Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 4

5 July 2011  
Kategori: Novel

13,191 bacaan 12 ulasan

Oleh : AnneYusre

Sakinah berdiri dihadapan closetnya. Baju kurung yang bergantung dibelek satu persatu. Kalau tak sebab syarat merapu datuk, semua baju kurung ni hanya disentuh apabila hari raya atau dipakai untuk ke kelas pada hari Isnin. Jurusan Culinary yang diambilnya tidak memerlukan dia memakai pakaian formal sentiasa. Kebanyakan masanya dihabiskan untuk memasak dan ke kelas pengendalian restoran. Sakinah mencapai baju kurung biru pemberian Alongnya sewaktu raya dua tahun lepas. Nak pakai cantik sebab hari ni nak pergi jalan-jalan ditaman. Nabila sudah pun dihantar ke rumah kerana memungkiri janjinya semalam. Perang saudara itu bakal berlanjutan selama beberapa hari sebab Nabila tak berhenti menangis apabila dibawa pulang oleh bapanya malam tadi. Sakinah taubat membawa Nabila ke rumah Aeman. Sebaik sahaja sesi bermaafan dengan Aeman tamat, Sakinah menelefon datuknya untuk membawa Nabila pulang ke rumah.

Trutt…trutt..

Telefon di atas katil diterkam. Dia baring terlentang sambil mengangkat telefon bimbitnya.

” Assalamualaikum, Sakinah. Auntie ni.”

Puan Sri Aliya? Laju Sakinah bangkit. Terkejut kerana Puan Sri Aliya menelefonnya seawal ini. Dah kena pecat ke aku ni? Sakinah tersenyum cerah. Baguslah. Pergi cari kerja kat supermarket lagi berbaloi. At least, barang-barang dalam supermarket tu tak menyakitkan hati.

” Sakinah tolong bawa Aeman ke hospital hari ni. Auntie dah pesan dengan Pak Ali, dalam pukul 10 pagi nanti boleh bergerak ke hospitallah. Sorry sebab terpaksa menyusahkan Sakinah.” sambungnya tanpa menunggu Sakinah menjawab salam.

Hospital pulak? Ngaaa… keluarga dia ni memang pakar bab menyusahkan orang. Senyuman cerah dibibir Sakinah terus terpadam.

” Boleh Auntie.” Terpaksalah jawab macam tu. Atuk, kena tambah duit saku Kina 4 kali ganda sebab benda yang menyeksakan ni tau.

Sakinah mengeluh. Panggilan daripada Puan Sri Aliya memang benar-benar membunuh. Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran untuk memujuk Inche Aeman Kambing Hapak tu nanti. Aminn.

****

Aeman selubung diri di dalam comforternya. Sakinah dah keluar aura mak tiri. Kesabarannya terhad. Semalam dah elok-elok bangun awal. Hari ini tiba-tiba nak buat hal balik. Dasar lelaki tak matang. Aeman yang bergulung macam kepompong direnung macam nak tembus. Sakinah memang dah agak dari mula reaksi yang akan ditunjukkan oleh Aeman. Biarpun baru hari ketiga bekerja dengan Aeman, ragam mengada-ngada Aeman sudah mampu dibaca.

” Pergilah balik. Buat apa nak datang sini.” Suara Aeman pecah disebalik comforternya. Dia tahu tujuan Sakinah menyuruhnya bangkit dari tidur seawal ini. Mama sudah memberitahunya tentang check up di hospital pagi ini, dan dia cukup benci untuk ke hospital. Untuk apa ke tempat puaka itu, sedangkan kakinya tetap lumpuh tak bergerak sehingga kini.

” Saya tak boleh pergi sekarang. Pagi ni Cik Aeman ada sesi fisioterapi. Kalau nak cepat sembuh, kenalah ke hospital,” Suara Sakinah kembali tone down. Api tak boleh dilawan dengan api. Memang dah rasa nak siram air je kat muka Aeman ni.

