Cerpen : Malas Nak Layan!

10 July 2011  
Kategori: Cerpen

26,934 bacaan 89 ulasan

Oleh : Syamnuriezmil

Aku duduk di atas gazebo sambil menelaah komik Alam Perwira milik abang aku. Suka sangat aku dengan Ji Fat yang handsome dalam komik ini. Walaupun komik ini lama, tapi penangan si Ji Fat ini buat aku tak jemu membeleknya semula. Naik lunyai komik ini dibuatnya. Air terjun buatan ini mendamaikan suasana pagi itu. Sudahlah kenyang, bersarapan berat pula, mata pun berat jugalah.

“Kau tidur ke, kau baca ni dik?” tanya abang aku, Fauzan.

“Bacalah.” Jawab aku, bersahaja.

“Macam tak larat saja kau buka mata kau dik.”

“Dah mata Fatin memang sepet! Nak buat macam mana?”

Fauzan ketawa. Sengaja nak cari gaduh dengan aku, kalau sehari tak gaduh, memang tak boleh?

“Fatin! Macam mana dengan proposal kawan abang tu?”

Aku mengerut dahi.

“Jadi ke? Orang dah suka tu dik…”

Errkk.. “Apa abang ni? Jadi matchmaker pulak? Elok-elok jadi engineer, sekarang jadi agen pencari jodoh?”

Fauzan tersengih.

“Afif tu memang suka gila dekat Fatin, nak kenal juga-juga dengan Fatin. Dia kan kawan baik abang, apa salahnya?”

“Hishhh…”

Memanglah Afif Hariz tu macam muka Ji Fat dalam Alam Perwira ni, tapi aku sangat tak suka caranya merenung aku, seperti tak pernah nampak perempuan cantik seumur hidupnya!

“Jan!” Tiba-tiba motor berhenti di hadapan pagar rumah aku.

“Oii.. Afif! Masuklah…”

Erk.. aku bingkas bangun. Fauzan cepat menarik tangan aku, dan disuruh aku duduk semula. “Kejaplah!”

“Abang ni…” aku mengetap bibir. Aku terpaksa buat-buat berminat membaca buku komik itu! Sangat sakit hati dengan Fauzan!

Afif masuk ke dalam dan tersenyum. “Ehh.. tak sangka, Fatin ada sini.”

“Assalamualaikum! Masuk bagi salam…”

“Waalaikumussalam. Hari ini makan daging harimau ke? Garang semacam…”

Aku nak tergelak, aku menahan!

“Kau ni Fif!! Kata nak mengurat, bukan mengusik!”

Afif ketawa. “Saja.. usik-usik sikit, lama-lama hati terusik!”

“Hishhh… malas nak layan!” Aku mencebik.

“Jangan malas-malas Fatin, nanti dari malas nak layan, jadi terlebih layanan pulak, terus melanggan.” Usik Afif lagi.

“Eiiii…” Aku bingkas bangun, beredar dari situ. Aku hanya mendengar mereka ketawa sahaja! Malasnyaaa nak layan! Tapi.. kalau tak layan… rindu pula? Uikss.. apa aku ni! Sahh… angau dek Ji Fat, Alam Perwira ni!

******

“Keluar dengan dia! Sekali saja, jadilah…”

Aku sudah bersiap hendak pergi kerja. Aku baru turun daripada bilik aku, abang aku sudah sibuk memujuk. Tangkal apa agaknya yang Afif pakai, sampaikan abang aku ini sampai memujuk aku ke tahap ini. Hari-hari! Sampai naik muntah dibuatnya.

“Eeii.. yang abang ni sibuk kenapa?”

“Abang nak tengok Fatin tu bahagia…”

“Abang jangan nak buat lawak internationale dekat sini! Berapa upah Afif bagi dekat abang suruh pujuk Fatin?”

Mak dan abah hanya mengelengkan kepala.

“Kome adik beradik ni, tak sah kalau tak bertekak pagi-pagi?” bising mak.

“Bukan Fatin mulakan dulu. Abang ni hahh… sibuk dengan Afif tu!”

“Ate kalau dah tak suka, usahlah dipaksa, Jan…” tegur abah.

