Novel : Suamiku Vampire 8

6 July 2011  
Kategori: Novel

17,691 bacaan 34 ulasan

Oleh : RIA NATSUMI

BAB 8

Danish melangkah keluar dan berlalu ke meja Lidya. Asyik sungguh Lidya melakukan kerjanya sehingga tidak perasan akan kehadiran Danish yang memerhatikannya.
Lidya terkejut apabila mendonggak dan melihat Danish berdiri di depan biliknya sambil merenung tajam ke arahnya. Lidya terkaku.

“Bos!” tegas suara Lidya. Danish seperti terkejut dengan panggilan itu. Dia bagai di dalam dunianya.

“Bos ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Lidya cuba mengawal getaran suaranya akibat terkejut dengan kehadiran Danish di situ.

“Tidak ada apa-apa, cuma saya nak ingatkan awak tentang meeting kita di Genting. Awak jangan lupa bagitau umi awak. Isnin dan selasa,” kata Danish. Sebenarnya dia malu ditegur begitu oleh Lidya.

“Baiklah bos!” kata Lidya dengan semangatnya.

“Oh, sebelum saya lupa. Awak sudah siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam meeting tu nanti?” Danish bertanya. Dia juga bimbang jikalau Lidya tidak dapat melakukannya. Selalunya Vela yang melakukannya dengan baik.

“Dalam proses bos,” ringkas sahaja Lidya menjawabnya.

“Kalau boleh, awak siapkan hari ini juga sebab hari ini sudah hari jumaat. Bimbang awak tidak sempat siapkannya,” Danish melahirkan rasa bimbangnya kepada Lidya.

“Jangan risau bos. Saya akan siapkan sebelum pulang hari ini,” kata Lidya dengan penuh keyakinan. ‘Kalau aku tak dapat siapkan hari ini, terpaksalah datang pejabat hari sabtu. Esok,’ Lidya tidak pasti sama ada dia mampu melakukannya. Dia mahu bertanya kepada Vela tetapi majlis perkahwinan Vela hari sabtu iaitu esok. Terpaksa tanya Danish juga. Sebab dia lebih tahu.

Danish meninggalkan Lidya. Susah payah Lidya menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan hari isnin ini tetapi dia tidak dapat siap juga. Terpaksa Lidya datang ke pejabat.

Keesokkan harinya Lidya bangun awal. Dia terbongkok-bongkok mencari sesuatu dalam almarinya. ‘Ke mana pula hilangnya?’ agak pening kepalanya mencari.

“Pelik bin ajaib,” kata Lidya yang agak kuat sehingga Umi Kalsom mendengarnya.

“Apa yang pelik? Apa yang ajaibnya Alya? Pagi-pagi dah mengarut anak umi ni,” tegur uminya.

“Alya cari tudung-tudung labuh, umi. Alya peliklah ke mana hilangnya. Yang ajaibnya, semua tak ada. Hilang!” jelasnya. Kepalanya di garu-garu.

“Umi sudah basah semuanya,” kata uminya dengan selamba sahaja.

“Umi ni, rajin sangat la. Sampai basuh Alya punya sekali,” Lidya merenung umi Kalsom.

“Sudah anak umi ni malas sangat, umi basuhlah,” kata umi sambil menjeling anaknya. Lidya membuat muncungnya.

“Bukan malas umi tetapi tidak sempat,” Lidya membela dirinya sambil tersenyum.

“Oh, menjawab cakap umi ye?” Umi Kalsom mencubit lembut pipi anaknya.

“Tidaklah umi. Mana ada menjawab tapi membela diri,” kata Lidya sambil tersenggih. “Tak apa la umi. Alya pakai tudung biasa-biasa sahaja,” kata Lidya. Dia bersiap-siap.
Lidya mengenakan sepasang baju kurung biasa dan tudung hitam biasa. Tidak agak besar. Dia seperti gadis-gadis biasa apabila memakainya.

“Dulu masa Alya form three, Alya pakai tudung macam ini la. Rindu umi nak tengok,” luahan hati uminya.

“Betul ke umi? Umi kata, Alya tidak pakai tudung masa zaman sekolah?” cuba bertanya.

“Itu selepas ayah Alya meninggal dunia,” jelas umi Kalsom.

