuk menyelesaikan urusan kahwin). Jika terserempak di jalan, biarlah hanya salam sekadar ayat berbicara. Jika Amar ada masalah dan memerlukan orang untuk mendengar, Amar boleh hubungi Hana atau hantar email pada Hana. InsyaAllah Hana akan mendengar tetapi jangan terasa hati jika tiada suara yang membalas. Hana akan membalas melalui sms atau email kepada Amar. Hana minta maaf untuk itu. Jika rasa hati ini lahir atas kehendak-Nya dan bukan kehendak hawa nafsu, janganlah Amar risau. Walaupun tiada perjumpaan antara kita serta tiada perbualan antara kita, kita tetap akan rasa perasaan itu. Ini kerana hati kita milik-Nya, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Hana mengaku sukar, tetapi Hana akan cuba sebaik mungkin. Hana harap Amar juga begitu. Jodoh kita telah ditentukan, walaupun Hana berada di hadapan Amar tetapi jika Hana bukan jodoh Amar, Hana takkan pernah jadi milik Amar. Jika Amar berada jauh sangat-sangat dengan Hana, tetapi jika takdir dan jodoh Hana dengan Amar, pasti kita akan disatukan jua. Percaya dengan apa yang telah dipilih-Nya untuk kita. Hana sayang Amar, tetapi sayang Hana pada Sang Pencipta melebihi segala-galanya. Namun, semuanya terserah pada Amar, Hana tidak ada hak untuk membuat keputusan.

Lagi satu, Hana harap Amar boleh bertindak dengan baik dalam menghadapi insan-insan wanita yang hadir dalam hidup Amar. Banyak cara boleh tunjuk kasih sayang, jangan biarkan diri Amar lemah dalam menghadapi wanita. Cubalah sebaik mungkin mengelak dari terjadinya perkara-perkara yang tak sepatutnya diantara lelaki dan wanita walaupun kalian rapat semasa kecil lagi. Hana percaya Amar boleh lakukan itu. Hana tidak kenal Amar yang dahulu, Hana kenal Amar yang sekarang. Jadi, tolong jangan kembali kepada Amar yang dahulu. Emm. Setakat ini dahulu email dari Hana. Hana akan menghantar email kepada Amar lagi jika terdapat perkara2 yang perlu dikongsikan. Bersabar ye qalbi, 4 bulan sahaja lagi.”

Hana menekan butang send setelah dia menarik nafas berkali-kali. Hana nekad setelah dia berfikir dengan waras dan hati yang lapang, akhirnya keputusan itu yang dibuatnya. Dia risau tetapi dia tidak bimbang apabila membuat keputusan itu. Dia percaya dengan takdir dan jodoh yang ditetapkan. Jika Amar adalah tuan bagi tulang rusuk kirinya, mereka akan bersatu. Tetapi jika sebaliknya, dia redha kerana Allah Yang Maha Mengetahui lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya termasuk dirinya.

—-

[email protected]: Hana masih marahkan Am? Amar minta maaf sebab semua ni berlaku. Am sendiri tak percaya. Am xkisah kalau Hana ada perasaan marah pada Am. Hana layak untuk marah tapi kenapa permintaan ini yang diusulkan. Sudah nak dekat setahun kita berkenalan, walaupun jarang berjumpa tetapi Am tetap akan lihat dan berbual dengan Hana dua kali sebulan. Tetapi permintaan ni berat pula Am nak setuju. Walaupun berat, Am akan terima permintaan ini sebab Hana tak pernah buat permintaan sebelum ini. Lagipun, Hana dah tekad kan? Am memang tak dapat nak pujuk. Am akan terus jaga kepercayaan Hana pada Am. Terima kasih atas nasihat, Am akan cuba. Doakan Am ye. Am sayangkan Hana. Hana kena ingat tu walauapapun yang berlaku sepanjang tempoh pertunangan kita. Hana jangan salah sangka atau cemburu dengan gadis-gadis tu. Hanya Hana sahaja yang ada dalam hati Am sekarang. Am berharap sangat jodoh antara kita kuat. Tak sabar rasanya nak tunggu 4 bulan lagi.

