Novel : Love You Mr. Arrogant! 21

2 July 2011  
Kategori: Novel

79,357 bacaan 30 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana

Zaara memasuki pejabatnya dengan mata yang sembap akibat tidak cukup tidur. Sejak akhir-akhir ini sukar sekali Zaara melelapkan matanya dek kerana asyik memikirkan masalah yang menyelimuti hidupnya kini.

Alam rumahtangga yang sepatutnya membahagiakan, menjadi fasa yang cukup menyeksakan dalam hidupnya. Irham masih berhati batu, namun Zaara dapat melihat sedikit perubahan yang mana Irham sudah kurang menyakitkan hatinya, dan lebih banyak berlembut.

“Zaara, masuk bilik I sekarang.” Panggilan Mr. Raymond dari interkom segera membantutkan lamunan Zaara yang asyik terfikirkan masalahnya sedari tadi. Dengan helaan nafas, dia bingkas bangun dan segera dia mengatur langkah ke bilik bos besarnya itu.

Saat Zaara masuk ke dalam bilik tersebut, Mr. Raymond sedang asyik berbual dengan seseorang yang duduk membelakangi Zaara.

“Oh Zaara, duduk-duduk. I mau kenalkan seseorang pada you.” Mr. Raymond pantas memanggil Zaara yang tercongok di hadapan pintu. Jejaka itu segera menoleh ke belakang, memandang Zaara.

“Hadry…” Zaara terpempan saat melihat jejaka itu sedang duduk berhadapan bosnya.

“Eh, hai Zaara!” Hadry mengangkat tangan, melambai pada Zaara. Wajahnya kelihatan teruja melihat kehadiran Zaara di dalam bilik itu.

“Eh you sudah kenal Zaara?” Mr. Raymond kehairanan, kepalanya yang botak digaru-garu perlahan.

“Yup.” Hadry menjawab ringkas sambil matanya tidak henti merenung Zaara di hadapan.

“Bagus-bagus, banyak bagus. Zaara, Hadry adalah Project Manager kita yang baru. I mau you tolong dia biasakan diri dengan kita punya persekitaran kerja. You boleh buat kan?”

Zaara pandang sekilas pada Hadry dan kemudiannya beralih pada bosnya.

“Sure bos!” Zaara menunjukkan tanda bagus.

————————————————————

“Tak sangka kita akan sepejabat ya.” Hadry memulakan bicara sebaik Zaara berjalan beriringan dengannya keluar dengan bilik Mr. Raymond.

Zaara cuma diam dan memandang Hadry dengan penuh prasangka, berfikir sama ada semua ini satu kebetulan atau Hadry memang sengaja ingin bekerja di pejabatnya. Riak wajah Hadry kelihatan tenang, seolah tidak perasan yang Zaara sedang menelek niatnya yang sebenar.

“Zaara, dengar tak?” Hadry pantas menoleh pada Zaara yang berjeda sedari tadi.

“Eh, dengar Encik Hadry.”

“Zaara, please don’t call me Encik. Rasa pelik lah.” Hadry tersengih.

“Kita tengah berkerja Encik Hadry, kurang manis kalau saya memanggil Encik Hadry dengan panggilan nama saja.” Zaara bersuara serius sambil meneruskan langkah kakinya.

Zaara memandang sekeliling, ada beberapa orang yang sedang memerhatikan mereka dengan wajah penuh tanda tanya, barangkali pelik tentang siapakah Hadry yang sebenarnya.

“Semua, kenalkan ini Encik Hadry, Project Manager kita yang baru.” Zaara memperkenalkan Hadry kepada semua yang asyik memerhati sedari tadi.

Beberapa orang staf datang menghampiri lantas bersalam dengan Hadry dan memperkenalkan diri masing-masing pada Hadry. Proses perkenalan itu berlangsung seketika sebelum Hadry dan Zaara beredar ke bilik yang dikhaskan untuk Hadry selaku Pengurus Projek.

“Serius betul awak kat ofis ya Zaara.” Hadry bersuara sinis saat mereka sudah berada di depan pintu bilik Hadry.

Zaara menarik nafas panjang sebelum berpaling menghadap Hadry di belakangnya.

“Saya minta maaf Encik Hadry tapi hal syarikat dan hal peribadi memang saya tak campurkan. We work as professional.”

Hadry tersenyum kelat. Gadis dihadapannya itu tegas juga dalam kelembutan yang terpamer di wajahnya.