“Yeke?” Lidya tersenyum. Tidak sangka dia tidak memakai tudung masa rejamanya. Selepas salam tangan umi, Lidya segera bergerak ke arah ‘Boboy’ kesayangannya dan menuju ke destinasi hari ini iaitu ke pejabat.

“Akhirnya siap!” Lidya menjerit agak kuat. Gembiranya dia. Nasib baik tak sampai petang sangat. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi hendak masuk waktu fardhu asar. Cepat-cepat Lidya mengemas meja kerjanya. Dia menuju ke pintu lif.

‘Penatnya bekerja hari ini. Tak sangka hari sabtu aku terpaksa datang pejabat kerana ada kerja yang tertangguh sikit. Nasib baik pengawal keselamatan tu kenal aku,’ Lidya mengurut bahunya yang terasa lengguh.

“Ting!” bunyi pintu lif terbuka. Bergegas Alya keluar dari lif tersebut dan bergerak ke tempat letak keretanya, Boboy.

Tiba-tiba Julia menegurnya dengan kasar. ‘Eh, hari sabtu pun minah ni datang kerja? Rajinnya ataupun dia sesat?’ puji Lidya ada makna tapi hakikatnya mengutuk. Beristihgfar Lidya dalam hatinya.
“Oi, Lidya! Aku tak habis lagi dengan kau. Kau nak ke mana?!” kasar Julia. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Nak balik rumah la’ Lidya menjabnya dalam hati. ‘Asyik nak kacau hidup aku aje. Tak bosan ke?’ Lidya mengeluh.

“Oi, Julia!” panggil Lidya seperti memerli Julia. Dia menggunakan gaya memanggil yang sama macam Julia tadi. Julia buat muka geram. ‘Minah ni memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tak serik kot makan penampar aku hari tu? Sudahlah aku baru sahaja habis stress siapkan kerja. Datang pula minah ni,’ Lidya meneka. Sikap dia memang tidak suka gaduh tapi kalau di ajak, memang dia tidak kisah.

“Apa?!” marah Julia.

“Aku paling benci orang yang bergaduh pasal seorang lelaki. Tambah-tambah kalau lelaki itu tak suka perempuan itu. Kesian pula pada perempuan tu. Perasan aje lebih,” kata Lidya dengan selamba sahaja. ‘ Berapa banyak perkata ‘tu’ la?’ hatinya berbisik.

“Carilah lelaki yang lebih sukakan kau. Lagi bagus!” tambah Lidya dengan cadangan sekali. Julia menjeling maut. ‘Ingat aku takut dengan jelingan kau?’ kata hati lagi.

“Tapi aku nak Danish juga. Dia kacak, kaya, romantik dan baik. Dia bukan lelaki suka berpura-pura. Dia lelaki idaman setiap perempuan. Tapi kau! Ada apa dengan kau? Imej tudung labuh kau tu tak kan ke mana tau. Tak kan Danish pandang,” megah sekali Julia berkata.

“Ke mana?” Lidya tidak faham. “Imej tudung aku ada nak pergi mana-mana ke?” Lidya bertanya. Julia menjeling lagi. Lidya mengeluh perlahan.

“Dia pandang aku la. Kalau tak, tak ada la dia ambil aku jadi setiausahanya,” sengaja Lidya berkata begitu. Untuk panaskan hati Julia yang sedia panas. “Tapi nak buat macam mana kan? Aku ni lagu cute-miut dari kau. Sah-sah la Danish tu suka aku,” tambah Lidya lagi.

“Hey, aku lagi cantik dan seksi daripada kau!” Julia tetap tidak mahu mengalah.

“Ini yang kau cakap seksi?” kata Lidya sambil mengerakkan tangan kanannya atas bawah. Membulatkan mata menunjukkan pakaian Julia yang memakai baju dan skirt yang ketat lagi pendek. “Aku tengok kain pun macam tak cukup ni kau cakap seksi? Aku rasa nenek jiran sebelah dekat kampung kawan aku lagi seksi dan seksa dari kau,” tambah Lidya lagi sambil ketawa. ‘Aku mana ada nenek, so pinjam nenek kawan la,’ Lidya tersenyum.

Dia puas. Tiba-tiba sahaja Julia ketawa. ‘Sah minah ni sewel!’ hatinya berkata.
Julia tolak-tolak tubuh Lidya dengan hujung jarinya. “Kau! Kau, tak layak untuk menilai aku. Suka hati aku nak pakai apa pun,” Julia tersenyum.