“Hah dengar tu!”

“Ate orangnya dah suka, kerja pun bagus… apa lagi nak tunggu abah oiii…”

“Betuii tu!” sampuk mak.

Errkk.. pulak…

“Kalau Fatin keluar dengan dia pun, nak buat apa? Nak cakap apa? Nak pergi mana… Iskkk.. malas ar!”

“Pergilah lunch! Hari ini?”

“Tengoklah!” Entah kenapa, selalu sangat Fauzan mendesak, aku jadi setuju. Apa salahnya, pergi lunch kan. Bukannya buat apa pun?

“Yess!!”

Fauzan pula yang seronok, aku hanya mengelengkan kepala aku.

******

“Terima kasih kerana sudi keluar makan dengan saya.”

Aku hanya tersenyum sahaja. Dia menarik kerusi aku dan perlahan aku duduk. Gentleman! Good quality in men… elehhh.. mungkin sementara? Mungkin sebab nak mengurat? Bukan boleh percaya sangat lelaki sekarang ni, malas nak layan! Ikut sajalah… bak kata Salleh Yaacob.. I follow.. I follow sajalah!

“Rasanya, awak perlu berterima kasih dengan abang Fauzan, sebab dia yang paksa saya lunch dengan awak hari ini.” Ujar aku.

“Kalau bukan sebab dia, awak tak mahu lunch dengan saya ke Fatin? Habis kalau tak mahu lunch, dinner boleh?”

Gluppp!! Apa bahasa yang perlu aku pakai supaya dia faham? Malas nak layan!

Aku diam sahaja… Afif tersengih.

“Saya suka awak. Tapi saya tak paksa untuk awak suka saya. Cuma saya berharap agar awak suka saya paling tidak pun, beri saya peluang untuk menunjukkan rasa suka saya pada awak, supaya awak suka pada saya.” Ujar Afif panjang lebar.

Aku lihat daripada anak matanya, sangat ikhlas. Dan apa yang aku dengar, banyak sangat perkataan suka di dalam ayatnya!

“Kalau macam tu saya suka chicken chop.. bolehlah order! Saya dah lapar…”

Afif terus memanggil pelayan. Aku hanya tersengih sahaja. Aku malas nak layan lagi! Aku nak tengok, sejauh mana dia boleh pergi dengan konsep hidup aku yang malas nak layan tu. Bolehkah dia menebuk hati aku? Bolehkah dia menjual perasaannya pada aku sehingga aku membelinya? We will see…

******

Aku ingatkan semangat Afif hendak memikat hati aku, setakat makan tengah hari itu saja. Rupanya, langkahnya sudah panjang dan teratur. Dia cuba memikat mak aku pulak! Pagi tadi, seawal jam 7.00 pagi, dia sudah membawa nasi lemak, berbungkus-bungkus. Sampai ke tengah hari pun boleh jadi makan tengah hari! Kelmarin, mak teringin nak makan ikan siakap, petang tadi… dia sanggup membeli ikan siakap yang sudah siap disiang di pasar, dihantarkan terus ke rumah aku.

Malam itu, sewaktu makan malam, mak duduk memuji-muji sikap perihatin Afif kepadanya.

“Kalau mak suka sangat, mak kahwin lah dengan dia!” ujar aku.

Mak mengucap panjang. Fauzan sudah tergelak. Abah mengelengkan kepala.

“Orang kalau nak, bolehlah buat macam-macam. Bak kata P Ramlee, berkorban apa saja! Tapi bila dah dapat, jangan harap lah nak buat macam tu. Entah-entah, lesap tak nampak bayang. Mak jangan percayalah. Sekarang, lelaki ni macam-macam jenis mak. Nak dapat yang berkualiti, cukup susah!” aku sudah membebel.

