Novel : Kisah Si Pelaut 1

25 July 2011  
Kategori: Novel

626 bacaan 3 ulasan

Oleh : Mohd Nazri Bin Ismail

BAB 1

Pin!..Pin!..Pin!..Pin!
Bunyi hon nyaring kedengaran. Bertalu – talu memecah keheningan pagi yang damai. Makcik Rahimah yang sedang memotong bawang di dapur menjengah keluar tingkap. Pat Mat yang sedang menyusun kayu untuk di buat kayu api berhenti seketika. Keringat yang mengalir di dahi dilapkan dengan hujung baju kemeja biru lusuh yang dipakainya itu. Siapa pulak tu ? Azman baru sahaja membelah 3, 4 batang getah turut menoleh ke arah pagar berpintu dua itu. Kapak yang dipegang disandarkannya di tepi dinding pintu dapur. Azman terus menuju ke pintu pagar bercat warna merah hati tanpa disuruh. Dia melewati Pak Mat yang kini sedang menyambung kembali kerja – kerja yang tergendala sebentar tadi. Azman kini tiba di pintu pagar hadapan rumahnya. Baru semalam dia menyudahkan saki-baki cat yang ditinggalkan ayahnya.

‘Nak Raya lah katakan. Kerja cat – mengecat ni dah biasa dah aku buat. Kacang jer!’ Ujarnya di dalam hati. Bangga dengan hasil kerja tangannya yang tidak seberapa itu. Namun kesannya tetap mendalam.

“Asalammualaikum encik. Ini rumah Encik Azman Bin Mat Usop?” Tanya budak posmen itu sambil membetulkan kedudukan motosikal merahnya. Dia tersenyum ramah walaupun kelihatan peluh mengalir di kiri dan kanan pipinya yang kurus itu. Maklumlah, walaupun matahari baru sepenggalah namun bahangnya tetap terasa. Malaysia lah katakan. Always summer! Ketua Pejabat Pos mesti bangga dapat anak buah yang ramah dan berbudi bahasa macam budak ni! Lebih bangga lagi kedua – dua orang tuanya yang telah menerapkan nilai – nilai ketimuran di dalam jiwa anak muda ini. Alangkah bagusnya kalau semua rakyat Malaysia macam ni. Tentu semua orang hidup dalam aman dan tenteram. Tak adalah pergaduhan berlaku sesama sendiri. Hepi jer semua. Lagipun senyuman itu bukan sahaja satu sedekah malahan awet muda lagi! Tak gitu ?

“Waalaikumussalam.Ya, saya Azman.” Jawab Azman ringkas. Mencantas lamunannya sendiri. Dia turut mempamerkan senyuman manis sebagai mambalas rasa hormatnya pada budak posmen yang kelihatan lebih muda darinya itu. Dia juga mahu jadi rakyat Malaysia yang peramah dan berbudi bahasa juga!

“Ini ada telegram untuk Encik.” Sekeping telegram dihulurkan. Azman menyapu – nyapu kedua – dua belah telapak tangan di peha seluar jeans biru lusuh yang dipakainya sebelum menyambut telegram tersebut.

“Tolong tandatangan kat sini.” Budak posmen itu menyuakan pula sehelai kertas dan sebatang pen hitam untuk ditandatangai oleh si penerima. Seusai mengucapkan terima kasih, Azman terus menuju ke dapur sambil membaca isi kandungan telegram tersebut. Budak Posmen terus memecut motosikal merahnya. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
‘Encik Azman Bin Mat Usop. Encik diminta menelefon ke ibu pejabat secepat mungkin.’

Begitulah bunyi isi kandung telegram tersebut. Bukan kali pertama Azman mendapat telegram, cuma setiap kali dapat isi kandungannya sahaja yang berbeza. Datangnya daripada tempat yang sama. Ofiice!!

“Apa hal pulak ni? Getusnya dalam hati. Dia melewati ayahnaya yang masih tekun meneruskan tugas – tugasnya.

“Dari opis ke Man?” Emaknya bertanya setelah Azman melabuhkan punggung di bendul pintu dapur. Makcik Rahimah menghampiri anak terunanya itu. Dahinya berkerut – kerut meminta jawapan.
‘Ish, emak ni macam tahu-tahu saja!’ Bisik Azman di dalam hati. Ayahnya yang berada tidak jauh dari situ masih lagi tekun menyusun kayu-kayu yang telah dibelahnya tadi seolah-olah tidak mahu tahu apa yang berlaku. Azman menarik nafas dalam-dalam. Otaknya ligat menyusun jawapan yang terbaik.

“Ya mak. Orang diminta naik kapal” Dalam nada mendatar Azman melepaskan kata-kata, namun masih dapat didengari oleh Pak Mat yang sedang terbongkok – bongkok menyusun kayu api. Azman mengintai Pak Mat dari hujung anak matanya yang berwarna coklat itu. Pat Mat bangun dan menoleh ke arah Azman seolah-olah mahu mendengar cerita selanjutnya. Kerja – kerja menyusun kayu api diberhentikan seketika. Peluh yang mengalir di pipinya dilapkan dengan hujung baju kemeja biru lusuh yang sedia basah. Azman mengalih pandangan ke arah telegram yang dipegangnya. Tidak sampai hati untuk bertentang mata dengan ayahnya.

“Bila tu?” Makcik Rahimah bertanya sambil tangan kanannya masih menggenggam kejap sebiji bawang merah besar seolah – olah tidak mahu melepaskannya. Di tangan kirinya pula memegang semangkuk bawang yang siap dihiris. Kegusaran di dalam hatinya mula terasa.