—-

(selepas 3 bulan berlalu)

“Abang Amar tengok baju untuk sepasang kekasih ni, cantik kan? Padan dengan abang dan Mira. Mira beli ye” Mira menunjukkan sepasang baju t-shirt kepada Amar dan terus ke kaunter pembayaran. Setelah 3 bulan hanya menghantar email kepada Hana sebagai perhubungan mereka, Amar terasa seperti kosong. Mira banyak mengisi kekosongan hatinya, dia sendiri keliru dengan perasaannya ketika ini. Dia rindukan Hana tetapi gadis itu tetap dengan pendiriannya walaupun sering juga Amar memujuk untuk berjumpa. Kadangkala membuatnya seakan mahu sahaja berputus asa daripada menunggu gadis itu. Masih ada baki sebulan lebih sebelum majlis pernikahannya, dia bingung sama ada untuk meneruskan atau membatalkan sahaja pertunangan tersebut. Dalam fikirannya merewang memikirkan tentang perasaan sebenarnya, dia terlihat satu susuk tubuh seperti gadis yang dia rindui selama 3 bulan tersebut sedang duduk berhadapan kedai kasut Bata. Dia ingin mendekati gadis tersebut tetapi Mira terlebih dahulu menariknya untuk ke kedai baju yang lain pula. Hana memalingkan muka ke arah suara yang merengek manja tersebut. Dia ingin melihat situasi apa yang berlaku bagi menghilangkan rasa boringnya setelah hampir sejam menunggu rakannya memilih kasut di dalam kedai Bata. Alangkah terkejutnya dia apabila yang diperhatikan adalah tunangnya dan Mira begitu akrab. Amar berpaling sekali lagi ke arah gadis tersebut dan terkejut Hana juga melihatnya. Hana segera memalingkan muka ke arah lain dan cepat beredar masuk ke dalam kedai mencari sahabatnya. Dia mahu segera pulang. Selama 3 bulan dia merawat hati agar boleh menerima apa yang telah berlaku, dan berharap Amar juga pandai membawa diri tetapi kali pertama untuk 3 bulan tidak bertemu, dia tetap melihat perkara yang sama. Hana tidak mampu lagi untuk menunggu, dia meminta izin kepada kedua-dua rakannya untuk pulang dahulu.

“Kenapa ni Hana, gelisah je? Ok tak?” Zah menyoal rakannya setelah permintaan Hana untuk pulang terlebih dahulu dibisikkan ke telinganya.

“Hana ok. Jangan risau. Pilih baik-baik, tengah offer jangan rambang mata sangat. Hehe” Hana sempat memesan kepada sahabatnya itu sambil berlalu meninggalkan kedai tersebut. Dia tidak mahu bertemu dengan Amar, entah kenapa hatinya sakit dan geram dengan perlakuan tersebut. Sudah hilangkah kepercayaannya kepada Amar, dia sendiri tidak pasti. Semasa otaknya ligat berfikir dan laju melangkah meninggalkan pasar raya itu, dia terlanggar seorang lelaki. Itulah akibatnya jika sentiasa berjalan memandang lantai.

“Aduh, maafkan saya!” Hana meminta maaf tanpa memandang ke arah lelaki tersebut. Dia ingin pergi tetapi di halang lelaki yang dilanggarnya tadi.

“Kalau betul-betul rasa bersalah, bercakap pandangla pada orang yang awak langgar bukan lantai ni. Teruk sangat ke saya sampai nak pandang pun tak nak” Aathif berseloroh. Memang itu perangainya, dan hari ini mangsanya adalah Nur Hana.

