Cerpen : Misteri Rumah Kosong

31 July 2011  
Kategori: Cerpen

5,334 bacaan 15 ulasan

Oleh : Adaha

” Weh, korang percaya tak misteri rumah tu?” tanya Daniel kepada rakan- rakannya. Badlee menghirup sedikit kapucino ais yang dipesannya. Matanya tidak lepas memandang Daniel. Kini teralih pula pada Rifhan dan Huda. Farhan di sebelah hanya membatu.

” Weh, aku tanya korang ni? Dengar tak?” getus Daniel setelah keadaan menyepi. Huda menyuap kek coklat ke dalam mulut.

” Aku dengar cerita je. Tapi tak berapa nak pasti fasal misteri rumah tu. Kau nak siasat ke?” tanya Huda. Daniel menggangguk pantas.

” Tapi…takkan aku nak pergi sorang kot. Jom ah, kita semua sekali. Aku curious giler nak tau fasal rumah tu. Aku nak siasat,” kata Daniel yakin. Kopi berperisa mocha dihirup perlahan. Farhan membetulkan kedudukannya.

” Kalau betul kau nak siasat fasal rumah tu, aku nak ikut,” kata Farhan setelah lama menyepi. Rifhan menggangguk perlahan, tidak lama kemudian dia pun setuju untuk sertai.

” Kalau betul…” getus Huda. Mereka berempat memandangnya.

” Kalau betul?” tanya mereka berempat. Terkebil- kebil Huda apabila keempat rakannya memandangnya tanpa berkelip.

” Tak…tak maksud aku, kalaulah misteri rumah tu betul…kita macam mana?”

” Aku tak paham,” tanya Daniel.

” Err…kalau jadi apa- apa kat kita, macam mana? Aku tak berani ah,” Huda seperti mahu tarik diri. Daniel tersenyum sinis.

” Kau takut kita kena ‘makan’ dengan hantu ke?” usik Daniel. Huda memandannya jelik.

” Bukanlah! Kau ni berani sangat, kang tak fasal- fasal kau yang kena makan dengan hantu tu!” balas Huda. Daniel ketawa berdekah- dekah.

” Kau ni penakut sangatlah! Tengok macam diorang, selamba jer. Yang kau nak kalut apasal?” cabar Daniel. Badlee dan Rifhan tersenyum nipis.

” Huda, tak apa- apalah. Kita nak siasat, bukan nak mengacau. Jom ah, ramai- ramai baru best,” kata Rifhan. Akibat dicabar oleh rakan- rakan lain, Huda walaupun berat hati menyertai kumpulannya.

Keesokan paginya, mereka berlima berkumpul dan bertolak ke rumah kosong yang telah ditinggalkan. Dengar kata rumah tersebut sudah hampir beberapa tahun tidak berpenghuni. Sekiranya ada penghuni baru yang mahu menetap di rumah tersebut, pasti tidak akan kekal lama.

Perjalanan mengambil masa selama satu jam sahaja. Kereta diparkir dihalaman rumah tersebut. Mereka berlima merupakan pelajar jurusan seni, jadi mereka mahu menyiasat untuk membuat dokumentari mengenai misteri rumah tersebut. Umpama kumpulan Seekers, mereka masuk ke dalam rumah tersebut. Mujurlah hari masih siang, menyenangkan kerja mereka untuk melihat sekitar rumah tersebut.

Perabot- perabot lama masih kekal ditempatnya, cuma ditutup dengan kain putih, kebiasaan yang berlaku pada rumah- rumah yang tidak berpenghuni. Mereka tidak bercadang untuk bermalam di rumah tersebut, sekadar mahu menyiasat untuk satu hari sahaja.

” Eh, apa tu?” tanya Daniel sambil menunding kea rah dinding tidak jauh dari kedudukannya. Daniel menghampiri gambar lama yang masih elok terlekat di dinding. Kelihatan sepasang suami isteri bersama dua anak mereka. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka kelihatan gembira.