“Isnin depan. Tiga hari lagi”. Jawab Azman ringkas sambil melipat telegram tersebut lalu dimasukkan ke dalam poket belakang seluar jeans biru lusuh yang dipakainya itu. Hari ni sudah Hari Khamis. Azman dapat mendengar emaknya melepaskan keluhan kecil. Kecewa. Pak Mat yang seakan puas dengan jawapan anaknya, berpaling dan terus menyambung kembali tugas – tugasnya menyusun kayu-kayu api tadi. Bisu tanpa kata – kata. Azman mengalihkan pula pandangannya ke arah longgokan kayu – kayu api yang telah disusun oleh ayahnya itu. Tidak mahu dia memandang wajah emaknya yang sedang berdiri di sebelahnya itu. Baru semalam dia dan ayahnya memunggah dahan-dahan getah kering yang di kutip dari ladang getah di belakang rumah mereka. Nasib baik cuaca cerah, banyak juga kayu yang dapat dikumpul.

“Kalau ada lebih nanti, bolehlah di jual, kan ayah.” Kata Azman sambil tanggannya pantas mengikat batang – batang getah supaya tidak terlucut apabila diangkat nanti. Peluh di dahi menagalir deras menitik – nitik ke batang getah yang sedang diikatnya. Maklumlah sudah lama tidak buat kerja – kerja kampung.

“Tak payahla jual. Sedekah sahaja kat orang. Hari baik, bulan baik ni.” Balas Pak Mat sambil tersenyum puas. Azman turut tersenyum dengan penjelasan ayahnya itu. Kepuasan jelas terpancar di wajah Pak Mat. Azman mengerti, kegembiraan ayahnya bukanlah kerana pada longgokan kayu getah yang baru mereka kutip tadi, tetapi adalah kerana dia!

“Tapi kan Jumaat atau Sabtu depan dah nak raya.” Makcik Rahimah mengejutkan Azman dari lamunannya sebentar tadi. Masih setia berdiri di sebelah Azman. Pandangan dialihkan ke arah suaminya yang leka dengan kerjanya itu. Bunyi nada suaranya agak kecewa.

Azman memandang ke tanah. Semut – semut api berwarna merah sedang merayap – rayap mencari rezeki. Azman menguis – nguis tanah yang agak lembap itu dengan hujung selipar jepun yang dipakainya. Tak sanggup rasanya hendak melihat kesedihan di wajah emaknya itu. Mendengar suaranya juga sudah membuatkan hatinya tesentuh. Kecerian emaknya kini telah berubah. Tidak seperti mula – mula dia balik dahulu. Berseri – seri dengan senyuman tak lekang di bibir.

“Emergency mak.” Azman terus bangun dan mencapai semula kapak yang ditinggalkan tadi. Kerja mesti di teruskan. Langkahnya terhenti seketika.

“Tak boleh tangguh lepas raya?” Makcik Rahimah menghampiri ke muka pintu dapur. Suaranya seakan meminta simpati. Azman memberanikan diri memandang ke arah emaknya yang tercegat di muka pintu dapur. Jelas terpancar kesedihan di wajah wanita itu. Azman menoleh pula ke arah tangan emaknya yang sedang memegang semangkuk bawang yang telah siap di hiris. Hendak buat sambal udang katanya, sewaktu azman bertanyakan pada emaknya apa juadah berbuka untuk malam nanti. Begitu teruja Azman mendengar yang emaknya akan memasak makanan kegemarannya. Tak sabar nak berbuka puasa! Tetapi kini keadaan agak hambar dengan kehadiran berita yang tak diundang ini. Hish, potong stim betul lah!

“Makan gaji mak, nak buat macam mana.” Azman membalas sayu. Dia menoleh dan terus melangkah menuju ke tempat dia memotong kayu tadi. Kapak dipegangnya dengan kejap. Kemas didalam genggamannya.

“Cubalah kau telefon opis, Man. Beritahu dia orang yang kau nak raya tahun ni. Minta dia orang cari orang lain dulu.” Emaknya memberi cadangan. Agak kuat suara Makcik Rahimah agar dapat didengari oleh anak terunanya itu.

“Ialah Mak, besok orang telefon office.” Azman menjawab sambil membetulkan kekudanya.

Batang getah sebesar betis diletakkan di atas tunggul balak yang digunakan sebagai pengalas. Azman menarik nafas dalam – dalam. Setelah dirasakan kedudukannya agak selesa, Azman menggangkat tinggi kapak yang digenggam dengan kedua – dua belah tapak tangannya lalu terus menghayun dengan sepenuh kudratnya.
Prakkkk!!!

Dengan sekali hayun sahaja, batang getah itu terbelah dua.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Kisah Si Pelaut 1”
  1. Leela zulaikha a.k.a LAdyZik says:

    baiki lagi tatabahasa~~ teruskan usaha~~

  2. kiki says:

    menarik! nice! teruskan usaha lagi dgn lebih gigih…pasti berjaya! :)

  3. Mohd Nazri Bin Ismail says:

    Terima kasih kepada editor yg sudi siarkan novel yg tak seberapa ni.. Terima kasih juga kepada yg sudi membaca dan memberi komen. Maaflah sebab ia terlalu ringkas dan bersahaja. Saya ni bukan pandai sangat dlm penulisan. Saya hanya seorang pelaut yg masih berkhidmat di lautan. Novel ini berkisarkan cerita saya dan rakan2 yang pernah belayar bersama. Terima kasih semua.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"