Cerpen : Cinta Bulan Ramadhan

14 August 2011  
Kategori: Cerpen

13,770 bacaan 20 ulasan

Oleh : Iman Kyuhee

Aku memandang kalendar pada dinding ruang tamunya. Hmm… lagi dua minggu hendak raya. Aku mengusap-ngusap perut yang sedikit memboyot itu.

“Sayang… termenung apa tu?” tegur Taufiq tiba-tiba lalu memeluk tubuhku dari belakang. Aku tersenyum kecil.

“Takde apa. Cuma terpikirkan anak kita yang bakal lahir ni…” balasku sambil mengusap-ngusap perutku yang semakin memboyot.

“Sayang janganlah risau sangat. Insya-ALLAH, anak kita akan okey. Hmm… sayang larat ke nak puasa ni?” soal Taufiq lalu mengucup pipiku bertalu-talu.

“Larat je. Sebab kerja Mya goyang kaki aje. Semua abang yang tolong buatkan.” Aku sudah tergelak nakal. Taufiq turut ketawa bersamaku. Dia mencuit hidungku.

“Nakal sayang ni erk.” Taufiq menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eh, dah pukul berapa dah ni?” Aku terus mengerling ke arah jam dinding pada dinding bilikku.

“Dah pukul 7.30. Dah waktu berbuka dah ni.” Taufiq terus menarik tanganku. Kami sama-sama berjalan menuju ke dapur. Ternampak Datin Sahira yang sedang menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

“Mama… maafkan Mya erk sebab tak tolong mama tadi.” Aku bersuara kerana agak serba-salah.

“Tak apa. Lagipun, Mya kan tengah sarat. Biar mama aje yang sediakan semua ni. Mya janganlah rasa bersalah sangat…” kata Datin Sahira lembut membuatkan hatiku terasa tenang.

“Terima kasih mama…” aku berasa terharu. Datin Sahira hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Taufiq! Bacakan doa berbuka puasa,” arah Datin Sahira.

“Allahhummalakasumtuwabika amantuwa’alarizkika aftartubirohmatikaya arhamarrohimin…” Taufiq terus menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Kemudian, tangannya dibasuhkan olehku. Alah… manja-manja gitu!

“Abang nak makan apa? Mya tolong ambikkan…” tawarku lembut. Taufiq terus menunjukkan lauk kegemarannya. Aku tersenyum sendirian.

“Abang ni asyik makan ketam aje… cubalah makan sotong ke, ayam ke, ikan ke, sayur ke…” Aku sudah mula membebel-bebel. Selamba aje! Taufiq pula hanya tersengih.

“Dah ketam ni lauk kegemaran abang. Takkan nak bencikan kot… mana boleh!” balas Taufiq pula. Dia tergelak-gelak. Pantas aje aku menepuk bahunya. Ish, suka benar bergurau dengan aku!

“Kamu berdua ni suka bergaduh kan?” Datin Sahira menyampuk. Aku dan Taufiq tersengih. Kami berdua memeluk bahu masing-masing.

“Biasalah mama! Romantic couple in the year!” giatku dan Taufiq serentak. Datin Sahira sudah tergelak.

“Apa-apa ajelah kamu ni…” Datin Sahira sudah tidak terkata apa melihat gelagat nakal anak dan anak menantunya.

“ABANG… ABANG… bangun! Waktu sahur nak dekat habis ni…” Aku menggoncang tubuh Taufiq lembut. Taufiq diam, masih tidak berkutik.

“Abang! Bangunlah! Waktu sahur nak dekat habis ni!” Aku menjerit perlahan. Taufiq masih dengan keadaan yang sama. Ini membuatkan aku semakin geram!

“Abang!!! Bangun!!! Waktu sahur nak dekat habis!!!” Gamat rumah banglo itu akibat jeritanku itu. Malah, Datin Sahira yang sedang bersahur di dapur itu sudah tersedak mendengar jeritan nyaringku itu.

Taufiq serta-merta terjaga daripada lena. Dia menggosok-gosok matanya. “Iskh… ingatkan king kong mana jerit tadi,” kata Taufiq perlahan. Terbeliak mata aku mendengarnya. Sebelum sempat aku mahu mengejarnya, Taufiq sudah melarikan diri masuk ke dalam bilik air.

“MAMA, ayah pergi mana?” soal Fikri sambil duduk di sebelahku. Aku tersenyum mendengar pertanyaannya lalu mengusap kepalanya lembut.

