Novel : Inikah Cinta 5

19 July 2011  
Kategori: Novel

1,209 bacaan 1 ulasan

Oleh : east chynta

BAB 5

Pengorbanan ini adalah pengorbanan yang paling besar yang pernah Zulaikha lakukan. Dia sanggup berkorban demi suaminya dan juga Nurul Izzah. Pengorbanan yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa pun. Kalau ditanya ke mana-mana wanita, mesti tiada siapa yang sanggup hidup bermadu. Hanya akan menambah luka di hati. Lain pula Zulaikha, dia dengan rela hati untuk membiarkan Haris berkahwin sekali lagi. Yang terluka hatinya juga hingga membawa hati yang rajuk.

“Takpe…payung emas menanti aku di sana nanti”. Zulaikha cuba memujuk hatinya sendiri. Tipu la jika tiada terselit perasaan kecewa dan terluka.

Zulaikha tidak senang duduk. Macam-macam yang bermain dimindanya kini. Dan ingatannya begitu menyesakkan jiwanya. Walaupun masa penerbangan dari Langkawi ke KLIA tidak mengambil masa yang lama, pelbagai ingatan itu tetap juga hadir walaupun telah ditepisnya. Masih belum sembuh luka dihatinya itu, dia terpaksa bergegas pulang.

Dia terpaksa pulang pagi ini juga kerana ibu mertuanya tetap mahunya pulang. Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan menantunya itu. Kalut Zulaikha bersiap-siap dan bergegas ke airport. Baru 2 hari di Langkawi dia sudah terpaksa pulang.

Ibu mertuanya Puan Faridah begitu mendesaknya untuk pulang. Zulaikha pula tidak sampai hati biarkan ibu tua itu menantinya. Seperti ada sesuatu yang diinginkan.

Pemergiannya ke Pulau Langkawi tidak pula dirahsiakan kepada suaminya Haris,cuma dia merahsiakan sebab pemergiannya daripada pengetahuan suaminya…Dia tidak mahu Haris menjadi serba salah dengan semua ini. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Biar semua ini di pendam di dasar lubuk hati. Yang terluka, yang tersiksa dirinya..tak perlu dia menjerat orang lain untuk sama-sama merasainya. Semua mesti berjalan seperti biasa…Lagipun dia kini sudah redha…terima suratan yang tertulis. Mungkin dengan begini akan ada lagi sinar kebahagian yang akan menanti dihadapan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui…kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

Anak-anak kecil itu begitu riang dan gembira bila melihat kelibat mama mereka mula menghampiri mereka. “MAM..MA!!!”panggil Haikal bila melihat ibunya. Begitu rindu anak kecil itu kepada mamanya walaupun hanya seketika berpisah. Tania pula berlari meluru kepangkuan mamanya….dipeluk mamanya erat.

“RINDU mama…”Tania mencium pipi mamanya berkali-kali. “Mama pun… rinnnduuuuu anak-anak mama…”satu kucupan hinggap dimuka Haikal dan Tania. “Papa…mama tak rindu pun….sedihnya…”usik Haris.

“Abang ni…”cubit Ika manja…kemudian dia menghulurkan salam dan mencium tangan suaminya.”begitu hangat darah menyelinap. Walaupun sudah bertahun menyulam cinta ia sentiasa hadir dalam jiwanya. Sememangnya kehadiran Haris sebagai satu anugerah yang cukup bermakna buat dirnya.

“Tania…betul ke ni mama?”uji Haris.

“Betul la…ini mama Tania…”

“Ye ke???”Aju Ika pula.

“Mama Tania ni….yang cantik ni mama Tania…betulkan mama?”balas Tania riang. Mukanya memang tak tumpah seperti papanya..Haikal pula turun wajah Zulaikha yang putih dan kecinaan sedikit. Zulaikha bukan setakat cantik paras rupa malah juga cantik budi pekertinya. Dia tidak meninggi diri dan angkuh dengan anugerah yang di berikan oleh Yang Maha Esa.

“Perasan la mama Tania nanti, tengok seluar mama dah koyak…”perli Haris selamba.

“Mana…takde pun papa… Papa ni suka tipu la. Mama kata tak baik menipu tau… Nanti Tuhan marah…kena potong lidah…”dengan sebutan yang meleret-leret Tania menegur papanya. Tania memang sentiasa mengingati teguran dan nasihat daripada mamanya… Walaupun hanya perkara yang kecil dia akan ingat ..begitu tajam daya ingatan Tania.