” Arghh!!!” jerit Huda. Mereka berempat menoleh kea rah suara Huda.

” Wei, Huda kat luarlah!” kata Rifhan. Mereka bergegas mencari Huda. Huda kaget tanpa bersuara. Nafasnya tercungap- cungap mencari udara.

” Kau kenapa?” tanya Rifhan sambil menggosok bahu Huda. Huda perlahan menunding ke arah semak berhampiran. Semak tersebut bergerak- gerak seperti ada sesuatu di sebalik semak tersebut. Mereka berlima menanti apakah yang akan muncul disebalik semak tersebut.

” Kamu semua buat apa kat sini?” muncul seorang pak cik tua disebalik semak tersebut. Kedengaran dengusan halus dari mereka berlima. Lega.

” Pak ciklah…” perli Daniel. Pak cik tersebut memandang mereka tajam. Kelihatan lingkaran gelap dibawah matanya.

” Assalamualaikum, pak cik,” Badlee sekadar berbahasa. Tidak mahu dianggap kuarang ajar.

” Kamu buat apa kat sini?” tanya pak cik tersebut. Disebelah tangan kanannya kelihatan sebilah parang tumpul yang sudah berkarat.

” Macam ni pak cik. Saya ngan kawan- kawan saya ni datang nak melawat rumah. Dengar kata rumah ni, berpuaka. Betul ke pak cik?” Daniel mewakili semua mengatakan tujuan mereka. Terbeliak mata pak cik tersebut.

” Pergi balik! Jangan nak main- main dengan rumah ni! Biar dia sorang- sorang. Dia tak kacau sapa- sapa pun. Yang korang nak sibuk ni apasal?” kata pak cik tersebut.

” Kami bukan nak mengacau pak cik. Kami pelajar nak siasat pasal rumah ni,” kata Farhan.

” Arghh…benda lain boleh disiasat, kenapa kamu nak menyiasat pasal rumah. Tak ada kerja lain ke?”

” Dah memang ini kerja kami pak cik,” kata Daniel cuba menyakinkan pak cik tersebut.

” Aku kata balik! Balik lah! Jangan sampai puaka rumah ni mengamuk!” kata pak cik tersebut lantas meninggalkan mereka. Tercengang- cengang mereka berlima.

” Wei, aku rasa tak sedap hatilah. Ada betul jugak cakap pak cik tu. Kita tak sepatutnya ganggu rumah ni. Jomlah balik! kata Huda.

” Arghh…kau jangan nak jadi penakutlah Huda. Pedulikan pak cik tu. Barangkali orang gila. Alang- alang kita dah sampai sini, habiskan!” kata Daniel.

” Semua akan okey. Kau jangan risau sangatlah. Pak cik tu nak gertak kita je,” kata Rifhan cuba meyakinkan Huda.

” Yup, everything gonna be fine,” kata Badlee. ” Selagi kita berlima, aku rasa kita tak apa- apa,” kata Badlee lagi.

Malam itu, jam sudah menunjukkan pukul sepuluh. Kedengaran sayup- sayup anjing menyalak di atas bukit berhampiran. Mereka berlima berkumpul dan membuat persiapan terakhir.

” Huda, kau dengan Rifhan ikut Badlee. Aku dengan Farhan agak gerak sekali. Kalau ada apa- apa, jerit! Faham?” Daniel selaku ketua projek member arahan. Huda dan Rifhan menggangguk perlahan. ” Okey, kita gerak sekarang, pukul 12 tepat kita kita kumpul kat ruang tamu ni,”

Mereka berlima berpecah mengikut kumpulan masing- masing. Daniel dan Farhan menuju ke tingkat atas rumah tersebut. Tangga rumah tersebut penuh dengan habuk, membuktikan tiada sesiapa menjejaki atau menduduki rumah ini untuk tempoh yang lama. Daniel menyuluh lampu sementara Farhan memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan satu bayangan hitam melintasi kiri Farhan. Farhan tertoleh.