” Aku bukannya bodoh kau nak tipu. Kaki aku ni memang dah tak boleh berjalan. Kau faham tak. Berambus jelah dari sini. Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku boleh buat semuanya sendiri. Aku bukannya cacat.Kau faham tak?!” Aeman bangkit dari baringnya dan memandang Sakinah tajam. Sakit hatinya apabila Sakinah memaksanya untuk ke hospital.

” Cik Aeman, appoinment ke hospital pagi ni sangat penting untuk Cik Aeman sembuh.Cik Aeman tak sedih ke tengok Puan Sri mengharapkan Cik Aeman boleh berjalan semula? Keadaan Cik Aeman yang begini akan menyusahkan seluruh ahli keluarga Cik Aeman. Ibu Cik Aeman nak Cik Aeman kembali seperti dahulu. Saya nampak tu dari dalam matanya. Sanggup ke Cik Aeman nak menghampakan harapan ibu Cik Aeman?” Muka Aeman yang ketat dipandang dengan gaya yang sama. Dah cacat pun nak berlagak hebat lagi. Rasa nak cekik-cekik je. Hati, sabarlah.

” Semua orang dalam rumah ni nak Cik Aeman sembuh. Semua orang sayangkan Cik Aeman. Bukan Cik Aeman seorang je rasa terseksa dengan keadaan diri Cik Aeman. Mereka nak Cik Aeman gembira. Tapi, kalau Cik Aeman sendiri tak sayangkan diri. Sia-sia jelah sayang mereka tu.” Tambah Sakinah bila Aeman berdiam diri. Guna pendekatan psikologi adalah cara paling mujarab untuk mamat yang sakit mental tahap serius seperti Inche Aeman Kambing Hapak ni.

” Ah, kau orang semua cuma simpati je kat aku kan?” Aeman masih lagi mahu membangkang. Mamanya selalu sibuk dengan persatuan. Papanya pula jarang sekali ada dirumah kerana sibuk dengan bisnesnya. Dulu, ada Alisa, kira masih lagi bersemangat untuk teruskan hidup. Sekarang ini, walaupun boleh berjalan tetap tidak memberi apa-apa makna.

” Cik Aeman tahu tak? Melawan cakap ibu berdosa tau. Tak cium bau syurga.” Jalan terakhir. guna ibu dan syurga. Kalau tak jalan pulak, memang dia nak angkat kaki balik rumah.

Aeman melepaskan nafas dengan kuat. Okay, kau menang 1-0.

” Ambil kerusi roda tu ke mari. Aku nak mandi.”
**********

Ais krim ditangan dijilat sementara menunggu Aeman tamat sesi fisioterapinya di dalam sana. Orang yang lalu lalang tidak dihiraukan. Ais krim ni lagi best untuk diberikan perhatian. MP4 ditelinga berdentam-dentum lagu Lips of An Angel dari Hinder.

” Sakinah.” Jenuh Aeman memanggil nama Sakinah dari tadi, dibuat dek je. Sedap sangat ke Cornetto Chocolate tu sampai aku yang hodoh ni pun dia langsung tak perasan dah?

“it’s really good to hear your voice,
sayin my name it’s sound so sweet,
comin from the lips of an angel,
hearin those words it makes me weak,
and i never wanna say goodbye,
but girl you make it hard to be faithful,
with the lips of an angel”

” Sakinah” Serentak itu earphone di telinga Sakinah ditarik. Suara Hinder hilang terus dari pendengaran.

“Uh?” Sakinah memandang Aeman yang merenungnya tajam. Sejak bila pulak dia ni ada kat sini. Patutlah terasa ada orang panggil. But its not from the lips of an angel lah. Lips of a smelly goat. Sakinah terasa nak ketuk kepala sendiri. Nak berangan tunggu balik rumahlah Sakinah.

” Jom balik.” Dingin Aeman bersuara. Tak kuasa melayan Sakinah yang senget ni. Tengah-tengah public pun boleh nak lip sync dengar MP4. Nak buat konsert tunggu balik rumahlah. Susah betul dapat orang gaji gila iseng macam ni.

Sakinah bangun dari duduknya. Pantas dia bergerak ke belakang kerusi roda Aeman dan menolaknya menuju ke kereta. Sempat lagi dia buat sign nak cekik Aeman.