Haris menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Terkena dia dengan anak sulongnya itu. Ika terasa begitu terhibur dengan keletah Tania yang selalu saja mencuit hatinya. Tak terlayan dengan keletah Haikal lagi…pasti kedua-duanya cukup bermakna buat Ika.

“Macam mana meeting? OK?”tanya Haris.

“Hmmm…ok…”berdebar-debar pula jantungnya . Rasa bersalah terus menipu suaminya begitu. Ika hanya diam membisu dan tertunduk diam…dia takut untuk melihat anak mata Haris.

Dia takut segalanya terungkai. Ika memang tidak pandai menipu atau membohongi Haris.

“Sayang..kita pergi makan dulu…abang lapar la…tak makan lagi ni…”Haris memegang perutnya. Di urut-urutnya perlahan. Berkerut dahi Ika melihatnya. Tak pernah pula dia lihat suaminya begitu. ‘Agaknya Izzah tak jamah abang makan. Entah apa yang dia buat sampai tak sempat sediakan makanan pada suami sendiri…’bisik hati Ika. Tiba-tiba Ika beristifar panjang. Begitu jauh dia berpransangka buruk dengan Izzah. Perlahan Ika menekup mukanya…

Mereka sekeluarga menuju ke Restoran Hazrin Tom Yam.

Dengan Haikal digendong Haris, Tania pula berlari-lari anak…Biasa la anak-anak kecil, tentulah terselit kegembiraan jika dapat keluar apatah lagi bersama-sama papa dan mamanya.

Haris menuju ke satu tempat yang masih kosong…perlahan dia menarik kerusi dan meletakkan Haikal di atas pehanya. Haris merenung mata Ika tajam. Dia perasan mata isterinya kelihatan bengkak dan sedikit sebam…Di selitkan rambut Ika ke tepi telinga yang menutupi sedikit wajah mulus itu. Dia tidak puas menatap wajah isterinya itu…bagaikan ada satu aura yang menyelinap di wajah yang redup itu. Ika melarikan anak matanya dari pandangan Haris. Haris memang suka merenung anak mata Ika hingga Ika tidak sanggup melihat renungan itu. Dia akan kalah bila mata galak suaminya itu merenungnya tajam…

“Kenapa dengan mata…sebam je..?”Haris mula mengatur kata.

“Letih la bang…”balas Ika. Di ambil getah rambut dan diikatkan rambutnya yang berterbangan di tiup angin kipas.

“Kesiannya…nanti kita balik terus…Sayang rehat ye…”Haris menggenggam jemari Ika. Perlahan dia mengusup rambut isterinya.

Akhirnya sampai juga pesanan mereka . Haris memesan nasi putih dengan kuah tom yam, siakap tiga rasa dan sup ayam untuk Tania dan Haikal. Menu makanan kampung sudah biasa bagi mereka. Walaupun hidup mewah sekalipun Haris dan Ika jarang mengajar anak mereka dengan kemewahan yang ada. Jarang sekali nak lihat Ika bawa anak-anaknya makan makanan segera seperti KFC, Secret Resepi, Mc’D atau Pizza Hut… bagi mereka semua tu tidak mengenyangkan. Tambah-tambah lagi nak ke restoran besar. Bagi Ika, biarlah hidup ini penuh kesederhanaan. Tak perlu menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada. Semua ini sudah mencukupi buatnya sekeluarga.

“Hai…”Tiba-tiba muncul lagi suara yang tak habis-habis mengganggunya sebelum ni. Kenaapa suara ini tetap ada disini…Dia mengikuti akukah atau dia sengaja nak kenakan aku…bisik Ika. Ika menoleh ke arah suara itu…Ya,memang itu suara Azam…kenapalah begitu kecil dunia ni,hingga disini pun aku boleh terjumpa Azam…

“Awak siapa?”Haris sedikit kaget dengan lelaki dihadapannya itu. Dia tidak pernah kenali raut wajah itu dan kenapa tiba-tiba ia menyapa. Siap tersengeh panjang lagi.

“Azam…”Azam menghulurkan salamannya dan disambut Haris.

“Hmm…boleh join sekali.Azam dengan tak malunya menarik kerusi kosong. Dan menghenyakkan punggungnya.

“Awak nak apa?”tanya Ika kasar.

“Takde apa-apa…saje nak berkenalan dengan suami dan anak-anak awak…”

“Saya minta awak pergi dari sini.. awak dah kenal dengan suami saya kan…Jadi sekarang awak boleh pergi…”

“Maaflah En Azam,awak nak apa sebenarnya ni…”tiba-tiba Haris pula bersuara. Dia tidak senang dengan tingkah laku Azam. Apatah lagi bila melihat begitu amarahnya isterinya kepada Azam. Siapakah dia? Apakah yang membuatkan Ika begitu marah sekali dengan lelaki yang bernama Azam itu….semua itu kini bermain di benak fikiran Haris.
Azam akhirnya pergi dari mereka dengan pandangan yang tidak puas hati setelah menyedari airmuka Haris mula berubah. Jika lama lagi disitu pasti nahas yang dia dapat dari Haris.