” Weh! Kau nampak tak tadi?” bisik Farhan dibelakang Daniel.

” Amende?” kata Daniel tidak senang. Dia tidak mahu hilang fokus gara- gara hanya lintasan bayangan.

” Tu, kat kiri aku tadi! Ada bayang- bayang! Kau tak nampak ke tadi?” kata Farhan tegas.

” Arghh! Kau jangan nak main- mainlah! AKu tengah fokus nih! Kang terlepas pulak ‘benda’ tu. Duduk diam- diam,” marah Daniel. Farhan dibelakang hanya mendengus. Lintasan bayangan tersebut melintas lagi. Kali ini betul- betul di hadapan mereka. Mereka berdua tergamam. Lebih- lebih lagi Farhan.

” Da…Dan…Daniel…? A…Apa tu?” kata Farhan sambil menunding jari ke arah ‘objek’ yang terapung di hadapan mereka. ‘Objek’ tersebut seolah memerhati mereka, menunggu masa untuk menerkam. Tiba- tiba kedengaran suara mengilai sayup- sayup di luar diikuti dengan jeritan kuat. Daniel dan Farhan memandang antara satu sama lain. Pandangan kembali terarah ke hadapan. ‘Objek’ terseut telah hilang.

” Nampak gaya kedatangan kita tak diundang. Baik kita blah dari sini!” Farhan mengorak langkah mahu meninggalkan rumah tersebut, tapi pantas dihalang oleh Daniel.

” Nanti! Kita takkan pergi selagi belum berhadapan dengan benda tu! Kita datang sekali, balik pun sekali,” nekad Daniel. Memang benar. Itu pegangan Daniel setelah menetapkan misi ini. Dia sebagai ketua mengetuai misi bertanggungjawab akan kebajikan rakan- rakannya.

” Tapi, kan ada jeritan tadi! Mungkin kawan kita! Takkan kita nak biarkan?” kata Farhan. Wajah kerut mengukir kebimbangan.

” Jangan! Mungkin tu hanya mainan ‘benda’ tu. Kita tak mungkin terperangkap dengan mainan dia!” tegas Daniel.

” Tapi Daniel, kalau betul tu kawan kita? Kau masih teragak- agak ke? Aku tak kira, aku nak turun bawah nak tengok apa dah jadi,” Farhan lantas membuka langkah. Tidak sempat di halang oleh Daniel.

” Jangan! Hish, degil betullah dia ni!” rungut Daniel. Kedengaran derap langkah seseorang menuruni anak tangga dengan pantas. Daniel kembali melakukan tugasnya. Lampu suluh disuluh ke arah sebuah bilik usang tidak jauh di hadapannya. Pintu bilik tersebut dikuak perlahan. Kelihatan sebuah katil using dan almari antik yang sudah tidak digunakan lagi. Bilik tersebut penuh dengan habuk membuatkan Daniel bersin beberapa kali apabila habuk- habuk tersebut menerobos masuk ke rongga pernafasannya. Kelihatan ada sebingkai gambar lama terletak elok di atas almari antik itu. Daniel tergerak hati untuk melihat gambar tersebut.

” Hah?”

Rifhan panik, dia baru terjaga dari pengsannya. Huda masih pengsan. Badlee hilang entah ke mana. Terperangkap dalam sebuah bilik membuatkan dia tidak keruan. Mereka berdua diarahkan Badlee masuk ke dalam bilik ini. Kala itu, diri Badlee lain daripada biasa. Nafasnya pantas, matanya pula kemerahan. Suaranya agak parau dan garau. Setelah dia mengarahkan mereka berdua masuk ke dalam bilik tersebut, Badlee mengetuk kepala Rifhan dan Huda dengan belakang parang, kemudian mengunci pintu. Entah dari mana dia mendapat kunci.