‘Amboi-amboi minah ni, suka hati kau aje nak tolak-tolak aku. Kau ingat aku tak boleh nak tolak kau?’ bengkak hatinya.

“Aku bukan apa, bila aku tengok kau pakai macam ni buat mata aku yang sihat ni automatik sakit. Sakit mata tau! Sebab! Sebab pakaian kau ni menjolok-jolok mata aku ni. Macam ada batang galah pula,” begitu ganas Lidya berkata.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur, Ayat 31,” kata Lidya dengan tenangnya.
Tergamam Julia mendengar apa yang Lidya katakan. Ternganga mulut Julia.

“Tutuplah mulut kau tu. Kang masuk lalat, aku juga yang susah sebab terpaksa buat CPR untuk kau pulak,” kata Lidya bergurau.

“Kau!! Arghhhh!” Julia menjerit kegeraman. Dia geram dengan kata-kata Lidya yang lancar

“Kau ini kenapa? Tak sihat yer? Asyik menjerit sahaja. Kau sepupu langsuir ke atau pontianak?” Lidya memang tidak boleh tahan. Dia ingin ketawa dengan apa yang dia kata. Julia tidak boleh sabar juga. Dia menarik tudung Lidya. Lidya cuba mengelak sambil menarik semula tudungnya. Teruk juga tudungnya dikerjakan oleh si Julia ini. Sampai sengget tudungnya.

Mereka berdua bergaduh mulut dan tolak-menolak dekat lima belas minit. “Cukuplah, kita berehat sekejap,” kata Lidya sambil mengeluarkan KITKAT. “Berehat seketika bersama kitkat,” Lidya membuat iklan. Julia tengok sambil menelan air liurnya. ‘Macam kebulur aje Julia ni?’ kata hatinya tetapi Lidya tetap buat macam biasa sahaja.

“Kau nak?? Beli sendiri okay?” kata Lidya dengan selambanya. Julia betul-betul marah. Dia sudah buat muka ganas.

Lidya menjarakkan badannya dari berada dekat dengan Julia yang semakin menggila. Julia ingin menampar pipi Lidya tetapi dihalang oleh seseorang. ‘Syukur! Selamat pipi aku kali ini. Siapa yang selamatkan aku?’ hatinya bertanya.

“Carl Zafri,” nama itu hadir di mulutnya. Tangan Julia di cengkam kuat dan dicampak kasar oleh Zafri. Julia memegang tangannya yang sakit. Dia tidak mahu mencari masalah. Dia segera meninggalkan mereka berdua.

‘Siap kau Lidya. Kita akan berjumpa lagi,’ Julia berlalu pergi.

“You okay, Lidya?” soal Zafri apabila melihat Lidya yang tidak berkelip matanya tengok Zafri. “Lidya oh Lidya!” kata Zafri dengan agak kuat sedikit. Lidya tersedar.

“I tahu la yang I ni kacak dan macho sangat tapi janganlah tengok I macam tu sekali. Malu I,” Zafri mula perasan. ‘Peragai tak berubah langsung. Suka perasan,’ bisik hatinya.

“Terima kasih tolong I tadi,” kata Lidya sambil membetulkan tudungnya yang sengget ini dan menyimpan semula KITKAT yang tidak sempat dimakannya.

“Sama-sama. Kebetulan I lalu di sini. Nampak macam you. Yelah. Imej you berbeza sangat hari ini. I hampir tidak percaya ini you,” katanya lagi.

“Tak percaya? Kenapa?” Lidya bertanya.

“Sebab you nampak cantik sangat bila pakai biasa-biasa macam ini. Still tutup aurat you,” jelas Zafri.

“Kalau tudung labuh?” Lidya mula mempersoalkan.

“Cantik gak cuma macam ini lagi cantik dan menarik. Itu pendapat I sahaja,” katanya.

“Kalau macam itu, I nak pakai tudung labuh sahaja. I rela tak cantik daripada menarik perhatian lelaki,” jelas Lidya.

“Lidya…” sepatah nama di sebut oleh Zafri. Mendatar sahaja bunyinya.

“Baiklah. I tahu tu pendapat you. Lagi pun I terpaksa pakai tudung ni hari ni. Tak kisahlah,” katanya.

“Jom I belanja you makan,” ajak Zafri.