“Ayah tengah kerja sayang. Kenapa Fikri tanya?” soalku pula.

“Fikri rindu ayah,” jawab Fikri membuatkan aku tersenyum senang.

“Hmm… tak lama lagi ayah baliklah tu. Macamlah tak jumpa satu minggu.” Sempat aku memerlinya. Fikri ketawa terkekeh-kekeh. Dia terus mengusap perut memboyotku.

“Baby ni bila keluar mama?” soal Fikri sambil merenung wajahku.

“Insya-ALLAH, sebulan lagi,” balasku pula.

“Lamanya mama…” katanya membuatkan aku tergelak kecil.

“Apa pulak lama sayang… sekejaplah… sekarang ni dah hari yang ke-14 kita berpuasa. Mesti Fikri ingat masa kita mula-mula berpuasakan. Tup, tup. Dah hari yang ke-14 dah pun. Tak ke terasa singkat dan sekejap?” Panjang lebar aku menerangkannya. Fikri pula sudah terangguk-angguk faham.

“Ooo… memang kejap erk.” Fikri tersenyum menampakkan kecomelannya.

“Assalamualaikum…” seseorang memberi salam menghentikan perbualanku dan Fikri.

“Ayah dah balik dah tu. Pergi lepaskan rindu tu cepat.” Aku seperti mengusik Fikri. Faham dengan kata-kataku, Fikri tergelak kecil. Pantas aje kakinya berlari menuju ke arah ayahnya. Aku menggelengkan kepala. Ish, kerjanya asyik nak lari aje. Puas aku pesan. Tapi degil!

“Ayah!” jerit Fikri lalu memeluk badan Taufiq. Taufiq tersentak namun dia hanya menguntumkan senyumannya. Dia turut membalas pelukan anaknya.

“Kenapa lain macam aje Fikri ni?” soal Taufiq hairan selepas dia melepaskan pelukan.

“Dia rindukan abanglah tu.” Aku menyampuk. Fikri tayang gigi yang putih.

“Aik? Selalu abang balik, takdelah rindu macam jiwang-jiwang macam ni. Hari ni lain pulak…” Taufiq menggaru kepalanya yang tidak gatal tanda masih hairan.

“Entahlah Fikri ni… Mya pun hairan,” balasku pula. Taufiq terus mengendong tubuh kecil Fikri lalu mereka memasuki ke dalam bilik Fikri dan Faiz. Faiz kelihatan sedang tidur di atas katil.

“Fikri tidur dulu ya? Ayah ada sesuatu nak cakap dengan mama,” kata Taufiq. Fikri hanya mengangguk mengerti.
Taufiq menghampiriku lalu duduk di atas sofa. Aku pula duduk di sebelah Taufiq.

“Sayang, hari ni abang nak cakap benda yang penting dekat sayang.” Muka Taufiq kelihatan serius.

“Apa dia bang?” Entah kenapa, dadaku terasa berdebar-debar.

“Abah…”

“Kenapa dengan abah bang?” Aku semakin cemas.

“Abah dah meninggal dunia. Baru tadi,” kata Taufiq membuatkan dadaku terasa sesak. Air mataku mengalir tanpa dipinta.

“Abang tipu! Abang tipu!” Aku memukul dadanya bertalu-talu. Taufiq menarik tanganku lalu dikucupnya penuh kasih. Disekanya air mataku lembut.

“Sayang… perkara macam ni mana boleh buat main. Dan buat apa abang nak tipu sayang? Kita kena terima kenyataan sayang. Biarlah roh abah tenang di sana,” balas Taufiq lalu memeluk tubuhku erat. Aku membiarkannya.

“Tapi, kenapa umi tak telefon Mya?”

“Sebenarnya, umi tak nak Mya sedih dengan pemergian abah. Disebabkan itulah umi menelefon abang masa abang tengah kerja tadi. Kata umi, umi suruh abang bagitahu Mya,” kata Taufiq lalu membelai rambutku.

“Tapi, abang…” Taufiq pantas menutup mulutku dengan jari telunjuknya.

“Sayang tengah mengandung, janganlah bersedih sangat. Insya-ALLAH, arwah abah akan tenang. Okey?” Taufiq memujukku. Aku hanya mengangguk. Terharu mendapat suami yang prihatin sepertinya.

“ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! LA ILLAHAILLALLAH HUALLAH HUAKBAR!” Suara takbir bergema menandakan bulan puasa menggantikan hari raya. Hatiku terasa sayu.

“Abang, ampunkan dosa-dosa Mya. Halalkan makan minum Mya.” Aku tunduk menyalami tangannya penuh hormat. Taufiq tersenyum senang.

“Sayang… sayang tak perlu minta ampun dengan abang sebab abang dah lama maafkan sayang,” kata Taufiq membuatkan aku terharu. Aku yang lengkap berbaju kurung sudah mengalirkan air mata.

“Sayang… kenapa nangis ni? Hari nikan hari raya?” Taufiq pantas menyeka air mataku.

“Mya nangis sebab abah tak dapat beraya dengan kita. Mya…” Aku tidak dapat menghabiskan kata-kata apabila Taufiq memotong percakapanku.

“Sayang jangan cakap macam tu. Abang yakin, arwah abah mesti gembira di sana kalau sayang gembira di sini. Dah sayang, jangan nangis lagi,” pujuknya lagi. Aku menganggukkan kepala. Memang betul kata suamiku. Memang tidak sepatutnya aku menangis pada hari raya ini.

“Mama, ayah! Cantik tak baju raya Faiz ni?” soal Faiz ceria lalu memperagakan baju rayanya.

“Cantik sangat.” Aku tersenyum.

“Eleh! Fikri punya pun cantik jugak!” Kini Fikri pula yang menunjuk-nunjuk baju rayanya. Taufiq sudah tersengih.

“Ye… semuanya cantik,” kata Taufiq, cuba menenangkan ‘pergaduhan’ antara Faiz dan Fikri. Masing-masing sudah tersengih bangga.

“Aduh!” jeritku tiba-tiba.

“Sayang! Kenapa ni?” soal Taufiq cemas.

“Perut Mya… sakit sangat!” Berkerut-kerut dahiku cuba menahan kesakitan.

“Nak bersalin ke? Bukan due dia dua minggu lagi ke?” Taufiq mengerutkan dahinya tanda hairan. Pantas aje aku memukul bahunya.

“Abang! Cepatlah! Mya dah tak tahan ni…” Aku sudah merengek-rengek. Taufiq menganggukkan kepalanya.

“Faiz! Tolong kemaskan baju mama. Fikri pun tolong abang tu sekali!” arah Taufiq cemas. Faiz dan Fikri mengangguk tanda akur. Pantas aje mereka menghilangkan diri di sebalik daun pintu bilikku.

“Sayang sabar ya…” Taufiq mengendong tubuhku lalu masuk ke dalam kereta yang tidak berkunci. Seketika kemudian, Fikri dan Faiz keluar daripada rumah dengan beg yang bersaiz sederhana.

“Eh… kunci pintu tu dulu. Kang, tak pasal-pasal kena masuk pencuri pula.” Taufiq mengarah lagi. Kesian juga aku lihat Faiz dan Fikri. Kelam-kabut sahaja dan mereka nampak comel sekali!

“Bismillah…” ucap Taufiq perlahan. Kereta terus menuju ke perkarangan hospital.

“SAYANG… ni anak kita,” kata Taufiq lalu menunjukkan bayi perempuan yang nampak gebu sekali kulitnya. Mungkin ikut kulit aku. Aku terus mengambil bayi itu dari pangkuan Taufiq. Pipinya kuusap lembut.

“Comelnya bang…” Aku tersenyum kecil.

“Ikut sapalah kan?” kata-kata Taufiq membuatkan aku tergelak kecil.

“Abang, apa tarikh bayi ni lahir? Mya tak ingatlah,” tanyaku kepada Taufiq.

“Hmm… tak silap abang, 1 September,” balas Taufiq. Aku tersenyum lagi.

“Abang dah bagitahu mama ke belum?” soalku lagi.

“Dah… kejap lagi mama sampai.”

“Umi?”

“Dah.”

“Semuanya abang bagitahu?”

“Ha’ah. Kenapa?”

“Takde apa. Nanti, gamatlah hospital ni.” Kataku membuatkan Taufiq tergelak kecil.

Beberapa ketika kemudian, umi datang dan diikuti keluarga Taufiq sekeluarga. Qaisara kelihatan gembira.

“Sara pun ada? Bila balik?” soal Taufiq selepas kami menyalami tangan mereka.