[Ish mamat ni, aku nak cepat dia duk buat lawak boleh tahan pulak. Harap-harap Amar tak cari aku. tetapi carikah dia? Mira ada bersamanya. Arghhhh, malas fikir. Sebab fikirla aku jumpa mamat ni.] Hana meluahkan kegeramannya di dalam hati tetapi secara tidak sedar aksi geramnya itu terluah di alam realiti. Hana tersedar dengan aksinya, walaupun ada sedikit malu kerana lelaki di hadapannya itu pasti telah terlihat dia menghentakkan kaki dan menggenggam penumbuk. Harapannya agar lelaki itu tidak salah anggap dengan aksinya. Dia bukan mahu cari gaduh, mana mungkin dia dapat melawan lelaki bertubuh tegap di hadapannya. Walaupun tubuh lelaki itu tidak besar tetapi segak bila dipandang. Hana membuat rumusan mengenai lelaki di hadapannya apabila dia memandang lelaki tersebut. Namun, dia cepat-cepat memandang ke arah lain apabila lelaki itu masih memandang ke arahnya. Hana menguntumkan senyuman dan mengucapkan kata maaf lalu terus pergi tanpa berpaling lagi walaupun dipanggil lelaki tersebut. Aathif terkedu kerana gadis itu bertindak dengan cepat meninggalkan dirinya. Senyuman terukir dibibir Aathif apabila melihat gadis itu sudah hilang. Entah kenapa dia ingin lagi berjumpa dengan gadis itu. Seperti satu tarikan, satu perkara yang telah dirancang. Sebenarnya Aathif terasa berat tulang untuk pergi ke pasar raya hari ini, lagipun sendirian tanpa teman serumah amat memboringkannya untuk berjalan. Namun, hatinya seakan memujuk untuk pergi. Adakah kerana tadi? Dia sendiri tiada jawapan.

Setelah sampai di rumah, Amar mendail nombor Hana. Rasa geramnya menyaksikan kejadian di pasar raya tadi amat menyakitkan hatinya. Rasa bodoh, rasa tertipu, semuanya bergaul. Dia nekad dengan keputusannya, setelah lama berfikir dia telah membuat keputusan muktamad.

“Sampai hati Hana tak berjumpa dengan Am. Dah benci sangat ke tengok rupa Am. Nampak gayanya hanya Am saja yang rindu kat Hana tetapi Hana tak. Tadi Mira kata dia nampak Hana dengan seorang lelaki siap berpeluk lagi. Mungkin sebab tu Hana nak pergi cepat-cepat takut Am nampak semuanya ye. Am tak sangka Hana macam tu, mulanya Am tak nak percaya tetapi bila Am tengok Hana senyum pada lelaki tu, Am terus hilang rasa keyakinan tu. Adakah sebab Hana dah ada lelaki lain, jadi Hana minta kita jumpa waktu majlis pernikahan saja. Hana nak tutup perbuatan sumbang Hana. Nasib baik Tuhan bagi Am nampak segala-galanya. Sebentar tadi Am berfikir sama ada nak teruskan atau putuskan, seronok hati Am bila tengok Hana tadi. Hilang sedikit rasa rindu, kuat balik semangat Am untuk bertahan selama sebulan lagi. Namun, keputusan Am ini mungkin akan buat Hana lebih puas hati kerana tidak perlu berselindung untuk berjumpa dengan kekasih Hana lagi. Am ingin putuskan pertunangan kita. Memang Hana seorang pelakon yang hebat. Tidak sangka selama ini Hana hanya berlakon. Aku harap aku takkan lihat lagi wajah you dan you is nothing to me. Patutla sampai sekarang you don’t have lover, because you not deserve for it. Terusla mendiamkan diri, jangan bersuara kerana aku tak nak dengar suara kau. Aku tepon pun hanya nak beritahu perkara ni saja.” Amar meletakkan handphonenya di atas meja. Sakit hatinya mendengar cerita dari Mira dan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia tidak menyangka gadis baik seperti Hana boleh berlaku curang seperti itu. Puas hatinya apabila meluahkan segalanya, bunyi tangisan Hana yang sayup-sayup kedegaran pun seakan tidak memasuki gegendang telinganya. Amar nekad untuk menghapuskan memori bersama Hana. Semua wanita adalah sama pada pandangannya.