“Kenapa pula you yang belanja I? I yang sepatutnya belanja you makan sebab you dah selamatkan I daripada minah tidak sihat mental tu. Opss! Tergumpat pula. Maaf!” kata Lidya. Dia terlebih cakap pula. Sejahat mana orang itu, tidak baik kita bercerita kepada orang lain. Itu pendapat Lidya.

“Okay. You nak belanja I makan apa?” Soal Zafri.

“Ais krim!” ajak Lidya. Dia sudah lama tidak makan Ais krim. Zafri angguk kepala sahaja. Dia tidak kisah.
Mereka menaiki kereta masing-masing dan menuju ke tempat yang ada menjual Ais krim. Zafri mengekori kereta milik Lidya. Mereka tiba di sebuah tempat.

“Masjid?” kata Zafri.

“I belum solat Asar lagi,” kata Lidya.

“Asar?”

“You sudah solat ke?” tanya Lidya. Jam sudah menunjuk pukul 5 petang. Zafri menggelengkan kepalanya.
Zafri memandang Lidya hilang dipandangan matanya. Dia sudah lama tidak solat sejak berada diluar negara. Air matanya mengalir. Insaf. Tidak pernah orang mengajak dia bersolat. Tiada siapa pernah menegurnya bersolat walhal keluarganya sendiri. Dia teringat akan sepupunya. Dia cukup cemburu dengan sepupunya kerana mempunyai keluarga yang baik. Sejak itu dia mendendami sepupu lelakinya itu.

Dia cemburu lelaki itu mempunyai keluarga yang bahagia. Berbeza sungguh dengannya. Ibu bapanya bercerai dan dia hidup bersama ayahnya. Ayah leka dengan dunia kemewahan sehingga lupa untuk mendidik anaknya. Kini dia syukur dan sedar. Belum terlambat untuk dia bertaubat. Dia menuju ke tempat mengambil wuduk. Sungguh hatinya tenang melakukannya.
Lama Lidya menunggu Zafri. Zafri berlari ke arah Lidya. Entah kenapa dalam pandangan Lidya, muka Zafri lebih berseri-seri berbanding tadi. Lidya malas mahu mengambil tahu.

“Jom makan Ais krim!” ajak Lidya.

“Kat sini ke?” soal Zafri. Hairan sebab Lidya ajak dia berjalan.

“Yup! Di sini. Ada sorang pak cik selalu jual Ais krim di sini. Hah, itu dia!” Kata Lidya. Dia menunjuk ke arah sebuah lori kecil yang berwarna putih. Di situ memang khas menjual ais krim, air minuman dan wafer. Memang dia suka makan di situ. Tepi masjid ini ada taman permainan pula. Memang ramai yang datang ke situ pada waktu petang-petang seperti ini.

“Pak mail!” tegur Lidya.

“Assalamualaikum Alya,” teguran Pak Mail mampu membuat wajah Lidya merah. ‘Macam mana dia boleh lupa mahu memberi salam terlebih dahulu? Semangat kot hari ni,’ Lidya meneka sendiri.

“Waalaikumusalam,” jawab Lidya.

“Nak makan apa hari ini?” Pak Mail meminta pesanan.

“Alya nak ais krim yang selalu Alya order tapi hari ini nak dua,” kata Lidya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Zafri hanya memerhati gelagat Lidya. Perasaan Zafri terbuai melihatnya. Seperti ada irama lagu ‘Nur Kasih’. Baru-baru ini dia pergi lihat Nur kasih di pawagam. Cerita itu memang menarik.

“Nampaknya encik Zafri termenung panjang,” tegur Lidya. Ditangannya sudah ada dua ais krim berkon. Lidya menghulurkan pada Zafri. Zafri mengambilnya dengan senyuman.

“Terima kasih,” ucap Zafri. Mereka berbual seketika dan Lidya minta diri kerana hari sudah lewat petang. Tidak baik berapa di luar rumah. Zafri hanya angguk kepala dan melihat kepergian Lidya. Dia tersenyum. Lidya pulang ke rumahnya.

Sementara itu, Umi Kalsom sibuk menyiram pokok-pokoknya di petang sabtu itu. Lidya pula belum pulang lagi. Mungkin sekejap lagi.