Entah kenapa aku dengan Afif, aku tidak boleh ngam! Aku rasa panas saja… Aku rasa macam aku perlu berhati-hati dengan lelaki itu. Adakah aku memang seorang yang syak wasangka? Ataupun aku ni.. memang suka menunggu sampai cempedak menjadi nangka? Heh… Orang sudah nak, aku jual mahal! Bila orang tu nak, mulalah aku hendak suka. Memang perangai aku suka begitu. Lebih baik aku mengamalkan konsep malas nak layan, daripada melayan buat sakit hati! Tapi kalau tak layan… melepas pula! Sudah!! Aku pula berada di antara persimpangan…

“Alahhh.. dia cakap macam dia berkawan dengan banyak lelaki pulak! Berkasih pun tak pernah…” sampuk abang aku.

“Ini berdasarkan pemerhatianlah!”

“Belum cuba belum tahu. Umur dah meningkat, cepat-cepatlah buat keputusan. Orang yang baik, untuk orang yang baik.” Ujar abah.

Aku terkedu. Benarkah dia baik? Atau saja-saja buat baik?

******

Orang kata, kalau betul-betul dia sukakan kita… dia akan buat apa saja untuk memenangi hati kita! Hemm… okay, aku test!

Test 1

Entah macam mana kereta aku tak boleh start pula hari tu! Dah pukul 5.30 petang, aku nak balik, kereta aku buat hal pulak. Bukan aku tak boleh nak telefon abang aku, suruh dia ambil. Atau telefon abah, suruh abah hantar mekanik ke. Tapi sengaja tangan aku gatal mendial nombor telefon Afif! Aku tahu, dia ada meeting, urgent meeting sampai malam! Dia sudah inform aku. Memang begitu, dia memang suka beritahu aku walaupun aku tak tanya. Tapi aku sengaja telefon dia.

“Saya tahu awak sibuk.. tapi kereta saya tak boleh start! Hari dah nak hujan, tak ada siapa yang boleh tolong saya… kecuali awak!”

Tak sampai 10 minit aku letak telefon… dia muncul! Kome faham-faham sajalah…

Test 2

Aku masih tak puas hati lagi! Aku sengaja buat ujian kali kedua.. Hari tu, aku puasa. Puasa ganti! Heh.. aku beritahu dia aku puasa itu hari. Tapi aku terlampau banyak kerja dan aku tak boleh nak balik awal. Sebenarnya, aku sengaja cari nahas. Aku kumpul kerja selama dua hari! Pura-pura buat sibuk.

“Kenapa tak balik lagi?”

“Kerja saya banyak! Nampak gayanya.. buka puasa dengan air sejuk sajalah hari ini.”

Tak sampai 10 minit setelah aku meletakkan telefon, dia sudah muncul depan pejabat aku dengan nasi bungkus Vanggey di tangan.

“Untuk awak…”

“Kata sibuk?”

“Saya singgah kedai, bungkus, datang sini, hantar.. kemudian saya nak balik pejabat pula.”

“Ohh.. terima kasih.”

“Kerja-kerja juga Fatin, puasa kena berbuka juga!”

Aku tersenyum.

Test 3

Aku sudah melihat kesungguhannya berkali-kali. Kali ini, aku sengaja tidak membalas mesej dia, tidak menjawab panggilan dia. Walaupun hakikatnya aku agak terseksa juga, tapi aku layan kan saja. Aku nak tahu juga, apa reaksinya apabila aku berbuat begitu kepadanya! And again.. konsep ‘malas nak layan’ yang aku masih pertahankan.

Aku ingatkan dia boleh bertahan, seharilah! Tapi dia tak senang hati. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, dia sudah menjadi pak pacak depan rumah aku.

“Apa awak buat dekat sini?”

“Awak sakit ke Fatin?”

Aku mengelengkan kepala. “Awak nampak saya tak sihat ke?”

“Saya call awak, tak jawab pun? Saya mesej awak, tak berbalas pun?”

“Awak call saya tak sampai sejam pun!”

“Yelahh.. selalu awak jawab. Hari ini pula awak tak jawab.. saya takut apa-apa jadi dekat awak..”

Aku tersenyum saja. “Saya okay.”

Dan dengan tiga ujian yang aku telah buat, ketiga-tiganya Afif pass dengan cemerlang! Akhirnya…

“Saya buka ruang hati untuk awak. Tapi jangan cuba mempersiakannya, kerana tidak akan ada peluang untuk kali kedua!”