“Ok, kita professional, tapi kat luar tolong jangan bahasakan diri saya encik lagi ya. Just call me Hadry.”

“Absolutely Encik Hadry. Ok saya pergi dulu ya.” Zaara tersenyum manis sambil meminta diri untuk kembali ke tempatnya.

“Eh sebelum tu, boleh tak tunaikan satu permintaan saya ni, baru saya puas hati.” Tiba-tiba Hadry membuat permintaan membuatkan Zaara pantas berpaling ke arah Hadry semula.

“Apa Encik Hadry?”

“Keluar lunch dengan saya hari ni.”

Mata Zaara membulat memandang Hadry.

“Hah?”

“Please jangan tolak Zaara. Sekali ni aja…” Hadry mendesak penuh pengharapan.

“Err tapi…”

“Please…” Hadry merayu sekali lagi sambil mengedip-ngedipkan matanya seperti seorang anak kecil yang meminta ibunya membelikannya mainan baru.

Zaara terdiam, serba salah jadinya.

“Oklah… tapi sekali ni aja.” Akhirnya Zaara membuat keputusan.

“Yes!” Hadry tersenyum girang.

—————————————————-

Zaara berteleku di mejanya usai menghantar Hadry ke bilik. Otaknya makin berselirat dengan kehadiran Hadry yang tak diduga. ‘Kenapa Hadry ni asyik muncul dalam hidup aku eh? Tak ada ke tempat lain dalam planet Bumi ni yang dia boleh pergi selain dari tempat aku cari makan ni… haish!’ Zaara mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Hah!” Fiz menepuk meja Zaara menyebabkan Zaara tersentak. Wajah Fiz direnung tajam, geram kerana Fiz mengejutkannya sedemikian. Fiz cuma tersengih sambil mengambil duduk di sisi Zaara.

“Kau ni, asal aku tengah khusyuk je kau datang, asal kau datang je aku tengah khusyuk kan? Saja nak ganggu konsentrasi aku lah tu.”

“Kau khusyuk buat apa? Terbayangkan project manager yang baru tadi? Bukan main lagi kau ni kan. Tak ingat laki ke cik Zaara oi?”

Zaara mencubit lengan Fiz sekuat hatinya, baru puas hatinya.

“Adoi, apa ni?” Fiz menggosok-gosok lengannya yang pedih macam digigit semut api.

“Padan muka! Mengada sangat. Apa kena mengena suami aku dalam hal ni?” Zaara mencebik.

“Yelah. Kesian suami kau kalau kau asyik dok teringat lelaki lain.”

“Bila masa aku teringat lelaki lain?”

“Tu… yang termenung panjang tu. Lepas tu asyik dok tengok bilik tu…” Fiz memuncungkan mulutnya ke arah bilik Hadry.

“Kau dah salah faham la Fiz.” Zaara menggosok kepalanya yang berbalut tudung itu. Serabut!

“Salah faham pasal apa? Cuba kau cerita kat aku. Macam ada masalah negara aje muka kau ni. Padahal baru jumpa lelaki kacak!”

Zaara tersenyum seraya meggelengkan kepalanya.

“Tak ada apalah Fiz. Serabut sikit aje.”

“Pasal apa pulak?”

Zaara mengeluh panjang. Wajah Fiz direnung dalam.

“Entahlah, aku nak cerita macam mana pun aku tak tahu.”

Fiz menepuk bahu Zaara, cuba menenangkan sedikit gelodak di hati Zaara yang tidak diketahui hujung puncanya.

“Kau patut gembira Zaara, hidup kau dikelilingi lelaki kacak, ada je lelaki kacak nak dekat. Dah la tiba-tiba aje dapat suami kacak, sekarang Project Manager baru yang kacak tu pun macam sudah tangkap cintan sama kau. Haha. Macam cerita dongeng je aku rasa. Seronok jadi kau kan.” Fiz tersengih-sengih.

“Ei, tengok tu. Merepek lagi.”

“Kenapa lelaki-lelaki kacak ni semua tak mahu pandang aku eh? Aku tak lawa ke?” Fiz termenung sendirian sambil menghela nafasnya.

Zaara menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat tingkah Fiz.

“Hentikanlah buat kenyataan macam tu Fiz. Kacak ke hodoh ke, kalau ditakdirkan kau hidup merana, hidup merana jugak. Tak semestinya kau dapat lelaki kacak, hidup kau bahagia. Kalau cantik luaran pun tapi dalaman kotor nak buat apa.”