“Pokok, semoga korang cepat membesar dan hidup sihat macam aku,” kata umi Kalsom. Dia memang suka akan bunga-bunga tetapi Lidya tidak menyukainya. Dia alah dengan bunga. Nasib baik bunga ini tidak dipersalahkan.

“Kesian pada kamu semua, anak aku tak suka bunga,” katanya sambil menyiram pokok-pokok itu dengan rasa senang hati.
Tiba-tiba, satu rombongan datang di depan rumahnya. Memang terkejut Umi Kalsom melihat rombongan itu. ‘Rombongan apa ni? Meminang ke? Mereka ni nak meminang aku ke? Ish mengarut aje kau ni Kalsom,’ bisik hatinya.

“Assalamualaikum,” salah seorang rombongan tersebut memberi salam.

“Walaikumusalam. Ada apa-apa yang boleh saya bantu,” kata umi Kalsom dengan ramahnya.

“Kami datang mahu merisik anak puan. Boleh kita berbincang di dalam?” kata salah seorang lelaki dalam rombongan itu. Terkejut Umi Kalsom mendengarnya tetapi dia menjemput juga tetamu yang datang

“Haaa… Jemputlah tuan puan masuk ke teratak saya ni. Minta maaflah, rumah bersepah sikit. Tak sangka pula ada tetamu nak datang. Jemputlah masuk…”jemput Umi Kalsom. Hampir penuh ruang rumahnya

“Kami datang ke sini sebenarnya bawa hajat yang besar,” katanya mula berbicara.

“Hajat besar? Apa dia tu?” kata Umi Kalsom dengan ramahnya.

“Kami dengar, di taman Puan ni ada bunga yang sedang mekar. Kumbang kami pun dah lama bersendirian. Kalau bunga di taman puan tu belum ada yang punya, besarlah harapan kami nak menyatukannya dengan kumbang kami ni. Kedatangan kami sebenarnya ingin merisik dan meminang anak puan…..?” katanya panjang. Cepat sahaja Umi Kalsom menyebut namanya.

“Umi Kalsom,”

“Puan Kalsom, saya Salleh, ayah kepada anak saya ini, Lukman,” jelasnya. Dia membawa sekeping gambar dan memberikannya kepada umi Kalsom. Umi Kalsom menyambut huluran gambar tersebut.

“”Begini… Anak kami ni baru saja balik dari Mesir. Menuntut ilmu disana dan dah pun berjaya menjadi seorang ustaz.”" jelasnya lagi. Entah kenapa hati Umi Kalsom tidak senang dengan kehadiran tetamu hari ini. Tapi apa-apa pun dia kena layan tetamu dengan baik.

Umi Kalsom melihat gambar tersebut. Serta-merta hatinya berkata lelaki ini tidak sesuai dengan Lidya, anaknya. ‘Sebenarnya aku dah berkenan dengan seseorang untuk dijodohkan dengan Lidya,’ bisik hatinya. Dia tersenyum.

“Puan setuju ke?” soal Salleh apabila Umi Kalsom mendiamkan diri.

“Macam ni la, nikah kawin ni perkara besar. Saya fikir, eloklah saya tanyakan pada empunya diri dulu. Tak berani pula saya nak buat keputusan sendiri. Lagi pun kita jangan terburu-buru,” kata Umi Kalsom sambil tersenyum. Walaupun dia sudah membuat keputusan. Tetamu tetap tetamu. Perlu dilayan dengan baik dan penuh hormat.

“Baiklah kami menunggu jawapan daripada pihak puan,” katanya. Umi Kalsom menyediakan air dan sedikit makan petang. Mereka semua menjamu selera. Mereka juga ada berbual-bual sehinggalah Salleh dan rombongan meminta diri untuk pulang.

Kebetulan ketika Lidya baru sahaja pulang dari bertemu dengan Zafri. Dia juga terkejut melihat ramai orang yang keluar dari rumahnya.

Tanpa Lidya sedari, dari jauh Lukman yang menunggu di luar rumah ternampak kelibat Lidya terus jatuh hati dengan kecantikkannya. Perasaan ingin memiliki Lidya menjadi begitu kuat.
Lidya masih terkaku dengan apa yang dilihat dalam keretanya. Beberapa buah kereta sudah berlalu pergi.

“Pelik!” Lidya berasa hairan. Dia memandu masuk keretanya di perkarangan rumah. “Umi, kenapa ni?” Lidya bertanya setelah menjejak kaki dalam rumah.

