Novel : Aku mahu hanya kamu 1

25 July 2011  
Kategori: Novel

3,283 bacaan 7 ulasan

Oleh : alfa syamimi

Suasana sekolah hari itu benar-benar sibuk dengan pelajar-pelajar yang berkeliaran di luar kelas. Solehah dan asyraf pula merupakan ‘satu-satunya’ pelajar tingkatan lima pada tahun 20X0 yang masih tidak memasuki dewan utama sekolah. Dan kini mereka saling bersaing langkah pula untuk ke sana.

“kau agak diorang dah start ke?” solehah buat muka runsing. Mencemar duli sungguh masuk dewan time majlis tengah berlangsung…
Asyraf mempamerkan riak selamba, “relax ar… takkan diorang nak start without ideal couple of the year. Tak gitu?” keningnya dijongketkan sambil tersengih.
Relax terlebih dos ar mamat ni… “apasal kau tak masuk dulu tadi?” teringat waktu dia sampai di sekolah tadi, asyraf sedang berpeluk tubuh menyandar pada gate sekolah. Langsung tak Nampak aura dadaberdetup-detap nak ambil result. Tak pun terkencing dalam seluar ke…

“I take that as the way you thanks me, okay?” mereka terus berjalan laju. Junior-junior yang menyapa mereka hanya dibalas dengan senyuman semanis kurma yusuf taiyob. “karang kalau aku masuk dulu, kau jugak yang monyok. Kena masuk dewan sesorang.” Solehah mengiakan dalam hati. “…unless la kalau kau nak aku suruh wawa tolong tunggu kau…”

Solehah mencebik, “ye la, thanks a lot..” dewan utama semakin hampir. Solehah yang berjalan agak terkebelakang dari asyraf merenungnya atas bawah. “yang kau dressing macam ni siapa suruh?”
Spontan asyraf berpalingmelihatnya dengan kerutan di dahi, “salah ke?”

Solehah menganalisis: sandal caspia di kaki – lulus. Jeans hitam – lulus. T-shirt polo biru laut berkolar – lulus. Dan cap putih billabong yang disengetkan di kepala – juga lulus. Then what the problem?

“entah, lulus la…” kepalanya digaru.
Giliran asyraf memandangnya atas bawah kemudian tersengih, “takkan nak suruh aku pakai baju melayu dating ambil result kot…”
Solehah menepuk dahi. ALLAH! Patut la rasa macam acap dressing tak kena, warna sama dengan baju kurung aku rupanya. Dah la tudung pun warna putih.

“dah kira baik aku tak dating bawak petanda air rumah aku berkarat.” Solehah mencebik mendengarnya. Berani cuba la, buat sesia solat lima waktu kalau dengan rambut menyala macam tu…

“Ehem-ehem!” automatically mereka berpaling mendengar suara yang bergema melalui corong speaker itu. Macam kenal je suara ni…
Argh!!! Rasa macam nak menyorok dalam cap acap pun ada bila menyedari mereka kini menjadi perhatian seisi dewan. Rupa-rupanya mereka berhenti di pintu belakang dewan, dan seisi dewan – guru-guru dan calon-calon spm 20X0 turut menoleh dan memandang tepatke arah mereka. Argh… memang mencemar duli!
“fullamak… ideal couple of the years pakai baju sedondon dow…” masing-masing berbisik sesame sendiri.

“amirul asyaraf, and, fidya, solehah.” Sepatah-sapatah cikgu ariffin menuturkan. “so, don’t you guys think of joining us? We’re at the climax of the programme just now.” Macam nak cakap kita orang mengganggu je… solehah dan asyraf berpandanagn. Mereka melangkah seiringan ke tempat duduk yang tersedia. Kerusi yang terletak jauh di belakang menjadi sasaran. Backpack kedua-duanya diletakkan di tengah-tengah sebagai pengantara.

“where are we…” cikgu ariffin menyambung ucapan. “oh! Tahun ni statistic pencapaian kita bla bla bla…”

“dan inilah masa yang ditunggu-tunggukan…” suaranya terus bergema. “pengumuman tiga pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang pada tahun lepas…”

“entah, aku rasa mak su kau pernah pesan, lepas exam tugas kita cuma tawakkal, target-target ni masa tengah struggle dulu je.” Solehah mengangguk. Ingat lagi pesanan mak su li tahun lepas, tugas student cuma empat: 1- usaha, 2- target, 3- exam dan yang keempat tawakkal.

