Novel : Jodoh itu Milik Kita 9

27 July 2011  
Kategori: Novel

24,725 bacaan 34 ulasan

Oleh : sara aisha

BAB 9

Seminggu telah berlalu sejak kali terakhir Alya bertemu dengan Syafiq. Dalam seminggu itu, tidak sekali pun Syafiq muncul di hadapannya. Namun Alya sedar lelaki itu sentiasa memerhatikannya. Alya dapat merasakan ada mata yang sentiasa menghendap segala gerak-gerinya. Mata yang seakan-akan mahu memberikan amaran padanya bahawa dia tidak lagi keseorangan dan dia tidak lagi boleh membuat sesuatu dengan sewenang-wenangnya.

“You’re just my possession. You’re mine.”

Kata-kata dingin Syafiq terngiang-ngiang di telinganya, menghadirkan rasa gerun dan gentar bersama tiap bait bicara yang dituturkan.

“Apa lagi awak nak daripada saya, Syafiq?” Getus Alya penuh emosi. Tubuhnya disandarkan pada bangku yang menampungnya sedari tadi.

Alya memejamkan matanya perlahan-lahan. Sesaat kemudian muncul wajah Syafiq bersama dengan bayangan kenangan antara mereka berdua. Wajah Syafiq yang nampak tulus dan ikhlas, senyuman dan ketawanya yang agak keanak-anakan serta sifat prihatin Syafiq dalam menjaga Alya benar-benar membahagiakan. Namun sayang, kebahagian itu hanya sekadar suatu persinggahan dalam hubungan Alya dan Syafiq.

Kebahagian itu berubah menjadi saat hitam yang hingga kini masih tidak berjaya diusir oleh Alya. Wajah menyinga Syafiq setiap kali lelaki itu marah, renungannya yang tajam seumpama mahu membunuh, senyuman sinis yang dipamerkan setiap kali Syafiq memberinya amaran dengan suara yang lembut dan mendatar itu bagaikan suatu mimpi ngeri dalam hidup Alya.

Alya mendengus kasar seraya membuka matanya kembali. Jantungnya terasa berat sekali, seolah-olah bernafas itu adalah sesuatu yang cukup menyukarkan. Matanya pula tiba-tiba terasa pedih.

Alya mengetap bibir , cuba menahan segala emosi yang semakin menghimpit hatinya.

“Kenapa awak mesti muncul lagi?” Soal Alya tiba-tiba, lebih kepada dirinya sendiri sambil menggenggam tangan, berusaha sedaya upaya untuk menghalang sepasang matanya daripada mengalirkan air mata.

Sungguh! Alya tidak ingin menangis kerana lelaki itu lagi. Dia sudah terlalu letih bermuram durja kerana seorang lelaki yang sebenarnya langsung tidak pedulikan perasaannya. Dia tidak mahu lagi menjadi lemah kerana lelaki bernama Syafiq itu. Tetapi Alya terpaksa mengakui bahawa Syafiq masih lagi mempunyai efek ke atas dirinya kerana walau sekuat mana Alya cuba menahan dan cuba menghalang, dia akan tetap mengalirkan air mata kerana bekas teman lelakinya itu. Jika tidak, masakan dia boleh menangis di hadapan Syafiq ketika mereka bergaduh. Masakan juga dia boleh menggigil ketakutan tatkala Syafiq memberinya amaran tentang Jarrad.

Bagi Alya, Syafiq bukanlah seorang lelaki yang kasar. Ya, marah-marah memang suatu kebiasaan bagi Syafiq, tetapi lelaki itu tidak pernah sekali pun memukulnya. Satu-satunya saat Syafiq hampir memukulnya adalah pada malam mereka bergaduh besar dek kerana rasa cemburu Syafiq terhadap Alya dan Akhif, sepupunya. Alya sedar seteruk-teruk Syafiq, lelaki itu masih punya pendirian untuk tidak sesekali memukul wanita.

Namun itu tidak bermakna Syafiq bukanlah seorang yang menakutkan kerana bagi Alya, Syafiq tidak memerlukan kekerasan untuk mencengkam Alya dalam genggamannya. Cukuplah dengan wajahnya yang penuh dengan ketenangan yang tegar. Ketenangan yang menunjukkan keyakinan yang cukup tinggi dalam dirinya. Alya sudah faham benar dengan sikap Syafiq yang terlalu suka bermain dengan emosi kerana itulah yang selalu digunakan Syafiq ke atas dirinya. Mendera secara psikologi!

Alya masih ingat betapa susahnya dia mahu meninggalkan Syafiq suatu ketika dulu. Selepas pergaduhan terakhir mereka malam itu, Alya bertindak memutuskan hubungan mereka. Syafiq pula langsung tidak mahu menerima keputusan itu. Dia masih lagi bertindak seperti teman lelaki Alya. Menghubunginya seperti biasa. Mahu bertemu dengannya juga seperti biasa. Keadaan itu benar-benar menyesakkan perasaan Alya sehinggakan pada suatu tahap Alya seperti mahu menghubungi polis untuk menangkap Syafiq.

Akan tetapi Alya sedar tidak ada gunanya dia meminta pertolongan polis kerana langsung tidak ada bukti kekerasan yang dilakukan Syafiq ke atasnya. Jadi mahu mendakwa lelaki itu atas kesalahan apa? Penderaan psikologi? Dapatkan dibuktikan kesalahan sebegitu? Kerana itulah Alya akhirnya membuat keputusan meninggalkan Malaysia. Kebetulan pula dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Wellington.

Dan kini Syafiq kembali lagi, bersama sikap yang sama. Tidak! Lelaki itu bukan lagi sama. Dia jauh lebih menakutkan berbanding waktu dahulu. Semuanya gara-gara Alya yang menyebut tentang abangnya. Alya sedar dia seperti sudah membuka pintu yang selama ini menyembunyikan ruang paling hitam dalam hati Syafiq. Ruang yang tercipta atas rasa cemburu dan benci Syafiq terhadap abangnya sendiri.

“Ya Allah! Kenapalah aku boleh cakap macam tu hari tu? Kenapalah aku provoke dia macam tu?” Alya menyoal dirinya lagi. Di hatinya terpalit rasa kesal atas kata-katanya tempoh hari. Kerana mahu menyakitkan hati Syafiq, kini dia pula yang harus menerima akibatnya.