“Tiada apa-apa. Alya pergi mandi dulu. Sudah mahu masuk maghrib ni. Nanti malam umi cerita,” arah uminya. Dia tidak pernah melihat wajah uminya seperti itu. Tetapi perasaan tenang tetap ada diwajah umi.

Lidya terdiam dengan kata-kata Umi Kalsom dan segera ke bilik air. Selesai solat dan makan malam, uminya menceritakan segala-galanya. Keputusan umi adalah mutammad. Sudah menjadi kebiasaan Lidya mengikut kehendak uminya selagi mampu.

Lidya berehat dalam biliknya. ‘Sekurang-kurangnya ada juga orang sudi meminang aku walaupun umi tak terima pinangan tu,’ di tatapnya gambar Lukman. Kacak tapi hatinya tidak terbuka. Hatinya tidak berdebar. Tiba-tiba ada sekeping gambar terkeluar dari celahan dairy milik Lidya.

“Danish…” mulutnya seakan berbisik menyebut nama lelaki itu. Hatinya berdebar kuat. Ini gambar masa hari perkahwinan sahabatnya, Salina. Salina yang berkeras menyuruh dia menyimpannya. Tiba-tiba hatinya berdebar kencang apabila teringat cara Danish memandangnya.

Cepat-cepat dia menyimpan gambar tersebut. Cukup sesak nafasnya bila berperasaan begitu. Dia baringkan tubuhnya di atas katil. “Esok majlis perkahwinan Vela pula yang aku perlu pergi. Salina, Vela semua sudah kahwin. Bilalah akan tiba giliran aku?” Lidya berfikir sehingga dia tertidur.

*****
‘Pagi ahad ini aku ada temujanji dengan Salina. Gembiranya. Sudah lama aku tak jumpa dia sejak majlis kahwin hari itu,’ hatinya berbisik. Dia meletakkan ‘Boboy’ di tempat letak kereta. Dia menunggu Salina di tempat biasa. Sudah satu jam berlalu.

“Aku ni asyik tunggu orang sahaja. Sudahlah aku kurang gemar menunggu orang. Stress tau! Tambah-tambah orang yang aku tunggu tu sah sejam.” Lidya kegeraman.

“Salina, kenapa awak lambat?” soal Lidya apabila Salina sudah sampai. Dia ketawa sopan.

“Biasa la Lidya, saya tunggu suami makan dulu,” jelasnya.

“Tunggu atau teman?”kata Lidya memerli sahabatnya itu. Salina ketawa lagi. Tersenyum.

“Ada hal apa nak jumpa ni?” tanya Salina tiba-tiba.

“Oh! Soalan yang menyakitkan hati,” Lidya masamkan muka. Tiada senyuman untuk sahabatnya itu. Salina ketawa. ‘Asyik ketawa sahaja minah ni. Memang tak siuman ke sejak kahwin ni?’ bisik hati Lidya.

“Sensitif pula sahabat saya ini. Oh, Saya tahu jawapannya. Lidya rindu pada saya kan? Kan?” soal Salina sambil mengangkat keningnya.

“Itu sudah semestinya. Sejak majlis kahwin awak hari itu, Saya dah tak jumpa-jumpa lagi pengantin baru,”jelas Lidya. Salina ketawa lagi. ‘Ceria betul dia sejak berkahwin. Cemburunya hati ni,’ Lidya tersenyum. “Bila Salina masuk kerja?”

“Bulan depan. Encik Danish yang baik hati itu bagi aku cuti lama. Syoknya,”

“Mana tak baiknya, yang Salina kahwin tu sepupu dia yang baik hati juga,” mereka ketawa sama-sama. Kelakar. Mereka berbual. Lidya gembira dan menceritakan tentang Zafri yang dia jumpa semalam.

“Aku jumpa dia,”

“Eh, bukan dia kerja luar negara ke?!”

“Dia malas. So kerja di sini sahaja. Semalam dia selamatkan saya,” jelas Lidya. “Comel betul la muka dia. Dari dulu lagi dia baik dengan saya,” sambung Lidya lagi.

“Dia tu baik bersebab,” nada Salina mendatar sahaja.

“Pelik! Bersebab? Apa sebabnya?” berkerut dahi Lidya.