“Semalam bang,” jawab Qaisara pendek.

“Comelnya anak buah Sara ni…” Qaisara mencubit pipi anak bongsuku geram. Aku ketawa kecil.

“Tengok bakalah…” balasku dengan nada bangga. Qaisara tergelak.

“Emm… mama, mana Fahim erk?” soalku apabila menyedari ada kekosongan di situ.

“Fahim tak balik Malaysia sebab ada trial,” balas mama. Aku mengangguk tanda faham.

“Umi, Mya rasa nak makan hotcakes laa…” pintaku manja.

“Ish, tak habis-habis dengan hotcakes dia tu. Yalah, yalah. Nanti umi belikan.” Aku bersorak keriangan mendengar kata-kata umi.

“Mya! Janganlah bergerak sangat. Kamu tu masih dalam pantang,” bebel umi membuatkan aku tersengih.

“Ish umi ni… risau sangat.”

“Ya ALLAH, memanglah umi risau!” Aku tersengih sambil tayang gigi.

BUNYI mercun kedengaran di luar rumah umi. Kami sekeluarga beraya di rumah umi. Keluarga Taufiq turut tidur di rumah umi termasuk Fahim yang baru sahaja pulang ke Malaysia.

“Abang, nah.” Aku menghulur kuih sugi kepadanya. Taufiq mengangkat kening. Dia menyambut.

“Macam mana sayang tahu abang memang teringin nak makan kuih sugi ni?” soal Taufiq sambil tersengih-sengih.

“Entah. Main agak je,” balasku selamba.

PPPOOOMMM!!!

Bunyi mercun memang membingitkan telingaku. Aku menekup telinga. Taufiq kelihatan tersengih.

“Kenapa sayang?” soal Taufiq.

“Bunyi mercun tu kuat sangatlah… pekak telinga Mya dibuatnya,” rungutku perlahan. Belum sempat Taufiq membalas, kedengaran suara budak kecil menjerit di luar rumah. Aku dan Taufiq berpandangan sebelum bingkas bangun keluar daripada rumah.

“Ya ALLAH! Faiz! Apa yang terjadi ni?” Aku terus meluru ke arah Faiz. Faiz kelihatan sedang memegang jarinya. Aku semakin cemas.

“Mama… sakit…” Faiz sudah menangis-nangis.

“Ya ALLAH… kan mama dah cakap, jangan main mercun! Tengok, jari tu macam manalah agaknya!” marahku. Makin kuatlah tangisan Faiz.

“Dah, dah. Faiz, mari. Ayah hantar ke hospital.” Taufiq cuba menggamit Faiz namun pantas aje dia mengelak.

“Tak payah.”

“Hah? Kenapa?”

“Sebab… jari Faiz elok-elok aje,” kata Faiz lalu menunjukkan jarinya. Taufiq dan aku berpandangan sebelum meledakkan ketawa. Pantas aje tanganku menepuk bahunya.

“Faiz ni sengaja kenakan mama, ya! Ish, patutlah tak nampak darah,” aku sudah menggeleng-gelengkan kepala. Nakal sungguh Faiz sekarang! Faiz pula sudah terkekeh-kekeh ketawa. Aku sudah mencubit pinggang Faiz geram.

“Abang, tengok anak abang ni. Nakal sungguh!”

“Anak Mya jugak…” balas Taufiq selamba. Aku sudah ketawa bersama-samanya.

Aku berharap, hari raya ini bakal menceriakan hidupku walaupun aku tidak dapat beraya bersama arwah abah. Abah, Mya sayang abah! Al-Fatihah…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Bulan Ramadhan”
  1. zizue says:

    cm xbrape strong cter ne..ble nk stat menghayati da cross line
    but keep it up..

  2. Iman says:

    kak afifah: terima kasih.. hehe.. bukan main suka lagi Mya tu. hehe.. :D

    atiti: terima kasih banyak-banyak.. :)

  3. F. Ikhwani says:

    1 SEPTEMBER :’) my birthday too.

  4. afizan50 says:

    ok lah cetanya~

  5. nana says:

    boleh than r

  6. wani says:

    hahaha..best..g00d job!!

  7. nabilah azima says:

    best! :)

  8. [: SmileY :] says:

    best!!!

    :)

  9. iman says:

    nie watak dlm benci atau cinta kn?

  10. A-Ryn says:

    best!!! :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"