Perlahan Alya mengeluh. Dia benar-benar bingung. Syafiq jelas mahu mempermainkan emosinya, menggertaknya secara halus dan jika tidak kerana rasa benci Alya terhadap Syafiq, sudah lama dia menjadi gila. Alya sedar rasa benci itu sebenarnya telah memberikannya kekuatan untuk menghadapi Syafiq.

Sejujurnya Alya mahu membuktikan bahawa dia tidak akan sekali-kali membiarkan Syafiq merosakkan ketenteraman hidupnya. Dia mahu berhadapan dengan lelaki itu dan melenyapkan segala-galanya tentang lelaki itu daripada hidupnya. Namun Alya kehilangan arah dalam mencatu tindakan yang perlu dilakukan untuk melindungi diri dan menghapuskan jejak Syafiq dalam hidupnya. Sungguh! Alya benar-benar tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Kerana itulah Alya mengikut kata Syafiq tanpa kerelaannya. Dek kerana rasa takutnya pada lelaki itu, Alya terpaksa bertindak menjauhkan diri daripada Jarrad, sahabat baiknya yang berbangsa Maori itu. Walaupun Alya tidak mahu berbuat demikian, dia merasakan tidak ada jalan lain lagi yang boleh dilakukannya selain mengikut sahaja kemahuan Syafiq itu.

“Alya.” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Alya.

Lamunan Alya tentang Syafiq terus sahaja lenyap. Dia berpaling ke kanan, memandang wajah lelaki yang tiba-tiba berada di sebelahnya.

“Oh, Jarrad!!” Jerit Alya dengan nada terkejut. Dia langsung tidak menyedari sejak bila lelaki itu muncul di sebelahnya. Mata Alya terus sahaja melilau melihat kalau-kalau Syafiq ada berhampiran.

Jarrad membetulkan duduknya dan mengangkat beg sandangnya ke atas riba. Tubuhnya disandarkan dengan selesa.

Alya memerhatikan gerak laku Jarrad di sisinya. Dia mengengsotkan badan ke kiri, sedikit menjarakkan diri daripada Jarrad. Alya berkira-kira mahu bangun dan melarikan diri daripada sahabatnya itu.

“Ermm, I…”

“Don’t. Stay there and don’t move.” Seakan-akan dapat mengagak niatnya, laju sahaja Jarrad memotong kata-kata Alya dan menghalangnya daripada bangun.

Alya terdiam. Hanya matanya yang terkelip-kelip memandang wajah Jarrad yang sudah pun memalingkan kepala ke sisi dan membalas pandangan Alya.

Jarrad menatap wajah Alya yang jelas menyimpan rasa yang berat. Sejak seminggu yang lalu dia perasan akan sikap Alya yang seperti cuba menjauhkan diri daripadanya. Setiap kali terserempak dengannya, laju sahaja Alya memalingkan tubuh. SMS yang dihantarnya langsung tidak dibalas oleh Alya. Panggilan telefon juga langsung tidak diangkat oleh gadis itu.

“What’s wrong with you, Alya? Why are you trying to run away from me?” Jarrad menyoal dengan agak tegas.

Alya terkedu. Dia sedar Jarrad marahkannya. Nada suara lelaki itu menggambarkan rasa amarah itu.

“I…I wasn’t trying to run away from you.” Akhirnya Alya menjawab. Suaranya perlahan dan lemah.

“You walked away from me when you saw me, you didn’t reply my message, you didn’t answer my calls…and yet you were NOT trying to get away from me. Who are you trying to bluff here, Alya?” Keras jawapan Jarrad, sedikit menyindirnya.

Alya tidak menjawab. Dia cuba membalas renungan tajam Jarrad yang jelas menunjukkan kemarahan dalam hati lelaki itu. Sesaat cuma! Alya cepat-cepat menjatuhkan pandangan setelah tidak sanggup lagi bersabung mata dengan Jarrad.

Jarrad memerhatikan wajah dan setiap tingkah laku Alya. Wajah Alya yang muram dan kelihatan sedih perlahan-lahan menyentuh hatinya. Timbul sedikit rasa bersalah dalam hatinya kerana marahkan gadis itu sebentar tadi.

Perlahan Jarrad menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menenangkan hatinya.

“I’m sorry. I didn’t mean to scold you or anything. It’s just that…” Jarrad menghentikan kata-katanya sebentar sebelum menyambung lagi.

“You really were trying to avoid me. Have I done anything wrong to you?” Kali ini lembut pula suara yang lahir daripada mulut Jarrad. Suaranya menggambarkan rasa bimbang dalam hatinya terhadap Alya.

Terdetik rasa bersalah dalam hati Alya tatkala mendengar kata-kata Jarrad. Lelaki itu seperti menyalahkan dirinya sendiri atas sikap Alya. Mungkin Jarrad beranggapan dirinya telah melakukan sesuatu yang membuatkan Alya mahu melarikan diri daripadanya.

Perlahan Alya menggelengkan kepala. Lemah sekali.

“No, it’s not you.” Alya menjawab tanpa memandang wajah Jarrad.

“Then, what’s wrong?” Soal Jarrad pula, penuh rasa ambil berat yang mendalam buat Alya.

Alya mengetap bibir. Berjuta perasaan mula menjengah masuk ke dalam hatinya.

“Please, don’t ask.” Balas Alya kembali.

Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja Alya meluahkan segala-galanya pada Jarrad dan meminta pertolongan lelaki itu. Namun Alya sedar, dia tidak boleh melibatkan Jarrad dalam masalahnya dengan Syafiq. Alya takut akan tindakan Syafiq jika lelaki itu tahu bahawa dia memberitahu Jarrad tentang Syafiq.

Jarrad mengerutkan dahi, tidak berpuas hati dengan tindakan Alya yang seperti mahu merahsiakan sesuatu daripadanya. Di suatu sudut hatinya, Jarrad sedar Alya sedang berperang dengan suatu masalah yang berat.

“How can I NOT ask? You’re my friend. I know you have a problem.” Ucap Jarrad lagi. Masih mahu memujuk Alya agar bercerita dengannya.

Melihatkan wajah Alya yang jelas bermasalah, Jarrad terasa mahu meringankan beban itu. Dan jika boleh, dia rela jika masalah itu dialihkan sahaja pada bahunya dan kegembiraan dia pula dihadiahkan pada Alya.

“And you want me to share it with you? No, I don’t think so. I’ve got to go.” Tegas jawapan yang keluar dari mulut Alya. Jantungnya yang terasa berat cuba ditahan-tahan agar lebih kuat dan tidak dicengkam emosi.