“Dia kan suka Lidya,” kata Salina selamba.
‘Zafri suka aku? Bunyinya cam pelik sahaja,’ dia ingin ketawa mendengar Salina kata seperti itu. “Mengarut aje Salina ni,” kata Lidya tidak percaya.

“Mengarut apanya Lidya, kan dia ada cakap yang dia suka Lidya sejak pertama kali jumpa. Dia terus jatuh hati dengan keayuan wajah Lidya,” jelas Salina dengan lebih terperinci.

“Mustahil la. Bukan saya tak nak percaya tapi Zafri tu lelaki kegilaan perempuan zaman sekarang. Tak nak la!” kata Lidya.

“Lidya oh Lidya! Awak tu bukan perempuan zaman sekarang ke?” soal Salina. Lidya mahu ketawa mendengar pertanyaan sahabatnya. “Lain la saya, sudah tidak tersenarai sebab saya dah ada…” belum sempat Salina menyudahkan ayatnya, Lidya sudah menyambungnya.

“Cik abang sayang kan?” Lidya menekanya dengan tepat sekali. Salina ketawa. Dia malu. ‘Minah ni ketawa lagi. Ceria benar dia apabila sebut pasal Erwan,’ Lidya buat muka sedih.

“Sudah lama Lidya nak tanya Salina. Kahwin ni seronok ke?”

“Bagi saya seronok la. Tak tahu la bagi Lidya,”

“Apa yang seronok?”

“Semua perkara boleh lakukan bersama. Ada orang sayang. Ada orang jaga dan melindungi kita. Tambah-tambah kalau orang yang kita sayang. Bahagia sangat. Boleh peluk-peluk. Dah halal katakan,” jelasnya sambil tersenyum.

“Hish, dengan saya pun nak cakap lucah ke?”

“Hey, cakap baik-baik. Mana ada lucah-lucah,”

“Peluk-peluk tu?”

“Lor…itulah lumrah kehidupan. Lidya pun sudah dewasa. Boleh fikir sendiri,”

“Tak ada benda lain ke selain itu?”

“Ada teman. Teman sehidup semati,” Salina memang tidak kisah apabila bercerita tentang kahwin. ‘Dulu malu-malu. Sekarang tak tahu malu sudah Salina ni,’ Lidya membuat muka geli.

“Pelik!”

“Lidya, awak tak payah nak pelik-pelik. Nanti awak dah kahwin baru tau seronoknya. Kalau Salina cakap pun, Lidya kata saya lucah pula,” rendah sahaja nada Salina. ‘Alahai, merajuk ke minah ni? Sudah jadi isteri orang pun nak merajuk juga,’ Lidya gelengkan kepalanya.

“Janganlah merajuk. Lidya gurau ajer. Baiklah, cuba cerita. Saya tunggu ni,” kata Lidya untuk memujuk.

“Hey, mana ada saya merajuk. Saya ni susah mahu merajuk,”

“Yeke? Tak caya la. Dulu awak kuat merajuk dengan saya, apa kes pula?”

“Itu Salina lama. Sekarang Salina baru,” jelasnya sambil tersenyum manis.

“Tapi apa-apa pun, seronok ke kahwin?” soal Lidya yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Salina. Salina hanya angguk kepala.

“Awak nak kahwin ye?” teka Salina

“Tak la tapi ada la menyimpan niat di hati ini. Sikit-sikit aje,” jawab Lidya. Dia tidak memberi tahu lagi Salina tentang pinangan seseorang. Dia pun tidak kenal lelaki itu. Sakit juga kepala memikirkannya. Walaupun umi sudah membuat keputusan tetapi dia masih tidak faham mengapa uminya menolak pinangan itu.

Kata umi, melalui gambar sahaja umi boleh meneka lelaki itu seorang penagih dadah.

“Macam mana umi boleh mengenal pasti seseorang itu penagih dadah melalui gambar sahaja? Mana la tahu dia penagih benda lain” lawak Lidya.

“Alya jangan main-main. Ini perkara serius. Risau umi,”

“Lor, mana ada Alya main-main umi. Alya serius juga ni. Tak apa la umi. Alya terima siapa sahaja pilihan umi seadanya,” akhirnya Lidya berkata begitu.

“Macam itulah anak umi,”

“Lidya!” agak keras suara Salina. Terus sahaja ingatannya tentang perbualan semalam hilang. Dia tersenyum pada Salina. Mereka meneruskan perbualan mereka dan berjanji akan berjumpa malam ini, di majlis perkahwinan Vela.