Kedengaran suara orang sedang ketawa perlahan diluar. Saat ini dirasakan amat mengerunkan. Rifhan menarik nafas perlahan. Jantungnya seperti mahu tercabut. Huda disebelah cuba digerakkan beberapa kali, tapi masih tiada respon. Suara garau sedang ketawa tersebut semakin jelas kedengaran. Rifhan pantas berpura- pura kembali pengsan.

Pintu bilik dikuak perlahan. Badlee melangkah masuk dengan muka yang bengis. Nafasnya pantas seperti orang yang sedang kepenatan. Parang digenggamannya dicampak ke lantai. Betul- betul disebelah Rifhan mematikan diri. Terkejut bukan kepalang sehingga membuatkan matanya tercelik.Kelihatan darah yang pekat di bilah parang tersebut. Mujurlah Rifhan tidak menjerit, pantas di gigit bibir bawahnya.

” Sorang dah mampus, tinggal 3 lagi,” lantas Badlee ketawa berdekah- dekah. Tubuh Huda kelihatan bergerak- gerak. Rifhan panik. Dia berdoa agar Huda terus pengsan, takut diapa- apakan Badlee yang seolah telah dirasuk.

“Hmm..mangsa seterusnya dah bangun!” getus Badlee apabila melihat tubuh Huda bergerak. Pantas, parang diambil. Dijilat darah yang berada di bilah parang tersebut. Seolah mencuci darah tersebut unuk digantikan dengan darah orang lain.

Rifhan cuba mencapai seketul batu tidak jauh dari pembaringannya. Risau Huda pula yang menjadi mangsa.

” Apa dah jadi ni?” tanya Huda lantas bangun dari pengsannya. Tatkala itu juga Badlee menghayunkan parang.

” Jangan!!!” Rifhan membaling batu tepat mengena kepala Badlee. Badlee menjerit kesakitan. Parang digenggaman terlepas. Darah merah mengalir pantas membasahi kepalanya. Rifhan pantas menarik Huda yang masih separa sedar meninggalkan bilik tersebut.

” Jangan lari!!!” jerit Badlee.

” Apa dah jadi dengan Badlee? Kenapa dia nak bunuh kita?” tanya Huda setelah mereka menjumpai tempat persembunyian berhampiran dengan bilik stor dibelakang rumah tersebut.

” Tu bukan Badlee! Aku rasa dia dah kena rasuk!” kata Rifhan.

” Habis tu macam mana sekarang? Kita dalam sangkar maut!” kata Huda ketakutan.

” Kita kena pergi dari sini! Jom!” Rifhan menarik tangan Huda, tapi dihalang.

” Takkan kita nak biarkan kawan kita yang lain? Mana Daniel ngan Farhan? Kita tak boleh tinggalkan diorang!” kata Huda merentap tangannya dari pegangan Rifhan. Rifhan terdiam. Dia menggenggam kedua belah tangannya. ” Kenapa?” tanya Huda apabila melihat keresahan merauti wajah Rifhan.

” Aku…ak…aku tak pasti diorang masih hidup ke tak,” perit untuk mengatakannya tapi itulah hakikat. Huda pantas menekup mulut.

” Kenapa kau cakap macam tu?” mereka benar- benar diambang maut, umpama telur dihujung tanduk.

” Tadi…tadi aku dengar, Badlee cakap. Dia kata, sorang dah mampus, tinggal lagi 3 orang. Buktinya, parang tu…parang tu penuh dengan darah! Cuma aku tak pasti tu darah siapa!” bergetar suara Rifhan meluahkan kata- kata menahan getaran dihati.

” Ya ALLAH! Apa dah jadi ni?” terduduk Huda apabila mendengarnya. ” Kalau aku tau macam ni akan jadi, aku takkan ikut! Aku dah agak dah something akan jadi! Menyesal aku tak dengan kata hati aku! Menyesal aku!” Huda hampir menjerit, lantas mulutnya ditekup Rifhan.