Perlahan Alya bangun dari duduknya, cuba meninggalkan Jarrad yang terus-terusan mahu menyoalnya dengan pelbagai soalan. Belum sempat Alya menapak pergi, Jarrad terlebih dahulu bertindak dengan memegang pergelangan tangannya.

“Alya…”

“I said, don’t ask, okay!! Just…don’t!!” Tanpa sedar, Alya mula menempelak Jarrad yang jelas kelihatan bingung dengan perubahan sikap Alya yang mendadak.

Sesaat kemudian Alya mula mengutuk dirinya sendiri. Nampaknya emosi yang cuba ditahan-tahan meledak jua. Wajah terpinga-pinga Jarrad dipandangnya dengan rasa bersalah.

Perlahan Alya menarik nafas. Dia dapat merasakan air mata yang sudah semakin bertakung di tubir matanya.

“I’m sorry. Please, don’t ask me anything.” Penuh emosi Alya memohon maaf. Dia berusaha melepaskan tangannya dari pegangan Jarrad. Namun dapat dirasakan pegangan itu semakin erat dan kuat.

“I can’t let you go like this. You looked terrible, Alya.” Ucap Jarrad. Nada suaranya kedengaran serius di hujung telinga Alya.

Mata Alya yang sudah berkaca-kaca ditenung oleh Jarrad. Entah kenapa, hatinya terasa pedih. Melihat gadis itu bersedih seakan memberikan rasa luka yang cukup parah dalam hati Jarrad.

Alya tersenyum sinis. Terrible? Kalau sesiapa pun berada di tempatnya, pasti mereka juga akan menjadi sepertinya, berada dalam keadaan teruk!

“Terrible? If you were in my shoes, you will feel the same, Jarrad.” Balas Alya kembali.

Nafas Alya tersekat-sekat dalam usahanya untuk menahan emosi dan menghalang air matanya daripada menitis. Namun dia gagal jua akhirnya! Setitis air matanya mengalir di pipi. Cepat-cepat Alya menyeka air mata itu dengan hujung jarinya.

Jarrad sedikit tergamam melihat Alya yang sudah pun menangis. Timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana menyebabkan gadis itu menangis. Tetapi Jarrad sedar hanya kali ini sahaja peluang dia untuk berdepan dengan Alya dan memintanya meluahkan apa yang telah berlaku. Ya, Jarrad akui mungkin dia tidak patut memaksa Alya begitu tapi dia sudah kehilangan idea mahu berbuat apa untuk membolehkan Alya menjadi lebih terbuka kepadanya. Sungguh Jarrad tidak mahu meninggalkan Alya sendirian.

“How can I be in your shoes when you didn’t even tell me one single thing, Alya?” Lembut suara Jarrad menuturkan kata-kata.

Alya mengetap bibir, agak geram dengan sikap Jarrad yang tidak habis-habis cuba memaksanya untuk berkongsi masalah dengannya.

“Alya, you need to tell me. Who knows, I might be able to help you.” Pujuk Jarrad lagi. Dia tahu Alya semakin hilang sabar dengan desakannya, namun dia sudah tidak peduli lagi. Yang penting baginya kini adalah membantu Alya tidak kira sama ada Alya suka atau tidak, mahu atau tidak.

“Can you stop it? Stop asking me to tell you anything!!” Kali ini Alya seperti tidak mengawal perasaannya lagi. Dia sedikit menjerit bersama air matanya semakin lama semakin galak gugur.

“How can I stop when I see you like this? You’re crying like this, you’re in pain like this. No!! I can’t stop!!” Kali ini Jarrad pula yang meninggikan suara. Dadanya berombak laju. Matanya dicerlung ke arah Alya. Merenung gadis itu dengan tajam.

Alya terdiam. Air matanya yang mengalir laju tidak diendahkan sebaliknya dia cuba memandang wajah Jarrad yang jelas kelihatan geram atas kedegilannya. Alya tahu Jarrad tidak berniat meninggikan suara terhadapnya begitu. Alya sedar akan niat Jarrad yang mahu membantu namun bagaimana harus dia melibatkan Jarrad dalam hal dia dan Syafiq sedangkan dia tahu Syafiq tidak akan mudah sahaja membiarkan Jarrad menjadi penghalang antaranya dan Alya. Sungguh Alya tidak rela membiarkan Jarrad terluka kerana dirinya.

“No, Jarrad. You need to stop. You MUST stop. Before…before..he…” Tersekat-sekat suara Alya yang dituturkannya bersama esakan yang cuba ditahan-tahan.

“He? You mean…. the guy from the other day?” Jarrad menyampuk sebelum sempat Alya menghabiskan kata-katanya.

Alya sedikit terpempan. Barulah dia menyedari bahawa dia baru sahaja terlepas cakap.

“It’s him, right?” Soal Jarrad lagi. Masih lagi mendesak.

Alya tidak terus menjawab. Dengan lemah dia kembali duduk ke atas bangku dan memalingkan wajah pada Jarrad, memandang lelaki itu dengan rasa hiba dalam hati. Air mata yang mengalir di kedua pipinya disapu perlahan.

“Alya…”

Melihat keadaan Alya begitu, terdetik rasa ingin memeluk gadis itu dalam hati Jarrad. Dia ingin menenangkan Alya, memberikan rasa selamat padanya dan juga melindungi Alya. Namun Jarrad sedar dia tidak boleh berbuat demikian. Walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam, Jarrad tahu sedikit sebanyak tentang agama itu. Dan juga dia cukup mengenali Alya yang benar-benar mempraktikkan ajaran Islam. Untuk itu, Jarrad harus menghormati Alya.

“I can’t tell you. Or else….he..he might hurt you.” Akhirnya Alya bersuara, mengatakan apa yang ada dalam hatinya. Sungguh! Alya terlalu risaukan Jarrad. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Jarrad disebabkan dirinya.

“Let him be!!” Jarrad membentak. Lantang.

Alya tersentak dengan reaksi Jarrad.

“It’s not that easy to hurt me, Alya. I’m not weak, you know.” Sambung Jarrad lagi. Suaranya sudah semakin mengendur. Tidak lagi kasar seperti tadi. Tetapi penuh dengan ketegasan.

“But…” Balas Alya, masih cuba membantah.

