Novel : Kau tetap milikku 5

12 July 2011  
Kategori: Novel

3,161 bacaan 4 ulasan

Oleh : ruby iera

Bab 5

“Huh,apa lah nasib aku pagi-pagi buta ini.Sudahlah jatuh berhempap dengan Irsyad.Lepas itu,ada pula si Izlan itu peluk pinggang aku.Hish..geli aku.Tapi masa aku bertentang mata dengan Irsyad ada sesuatu perasaan yang muncul.Tapi,bila dengan Izlan..tak ada pula.Pelik.Atau aku..hish!Tak mungkinlah..jangan Munirah Harisa bt Haji Hassan.Jangan sesekali jatuh cinta sebelum kahwin..dosa..!”omel Munirah sendirian terus terlelap matanya.Semenara dua lelaki tadi masih terping-pinga di bawah.

“Syad,kalau kau tak mahu Nirah menjadi isteri kau,kau bagitahu aku eh.Sebab aku mahukan dia.”dengan nada yang selamba Izlan berkata kepada Irsyad. “Kau jangan mahu mengada-ngada.Kau ingat perempuan sebaik Munirah itu sesuai ke dengan lelaki kasanova macam kau?!”dengan nada yang meninggi Irsyad membalas kata-kata sepupunya itu. “Kau cemburu ke?Excuse me,bukan kau tergila-gilakan Sherry ke?Sampai bini orang pun tak kenal”sinis sekali kata-kata Izlan itu.Irsyad rasa marah.Namun tak dilayan sepupunya itu.Irsyad terus menapak untuk pergi ke atas.Izlan membuntuti sepupunya itu.

“Huargh!!”Munirah mengeliat. “Tak lena langsung tidur.Mimpi pun yang bukan-bukan.Tentang Irsyad,tentang Izlan.Ish..mengarut saja lah!”omel Munirah sendirian. “Munirah,bangun..mandi.Lepasitu solat jemaah.”kata Izzatie sambil mengetuk pintunya.Munirah masih ingatkan kejadian pagi tadi cuma mimpi. “Ok kak!Nirah dah bangun!”jerit Nirah dari dalam bilik.Dengan segera dia mencapai tuala yang ada di atas kerusi dan terus menuju ke tandas.

Usai solat subuh,satu keluarga turun untuk menikmati sarapan pagi. “Hai Munirah..”sapa Izlan betul-betul di telinga Munirah.Geli Munirah. “Err..hai”Munirah pelik.Namun sapaannya dibalas. “Kau jangan nak buat hal Lan!”bisik Irsyad di telinga Izlan.Namun,masih boleh didengar oleh Munirah.Lau satu keluarga pergi ke meja makan.Ada yang duduk di luar makan di depan swimmingpool.Munirah mengambil tempat untuk makan di luar.Izlan mengekori Munirah.Irsyad pula membuntuti Izlan. ‘Hish,kenapa dengan kau ini Irsyad?Kau sudah jatuh…oh no!Come on Engku Irsyan bin Engku Imran.Wake up!Tak kan kau dah jatuh cinta dengan perempuan kasar macam dia kot?Tapi,entah mengapa aku akan merasa tercabar apabila Izlan cuba untuk menggodanya’Engku Irsyad bermonolog sendirian sambil memerhatikan Engku Izlan.

“Hmmm..lagi empat hari..hari perkahwinan akan dilangsungkan.Malam ini Munirah pakai inai tau!Kak Zatie pakaikan”Zatie berbicara sambil menikmati sarapan di tepi kolam renang itu.Engku Izlan tak dapat mendekati gadis itu kerana kehadiran Engku Izzatie. ‘Whats?!Inai benda yang merah dan akan mencemarkan kuku aku ini?Alahai..kenapalah adat orang Melayu begini?’bisik hati Munirah. “Akak ini..mengarut sajalah.Bukan ke kita kahwin serentak?Habis itu..nanti siapa yang akan pakaikan akak inai?”tutur kata Munirah Harisa lebih sopan sedikit berbanding dahulu. “Ye juga kan?Apalah akak tak boleh nak terfikirlah pula!”tutur kata Zatie yang sentiasa lemah lembut.