” Shh…diam. Dia kat depan!” Rifhan mengunjuk ke arah sekujur tubuh yang semakin menghampiri di mana tempat mereka bersembunyi.

” Hey! Korang kat mana hah?!!! Aku tau korang tak boleh pergi jauh, korang tak paham tempat ni! Keluar sekarang!!!” Badlee melibas parangnya ke arah semak samun. ” Arghh!!!!” Badlee melempiaskan amarahnya. Geram kerana mangsanya dapat melepaskan diri. Jiwanya yang telah dirasuk menyebabkan Badlee yang sebenar tidak sedar akan apa yang sedang berlaku ke atas dirinya. Matanya yang kemerahan dan keadaan dirinya yang tidak keruan membuktikan ini bukan Badlee tetapi jiwa halus lain yang telah menguasainya.

” Korang takkan dapat lari daripada aku. Sesiapa yang jejak kaki ke rumah takkan pulang dengan selamat! Hahaha!” Badlee ketawa berdekah- dekah. Badlee melibas lagi parangnya. Rifhan dan Huda perlahan merangkak menjauhi semak- samun takut terkena libasan parang Badlee.

” Arghh!!!” Badlee menjerit seperti orang terkena histeria. Tiba- tiba Badlee rebah tidak sedarkan diri. Rifhan dan Huda pantas menoleh. Mereka tidak jadi melarikan diri, tidak sanggup meninggalkan Badlee, tapi ragu- ragu untuk mendapatkan Badlee.

” Bad…Badlee pengsan! Macam mana ni? Nak pergi ke tak?” tanya Huda kebingungan. Rifhan hanya menggeleng. Huda mengeluh, peluh merenik. ” Tapi kita tak boleh tinggalkan Badlee…Jom!” Huda mengambil keputusan untuk mendapatkan Badlee yang terbaring lesu tidak jauh dari kedudukan mereka. Rifhan lambat- lambat membuntuti Huda.

” Badlee…Bad! Bad!” kata Huda sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Pipi Badlee ditampar berkali- kali. Cubaan untuk menyedarkan Badlee tidak Berjaya. Kini tubuh Badlee pula menjadi sasaran. Tiada respons.

” Badlee!!! Bad! Bangunlah!” jerit Rifhan pula.

” Huh! Aku tau korang akan terpedaya! Hahaha!” pantas Badlee menggenggam tangan Huda. Rifhan sempat merentap. Badlee pantas mencapai parangnya lalu diletakkan di leher Huda. Parang tersebut sempat menghiris leher Huda menyebabkan lehernya terluka.

” Huh, kau akan jadi mangsa aku seterusnya. Aku dah kata, korang takkan terlepas!” sesungguhnya Badlee yang bertopengkan syaitan itu hanya bersandiwara. Cuba memanipulasikan mangsanya. Sememangnya permainan syaitan terlaknat.

” Badlee! Lepaskan dia! Kau dah gila ke?” jerit Rifhan. Berada beberapa tapak dihadapan mengehadkan pergerakkannya untuk membantu Rifhan.

” Siapa Badlee?” Badlee ketawa. Suaranya garau, sememangnya itu bukan Badlee.. Tercungap- cungap Huda menahan parang daripada mengena lehernya. ” Siapa Badlee? Hah! Aku ke Badlee?” Badlee umpama orang gila yang hilang arah. Bola matanya bergerak- gerak, memang menyeramkan.

” Habis tu kau sapa? Kenapa kau bunuh kawan aku?” Rifhan memberanikan diri bertanya. Geram kerana dipermainkan.

” Dia bapak aku!” tiba- tiba Daniel muncul disebalik semak. Tangan kirinya menggenggam sesuatu.

” Daniel!” Huda dan Rifhan menjerit serentak. Wajah Badlee keruh. Matanya tajam menikam memandang Daniel yang semakin menghampiri mereka. Rifhan berlari mendapatkan Daniel.