“No but.” Sampuk Jarrad. Dia mengeluh perlahan, agak geram dengan kedegilan Alya.

“Listen here, Alya. I know you don’t want anything happen to me. But the more you’re like this, the more I’m worry about you. So please, why don’t you just tell me? And then we can try to figure out something. We’ll fight together.” Jarrad memujuk lagi.

Alya diam tidak berkutik. Matanya memandang sepasang mata hazel milik Jarrad. Dia dapat melihat keikhlasan dan ketulusan dalam kedua mata itu.

“Kenapa awak terlalu baik, Jarrad? Saya tak nak awak terluka kerana saya.” Bisik hati Alya, penuh emosi.

Jarrad memerhatikan Alya yang jelas masih teragak-agak.

“Alya, you’re not alone. You don’t have to face this all by yourself.” Langsung tidak ada tanda-tanda untuk Jarrad berputus asa dalam memujuk sahabatnya itu.

Alya mengetap bibir dan kemudiannya melepaskan keluhan yang berat.

“What should I do?” Akhirnya keluar juga suara daripada mulut Alya. Nada suaranya cukup lemah.

Alya sedar sudah tidak ada maknanya dia cuba merahsiakan segala-galanya daripada Jarrad kerana kini lelaki itu sudah dapat meneka apa yang telah menjadikan Alya begitu. Juga kerana Alya tahu, selagi dia tidak membuka mulut, selagi itulah Jarrad akan terus-terusan menyoal.

“It’s all coming back to me, Jarrad. Just like the old times when we were together.” Tanpa menunggu jawapan daripada Jarrad, Alya menyambung lagi.

Kemudian Alya menggelengkan kepalanya pula.

“No, no. It’s not the same. It’s worst, now. A lot worst.” Sambungnya lagi bersama air mata yang galak bercucuran.

Jarrad terdiam, hanya matanya yang memerhati dengan rasa simpati yang menggunung dalam hatinya.

“What should I do, Jarrad?? This whole nightmare is coming back to me. Why did he come back? Why???? What does he want from me???” Teriak Alya penuh emosi.

Tanpa sedar, laju sahaja Jarrad menarik Alya ke dalam pelukannya. Dia seakan tidak dapat mengawal lagi perasaannya padahal Jarrad sentiasa mahu menghormati Alya sebagai seorang yang beragama Islam.

Alya tergamam. Namun tidak pula dia menolak tubuh Jarrad. Sebaliknya dia hanya membiarkan sahaja tangan lelaki itu yang terletak elok di atas bahunya, menepuk seakan-akan memujuk anak kecil. Alya menangis semahu-mahunya pada bahu Jarrad.

“Alya…”

Mata Alya sedikit membulat tatkala terdengar suara Jarrad yang dekat benar di telinganya. Barulah dia tersedar bahawa dia kini berada dalam pelukan lelaki itu. Automatik dia menolak tubuh Jarrad dan menjarakkan diri daripada lelaki itu. Air matanya diseka beberapa kali, berusaha menghilangkan manik-manik jernih itu.

“I’m sorry.” Penuh rasa bersalah Jarrad bersuara.

Alya tidak menjawab. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menyandarkan tubuh. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Kosong tanpa rasa.

“You know, I used to love him so much. He’s the first man that I’ve ever loved. And I thought that he loved me too. But then…..”

Alya menelan air liur sebelum menyambung lagi.

“Things started to change. I realized that he didn’t even love me. For him, I was no more than his possession. His property. I had to listen to him and let him controlled me.”

“What really happened, Alya?” Akhirnya Jarrad bersuara.

Alya memejamkan matanya perlahan-lahan.

“For three years, Jarrad…for three years, I tried to put up with him. I was hoping that he could change, that he could finally love me for real. But I was just stupid. He…being him could never change. The hatred in his heart is just too much.” Alya menjawab seraya membuka matanya kembali.

Akhirnya Alya mula menceritakan segala-galanya kepada Jarrad. Betapa dia mencintai Syafiq, betapa dia mengharapkan lelaki itu dan betapa terseksanya dia hidup dalam cengkaman Syafiq hanya kerana lelaki itu bencikan abangnya sendiri. Semuanya Alya luahkan kepada Jarrad. Sekali-sekala Alya terpaksa menghentikan kata-kata tatkala emosinya terlalu menghimpit diri dan menyebabkan suara Alya seakan-akan tersekat di hujung kerongkong.

“Maybe it’s my fault. I shouldn’t have provoked him like that. I shouldn’t have said anything about his brother.” Ucap Alya mengakhiri ceritanya.

Jarrad mengerutkan dahi, jelas tidak bersetuju dengan tutur kata Alya.

“It’s not your fault, Alya. You did nothing wrong.”

Alya menoleh ke arah Jarrad yang sedari tadi mendengar ceritanya dengan penuh khusyuk.

“But if I didn’t provoke him, maybe he….”

“He will stop bothering you? Do you really think so?”

Alya terdiam.

“Alya, he came all the way from Malaysia to look for you, to get you back…and do you actually think that he will stop? No, he’s not!” Tegas suara Jarrad menyatakan pendapatnya.

Alya tidak menjawab. Dalam hati, dia mengakui kata-kata Jarrad itu. Agak mustahil untuk Syafiq melepaskannya, lebih-lebih lagi setelah lelaki itu menunjukkan keazamannya untuk mendapatkan Alya kembali.

“Then what should I do? I want to fight him but I don’t know how. I just….don’t know…” Balas Alya kembali.

Jarrad menatap wajah Alya yang kelihatan cukup lemah. Mata gadis itu yang selama ini bersinar indah seakan hilang serinya. Yang tinggal kini hanyalah sepasang mata yang penuh dengan sisa air mata. Dan semuanya kerana seorang lelaki yang bernama Syafiq.

Di luar sedar, Jarrad mendengus kasar. Dapat dia merasakan rasa marah dalam dirinya terhadap lelaki itu. Baginya Syafiq harus diajar!

“Leave it to me. I’ll find a way.” Jawab Jarrad penuh keyakinan.

Alya mengerutkan dahi, terasa sedikit bimbang dengan jawapan Jarrad itu. Dia tidak mahu lelaki itu melakukan sesuatu yang bodoh.

“What? Please, don’t do anything stupid.” Balas Alya kembali.

Jarrad tersenyum. Kerisauan yang ditunjukkan Alya terhadap dirinya menyebabkan dia berasa sedikit terharu.