“pelajar pertama yang mendapat 12 A+ merupakan seorang pelajar harapan dari aliran sains. Memegang jawatan pengawas sejak tingkatan dua…”

“aku rasa kalau target mesti nuyu. Budak tu memang genius…”

“shyy, saat-saat genting ni.” Solehah mencebik kepada asyraf. “on hot bricks, huh?”

“pelajar kedua pula mendapat 11 A+ dari aliran akaun, merupakan ayam tambatan dalam sukan bola keranjang. Pelajar ketiga mendapat 10 A+ , juga dari kelas akaun. Tercicir dalam subjek add math…” Dia membelek-belek kertas di tangan, kemudian mengeluh. “malangnya, pelajar kedua dan ketiga ini mempunyai bererapa rekod disiplin.”

“boooo!!!” gamat jadinya seisi dewan dengan teriakan pelajar-pelajar.

“…seperti memonteng kelas tambahan, membawa barang larangan ke sekolah. Tapi AlhamduLILLAH… semasa tingkatan lima, mungkin sudah agak matang, rekod mereka bersih. Suci tanpa dosa. Kesalahan mereka yang paling berat…” sekali lagi dia membelek kertas. “adalah menipu guru. Dan sebagai ganjaran kepada kelakuan itu, setiap mereka dianugerahi satu pukulan rotan di khalayak ramai.”
Dua orang pelajar di kerusi paling belakang mula tak keruan jadinya. “macam kenal je cap…”

“relax, kita tak de jahat macam tu.”asyraf memujuk dirinya sendiri.

“dipersilakan…nurul edziera binti nor alyas….” Dewan utama itu gamat dengan tepukan.

“I told you. Memang mulut aku masin.” Solehah tersengih sendiri.

“…amirul asyraf, dan fidya solehah.” dewan utama kembali sepi. Sekali lalu memang macam suasana exam. Masing-masing mula memusing kepala ke belakang, merenung mereka.
Alamak… dan tiba-tiba je lutut ni rasa macam cramp. “leh, bangun leh. Jangan gabra. Gaya cool.” Asyraf bangun bersahaja meski lututnya dah rasa macam tercabut skru. Perlahan-lahan solehah menurut langkahnya ke pentas. Para hadirin serentak menepuk tangan sambil bersorak, “cayalah kau orang. Jenayah-jenayah pun ada chance jadi best student.”

“bagi ucapan. Seorang wakil lelaki, seorang wakil perempuan.” Pengetua sempat berpesan semasa memberi anugerah. Asyraf sengih memandang solehah. Solehah menjeling, tahu apa maksudnya. Dia memandang nurul dengan muka seposen, seolah-olah ingin berkata ‘saya tak pandai bercakap.’ Nurul yang memahaminya tersenyum mengangguk. Pantas dicapainya mikrofon yang dihulurkan,
“assalamualaikum…”
Cepatnya waktu berjalan. Rasanya si nuyu baru je bagi salam, tapi kenapa… Asyraf menghulurkan mikrofon kepadanya, keningnya diangkat. Takkan acap dah lepas… “bangangkau. Kan nurul dah jadi wakil…” terdengar bias-bias dari speaker.

“boo… tak romantik ar kau orang.” Satu suara nakal menjerit.

“eleh, saja la tu. Publisiti murahan.” Macam suara wawa…

“jealous la tuh.” Suara itu membalas. Najwa diam.

“tak pe, anggap je kau wakil boys.” Mikrofon masih disua dengan tangan kanan. Di tangan kiri pula cap putihnya tanda semangat.
Solehah mengambil kedua-duanya dengan teragak-agak. “er… hai, saya fidya solehah binti hanafi. Terima kasih.” Dia ingin berlalu, namun bila melihat asyraf sudah menjegilkan matanya, hasratnya dibatalkan. Nafas dihembun perlahan, cuba untuk menenangkan diri. Cap asyraf dipakai ke atas kepala. Rasa semakin kuat skru di lututnya. Dia memulakan ucapan, “assalamualaikum. Alang-alang dah ada peluang keemasan macam ni, saya nak minta maaf banyak-banyak kat sdemua cikgu, especially cikgu ariffin, cikgu maria, cikgu zila dan cikgu afif, sebab banyak ponteng kelas selama ni. Kat buddies semua, sorry sebab dah menggawatkan sekolah ni. And not forget, acap. Sorry sebab dah seret kau sampai masuk bilik disiplin, sebab merosakkan rekod kau, tak tau pulak kau tak pernah buat jenayah.” Dia melihat asyraf menghalakan ibu jarinya ke bawah, tanda ‘down’. Solehah mencebik, “maybe tu je kot. And… sorry kalau nada saya tak bunyi macam orang menyesal, saya tak pandai buat suara.” Sebelum berlalu, dia bersuara lagi, “acap bukan pak we saya.”