“Amboi pelik je bunyinya. Kau tak bahagia ke Zaara? Irham tak jaga kau ke? Meh sini biar aku sepak dia!” Fiz bangkit dengan wajah penuh semangat seolah menyimpan dendam sekian lama.

“Ish bukan macam tu la Fiz. Ada-ada ajelah kau ni. Depan aku beranilah cakap, kalau depan laki aku tu, mencicit kau lari.”

Fiz tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Pasal Project Manager tu, kau dah salah faham la.” Zaara berbicara setelah berjeda seketika.

“Tapi mata aku belum rabunlah, bukan main lagi Project Manager tu jual minyak sama kau.”

Zaara tersenyum tawar.

“Kau nak tahu satu perkara tak Fiz…” Zaara cuba memancing perhatian dari Fiz.

“Apa?”

“Project Manager baru kita tadi tu… sepupu Irham.” Zaara bersuara lambat-lambat.

“What? Si kacak melampau tu?” mulut Fiz melopong, tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan Zaara sebentar tadi.

Zaara ketawa.

“Yelah. Yang tadi sembang dengan aku tu.”

“Habis apa motif dia buat kat sini? Mengintip kau bagi pihak Irham ke?”

“Aku pun tak pasti apa motif dia, tapi aku rasa tak adalah sampai nak mengintip aku bagi pihak Irham.”

“Baik kau siasat Zaara, manalah tahu ada udang disebalik mee.”

Zaara diam sambil matanya memerhati bilik Hadry.

“Tapi apabila melihat tahap ketampanan sepupu Irham tu, Irham pun kalah tau. Sepupu dia lagi kacak rupanya..” Fiz bersuara kembali sambil tidak henti merenung bilik Hadry, membuat analisis tak rasminya.

“Eh bagi aku Irham kacak lagi la.” Zaara tiba-tiba memintas tanpa dia sendiri sedar. Ayat itu bagai meluncur laju dari mulutnya.

“Ceh, sebab kau dah sayang suami kau tu, boleh la cakap camtu.”

Zaara tergamam mendengar kata-kata Fiz.

“Ish mana ada aku sayang dia!” Zaara menekankan suaranya.

“Eleh, mulut kata lain, hati kata lain.” Fiz mengejek.

“Aku cakap tak ada, tak adalah.”

“Habis tu yang kau asyik kata suami kau tu lagi kacak apahal? Ikut mata kasar aku sepupu dia lagi kacak.”

Zaara menjuihkan bibir, malas hendak bertekak dengan Fiz soal yang remeh itu.

“Errr apa nama Project Manager merangkap sepupu suami kau tu?”

“Hadry… Hadry Hilmi.”

Senyuman terukir di bibir Fiz saat mendengar nama itu.

————————————————

“Awak tahu Zaara, kali pertama saya dikenalkan pada awak, saya rasa Irham sangat bertuah.”

Zaara menunduk, segan dipuji sedemikian.

“Ya, awak pernah sebut pasal tu dulu.” Zaara mengingatkan. Air kopi putih di dalam cawannya dihirup perlahan.

Hadry ketawa kecil.

“Oh saya pun dah lupa saya pernah cakap dulu. Mungkin bila bertemu awak buat saya nak cakap lagi dan lagi pasal hal tu. Sejujurnya Zaara, saya cemburu pada Irham.”

Hadry merenung wajah Zaara tanpa berkedip. Zaara merasakan bahang pada wajahnya saat matanya bertentang dengan Hadry. ‘Ish kenapa pulak mamat ni? Bikin hati aku penasaran je.’

“Zaara, saya tahu awak terpaksa kahwin dengan Irham kan. So sekarang jujur saya cakap, yang saya dah jatuh hati pada awak, sejak kali pertama kita bertemu lagi, tapi saya sedar, awak tetap isteri Irham. Cuma satu je Zaara…”

Zaara sudah merasa tidak senang duduk. Penghawa dingin di dalam kopitiam itu dirasakan sudah tidak berfungsi lagi, peluh merenik di dahinya.

“Saya nak tahu, adakah awak cintakan Irham?” Hadry menyambung.

Zaara menelan liur saat mendengar soalan itu. Sudahlah dia baru saja mendengar luahan hati Hadry, tiba-tiba pula dia diasah soalan maut sebegitu, aduh! Nafasnya ditarik perlahan, cuba mengumpul kekuatan dalam diri.