“Hey, don’t worry. I won’t.” Jawab Jarrad sambil melemparkan senyuman manis buat gadis di sebelahnya itu, seakan mahu memberikan kepastian kepadanya bahawa dia tidak akan melakukan perkara bodoh.

Dalam hati, Jarrad berharap dia betul-betul tidak akan mengambil tindakan bodoh yang akan menyusahkannya dan Alya. Mengenali dirinya sendiri, Jarrad sedar kadang kala dia akan bertindak kerana barannya, dan bukan atas pemikiran yang rasional.

“Jarrad, thanks.” Alya mengucapkan rasa terima kasihnya terhadap sahabat baiknya itu.

“Thanks me later, dear. After we get rid of him.” Jawab Jarrad serius. Senyuman yang tadi diukirkan buat Alya lenyap entah ke mana.

Alya terkedu.

“Get….get rid? Apa yang Jarrad mahu lakukan pada Syafiq?” Getus hati Alya.

******************************

Syafiq duduk di atas sofa dengan kedua tanggannya digenggam kemas. Sikunya diletakkan di atas lutut. Dagunya pula diletakkan elok atas genggaman tangannya itu. Sepasang matanya merenung tajam permaidani. Tubuhnya terketar-ketar menahan rasa dalam hati.

Terbayang-bayang di matanya kemesraan Alya dan lelaki itu. Mereka yang berpelukan, lelaki itu yang memegang pergelangan tangan Alya. Bayangan itu berulang-ulang di matanya dan semakin membakar perasaan Syafiq.

“Dia milik aku. Hak aku. Tak ada siapa pun yang boleh sentuh dia.” Dingin suara yang akhirnya lahir dari mulut Syafiq.

Lambat-lambat Syafiq bangun dan mengambil telefon bimbitnya.

“Aku nak jumpa kau. Sekarang.”

Alya yang baru menerima panggilan daripada Syafiq menggeletar. Kakinya terasa lemah dan dia akhirnya terjelepuk ke atas kerusi.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Alya mendail nombor telefon Jarrad. Hanya itu sahaja yang difikirkannya waktu itu. Memohon bantuan Jarrad!

“Jar…Jarrad, he…he’s coming. He’s coming to see me.” Tergagap-gagap suara yang keluar dari kerongkong Alya.

********************************

Alya berjalan ulang-alik di ruang tamu rumahnya. Sekejap-sekejap dia duduk dia atas sofa. Sekejap-sekejap dia berdiri sambil mulutnya terkumat-kamit.

“Ya Allah! Bantulah aku, selamatkan aku.”

Tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumah.

Alya terperanjat. Terus sahaja dia menoleh ke arah pintu. Dia teragak-agak mahu membuka pintu. Bunyi loceng kedengaran lagi, menggambarkan ketidaksabaran orang yang menekannya.

Perlahan Alya menapak ke arah pintu. Dia mengjungkitkan kaki, melihat ke luar melalui lubang kecil pada pintu.

Dan wajah menyinga Syafiq kelihatan jelas di matanya.

Automatik Alya berundur ke belakang menjauhkan diri dari pintu. Saat itu pintu rumahnya tiba-tiba kelihatan menakutkan. Terlalu menakutkan.

Bunyi loceng kedengaran lagi. Berkali-kali.

Lambat-lambat Alya duduk dan mencangkung atas lantai. Kedua tangannya menekup telinga, seolah-olah berharap tindakan itu boleh melenyapkan bunyi loceng yang masih lagi kedengaran tanpa henti. Tubuhnya menggigil. Air matanya sudah mula mengalir laju.

Sesaat kemudian pintunya diketuk dengan kuat disertai dengan jeritan kuat Syafiq yang seakan mampu mencabut jantung Alya.

“Alya!!!! Buka pintu ni!!! Alya!!!”

Alya memejamkan matanya. Kedua tangannya makin kuat menutup telinganya.

“Alya, aku cakap buka pintu ni!! Alya!!!!” Jeritan kuat Syafiq kedengaran lagi.

“Tak nak!!! Apa awak nak daripada saya, Syafiq???” Kali ini Alya menjawab dari dalam rumah.

Senyap seketika. Dan kemudian…

“Apa saya nak? Awak kan tahu, saya nak awak.” Lembut suara Syafiq.

Alya tersentak. Syafiq mula lagi. Menunjukkan kelembutannya yang menakutkan.

“Kenapa? Sebab….sebab..saya ni milik awak? Your possession? Macam tu?” Soal Alya di sebalik esakannya yang semakin menjadi-jadi.

Alya tidak mendengar jawapan Syafiq. Sebaliknya telinganya dapat mendengar dengan jelas bunyi bising di luar rumahnya.

Perlahan Alya bangun dan berjalan ke arah pintu. Dengan tangan yang menggigil dia membuka tombol pintu.

Membuntang mata Alya.

Kelihatan di matanya Syafiq yang ditolak kasar oleh Jarrad ke dinding. Lengan Jarrad berada di atas leher Syafiq, menekan leher itu sehingga Alya dapat melihat dengan jelas urat-urat darah pada leher lelaki itu. Mata Syafiq pula merenung Jarrad dengan tajam seakan mencabar lelaki itu.

“Jarrad!!! Syafiq!!!” Alya terjerit.

Pantas kakinya berlari ke arah kedua lelaki itu dan menarik tubuh tegap Jarrad. Namun sekuat mana Alya menarik, tubuh Jarrad tetap tidak berganjak. Malah lagi kuat pula lelaki itu mengeraskan tubuh.

Alya melirik ke arah Syafiq yang melekat pada dinding. Wajah lelaki itu sudah kemerah-merahan, urat-urat biru jelas timbul pada wajahnya. Alya sedar Syafiq sukar bernafas.

“Jarrad, let go of him!!!” Teriak Alya sambil menarik lengan Jarrad yang masih lagi menekan leher Syafiq. Usahanya sia-sia sahaja kerana jelas kekuatannya yang sedikit itu tidak mampu untuk merenggangkan lengan itu, walau sedikit pun.

Jarrad tidak mengendahkan Alya. Matanya tajam merenung Syafiq yang juga membalas renungannya. Dalam keadaan sakit begitu, masih lagi Syafiq mencabarnya!

“Jarrad!! He’s going to die!!!” Jerit Alya lagi dengan suara terdesak. Tangannya kini memukul-mukul lengan Jarrad.

Sahabatnya itu masih lagi tidak mempedulikannya.