” Kalau nak cekik, cekik je betul-betul.” Perlahan Aeman bersuara bila terpandang perbuatan sakinah di pantulan cermin.Sakinah kembali memegang kerusi roda Aeman. Dua kali caught-redhanded dengan Aeman hari ni. Sheesh, boleh pecah jantung macam ni. Takpe, bagi Aeman gabra sikit. Sakinah mendorong Aeman laju menuju keluar hospital. Aeman yang tidak bersedia dengan tindakan Sakinah terpekik terlolong menyuruh Sakinah berhenti. Tangannya memegang kejap pemegang kerusi roda.

” Hey old woman, stop it! Stop it! I said stop it, Sakinah. I’ll kill you.” Aeman menjerit sekuat hati. Gila betul perempuan ni. Sukati dia je. Nak balas dendam pun tunggu kat rumah nanti. Kat sini semua orang pandang. Mujur hospital ni tak ramai orang. Nurse di hospital itu hanya mampu menggeleng melihat telatah Sakinah dan Aeman.

Sakinah tak boleh bersuara kerana dia memegang ais krimnya menggunakan mulut. Tau takut. Nak cekik mati pulak, so macam ni je cara yang sesuai mengenakan Aeman yang kerek tak kena tempat. Sakinah berhenti tepat di pintu keluar hospital. Aeman menelan liur. Rasa terkejut masih tak hilang lagi. Nasib baik berhenti. kalau tak dah jadi lempeng terlanggar pintu cermin ni.

Sakinah kembali memegang ais krimnya. Dia memakan keropok ais krim yang dah soggy dengan tenang. Aeman yang dah hilang separuh nyawa dibiarkan tenang semula. Lain kali, jangan nak berlagak sangat.

” Kau dah gila ke? ” Aeman memandang muka Sakinah yang tiada langsung riak bersalah. Sakit hatinya melihat Sakinah selamba makan ais krim macam tak ada apa yang berlaku sebentar tadi.

Sakinah senyum manis di hadapan Aeman. ” Seronok? Kalau Cik Aeman suka, saya boleh tolong tolak lagi. Saya pun dah lama tak exersize ni.” Sakinah meregangkan anggota badan seperti mahu mengulangi tindakan gilanya tadi. Acah je. Dia tahu Aeman takut, sebab Aeman dah membesarkan matanya yang dah sedia bulat tu.

” No need. Aku tak suka gurauan kau. Tak menarik. Aku nak balik.” Dingin Aeman bersuara. Sakinah angkat bahu. Tak kisahlah. Di rumah nanti, boleh sambung buli lagi.

Tak menarik, nak balik. Sakinah mengajuk gaya percakapan Aeman. Macam orang tua. Sempat hatinya mengutuk Aeman.

” Call Pak Ali sekarang.” Arahan veto keluar dari mulut Aeman lagi. Sakinah memang nak kena. Tunggulah kau orang gaji gila.

Sakinah angguk tanda faham.

” Pak Ali, Cik Aeman dah selesai check up. Kami dekat pintu masuk ni.”

Aeman melihat Sakinah terangguk-angguk. Suruh ambil kat sini pun banyak hal jugak.

” Okay. Babai Pak Ali.” Sakinah menyimpan semula handphone Sony Ericson ke dalam begnya semula. Ais krim ditangan tinggal sedikit dimasuk terus ke dalam mulut. Berkerut dahi Aeman melihat perlakuan tidak senonoh Sakinah. Pakaian dah sopan, tapi perangai. Simpang malaikat 44.

” Cik Aeman. Saya nak pergi beli ais krim kejap. Cik Aeman nak?” Sakinah bercakap kuat dengan mulut penuh. Aeman bertambah meluat. Andai dia normal, dia berharap dia takkan pernah jumpa Sakinah sepanjang hidupnya. Tambahan pula, Sakinah takkan pernah di tawar untuk menjaga dia.

” Tak nak. Aku tak suka ais krim.”

” Okay. Cik Aeman tunggu sekejap ye.”

******

Sesekali Aeman menjeling Sakinah yang ralit menjilat ais krimnya. Nampak sedap.