Hana hanya mampu menangis. Habis kebasahan kain telekungnya. Tidak disangka ayat hinaan dan fitnah yang didengarnya sewaktu mengangkat phone setelah menyelesaikan solat asar. Dia mengingat kembali kata-kata Amar sebentar tadi. Tidak percaya dia yang Amar akan menuturkan kata-kata seperti itu. Kata-kata itu tidak lebih menunjukkan dia wanita murahan. Apa hak Amar untuk menghina dan memfitnah dirinya. Jika itu yang difikirkan Amar, dia redha dengan perkara yang berlaku. Tidak perlu lagi untuk dia menerangkan perkara sebenar yang berlaku. Jika hati dipenuhi kemarahan dan cemburu, kata-kata tidak mampu untuk membuat seseorang itu mengerti. Dia akan mengikut permintaan lelaki itu, iaitu tidak bersuara. Walaupun sedih dan kecewa kerana pernikahannya hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi, namun dia harus redha dan bersabar kerana pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Baru dia sedar kenapa hatinya tekad untuk menjarakkan hubungan dengan Amar sebelum pernikahan, rupanya ingin menunjukkan sikap Amar yang sebenar. Dia bersyukur kerana dirinya, hatinya selamat dari menjadi mangsa kepada lelaki yang panas baran melalui kata-kata. Bukan hinaan yang dia inginkan dalam perhubungan, bukan fitnah yang dia inginkan untuk penyatuan. Kata-kata Amar itu tidak mampu untuk dimaafkan tetapi dia harus kuat untuk memaafkan, namun bukan melupakan.

…….

Hujung minggu, Hana pulang ke kampung untuk memberitahu emaknya mengenai perkara tersebut. Hana tidak mahu bercakap di dalam telefon dan Hana mahu emaknya mengetahuinya lebih awal daripada pihak Amar. Hana tahu yang emaknya akan memahaminya.

“Mak, Hana nak beritahu sesuatu. Jangan terkejut ye. Amar batalkan pertunangan” Hana berterus-terang tanpa berselindung. Dia menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Jika abang-abangnya berada di hadapannya sekarang, pasti akan menjadi kecoh. Bagi Hana, rasa kepercayaan emaknya kepadanya cukup untuk memberikan dia rasa bahagia walaupun majlis pernikahan dibatalkan.

“Allah sudah tentukan pasangan kita, Amar bukan untuk Hana. Dan sesungguhnya Amar tak layak untuk Hana. Anak yang mak lahirkan bukan bertujuan untuk dihina oleh orang lain. Bersabar ye, dugaan Tuhan adalah untuk menguji keimanan kita. Hanya insan yang Allah sayang yang akan merasai ujian dari-Nya” Hajjah Fatimah memeluk erat anaknya. Dia tahu yang anaknya itu seorang yang tabah dan dapat menghadapi dugaan ini. Dia hanya mampu berdoa agar anaknya tidak tersungkur dalam menghadapi ujian dan dugaan kehidupan.

“Mak, nanti Hana teman mak untuk beritahu majlis itu tak jadi ye. Dah banyak ke hantar kadnya?” Hana meminta kepastian dari ibunya.

“Tak banyak, hanya dekat-dekat sini je baru. Nasib baik masih lama lagi sebelum majlis. Baiklah nanti kita pergi, lebih cepat lebih bagus. Bersabar dan kuat, jangan sakit hati atau terasa hati jika ada yang mengata di belakang, tepi mahupun hadapan. Tak perlu malu kerana Hana tak salah. Mereka tak tahu tetapi mak tahu. Ok?” Hajjah Fatimah memesan kepada anaknya.

“beres mak. Hehe” Hana memeluk emaknya.