“whuuuuu…” mereka menyindirnya.
Setelah turun, dia sudahmemberi satu jelingan maut kepada asyraf yang membuat thumbs up. “kau ni memang sengaja termpah maut. Buat tebal muka aku jek.”

“memang tak tau berterima kasih la kau ni. Dah kira baik aku bagi kau chance tu, kalau tak maybe sampai mati pun kau takkan mintak ampun face to face dengan cikgu-cikgu tu. Buatnya dia orang tak berkat?” Solehah diam, mengiakan dalam hati. “yang kau ni aku tengok macam orang kena gantung result je kenapa?” asyraf menyuarakan kehairanannya.

“aku dapat 10 A+…” jawabnya ringkas menambahkan lagi kehairanan asyraf.

“so? Kau ingat aku ni ada sound trouble ke? Aku dengar la cikgu announce tadi. Habis apa masalahnya? Tak cukup?”
Cepat-cepat solehah menggeleng, “cukup. Lebih dari cukup. Aku pun tak sangka dapat sepuluh. Cuma… kau ingat kan dulu aku pernah cerita pasal si izat.”

“oh!” asyraf mengangguk. “so? Kau nak cari dia ke mana?”

“tak de la sampai cari. Cuma kalau boleh, aku nak tunjuk kat dia benda ni…” slip di tangan dikibas-kibas.

“kenapa kau nak sangat dia tahu?” asyraf sengih. “kau still suka kat dia ek?”
Dia tergelak, “mengarut la. Aku tak pernah suka kat dia pun, just ‘tersuka’ okey…”

“banyak la kau punya ‘ter’. Dengan aku tak payah nak kelentong la…” asyraf menjuih.
Solehah mengeluh, “tak de la. Cuma kalau boleh, aku nak dia tahu. Yang aku pun boleh buat. Yang cabaran dia aku dah tunaikan. Yang tak de orang boleh pandang aku sebelah mata.”
Asyraf mengangguk-angguk mendengar suara solehah yang penuh semangat. “then bila dia dah tahu, kau nak buat apa? Nak paksa dia couple dengan kau? Jadi boyfriend kau?” Spontan solehah ketawa sakan membuatkan dia terpinga-pinga. “apasal? Dia bagi cabaran dulu tu pun sebab kes tu kan?”

“mana ada.” Solehah menggeleng. “dia datang jumpa aku, then cabar aku. Suddenly. Rasanya aku aku tak pernah sembang pun dengan dia, Cuma sekali tu je la. And then, lepas tu automatic rasa minat aku kat dia bertukar jadi menyampah. Perasan handsome. Perasan skema. Perasan warak. And whatsoever. Orang macam tu tak layak dibuat pasangan. Bagi aku, dah lebih dari cukup kalau dia datang jumpa aku, sekali, Tanya result, and blah. And case closed.”
Asyraf menggeleng-geleng. “menyesal aku pindah sini masa form 3. Kalau awal setahun, mesti aku ada chance tengok mamat tu, yang pelik bin misteri tu, handsome mana sangat muka dia, sampai kau boleh ‘tersuka’. Sampai kau tak buat hubungan dengan lelaki lain. Mengalahkan aku ke?” dia sengih.