****
Majlis perkahwinan Vela disambut meriah oleh pekerja-pekerja Syarikat Vampire. Al-maklumlah ditaja khas oleh majikannya, Danish Aniq. Tema merah telah digunakan untuk malam itu. Itu pun kehendak Danish sendiri. Dia yang taja, dia yang menentukan tema. Vela faham sangat dengan sikap bosnya yang begitu sukakan warna tersebut.

Vela dan Ren sudah berkahwin semalam dan hari ini sekadar untuk meraikan bersama-sama majikan dan kawan-kawan sekerjanya. Wajah cerianya jelas kelihatan.

Lidya duduk seketika. ‘Seronok sangat ke kahwin ni? Kenapa aku tak ada perasaan nak kahwin?’ hatinya bertanya. Semalam ada orang datang meminangnya. Umi menolaknya dalam diam. Tidak tahu mengapa.

“Umi tidak kenal mereka, maka tiada sebab umi nak serahkan anak umi pada orang yang tidak umi kenali,” terdiam Lidya mendengar pendapat ibunya. Dia tidak mampu melawan keputusan yang telah dibuat oleh uminya.

Lidya memandang sekelilingnya. Ramai sahaja lelaki-lelaki yang kacak dan cukup sifatnya tetapi kenapa hatinya masih tidak terbuka. ‘Mungkin aku memang tidak bernafsu?’ jelas muka Lidya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh hatinya.

Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. ‘Cuba aku tengok lelaki lama-lama. Mesti ada perasaan itu,’ Lidya mencubanya. Dia telah memilih seorang lelaki secara rawak. ‘Hidungnya yang mancung. Bibirnya yang cantik, mata pun comel. Tinggi macam KLCC. Dada bidang. Lepas tu kacak pulak! Semuanya cukup sifat,’ komennya dalam hati sambil kepalanya terangguk-angguk seperti burung belatuk. Setuju dengan apa yang dikatanya.

‘Aku ada rasa nak peluk dia tak? Tak ada! Alamak! Mana pergi nafsuku yang sembilan itu? Mesti salah satu nafsu itu untuk lelaki,’ hatinya tidak keruan. Dia mengeluh hebat. ‘Hmm, aku dah nazak sangat ni,’ wajah Lidya sedih. Matanya masih memandang lelaki itu.

“Lama awak merenung saya? Ada apa-apa yang tidak kena dengan wajah saya ke?” Danish menegur Lidya. Danish seorang yang kuat perasan. Dia perasan yang Lidya merenungnya dari jauh dengan muka yang berkerut. ‘Mungkin aku ini terlalu kacak malam ini,’ Danish mula perasan. Dia membetulkan kot merahnya. Tali leher merah yang sama warna dengan kot dipadankan dengan kameja hitam di dalamnya. Tidak lupa seluar berwarna hitam.

‘Baju kot ini mengikut badanku yang gagah tampak bertambah kacak,’ tambah Danish di dalam hati. Dia merenung Lidya. Lidya baru tersedar yang dia sudah merenung Danish begitu lama. Perasaan malu timbul. Muka Lidya kemerah-merahan.

“Tiada apa-apa,bos,” Lidya cuba kawal nada suaranya yang jelas gementar. ‘Tiba-Tiba sahaja aku rasa lain macam je. Maknanya aku belum nazak. Nasib baik,’ Lidya tersenyum kepada majikannya itu.

Lidya ingin berdiri tetapi dia terpijak hujung kain baju kurungnya yang agak labuh. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasib baik dirinya tidak jatuh atas Danish tetapi…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

34 ulasan untuk “Novel : Suamiku Vampire 8”
  1. Nik Anis Ibtisam says:

    em kak ria natsumi ada facebook tak?

  2. RIA NATSUMI says:

    thank pada yg membacanya..ada yg terganntung…?nampaknya ria kena baca betul2 bab 8 ni supaya dapat diperbaiki…maaf…ada fb…search aje….Ria natsumi….

  3. Nik Anis Ibtisam says:

    walaupun begitu,karya kak ria msih tetap di hati saya,,huhu

  4. RIA NATSUMI says:

    thank Nik anis Ibtisam….ria kena banyak edit n tambah….tapi apa-apa pun ria akan buat terbaik novel ni…terima kasih…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"