“Jarrad!!!” Kali ini Alya menjerit sekuat hatinya.

Jarrad kelihatan tersentak, lantas menjeling ke arah Alya. Wajah terdesak Alya kelihatan jelas pada matanya.

Dengan air mata yang bercucuran di pipi, bibir pucat yang terketar-ketar, Alya memandang Jarrad dengan mata yang merayu agar lelaki itu melepaskan Syafiq.

“P…p…pl..please….”

Jarrad mendengus kasar sebelum melepaskan Syafiq yang kemudiannya terjelepuk ke atas lantai. Beberapa kali Syafiq mengurut lehernya dan menarik nafas kuat. Dadanya turun naik dengan laju.

Alya bergegas ke arah Syafiq.

“Awak, awak tak apa-apa ke?” Soal Alya cepat-cepat. Alya sedar walaupun dia membenci Syafiq, dia tetap tidak mahu apa-apa terjadi padanya. Lebih-lebih lagi jika kemungkinan buruk yang terjadi pada Syafiq adalah disebabkan oleh Jarrad, sahabat baiknya sendiri.

Syafiq menepis tubuh Alya menyebabkan gadis itu jatuh terduduk. Dia tersenyum sinis.

“Apa kau peduli? Kau lagi suka kalau aku mati, kan?” Ucap Syafiq, kasar.

Jarrad yang melihat sudah mula membuka langkah, mahu bertindak ke atas Syafiq yang masih lagi bersikap kasar terhadap Alya. Namun, sebelum sempat dia mendekati….

“Pang!!!”

Sekali.

“Pang!!!!”

Dua kali.

Syafiq terbeliak.

Jarrad membulatkan mata.

Alya pula mengetap bibirnya yang terketar-ketar. Tangannya yang sebentar tadi menampar kedua-dua belah pipi Syafiq dikepal kemas. Dadanya berombak. Matanya merah.

“Memang!! Memang saya akan gembira kalau awak mati!!” Tempelak Alya pada Syafiq.

“Tapi, saya bukan macam awak. Saya takkan boleh hidup tenang dengan tahu yang ada orang dah mati sebab saya. Kalau awak, bolehlah!!! Sebab dalam hati awak tu cuma ada rasa benci. Awak hidup dengan rasa benci tu dan awak akan lagi gembira kalau orang yang awak benci tu mati, kan??” Sambung Alya. Suaranya kasar dan membentak.

Alya bangun dari duduknya dan menjatuhkan pandangan pada Syafiq yang masih ladi terduduk di atas lantai.

“Tolong jangan samakan saya dengan awak.” Lagi keras tutur kata yang lahir dari mulut Alya. Air matanya sudah pun berhenti mengalir dan kini kedua matanya merenung Syafiq dengan penuh kebencian. Lelaki itu benar-benar menguji kesabarannya.

Syafiq bingkas bangun dan kemudian membalas renungan Alya dengan tajam. Hatinya terasa mendidih dengan keberanian Alya melawannya. Rasa pedih pada kedua pipinya kesan tamparan tadi menambahkan lagi perasaan cuak dan marah dalam hatinya.

“Kau..berani kau ungkit pasal tu.” Keras juga jawapan yang dituturkan oleh Syafiq.

Alya tersenyum sinis.

“Kenapa pulak tak berani? Saya dah letih takutkan awak. Saya dah letih jadi lemah sebab awak. Sekarang saya dah tak peduli lagi. Awak buatlah apa yang awak nak buat. But I’m telling you, I will fight.”

Syafiq mendengus kasar. Kata-kata Alya benar-benar mencabarnya. Ego lelakinya terasa dipijak-pijak, lebih-lebih lagi Alya melawannya di hadapan Jarrad.

“Sebab lelaki ni kan? Kau jadi macam ni sebab dia, kan?” Soal Syafiq sambil jari telunjuknya dituding pada Jarrad yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

Jarrad yang melihat berasa tidak sedap hati. Dia tahu mereka sedang berbicara tentangnya. Namun langsung tidak difahaminya.

“Hei, awak tak payahlah nak salahkan orang lain! Awak tengok diri awak tu dulu. Apa yang awak dah buat pada saya? Apa yang awak rasa tentang saya? Awak tak henti-henti anggap saya ni macam barang milik awak dan awak ingat saya akan terus bertahan? Biarkan awak layan saya macam tu? Hah???” Balas Alya dengan berani.

Entah dari mana datangnya kekuatan itu, Alya terus-terusan membentak, melawan cakap Syafiq. Mungkin kehadiran Jarrad di situ membawa bersama kekuatan hati dan jiwa yang kini disalurkan ke setiap sudut hati Alya.

Dari hujung mata, Alya dapat melihat senyuman pada wajah Jarrad. Mungkin berpuas hati dengan keberaniannya menghadapi Syafiq.

Syafiq bergerak mendekati Alya sambil matanya masih lagi merenung wajah gadis itu. Wajah yang sentiasa manis itu kini bertukar garang. Seketika kemudian Syafiq menarik Alya dan mencengkam bahu kanannya.

Jarrad yang melihat mula bergerak, mahu meleraikan pegangan Syafiq. Namun langkahnya terhenti tatkala Alya memandangnya dan memberi isyarat agar tidak masuk campur.

“Kau ingat aku akan biarkan kau lepas kau cakap macam tu? Lagi kau lari daripada aku, lagi aku akan kejar kau. Aku takkan berhenti sebab kau milik aku.” Keras dan dingin suara yang dibisikkan Syafiq ke telinga Alya.

Alya mengangkat tangan kirinya dan menolak kasar tangan Syafiq yang mencengkam bahu kanannya. Kemudian dia mendongakkan kepala, melawan pandangan tajam Syafiq.

“Awak jangan bimbang, saya takkan lari lagi. Saya dah letih larikan diri daripada awak. Dari Malaysia sampai Wellington awak kejar saya. Huh, rasanya kalau saya pergi hujung dunia pun awak akan ikut, kan?” Sindir Alya dengan selamba.

“Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan? Kau ingat kau boleh cakap sesuka hati kau sebab kau dah ada dia sekarang? Hei, dengar sini! Kau milik aku dan aku takkan biarkan orang lain rampas apa yang sememangnya hak mutlak aku.” Kasar jawapan yang diberikan Syafiq.

Alya terdiam. Dia mengerutkan dahi seakan memikirkan sesuatu.