Semasa Munirah ke dapur,dia ingin meletakkan pinggan di dalam dapur..tiba-tiba Izlan membisikkan sesuatu di telinganya. “Mala mini jumpa dekat taman di depan rumah”kata Engku Izlan. “Err..ada apa?Cakap sajalah di sini”, “Tak boleh,ni private ting”.. “Pulak?Hmmm..tak bolaeh..malam ini saya kena pakai inai”itu saja jawapan Munirah.Nasib baik ada alasan.Kedengaran Engku Izlan mengeluh.

Kemudian,mereka sekeluarga buat kerja masing-masing.Engku Irma sibuk mengarah itu ini kepada orang-orang upahannya.Engku Imran pula sibuk dengan menguruskan catering makanan pada majlis itu nanti.Puan Shiedah mak kepada Engku Irma sibuk menginaikan jari kedua bakal pengantin iaitu Munirah Hasrisa dan Engku Izzatie. “Ish!Gelilah nenek!”jerit Engku Izzatie manja. “Tahanlah sikit.Kamu tengok Munirah,tidak cakap apa pun.Cuma mukanya saja yang berkerut menahan gelilah itu!”selepas mendengar kata nenek,Munirah tersengih.Memang betul apa yang dikatakan oleh Puan Shiedah.

Selepas 4 jam inai melekat di jari Munirah,dia berasa rimas kerana tidak boleh berbuat apa-apa.Lalu,segera Munirah ke dapur untuk membasu tangannya yang mulus itu di singki.Jam di tangan di kerling sekilas.Rupanya sudah jam 2.00 petang.mereka sekeluarga tidak makan tengah hari kerana asyik menyiapkan persediaan untuk majlis yang gilang gemillang nanti.

Dengan segera Munirah membuka pintu peti sejuk.Di dalamnya terdapan 8 maggi cup.Munirah terfikir sejenak.Dalam rumah itu ada lebih kurang 26 orang.Campur nenek,saudara mara yang ada,kak Tie,Irsyad dan bakal mentuanya.Oleh itu,Munirah mendapat idea.Alah,setakat magi dan masak air memang dia sudah biasa.Munirah mencampurkan kelapan-lapan magi cup itu ke dalam satu periuk besar.Kemudian,Munirah mengisi air dengan jumlah yang agak banyak.Dan…buka api.Siap!!

20 minit selepas itu,magi pun siap.Munirah menuang ke dalam 26 mangkuk.Untuk budak-budak Munirah melebihkan air.Dan untuk dewasa semuanya sama paras. “Wahai semua orang yang ada di dalam rumah!Mari makan!”jerit Munirah. ‘Lantaklah kalau diaorang cakap aku tak tahu masak,ada aku kisah?Asalkan aku tak jadi orang yang bodoh sombong.Tak tahu jangan nak pura-pura tahu’Munirah bermonolog. “Wah!Aunte Nirah masak!Sedapnya magi ini!”kata salah seorang bakal anak saudaranya.Munirah tersenyum kelat.Munirah tahu bahawa bakal anak saudaranya itu tidak tahu hendak memerli dirinya kerana umur Dahlia,bakal anak saudaranya itu baru sahaja mencecah 5 tahun.

“Hmmm.Maaflah semua.Sya ni memang pemalas di rumah.Dari kecil sampai sekarang tak tahu nak memasak dan mengemas rumah.He..he”selamba sahaja Munirah Harisa berkata-kata. “Tak mengapa Munirah,nanti akak Zatie tolong ajarkan.Akak ni..bolehlah kalau setakat nak memasak asam pedas”kira terror lah juga Engku Izzatie ini dalam hal menguruskan rumah tangga. “Ok akak!”itu saja yang keluar dari mulut gadis ayu dan comel yang bernama Munirah Harisa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Kau tetap milikku 5”
  1. impirika_08 says:

    erm..
    keep writing..

  2. NadiatulFarhana says:

    huargghhhh!!!!cite da bes da..tpppp???mcm ad y x kne je..(kompius) ngeee..jgn mara..pape pn thanks..:)

  3. momkirah says:

    bila nak sambung lagi

  4. Aliah Mohd Salleh says:

    Teruskan penulisan,Ceriter ni tetap menarik.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"