“Hadry…” Zaara tegas bersuara.

“Awak pun tahu dan awak sendiri cakap yang saya isteri Irham kan? Jadi saya rasa memang wajib saya cintakan dia pun. Honestly, buat masa sekarang saya belum pasti tentang perasaan saya, tapi dia suami saya Hadry. Saya takkan bercinta dengan orang lain selain dari suami saya. Mungkin perkara ni akan mengambil masa yang lama, tapi saya takkan berhenti berusaha untuk mencintai dia selagi dia masih suami saya.”

Hadry mengeluh. Dia memang sudah dapat mengagak orang seperti Zaara takkan menggadaikan kesucian sebuah perkahwinan biarpun perkahwinan itu dibina atas dasar paksaan. Hadry dari awal lagi sudah menyediakan diri untuk mendengar jawapan Zaara dan dia gembira sekali, gembira kerana insan yang dia cintai itu seorang yang sangat bermaruah dan menghargai sebuah ikatan.

“Saya dah jangka itu yang akan keluar dari mulut awak Zaara. Saya cuma mahukan kepastian dan saya gembira awak cakap begitu. Saya rasa memang saya takkan ada peluang pun, kan?” Hadry tersenyum, cuba menenangkan hati Zaara yang keresahan sedari tadi setelah dikejutkan Hadry dengan luahan hatinya.

“Not a chance!” Zaara tersenyum.

“That’s ok for me Zaara. Asalkan awak masih sanggup jadi kawan saya. Itu pun dah cukup, boleh Zaara?”

Zaara berjeda seketika, melayan perasaannya.

“Nope! Tak boleh kot.”

Hadry terkedu, air mukanya berubah. Tidak menyangka jawapan itu keluar dari mulut Zaara.

“Maksud saya, tak boleh jadi kawan. Sebab saya dah anggap awak macam abang saya.” Zaara tersenyum manis.

Hadry yang terdiam sedari tadi, mula tersenyum lebar. Lega mendengar penjelasan Zaara.

“Ehmm, saya nak tanya, awak secara kebetulan dapat kerja di sini atau awak memang sengaja cari kerja di tempat saya?” Zaara cuba mengorek rahsia setelah mereka mendiamkan diri seketika.

Hadry tersenyum seraya menyisip sedikit kopi o ais yang kelihatan hitam pekat itu.

“Sejujurnya, semuanya secara tak sengaja Zaara. Papa saya suruh saya kerja di Irham Holding tapi memang saya tak berminat, saya lebih suka cari pengalaman di tempat yang bukan sudah termaktub yang ianya semua milik keluarga saya, saya nak cari pengalaman baru, lagipun saya lebih minat bahagian ni dari business. Then papa suggest untuk saya cuba minta kerja pada Mr. Raymond dan dia bersetuju untuk terima saya. Itulah ceritanya yang sebenar.”

Zaara tersenyum mendengar penjelasan panjang lebar dari Hadry.

“Sorry kalau saya syak yang bukan-bukan.”

“Tak apa, tapi memang ada faedah pun saya kerja dekat awak. Bolehlah saya tengok awak selalu dan jaga-jagakan awak.”

“Ish saya boleh jaga diri sendirilah.” Zaara mencebik.

Hadry ketawa melihat tingkah Zaara tanpa menyedari ada insan yang sedang memerhatikan gelagat mereka sedari tadi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Novel : Love You Mr. Arrogant! 21”
  1. aefi says:

    cpt la smbg ! huhu x sabo nk tgk reaksi irham yg sdg jeles tuh

  2. wa says:

    btol..akak pon x sbaq nk tgk reaksi irham…muahahhahaha

  3. ieda says:

    best sgt cite nie…xsbr2 nk bc smpai hbs,ad blog x….hehehe

  4. eida says:

    ala bestnye cite nak belilah novel ni baru puas ati

  5. asiko haera says:

    npe dia prlu muncul
    konflik yg menarik

  6. elisya kirana says:

    best la cerite ni… kalu x baca sngat rugi tau.. nk pergi la…

  7. helena zaura says:

    bestnyeeeeeeee.
    x sbar nk tau reaksi irham.
    jelessssssss giler.

  8. dyla isya says:

    best giler cite nie

  9. awadah says:

    best giler tapi x sambung dah samapai bab 25 je x best

  10. hafizahali71 says:

    suka dengan jalan cerita novel ini.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"