Dan perlahan Alya mengukir suatu senyuman sinis.

“Awak memang hidup dalam bayangan dia, kan? Bayangan abang awak…”

Sengaja Alya menyentuh isu abang Syafiq sekali lagi walaupun itu adalah perkara yang paling dibenci oleh Syafiq. Entah dari mana datangnya idea itu, tapi Alya merasakan bahawa apa yang paling dibenci itu adalah satu-satunya kelemahan Syafiq. Satu-satunya perkara yang boleh menggugat keyakinan Syafiq yang terlalu tinggi itu adalah abangnya, Aariz Danial. Alya akui mungkin Syafiq akan menjadi agresif bila soal abangnya disentuh, tetapi Alya harus mengambil risiko itu demi membebaskan dirinya daripada cengkaman Syafiq.

Wajah Syafiq bertambah tegang. Tubuhnya menggigil menahan marah.

“Kan aku dah cakap, aku paling benci kalau orang sebut-sebut pasal dia. Yang kau tak reti-reti nak faham tu kenapa???” Tinggi suara Syafiq.

“Awak benci sebab awak tahu awak tak boleh menang dengan dia! Dia lebih segala-galanya daripada awak!!” Balas Alya kembali dengan berani.

“Kau….”

“Satu-satunya perkara yang dia tak ada adalah seorang wanita dalam hidup dia. Sebab tulah awak fikir bila awak ada saya, awak dah lebih daripada dia, kan?? Saya jadi satu-satunya milik awak yang dia tak ada. Huh, awak tak sedar ke awak tu hidup dalam bayangan dia? Apa yang awak buat, apa yang awak nak dapatkan…semuanya kerana abang awak tu!!” Sambung Alya lagi sebelum sempat Syafiq berkata-kata.

Perasaan amarah dalam diri Syafiq membuak-buak. Dengan laju dan kasar dia mencengkam kedua-dua bahu Alya.

“Kenapa kau nak sangat buat aku marah? Aku suruh kau jangan cakap pasal Aariz, kau cakap!! Aku nak kau berhenti jumpa si Jarrad ni, kau tetap jumpa dia!! Kenapa susah sangat kau nak ikut cakap aku, hah??” Tengking Syafiq.

Alya sedikit tergamam, namun sesaat kemudian dia bertindak menolak tubuh Syafiq. Alya sendiri tidak pasti dari mana hadirnya kekuatan fizikal itu, mudah sahaja dia menolak tubuh tegap Syafiq sehingga membuatkan lelaki itu sedikit terdorong ke belakang.

Jarrad yang melihat membeliakkan mata. Agak terkejut dengan tindakan Alya itu. Niatnya untuk membantu Alya saat Syafiq mula berkasar tadi terus sahaja terpadam. Nampaknya Alya boleh menghadapi Syafiq sendiri. Perlahan Jarrad tersenyum. Hatinya lega kerana kini Alya sudah berani berhadapan dengan Syafiq. Gadis itu tidak lagi kelihatan lemah dengan air mata yang sentiasa menemaninya, sebaliknya Alya nampak garang dan kelihatan bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kebebasan yang diimpikan.

“You go, girl…” Getus hati Jarrad.

Syafiq terkedu. Tindakan Alya menolaknya tadi agak memeranjatkannya. Dipandangnya wajah menyinga Alya.

“Awak betul-betul nak tahu kenapa? Sebab awak tak ada hak atas saya. Saya bukan milik awak dan saya bukan milik sesiapa pun!!” Balas Alya dengan lantang.

“No, you’re mine…” Dingin suara Syafiq.

Alya menggelengkan kepala.

“And why is that? Awak tak sayangkan saya, awak tak cintakan saya. Tapi awak tetap anggap saya hak milik awak. Kenapa?”

Syafiq terdiam.

“Macam yang saya cakap tadi, sebab awak rasa awak lebih daripada abang awak kalau awak ada saya.” Alya menjawab sendiri soalan yang diajukan pada Syafiq.

“Sampai bila awak nak jadi macam ni? Sampai bila awak nak hidup dalam bayangan abang awak? Awak tak sedar ke selama ni you’re living in his shadow??” Sambung Alya lagi.

Syafiq terkesima. Living in his shadow? Selama ini dia hidup dalam bayangan Aariz Danial? Tidak! Syafiq adalah Syafiq. Dia hidup demi dirinya sendiri.

Alya memandang wajah Syafiq yang hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan kemenangan yang semakin menghampirinya.

“Kalau awak terus-terusan ganggu saya macam ni, saya akan laporkan pada polis. Saya akan dakwa awak and I will get restriction order from the court.”

Alya menyambung kata-katanya, diselitkan dengan amaran. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu sama ada dia dapat melakukan pendakwaan ke atas Syafiq kerana ternyata apa yang Syafiq lakukan bukan senang untuk dibuktikan.

Syafiq tersenyum sinis.

“Kau nak dakwa aku atas kesalahan apa? Aku tak buat apa-apa pada kau. Aku tak pernah pukul kau. Sebab aku ganggu kau?? Kau ingat kau boleh buktikan ke yang aku ni ganggu kau??” Akhirnya Syafiq bersuara. Matanya merenung Alya dengan tajam.

“Maybe it’s hard to get the evidence. If I can get one, I’ve reported you to the police long ago, back when we were in Malaysia. But now, it’s different, Syafiq.”

Alya menelan air liur sebelum menyambung lagi.

“Now, I have a witness. He’s my witness.” Jawab Alya, sengaja berbahasa Inggeris agar Jarrad yang berdiri berdekatan dapat memahami percakapnnya. Tangannya diangkat dan ditunjuk pada Jarrad.

“And you know what, whether I can win the case or not, it’s you who’s going to lose.”

Syafiq mengerutkan dahi.

“What do you mean?”

“Your record. You think you can go on living like this if you have a bad record? Your career, your life…everything will be over, Syafiq. Dan sudah semestinya awak akan kalah dengan abang awak. Dia akan sentiasa menang, sentiasa menjadi pujaan parents awak…dan awak cuma akan jadi anak yang terbuang.” Tegas suara Alya menuturkan kata-kata.

Sengaja Alya menyentuh soal abang Syafiq sekali lagi. Sengaja dia mempergunakan satu-satunya kelemahan Syafiq itu untuk melepaskan dirinya daripada genggaman Syafiq.