……..

“Amar, aku dengar kau batalkan pertunangan kau dengan Hana? Apa dah berlaku ni? Terkejut aku bila Hana beritahu waktu aku telefon dia hari tu.” Azim meminta kepastian daripada sahabatnya.

“Dia kata apa? Takkan dia tak beritahu sebabnya. Takkan malu kut. Dah buat salah tak nak mengaku kesalahan pula. Mesti dia kata aku puncanya kan? Malasla aku nak cakap pasal pompuan tu. Memang pelakon terbaikla. Bodoh betul aku percaya pada dia, jatuh hati pada dia. Nasib baik tak sempat kahwin. Mungkin betul kata Mira yang dia hanya mahu kekayaan aku je.” Amar bersuara geram.

“woi bro, apa kau cakap ni. Hana tak macam tu la. Hantu apa yang rasuk kau ni sampai macam tu sekali kau menghina si Hana tu. Aku kenal dia nak dekat 4 tahun, tak pernah sekali dalam 4 tahun tu dia meminjam duit aku, malah untuk aku belanja dia pun dia tolak. Dia belanja aku lagi adala. Macam tu kau kata mata duitan. Lagi satu, Hana tak tuduh atau kata kau pun puncanya. Dia hanya kata kau dengan dia bukan ditakdirkan untuk bersama. Lagi satu, aku tak pernah jumpa wanita yang begitu tenang walaupun hakikatnya hati dia dilukai.” Azim geram dengan kata-kata sahabatnya itu. Sahabatnya itu sangat melampau dalam berkata-kata.

“Jadi, kau rasa akula puncanya? Nampaknya engkau yang tertipu dengan lakonan si Hana tu. Sudahlah Azim, aku tak nak sebab pompuan tu kita bergaduh. Lagipun aku akan tetap berkahwin pada tarikh yang tertera pada kad yang aku kasi pada kau dulu cuma pasangannya sahaja yang berbeza. Jemputlah datang’.

“Kahwin? Dengan siapa? Hana dah tahu?”

“Buat apa pompuan tu perlu tahu. Saat aku batalkan pertunangan dengan dia, dia dah tak ada kena mengena dengan hidup aku. Mira, anak uncle Latif.”

Azim hanya tersenyum mengejek. “Mira? Gadis yang kau tolak lamarannya dulu? Dan kau jadikan Hana pelakon untuk membiarkan rancangan kau berjaya. Kau gunakan Hana bila kau memerlukannya, tetapi kau melupakannya di saat kau gembira. Lelaki apa kau ni, Amar. Nampaknya aku dapat agak kenapa pertunangan itu terbatal. Apapun kawan, semoga berbahagia. Jangan menyesal. Oklah, aku blah dulu sebab aku rasa kalau lama lagi aku dekat sini mungkin aku akan berada di muka hadapan Harian Metro pula nanti. Azim meninggalkan pejabat Amar dengan senyuman yang sinis. Dia rasa bersalah pada Hana kerana menemukan Hana dengan Amar. Seingatnya Amar sudah berubah dari segi percakapannya, kerana sudah lama dia tidak mendengar kata-kata laser tanpa soal selidik dari sahabatnya itu. Amar memang lelaki yang baik dari semua segi tetapi dia tetap ada kekurangannya. Azim mengakui itu. Cuma pada fikirannya dia ingin tahu punca terputusnya pertunangan tersebut. Dia rasa bertanggungjawab kerana melibatkan Hana dalam hal ini. Dia perlu segera berjumpa dengan Hana untuk menyelesaikan perkara tersebut.

….

“Tolong beritahu aku sebab apa hang ngan Amar putus tunang?”