“Beli sampai dua. Tamak betul.” Aeman mengomel perlahan.

Sakinah memandang muka Aeman. Dia ada cakap dengan aku ke?

” Huh? Cik Aeman nak ais krim jugak ke? Saya memang beli dua. Takut-takut Cik Aeman nak jugak.” Sakinah senyum menunjukkan gigi yang penuh coklat. Aeman mengerutkan hidung. Macam ni mama kata serupa Alisa. Alisa tu manja jugak, tapi takde la pengotor macam budak ni.

” Umur kau berapa Sakinah?”

Sakinah mengerut dahi mendengar pertanyaan Aeman yang kedengaran pelik pada telinganya.

“20 tahun. ” Teragak-agak Sakinah menjawab. Apa Inche Kambing ni nak siasat?

Patutlah pun. Baru kenal dunia agaknya. ” Kau tak sambung study?”

Sakinah makin pelik. Ai, nak buat background study pulak.

” Kalau saya study, takdelah saya menjaga Cik Aeman kat sini. ” Eh, tak menipu ye. Kira betullah aku tak study sekarang ni. Kan tengah cuti semester. Tak berdosa lah kan?

Aeman membuang pandang ke luar tingkap. Kalau Alisa ada, mesti Alisa yang tolong hantar pergi balik hospital. Perjalanan akan menjadi lebih seronok. Dua bulan sudah jadi sangat lama bagi Aeman.

Sakinah ikut diam bila Aeman tidak menyoalnya lagi. Namun dia lega ianya berhenti setakat itu. Datuk tak bagi dia mendedahkan identiti sebagai cucu Syed Kamaruddin. Itu adalah salah satu syarat juga. Sakinah hanya menurut. Bila ditanya mengapa datuknya mengenakan syarat begitu, datuk hanya menjawab,” Pesalah tidak berhak mempersoalkan kaedah denda yang diberikan.” Tak adil!

” Aku nak kau kerja betul-betul. Kau kena turuti semua arahan aku tanpa bantahan. ” Aeman bersuara tiba-tiba. Sakinah buat muka pelik. Sawan dia dah mai ke?

” Kau tak boleh bantah permintaan aku. Kau tak boleh buat aku marah. Setiap kali kau buat salah, kau akan di denda. Apa sahaja denda tu, kau tak boleh kata tidak.” Aeman senyum dalam hati. Kehadiran Sakinah perlu dimanfaatkan secara menyeluruh. Tiba-tiba rasa seronok pula nak mengenakan Sakinah. Biar sakinah tak jejak lagi ke rumahnya.

“Tapi…”

” Takde tapi-tapi lagi. Kau dah cukup bagi sakit kepala kat aku. Aku kena bertegas dengan kau. Faham tak apa yang aku cakap tadi.”

Sakinah terasa nak membantah. Berani betul nak menetapkan syarat merapu pulak. Ais krim ditangan dipandang tanpa perasaan. Terasa tawar je kat lidah.

” Cik Aeman…”

Aeman angkat kening bertanya. Adalah yang dia tak puas hati tu. Aeman takkan berubah hati. Sakinah perlu diajar supaya lebih menghormati orang yang lebih tua. Chewah. Alasan yang direka sendiri oleh Aeman. Sebab rasa sakit hatinya tidak boleh dibendung lagi. Sakinah, kau bukan orang gaji aku, kau hamba abdi aku. Sangat seronok mempunyai hamba abdi.haha!

” Makanlah ais krim ni. Saya dah tak larat nak habiskan.” Sakinah menghulur plastik berisi ais krim kepada Aeman.

Aeman terasa nak mencekik Sakinah. Itu pulak yang dia faham. Bertuah punya budak. Aeman dah tak terkata apa melihat senyuman musang si guntang Sakinah. Menyakitkan hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Orang Gaji ke Hamba Abdi? 4”
  1. sarimah bt sulaiman says:

    best…

  2. aeyn says:

    Thumbs up ! (y)
    Novel ni best sangat .
    Jalan cerita ade sikit2 macam novel Mr. Secret Admirer

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"