“Terima kasih Fatin! Saya akan menjaga awak lebih baik dari saya menjaga diri saya sendiri!”

Aku sudah dapat membayangkan kebahagian yang terbentang luas di hadapan!

******

Kalau batu tepi pantai tu, boleh terhakis dek ombak yang menghempas, apa lagi hati aku! Betul lah, dari malas nak layan, jadi melayan perasaanlah jawabnya! Sehari tak jumpa, boleh gigil-gigil hati aku ini. Kalau sehari Afif tak call, boleh menanah telinga aku dibuatnya! Dasyat sungguh penangan cinta itu. Itu pasal aku malas nak layan pada mulanya, nanti aku jadi macam nilah. Hidup segan.. mati tak mahu pula! Bengong Fatin Najmi binti Fuad!

“Kalau saya jadi bulan?”

“Saya dah memang bintang!” Najmi kan maknanya bintang.

“Itu sebab saya tanya soalan tu. Saya dah tahu apa jawapan awak.”

“Elehh..”

Aku suka sikap Afif yang sememangnya suka mengambil berat, perhatian yang amat sangat, penuh dengan kasih dan sayang, suka bergurau dan suka bikin aku ketawa. Mulanya aku ingatkan kualiti yang ada pada Afif itu adalah sengaja dibuat-buat sebab hendak memikat aku, tetapi memang kualiti itu adalah dirinya sendiri.

Aku sangat beruntung memiliki lelaki sebaik Afif! Tapi.. peliknya.. sehingga kini, dia tidak pernah pun bercerita tentang keluarganya. Aku musykil tentang itu!

“Awak.. bila awak nak kenalkan saya pada family awak?” tanya aku.

“Masanya akan tiba, nanti saya bawak awak jumpa mereka.”

“Saya kalau boleh, tak mahulah berkawan macam ni. Saya nak hubungan yang ada tujuan.”

“Ya, saya pun begitu. InsyaAllah, kalau ada jodoh ya. Awak jangan risau!”

Aku mengerut dahi. Kalau ada jodoh? Apa maksudnya?

******

Entah mengapa, satu minggu hari itu, aku tidak dapat menghubungi Afif! Aku macam pelik! Selalunya dia akan menghubungi aku, berbual sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalaupun dia pergi outstation, dekat site pun, mesti dia telefon! Tapi satu minggu itu… aku langsung tidak dengar khabar. Rindu sudah memuncak!

“Mana Afif? Abang tahu?” tanya aku.

“Entahh… seminggu lebih, dia tak jumpa abang. Outstation kot!”

“Selalu outstation pun dia cakap. Tapi tak ada pun! Call pun tak dapat. Apa lagi mesej!”

“Kenapa? Rindu ke? Itulah… dulu tak mahu, elak. Sekarang dah mahu… tercari-cari!” Fauzan tergelak-gelak.

“Menyampah lah cakap dengan abang ni!!” Aku mencebik.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi.. aku hampir menjerit melihat nama Afif muncul di skrin telefon aku!

“Ini namanya, jodoh tahu!” ujar aku.

Fauzan mencebik!

Aku terus mengangkatnya. “Afif!”

“Jumpa nanti. Tempat selalu awak berjumpa dengan Afif!”

Aku tergamam. Erkk.. siapakah?

******

Aku pergi ke restoran Vanggey, aku selalu lepak situ dengan Afif. Hati aku berdebar juga! Siapa yang menelefon aku memakai nombor Afif! Aku jadi sangsi.

“Fatin Najmi ya?”

Aku mengangguk apabila ada yang menegur aku. Cantik orangnya, putih melepak kulitnya! Bibirnya merah berkilat. Siapakah dia?

“Saya, Athirah.”

Aku bersalam dengannya.

“Adik Afif?”

Dia mengelengkan kepalanya. “Tunang dia.”

Aku tergamam!

Menurut cerita Athirah, Athirah merupakan anak angkat yang diambil oleh keluarga Afif sejak Athirah masih kecil. Oleh kerana desakan orang tua Afif, nak sangat Athirah ini mempunyai pertalian keluarga, mereka telah ditunangkan sejak kecil dan dengan harapan bila dah besar nanti, Afif akan menjadikan Athirah sebagai isteri.