“Azim, perkara yang dah lepas jangan diungkit. Biarlah hanya aku dan family aku je yang tahu. Lagipun semuanya telah terjadi, tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Aku tahu kau rasa bersalah dan bertanggungjawab dalam hal ni. Tetapi aku tak rasa macam tu. Kau tiada salahnya, bukan kau yang buat keputusan untuk aku terima lamarannya dulu. Jangan risau tak pernah terdetik di hati aku untuk menyalahkan hang. Sudah jodoh aku bukan dengan dia.” Hana tersenyum memandang Azim dengan Julia. Julia ingin menangis melihat ketabahan kawan kepada suaminya itu. Perkenalannya dengan Hana bermula sewaktu suaminya membawa dia keluar makan bersama teman-teman suaminya. Hana amat ramah sehingga dia cepat menyesuaikan diri dengan sahabat-sahabat suaminya. Rasa geram Julia pada Amar semakin bertambah, dia tahu puncanya adalah Amar. Mana tidaknya, batalkan pertunangan tetapi masih teruskan perkahwinan dengan gadis lain.

“Hang macam ni lagi aku rasa bersalah. Cuba hang marah aku ka. Kan aku rasa lega sikit.”

“Kemarahan bukan kunci penyelesaian masalah. Aku tak nak jadi sahabat Syaitan. Hehe.” Hana bergurau, namun di hatinya tetap terluka. Mana mungkin luka tersebut dapat dirawat dalam masa beberapa minggu saja, tetapi dia perlu kuat dan sabar. Dia tidak pernah berputus asa dengan rahmat Tuhan. Allah sudah menyediakan yang terbaik untuk dirinya dan kehidupannya. Dia bersyukur kerana menjadi di antara yang terpilih.

“Yelah. Emm, aku nak beritahu ni sebab aku rasa hang berhak tahu tapi jangan terkejut. Amar akan berkahwin dengan Mira pada tarikh yang telah korang tentukan dulu” Azim bercakap perlahan-lahan tetapi jelas. Azim dan Julia menunggu aksi daripada Hana.

Hana terkejut, kemudian tersenyum. Azim dan Julia pula terkejut melihat aksi Hana. Tidak kecewakah wanita itu mendengar khabar yang diberitahunya. Atau sudah hilang perasaan Hana akibat peristiwa tersebut. Azim memerlukan kepastian, namun Julia lebih pantas menyoal. Seakan-akan tahu gelora di hati suaminya.

“Kenapa akak senyum. Akak tak sedih? Akak tak marah? Mereka kahwin pada tarikh yang akak dan abang Amar pilih. Kalau Julia kat tempat akak Hana mesti Julia geram sangat. Mesti habis pondok ni Julia robohkan” Julia berbicara dengan aksi menendang pondok yang mereka sedang berehat itu.

Hana tergelak melihat aksi Julia, memang keanak-anakkan. Bertuah Azim, mesti ceria mendapat isteri seperti Julia. Sentiasa ada bersama. Azim ingin turut ketawa tetapi hanya menggeleng kepala sahaja kerana tidak mahu isterinya terasa hati.

“Akak ni, orang serius gelak pulak. Kuat pulak tu.” Julia geram.

“La, bila masa pula Julia join Raja Lawak ni? Dah kalah Juara Maharaja Lawak akak tengok aksi Julia tu, mahunya tak tergelak kuat. Ganasnya isteri En. Azim kita ni, geram sampai nak robohkan pondok. Alamatnya kena cari port barula nak melepak lepas ni.” Hana berseloroh lagi. Kali ini, ketawa Azim pula yang kuat kedengaran. Tak tahan untuk menyimpan ketawanya. Nampaknya, bukan dia yang menceriakan sahabatnya tetapi sebaliknya pula. Itulah Hana yang dikenalinya. Dia geram dengan Amar kerana tidak melihat dengan mata hati kebaikan Hana. Dia cuma berdoa agar lelaki itu tidak menyesal dengan keputusannya.

“Abang pun sama macam kak Hana. Orang serius, diaorang main-main” Julia merajuk.

“oklah, dah merajuk adik akak yang comel dan montel ni. Hehe.” Hana memicit pipi Julia yang agak berisi itu.