” Syukur kau selamat. Maknanya…Farhan…” Rifhan berkata lambat- lambat mengundang tanda tanya dibenak Daniel.

” Kenapa dengan Farhan?” tanya Daniel.

” Aku dah bunuh dia! Hahaha!” kata Badlee. Daniel tergamam. Pantas Daniel memandang Rifhan. Rifhan hanya menggangguk lemah.

” Ayah! Ayah tak kenal saya? Saya Daniel,” kata Daniel. Wajah Badlee berubah. Bola matanya bergerak- gerak lagi. ” Ayah…” kata Daniel perlahan. Rifhan hanya mampu memerhati. Huda pula hanya berdoa agar segalanya cepat berlalu. ” Ayah tak kenal saya? Saya anak ayah!” Badlee merengus. Dengusan semakin lama semakin kuat, umpama binatang yang menunggu untuk menyerang.

” Kau sapa? Hah! Jangan main- main. Kalau tak…” parang didekatkan ke leher Huda. Huda hanya mampu memejam mata.

” Apa yang kau merepek ni Daniel? Kau tak nampak ke Huda tu jadi tebusan dia. Hah?!” jerit Rifhan sambil memukul belakang Daniel. Daniel tenang langsung tidak menghalang dirinya daripada terus dipukul.

” Aku tak merepek! Aku tak tipu. Dia memang ayah aku! Ayah aku yang selama ni aku cari,” suaranya mula mengendur. Badlee merengus kasar. Jiwa Badlee kini dikuasai oleh semangat lain.

” Maksud kau?” Rifhan gusar. Takut sekiranya Daniel pula dikuasai semangat lain. Daniel mengunjukkan sekeping gambar dari belakangnya. Kelihatan sebuah keluarga bahagia, seorang bapa, seorang ibu dan seorang bayi comel. Berubah wajah Badlee apabila melihat gambar tersebut.

” Mana kau dapat gambar tu?” Badlee bertanya tanpa menjarakkan sedikit pun parang dileher Huda. Huda hanya mampu menelan liur. ” Mana kau dapat gambar tu?!” kata Badlee hampir menjerit apabila Daniel diam membisu.

” Saya pun ada gambar yang sama,” kata Daniel sambil mengeluarkan dompet. Di dalam dompet tersebut Daniel mengeluarkan sekeping gambar yang telah lusuh dimamah usia. Gambar yang sama.

” Daniel?” Rifhan bingung.

” Ayah, bertahun saya mencari keluarga saya. Akhirnya saya jumpa jugak. Tapi malang sekali, semua dah mati,” kata Daniel. ” Kenapa ayah buang saya?” tanya Daniel kepada ‘ Badlee’. Badlee terdiam. Memori lama kini menari- nari. Walaupun ia hanya semangat yang sudah lama mati, namun tubuh Badlee menjadi penggantinya.

” Kalau tak kerana mak kau, aku takkan buang kau!” kata Badlee. Parang terlucut daripada pegangan. Huda pantas melarikan diri mendapatkan Rifhan. Daniel terkesima.

” Mak kau curang! Mak kau curang dengan tukang kebun sendiri! Sebab tu aku bunuh dia! Aku bunuh dia! Lepas aku bunuh dia, aku terpaksa hantar kau ke rumah anak yatim. Arghh…” Badlee tidak tentu arah. Matanya mencerlang merah memandang Daniel. ” Kau pun sepatutnya aku bunuh dulu, tapi aku tak sanggup!” kata Badlee dengan titisan air mata.

” Aku sayang kau, sebab kau anak aku. Sebab tu aku terpaksa hantar kau ke rumah anak yatim, sebelum apa- apa jadi,” kata Badlee lagi.

” Sudahlah ayah. Janganlah berkeliaran lagi kat sini. Pulanglah ke tempat asal ayah. Dah banyak bencana ayah buat. Tinggalkan alam manusia ni,” Daniel sudah mendapat jawapannya. Kini tiba masa ayahnya pulang ke tempat asal, agar tidak mengganggu manusia lagi.