“Tapi abang tak mahu Athirah jadi isterinya kerana dia sangat mencintai Fatin! Itu yang abang cakap pada mummy.”

Aku terkedu.

“Habis mana Afif sekarang?”

“Sewaktu majlis pertunangan yang dibuat minggu lepas, abang dah pergi bawa diri. Dia tidak mahu balik semua ke rumah. Dia tidak mahu berkahwin dengan Athirah sebab dia anggap Athirah sebagai adiknya sendiri. Dia tinggalkan semua telefonnya… Athirah cuma ada Fatin punya nombor!”

Kalau aku ada sakit jantung sekarang, mungkin aku sudah rebah! Perkara ini sikit punya besar, Afif langsung tidak menceritakannya pada aku!

“Kalau abang telefon Fatin, boleh tak tolong pujuk dia balik. Sebab.. mummy sakit sekarang ni. Demamnya tak kebah, rindukan abang.”

“InsyaAllah. Kalau Afif telefon saya, saya akan beritahu dia tentang itu.”

“Terima kasih.”

“Athirah…”

Athirah menoleh kepada aku sebelum berlalu.

“Saya tak akan rampas hak awak, apa yang telah menjadi milik awak.”

Athirah hanya tersenyum.

******

Ditakdirkan, selepas sekian lama aku menunggu panggilan daripada Afif, akhirnya dia menelefon aku! Dia suruh aku berjumpa dengannya di Gunung Lang. Aku pergi, hari itu juga.

“Baliklah Afif! Mak awak sakit.”

“Siapa jumpa awak? Athirah? Itu semua tipu lah Fatin, awak jangan nak percaya.”

Afif mengeluh. Mukanya sungguh-sungguh tidak terurus! Berjambang! Seperti orang hilang arah, hilang tujuan. Perkara macam ini boleh selesai, kenapa perlu mengambil jalan mudah dengan menghilangkan diri, buat aku susah hati, buat keluarganya pening mencari!

“Saya cintakan awak, saya tak mahu orang lain Fatin! Tapi mummy tetap berdegil! Mahu juga Athirah! Dia sudah saya anggap seperti adik saya…” keluh Afif. Dia memegang kepalanya, kusut!

“Maaf, saya tak boleh terima awak. Pulanglah Afif! Saya tak sukalah nak merampas hak orang. Kalaupun awak mencintai saya, tapi untuk melukakan orang yang sangat mencintai awak. Saya tak sanggup! Baliklah Afif! Saya tak mahu awak pilih antara saya dan keluarga awak. Saya lebih rela bersendirian dari melukakan orang yang menyayangi awak! Maaf.. baliklah Afif!”

“Fatin!!”

“Kalau awak cintakan saya, kalau awak sayangkan saya… awak pulanglah Afif! Pulang kepada keluarga yang menyayangi awak.”

Aku terus pergi!

Biarlah aku pergi membawa hati aku daripada dia pergi membawa cintanya itu! Kalau dia kembali dengan cinta itu, maknanya, cinta itu milik aku. Boleh percaya kah ayat ini lagi? Kalau tidak… malas nak layan! Tidak ada jodoh dan tidak mahu fikir lagi tentang itu. Kalau dulu, aku malas nak layan, perkara ini tidak terjadi pada aku! Biarlahh…

******

Setahun kemudian…

“Aduhhh!!” Aku baru keluar dari kedai buku Popular. Hari sabtu, bukan hari plastik! Aku pula tak bawa green bag! Alaaa… berterabur pula buku-buku aku. Inilah dasar kedekut nak beli plastik 20 sen pun, berkira sangat. Fatin.. Fatin!!

“Maaf… saya tak perasan!”

“Rosak buku saya!” Aku sudah hendak menangis melihat buku yang baru aku beli tadi terlipat kulit bukunya! Alahaiii… Aku sudah terduduk. Mana boleh nak tukar lagi, dah bayar! Mamat ni memang nak kena ni… mata letak dekat lutut ke apaaaa?!