“Siapa Azam tu sayang…?”tanya Haris inginkan kepastian.

“Dia la lelaki yang pernah Ika ceritakan pada abang dulu..”Ika menghirup Jus Orange. Matanya merenung pula ke mata suaminya itu agar suaminya lebih yakin dengannya.

“Ika ada terserempak Azam di Langkawi,balik disini terserempak lagi…rimas pun ada…”cerita Ika tanpa berselindung. Dia tidak mahu hubungan dia dan suaminya ada masalah dengan kehadiran Azam.

“Dia ganggu sayang??”perlahan Ika menganggukkan kepalanya.

Haris menghentak genggaman jemarinya ke meja.

“Kenapa sayang tak bagitahu abang tadi…”muka Haris sedikit kemerahan menahan kemarahan.

“Sudahlah abang,buat apa nak gaduh-gaduh. Biarkan dia… Jangan dilayan orang yang macam tu…buat sakit jiwa je…”Ika tersenyum melihat Haris. Haris begitu bengang dengan cerita Ika. Ternyata perasaan cinta dan sayang Haris kepadanya masih menebal.

***

Izzah tidak senang duduk. Dia begitu hangat hati. Berkali-kali dia melihat jam yang tergantung di dinding. Jam sudah pun menunjukkan ke jam 9malam. Mulutnya tak habis-habis memaki hamun dan mengomel perkataan yang tidak baik. Begitu mudah dia melontarkan kata-kata sebegitu… Tambah-tambah lagi mereka berdua masih belum menikmati malam pertama. Perancangan untuk pergi berbulan madu pun masih belum dibincangkan.

“Tak habis-habis dengan betina tu…nak kawal dia sorang je.”marah Izzah sendiri menampakkan lagi keningnya berkerut. Izzah memang tidak puas hati. Dia dapat rasakan Haris tetap lebihkan Ika dari dirinya. Amarahnya makin memuncak bila Haris masih belum pulang seperti yang dijanjikan. Ke manakah perginya suaminya itu? Lupakah dia dengan janjinya. Lekakah dia dalam pelukan Zulaikha hingga terlupa untuk kembali seperti yang dijanjikan. Pelbagai yang bermain difikirannya.

IZZAH memicit-micit kepalanya. Di satu sudut rumah Izzah menyandarkan dirinya. Dia menarik-narik rambutnya. Berserungas..Tak terurus…Begitu teruk sekali keadaan Izzah. Dia tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Begitu lemahnya dia tidak seperti Zulaikha. Jauh bezanya sikap Izzah dan Zulaikha…jauh tak tertanding. Izzah seharusnya membetulkan dirinya…perlu pandai memujuk Pn Faridah dan sabar dengan konflik yang dia sendiri inginkan. Dia sepatutnya berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menjadi isteri ke 2. Baru sehari bermadu dia sudah merungut sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang….masih banyak yang perlu dia pelajari asam garam rumahtangga. Ini baru sedikit sudah mengamuk. Dah tak terurus. Begitu lemah sekali kekuatan Izzah…Jikalau hendak dibandingkan lagi kesedihan di hati , Zulaikha yang sepatutntya lebih merana….lebih tersiksa…

Apa yang ada dihati Izzah cuma dendam, kebencian dan cemburu. Apatah lagi kehadirannya tidak diterima dengan tangan yang terbuka oleh keluarga Haris. Begitu susah untuk mereka menerimanya. Hatinya bertambah sakit bila mertuanya lebih memuji-muji Zulaikha dan membanding-bandingkannya dengan Zulaikha. Betapa pedihnya untuk terima. Biar pahit untuk ditelan dia tetap mengharapkan dia yang menggantikan tempat Zulaikha.

“Kau pergilah balik… Bawa balik bini kau ni…aku tak mahu tengok dia jejak rumah aku…dunia akhirat aku tak terima dia sebagai menantu aku. Menantu aku cuma Zulaikha… Aku nak Zulaikha,bukan dia.” kata-kata itu bermain-main lagi difikirannya. Arhhh!!! kenapa semua ni terjadi kepada aku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Inikah Cinta 5”
  1. wanni says:

    konflik2.
    tapi best…
    cpt sambung…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"