“Alhamdulillah, jika Amar dah nak kahwin. Mungkin Mira adalah jodohnya. Cuba Julia fikir, Amar menolak lamaran ayah Mira tetapi akhirnya bersatu juga mereka. Inilah jodoh.”

“Tapi bukankah kejam namanya. Julia rasa malas nak pergi majlis kahwin tu nanti. Kalau ada akak best.” Julia meluahkan perasaannya.

“Ish mana boleh macam tu. Azim dan Julia sahabat Amar. Amar dah ajak, jangan tak pergi kecuali ada kekangan yang tak dapat nak elak. Jangan jadikan isu kak Hana sebagai alasan untuk menolak ajakan orang lain. Doakan kebahagiaan mereka” Hana menasihati Julia, sekaligus memandang Azim.

“Hana, aku tau hang memang jenis yang tabah punya orang tapi jangan simpan segalanya sendiri. Kalau ang nak luahkan apa-apa aku dan julia ada untuk dengar luahan hati ang. Kadang-kadang aku takut tengok ang macam ni. Walaupun ang tak luah aku sebagai kawan dapat rasa ang terluka. Betul tak, sayang?” Azim meminta pandangan Julia. Julia hanya mengangguk menyetujui pandangan suaminya.

“Betul akak, Julia perempuan juga. Julia dapat rasa walaupun tak seperit yang akak rasa. Kami sentiasa ada untuk kak Hana” Julia menambah. Secara tiba-tiba air mata Hana menitis mendengar kata-kata sahabatnya. Dia bersyukur kerana Tuhan mengurniakan sahabat yang begitu kasih dan sayangkan dirinya. Apa lagi yang perlu dia risaukan kerana dia tidak pernah kekurangan kasih sayang, malah kasih dan sayang terhadapnya semakin bercambah walaupun terkurang seorang.

“Terima kasih Azim. Terima kasih Julia. Aku memang bertuah sebab ada korang sebagai kawan aku. Cukuplah dengan kata-kata korang tadi. Itu dah jadi penawar untuk aku. Aku sayang korang.” Hana memeluk erat Julia. Azim hanya memerhati sahabatnya itu. Rasa bangga terbit di jiwanya kerana mempunyai sahabat seperti Hana.

“Sama-sama. Nak peluk juga.” Azim membuat gaya ingin memeluk, tetapi akhirnya hanya mendapat satu tamparan di tangan hasil hadiah dari isteri tersayang. Hana hanya ketawa melihat pasangan tersebut. Dia berdoa di dalam hati agar suatu hari nanti dia akan dipertemukan dengan seseorang yang mencintai Yang Maha Pengasih melebihi dirinya, agar perhubungan itu sentiasa mendapat keberkatan hingga ke Syurga, insyaAllah.

-TAMAT-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

124 ulasan untuk “Cerpen : Adakah Dia Jodohku?”
  1. Pengkritik_Antarabangsa says:

    wow, great story. tapi kalau tambah perencah sikit lagi… perghhh. meletop kowt. n apa motif muncul laki yg langgar hana tu, aathif? rasanya bleh wt hana dgn aathif kawen. nak kasi sedap (tapi syg xbleh dimkn, hehe) sikit, wtlah si am tu nyesal kawen dgn mira tu sebab hati xthn merindu. cewah! n then si am merayu kat hana agar cerai dgn aathif. tapi hana tekad untuk mencintai suaminya aje. amcm? pendapat saja. dan sila menggunakan pembuka kata, sebab keliru den. haha.

  2. Zerra says:

    Alaaa best nye cite ni.. tp tegantung.. tp bole x cik penulis bwt sambungan lg..

  3. Hottest says:

    Kenapa tergantung ? :’( cerita ni best , tolong sambung please cik writer ^_^

  4. Mohd Yusof AR says:

    Lain kali kalau dialog, sila bubuh tanda dialog (” “), senang org nak faham…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"