“Awak ni… sudah menaikkan kemarahan saya!!” Aku meninggikan suara dan aku mendongak, memandang lelaki itu.

“Erkk.. Fatin!”

Merona merah muka aku! “Tak apalah.”

Aku mahu berlalu… dia mengejar dari belakang. Menjerit dia memanggil aku..

“Fatin Najmi!!” Langkah aku terhenti.

“Setiap hari saya mengira bintang di langit, bila masa saya akan bertemu dengan awak lagi! Hari ini takdir menemukan kita.. saya nak kita mula sekali lagi!”

Aku terdiam.

“Maaf, saya malas nak layan!”

“Fatin!” Aku menoleh, memandang lelaki di sebelah aku. “Okay ke?” tanya dia.

Aku mengangguk.

“Afif, kenalkan tunang saya, Iman.”

Afif tercengang dan aku hanya tersenyum. “Jom bang…”

Iman mengambil buku-buku di tangan aku… “Banyak nya sayang beli ni?”

“Tapi dah terlipat ni… macam mana?”

“Tak apa.. nanti kita seterika!”

“Abang niii, malas lah nak layan!” Aku tergelak.

“Malas nak layan konon! Dengan orang lain bolehlah.. dengan abang, kena layan seumur hidup Fatin!”

“Baiklah Encik Iman!” Aku tersenyum.

Aku sudah melupakan Afif dan cintanya! Aku mahu dia turut melupakan aku dan cintanya pada aku. Sejak setahun yang lepas, aku mendengar dari cerita abang aku, Fauzan, dia sudah berkahwin dengan Athirah. Waktu itu, aku sudah menutup ruang hati aku untuk Afif! Aku berdoa agar dia bahagia dengan pilihannya.

Namun, jodohnya tidak panjang, setelah aku bertemu cinta aku dengan Iman, Athirah meninggal dunia saat dia melahirkan anak sulungnya dengan Afif! Dengar cerita, anaknya juga tidak dapat diselamatkan. Aku agak sedih dengan cerita itu, namun memberikan peluang untuknya kali kedua, aku tidak boleh. Malah untuk meninggalkan lelaki sebaik Iman dan bersama dengan Afif… itu tidak mungkin! Walaupun Iman Muhammad merupakan lelaki duda dua anak, aku tak kisah, asalkan dia seorang yang jujur dan baik dengan aku.

Untuk Afif!! Malas nak layannn…. kalau mungkin dulu, dia menceritakan keadaannya kepada aku, mungkin ada penyelesaiannya. Tapi? Hemm.. cinta itu tidak seharusnya memiliki kan!

Dalam percintaan, selain saling memerlukan, mesti ada kepercayaan dan kejujuran! Kalau dari awal, tergerak hati.. malas nak layan, jangan melayan! Buat sakit hati dan perasaan… tak cinta pun tak apa! Huhhh… malas wa nak layan! Heh… ~Syamnuriezmil~

_________

Kalau yang masih ingat… Iman Muhammad merupakan character bagi cerpen bertajuk Kau Pergi Tiada Syurga Diwajahmu. J InsyaAllah nanti kita cerita pula pertemuan Fatin Najmi dengan Iman Muhammad.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

89 ulasan untuk “Cerpen : Malas Nak Layan!”
  1. hye mi says:

    good.. nice

  2. aiza says:

    mcm sdih je watak afif….
    huhu….mmg jodoh itu tlah ditentukan
    oleh Allah…kita hnya mampu berserah
    pada-NYA….

  3. Mohd Zamree Bin Sinin says:

    antara kesedihan dan kegembiraan….huhu
    teruska usaha syamnuriezmil…=))

  4. NIA says:

    nice… :-)

  5. nurul says:

    best tpi kesian kat afif

  6. ashikin says:

    cantekk la citer ni…malas nak layan! hehehe :D

  7. the capital 'A' says:

    mati-mati ingat afif dengan fatin. huhu..

  8. radziyati says:

    sambung cepat2 skit.. saya dah rajin layan cerpen kau pergi tiada syurga buatmu tu…
    kalau x, malas nak layann…

  9. adilah azmi says:

    Sedeh lha plk…but….nice story!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"