” Aku tau! Aku tau! Aku akan pergi dari sini,” Badlee terjelepuk pengsan tidak sedarkan diri. Daniel melihat gambar keluarganya. Sudah terungkai rahsia yang selama ini dia cari. Menemui keluarganya. Rifhan dan Huda kebingungan. Tidak faham situasi sebenar.

” Sebenarnya aku dah lama cari keluarga aku. Masa kecik dulu, aku dihantar ke rumah anak yatim. Gambar ni yang buatkan aku nekad nak cari keluarga aku. Aku siasat dan aku dapat tau, rumah ni…” Daniel memandang rumah tersebut. ” Rumah ni lah, keluarga aku tinggal. Tapi semua dah mati, mati dibunuh,”

” Siapa yang bunuh ayah kau. Tadi dia cakap dia bunuh mak kau…” tanya Rifhan.

” Ayah aku bunuh diri. Lepas dia bunuh mak aku, lepas dia hantar aku ke rumah anak yatim…Dia bunuh diri,”

” Maknanya betullah apa yang dia cakap tadi,” gumam Huda. Daniel menggangguk lemah.

” Habis, kau memang dah tau pasal misteri rumah ni?” tanya Rifhan. Daniel menggangguk lagi. ” Huh, rupanya kau pergunakan kitaorang. Sedangkan kau dah tau pasal misteri rumah ni! Kau tengok apa dah jadi, Farhan mati disebabkan hantu ayah kau yang gila tu! Kau sedar tak apa yang kau dah buat? Huda ni, hampir jadi mangsa! Kau tak fikir ke, semata- mata nak mencari salasilah keluarga kau, kami dipergunakan! Patutlah kau beria- ia ajak kitaorang siasat pasal rumah tu, rupanya ada udang disebalik batu,” Rifhan meluahkan amarahnya. Huda hanya diam membisu, tidak mahu campur tangan. Sedangkan nyawanya hampir melayang sebentar tadi.

” Ak…Aku…Aku tak tau pulak akan jadi macam ni. Aku cuma…” kata Daniel cuba menerangkan keadaan sebenar.

” Cuma apa? Hah? Farhan dah mampus. Semata-mata nak siasat pasal hantu keluarga kau, dia terkorban. Kau tau tak ni kerja gilaaaa!!!” jerit Rifhan sekuat hati.

” Aku mintak maaf. Aku tak sangka akan jadi macam ni! Cubalah faham Rifhan. Aku nak cari kebenaran yang tersingkap disebalik rumah ni. Ini rumah aku,” kata Daniel.

” Sudahlah Daniel. Semua dah terlambat. Kita kena report pada polis. Kita terang aje kat balai nanti,” kata Rifhan mengelakkan pertelingkahan. ” Kau papah Badlee tu,” arah Rifhan. Daniel hanya menurut.

” Daniel…” Daniel menoleh apabila ada suara memanggil namanya.

” Rifhan! Kau panggil aku ke?” Rifhan menggeleng.

” Daniel…” suaranya itu bergema lagi. Daniel menoleh ke belakang.

” Mak?”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Misteri Rumah Kosong”
  1. rabiatul adawiyah says:

    sayabaca dngn penuh kusyuk tiba tiba cerita tergantung plak adoooiiiaaaii

  2. Princess EL says:

    Cite dah boleh tahu ending dia mcm mana..btw..good job, teruskan menulis.

  3. alia syuhadah sukri says:

    KENAPA PENGHUJUNGNYA HABIS CAM 2 JE ??????
    SERAM TAPI BEST GOOD LUCK

  4. shahryu says:

    penghujung tergantung x best la

  5. NORSUHAIDAH says:

    ada sambungan tak?nak juga tahu sama ada Farhan betul-betul dibunuh…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"