“Kalau pun saya tak menang kes terhadap awak, saya tetap takkan rugi apa-apa. Yang paling teruk boleh jadi adalah saya kena berhadapan dengan awak lagi. Tapi sekarang saya dah ada Jarrad. Dia akan sentiasa ada di sisi saya. So saya tak takut pada awak lagi. Awak pulak…awak rasa apa yang parents awak akan cakap?”

“Dari dulu Syafiq memang tak boleh diharap.”

“Syafiq memang suka memalukan keluarga.”

“Kenapalah Syafiq tak boleh jadi macam Aariz?”

“Aariz jauh lebih baik daripada Syafiq.”

Alya menjawab sendiri sambil mengangkat kening, sengaja membakar perasaan Syafiq yang ternyata nampak menyinga.

“Itu yang diorang akan cakap, kan?” Sindir Alya lagi. Tajam.

Syafiq menggenggam tangannya kemas. Kata-katanya Alya menusuk masuk dalam hatinya. Di suatu sudut hatinya, Syafiq sedar apa yang dikatakan oleh Alya benar belaka. Kalau betul Alya mendakwanya, tidak kira dia disabitkan atau pun tidak, dia tetap akan punya rekod buruk.

Teringat pula Syafiq pada kerjayanya sebagai arkitek di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Kerjayanya adalah satu-satunya yang boleh dia banggakan kerana dia merasakan bahawa dia juga mempunyai kerjaya yang memberangsangkan seperti abangnya, Aariz. Dari segi kerjaya, mungkin dia juga setanding dengan abangnya itu. Dan kini kerana Alya, dia mengambil cuti tanpa gaji. Dibiarkan sahaja kerjayanya begitu sahaja.

Ah! Bodohnya dia kerana sanggup memperjudikan kerjaya kebanggaannya hanya kerana seorang wanita yang disangkakan pujaan hatinya, walhal wanita itu sebenarnya langsung tidak dia cintai. Kenapa dia terlalu bodoh mengejar Alya sedangkan dia boleh sahaja mendapatkan mana-mana wanita yang dia ingini? Kalau niatnya hanya untuk membuktikan dia punya sesuatu yang tidak dimiliki Aariz, sesuatu yang memang hak milik dia, mana-mana wanita juga boleh menjadi miliknya.

Malahan….

Dahlia juga boleh menjadi wanita itu!

Ya! Jika difikirkan dalam-dalam, Dahlia tunangannya itu juga boleh menjadi wanita yang berada di sisinya. Menjadi wanita miliknya yang tidak akan pernah menjadi milik Aariz.

BODOH! Bodoh! Bodoh! Syafiq merasakan dirinya benar-benar bodoh! Bagaimana dia boleh meninggalkan seorang wanita yang sudah terang-terangan akan jadi miliknya dan mengejar wanita lain yang sudah jelas lagi bersuluh tidak mahukannya?

“Ah, aku memang bodoh!”

************************

-This time I’ll let you go.-

Alya membaca mesej yang tertera pada skrin telefon bimbitnya berulang kali. Terlalu sukar untuk dia mempercayai bahawa mesej yang baru sahaja diterimanya itu datangnya daripada Syafiq.

Mesej itu dibaca sekali. Ya! Ternyata itulah yang tertulis dan tertera di hadapan matanya.

Perlahan Alya menghela nafas panjang. Sukar baginya untuk memahami perasaannya sekarang.

Lega.

Gembira.

Teruja.

Semuanya bercampur baur, memberikan Alya rasa yang terlalu asing dalam dirinya. Mungkin kerana dia sudah terlalu lama dibelenggu oleh perasaan gentar terhadap Syafiq, perasaan gembira itu menjadi seperti luar biasa buat diri Alya.

Lambat-lambat Alya memejam mata, seolah-olah dengan perbuatan itu dia dapat mencerna perasaan asing itu.

“Ya Allah! Aku bersyukur pada-Mu. Alhamdulillah…”

Alya akhirnya mengucap syukur. Air matanya mula mengalir, tetapi air mata itu bukan lagi air mata kegusaran, kesedihan atau ketakutan. Sebaliknya titisan-titisan itu adalah air mata gembira.

Terbayang di mata Alya saat-saat Syafiq tiba-tiba sahaja berlalu pergi tanpa sepatah kata ketika mereka sedang bergaduh tempoh hari. Seperti angin lalu Syafiq tiba, seperti itu juga dia berlalu pergi.

Perlahan Alya membuka matanya kembali dan menyeka air mata di pipi.

Dalam hati, Alya berdoa agar kali ini Syafiq benar-benar melepaskannya pergi. Dia sudah terlalu letih menghadapi karenah gila lelaki itu. Jika Syafiq muncul sekali lagi dalam hidupnya, Alya yakin dia mungkin akan menjadi gila.

Seketika kemudian, Alya menggelengkan kepalanya.

“Apa yang aku fikir ni? Yang penting adalah sekarang, bukan akan datang. Sekarang aku dah bebas.”

Dan perlahan Alya tersenyum.

” Finally!! I’m free!!!!”

P/S: Saya tahu ramai yang rindukan Aariz dan Dahlia, tapi buat masa sekarang kita bagi highlight kat Syafiq kejap ya! Entri yang lepas (bab 8) dan bab 9 ni penting untuk kita lebih mengenali Syafiq (walaupun saya tahu ramai yang tak hingin kenal dia!!) Apa-apa pun, enjoy his wickedness!! Hehe…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

34 ulasan untuk “Novel : Jodoh itu Milik Kita 9”
  1. zo says:

    sara, saya suka dengan entry kali ni..cara sara olah pasal diri syafiq dan alya beri gambaran jelas berkenaan peribadi syafiq..saya suka..jangan putus asa ye..teruskan berusaha

  2. sara aisha says:

    zo: thnks! itulah harapan sy sbnrnye. sy mmg nk readers btl2 kenal peribadi dan personaliti syafiq..=)

  3. rosmpkmn says:

    best sgt

  4. anonymous says:

    jujur saya cakap sekurang2 nya watak utama wajib dalam setiap bab.. cerita ni da bagus da.. tapi rasa macam pelik la,, dahlia kan watk utama, sekurang2 nya kene juga selitkan. pandangan saya je,, sebab tanpa watak utama cerita bab ni menjadi bosan termasuk bab 8. kita kenalah pandai tackle hati pembaca dan membuatkan cerita kita itu menarik untuk dibaca tak gitu.. ^_^ barakallah..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"