“aku tak couple bukan sebab tunggu dia la… aku memang tak nak.” Solehah berdalih. “handsome memang la handsome. Cuma pendiam, tak layan girls. Masa tu memang junior-junior macam aku dok tergilakan senior macam dia ar, Cuma bezanya, orang lain kejar dia. Tapi aku just senyap, tak berani. Sampai kalau terserempak dengan dia pun aku automatic patah balik. Maybe sebab tu la kot, dia berani buat aku macam tu. Kalau dengan minah lain, Cuma buat perangai kaku. Tapi dengan aku, siap cabar lagi. Ingat aku ni tak mampu ke nak target tinggi-tinggi. Blah la…”

“eh? Aku pulak jadi mangsa. Dah la, jom.” Asyraf berdiri dari kerusinya.

“nak ke mana?”

“tadi suruh blah?” asyraf sengih. “tak la, pergi jumpa cikgu-cikgu la. Majlis dah tamat.”

# # #

“kau tak nak balik ke?” berkerut keningnya melihat asyraf sudah melabuhkan punggung di atas kerusi batu berhadapan dengannya.

“tunggu je la a’long kau sampai. Tak de kerja pun kat rumah, lepak lagi baik.”jawabnya. “yang kau monyok lagi kenapa? Same case?”
Angguk. “aku rasa nak je mintak phone number dia kat cikgu tadi, mesti ada. Nasib la aku ni ada muka lagi…”

“daah la, dah 4 tahun dah. Kecoh la kau ni.”
Solehah buat muka tak puas hati, “aku kau cakap kecoh? Yang dia tu ? aku tak puas hati la selagi dia tak tahu. Mesti sekarang dia tengah fikir buruk-buruk pasal aku, imagine aku tengah nangis kes frust ke…” tak pun lupa terus…

“dah-dah-dah. Aku cakap dah. Bising la. Esok-esok tau la dia tu. jangan risau…”tiba-tiba dia menjadi kalut. “leh, alamak. Minah tu la. Kau jangan lepas tangan.” Najwa berjalan lenggang menghampiri mereka.

Solehah sengih, “aku ingat dah boleh free dari jadi awek kau. Nasib aku la…”

“hai asyraf,” sapa najwa dengan suara menggoda. “tahniah…”

“hai, acap je? Aku?”

“only for the ‘only’.” Najwa menjelingnya, menyampah.

“er… hai, thanks.” Asyraf sekadar ikut rentak. “kau berapa?”

“sembilan. Sembilan pun Sembilanlah. Tak jauh pun bezanya…” penuh makna ayatnya. “em, asyraf. Betul ke yang solehah cakap, you two tak…”

“eh, mana ada!” cepat asyraf memintas. “kitorang memang couple pun. Loving couple, betul tak sayang?” asyraf buat muka sebelas, minta belas kasihan.
Solehah ketawa sambil menggeleng-geleng. Dasar kolah cari gayong la minah ni… “aku chow dulu la. Along aku dah sampai.” Tangannya dilambaikan kepada along di dalam kereta. “have a good time.” Dia berjalan sambil matanya dikenyitkan memandang asyraf.

Asyraf masih tak puas hati, dijelingnya sekilas najwa yang tergedik-gedik di sebelahnya. Huh! “leh! Sayang aku tak?” Laungnya kuat.
Sekali lagi solehah menggeleng-geleng. Kesian… ni laparahnya muka mahal. “sayang la.”

Asyraf sengih memandang najwa disebelah yang sudah ketat mukanya. “kan aku dah cakap, kita orang ni loving couple. Dia je yang malu.” Tanpa sepatah kata, najwa berlalu dengan muka ketatnya itu.
Asyraf pula ketawa sendirian. Malu… hahaha dengar dek o-leh mampus aku. nasib la leh, selagi kau tak berpunya, selagi tu kau kena buat bakti kat aku.tak salah tolong jadi ‘awek’ sekali dua kala. Akhirnya, dia berlalu mendapatkan LCnya. Anak kunci diputar-putar.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Aku mahu hanya kamu 1”
  1. nik says:

    leh tahan…

  2. yan says:

    macam best. sambungan lambat lagi ke?

  3. mala says:

    beginning dia tak mantap sangat. tapi nampak gaya macam tgh2 dia best je…lambat lagi ke nak update?

  4. qiela says:

    best .. sambungannye tak sbar nak tnggu !

  5. hye. hehe thnx uolz sbb suka. tuan punya badan nk jemput g blog.. peace~ [wat muka cute smbut tetamu] hehe

  6. ghah says:

    dah follow blog akak!

  7. Nefertari Vivi says:

    Ape blognye eh?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"